12
Bil. JBNS: NO.A /400-2146/A/Klt.3 (22 ) Tarikh : 22 September 2010 Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua Ketua Jabatan Semua Pegawai Daerah Semua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Semua Bendahari Daerah PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI BILANGAN 12 TAHUN 2010 JADUAL PEMBAYARAN SARAAN BULANAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI, ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) DAN KETUA-KETUA MASYARAKAT (PHEANS) BAGI TAHUN 2011 1. TUJUAN Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk:- 1.1 Mengumumkan tarikh pembayaran gaji dan elaun bulanan Anggota Pentadbiran Awam Negeri, Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tarikh pembayaran pencen bulanan bagi pesara Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tarikh pembayaran elaun tetap bulanan Ketua-Ketua Masyarakat (PHEANS) bagi tahun 2011. 1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran/penerimaan input perubahan/pengemaskinian saraan/potongan (termasuk sistem e-Pay A3) bagi tahun 2011. 1.3 Menjelaskan garis panduan penyediaan pembayaran saraan/potongan yang dibuat melalui Sistem Gaji Pusat (SGP) dan Sistem Baucar Berasingan (SBB). 1.4 Menjelaskan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan pembayaran saraan/potongan. 2. JADUAL PEMBAYARAN GAJI DAN ELAUN, PENCEN BULANAN DAN ELAUN TETAP BULANAN SERTA JADUAL PENGHANTARAN/PENERIMAAN INPUT PERUBAHAN/PENGEMASKINIAN (TERMASUK SISTEM E-PAY A3) BAGI TAHUN 2011 2.1 Tarikh Pembayaran Saraan Bulanan bagi Tahun 2011. (Sila rujuk Lampiran A) 2.2 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian Saraan Bulanan (Gaji) termasuk Sistem E-Pay A3 bagi Tahun 2011. (Sila rujuk Lampiran B) 2.3 Jadual Penghantaran/Penerimaan Borang-Borang Input Pengemaskinian Elaun/Potongan bagi Bayaran Elaun Tetap Bulanan Ketua-Ketua Masyarakat (PHEANS) untuk Tahun 2011. (Sila rujuk Lampiran C) JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma Kewangan Jalan Tunku Abdul Rahman Beg Berkunci No. 2058 88595 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel: 088-272000 Faks: 088-212655 E-mel: [email protected]

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

Bil. JBNS: NO.A /400-2146/A/Klt.3 (22 )

Tarikh : 22 September 2010

Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Setiausaha Tetap KementerianSemua Ketua JabatanSemua Pegawai DaerahSemua Penolong Pegawai Daerah, Daerah KecilSemua Bendahari Daerah PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI BILANGAN 12 TAHUN 2010JADUAL PEMBAYARAN SARAAN BULANAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI, ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) DAN KETUA-KETUA MASYARAKAT (PHEANS) BAGI TAHUN 2011

1. TUJUAN

Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk:-

1.1 Mengumumkan tarikh pembayaran gaji dan elaun bulanan Anggota Pentadbiran Awam Negeri, Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tarikh pembayaran pencen bulanan bagi pesara Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tarikh pembayaran elaun tetap bulanan Ketua-Ketua Masyarakat (PHEANS) bagi tahun 2011.

1.2 Mengumumkan tarikh akhir penghantaran/penerimaan input perubahan/pengemaskinian saraan/potongan (termasuk sistem e-Pay A3) bagi tahun 2011.

1.3 Menjelaskan garis panduan penyediaan pembayaran saraan/potongan yang dibuat melalui Sistem Gaji Pusat (SGP) dan Sistem Baucar Berasingan (SBB).

1.4 Menjelaskan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan pembayaran saraan/potongan.

2. JADUAL PEMBAYARAN GAJI DAN ELAUN, PENCEN BULANAN DAN ELAUN TETAP BULANAN SERTA JADUAL PENGHANTARAN/PENERIMAAN INPUT PERUBAHAN/PENGEMASKINIAN (TERMASUK SISTEM E-PAY A3) BAGI TAHUN 2011

2.1 Tarikh Pembayaran Saraan Bulanan bagi Tahun 2011. (Sila rujuk Lampiran A)

2.2 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian Saraan Bulanan (Gaji) termasuk Sistem E-Pay A3 bagi Tahun 2011. (Sila rujuk Lampiran B)

2.3 Jadual Penghantaran/Penerimaan Borang-Borang Input Pengemaskinian Elaun/Potongan bagi Bayaran Elaun Tetap Bulanan Ketua-Ketua Masyarakat (PHEANS) untuk Tahun 2011. (Sila rujuk Lampiran C)

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAHWisma Kewangan

Jalan Tunku Abdul RahmanBeg Berkunci No. 205888595 Kota Kinabalu,

Sabah, Malaysia

Tel: 088-272000 Faks: 088-212655 E-mel: [email protected]

Page 2: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

- 2 -

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010

2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian Pencen bagi Dewan Undangan Negeri Sabah/Bahagian Pengurusan Dan Kewangan, JKM (Bahagian Kabinet Dan Dasar) untuk Tahun 2011. (Sila rujuk Lampiran D)

3. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PEMBAYARAN SARAAN BULANAN MELALUI SISTEM GAJI PUSAT

Untuk memastikan perubahan/pengemaskinian saraan/potongan bulanan dapat diproses dengan lancar dan saraan bulanan dibayar mengikut jadual, Ketua Jabatan adalah diminta untuk mematuhi garis panduan seperti berikut:-

3.1 Mengisi dengan betul dan lengkap borang-borang perubahan/pengemaskinian seperti PAY-A1, PAY-A2, PAY-A2.1, PAY-A3 (Pin.96) dan Sistem E-PAY A3. Ini termasuklah nombor pekerja, nombor ahli/rujukan KWSP, nombor rujukan cukai pendapatan dan penggunaan kod-kod komputer seperti kod bayaran, kod potongan, kod bank dan sebagainya.

Nota: Ketua Jabatan dinasihatkan supaya tidak menggunakan kod komputer bagi sebarang jenis potongan baru sekiranya kod Akaun Amanah bagi potongan tersebut belum diwujudkan untuk Jabatannya. Untuk mendapatkan kod Akaun Amanah berkenaan, Ketua Jabatan hendaklah terlebih dahulu memohon daripada Bahagian Akaun Pusat, Jabatan Bendahari Negeri.

3.2 Menghantar borang-borang perubahan/pengemaskinian saraan lengkap dengan dokumen sokongan termasuk dokumen sokongan untuk Sistem E-PAY A3 ke Seksyen Gaji dan Pencen pada atau selewat-lewatnya dua (2) hari selepas tarikh akhir penghantaran/penerimaan input perubahan/pengemaskinian saraan seperti di Lampiran B/Lampiran C/Lampiran D.

Nota: Perubahan/pengemaskinian saraan yang dihantar pada tarikh selain daripada tempoh yang dinyatakan dalam para 3.2 diatas tidak akan diterima kecuali perkara seperti dinyatakan dalam para 3.3.

Input perubahan/pengemaskinian saraan dalam Sistem E-PAY A3 akan ditegur jika dokumen sokongan tidak dihantar mengikut tempoh yang ditetapkan dalam para 3.2 diatas. Pemprosesan semula input adalah seperti di para 3.4.

3.3 Pemberhentian bayaran saraan/potongan bagi pegawai yang meletak jawatan, bersara, meninggal dunia, dipecat dan sebagainya boleh dibuat dengan menggunakan borang PAY-A3(Pin.96). Borang tersebut hendaklah dihantar bersama dokumen sokongan ke Seksyen Gaji dan Pencen tidak lewat daripada 18 hari bekerja sebelum tarikh pembayaran saraan seperti dalam Lampiran A.

Nota: Arahan pemberhentian bayaran saraan/potongan yang lewat daripada tempoh yang dinyatakan hendaklah dikemukakan terus kepada pihak bank/agensi berkenaan dan sesalinan kepada Seksyen Gaji dan Pencen, JBNS.

3.4 Menyemak dengan teliti dan memastikan semua input perubahan/pengemaskinian saraan adalah tepat, lengkap dan teratur sebelum menghantar ke Seksyen Gaji dan Pencen, JBNS. Semua input yang mendapat teguran HANYA diterima untuk pemprosesan semula pada bulan berikutnya.

Page 3: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

- 3 -

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010

3.5 Menyemak dengan teliti Baucar Bayaran Saraan dan laporan/penyata potongan sebelum dijadualkan ke dalam SISVOT dan menghantar kembali semua salinan asal yang telah lengkap ditandatangani ke Seksyen Gaji dan Pencen, JBNS untuk pembayaran selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum tarikh pembayaran saraan.

Nota: Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan secara bertulis ke Jabatan ini dengan serta merta jika terdapat sebarang kesilapan pada baucar dan laporan berkenaan serta mengambil tindakan seperti yang dikehendaki di para 3.1 di atas.

4. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PEMBAYARAN SARAAN BULANAN/HARIAN MELALUI SISTEM BAUCAR BERASINGAN (SBB)

4.1 Menyediakan baucar bayaran am bagi saraan bulanan yang dibayar melalui Sistem Baucar Berasingan(SBB) dengan tepat berserta dokumen sokongan yang lengkap, teratur dan jelas dan menghantar ke pejabat pembayaran tujuh (7) hari sebelum tarikh pembayaran seperti yang ditetapkan dalam Lampiran A.

Nota: Saraan bulanan yang dibayar melalui Sistem Baucar Berasingan tidak dapat dibayar mengikut jadual jika baucar bayaran lewat dihantar atau mendapat teguran.

4.2 Menyedia baucar bayaran am bagi saraan harian dengan tepat berserta dengan dokumen sokongan yang lengkap, teratur dan jelas dan menghantar ke pejabat pembayar pada minggu pertama bulan berikutnya.

4.3 Lanjutan kepada pembangunan Sistem Gaji Modul Baru oleh Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), borang Pay-B(Pin.96) tidak perlu dikemukakan untuk bayaran saraan bulanan melalui Sistem Baucar Berasingan. Walau bagaimanapun, bagi Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) semua bayaran saraan bulanan yang dibuat melalui Sistem Baucar Berasingan masih kekal menggunakan borang Pay-B(Pin.96).

5. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PEMBAYARAN TUNGGAKAN/PELARASAN GAJI

5.1 Selain daripada surat-surat yang berkaitan, semua pembayaran tunggakan/pelarasan gaji harus disokong dengan bukti bayaran yang telah dibuat. HANYA salinan slip gaji atau salinan baucar bayaran am atau Laporan Bayaran Saraan yang dicetak oleh JPKN SAHAJA yang boleh diterima sebagai bukti bayaran yang telah dibuat. Jabatan adalah dinasihati untuk menyimpan rekod-rekod pembayaran dengan teratur bagi memudahkan pemprosesan bayaran tunggakan/pelarasan gaji.

5.2 Semua pembayaran tunggakan/pelarasan gaji hendaklah dibuat melalui Sistem E-PAY A3.

Nota: Perenggan 6.2.1(3.5.2) dalam pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bil.10 Tahun 2000 adalah dibatalkan.

5.3 Pembayaran tunggakan/pelarasan gaji melalui Sistem Baucar Berasingan (SBB) hendaklah merujuk kepada pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Bilangan 5 Tahun 1997 dan pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Bil.10 Tahun 2000 perenggan 6.2.1(3.5.1).

Page 4: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

- 4 -

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010

5.4 Jabatan adalah diingatkan untuk memberi sesalinan borang tunggakan G1.1/G2.2 kepada penerima sebagai rujukan semasa mengisi borang pengisytiharan pendapatan tahun lepas bagi maksud pengiraan cukai. Ini adalah kerana dibawah Sistem Belanjawan Ubahsuai semua tunggakan saraan bagi tahun-tahun lepas adalah disatukan menggunakan kod objek yang sama sebagai satu tahun tunggakan.

5.5 Berkuatkuasa pada bulan Januari 2011, kod tunggakan seperti yang tersenarai di Lampiran E akan dihapuskan dalam Sistem E-PAY A3. Jabatan dinasihati supaya lebih teliti apabila menyediakan input tunggakan kerana input yang menggunakan kod lama tersebut tidak akan diproses.

6. PANDUAN-PANDUAN LAIN BERKAITAN DENGAN PEMBAYARAN SARAAN

Ketua Jabatan adalah diingatkan supaya mengambil perhatian sepenuhnya kepada peraturan-peraturan berikut:

6.1 Pembayaran saraan bulanan bagi anggota yang baru dilantik hendaklah diaktifkan melalui Sistem Gaji Pusat selewat-lewatnya tiga (3) bulan selepas tarikh penerimaan jawatan dengan mengisi lengkap dan mengemukakan Borang PAY-A1, PAY-A2 serentak dengan Sistem E-PAY A3 dan disokong dengan dokumen yang lengkap.

6.2 Mengutip balik dengan segera sebarang lebih bayaran mengikut Arahan Perbendaharaan 327.

6.3 Semua resit yang dikeluarkan oleh Seksyen Gaji dan Pencen hendaklah dikreditkan ke vot yang berkenaan mengikut kawalan Kementerian/Jabatan masing-masing.

6.4 Daftar Induk Gaji (Payroll Master) akan diserahkan kepada semua Kementerian/Jabatan pada bulan Januari 2011. Ketua Jabatan disaran supaya menyemak secara menyeluruh Daftar Induk Gaji anggota dibawah kawalan masing-masing dan mengambil tindakan mengemaskini maklumat-maklumat yang perlu termasuklah butir-butir peribadi, perkhidmatan, akademik, bayaran saraan dan sebagainya.

Nota: Ketua Jabatan adalah diminta untuk memastikan nombor kad pengenalan semua anggota dibawah kawalan masing-masing di dalam Daftar Induk Gaji adalah kemaskini menggunakan nombor kad pengenalan yang baru (MYKAD).

6.5 Semua Ketua Jabatan yang menggunakan Sistem E-PAY A3 dalam pemprosesan data-data saraan/potongan bulanan hendaklah memberi keutamaan untuk mengemaskini maklumat SM2 di Kementerian/Jabatan masing-masing. Sebarang butiran/maklumat mengenai pertukaran kakitangan, pemangkuan, penanggungan kerja, pertukaran jawatan, cuti belajar, cuti tanpa gaji, persaraan, perletakan jawatan, kematian, nama jawatan, gred, tarikh pergerakan gaji tahunan, mata gaji termasuk peringkat dan tangga gaji serta lain-lain butiran berkaitan dengan perkhidmatan akan secara langsung memberi kesan kepada pembayaran gaji Anggota Perkhidmatan Awam. Maklumat SM2 yang tidak tepat boleh mengakibatkan saraan lebih atau kurang dibayar atau data anggota berkenaan akan terkeluar daripada Sistem Gaji Pusat dan kemungkinan gaji tidak dapat dibayar tepat pada tarikh pembayaran saraan.

6.6 Untuk mengelak baucar bayaran Ganjaran Kontrak daripada ditegur, sila pastikan Pelarasan Kenaikan Gaji 10% Sistem Saraan Baru (SSB) yang berkuatkuasa pada 01.01.2000 dan Pelarasan Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa pada 01.11.2002 dan Pelarasan Gaji yang berkuatkuasa pada 01.07.2007 telah dibuat dengan tepat dan teratur.

Page 5: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

- 5 -

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010

7. TARIKH AKHIR PENERIMAAN/PENGHANTARAN BAUCAR BAYARAN BERASINGAN BERKAITAN DENGAN BAYARAN SARAAN TAHUN 2010

7.1 Bagi membolehkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri menghantar Penyata Cukai Pendapatan Tahunan (C.P. 8c) bagi maksud bayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri pada awal tahun 2011, Jabatan Bendahari Negeri akan mengeluarkan Penyata Cukai Pendapatan Tahunan (C.P. 8c) tahun 2010 pada atau sebelum 14 Januari 2011. Oleh itu, semua baucar bayaran berasingan berkaitan saraan yang dibayar daripada peruntukan tahun 2010 hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Bendahari Negeri pada atau sebelum 10 Disember 2010 kecuali baucar bayaran saraan harian.

7.2 Jabatan Mengakuan Sendiri (JMS) juga hendaklah memastikan Penyata Cukai Pendapatan Tahunan untuk tahun 2010 dikeluarkan sebelum atau pada 14 Januari 2011.

8. PENUTUP

Sekiranya terdapat kemusykilan dalam pelaksanaan pekeliling ini, sila berhubung terus dengan Seksyen Gaji Dan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri melalui nombor telefon 088 272000 atau 088 255628 untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut.

Sekian dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH CEKAP DAN AMANAH”

(CHUI NGET NGO)Bendahari Negeri

BB/ACA/17/09/2010

s.k PengarahJabatan Kerja RayaJalan SembulanPeti Surat 12888592 KOTA KINABALU

(u.p: Ketua Akauntan)

Page 6: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

- 6 -

Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010

s.k PengarahJabatan PertanianWisma Pertanian88632 KOTA KINABALU

(u.p: Ketua Akauntan)

s.k PengarahJabatan PerhutananBeg Berkunci 8890009 SANDAKAN

(u.p: Ketua Akauntan)

s.k. PengarahJabatan Tanah Dan UkurBeg Berkunci 204488576 KOTA KINABALU

(u.p: Ketua Akauntan)

s.k: PengarahJabatan Perkhidmatan Komputer NegeriTingkat 1, Blok AWisma Kewangan88999 KOTA KINABALU

(u.p: Cik Cecilia Chang

Puan Chia Pit Hah

Cik Elizabeth Tai

Puan Rafidah Ali Hassan

Encik David Augustine)

Page 7: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

LAMPIRAN AJADUAL PEMBAYARAN SARAAN BULANAN BAGI TAHUN 2011

TAHUN2011

TARIKH PEMBAYARAN GAJI

ANGGOTA PERKHIDMATAN

AWAM, ANGGOTA PENTADBIRAN DAN

ADUN SERTA PENCEN PESARA

ANGGOTA PENTADBIRAN DAN

ADUN

TARIKH PEMBAYARAN ELAUN TETAP

BULANAN KETUA-KETUA MASYARAKAT

(PHEANS)

TARIKH PEM-

BAYARANBAUCAR BAYARAN

BER-ASINGAN

HARI CUTI PERAYAAN

BULAN TARIKH HARI TARIKH HARI TARIKH HARI CATATAN

JANUARI 25.01.2011 SELASA 09.02.11 RABU 31.01.11 01.01.2011 SABTU TAHUN BARU (*)

FEBRUARI 25.02.2011 JUMAAT 07.03.11 ISNIN 28.02.11 03.02.11 – 04.02.1115.02.11

KHAMIS & JUMAAT

SELASATAHUN BARU CINA (**) &

HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W (**)

MAC 25.03.2011 JUMAAT

07.04.11 KHAMIS 31.03.11

APRIL 25.04.2011 ISNIN 09.05.11 ISNIN 29.04.11 22.04.11

JUMAAT GOOD FRIDAY (*)

MEI 25.05.2011 RABU 07.06.11 SELASA 27.05.11 01.05.1117.05.11

30.05.11-31.05.11

AHADSELASA

ISNIN & SELASA

HARI PEKERJA (**)HARI WESAK (**)

PESTA KAAMATAN (PESTA MENUAI) (*)

JUN 24.06.2011 JUMAAT 07.07.11 KHAMIS 30.06.11 04.06.11 SABTU HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YG DIPERTUAN AGONG (**)

JULAI 25.07.2011 ISNIN 05.08.11 JUMAAT 29.07.11

OGOS 19.08.2011 JUMAAT 08.09.11 KHAMIS 29.08.11 30.08.11-31.08.1131.08.11

SELASA & RABURABU

HARI RAYA PUASA (2 hari) (**)HARI KEBANGSAAN (**)

SEPTEMBER 23.09.2011 JUMAAT 07.10.11 JUMAAT 30.09.11 16.09.11

JUMAAT HARI MALAYSIA (**)

OKTOBER 21.10.2011 JUMAAT 08.11.11 SELASA 31.10.11 01.10.11

26.10.11

SABTU

RABU

HARI JADI T.Y.T YG DIPERTUA NEGERI SABAH (*)

HARI DEEPAVALI (**)

NOVEMBER 25.11.2011 JUMAAT 07.12.11 RABU 30.11.11 06.11.11 27.11.11

AHAD AHAD

HARI RAYA QURBAN (**) AWAL MUHARAM (Maal Hijrah) 1433

Hijrah (**)

DISEMBER 16.12.2011 JUMAAT 09.01.12 ISNIN 30.12.11 25.12.11 AHAD

HARI KRISMAS (**)

• Hari Kelepasan Am Negeri (*)• Hari Kelepasan Persekutuan Tertakluk Kepada Perubahan (**)

Page 8: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

LAMPIRAN B

JADUAL PENGHANTARAN INPUT PERUBAHAN/PENGEMASKINIAN SARAAN BULANAN (GAJI) TERMASUK SISTEM E-PAY A3 BAGI TAHUN 2011

INPUT PERUBAHAN/ PENGEMASKINIAN GAJI /POTONGAN BULANAN

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN INPUT PERUBAHAN/ PENGEMASKINIAN GAJI BULANAN/TUNGGAKAN

TARIKH HARI

JANUARI 19 NOVEMBER 2010 JUMAAT

FEBRUARI 29 DISEMBER 2010 RABU

MAC 27 JANUARI 2011 KHAMIS

APRIL 01 MAC 2011 SELASA

MEI 29 MAC 2011 SELASA

JUN 27 APRIL 2011 RABU

JULAI 27 MEI 2011 JUMAAT

OGOS 29 JUN 2011 RABU

SEPTEMBER 26 JULAI 2011 SELASA

OKTOBER 24 OGOS 2011 RABU

NOVEMBER 27 SEPTEMBER 2011 SELASA

DISEMBER 31 OKTOBER 2011 ISNIN

Page 9: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

LAMPIRAN C

JADUAL PENGHANTARAN / PENERIMAAN BORANG-BORANG INPUT PENGEMASKINIAN ELAUN / POTONGAN BAGI BAYARAN ELAUN TETAP BULANAN KETUA-KETUA MASYARAKAT (PHEANS) UNTUK TAHUN 2011

BULAN TARIKH HARI

JANUARI 03 JANUARI 2011 ISNIN

FEBRUARI 01 FEBRUARI 2011 SELASA

MAC 01 MAC 2011 SELASA

APRIL 01 APRIL 2011 JUMAAT

MEI 03 MEI 2011 SELASA

JUN 01 JUN 2011 RABU

JULAI 01 JULAI 2011 JUMAAT

OGOS 01 OGOS 2011 ISNIN

SEPTEMBER 05 SEPTEMBER 2011 ISNIN

OKTOBER 03 OKTOBER 2011 ISNIN

NOVEMBER 01 NOVEMBER 2011 SELASA

DISEMBER 01 DISEMBER 2011 KHAMIS

Page 10: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

LAMPIRAN D

JADUAL PENGHANTARAN INPUT PERUBAHAN/PENGEMASKINIAN PENCEN BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH/BAHAGIAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN, JKM (BAHAGIAN KABINET DAN DASAR) UNTUK TAHUN 2011

INPUT PERUBAHAN/ PENGEMASKINIAN PENCEN

/POTONGAN BULANAN

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN INPUT PERUBAHAN/ PENGEMASKINIAN PENCEN BULANAN/TUNGGAKAN

TARIKH HARI

JANUARI 03 JANUARI 2011 ISNIN

FEBRUARI 07 FEBRUARI 2011 ISNIN

MAC 04 MAC 2011 JUMAAT

APRIL 04 APRIL 2011 ISNIN

MEI 05 MEI 2011 KHAMIS

JUN 03 JUN 2011 JUMAAT

JULAI 04 JULAI 2011 ISNIN

OGOS 02 OGOS 2011 SELASA

SEPTEMBER 05 SEPTEMBER 2011 ISNIN

OKTOBER 03 OKTOBER 2011 ISNIN

NOVEMBER 04 NOVEMBER 2011 JUMAAT

DISEMBER 25 NOVEMBER 2011 JUMAAT

Page 11: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian

LAMPIRAN E

KOD TUNGGAKAN GAJI

KOD SENGKATAN PERKARA OBJEK

601 TUNGAKAN0 TUNGGAKAN SARAAN TAHUN SEMASA 11601

603 T-KERAIAN0 TUNGGAKAN IMBUHAN KERAIAN TAHUN SEMASA 12603

605 G.CUTI0 GANTIAN CUTI KEPADA WANG TUNAI TAHUN SEMASA 13199

611 TUNGGAKAN1 TUNGGAKAN SARAAN 1 TAHUN LEPAS 11601

612 T-KWSP(M)1 TUNGGAKAN KWSP KERAJAAN 1 TAHUN LEPAS 13601

613 T-KERAIAN1 TUNGGAKAN IMBUHAN KERAIAN 1 TAHUN LEPAS 12603

615 G.CUTI1 GANTIAN CUTI KEPADA WANG TUNAI 1 TAHUN LEPAS 13199

616 TKHAS-PKU1 TUNGGAKAN KHAS MEMANGKU 1 TAHUN LEPAS 11601

617 TKRAI-PKU1 TUNGGAKAN KHAS KERAIAN PKU 1 TAHUN LEPAS 12604

619 LM/TAWARAN TUNGGAKAN TAWARAN & LEBIHMASA 1 TAHUN LEPAS 14601

621 TUNGGAKAN2 TUNGGAKAN SARAAN 2 TAHUN LEPAS 11601

622 T-KWSP(M)2 TUNGGAKAN KWSP KERAJAAN 2 TAHUN LEPAS 13601

623 T-KERAIAN2 TUNGGAKAN IMBUHAN KERAIAN 2 TAHUN LEPAS 12603

625 G.CUTI2 GANTIAN CUTI KEPADA WANG TUNAI 2 TAHUN LEPAS 13199

626 TKHAS-PKU2 TUNGGAKAN KHAS MEMANGKU 2 TAHUN LEPAS 11601

627 TKRAI-PKU2 TUNGGAKAN KHAS KERAIAN PKU 2 TAHUN LEPAS 12604

631 TUNGGAKAN3 TUNGGAKAN SARAAN 3 TAHUN LEPAS 11601

632 T-KWSP(M)3 TUNGGAKAN KWSP KERAJAAN 3 TAHUN LEPAS 13601

633 T-KERAIAN3 TUNGGAKAN IMBUHAN KERAIAN 3 TAHUN LEPAS 12603

635 G.CUTI3 GANTIAN CUTI KEPADA WANG TUNAI 3 TAHUN LEPAS 13199

636 TKHAS-PKU3 TUNGGAKAN KHAS MEMANGKU 3 TAHUN LEPAS 11601

637 TKRAI-PKU3 TUNGGAKAN KHAS KERAIAN PKU 3 TAHUN LEPAS 12604

641 TUNGGAKAN4 TUNGGAKAN SARAAN 4 TAHUN LEPAS 11601

642 T-KWSP(M)4 TUNGGAKAN KWSP KERAJAAN 4 TAHUN LEPAS 13601

643 T-KERAIAN4 TUNGGAKAN IMBUHAN KERAIAN 4 TAHUN LEPAS 12603

645 G.CUTI4 GANTIAN CUTI KEPADA WANG TUNAI 4 TAHUN LEPAS 13199

646 TKHAS-PKU4 TUNGGAKAN KHAS MEMANGKU 4 TAHUN LEPAS 11601

647 TKRAI-PKU4 TUNGGAKAN KHAS KERAIAN PKU 4 TAHUN LEPAS 12604

651 TUNGGAKAN5 TUNGGAKAN SARAAN 5 TAHUN LEPAS/LEBIH 11601

652 T-KWSP(M)5 TUNGGAKAN KWSP KERAJAAN 5 TAHUN LEPAS/LEBIH 13601

653 T-KERAIAN5 TUNGGAKAN IMBUHAN KERAIAN 5 TAHUN LEPAS 12603

655 G.CUTI5 GANTIAN CUTI KEPADA WANG TUNAI 5 TAHUN LEPAS 13199

656 TKHAS-PKU5 TUNGGAKAN KHAS MEMANGKU 5 TAHUN LEPAS 11601

657 TKRAI-PKU5 TUNGGAKAN KHAS KERAIAN PKU 5 TAHUN LEPAS 12604

745 B.SARAAN-1 BAYARAN BALIK SARAAN 1 TAHUN LEPAS 77104

746 B.SARAAN-2 BAYARAN BALIK SARAAN 2 TAHUN LEPAS 77104

747 B.SARAAN-3 BAYARAN BALIK SARAAN 3 TAHUN LEPAS 77104

748 B.SARAAN-4 BAYARAN BALIK SARAAN 4 TAHUN LEPAS 77104

749 B.SARAAN-5 BAYARAN BALIK SARAAN 5 TAHUN LEPAS 77104

918 T-POTKWSP1 PENGURUS KWSP, KOTA KINABALU 0

928 T-POTKWSP2 PENGURUS KWSP, KOTA KINABALU 0

938 T-POTKWSP3 PENGURUS KWSP, KOTA KINABALU 0

948 T-POTKWSP4 PENGURUS KWSP, KOTA KINABALU 0

958 T-POTKWSP5 PENGURUS KWSP, KOTA KINABALU 0

Page 12: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … 2 - Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bilangan 12 Tahun 2010 22 September 2010 2.4 Jadual Penghantaran Input Perubahan/Pengemaskinian