Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    1/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER JANUARI / TAHUN 2013

    KOD KURSUS : HBEF 3503

    TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF

    NAMA : MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN

    NO. MATRIKULASI : 700428016001001

    NO. KAD PENGNEALAN : 700428016001

    NO. TELEFON : 0177803185

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

    BATU PAHAT

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 1

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    2/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    Isi Kandungan :

    Pengenlan

    Soalan Tugasan

    Abstrak

    1.0 Difinisi Tajuk

    1.1 Jenis-jenis pendidikan inklusif

    1.2 Peranan yang dimainkan oleh Kerajaan

    1.3Peranan yang dimainlan oleh Badan Bukan Kerajaan

    2.0 Polisi Kerajaan

    2.1 Keperluan Pendidikan Inklusif

    3.0 Maklumat terperinci Murid Inklusif

    3.1 Model Pendidikan inklusif

    3.2 Kebaikan dan kelemahan Pendidikan Inklusif

    4.0 Keperluan Logistik yang diperlukan

    5.0 Sokongan yang diberikan

    Kesimpulan/ Rumusan

    Penutup

    Rujukan

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 2

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    3/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    PENGENALAN

    Alhamdulillah bersyukur saya kehadratNya kerana dengan izin dan kehendakNya, maka

    saya dapat menyempurnakan dengan jayanya tugasan yang diamanahkan kepada saya iaitu

    tugasan HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF ini mengikut jangka masa yang

    ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pensyarah Penasihat

    Encik Mohd. Yusof bin Abdullah [email protected] yang telah banyak

    memberikan panduan dan tunjuk ajar kapada saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

    Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai , segala bahan-bahan rujukan yang

    disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah

    tentu tugasan saya tidak seperti ini. Sebagai seorang pelajar yang baru , banyak perkara yang

    masih perlu dipelajari bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus

    ini amat -amat saya harapkan.Segala kelemahan yang terdapat dalam tugasan saya ini adalah

    datangnya daripada kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan sudah tentunya dapat

    mempertingkatkan lagi mutu tugasan ini. Harapan saya agar tugasan ini, sedapat tidak

    mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini

    akan dapat keberkatan daripada Nya.

    Sekian, terima kasih.

    Wassalam

    Mohd Zaidi bin Hj Wagiran,

    700428016001,

    017803185

    [email protected]

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 3

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    4/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    TUGASAN

    Aktiviti 1 : Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan

    inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan inklusif dilaksanakan dengan lebih

    meluas. Sediakan satu kertas kerja lengkap yang perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam

    bentuk e-portfolio.

    E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokus kepada aspek-

    aspek berikut :

    Senario terkini berkaitan dengan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di Negara

    ini yang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.

    Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan

    program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukan kepada

    Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025

    Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikut program

    pendidikan inklusif di sekolah anda.

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 4

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    5/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    ABSTRAK

    Pelaksanaan pendekatan pendidikan kepelbagaianf atau pendidikan inklus adalah bertepatan

    dengan sasaran kerja utama Kementerian Pelajaran Malaysia bagi merapatkan jurang

    perbezaan di sekolah dan menghapuskan sebarang unsur diskriminasi terhadap pelajar-pelajar

    lemah dan bermasalah dengan kesedaran bahawa mereka adalah manusia yang mempunyai

    keperluan kendiri yang memerlukan perhatian, penerimaan, penghargaan dan kasih sayang.

    Pandangan ini selari dengan model keperluan Maslow yang menerangkan keperluan manusia

    dalam bentuk berhierarki. Pengisian terhadap keperluan kekurangan (makan, minum dan

    tempat tinggal) dan keperluan pertumbuhan (keselamatan, kasih sayang dan penghargaan)

    akan membawa kepada kesempurnaan kendiri (Ahmad Rafaai Ayudin 1995).

    Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti keperluan Pendidikan Inklusif dalam

    pendidikan arus perdana. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kajian lepas sebagai

    rujukan. Program Pendidikan Inklusif untuk golongan bekeperluan khas bermula pada 1987

    dibawah Kementerian Pendidikan dan digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

    Program Pendidikan Inklusif menitik beratkan program Pendidikan Inklusif bagi murid -

    murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa belajar bersama-samadengan murid-murid biasa. Hasil kajian mendapati bahawa Pendidikan Inklusif perlu

    dilaksanakan kerana keperluan kesaksamaan, pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

    Namun terdapat isu dan cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan keberkesanan

    Pendidikan Inklusif sepenuhnya dalam Pendidikan di Malaysia.

    Keywords: Pendidikan Inklusif, Pendidikan Malaysia, Keperluan Khas

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 5

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    6/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    1.0 DIFINISI TAJUK

    Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untu memenuhi pelbagai keperluan

    murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran

    dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Ia bertujuan untuk

    MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui

    perkembangan mental

    kestabilan emosi

    integrasi sosial

    Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan

    inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil

    daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan maksud merangumi. Menurut Naim,

    1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah

    mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka

    berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain

    tanpa mengira status. Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna

    pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang

    kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan /

    atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan

    Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan

    pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan

    peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau

    perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006)

    Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan

    untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

    merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang

    individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah

    pendidikan negara.

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 6

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    7/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    1.1 JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF

    Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid-murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru

    terlatih khas. Pendidikan Khas juga melibatkan pelbagai khidmat sokongan untuk membantu

    murid-murid khas belajar dengan lebih berkesan. Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah

    Pembelajaran ialah murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan golongan muridmurid

    yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami

    kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh

    dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kemahiran-kemahiran berikut :

    kognitif

    tingkahlaku sosial/perkembangan sosial

    penguasaan bahasa lisan/pertuturan

    penguasaan membaca

    kemahiran perkembangan (development skills)

    kemahiran matematik

    (sumber : Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala

    Lumpur)

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 7

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    8/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    1.2 PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN

    Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan

    pendidikan untuk KBK di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian

    Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

    (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). Agensi-agensi di bawah kementerian

    berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk

    golongan berkeperluan khas. Antara bidang tugas utama setiap kementerian adalah seperti

    berikut;

    a) KPM: Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah dan menengah.

    b) KKM: 1. Proses Saringan dan Diagnostik

    2. Intervensi awal

    c) KPWKM: 1. Pendidikan tidak formal

    2. Intervensi awal

    d) KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education)

    Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk

    semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu

    bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa.

    Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai Disabled

    Person Act 2002 serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu

    deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini

    bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut

    keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai

    kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan

    kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam

    menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad,

    2010).

    Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran

    bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap

    kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta

    Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang

    mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 8

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    9/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata

    termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk

    golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan

    dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

    PENGENALAN AKTA PENDIDIKAN KHAS DALAM NEGARA

    Akta Pendidikan Bagi Semua Jenis Kanak-Kanak Cacat 1975 Public Law 94-142

    Komponen-komponen :

    Mengenalpasti kanak-kanak khas mengenalpasti kanak-kanak khas melalui ujian

    saringan.

    Pendidikan Percuma memastikan setiap murid khas diberi pendidikan percuma.

    Due Process Ibu bapa/Penjaga murid-murid khas berhak mendapat penerangan

    yang secukupnya. Ibu bapa murid-murid khas berhak mendengar due

    process yang tidak berat sebelah, jikalau mereka tidak bersetuju dengan keputusan

    pentadbiran sekolah.

    Keizinan Ibu bapa Sebelum murid-murid dinilai, ditempatkan atau dirancang

    pendidikannya, terlebih dahulu mesti mendapat keizinan daripada ibu bapa murid-murid

    tersebut.

    Persekitaran yang tidak terhad. Murid-murid khas mesti diberi pendidikan di dalam

    keadaan persekitaran yang tidak terhad, yang konsisten dengan keperluan

    pendidikannya dan seboleh-bolehnya bersama dengan murid-murid biasa.

    Rancangan Pendidikan Individu .Setiap murid mesti disediakan RPI secara bertulis

    mengikut tahap pencapaian dan keperluannya.

    Penilaian yang tidak berat sebelah .Murid-murid khas perlu dinilai di dalam semua

    bidang yang berkaitan dengan ketidakupayaan mereka. Penilaian ini hendaklah adil

    dari segi bahasa, budaya dan ketidakupayaan murid-murid tersebut.

    Rahsia Segala keputusan-keputusan perancangan, penilaian dan penempatan mesti

    dirahsiakan. Walaubagaimanapun ibu bapa dibenarkan meneliti rekod-rekod,

    perancangan, penilaian

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 9

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    10/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    1.3 PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN

    Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak

    bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah

    suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang

    diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar

    memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,

    sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan

    bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak

    kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan

    pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori

    pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan

    sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

    Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The National Joint Commitee

    on Learning Disabilities, 1988) yang terdiri daripada organisasi profesional mentakrifkan

    masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang

    mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis,

    membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah-masalah ini berpunca

    daripada ketidakfungsian sistemsaraf pusat, dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur.

    Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama

    masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah

    pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain

    seperti masalah sensori (kurang upaya pendengaran atau penglihatan), kerencatan mental atau

    gangguan emosi yang serius.

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 10

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    11/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    2.0 POLISI KERAJAAN

    Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai

    masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang

    upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention

    Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

    menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai

    individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara

    ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program

    pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang

    sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan

    diri di mana-mana agensi. Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada

    masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen

    persekolahan berikut:

    Sekolah pendidikan khas:

    Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah

    untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);

    Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP):

    Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan

    Program pendidikan inklusif:

    Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam

    kelas arus perdana.

    Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam

    program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di

    sekolah pendidikan khas. Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen

    persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama,

    kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 11

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    12/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah

    dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah

    penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang

    sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua

    perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk

    kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding

    kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana

    seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat

    pendengaran dan mesin taip Braille.

    Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif Berdasarkan

    Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994),

    kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif

    untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu

    mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan

    pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi,

    mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif.

    Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid

    berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan

    dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada,

    Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model

    pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan.

    Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini,

    Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada.

    Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan

    jumlah pakar bagi menangani pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga

    pelbagai jenis keperluan.

    Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang

    berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 12

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    13/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of EducationOrganisation

    Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN).

    2.1 KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

    Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanakkanak

    yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-

    keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi

    dalam keupayaan Komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan

    amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatanperkhidmatan pendidikan khas,

    supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

    Hala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah ke arah

    mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu usaha-usaha tertentu

    hendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. (Geatheart, Weishahn &

    Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula menunjukkan terdapat faktor-faktor

    tertentu menghalang kepada kejayaan dan keberkesanan programprogram Pendidikan Khas

    yang berkonsepkan integrasi ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah sumber yang terhad, sikap

    yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan

    Alozzine, 1982).

    Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif

    Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education

    (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan

    inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu

    mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan

    pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi,

    mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif.

    Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid

    berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan

    dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada,

    Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 13

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    14/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan.

    Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini.

    2.0 MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

    Majoriti guru yang mengajar Program Pendidikan Khas ini adalah terdiri daripada

    guru-guru perempuan iaitu 82.5 % dan guru lelaki 17.5% Responden guru biasa yang

    mengajar kelas Pendidikan Biasa, guru lelaki 62.7% sementara guru perempuan 37.5%.

    Jumlah responden yang ramai datangnya daripada guru-guru perempuan yang ramai

    mengajar kelas Pendidikan Khas ini mungkin kerana guru-guru perempuan mempunyai

    tahap kesabaran , prihatin, lemah lembut dalam mengajar dan melayani karenah

    kanakkanak istimewa ini. Dalam kajian ini pengkaji mendapati bahawa, kebanyakan guru-

    guru yang mengajar kanak-kanak ini mempunyai anak-anak istimewa . Guru ini

    berpendapat dengan mengajar sendiri anak-anak mereka yang istimewa ini mereka lebih

    memahami dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 14

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    15/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    PROSEDUR KEMASUKAN MURID-MURID PENDIDIKAN

    KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN PERTAMA

    Mula

    Ambil Borang Pendaftaran Kanak-Kanak

    Berkeperluan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri

    Isi Borang dan Buat Pemeriksaan

    Kembalikan Borang Yang Lengkap

    ke Jabatan Pelajaran Negeri

    Proses Penilaian

    Temuduga Ibu bapa

    Tawaran Penempatan

    Tempoh Percubaan

    Pengesahan Penempatan

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 15

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    16/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    3.1 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF YANG TERDAPAT DI

    SEKOLAH

    1.Model A Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian

    kurikulum dan strategi P&P.

    2.Model B Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat

    nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas.

    3.Model C Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat

    Sumber.

    4.Model D Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelasSatellite di sekolah

    biasa.(OctopusModel)

    5.Model E Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas.

    6.Model F Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 16

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    17/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    3.2 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH

    KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

    1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.

    2. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.

    3. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu.

    4. Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos.

    5. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.

    6. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.

    7. Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti

    masyarakat setempat.

    8. Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk

    berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

    KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF

    1. Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas.

    2. Guru mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar

    pendidikan khas.

    3. Pelabelan terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru aliran

    perdana.

    4. Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama.

    5. Kurangnya komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas.

    6. Pelajar pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pnp kelas

    inklusif.

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 17

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    18/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    4.0 KEPERLUAN LOGISTIK YANG DIPERLUKAN

    Pendidikan Khas menurut Tompkins (1999) adalah pengajaran yang bercorak individu

    direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan muridmurid

    kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak

    disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan

    sekolah biasa. Kirk (1993) menjelaskan kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak

    sederhana atau biasa dalam pelbagai kekurangan seperti mental, keupayaan deria, ciriciri

    fizikal, tingkah laku sosial atau emosi , keupayaan berkomunikasi sehinggakan ia memerlukan

    amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan Pendidikan Khas

    supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Kementerian

    Pendidikan, (1997) menyebut satu program bagi pendidikan murid-murid dengan keperluan

    khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa yang

    dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi dilaksanakan iaitu kanak-kanak

    ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan

    pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka (Lyn Gow 1990).

    Kajian banyak menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa,

    belajar dengan kanak-kanak normal, adalah menunjukkan pencapaian yang lebih baik

    dari mereka yang diasingkan. Kelas Pendidikan Khas yang mana murid-murid diasingkan

    tidak menunjukkan pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak. Daripada pemerhatian

    juga didapati bahawa murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam kelas biasa hampir

    sepanjang hari berbanding dengan kelas Pendidikan Khas. Ia merupakan amalan yang paling

    berkesan dan bermakna untuk anak-anak ini. Anak yang diasingkan daripada rakan sebayanya

    yang lain, akan dengan sendirinya memberi kesan kepada diri mereka dan juga murid-murid

    yang lain bahawa mereka adalah sememangnya berlainan.

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 18

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    19/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    Pencapaian pelajar yang lebih baik dengan persekitaran dan suasana bilik darjah yang

    sesuai dengan bilangan pelajar. Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah faktor

    keselesaan yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau

    sebaliknya. Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta

    keceriaan susun atau yang selesa akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar

    dan dapat membantu pelajar mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan

    baik. Sharifah Alwiah (1985) menyatakan suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya

    untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah

    dan berwarna warni, selesa, riang dan terdapat interaksi guru murid dan murid-murid

    yang seronok sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan kekal

    jika dibandingkan dengan keadaan yang berlawanan.

    Kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru khas dan guru mata pelajaran adalah

    faktor penyumbang kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Hubungan baik dan sikap

    bantu membantu menjamin hubungan yang harmoni dan seterusnya membantu pelaksanaan

    program ini. Kedua-dua pihak perlu tahu bidangbidang kuasa masing-masing supaya mereka

    dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan aktiviti bersama-

    sama seperti bengkel pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid autistik,

    bengkel co teaching atau mengajar bersama, lawatan sambl belajar dan sebagainya. Dalam

    keadaan-keadaan tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara yang

    bermakna antara rakan sejawat amat baik. Oleh itu, amat besar faedahnya jika Program

    Pendidikan Inklusif diperluaskan pada skala yang lebih besar, maka diadakan pula forum

    untuk berkongsi kejayaan, masalah, strategi pengajaran dan lain-lain di antara guru-guru yang

    terlibat.

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 19

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    20/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    5.0 SOKONGAN YANG DIBERIKAN

    Masyarakat pada masa kini juga melihat intitusi pendidikan merupakan sebuah institusi

    yang boleh menjadi sumber utama bagi mendapatkan pekerjaan. Secara tidak langsung

    martabat pendidikan sebagai pembentuk keperibadian dan sahsiah yang baik dan

    berketerampilan dapat diwujudkan. Zaitun dan rakan-rakan (1991) dalam kajian terhadap

    kemudahan fizikal sekolah merumuskan bahawa tiada hubung kaitnya diantara kemudahan

    fizikal, sebaliknya ini adalah hasil daripada banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi

    seperti interaksi antara kemudahan fizikal dengan pengajaran guru, sikap pelajar, minat dan

    sebagainya. Rumusannya bolehlah dirangkaikan dari aspek-aspek iklim, sekolah atau fizikal,

    intelektual dan emosi. Memupuk aspek yang saling bersandar dalam mempengaruhi

    penguasaan pelajar dalam kelas-kelas pemulihan ini.

    Program Pendidikan Inklusif di sekolah berjaya dan mendapat kerjasama warga sekolah

    kerana penglibatan semua guru.Guru Besar, guru-guru penolong kanan hingga guru-guru

    mata pelajaran telah memainkan peranan yang penting. Semua guru telah diberi kursus dan

    penerangan sebelum murid-murid autistik memulakan program ini.Kursus yang dihadiri telah

    menaikkan keyakinan mereka untuk menghadapi dan mengajar murid-murid autistik.Di

    samping itu mereka telah diberikan garis panduan pelaksanaan program ini dan menyebabkan

    mereka tahu bidang tugas masing-masing. Sikap toleransi dan prihatin guru-guru mata

    pelajaran telah memberi impak yang positif kepada tabiat pembelajaran murid-murid

    autistik.Seterusnya ini telah meningkatkankejayaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah.

    Di samping itu, kewujudan guru-guru pendamping dari NASOM yang seakan guru pembantu

    telah menjadi kunci kepada kejayaan program ini. Wujudnya kerjasama dari segi kerja dan

    tanggungjawab antara guru-guru mata pelajaran dan guru-guru pendamping sangat membantu

    program ini.Kadang kala guru-guru ini bertindak seperti mengajar bersama-sama atau co-

    teaching bersama-sama guru mata pelajaransemasa di dalam bilik darjah.Guru-guru

    pendamping memberi bantuan dan penerangan tambahan yang diperlukan kepada murid-

    murid autistik semasa guru mata pelajaran mengajar di dalam kelas.Ini amat membantu dan

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 20

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    21/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    meringankan tanggungjawab guru mata pelajaran. Sungguhpun demikian penerangan guru-

    guru pendamping akan beransur-ansur kurang dari masa ke semasa.

    RUMUSAN/ KESIMPULAN

    Pendidikan Inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas, dengan

    meletakkan kepentingan mengadakan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan

    menyediaan peluang perkembangan profesional yang mampan melalui warga pendidik yang

    professional (Stainback & Stainback, 1990). Mengambil kira mandat deklarasi UNESCO

    (The Salamanca Statement, 1994) berkaitan penempatan pelajar pendidikan khas dalam

    suasana kurang kekangan, ianya adalah wajar untuk pihak pengurusan menyediakan peluang

    pembelajaran MBP di dalam kelas inklusif. Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan

    inklusif di sekolah harian adalah bertujuan membangunkan sumber manusia yang terdiri

    daripada pelajar bermasalah pembelajaran untuk kesejahteraan negara. Kejayaan program ini

    amat bergantung dengan corak pengurusan kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan

    pembelajaran, kolaborasi dan penilaian terhadap program dan murid inklusif. Termasuk juga

    soal penglibatan keluarga, sosialisasi dan penglibatan pelajar inklusif memerlukan kajian

    lanjutan yang mengukur amalan dan kualiti pelaksanaannya. Kepentingan kajian ini dari segi

    ilmu diharap akan menjadi sumbangan pengetahuan mengenai ilmu yang boleh menyokong

    perkembangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam kehidupan dan pendidikannya.

    Kajian yang akan dilaksanakan ini dapat memberi informasi baru untuk menambah

    pengetahuan dan rujukan kepada pelbagai organisasi dan individu. Penghasilan indikator

    amalan terbaik pendidikan inklusif (IKATPI) bagi murid PKBP yang dihasilkan dalam kajian

    ini pula dijangka dapat memberi implikasi dari segi konsep dan teori yang mendasarinya.

    Profil yang dihasilkan dijangka dapat memperlihatkan aplikasi teoritikal dan praktikal amalan

    pengajaran guru dalam konteks sebenar pendidikan inklusif bagi murid PKBP di Malaysia

    khususnya dan di luar negara umumnya.

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 21

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    22/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    PENUTUP

    Pada 20 Februari 2013 yang lalu, saya telah menerima tugasan dalam subjek

    PENDIDIKAN INKLUSIF HBEF 3503 yang menghendaki saya melaksanakan kajian

    tentang program pendidikan inklusif di sekolah Buat permulaan kerja-kerja mencari bahan,

    membuat kajinan dan rujukan di sekolah . Saya membuat rujukan telah bermula secaraindividu dan kumpulan.Walaupun pada peringkat awalnya, saya mengalami sedikit masalah

    dalam mengum ul bahan , berkat tunjuk ajar daripada pensyarah dan rakan-rakan akhirnya

    kerja menyiapkan tugasan dapat dijalankan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan.

    Juga kepada pensyarah, rakan-rakan guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri

    Sekawan Desa , Pontian yang telah banyak memberikan kerja sama dalam menyiapakan

    tugasan ini.

    Sekian .

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 22

  • 7/27/2019 Hbef 3503 700420016001 Mohd Zaidi Aktiviti 1

    23/23

    MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

    RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

    Ashman, Adrian & Elkiar, John (1990) Educating Children with Special Needs.

    GGGGPrentice Hall : New York.

    Bachor, Dan G. & Crealock, Carol. (1986) Instructional Strategies for Students with Special

    Needs. GGGGGG.Prentice Hall : New York.

    Cole, Peter & Chan Lorna. (1990) Methods and Strategies for Special Children.

    GGG.Prentice Hall : New York.

    Kementerian Pelajaran Malaysia, (1992) Surat Pekeliling-Pekeliling Pendidikan Khas (1979

    1991). Kuala Lumpur : Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah,

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu

    (RPI) murid-murid berkeperluan khas.

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 23