Upload
lyhuong
View
282
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEBERKESANAN SEKOIAH : KAJIAN DI DAERAH:
SARATOK SARAWAX
Oleh
Olen @ Ulin Bin Tabor
! I
Tesi s ini dilreinukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Sains
(Pembangunan Sumber Manusia)
Faltulti Sains Kognitif Dan PcInbangamia Manusia UNIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK
Jun 1998
Unit Kemasukan Siswazah Universiti Malaysia Srrawak
Adalah disahkan bahawa kami telah rnembaca tesis ini yang bertajuk "Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan Sekolah: Kajian Di Daerah Saratok, Sarawak" oleh Olen @ Ufin bin Tabor, dan berpendapat bahawa tesis ini adalah memuaskan dari segi skop, kualiti dan persembahan sebagai syarat keperluan ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia).
f / I
~ & i k Hong Sam (Penyelia)
Prof Madya Dr Ibrahim Hamid (Pemeriksa Luar)
Adalah diperakukan bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidik
sendiri dan tiada bahagian tesis ini telah dikemukakan untuk
menyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan sesuatu
kelayakan ijazah di universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang
lain.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar dan kesannya terliadap keberkesanan sekolah di daerah Saratok, Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender Behavior Description Qucstionaire) terdiri daripada 15 item untuk dimensi ‘struktur tugas ‘ dan 15 item untuk dimensi ‘timbang rasa ‘ ditadbirkan kepada 20 orang guru besar dan 172 orang guru di dua puluh buah sekolah rendah kerajaan (aliran Bahasa Melayu) di Daerah Saratok, Sarawak. Keberkesanan sekolah dalam kajian ini adalah berasaskan kepada keputusan Ujian Penil aian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 1996. Dapatan kajian menunjukkan guru besar-guru besar di Daerah Saratok mengamalkan gaya kepimpinan berorientasikan struktur tugas dan berorientasikan timbang rasa dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan guru besar-guru besar di Daerali Saratok lebih cendcrung kepada gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa berbanding dengan berorientasikan struktur tugas. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan persepsi di antara guru biasa dan guru besar terhadap gaya kepimpinan guru besar di selrolah berkesan dan di selrolah kurang berkesan. Dapatan kajian menunjukkan dari aspek gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa, guru besar di sekolah berkesan mengamalkannya lebih berbanding dengan guru besar di sekolah kurang berkesan. Berasaskan dapatan kajian ini, adalah dicadangkan para guru besar diberi kursus tentang gaya-gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan di sekolah dan dicadangkan agar kriteria melantik guru besar di sekolah mengambilkira bakal guru besar yang cenderung ke arah gaya kepimpinan bertimbang rasa. Kajian ini juga mencadangkan supaya kajian lanjut dilakukan dengan mengambilkira indikator-indikator yang lain dalarn menentukan sekolah berkesan dan disarankan kajian alian datang juga perlu mengambilkira sampel dari sekolah aliran Bahasa Cina.
ABSTRACT
Tlie purpose of this study was to determine primary school headteachers style of leadership and it effects towards school effectiveness in Saratok District, Sarawak. A questionnaire consists of 30 items (15 items on ‘initiating structure ‘and 15 items on ‘consideration3 adapted from the Ohio St n t c was administered to 20 primar-y school headteachers and 172 teachers from twenty primary schools (Bahasa Melayu stream) in Saratok district, Sarawak. The measure of school effectiveness in this study is based on the school achievement in the UPSR examination for 1996. The findings of the study showed that the primary headteachers in Saratok district were practicing both ‘initiating structure’ and ‘consideration ‘ style of leadership in school. The findings also showed that the primary school headteachers favoured more on consideration style of leadership rather than on initiating structure. Furtlzermore, the findings showed that there was no differences in perception between primary school headteachers and teachers towards the primary sclzool Jzeadteachers styles of leadership in effective schools and in less efrective schools. However, the findings showed that for consideration style of 1eader.ship was practiced more often by effective schools headlenchers compared to the less effective schools headteachers. I n the lights of the findings, it is recommended that primary school h,eadteachers should be given a course on suitable styles of leadership to be applied irt school, and it is rccominended that in appointing new headteachers, State Education Department should take into consideration those who are most inclined to consideration style of leadership in school. I t is also recornmended tlzat a follow up research should used other indicators to determine effective schools and it is recommended that samples from Chinese’s primary schools should be included.
IJcct dc r B (7 h CI u i o Desc rip t ion, Q ii e st io n n CL i r cs (LB D Q)
BIODATA
Olen @ Ulin bin Tabor lahir di Kabong, Bahagian Sri Aman, Sarawak.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan Abang
Leman, Kabong. Kemudian ke Sekolah Menengah Kerajaan Saratok,
Rahagian Sri Arnan. Seterusnya beliau memasuki Maktab Perguruan
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim pada t a h ~ n 1977-1978, sebelum
meneruskan pengajiannya di Universiti Pertanian Malaysia (kini
Universiti Putra Malaysia) di Serdang, Selangor Darul Ehsan. Beliau
pernali mengajar di Sekolah Menengah Kerajaan Engkilili, Lubok Antu;
Sekolah Menengah Kerajaan Kalaka, Roban; Sekolah Menengah Kerajaan
Melugu, Sri Aman dan pernah bertugas di Pejabat Pendidikan Bahagian
Sri Arnan sebagai Pegawai Peperiksaan Bahagian. Mulai Disember, 1990,
beliau bertugas sebagai pensyarah Pengajian Melayu di Maktab
Perguruan Rajang, Bintangor, Sarawak hingga 30 November, 1996.
Untuk ibuku :
MASLOT BT MOHAMAD
Yang selalu menyayangi dan mendoa.
Untuk isteriku :
NORIZAN BT ABDULLAH
Yang sentiasa sabar dan tidak jemu-jemu memimpin rumahtangga
Serta
NURULHUDA MOHAMAD NAZRI
MOHAMAD ARIFFIN MOHAMAD SYUKRI
Yang perlu di dayautama dalam suasana timbang rasa
Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Encik Hong Kian Sam,
pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, atas
bimbingan dan kesabaran beliau dalam memberi tunjuk ajar kepada saya
semasa pelaksanaan dan penyiapan kertas ilmiah ini.
Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada semua pensyarah
yang terlibat dalam program pasca siwazah IAB/UNIMAS 1996/97 : Dr.
Hj. Abang Ridzuan, Dr. Peter Songan, Dr. Napsiah Mahfoz, Dr. Spencer
Empading 'sagin, Dr. Gabriel Tonga Noweg, Dr. Hadj. Batatia, Dr. Farid
Meziane, Dr. Bahtiar Mansor, Dr. Muhamad Awang, Dr. Hazman Shah
Abdullah, Dr. Maheswary Kandasamy, Dr. Zoraini Wati Abas, Encik
Mehander Singh, Encik Sharaf al-Haroini dan Puan Jennifer sebagai
tenaga pengajar dan penyumbang ilmu dalam kursus ini. Sekalung
penghargaan juga kepada Profesor Razali Arof, Dekan Fakulti Sains
Kognitif dan Pembangunan Manusia , UNIMAS dan Dr. Ibrahim Ahmad
Bajunid, Pengarah Institut Aminuddin Baki atas kesempatan yang telah
diberikan untuk saya mengikuti program ini.
Saya juga merakamkan penghargaan di atas bantuan dan kerjasama yang
telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Saratok serta para guru
besar dan guru-guru sekolah rendah yang terlibat secara ikhlas dan
sukarela menjadi sampel kajian ini. Ucapan terima kasih dan
penghargaan juga saya tujukan kepada Pengetua, Maktab Perguruan
Rajang, Bintangor , Sarawak, Puan Maria Dris, di atas sokongan moral
dan galakkan beliau untuk saya mengikuti program ini.
Muka Surat
Abstrak
Abstract
Biodata
Dedikasi
Penghargaan
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Senarai Singkatan
BAB I : PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Pernyataan Masalah
1.2 Kepentingan Kajian
1.3 Objektif Kajian
1.4 Hipotesis
1.5 Batasan Kajian
1.6 Definisi Istilah
. . 11
... 111
iv
vi
X
xi
xii
BAB I1 : TINJAUAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
2.1 Teori-Tcori dan Pendekatan-Pendekatan Gaya Kepimpinan
2.1.1 Pendekatan Berorientasikan Tugas dan Berorientasikan Pekerja
2.1.2 Pendekatan Grid Pengurusan
2.1.3 Teori X dan Teori Y McGregor
2.1.4 Pendekatan Empat Faktor
2..1.5 Teori Kepimpinan Dua Faktor (Berorientasikan Struktur Tugas dan Berorientasikan Timbang Rasa
2.2 Gaya-Gaya Kepilnpinan
2.3 Keberkesanan Sekolah
2.4 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan Sekolah
BAB 111: METODOLOGI
3.0 Pengenalan
3.1 Sampel Kajian
3.2 Instrumen Kajian
3.3 Ketekalan Instrumen
3.3.1 Kajian Rintis
3.4 Pentadbiran Instrumen
3.5 Penganalisisan Data
BAB IV: DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan
4.1 Analisis Perihalan
4.2 Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan
4.3 Pengujian Hipotesis
4.3.1 Hipotesis 1: Tidak Terdapat Perbezaan Persepsi di Antara Guru Biasa dan Guru Besar Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Berkesan
4.3.2 Hipotesis 2 : Tidak Terdapat Perbezaan Persepsi di Antara Guru Biasa dan Guru Besar Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Kurang Berkesan
4.3.3 Hipotesis 3 : Tidak Terdapat Perbezaan Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan
4.4 Perbincangan
4.4.1 Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Rendah di Daerah Saratok
4.4.2 Persepsi Guru Biasa dan Guru BesarTerhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah
Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan
4.4.3 Gaya Keimpinan Guru Besar di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan
BAB V: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalnn
5.1 Kesimpulan
5.2 Cadangan
5.3 Cadangan-Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN A : Soal Selidik Untuk Guru besar (LBDQ)
LAMPIRAN B : Soal Selidik Untuk Guru-Guru (LBDQ)
SENARAI[ JADUAL
Muka Surat
Jadual
3.1 Senarai Sekolah Rendah Yang Melebihi 50.0% 42 Kelulusan UPSR 1996 di daerah Saratok, Sarawak.
Senarai Sekolah Rendah di Bawah 50.0% Kelulusarl UPSR 1996 di Daerah Saratok, Sarawak.
Taburan Item-Item Soal Selidik LBDQ 46
Nilai Ketekalan Instrumen Untuk Kajian Rintis 47
Darjah Frekuensi dan Peratusan Setiap Item Gaya Kepimpinan Struktur Tugas Guru Besar 51
Darjah Frekuensi dan Peratusan Setiap Item Gaya Kepimpinan Timbang Rasa Guru Besar
Nilai Min Dua Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Berkesan
Nilai Min Dua Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Kurang berkesan 58
Ujian-t Tidak Bersandar Untuk Melihat Perbezaan Persepsi Guru Biasa dan Guru Besar ke Atas Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah berkesan 61
Ujian-t Tidak Bersandar Untuk Melihat Perbezaan Persepsi Guru Biasa dan Guru besar ke Atas Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Kurang berkesan 63
Ujian-t Melihat Perbezaan Jenis gaya Kepimpinan Guru Besar Untuk Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan
Muka Surat
Rajah
2.1 Grid pengurusan 17
2.2 Dua dimensi tingkahlaku pemimpin Ohio State yang menghasilkan sukuan tingkahlaku kepimpinan 24
4.1 Frekuensi item gaya kepimpinan struktur tugas 53
4.2 Frekuensi item gaya kepimpinan timbangrasa 55
4.3 Kedudukan dua dimensi gaya kepimpinan guru besar sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan 60
SENARAI SINGKATAN
Singkatan
UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah
SRK Sekolah Rendah Kerajaan
LBDQ Leader Rehavior Description Questionaire
N Jumlah Sampel
dk Darjah Kebebasan
Sig. Signifikan
xii
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Tuntutan ibu bapa dan masyarakat terhadap sekolah semakin tinggi
bagi mendapat pencapaian yang baik dalam bidang akademik. Keadaan
ini timbul kerana beberapa faktor penting. Pertama, setiap ibu bapa
inginkan anaknya berjaya dalam bidang pelajaran. Kemudahan untuk
melanjutkan pelaj aran ke peringkat tinggi luas terbuka sekiranya
pelaj ar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan. Kedua, negara
kita yang semakin membangun dalam bidang ekonominya, memerlukan
tenaga pekerja yang mahir dan profesional dalam bidang masing-masing.
Oleh itu pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik diperlukan.
Kementerian Pendidikan juga memberi penghargaan khas kepada
sekolah yang cemerlang dalam pencapaian akademik yang digelar
sebagai “Sekolah Harapan Negara”. Akibatnya berlakulah persaingan
yang sihat cii antara sekofah-sekdah untuk rlernastiirzn pencapaian
para pelajarnya di dalarn bidang akademik meningkat bukan saja dari
segi kuantiti tetapi juga kualiti. Ekoran dari itu, wujudlah istilah
‘keberkesanan sekolah’ yang lazimnya diukur dan dinilai dari segi
kejayaan atau pencapaian di dalam peperiksaan (Hussein Mahmood,
1993, m.s.112). Sekolah-sekolah yang tidak mencapai tahap akademik
yang tinggi, lazimnya dikategorikan sebagai sekolah-sekolah yang
kurang berkesan.
Dalam usaha untuk mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan,
sama ada di negara kita, mahupun di negara-negara maju yang lain,
kepimpinan pengetua atau guru besar sering dilihat sebagai fokus
utama. Ini bererti bahawa para pengetua atau guru besar dilihat
sebagai punca masalah atau pihak yang menimbulkan masalah atau
sebagai penyelesai masalah di dalam pelaksanaan program pendidikan.
Di Amerika Syarikat misalnya, banyak cadangan telah dikemukakan
melalui pelbagai laporan utama seperti A Nation At Risk (National
Commission on Excellence in Education, 1983); Action For Excellence
(Task Force on Excellence for Economic Growth, 1983); Better Education
For Michigan Citizen: A Blueprint For Action (Michigan State Board of
Education, 1984); Leader For America’s Schools (The National
Commission on Excellence in Educational Administration, 1987)
menegaskan betapa pentingnya kepimpinan pengetua atau guru besar di
sekulah. Ediiionds { 1979) menyatakan bahawa kejayaan sesebuah
sekolah terletak ditangan pengetua atau guru besar. Pengetua atau guru
besar boleh mengubah sekolah yang tidak berkesan kepada sekolah yang
berkesan.
Hussein Mahmood (1993) menyatakan bahawa rata-rata kajian
berkaitan membuat kesimpulan bahawa apa yang membezakan
keberkesanan sekolah dengan sekolah yang lain adalah kepimpinan
pengetua atau guru besar. Kepimpinan pengetua atau guru besar yang
dinamik dan bersungguh-sungguh telah dikenalpasti sebagai satu
pembolehubah yang dikatakan membawa kejayaan kepada sesebuah
sekolah.
Geltner (1981) telah mengenalpasti lima peranan pengetua atau guru
besar yang dikaitkan dengan keberkesanan sekolah. Peranan ini
dikelaskan oleh pengkaji itu berdasarkan persepsi guru. Pertama,
pengetua dianggap sebagai ahli falsafah pendidikan. Guru menganggap
pengetua sebagai orang penting dalam kehidupan mereka di sekolah.
Dia menyampaikan dan menjelaskan apa yang dipercayainya tentang
matlamat dan tujuan tugasan mereka. Guru tahu dan berkongsi sama-
sama apa yang dipercayai oleh pengetuanya, serta turut memberi
sokongan. Iierja-kerja di sekolah dapat dij alankan dengan berkesan
serta meniberi erti iiielalui perpaduan yang wujud di kalangan guru.
Kedua, pengetua dianggap sebagai model pendidilran. Mereka
menganggap pengetua sebagai model yang mengubah tingkah laku guru
dengan menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Ketiga, pengetua
dianggap sebagai penyokong pendidikan. Guru menganggap pengetua
sebagai sumber untuk mendapatkan sokongan . Mereka telah mengalami
peristiwa bahawa sokongan pengetua sejak mereka mula bertugas
memberi kesan yang mendalam kepada mereka dan dalam bidang
profesionalisme. Keempat, pengetua dianggap sebagai rakan
sependidikan. Guru menganggap pengetua sebagai rakan seperj awatan
dalam hubungan dengan pelajar dan ibu bapa. Pengetua ini
berpengetahuan h a s di dalam program pendidikan, prestasi pelajar
serta sentiasa berusaha secara kolektif untuk mencapai matlamat
pengaj aran. Kelima, pengetua sebagai orang yang memulakan
perubahan pendidikan. Guru melihat pengetua sebagai penentu utama
di dalam pelaksanaan inovasi di sekolah. Punca perubahan di sekolah
wujud hasil kerjasama antara pengetua dan guru. Guru merasakan
bahawa mereka terlibat terus di dalam membuat keputusan tentang
perkembangan dan reformasi pengaj aran di sekolah.
Sikap dan pandangan seumpama itu juga terdapat di negara kita.
" Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-Sekolah " yang
ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1982) telah
iiielaporkan bahawa para pengetua atau guru besar bertanggungjawab
terhadap pencapaian pelajar di sekolah. Oleh itu, mengikut pendapat
jawatankuasa ini, pengetua-pengetua perlulah cekap
. . . dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah, mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program- program pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar, dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di biliknya mengeluarkan arahan dan surat-surat siaran. ( m.s.6 >.
1.1 Pernyataan Masalah
Persoalannya yang ingin dikaji ialah di antara gaya kepimpinan guru
besar yang “berorientasikan struktur tugas” dan “berorientasikan
timbang rasa” yang manakah dianggap lebih efektif untuk menghasilkan
“keputusan” yang baik dan seterusnya meletakkan kedudukan sesebuah
sekolah itu sama ada berkesan atau tidak.
Persoalan lain yang ingin dikaji ialah di antara sekolah berkesan dan
sekolah kurang berkesan, gaya kepimpinan yang manakah yang lebih
cenderung diamalkan oleh guru besar dalam menj alankan tugas
mereka.
1.2 Kepentingan Kajian
Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat membantu guru besar-
guru besar menilai gaya kepimpinan mereka sendiri dan dapat
menggunakan mana gaya yang dianggap sesuai dan berkesan untuk
meningkatkan keberkesanan sekolah dari aspek akademik.
Dapatan ini juga dapat membantu pihak Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Bahagian dan Pejabat Pendidikan Daerah;
khususnya di daerah Saratok, Sarawak untuk mengkaji semula kriteria-
kriteria perlantikan guru besar-guru besar di sekolah rendah supaya
kehadiran mereka di sekolah dapat dijadikan teladan atau contoh dan
boleh memotivasikan lagi sumber manusia yang ada di sekolah.
’
Dapatan kajian ini juga boleh membantu pihak Jabatan Pendidikan
Negeri, Bahagian dan Daerah untuk merancang kursus kepimpinan
untuk guru besar-guru besar sekolah rendah demi meningkatkan
keberkesanan sekolah; terutama di dalani bidang akademik.
7
1.3 Objektif Kajian
Objektif-objektif kajian ini adalah untuk :
1. Mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar di sekolah rendah di
Daerah Saratok, Sarawak .
2. Menentukan sama ada wujud perbezaan gaya kepimpinan guru
besar di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan.
1.4 Hipotesis
Berdasarkan objektif kajian kedua, hipotesis-hipotesis no1 kajian berikut
diperolehi :
1. Tidak terdapat perbezaan persepsi di antara guru biasa dan guru
besar terhadap gaya kepimpinan guru besar di sekolah berkesan.
2. Tidak terdapat perbezaan persepsi di antara guru biasa dan guru
besar terhadap gaya kepimpinan guru besar di sekolah kurang
berkesan.
3. Tidak terdapat perbezaan jenis gaya kepimpinan guru besar untuk
sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan.
8
1.5 Batasan Kajian
Untuk melihat gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan
keberkesanan sekolah, hanya guru besar dan guru-guru dari 20 buah
sekolah rendah kawasan luar bandar (aliran Bahasa Melayu) di daerah
Saratok, Bahagian Sri Aman, Sarawak dipilih sebagai sampel. Di dalam
kajian ini, keberkesanan sekolah ditakrifkan pada pencapaian Ujian
Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 1996 sahaja, sedangkan terdapat
beberapa indikator yang lain seperti kepuasan kerja, iklim sekolah,
perkembangan staf, sokongan masyarakat dan sebagainya yang boleh
memberi kesan pada keberkesanan sekolah.
Kajian ini menggunakan soal selidik Leader Behavior Description
Questionaires (LBDQ) sebagai instrumen kajian. Kejituan hasil kajian
ini bergantung kepada kefahaman responden semasa menjawab item-
item yang terkandung dalam borang soal selidik kajian.
1.6 Definisi Istilah
Definisi-definisi yang diberi dalam bahagian ini adalah untuk penje’asan
kerana istilah-istiiah yang didefinisikan membawa maksud-maksud yang
khusus di dalam konteks kajian ini.