33
DEPARTMENT OF NURSING FACULTY OF MEDICINE UKMMC IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN BACHELOR OF NURSING TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN GGGE 2123 TAJUK: TAHAP KEMAHIRAN ICT DALAM KALANGAN JURURAWAT- JURURAWAT PELATIH DI PPUKM NAMA & NO MATRIK: SIMIDASILAWATI BINTI SAID A 143728 NURUL FAZLINA BINTI BAHARUDIN A 143730 HARNANI BINTI MAT HASSAN A 143740 ROSMIZA BINTI AZMI A 143742 SHARIFAH SALMAHHIZAM BINTI SYED SALLEH A 143756 NORAZILAH BINTI MD SAH A 143760 PENGAJAR:

Ggge2123 esei

  • Upload
    amyza79

  • View
    187

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ggge2123 esei

DEPARTMENT OF NURSINGFACULTY OF MEDICINE UKMMC

IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATANBACHELOR OF NURSING

TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKANGGGE 2123

TAJUK: TAHAP KEMAHIRAN ICT DALAM KALANGAN JURURAWAT- JURURAWAT PELATIH DI PPUKM

NAMA & NO MATRIK:

SIMIDASILAWATI BINTI SAID A 143728NURUL FAZLINA BINTI BAHARUDIN A 143730HARNANI BINTI MAT HASSAN A 143740ROSMIZA BINTI AZMI A 143742SHARIFAH SALMAHHIZAM BINTI SYED SALLEH A 143756NORAZILAH BINTI MD SAH A 143760

PENGAJAR:

MEJAR MOHD JASMY BIN ABDUL RAHMAN

Page 2: Ggge2123 esei

4

KANDUNGAN

No Tajuk Bilangan Mukasurat

1 Pendahuluan 3

2 Penyataan masalah 6

3 Tujuan kajian 6

4 Objektif kajian 6

5 Persoalan kajian 6

6 Metadologi kajian 7

7 Dapatan kajian 8

8 Cadangan Kajian 25

9 Kesimpulan 26

10 Rujukan 27

Page 3: Ggge2123 esei

4

Pendahuluan

Pada hari ini,dunia telah mengalami tranformasi dari sektor perindustrian ke arah yang lebih

canggih iaitu masyarakat bermaklumat teknologi yang lebih efisien dalam globalisasi dunia.Ia

dapat dilihat dalam era kepopularan multimedia,telefon bimbit dan komputer peribadi. Ia juga

dikenali sebagai teknologi maklumat(IT)(Baharuddin dan ellington 2000).Teknologi maklumat

atau dikenali dengan nama information communication technology (ICT) sememangnya

memberi impak yang besar terhadap peradaban masyarakat pada hari ini tanpa mengira peringkat

umur dan bangsa.

Komputer dilihat sebagai simbol baru dalam perubahan apabila kita memasuki abad ke -

21 (Blois 1986).Komputer saat ini telah menjadi suatu hal yang sangat berperanan dalam

masyarakat. Perkembangan ini tidak hanya terjadi di Negara maju saja namun juga di Negara

berkembang. Komputer sebenarnya tidak berbeza dengan produk tekhnologi lainnya seperti

kereta api, pesawat terbang, televisyen dan lain sebagainya. Apa yang membezakan komputer

dengan produk lainnya adalah kemampuannya untuk dapat diprogramkan dan melaksanakan

berbagai macam tugas dengan kecepatan dan ketelitian yang tinggi.

“….The Seventh Malaysia Plan 1996-2000 (SMP) recognises that in the Information

Age, ICT is central to competing in the global economy, increasing productivity and

efficiency and enabling the enhancement of quality of life”

(The WER Team, 2001)

Teknologi perkomputeran dan perkakasannya merupakan komponen utama dalam bidang

ICT yang perlu dikuasai oleh masyarakat sekiranya ingin maju dan bersaing di peringkat global.

Ramlan Abd. Wahab (2000) menyatakan literasi komputer dan multimedia merupakan

“pengetahuan permukaan” yang berkesan untuk memperolehi pengetahuan mendalam dan

mengaplikasikannya secara langsung dalam pelaksanaan dan pengendalian sistem-sistem

berasaskan ICT seperti e-dagang, e-pengurusan, e-pendidikan dan bidang yang berkaitan. Untuk

melahirkan masyarakat yang literasi komputer dan maklumat, sudah tentu ia bermula di

peringkat sekolah dan institusi pengajian.

Page 4: Ggge2123 esei

4

“Buta komputer” pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 60-an walaupun

anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi”.

(Baharuddin Aris et. al, 2001)

Memandang literasi komputer adalah antara kemahiran yang begitu penting pada era ICT,

maka buta komputer perlulah dihapuskan di kalangan pelajar dan masyarakat amnya kerana ia

merupakan komponen utama dalam bidang ICT.

Di Malaysia,penggunaan dalam bidang perubatan amatlah diperlukan.Menurut Shortliffe

dan Greenes (1986), Informatik Perubatan adalah satu bidang yang berkaitan dengan kognitif,

pemprosesan maklumat dan koD;lunikasi dalam praktis perubatan, pendidikan dan penyelidikan,

temiasuk juga sains maklumat dan teknologi yang menyokong tugas ini (Greenes

1990).Penggunaan komputer da1am jagaan kesihatan telah bermula sejak lebih 40 tahun dahulu.

Penggunaan komt;uter da1am perubatan pada peringkat awal adalah untuk bidang biof1Zik,

biokejuruteraan dan penerbitan bioperubatan elektronik (Collen 1986). dalam lingkungan

hospital, dihubungkan dengan pangkalan data jabatan mereka dalam sistem pangkalan data

teragih. Pada waktu ini dapat menyaksikan ramai (800/0-) pengamal perubatan dan pakar

perubatan di Amerika Syarikat mempunyai komputer di pejabat mereka (Collen 1999). Pada

tahun 1990an pula, pengurus hospital dapat menggunakan komputer mereka untuk memantau

secara online, proses jagaan kesihatan sebaik sahaja ia berlaku. Penggunaan aplikasi yang lebih

canggih juga mula ketara seperti penggunaan sistem penyokong membuat keputusan klinikal,

sistem peringatan klinikal, penggunaan sistem yang boleh mengesan suara dan tulisan tangan dan

sebagainya. Internet juga telah mengambil alih fungsi intranet di sesetengah hospital. Pendidikan

kesihatan untuk pesakit dan komunikasi dengan pesakit juga telah menggunakan teknologi

internet (Collen 1999).

Sejarah penggunaan computer dalam sector perubatan bermula pada tahun 1950an

apabila hospital telah mula menggunakan kad tebuk untuk fungsi perakaunan (Collen 1999).

Dengan penciptaan komputer kerangka generasi ke tiga pada tahun 1964 (Collen 1986), ia telah

digunakan untuk tujuan pentadbiran hospital (Collen 1999). Pada awal tahun 1970an, sebahagian

aplikasi klinikal menggunakan terminal yang disambungkan dengan komputer kerangka pusat

dan ianya terletak di stesen jururawat. Pada pertengahan 1970 pula, penggunaan komputer mini

Page 5: Ggge2123 esei

4

telah diperkenalkan untuk fungsi yang sama (Collen 1999). Kebanyakan sistem yang

dilaksanakan di organisasi kesihatan seperti hospital, ada1ah satu sistem yang besar dan

kompleks, yang melibatkan pelbagai unit dan jabatan dan juga pelbagai lapisan anggota. Ini

menimbulkan cabaran kerana pelaksanaan sistem yang melibatkan pengguna yang ramai boleh

mengundang kegaga1an dan boleh mengakibatkan kerugian beIjuta-juta ringgit (Lorenzi 2000).

Kejayaan ketara dengan pelaksanaan sistem yang bersifat "stand-alone" dan hanya melibatkan

unit yang kecil dan pengguna yang sedikit (Lorenzi 2000). Kejayaan pelaksanaan sebegini

memerlukan penerapan yang berkesan dari segi kemahiran Tahun 1980an menyaksikan

teknologi rangkaian(network) telah mula mendapat tempat.

Majoriti pada hari ini, dapat dilihat bahawa masyarakat sudah terdedah dengan kemajuan

teknologi IT tanpa mengira usia dan kedudukan.Oleh demikian kajian ini dapat memperlihatkan

jururawat pelatih juga berkebolehan menguasai sistem yang digunapakai di PPUKM.

Page 6: Ggge2123 esei

4

Penyataan masalah

Kaji Selidik ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran ICT di kalangan jururawat pelatih di Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Tinjauan juga dilakukan bertujuan melihat sejauh mana kekerapan penggunaan ICT oleh jururawat pelatih di PPUKM serta mengetahui keberkesanan ICT dalam sesi pengajian mereka. Kaji Selidik ini telah dilakukan di Blok Pendidikan,Pusat Perubatan UKM.

Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran ICT di kalangan jururawat pelatih di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) melalui tiga kategori iaitu penguasaan , kekerapan dan keberkesanan dalam menggunakan ICT. Selain itu, ia juga bertujuan bagi kami memenuhi tuntutan tugasan subjek Inovasi dan Teknologi dalam Pendidikan.

Objektif kajian

Objektif kaji Selidik ini dilakukan adalah untuk:

i. Mengenalpasti tahap penguasaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKMii. Mengetahui tahap kekerapan penggunaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKM

iii. Menilai keberkesanan ICT dalam sesi pengajian di kalangan jururawat pelatih di PPUKM

Persoalan kajian

i. Apakah tahap penguasaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKMii. Sejauh mana tahap kekerapan penggunaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKM

iii. Bagaimana tahap keberkesanan ICT dalam sesi pengajian di kalangan jururawat pelatih di PPUKM

Page 7: Ggge2123 esei

4

Metadologi Kajian

Kaedah Kaji Selidik

Kaedah kaji selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul berkaitan dengan kajian yang kami jalankan. Dalam kaedah ini kami telah memilih untuk mereka borang soalan kaji selidik yang sesuai dengan objektif kajian kami. Borang tersebut mempunyai beberapa bahagian dan responden dikehendaki menjawab semua soalan. Borang itu kami edarkan kepada 30 responden yang terdiri dari jururawat pelatih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Maklumat yang kami perlukan semuanya telah disoal dalam borang kaji selidik tersebut, berkaitan dengan latar belakang, pengetahuan, amalan serta pendedahan kepada Teknologi Maklumat.

Temu Bual

Kami juga menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat penting daripada beberapa orang jururawatpelatih mengenai tahap pengetahuan dalam penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat.

Kaedah Rujukan

Kami memperolehi sumber rujukan daripada artikel dan jurnal dari internet, buku-buku untuk menghasilkan soalan-soalan kajian dan untuk mencari sumber-sumber maklumat yang boleh digunapakai dan dijadikan bahan perbincangan dan sokongan.

Page 8: Ggge2123 esei

4

Dapatan kajian

Bahagian A: Maklumat Demografi

Kaji Selidik ini melibatkan 30 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar kejururawatan. Ia terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 3 (sepenuh masa) dan pelajar-pelajar tahun 2 (separuh masa) yang mengambil subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan pada sesi ini. Carta Pai di atas menunjukkan majoriti responden yang telibat adalah pelajar-pelajar perempuan iaitu kira-kira 100%. Ini disebabkan pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini adalah majoriti pelajar perempuan.

Page 9: Ggge2123 esei

4

Meninjau aspek umur responden, penilaian telah dilakukan mengikut 3 kategori umur dimana jumlah responden tertinggi yang terlibat di dalam kaji Selidik ini adalah pelajar-pelajar yang berumur 25 tahun ke atas iaitu seramai 23 orang. Faktor umur ini boleh dikaikan dengan pelajar tahun 2(separuh masa) adalah agak ramai bilangannya berbanding pelajar tahun 3 (sepenuh masa). Responden yang terdiri daripada pelajar tahun 2( separuh masa),kebanyakkan mereka sudah berada lebih dari 5 tahun di alam pekerjaan.

Page 10: Ggge2123 esei

4

Majoriti responden mempunyai pendidikan tahap diploma iaitu seramai 23 orang dan sebanyak 7 orang adalah berlatarbelakang pendidikan matrikulasi. Responden yang mempunyai tahap pendidikan diploma agak tertinggi kerana kebanyakkan responden yang terlibat adalah pelajar separuh masa.

Page 11: Ggge2123 esei

4

Meninjau aspek umur responden, penilaian telah dilakukan mengikut 3 kategori umur dimana jumlah responden tertinggi yang terlibat di dalam kaji Selidik ini adalah pelajar-pelajar yang berumur 25 tahun ke atas iaitu seramai 23 orang. Faktor umur ini boleh dikaikan dengan pelajar tahun 2(separuh masa) adalah agak ramai bilangannya berbanding pelajar tahun 3 (sepenuh masa). Responden yang terdiri daripada pelajar tahun 2( separuh masa),kebanyakkan mereka sudah berada lebih dari 5 tahun di alam pekerjaan

Bahagian B: PENILAIAN TERHADAP TAHAP PENGUASAAN ICT RESPONDEN

Page 12: Ggge2123 esei

4

Tidak dapat dinafikan, komputer merupakan peralatan asas dalam sistem pembelajaran masa kini. Sistem pembelajaran yang seiring dengan sains dan teknologi yang kian menular telah mempengaruhi jururawat pelatih untuk meemiliki komputer peribadi bagi kemudahan dalam mengaksess data yang diperlukan sepanjang pembelajaran mereka. Ini jelas ditunjukkan dalam Carta Pai tersebut dimana setiap responden sangat bersetuju dengan penyataan ini.

Daripada graf di atas, seramai 22 responden menyatakan setuju manakala 8 orang tidak bersetuju dengan penyataan ini. Kebanyakkan tugasan yang diberi akan diterangkan dahulu oleh Pensyarah bagaimana untuk melakukannya. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, ia boleh dirujuk terus kepada Pensyarah. Faktor kurang minat dalam penggunaan ICT mempengaruhi responden untuk menyatakan tidak bersetuju.

Page 13: Ggge2123 esei

4

Responden yang bersetuju dengan penyataan ini agak tertinggi dalam graf yang ditunjukkan. Seramai 9 orang responden sangat bersetuju , 16 orang responden menyatakan setuju dan kelihatan 5 orang responden tidak bersetuju. Kemajuan ICT sentiasa berkembang mengikut peredaran masa kini.Memang tidak dinafikan kecanggihan dalam penggunaan ICT turut memberi impak kepada sistem pembelajaran. Tidak semua responden yang terlibat berlatar belakang “mesra IT” atau “celik IT”. Mereka masih memerlukan sebarang kelas atau bahan rujukan dalam membantu mereka menyiapkan tugasan yang diberi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengasah atau mengukuhkan lagi kemahiran yang sedia ada. Bagi responden yang berminat kepada dunia ICT, ini tidak memberi masalah kepada mereka. Mungkin ini faktor yang menyebabkan mereka tidak bersetuju dengan penyataan ini.

Berdasarkan pada graf yang ditunjukkan, jelas kesemua responden sangat bersetuju dengan penyataan ini. Seramai 24 orang responden sangat bersetuju manakala 6 orang lagi responden menyatakan bersetuju dengan penyataan yang diberikan

Page 14: Ggge2123 esei

4

Rumusan yang dapat diperolehi melalui graf tersebut adalah seramai 25 orang responden sangat bersetuju dan 5 orang bersetuju dengan Microsoft office perlu dikendalikan secara interaktif dalam sesi pembelajaran.

Majoriti responden menyatakan setuju terhadap penyataan ini. Ini kerana sekiranya

terdapat masalah pada perkakasan komputer, ia akan mengambil masa yang lama untuk

diperbaiki di Kedai. Ini akan turut menjejaskan masa kerja terhadap sesuatu tugasan. Namun,

dengan kemahiran yang ada dapat membantu responden membaiki kerosakan kecil pada

perkakasan ini.

Page 15: Ggge2123 esei

4

Bahagian C: PENILAIAN TAHAP KEKERAPAN ICT RESPONDEN

Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia telah menghasilkan iFolio (Integrated Portfolio Management System). Sistem ini mempunyai fungsi lebih banyak serta menggunakan elektronik portfolio iaitu portfolio atas talian (online), portfolio yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah untuk pembelajaran dan pengajaran serta komunikasi. Sejajar itu, melalui graf di atas ternyata 100% responden turut meyatakan sangat kerap dalam penggunaan aplikasi ini.

Graf di atas memperlihatkan 16 responden sangat kerap dan 14 responden kerap menggunakan peralatan ICT. Ini disebabkan penghasilan setiap tugasan melalui peralatan ICT mempengaruhi kekerapan dalam penggunaan peralatan ICT ini.

Page 16: Ggge2123 esei

4

Banyak kini diperkatakan mengenai Internet dan maklumat yang boleh diperolehi melaluinya. Teknologi terkini ini berpotensi untuk menjadi penyebar maklumat yang boleh menyumbang kepada maklumat yang berguna untuk sesuatu pengumpulan maklumat atau penyelidikan yang sedang dijalankan. Adalah amat penting untuk mengetahui strategi pencarian yang patut digunakan apabila ingin mendapatkan maklumat yang menepati keperluan. Dengan ini ianya akan dapat menjimatkan masa pencarian. Daripada graf di atas dapat disimpulkan bahawa ia sangat kerap dilakukan oleh 17 responden manakala seramai 13 orang responden hanya menyatakan kekerapan sahaja. Ini jelas menunjukkan jururawat pelatih memerlukan bahan tambahan sebagai pelengkap kepada pemahaman mereka sepanjang pembelajaran mereka.

Sistem komunikasi yang diperlukan oleh seseorang pelajar terhadap para pengajarnya adalah melalui sistem penghantaran dan penerimaan e-mail. Graf ini menyatakan 100% menyatakan sangat kerap menggunakannya.

Page 17: Ggge2123 esei

4

Majoriti responden menyatakan tidak pernah mengguna video conferencing sepanjang sesi pembelajaran mereka. Srtakat ini sesi pembelajaran di dewan kuliah di antara para pelajar dan pensyarah masih dilakukan dan berjalan lancar.

Maklumat yang diperolehi melalui internet adalah cepat dan murah. Tidak dinafikan, semuanya berada di hujung jari apabila sesuatu info diperlukan. Penyataan ini telah dinyatakan sangat bersetuju oleh 17 responden dan 13 orang responden menyatakan bersetuju dengannya melalui graf yang dipaparkan.

Page 18: Ggge2123 esei

4

Seramai 8 orang responden sangat bersetuju dimana kekerapan mereka dalam mengikuti kursus (menyemak bahan/kuliah online) dan keseimbangan di antara responden yang kerap dan sederhana nenunjukkan 10 orang responden menyatakan setiap kategori tersebut.

Memuat turun fail merupakan satu dari kemahiran dalam penggunaan ICT. Kekerapan memuat turun fail telah dinyatakan dengan keputusan graf ditonjolkan di atas dimana seramai 3 orang responden sangat kerap, 20 orang responden kerap melakukannya manakala 7 orang responden agak sederhana. Rasa minat dan mengikut keperluan menyumbang ke arah kekerapan memuat turun fail ini.

Page 19: Ggge2123 esei

4

Graf di atas menunjukkan seramai 10 responden menyatakan kekerapan mereka manakala 6 orang responden bersederhana sahaja dalam aspek membeli-belah secara online. 6 orang responden jarang melakukan sistem perniagaan online namun akan membelinya sekiranaya barangan tersebut menuntut mereka untuk mendapatkannya secara online. Ketidakpercayaan dan kurang berminat dengan kaedah membeli-belah secara online dipaparkan menerusi seramai 10 orang responden tidak pernah membeli-belah secara online.

Perbentangan tugas sememangnya sering dilakukan oleh responden sepanjang sesi pembelajaran mereka. Permarkahan turut diberi semasa perbentangan dilakukan. Ini jelas ditunjukkan di dalam graf dimana seramai 24 responden sangat bersetuju dan 6 orang bersetuju dengan penyataan ini.

Page 20: Ggge2123 esei

4

Hasil tinjauan ini menyatakan seramai 18 orang responden sangat kerap, 13 responden agak kerap dan 9 orang responden bersederhana dalam menggunakan pelbagai perisian semasa menyiapkan tugasan.

Bahagian D: PENILAIAN TAHAP KEBERKESANAN ICT SEPANJANG PENGAJIAN

Page 21: Ggge2123 esei

4

Graf di atas menunjukkan seramai 23 orang responden menyatakan bersetuju dengan penyataan ini manakala 7 orang responden menyatakan tidak setuju. Majoriti di antara mereka menyatakan sedemikian kerana terdapat tolenrasi daripada tenaga pengajar dalam membantu mereka menyiapkan tugasan yang diberi.

Majoriti responden menyatakan tidak bersetuju dengan penyataan ini dengan 18 orang responden tidak bersetuju dan 12 orang responden sangat bersetuju. Ini disebabkan kurang pemantauan daripada pihak sepatutnya terhadap perkakasan atau peralatan yang kurang selari dengan keperluan pembelajaran masa kini.

Page 22: Ggge2123 esei

4

Graf di atas menunjukkan seramai 11 orang responden sangat bersetuju untuk mendapatkan latihan tambahan dalam memantapkan kemahiran ICT mereka. Manakala 19 orang responden menyatakan persetujuan mereka dalam kenyataan tersebut.

Rumusan yang dapat diperolehi melalui garf ini dimana seramai 12 orang responden bersetuju deman setiap tugasan perlu dilakukan di dalam sistem ICT sahaja tanpa penghantaran ‘hard copy’. Namun 18 orang responden menyatakan kurang bersetuju dengan kaedah pembelajaran tersebut. Kurang mahir dengan sistem yang diamalkan serta keuang berkeyakinan dengan aplikasi yang diperkenalkan turut menjadi faktor untuk responden kurang bersetuju.

Page 23: Ggge2123 esei

4

Cadangan kajian

Berdasarkan kajian , pemerhatian dan dapatan dari kajian,boleh dikenalpasti masalah

yang dihadapi oleh para pelatih jururawat,cara yang paling baik dan boleh diterima oleh pelatih

tersebut seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah memperkenalkan sistem

pengurusan berkomputer ICT yang digunapakai dalam PPUKM.

Ia perlu diadakan secara berkala supaya para pelatih dapat mengesuaikan dengan

kemudahan sewaktu proses pembelajaran.Disamping itu, ia hendaklah bersesuaian dengan

kemudahan dan tahap pengetahuan para pelatih jururawat.Jikalau tahap pembelajaran melebihi

tahap pengetahuan para pelatih boleh menyebabkan ketidakfahaman terhadap sistem pengurusan

berkomputeran.Sesi ini boleh dijalankan sewaktu para pelatih jururawat terlibatdalam sesi

praktikal.

Selepas kursus diberi,sesi pemantauan perlu dilakukan secara berkala,pemahaman lebih

baik da sesi praktikal berjalan lancar.Sehubungan dengan itu, PPUKM juga telah melancarkan

wifi dimanapara pelatih boleh mencapai aplikasi walau dimana berada di dalam kawasan

Page 24: Ggge2123 esei

4

hospital.Ia amat memudahkan dan menjimatkan masa untuk mencapai ke pangkalan data dengan

cepat dan tepat.

Akhirnya,sepatutnya pihak hospital menyediakan komputer yang secukupnya dlam wad

untuk para pelatih belajar dan mencapai maklumat dengan mudah dan tepat.Mereka juga

berpeluang mempraktikkan sistem yang digunapakai dalam wad bertujuan proses

pembelajaran.Justeru itu, penguasaan ICT diperkenalkan dalam sukatan pelajaran untuk pelatih

jururawat amatlah dititik beratkan agar para pelatih yang efisien dan berkaliber.

Kesimpulan

Daripada penganalisaan data, kami mendapat bahawa kemahiran ICT di kalangan jururawat pelatih adalah tahap sederhana dan memberangsangkan. Majoriti daripada mereka, tahu akan kepentingan dan kegunaan sebenar ICT. Jururawat pelatih ini juga bersetuju akan kepentingan ICT untuk sesi pembelajaran mereka dan persediaan mereka bagi menghadapi alam pekerjaan nanti. Selain itu, mereka telah mula didedahkan kepada ICT sebelum mereka mengikuti sesi pembelajaran lagi. Apa yang boleh dilihat,kebayakkan mereka telah mempunyai asas kemahiran dalam mengaplikasi ICT dalam Kehidupan mereka.

Seterusnya, melalui analisis yang dibuat,dapat kami rumuskan kekerapan jururawat pelatih ini dalam menggunakan kepelbagaian perisian ICT dapat membantu mereka dalam memantapkan kemahiran mereka. Menurut Desey (1997), internet menjanjikan sumber maklumat yang amat luas dalam sistem komunikasi yang murah,cepat dan cekap. Hasilnya internet akan menjadi sebahagian dari multimedia yang akan membenarkan semua manusia di dunia mendapatkan idea dan maklumat.

Memandangkan dunia ICT mengalami revolusinya, sewajarnya juga jururawat-jururawat pelatih ini diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya bagi

Page 25: Ggge2123 esei

4

melengkapkan diri mereka dalam penerimaan sesi pembelajaran di dewan kuliah.Era ini memperlihatkan komputer adalah satu alat atau nadi penting dalam melayari pelbagai aspek kehidupan terutama ianya berkaitan dengan sistem pendidikan. Ia kini agak berbeza kegunaannya di mana suatu ketika dahulu, ia banyak digunakan dalam bahagian pentadbiran sahaja tetapi peranannya semakin meluas iaitu menjadi alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran di Universiti. Oleh sebab itu, seharusnya jururawat pelatih ini juga menguasai ICT dengan cekap dimana kemahiran ini dapat digunapakai ketika mereka melangkah ke alam pekerjaan nanti. Walaupun dunia kejururawatan memerlukan interaksi yang banyak antara pesakit dan juga kakitangan yang lain namun kemahiran ICT yang dimiliki ini akan mampu membantu mereka dalam membuat sebarang dokumentasi yang sistematik serta meningkatkan mutu kerja mereka ke arah masa kini dan cemerlang.

Rujukan

i. Francisco J Proenza & Bruce Girard. 2015. Public Access ICT Across Culture: Diversifying Participation In The Network Society. Canada: MIT Press.

ii. Carlos Nunes Silva. 2010. Handbook Of Research On E-Planning: ICTs for Urban Development and Monitoring. United States of America: Medical Information Science Reference.

iii. Ewa Lechman. 2015. ICT Diffusion In Developing Countries: Towards A New Concept Of Technological Takeoff. Germany: Springer.

iv. Nilmini Wickramasinghe, Rajee Bali & Reima Suomi. 2012. Critical Issues For Development Of Sustainable E-Health Solutions. New York: Springer.

v. Maria Manuela Cruz-Cunha, Isabel Maria Miranda & Particia Gonalves. 2013. Handbook Of Research On Icts and Management Systems For improving Efficiency in Healthcare and Social Care. United State Of America: Medical Information Science Reference.

Page 26: Ggge2123 esei

4

vi. Maria Manuela Cruz-Cunha & Isabel Maria Miranda. 2013. Handbook of Research on Icts for Human-Centered Healthcare and Social Care Services. United State Of America: Medical Information Science Reference.

vii. Mark Bullen & Diane P. Janes. 2007. Making The transition to E-Learning: staregies and Issues. United State Of America: Medical Information Science Reference.