Upload
trannhi
View
224
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i
KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN
KHAS VOKASIONAL (CACAT PENDENGARAN) SHAH ALAM
KEARAH KERJAYA
SATU KAJIAN KES.
SITI ZARINA BINTI AZIRUN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
25 FEBRUARI 2004
iii
PENGHARGAAN
Dalam ruangan penghargaan yang terhad ini, terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia
yang dihormati Encik Yahya Bin Buntat di atas segala tunjuk ajar, nasihat,
bimbingan, saranan dan idea-idea yang telah banyak membantu saya menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini. Semoga sumbangan bakti beliau mendapat setinggi-tinggi
ganjaran daripada Allah S.W.T.
Kesempatan ini juga saya ambil untuk menghargai sumbangan bakti dan
tunjuk ajar daripada Dekan Fakulti dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar
saya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada staf-staf
sokongan kerana banyak memberikan bantuan sepanjang saya mengikuti kursus
sarjana muda ini.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor, Pengetua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (Cacat
Pendengaran) Shah Alam serta guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat membantu
memberikan kerjasama ketika kajian ini dilakukan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
suami yang dikasihi, Basir Bin Hj. Ibrahim yang banyak memberikan dorongan dan
bantuan sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini serta sabar menjaga dan
mengasuh anak-anak. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada bonda, anak-anak;
Muhammad Irfan, Siti Nurjazmin, Muhammad Syahmi, Siti Nur Syuhaidah dan
Muhammad Rusyaidi serta kakak, abang, adik serta anak saudara kerana bantuan
mereka dan sedia memahami kesibukan ini. Semoga pengorbanan kalian mendapat
ganjaran daripada Allah S.W.T. AMIN. Terima kasih.
iv
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesediaan pelajar Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional (Cacat Pendengaran) Shah Alam kearah kerjaya. Kajian
yang telah dijalankan ini melaibatkan pelajar seramai 108 orang yang sedang belajar
di Tingkatan Lima. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang
dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A untuk melihat latarbelakang
responden sementara Bahagian B pula digunakan untuk menjawab persoalan kajian
dan faktor yang memperngaruhi pemilihan aliran. Kemudiannya data diproses dan
dianalisis. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sekolah ini
telah bersedia kearah kerjaya. Mereka bersifat positif dan sedia bekerja di mana jua
terutama di sektor industri. Akhir sekali, hasil daripada kajian ini, pengkaji telah
mengesyorkan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk
membantu pelajar cacat pendengaran ini memperolehi pekerjaan yang bersesuaian
dengan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki demi masa depan mereka.
v
ABSTRACT
The purpose of this research is to study the readiness of Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional (Cacat Pendengaran) Shah Alam’s student towards their
career path. The research had been done over 108 students which studying in Form
Five. A set of questionnaire, which had been, separated into two parts namely part A
and part B had been used as an instrument of this research. Part A questionnaire was
used to study the background of the respondent while part B was used to study the
factor that influence student’s interest in choosing their career stream. After that the
data will be process and analysis. Throughout the research it shows that students of
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (Cacat Pendengaran) Shah Alam are
ready towards their career live. They are enthusiast and illustrate positive attitude
towards their career path especially in industrial sector. Finally, as an outcome of this
research, there are several suggestions that should catch attention of relevant party to
help those special student in facing the challenging career path and lead them towards
their brighter future.
vi
KANDUNGAN
Halaman
JUDUL i.
PENGAKUAN ii.
PENGHARGAAN iii.
ABSTRAK iv.
ABSTRACT v.
KANDUNGAN vi.
SENARAI JADUAL ix.
SENARAI SINGKATAN x.
BAB I: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latarbelakang kajian 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan kajian 9
1.6 Rasional kajian 9
1.7 Kepentingan kajian 10
1.8 Skop dan Batasan kajian 10
1.9 Istilah dan definisi 11
BAB II: SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Pendidikan Vokasional 20
2.2.1. Perlunya Pendidikan Vokasional 22
2.2.2 Prinsip Pendidikan Vokasional 24
2.2.3 Matlamat Pendidikan Vokasional 25
2.2.4 Matlamat Sekolah Vokasional 26
2.3 Pendidikan Vokasional Sekolah Khas (Cacat Pendengaran) 26
2.3.1 Sejarah SMPKV 28
2.3.2 Syarat kemasukan ke SMPKV 28
vii
2.3.3 Rasional logo 29
2.3.4 Kemudahan 30
2.3.5 Piagam pelanggan 31
2.3.6 Wawasan sekolah 31
2.3.7 Kurikulum 32
2.3.8 Ko kurikulum 34
2.3.9 Aktiviti sokongan 35
BAB III: METADOLOGI
3.1 Pengenalan 37
3.2 Rekabentuk kajian 37
3.3 Subjek kajian 38
3.4 Alat kajian 38
3.5 Pembolehubah kajian 39
3.6 Tatacara pengumpulan data 40
3.7 Kajian Rintis 41
3.8 Tatacara Penganalisaan Data 41
3.8.1 Analisis akhir dan klafisikasi semula 42
3.9 Kesimpulan 43
BAB IV: DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 44
4.2 Penganalisisan Data 44
4.3 Latarbelakang responden 45
4.4 Kesediaan pelajar kearah kerjaya 49
4.4.1 Kemahiran yang dipelajari bersesuaian kearah
kerjaya. 50
4.4.2 Pelajar telah mampu dan bersedia untuk
Melaksanakan sesuatu pekerjaan 52
4.4.3 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan
Kerjaya 53
4.5 Kesimpulan 60
viii
BAB V: PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan 63
5.2.1 Mengetahui kesesuaian kemahiran yang
dipelajari di SMPKV kearah kerjaya. 63
5.2.2 Mengetahui dari aspek kesediaan dan
kemampuan pelajar untuk melaksanakan sesuatu
pekerjaan. 64
5.2.3 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
Pemilihan kerjaya 66
5.3 Rumusan 67
5.4 Cadangan 68
5.5 Cadangan kajian lanjutan 72
5.6 Penutup 75
RUJUKAN 75
LAMPIRAN 78
ix
SENARAI JADUAL
No. Jadual Halaman
3.1 Skala Pemeringkatan 46
3.2 Penilaian Terhadap Analisis Kajian 47
4.1 Enrolmen Pelajar Tingkatan Lima SMPKV 50
4.2 Latarbelakang Pekerjaan Ibubapa/Penjaga 50
4.3 Keluarga Lain Cacat Pendengaran 52
4.4 Menggunakan alat bantuan pendengaran dan faham
bahasa isyarat. 52
4.5 Membaca akhbar dan akhbar bahasa apa? 52
4.6 Bilangan anak ke berapa? 53
4.7 Kemahiran yang dipelajari bersesuaian untuk kearah kerjaya 55
4.8 Pelajar telah bersedia dan mampu untuk melaksanakan
sesuatu pekerjaan 57
4.9 Pengaruh pihak sekolah dan guru 59
4.10 Pengaruh ibubapa dan keluarga 60
4.11 Pengaruh rakan sebaya 62
4.12 Faktor minat 63
4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64
4.14 Rumusan dapatan kajian 65
x
SENARAI SINGKATAN
BMKT - Bahasa Malaysia Kod Tangan.
SMPKV - Sekolah menengah Pendidikan Khas Vokasional (Cacat
Pendengaran) Shah Alam
OKU - Orang Kurang Upaya.
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia.
ILO - Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri.
JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat.
MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.
BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan. Bajet (2004) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 12 September (2003),
memenuhi keperluan pelbagai lapisan rakyat disamping meringankan beban serta
membantu masyarakat menghadapi cabaran hidup dan usaha memacu lagi kemajuan
ekonomi negara. Di dalam pembentangan belanjawan tersebut pelbagai intensif
menarik disediakan untuk golongan kurang upaya. Sehingga pertengahan tahun(
2003), seramai 122,543 orang kurang upaya telah berdaftar dan menerima bantuan
sebanyak 88.5 juta ringgit.
Perdana Menteri juga dalam ucapannya sewaktu belanjawan tersebut
menyatakan bahawa apa yang dilihat sekarang, peluang pekerjaan bagi orang kurang
upaya kian berkurangan. Ini akan menyukarkan lagi bagi mereka untuk memperolehi
pekerjaan yang sesuai. Untuk itu satu tindakan perlu dilakukan. Akta Orang Kurang
Upaya (OKU) yang dihalusi selepas mendapat pandangan dan kelulusan Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat seharusnya diberi perhatian oleh
pihak-pihak yang terlibat. Akta yang di draf melalui satu jawatankuasa bagi membela
nasib golongan itu perlu diteliti sebelum dapat diwartakan pada tahun hadapan. Akta
ini bertujuan untuk membantu dan melindungi OKU serta membela nasib mereka.
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat,
Dr.P Manogran,(Berita Harian 13 Sept. 2003) berkata pelbagai aspek mengenai akta
2
itu diperbaiki melalui bengkel yang disertai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan
(NGO) yang ada kaitan dengan OKU.
Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman dalam teks ucapannya sempena sambutan
Hari Orang Pekak Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (2003) menyatakan, mengikut
statistik sehingga akhir( 2002), seramai 21,981 orang kurang upaya (OKU)
pendengaran berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Beliau juga
menyatakan bahawa kecacatan yang terselindung menyebabkan warga pekak sering
dipinggirkan dari segi komunikasi dan maklumat penyampaian tidak dapat diperolehi
secara meluas. Ini menyebabkan mereka mencari sumber tambahan lain bagi
mendapatkan maklumat secara lebih tepat dan terkini. JKM adalah pihak yang
memberi bantuan geran sebanyak RM36,000 bagi memantau, mengembang dan
melatih lebih ramai lagi jurubahasa isyarat.
Mereka yang mengalami cacat pendengaran ini dari segi luarannya kelihatan
normal tetapi dari segi dalaman mereka mengalami tekanan mental. Dengan kata lain,
mereka tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak
pendengaran. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (dalam Mohd. Salleh
;1999)menjelaskan bahawa kanak-kanak pekak sebagai seorang yang rosak
pendengaran kerana dalam kebanyakkan contoh, ia mempunyai pendengaran separa.
Kanak-kanak ini luar biasa kerana tidak dapat bertindakbalas terhadap bunyi-bunyi
disekelilingnya.
Zaini Hashim (dalam Hanapi ;1999) pula menjelaskan bahawa cacat
pendengaran boleh dibahagiakan kepada 2 jenis:-
i. Cacat Bahagian Penerimaan (conductive deafness)
Kecacatan ini terjadi dibahagian telinga tengah seperti lubang telinga
tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga. Ia
kemungkinan boleh dipulihkan dengan rawatan seperti melalui
pembedahan atau pengambilan ubat-ubatan.
ii. Kecacatan Bahagian Tanggapan (perceptive deafness)
Kecacatan ini terjadi dibahagian telinga dalam dan berkaitan dengan saraf
pendengaran. Kecacatan yang disebabkan oleh saraf sukar dirawat melalui
pembedahan kerana ia melibatkan organisasi yang lebih rumit.
3
Menurut Siti Zamratul (dalam Mohd. Hanafi;1999) menerangkan bahawa
gangguan jenis konduktif yang terjadi sama ada di telinga luar atau tengah
menyebabkan bunyi tidak dapat dipindahkan ke telinga dengan efisien. Oleh itu,
seseorang tidak begitu sensitif dengan bunyi, ia memberi kesan yang teruk kepada
perkembangan pertuturan seseorang kanak-kanak kerana ia sukar membezakan bunyi
yang diterima.
Cruickshakn (dalam Mohd. Salleh ;1999) mendefinisikan kanak-kanak yang
mengalami kecacatan pendengaran berdasarkan kebolehan kanak-kanak itu
mendengar melalui deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialaminya.
Berdasarkan definisi tersebut,dua kategori digunakan iaitu pekak dan separuh pekak.
Pekak maksudnya deria dengar yang tidak berfungsi langsung. Ia berlaku
berkemungkinan sebelum atau selepas lahir. Sementara separa pekak pula boleh
berfungsi sekiranya mendapat bantuan alat pendengaran atau pun tidak. (Report of
the Hoc Committee to Define Deaf and Hard of Hearing, 1975).
Kanak-kanak khas cacat pendengaran ini belajar mengikur kurikulum sama
seperti kanak-kanak biasa. Mereka juga tidak terkecuali menjalani kegiatan atau
aktiviti ko-kurikulum yang sedia ada. Cuma yang akan membezakan antara mereka
dan kanak-kanak biasa ialah kecacatan pendengaran yang mereka alami. Mereka
berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa isyarat. Begitu juga dari segi
penyampaian guru-guru disekolah, mereka menggunakan Bahasa Melayu Kod
Tangan (BMKT). Tenaga pengajarnya sekarang kebanyakkannya terlatih didalam
pendidikan khas cacat pendengaran sama ada di dalam atau di luar negeri. Matlamat
pendidikan khas antara lain untuk memerikan kanak-kanak ini hak-hak asasi
pendidikan yang bersesuaian dengan kebolehan, kemampuan dan minat mereka tanpa
mengira status sosio ekonomi, kebudayaan dan asal keturunan, kebolehan fizikal,
kebolehan emosi, kebolehan intelek dan sebagainya. Di samping itu juga diharapkan
melalui pendidikan khas ini dapat mengukuhkan kesedaran masyarakat sejagat
terhadap keperluan-keperluan dan kebolehan mereka, supaya dapat hak untuk hidup
dan mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal. Mereka semua
berharap agar dapat diterima oleh masyarakat, dapat hidup dan bergerak bebas seperti
mereka yang tidak cacat.
4
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha agar semua warganegara
tanpa mengira latar belakang akan memperolehi pendidikan asas yang berkualiti. Di
antara peluang-peluang pendidikan yang diberi ialah:-
i. Pendidikan Khas disediakan bagi kanak-kanak istimewa termasuklah yang
mengalami cacat pendengaran.
ii. Matapelajaran vokasional disediakan bagi murid-murid yang berminat.
Di samping itu, hasrat pendidikan adalah untuk memberi peluang kepada setiap
individu untuk memperkembangkan semua potensi yang mereka miliki. Ia
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian
Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum (2001).
Pelajar yang mengalami cacat pendengaran ini juga berkeinginan untuk
bekerja apabila selesai persekolahan mereka. Untuk itu mereka mestilah dibekalkan
dengan kemahiran-kemahiran yang dapat membantu mereka mencari pekerjaan yang
sesuai kelak. Pembelajaran kemahiran adalah sangat perlu dalam pendidikan masa
kini. Pelajar-pelajar mesti diberi pendedahan yang secukupnya bagi memberi mereka
kemahiran asas praktik yang membolehkan mereka mengendalikan dengan berkesan
dalam kerja-kerja buat sendiri seperti binaan, pemasangan dan baik pulih yang
berguna dalam kehidupan seharian. Setiap individu yang menjejakkan kaki kealam
persekolahan menengah mempunyai tujuan iaitu untuk mendapatkan satu pekerjaan
yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran yang mereka dapat apabila mereka
tamat nanti. Ada individu-individu yang ingin menjawat jawatan yang baik dalam
sektor swasta atau kerajaan dan ada pula yang bekerja sendiri. Dalam keadaan
tersebut mereka perlu membuat pemilihan kerjaya yang sesuai. Begitu juga bagi
mereka yang mengalami masalah cacat pendengaran. Pemilihan kerjaya ini
merupakan satu perkara yang penting dalam perkembangan seseorang dan dengan itu
perlu dibuat dengan teliti kerana tindakan tersebut memberi kesan jangka panjang
terhadap masa depannya. Oleh yang demikian, penelitian yang mendalam semasa
membuat pemilihan kerjaya adalah perlu. Perkara ini telah pun ditegaskan oleh Crites
(dalam Muhd. Mansur ;2003) yang menyatakan pemilihan kerjaya adalah satu
keputusan yang paling penting dalam kehidupan apabila individu mula memikirkan
untuk memasuki dunia pekerjaan. Keputusan yang dibuat dalam pemilihan sesuatu
kerjaya bukan sahaja akan menentukan gaya hidup dan corak kehidupan masa depan.
5
Menurut Tolbert( dalam Mohd. Mansur ;2003), setiap keputusan yang dibuat oleh
seseorang itu dipengaruhi oleh berbagai faktor termasuklah pengaruh orang lain,
keadaan, keperluan masa dan kebolehan serta minat. Setiap individu berkehendakkan
suatu kerjaya yang dapat menjamin kehidupan di masa hadapan. Oleh itu,
pembentukan kerjaya perlulah dirancang dengan sebaik mungkin agar seiringan
dengan kebolehan diri, kepuasan dan jaminan masa hadapan.
1.2 Latarbelakang Kajian.
Adalah dianggarkan sekurang-kurangnya 1% (220,000) daripada penduduk
Malaysia terdiri dari orang kurang upaya (OKU). Namun, demikian, daripada jumlah
ini hanya seramai 99,000 orang kurang upaya telah mendaftar dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat . Daripada jumlah tersebut hanya 4,316 (1990 hingga 2001)
orang kurang upaya sahaja berjaya ditempatkan bekerja disektor swasta terutamanya
oleh Kementerian Sumber Manusia dan agensi-agensi lain. Data ini adalah seperti
yang terkandung dalam ‘Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya (OKU) di
Sektor Swasta’ terbitan Kementerian Sumber Manusia (2001). Jumlah ini
termasuklah mereka yang mengalami cacat pendengaran. Sebagai langkah untuk
memastikan OKU turut berpeluang mendapat pekerjaan, kerajaan telah
memperuntukkan satu peratus daripada jawatan perkhidmatan awam dan swasta
khusus untuk golongan ini. Disamping itu, satu unit khas akan ditubuhkan di
Kementerian Sumber Manusia untuk membantu golongan ini mendapatkan pekerjaan.
Bagi menggalakkan orang kurang upaya terus bekerja untuk menyara diri dan
keluarga, Elaun Pekerja Kurang Upaya diberikan sebanyak RM200 sebulan jika
pendapatan bulanan mereka tidak melebihi RM500. Pemberian ini bertujuan untuk
menampung kos pengangkutan ke tempat kerja dan lain-lain perbelanjaan. Perkara ini
terkandung di dalam belanjawan (2004).
Walaupun begitu, kesukaran mereka menjawat pekerjaan adalah disebabkan
kesukaran mereka berkomunikasi. Mulai dari sekarang, pendidikan kepada kanak-
kanak cacat pendengaran mestilah dipengaruhi dari segi tekniknya agar kesukaran
tersebut dapat dihapuskan. Mereka mesti diajar dengan lebih banyak lagi dalam
6
komunikasi dan kemahiran. Selain daripada itu, mereka dari golongan ini biasnya
mempunyai sifat rendah diri. Ini mungkin disebabkan oleh kecacatan yang mereka
alami membuatkan mereka juga kurang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu.
Seandainya mereka tidak diberi rangsangan dalam pelbagai aspek termasuklah sosial
dan emosi serta bimbingan yang berpatutan, kemungkinan mereka tidak dapat
meningkatkan keupayaan dalam pergaulan. Inilah menyebabkan mereka sukar
memperolehi pekerjaan. Apabila mereka dapat berkomunikasi dengan lebih luas dan
memuaskan, sudah pastilah masalah untuk diterima bekerja sudah tidak timbul.
Mereka juga seharusnya diberi motivasi dan bimbingan agar dapat meningkatkan
keyakinan diri dan mengurangkan rasa rendah diri yang ada dalam diri mereka.
Apa yang berlaku kini, mereka hanya bekerja sebagai operator pengeluaran
atau pelayan di restoran-restoran dengan pendapatan yang tidak mencukupi bagi
menyara hidup dalam keadaan yang serba serbi mahal ini. Mohd. Salleh (1999)
menyatakan, bukan mudah untuk membina kemahiran-kemahirann tertentu kepada
kanak-kanak yang mengalami kecacatan pendengaran apatah lagi mereka diletakkan
di sekolah-sekolah khas yang sebahagian besarnya terpaksa menghabiskan masa di
sekolah berasrama. Mereka tidak seperti kanak-kanak biasa yang mudah untuk
menerima rangsangan dan terus menterjemahkan ke dalam pemikiran untuk sesuatu
tindakan. Dengan kata lain, mereka sentiasa berhadapan dengan masalah dan tekanan
setiap masa.
Sebenarnya dari peringkat sekolah rendah dan menengah rendah lagi mereka
yang mengalami cacat pendengaran ini telah didedahkan dengan kemhiran iaitu dalam
subjek Kemahiran Hidup. Di sini, peranan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan
Malaysia haruslah peka terhadap keperluan pendidikan untuk murid-murid cacat
pendengaran. Banyak pembaharuyan perlu dilakukan bagi menyahut cabaran yang
lebih kompleks pada masa hadapan. Pendidikan Vokasional bagi kanak-kanak cacat
pendengaran mesti diperbaiki agar mereka tidak hanya diterima bekerja di kilang-
kilang dan restoran sahaja tetapi diterima bekerja diperingkat yang lebih tinggi dan
mencabar dengan pendapatan yang lebih lumayan. Kerajaan mestilah menunjukkan
kesungguhan dalam perkara ini terutamanya memberi mereka pekerjaan yang lebih
baik di sektor swasta atau awam.
7
Sudah pun diketahui pendidikan kerjaya vokasional di negara kita lebih
diutamakan diperingkat sekolah menengah atas sahaja. Seeloknya, pendekatan yang
kreatif sangat perlu diperingkat sekolah rendah khas kearah memberi kesedaran,
menanam sikap kecenderungan serta memberi penerangan yang berterusan ke
peringkat sekolah menengah rendah dan atas serta kealam pekerjaan. Kanak-kanak
cacat pendengaran ini telah diberi pendidikan pra vokasional di peringkat sekolah
rendah lagi dengan tujuan untuk memberikan kemahiran dan melatih mereka supaya
dapat hidup berdikari apabila dewasa kelak. Dari peringkat sekolah rendah lagi
kanak-kanak yang bersekolah khas sudah terbiasa memerhati, melihat, bekerja dengan
ibubapa, jiran, guru-guru atau saudara mara mereka. Kanak-kanak ini sepatutunya
diberi pendedahan pada fikiran mereka bahawa bekerja itu adalah sebahagian dari
kehidupan mereka. Kanak-kanak ini juga mestilah digalakkan berfikir dan bercakap
tentang cita-cita mereka apabila mereka dewasa kelak. Aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan perkara tersebut
seharusnya digalakkan seperti berlakun dan sebagainya.
1.3 Pernyataan Masalah.
Rata-rata kita lihat mereka yang mengalami masalah cacat pendengaran
menghadapi kesukaran dalam mencari pekerjaan. Ini terbukti dalam kenyataan
akhbar Berita Harian bertarikh 14 September( 2003) yang dinyatakan oleh Menteri
Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn. Dalam kenyataannya beliau
menyatakan hanya 3,000 daripada setiap 10,000 golongan kurang upaya yang
berdaftar dengan kementerian sudah mempunyai pekerjaan. Ini bermakna 7,000
daripadanya masih tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Jumlah ini termasuklah
mereka yang mengalami kecacatan pendengaran. Keadaan sekarang ini sangat
mencabar. Pekerja yang mempunyai sijil dan kemahiran sahaja terlebih dahulu diberi
keutamaan pekerjaan. Keadaan ini menjadi bertambah sukar jika mereka berada
dikawasan yang jauh dari bandar. Remaja yang mengalami cacat pendengaran sukar
mendapatkan pekerjaan kerana ada di antara mereka tidak mendapat latihan
kemahiran yang secukupnya. Kelulusan dan kelayakan akademik mereka tidak
memuaskan dan kadangkala sangat teruk. Faktor-faktor inilah menyebabkan mereka
8
tidak diterima bekerja. Mereka mempunyai perasaan rendah diri dan kurang
berkeyakinan atas sebab kecacatan yang mereka alami. Ini turut memperngaruhi
suasana pekerjaan setelah mereka bekerja kelak.
Masalah kerjaya kepada pelajar cacat pendengaran ini boleh dibahagikan
kepada beberapa aspek. Namun terdapat 3 aspek yang dianggap aspek utama.
Masalah ini telah menyebabkan bekas-bekas pelajat cacat pendengaran sukar
mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran yang mereka pelajari. Di
samping itu pihak majikan juga menghadapi masalah mendapatkan bekas-bekas
pelajar cacat pendengaran yang bersesuaian dengan pekerjaan di syarikat mereka.
Di antara masalah yang telah dikenalpasti ialah:-
i. Masalah pengangguran dikalangan bekas pelajar pendidikan khas cacat
pendengaran.
ii. Pembaziran tenaga kerja yang terlatih.
iii. Pembaziran dari segi kos latihan yang diberikan.
Oleh kerana itu, satu kajian perlu dilakukan untuk melihat kesediaan pelajar
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (Cacat Pendengaran) Shah Alam ini
kearah kerjaya.
1.4 Objektif Kajian.
Objektif kajian ini adalah:-
i. Untuk mengetahui kesesuaian kemahiran yang dipelajari di Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional (Cacat Pendengaran) Shah Alam
kearah kerjaya.
ii. Mengetahui dari aspek kemampuan pelajar untuk melaksanakan sesuatu
pekerjaan.
iii. Mengetahui faktor-faktor berikut dibawah memperngaruhi pemilihan
kerjaya.
a) Faktor pihak sekolah dan guru.
b) Faktor ibubapa dan keluarga.
9
c) Faktor rakan sebaya.
d) Faktor minat.
1.5 Persoalan Kajian.
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui kepada beberapa persoalan pokok
yang berikut:-
i. Adakah kemahiran yang dipelajari bersesuaian untuk kearah kerjaya?
ii. Adakah pelajar telah bersedia dan mampu untuk melaksanakan sesuatu
pekerjaan?
iii. Adakah faktor-faktor berikut dibawah mempengaruhi pemilihan kerjaya?
a. Faktor pengaruh pihak sekolah dan guru.
b. Faktor pengaruh ibubapa dan keluarga.
c. Faktor pengaruh rakan sebaya.
d. Faktor minat.
1.6 Rasional Kajian.
Rasional kajian ini adalah untuk meninjau pelajar cacat pendengaran yang
sedang belajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Seksyen 17, Shah
Alam bersedia kearah kerjaya. Pengkaji ingin melihat adakah kemahiran yang
mereka pelajari dan diperolehi di sekolah itu mampu membantu mereka memperolehi
pekerjaan apabila habis belajar kelak. Selain itu kemampuan pelajar dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan juga perlu diambil kira. Pengkaji juga ingin
mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar berkenaan.
Faktor yang dilihat ialah dari segi minat, sekolah dan guru, ibubapa dan keluarga serta
rakan sebaya.
Mungkin jika tidak keterlaluan dikatakan kajian kes ini melihat di mana silap
sistem atau pelajar itu sendiri. Mungkin sistem pendidikan khas di negara kita ini