30
1.0 PENGENALAN 1.1 Maksud Tamadun Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban. Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun. Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti 1

Esei Titas Peta Minda

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Esei Titas Peta Minda

1.0PENGENALAN

1.1 Maksud Tamadun

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan

mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan

perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa

dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai

persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa

Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai

peradaban.

Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep

tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah

terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian

dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon

Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah

masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah

sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses

perkembangan tamadun.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini

penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut

pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang

tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana

Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui

bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk

lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi

dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

1

Page 2: Esei Titas Peta Minda

1.2 Ciri-ciri Tamadun

Terdapat 6 ciri-ciri asas sebuah tamadun . Lihat rajah dibawah;     

2

Ciri-ciri Tamadun

Penempatan Kekal

Kehidupan berorganisasi

Sistem pemerintahan/ perundangan

Pengkhususan Pekerjaan

Agama dan Kepercayaan

Bahasa dan Tulisan

Ciri utama kemunculan tamadun

kehidupan manusia yang sistematik bagi memastikan bekalan makanan berterusan

Kemajuan dalam bidang pertanian terutama dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang.

Mencipta peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan bagi menampung pertambahan penduduk.

Dibentuk untuk  menjalankan pentadbiran akibat pertumbuhan masyarakat yang besar.

Pemimpin atau raja menggunakan unsur magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengikh-tirafan sebagai pemerintah.

Sistem perundngan dicipta.

Mengamalkan kepercayaan Animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling.

Unsur-unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.

Secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama.

Tamadun awal mengamal-kan Politeisme iaitu kepercayaan menyembah banyak Tuhan.

Peningkatan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang mencakupi aspek sosial, ekonomi dan politik.

Bermula daripada sistem keluarga kemudian menjadi sebuah masyarakat yang kompleks.

Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis.Lapisan 1 – Raja/ BangsawanLapisan 2 – PembesarLapisan 3 – Rakyat BebasLapisan 4 - Hamba

Kesan daripada pening-katan produktiviti manusia

Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan Tertentu melalui kepa-karan kumpulan tersebut

Membawa kepada per-tukaran barang (Sistem Barter) yang menjadi asas kepada aktiviti perdagan-gan.

Berlaku hubungan dengan tamadun luar dan menye-babkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknilogi dan budaya berlaku antara masyarakat

akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan.

Antara Bahasa yang tertua ialah  bahasa Yunani dan Sanskrit.contoh tulisan awal ialah; HeiroglifCuneiformPiktogratHistogram

Page 3: Esei Titas Peta Minda

2.0 LATARBELAKANG TAMADUN

2.1 Kelahiran Tamadun

3

Tamadun Cina

Tamadun Melayu

Tamadun India

Tamadun Jepun

Tamadun Islam

Kelahiran Tamadun

Bermula di Mekah dan Madinah, diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW setelah turun wahyu pertama.

Kerajaan Islam pertama didunia berada Madinah setelah berlakunya Hijrah tahun 622M

Diterukan oleh Kerajaan Khulafa’, Umayyah, Abbasiyah dan Empayar Turki Uthmaniyahsehingga digulingkan tahun 1924M

Menjadu tamadun terunggul dan pencetus tamadun barat.

Bermula lebih kurang 5000 tahun dahulu denga kehadiran orang melayu berbahasa autronesia zaman neolitik.

Ada sarjana mengatakan orang melayu adalah penduduk asal bukannya orang autronesia, berdasarkan penemuan tapak Paleolitik Kota Tampan yang berusia 12000 tahun

Namun asas kepada kemunculan tamadun dan susunan masyarakat kompleks yang dibentuk dengan penguasaan teknologi pertanian adalah zaman neolitik (zaman batu baru).

Bermula dilembah Hwang Ho, diperintah oleh Maharaja Shih Huang, Dinasti Ching (221S.M – 206 S.M) dan empayarnya meluas hingga ke bahagian selatan Cina.

Jajahan takluknya amat luas hingga ke Sungai Merah Vietnam

Tamadun Cina diperluaskan lagi oleh dinasti lain seperti Dinasti Han, Qin, Jin, Sui, Tang Liao dan lain-lain Menjadu tamadun terunggul dan pencetus tamadun barat.

Bermula zaman Tamadun Indus tahun 2500SM – 1800SM. Kemudian diruntuhkan oleh orang Aryan,diganti dengan

Zaman Vedik, mengambil sempena kelahiran kitab Veda. Inilah zaman bermulanya kehidupan beragama disini iaitu hindu.

Pada abad ke 7 SM, mereka berpindah ke lembah Ganges dan membentuk kerajaan yang diperintah oleh Raja.

Tahun 321 SM, seluruh India telah disatukan di bawah Dinasti Mauriya. Empayar tersebut mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Asoka

Bermula zaman Yayoi (zaman Neolitik, 300SM – 300M). Zaman ini banyak dipengaruhi oleh tamadun Cina seperti

kemasukan Agama Buddha, budaya bertani, bersawah padi dan membuat senjata.

Pada zaman Heian (794M – 1185M), terkenal dengan zaman tradisi Jepun, diberi penekanan kepada carahidup beradab dan peraturan yang baik/sopan.

Seterusnya zaman pra moden yang terdiri dari zaman Keshogunan Kamakura 1185- 1333 M, Keshogunan Ashikaga, Keshogunan Tokugawa sehinggalah ke zaman Pemodenan Jepun –Meiji.

Page 4: Esei Titas Peta Minda

2.2 Teori Kedatangan Pelbagai Tamadun ke Malaysia

4

Kedatangan Pelbagai Tamadun ke Malaysia

Islam

Hindu/India

Dari Tanah Arab Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah diislamkan tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh al-Yamani

dari Yaman. Kandungan persuratan Melayu dahulu menggunakan istilah dan tulisan Jawi yang

menunjukkan sumber dari Arab Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak

sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya.

Islam Datang Dari India Penyebaran Islam berlaku melalui perdagangan antara kota pelabuhan Dakka di India

Selatan dengan wilayah nusantara. Terdapat persamaan mazhab antara orang-orang Arab yang bermadzhab Syafii dari Gujarat

dan Malabar di India dengan penduduk Islam di Asia Tenggara. Pendapat di atas juga dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh,

RajaSamudera yang bertarikh 1297 Masihi. Terdapat persamaan reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut.

Islam Datang Dari China Berdasarkan teori perpindahan orang Islam dari Canton ke Asia tenggara (Palembang,

Kedah, Campa, Brunei, Patani, Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Jawa Timur sekitar tahun 876 M. Hal ini kerana berlakunya pemberontakan yang mengorbankan hingga 150.000 muslim.

Antara buktinya: batu nisan syekh Abdul Kadir bin Husin syah Alam di Langgar, Kedah 903 M, batu bertulis Phan-rang di Kamboja 025 M, batu nisan di pecan Pahang 1028 M, batu nisan puteri Islam Brunei 1048 M, batu bersurat Trengganu 1303 M dan batu nisan Fathimah binti Maimun di Jawa Timur 1082 M.

Pengaruh Hindu lebih awal sampai di Malaysia.Ia dapat dikesan dalam bahasa Melayu, kesusasteraan dan kesenian. Candi Lembah Bujang di Kuala Kedah adalah bukti orang Melayupernah menganut agama Hindu-Buddha. 

Penempatan India di Malaysia berasal dari wilayah Tamil Nadu selatan India lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 sebagai pekerja samada kerani atau buruh ladang getah milik peladang Eropah.

Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di negeri Selat dan negeri Melayu Bersekutu sekitar 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga

1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan kepercayaan mereka yang dibawa dari India.

Mereka membina kuil-kuil pelbagai saiz dan rupa di ladang dan kediaman mereka tanpa sebarang sekatan sebelum dan selepas merdeka. Kebanyakan mereka menyembah tuhan Shiva sebagaimana tradisi di selatan India.

Page 5: Esei Titas Peta Minda

5

Kedatangan Pelbagai Tamadun ke Malaysia

Cina

Jepun

Perhubungan antara Negara China dengan Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama menerusi kegiatan perdagangan.

Peringkat awal, kedatangan mereka keTanah Melayu bukan bertujuan untuk membuka petempatan, tetapi menjalankan perniagaan semata-mata. Tambahan pula, masa itu wujud hubungan diplomatik yang baik antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Tanah Besar China.

Bila berlaku campur tangan Inggeris di PulauPinang (1786), Singapura (1819), dan Negeri Selat (1826), bermulalah satu lembaran baru kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu.

British membawa masuk dan menggalakkan kedatangan orang Cina adalah untuk bekerja bagi kepentingan mereka. Pihak British amat berminat dengan buruh dari Negara China kerana bayaran upah adalah rendah dan orang Cina terkenal dengan sikap rajin bekerja.

Penghijrahan beramai-ramai orang Cina keTanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Masa itu,kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari selatan Tanah Besar China seperti Kwangtung, Fuchien dan Kwangsai. Oleh itu, mereka mempunyai dialek yang berlainan seperti dialek Canton, Hokkien, Hakka,Hailam, Kwangsi dan Teowchew. Tumpuan mereka di Tanah Melayu kerana mempunyai peluang ekonomi yang cukup luas dan memberangsangkan. Kepesatan kedatangan imigran Cina dapat dilihat pada tahun 1891 di mana hampir separuh penduduk di Perak, Selangor, dan Sungai Ujong terdiri daripad orang Cina. Sekitar tahun 1895 hingga 1927, dianggarkan kira-kira seramai enam juta orang Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu. Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran sepert ikesengsaraan hidup di Negara China, bencana alam yang berleluasa di Negara China, ketidakstabilan politik dan ekonomi di Negara China, terdapat pelbagai kemudahan untuk berhijrah, pertumbuhan perusahaan getah dan bijih timah diTanah Melayu serta kestabilan politik di Tanah Melayu.

Pada 1868 - 1912 , Maharaja Mikado Meiji memerintah Jepun. Meiji melancarkan program pemodenan dan perindustrian dengan Barat sebagai model untuk memajukan Jepun.

1895: Jepun memenangi Perang China – Jepun I, tahun 1905, Jepun mengalahkan Rusia dan Jepun dianggap kuasa besar.

Tahun 1940, Amerika mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun kerana enggan keluar dari China setelah Jepun menawan sebahagian besar China dalam Perang China Jepun 2. Setelah Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun tahun 1941, beliau menyerang Asia Tenggara bagi mengatasi sekatan ekonomi oleh Amerika.

Jepun melancarkan propaganda untuk mempengaruhi rakyat tempatan agar menentang penjajahan Barat dengan slogan“ ASIA UNTUK ORANG ASIA”, “SEMANGAT ASIA” .

Rancangan “Kawasan Kesemakmuran bersama Asia Timur Raya” dilancarkan bagi menaikkan imej Jepun sebagai pembela negara Timur yang dijajah Barat.

Pada 8 Disember 1941, Tentera Jepun mendarat di Singgora, Patani dan Pantai Sabak (Kota Bharu) dan mara ke selatan Tanah Melayu Melalui Pantai Timur dan Pantai Barat (setiap arah dengan dua laluan iaitu jalan pesisir pantai dan jalan darat iaitu bandar ).

Di Sarawak, Jepun mendarat di Miri pada 16 Disember 1941 dan Mara ke Kucing dan Sibu, seterusnya Labuan dan Sandakan pada 19 Januari 1942.

Pada 15 Februari 1942, seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun apabila Lef. Jeneral A.E. Percival menyerah diri kepada Lef. Jeneral Yamashita Tomoyuki (Harimau Malaya ) di Singapura. Jepun memerintah Tanah Melayu sehingga 12 Ogos 1945.

Page 6: Esei Titas Peta Minda

3.0 PENGARUH PELBAGAI TAMADUN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

6

KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN

MALAYSIA

Agama dan Kepercayaan

Pendidikan

Masyarakat Melayu meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan animisme dan bertukar kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati dan pentingkan soal persamaan taraf.

Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, nabi-nabi, malaikat dan kitab suci.

Namun, tradisi lama masih sukar dihapuskan tetapi hilang sedikit demi sedikit.

Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan.

Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah.

Lahirlah para cendiakawan Melayu seperti Hamzah Fansuri dan Syeikh Abdul Malik Abdullah.

Page 7: Esei Titas Peta Minda

7

Bahasa dan Kesusasteraan

Bahasa Melayu menerima pengaruh Islam pada abad ke-14M.

Masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu dan diubahsuai sebagai tulisan Jawi.

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa persuratan dan sebagai alat penyebaran Islam di seluruh Alam Melayu.

Berlaku pinjaman kata bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu seperti hakim, mahkamah, akal, tamadun, roh, iman, ilmu.

Agama Islam membawa perubahan besar terhadap kesusasteraan Melayu. Antara hasilnya : Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul.

Perundangan

Setelah Islam datang sistem perundangan berubah kepada sistem adat dan Islam. Contoh Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang didasarkan kepada hukum syariah dan hukum adat.

Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan.

Page 8: Esei Titas Peta Minda

8

Politik dan pemerintahan

Agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka.

Begitu juga dalam Perlembagaan Negara termaktub Islam sebagai agama resmi negara.

Gelaran raja (konsep dewaraja) bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah, mufti sebagai penasihat kepada sultan dalam hal ehwal Islam dan rakyat mempunyai kuasa dalam menentukan penubuhan sistem beraja.

Masyarakat bukan Islam bebas menjalankan aktiviti agama selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.

Sistem kekeluargaan

Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat Melayu di samping komuniti bagi melaksanakan kawalan serta tekanan sosial.

Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu dan pendidikan berteraskan Islam dan adat.

Undang-undang keluarga Islam diwujudkan.

Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya.

Page 9: Esei Titas Peta Minda

9

Adat dan Cara hidup

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya.

Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu.

KESAN DAN PENGARUH CINA DALAM TAMADUN

MALAYSIA

Agama dan Kepercayaan

Wujud kepelbagaian agama dalam masyarakat di malaysia. Masyarakat Cina biasanya beragama Toism dan Buddha.

Terdapat peruntukan kekebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) “Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan”

Page 10: Esei Titas Peta Minda

10

Pendidikan

Wujud aliran Pendidikan Cina dalam arus perdana pendidikan di Malaysia seperti Sekolah Cina dan Sekolah Kebangsaan Cina.

Kementerian Pelajaran, Malaysia kini mempunyai 1290 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, 60 buah Duli Zhongxue1, 3 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (aliran Cina).

Institusi pendidikan ini diwujudkan semata-mata untuk mengekalkan budaya, bahasa, identiti dan menyatupadukan masyarakat Cina di Malaysia

Bahasa dan Kesusasteraan

Pengaruh tamadun China ke dalam tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut :

(a) Makanan dan buah-buahan

Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu.

(b) Pakaian dan barang-barang dagangan

Cukin, tocang, joseh, 10' cuan, kekwa (bunga), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, ci (1/10 tahil), hun (1/100 tahil, 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci.

(c) Rumah dan peralatan

Loting, pangkin, ang oh, loceng, langkan, kangka, bangs aI, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan), cacing.

(d) Manusia dan ehwalnya

Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cine au, amp au, taijin, kuntau, gua, lu, sengse singkek, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokang, tekong, band, cuak, culai, lancong.

(e) Permainan

Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai dan mahjong

Page 11: Esei Titas Peta Minda

11

Kebudayaan

Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh satu komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah seperti berikut:

i) Budaya Baba-Nyonya

Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di Melaka.

Oleh kerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan wanita tempatan.

Maka bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan perniagaan dan institusi keluarga. Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya.

Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau Peranakan.

Selain itu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. 

Bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa dialek Melayu Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar.

Setiap kawasan mempunyai ragam yang dipengaruhi dialek Melayu tempatan yang berbeza-beza. Bahasa ini berbeza dengan Bahasa Melayu baku.

ii Budaya Cina Peranakan

Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia.

a) Cina Peranakan Kelantan yang dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat.

Page 12: Esei Titas Peta Minda

12

Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah pengguna-an dialek Kelantan yang fasih dan fesyen pakaian

a) Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun mereka tidak beragama Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang Melayu. Mereka juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu, walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu

Kesenian

Kesenian Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun

Cina diTanah Melayu pada zaman awal amat ketara pada aspek seni bina. 

Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapanialah pada reka bentuk bumbung masjid yangmenyerupai seni bina Pagoda.

Page 13: Esei Titas Peta Minda

13

KESAN DAN PENGARUH HINDU/INDIA DALAM TAMADUN MALAYSIA

Agama dan Kepercayaan

Lahir kepelbagaian agama dalam masyarakat di malaysia. Masyarakat India biasanya beragama Hindu dan Buddha.

Kebanyakan mereka menetap di pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti Negeri Sembilan, Selangir dan Perak

Terdapat peruntukan kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) “Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan”

Pendidikan Wujud aliran Pendidikan India di Malaysia seperti Sekolah

Tamil dan Sekolah Kebangsaan Tamil.

Kementerian Pelajaran, Malaysia kini mempunyai 524 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. 324 buah sekolah bantuan kerajaan dan bakinya adalah sekolah kerajaan.

Kewujudan sekolah ini dapat mengekalkan budaya, bahasa, identiti dan menyatupadukan masyarakat India di Malaysia

Page 14: Esei Titas Peta Minda

14

Bahasa dan Kesusasteraan

Penggunaan Bahasa Sanskrit

Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684M), Batu Bersurat Kota Kapur (686M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno yang digunakan ketika itu.

Peminjaman besar-besaran kata dalam bahasa sanskrit yang diserap dalam bahasa Melayu dan digunapakai sehingga ke hari ini.

Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit (Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)

Bhakti =  baktiBhumi = bumiDosa = dosa Drohaka = derhaka Maharddhika = merdeka Prakara = perkara Rupa = rupa Samicra = mesra Tathapi = tetapi Vela = bila

Pengaruh Bahasa Tamil.

Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan, contohnya:Kendii = kendiKappal = kapalPetti = peti

Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata.

Hikayat Seri Rama dapat inspirasi daripada Epik Ramayana. Epik Mahabharata diberi wajah tempatan Hikayat Pendawa

Lima, H. Pandawa, H. Panda Delima & H. Sang Boma. Karyasastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian,

keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos.Turut diadaptasikan dalam wayang kulit.

Page 15: Esei Titas Peta Minda

15

Adat resam dan Budaya

Kedatangan agama Hindu mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam.

Masyarakat Malaysia khususnya Melayu masih ada yang mengamalkan amalan jampi serapah dan mentera yang diwariskan secara turun-temurun kepada setiap generasi.

Amalan adat dikalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki kebumi bagi bayi. Kesemua adat ini berasal dari India

Kebanyakan adat resam yang bertentangan dengan ajaran Islam sudah tidak dipraktikkan setelah kedatangan Islam kerana membawa kerosakan akidah.

Sistem Pemerintahan

Konsep Devaraja (Raja) (dalam bahasa Sanskrit yang bermakna Raja Tuhan) masih digunapakai.

Upacara pertabalan diadakan bagi membezakan rakyat dengan raja serta berperanan untuk mengekalkan status tinggi seorang pemerintah.

Konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan.

Raja berkuasa mutlak terhadap rakyatnya kerana mereka takut dikenakan bencana kerana melanggar titah Raja walaupun dizalimi.

Page 16: Esei Titas Peta Minda

Kehadiran Jepun ke Malaysia tidak memberi kesan yang banyak terhadap

perkembangan tamadun dan budaya masyarakat Malaysia. Ini kerana

beberapa sebab iaitu:

a) Semata-mata untuk menakluk dan meluaskan jajahannya dan

bukannya untuk bekerja

b) Untuk mengaut segala hasil bumi tempatan bagi memulihkan

kegawatan ekonomi yang melanda Jepun dan sekatan ekonomi oleh

Amerika.

c) Masa menduduki Malaysia terlalu singkat hanya 3 tahun lebih sahaja.

Kehadiran Jepun juga dilihat lebih banyak membawa keburukan daripada

kebaikan terhadap masyarakat pelbagai kaum tanah melayu waktu itu.

Zaman ini juga dikenali sebagai zaman gelap bagi tanah Melayu kerana

penderitaan yang dialami oleh masyarakat.

Namun daripada sudut-sudut yang terpinggir, kedatangan Jepun tetap

menyumbangkan kesan positif terutama dalam membentuki pemikiran dan

jatidiri masyarakat. Ini bukanlah kesan yang kecil tetapi pengaruh impak dan

pemikiran inilah yang membentuk pemikiran matang dalam masyarakat

malaysia.Antara perkara yang dikira memberi kesan terhadap perkembangan

tamadun Malaysia walaupun tidak sebesar Tamadun Islam, Cina dan India,

Antaranya:

16

Struktur Masyarakat 

Wujudnya sistem lapisan masyarakat yang berbeza status dalam kehidupan.

Terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) yang dianggap lebih mulia dari golongan rakyat biasa.

Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal(bangsawan) dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Menggalakkan perpecahan kerana perbezaan status menyebabkan rasa irihati dan penindasan terhadap mereka yang lemah.

KESAN DAN PENGARUH JEPUN DALAM TAMADUN

MALAYSIA

Page 17: Esei Titas Peta Minda

17

Ekonomi 

Jepun menekankan konsep “self Sufficient’ memaksa rakyat bergantung kepada hasil usaha sendiri untuk keperluan masing-masing dengan menggalakkan penanaman pelbagai hasil tanaman.

Keadaan ini melatih rakyat dan menanamkan sifat berdikari dan rajin dalam berusaha mendapatkan makanan.

Walaupun kehadiran Jepun melumpuhkan ekonomi, tetapi Jepun mengajar satu anjakan pemikiran baru iaitu ekonomi boleh di jana dengan pelbagai cara dalam persediaan menghadapi pelbagai suasana hidup.

Pekerjaan 

Menekankan sistem pertanian moden- penggunaan peralatan moden, sistem batas, pemilihan tanah dan baja serta bijih benih

Menyimpan stok dalam gudang spt hasil padi

Memperkenalkan teknik pengairan yg cekap, sistem penanaman dan penuaian yg diperbaiki

Seni tembikar dan pembuatan barangan logam spt alat pertanian, senjata kerja sampingan

Perlombongan dan pembuatan wang syiling dari logam turut diperkenalkan. Kegiatan perdagangan mulai berkembang.

Pendidikan 

Memberi pendidikan yang sama kepada semua orang melayu dan memberi peluang kepada mereka menerima semangat kebangsaan.

Subjek yang diajar meliputi matematik, sains, pertanian dan pelbagai subjek akademik lain. Ini mendedahkan orang melayu kepada ilmu pengetahuan.

Guru-guru melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan dan mempelajari bahasa Jepun. Merekalah yang memperjuangkan bahasa kebangsaan dan keistimewaan orang melayu dalam memberi semangat nasionalisma selepas kekalahan Jepun.

Jepun juga menubuhkan sekolah teknik yang mengajar kursus kejurutetaan mekanik, jurutera major dan pembinaan kapal. Ini menambahkan kemahiran masyarakat Melayu.

Setelah Jepun kalah, kesedaran dalam jiwa pejuang nasionalisma ialah mereka menganggap tiada kuasa yang tidak boleh dikalahkan.

Kesedaran inilah membawa kepada gerakan nasionalisma penentangan terhadap Inggeris dan memaksa Inggeris untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu setelah mengambil alih tanah melayu kali yang ke 2

Page 18: Esei Titas Peta Minda

18

Peraturan/ Undang-undang 

Hukuman berat yang diperkenalkan Jepun menyebabkan jenayah berkurangan.

Mereka yang melakukan jenayah berat akan dipancung di khalayak ramai, manakala jenayah yang agak ringan akan diberi minum air yang banyak kemudian diletakkan papan di atas perut dan dipijak beramai-ramai oleh tentera Jepun.

Jepun juga melatih individu yang terlibat dengan pentadbiran Jepun dan tentera sukarewla Jepun dengan disiplin yang tinggi dan semangat cintakan tanahair yang tinggi. Paksaan dan disiplin tinggi menyebabkan semua kerja berjalan lancar dan licin. Peperapan disiplin ini membantu membentuk peribadi masyarakat yang lebih baik.

Agama 

Kedatangan Jepun tidak bertujuan untuk menyebarkan agamanya iaitu agama shinto.

Oleh itu mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada masyarakat dalam beragama.

Masyarakat boleh mengamalkan agama masing-masing tanpa di ganggu.

Semua agama yang wujud di Tanah Melayu tidak terganggu dan masih diamalkan oleh masyarakat hingga hari ini.

Page 19: Esei Titas Peta Minda

4. RUMUSAN

Kepelbagaian kaum yang wujud di Malaysia dan penjajahan yang bersilih ganti

memberi impak yang besar dalam perkembangan tamaddun Malaysia sebagaimana yang

telah dibincangkan di atas. Kepelbagaian ini pasti memberi kesan dalam hidup

bermasyarakat sekiranya tidak ditangani dengan baik. Antaranya:

Jurang ekonomi

Jurang perbezaan ekonomi yang besar antara kaum di Malaysia. Jurang ini berlaku

kerana sikap penjajah yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan dan

masalah rakyat tempatan.  Para  petani  yang  sebahagian besar  terdiri dari masyarakat 

Melayu sentiasa dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya yang bertujuan

menempatkan orang Melayu di kawasan luar bandar dan terus menjadikan mereka

pembekal makanan kepada masyarakat bandar. Dalam hal ini, orang  Melayu digalakkan

mengusaha  tanaman sara diri sahaja, sedangkan masyarakat imigran di kawasan bandar

terutamanya Cina terus sibuk dan maju dengan kegiatan ekonomi eksport dan import.

Sehubungan itu, pembangunan kawasan banyak ditumpukan dikawasan yang

bersedia menerima perubahan ini menyebabkan kawasan Pantai Barat Semenanjung

lebih cepat mendapat kemajuan dari kawasan Pantai Timur. Perbandaran yang dicirikan

penjajah memberi penumpuan kepada penduduk kaum imigran terutama kaum Cina.

Ringkasnya, akibat dasar pecah dan perintah Inggeris berlaku perbezaan tumpuan sektor

ekonomi. Melayu sebagai petani sara diri dan nelayan, Cina di sektor perdagangan dan

perlombongan, sementara India di ladang. Ini memberi kesan kepada ketidakseimbangan

antara kawasan desa dan bandar. Kesan ini berlanjutan hingga zaman pasca-penjajah.

Jurang Sosial

Jurang ekonomi memberi kesan kepada jurang sosial. Lantaran itu wujud kelompok

masyarakat kaya yang banyak terbina dari kalangan masyarakat bandar dan

masyarakat miskin yang wujud di kalangan masyarakat luar

bandar- Secara tidak langsung, keadaan ini telah mengubah struktur masyarakat Melayu

dan peribumi kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas. Kelas atasan terdiri dari

golongan bangsawan Melayu,saudagar, pengurus dan pengusaha yang terdiri daripada

orang asing dan Cina.  Kelas pertengahan adalah masyarakat  etnik Cina dan sedikit

19

Page 20: Esei Titas Peta Minda

dari golongan India, sebilangan kecil individu Melayu dan lain-lain kaum

bumiputera. Kelas  bawahan  merupakan majoriti  masyarakat  Melayu dan peribumi. Ini

memberi kesan seolah-olah wujud susun lapis dan kelas masyarakat berdasarkan lunas

perkauman

Pencapaian Tidak Seimbang

Pencapaian yang tidak seimbang juga berlaku dalam aspek penting khususnya

pendidikan-Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum dan logistik

etnik di Malaysia-Pengasingan sistem pendidikan mula berlaku antara etnik. Masyarakat

Melayu dengan pendidikan Melayu, etnik Indiadengan pendidikan berteras bahasa Tamil

dan etnik Cina dengan teras bahasa Mandarin. Sementara komuniti peribumi yang terdiri 

dari Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak tidak diberikan pendidikan.

Oleh itu pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berwajib dalam menangani dan

mengawal supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku didalam masyarakat pelbagai

etnik, budaya dan agama ini, antaranya:

Dasar Pendidikan Negara

Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat majmuk

yang telah berinteraksi sekian lama secara harmoni. Antara dasar pelajaran tersebut ialah

Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Pernyata

Razak dan Penyata Rahman Talib dan Akta Pendidikan 1995. Semua dasar-dasar ini

berperanan memupuk perpaduan dan bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam

sistem pendidikan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih

seragam dan menyeluruh.

Dasar Integrasi Nasional

Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan integrasi

yang lebih mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah.

Sehubungan ini, Dasar Integrasi Nasional digubal untuk melaksanakan proses kewujudan

identiti nasional di kalangan kaum yang berbeza kebudayaan, kepercayaan dan

penempatan.

20

Page 21: Esei Titas Peta Minda

Bahasa Melayu sebagai alat  perpaduan

Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan

Persekutuan. Namun, bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi

peranan bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta

Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.

5. KESIMPULAN

Menjadi tanggungjawab masyarakat dan pihak bertanggungjawab agar saki baki

keharmonian serta saling menghormati budaya pelbagai yang masih wujud harus

dipeliharai dan dikawal rapi dengan baik agar ia sentiasa berterusan. Manakala perkara

yang tidak diingini dan dibenci seperti saling tidak menghormati, wajib dijauhi agar

keharmonian yang dikecapi tidak dinodai. Semuanya pasti mengingini negara yang aman

dan harmoni, masyarakat yang saling hormat menghormati walaupun berbeza asal usul,

etnik dan ideologi. Sentiasalah diadakan dialog dalam pelbagai tamaddun untuk

membincangkan titik pertemuan supaya perbezaan pendapat dan unsur permusuhan

dapat dikikis dan diuraikan.

21

Page 22: Esei Titas Peta Minda

Rujukan

Ibn. Khaldun, (1995) Mukaddimah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Attas, S.M. Naquib, (1996). Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan, Konvensyen Masyarakat Madani, September 19-21, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Azizan

Baharuddin (ed), Dialog Peradaban Menurut Perspektif Islam, Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, 2005 hal. 80-85.

Afifah Abu Yazid, (2004).Pengajian Tamadun Asia.Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Faizurah Hj. Basri et.al, (2008).Tamadun Islam dan Tamadun Melayu:Perkembangan dan Isu Kontemporari. Selangor Darul Ehsan: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM

A. Aziz Deraman (2003). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Suatu Analisis Perkembangan Kebudayaan di Malaysia. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Ishak. (1990). Islam Di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Petaling Jaya, Selangor: Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Abdullah Jusoh (1989). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdula Rahman Abdullah. (1999). Falsafah Alam Semesta Di Nusantara. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

http://ipkt.edu.my/naim/?_page=2

http://members.tripod.com/man999/Tamadun_Islam.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam

http://tamadun-islam551.blogspot.com/2008/06/interaksi-antara-tamadun.html

22

Page 23: Esei Titas Peta Minda

REFLEKSI

NAMA : MADURA BT MOHAMAD ZULKAFLI

K/P : 751129-05-5414

Pertama sekali saya amat bersyukur setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana

dengan inayahNya saya dapat melaksanakan tugasan walaupun pelbagai halangan yang

terpaksa saya tempuhi kerana saya percaya tiada kejayaan dapat dicapai tanpa ada

cabaran yang mendatang bak kata pepatah mana dapatnya sagu kalau tak dipecahkan

ruyungnya. Menerusi pembelajaran keseluruhannya dalam subjek ini, saya dapat

memahami penerapan nilai-nilai pelbagai tamadun iaitu Islam, Melayu, Cina, India dan

Jepun dalam pembinaan tamadun Malaysia.

.

Sebagaimana yang terdapat dalam tugasan Kerja Kursus Berdasarkan Ilmu (KKBI)

WAJ 3101 yang membincangkan tentang tamdun di Malaysia, saya berpendapat bahawa

topik ini membawa saya meneroka tentang semua yang berkaitan dengan tamadun Islam,

Melayu, Cina, India dan Jepun. Berdasarkan daripada penerangan daripada pensyarah

iaitu Puan Zubaidah bt Hj Ahmad, saya mendapat gambaran tentang kehendak tugasan

KKBI ini.

Setelah membuat tugasan yang diberi secara berkala, saya begitu teruja kerana

mengetahui begitu banyak pengetahuan dan makumat yang saya belum mengetahui

sebelum ini. Begitulah uniknya tamadun yang terdapat pada masyarakat Islam, Melayu,

Cina, India dan Jepun. Sebagai contoh, semua tamadun menekankan nilai positif dalam

kehidupan seharian seperti mereka mempertahankan nilai budaya masing-masing

disamping menghormati nilai budaya lain. Namun begitu walaupun uniknya tamadun-

tamadun ini ia tidak dapat menandingi tamadun Islam yang mengandungi ajaran yang

sempurna.

23

Page 24: Esei Titas Peta Minda

Di samping itu, saya juga banyak melakukan rujukan, pembacaan dan pemerhatian

tentang nilai-nilai tamadun yang terdapat di Malaysia. Saya banyak mencari bahan

melalui internet, perpustakaan, pusat sumber sekolah dan pertukaran buku rujukan

bersama rakan-rakan.

Saya berasa amat seronok dan teruja dapat menyiapkan tugasan yang diberi

kerana saya dapat meneroka banyak ilmu baru. Di samping itu, saya juga dapat berkongsi

pengetahuan dan pengalaman pensyarah dan rakan-rakan sekuliah berkaitan tentang

ilmu tamadun ini. Secara peribadi saya juga dapat memupuk sikap toteransi dan

bekerjasama dengan rakan yang lain sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga belajar untuk bertanya dan berkongsi pengetahuan dengan rakan yang lain.

Hal ini turut membawa saya untuk memperbaiki kemahiran intrapersonal dan

interpersonal.

Akhir kata, saya berharap agar ilmu pengetahuan yang saya garap menerusi

pembelajaran dalam subjek Tamdun Islam dan Tamadun Asia (WAJ3101) ini tidak

terhenti setakat ini sahaja. Saya juga berharap agar segala usaha saya selama ini dapat

memenuhi objektif WAJ 3101 dan yang paling penting segala pencarian ilmu ini

mendapat keredhaan Allah S.W.T.

24