53

KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

  • Upload
    vannga

  • View
    223

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL
Page 2: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL
Page 3: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

KERJASAMA SEMUA PIHAK MENJAYAKANICAKL 2017

SIDANG PENGARANG

PresidenDato’ Abdul Fattah Abdullah

Timbalan PresidenHaji Mutadho Bahri

Naib PresidenDatuk Haji Mohamad Ali HasanDato’ Haji Kamarudin Haji IsmailHaji Mohamad Azmi OmaruddinDr. Mohd. Azlan Yahya

Panel Penasihat EditorialDato’ Haji A. Aziz DeramanDr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanHaji Nasir Khan Yahaya

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Haji Borhan Mat Aris

Pengurus Unit Media dan DokumentasiMohd Zakuan Azmi

Penolong PengarangNor Azah Abd. AzizWan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka GrafikSalmah Soohaime @ Suhaimi

Pemberita / JurugambarRahmat Mohd. Did

Pruf Dan RekaletakHaji Anuar IsmailDatin Hajah Fauziah Zainal

Pengedaran Unit Media dan DokumentasiBahagian Komunikasi Korporat

Melalui usaha gigih dengan penuh iltizam oleh ANGKASA dalam menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL 2017) telah membuahkan hasil

yang sangat baik apabila persidangan yang berlangsung bermula 14 – 17 November 2017 telah berjaya dikendalikan menurut segala perancangan.

Perhimpunan para pemimpin koperasi 105 negara dari seluruh dunia di Malaysia tentu sekali meninggalkan kesan yang baik kepada pemimpin koperasi setempat kerana gerakan koperasi dunia turut melihat perkembangan dan kemampuan koperasi di Malaysia khususnya ANGKASA yang mengendalikan acara ini. Kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan acara ini telah dapat diterjemah dengan begitu baik dan ICAKL 2017 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Rata-rata para perwakilan yang ditemui memberikan penghargaan atas usaha yang dijalankan lebih-lebih lagi layanan mesra kepada delegasi sebaik mereka melangkah kaki di KLIA sehingga selesai acara.

Bagi ANGKASA kehadiran para delegasi ini perlu diberi layanan mesra agar mereka boleh menceritakan pengalaman ini kepada kaum keluarga dan sahabat handai apabila pulang ke negara mereka. Tentunya harapan kita semua supaya mereka dapat mencetuskan minat para koperator yang mereka pimpin untuk datang berkunjung ke Malaysia. Usaha ini juga tentunya boleh membawa pulangan kepada Malaysia.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah turut melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan kerajaan Malaysia kerana memberi sepenuh sokongan kepada ANGKASA dalam mengendalikan acara ini. Begitu juga terima kasih diucapkan kepada Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang sama-sama memberikan sepenuh sokongan kepada ANGKASA.

Lebih jauh daripada itu, MACCOPS anjuran ANGKASA turut mendapat perhatian para delegasi luar negara. Pameran produk dan perkhidmatan koperasi Malaysia ini turut membuka peluang kepada koperasi untuk memasarkan produk mereka ke luar negara.

Semoga kita semua dapat terus bersemangat serta berusaha dalam melonjakkan pencapaian koperasi Malaysia agar lebih banyak kejayaan dapat kita capai pada masa hadapan.

Selamat Tahun Baru 2018.

Sidang Pengarang

Oleh : Haji Borhan Mat Aris

1Disember 2017 PELANCAR

Page 4: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

Sesi ‘Opening Plenary’

10 PELANCAR Disember 2017

Oleh : MohD Zakuan aZMiICAKL 2017

Menerusi ucapan yang disampaikan, beliau memberi tumpuan terhadap sudut pandangan ekonomi global merangkumi cabaran ekonomi, sosial dan alam sekitar selain melihat bagaimana koperasi berupaya menangani cabaran-cabaran tersebut sekaligus dapat membantu mengatasi paras kemiskinan masyarakat.

Kenyataan beliau juga turut disokong oleh carta aliran dan graf-graf perbandingan yang menjelaskan secara lebih terperinci tentang gambaran sosioekonomi khususnya di Asia selain perbincangan terhadap keupayaan koperasi dalam memberi sumbangan terhadap cabaran ekonomi, sosial dan persekitaran.

iCakL 2017 membuka lembaran persidangan global menerusi sesi ‘Opening Plenary’ oleh pakar ekonomi dan ahli kepada Forum Ekonomi Dunia dari united kingdom yang dijemput khas, Dr. Linda Yueh.

BAGAIMANA KOPERASI DAPAT BANTU MENGATASI KEMISKINAN

» Bergambar selepas selesai sesi ‘Opening Plenary’. Dari kiri, Dato’ abdul Fattah, Dr. Linda Yueh, Monique F. Leroux dan Charles Gould

» Dr. Linda Yueh

» Presiden iCa, Monique F. Leroux dan Dr. Linda Yueh semasa sesi soal jawab

Page 5: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

11Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Wan aDlina Wan ab. azizICAKL 2017

Penglibatan Malaysia khususnya ANGKASA dalam Sektor Perumahan Koperasi di peringkat antarabangsa membuktikan pembangunan dan kemajuan Sektor Hartanah dan Industri Binaan yang digerakkan dalam Gerakan Koperasi di Malaysia semakin maju dan diiktiraf.

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Hartanah dan Pembangunan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyatakan bahawa mesyuarat ini adalah yang ketiga disertainya selepas dilantik menjadi Anggota Lembaga CHI pada ICA Global Conference & General Assembly di Antalya, Turki pada November 2015 lalu.

Menurut beliau, dua mesyuarat terdahulu iaitu Mesyuarat Lembaga ICA CHI di Berlin, Jerman pada Mei 2016 membentangkan kertas kerja “Co-operative

MESYUARAT LEMBAGA JAWATANKUASA STATUTORI ICA CO-OPERATIVE HOUSING INTERNATIONAL (CHI)

Housing In Malaysia” dan International Summit Of Co-operatives, Quebec City, Kanada pada Oktober 2016.

Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Presidennya, Nicholas Gazzard. Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Naib Presiden CHI, Guido Schwarzendahli; Bendahari CHI, Anders Lago serta anggota lembaga lain yang membincangkan mengenai beberapa agenda penting temasuk laporan kewangan, aktiviti, kejayaan dan pencapaian, status keahlian, sumbangan ahli terhadap serktor hartanah dan perkara berkaitan.

Sidang mesyuarat turut membincangkan pelan perancangan strategik masa depan yang merangkumi program-program melibatkan seminar, bengkel serta simposium dalam usaha memberikan impak yang signifikan ke arah memperkasakan sektor koperasi perumahan di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Co-operative Housing International Plenary yang berlangsung sempena ICAKL 2017 telah membincangkan bagaimana hubungan antara kerajaan dan koperasi dapat dipertingkatkan seterusnya mempengaruhi polisi-polisi dan dasar kerajaan terhadap gerakan koperasi.

Menerusi pertemuan yang dipengerusikan oleh Presiden of Co-operative Housing International (CHI), Nicholas Gazzard, perwakilan dapat melihat dan berkongsi strategi serta pendekatan dijalankan oleh negara-negara seperti Malaysia, Kanada, Amerika Syarikat, German, Poland dan negara-negara anggota ICA yang lain.

Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut terlibat dalam sesi tersebut.

CICOPA 70th Anniversary Workshop And General Assembly

Oleh : Rahmat mohD DiD

nicholas GazzaRD

Page 6: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

12 PELANCAR Disember 2017

Oleh : Wan aDlina Wan ab. azizICAKL 2017

Sidang pertemuan itu memberi peluang kepada wakil-wakil dari seluruh dunia itu untuk mengemukakan idea, pendapat dan berkongsi pengalaman dalam pembangunan sosial koperasi negara masing-masing khususnya dalam bidang industri dan perkhidmatan koperasi.

Perbincangan turut berkisar mengenai pelan kerja jangka panjang tahun 2018 serta pembentangan mengenai perkembangan dan kemajuan koperasi dalam industri dan perkhidmatan serta keahlian CICOPA yang dikendalikan oleh Secretary General CICOPA, Bruno Roelants.

BINCANG PEMBANGUNAN SOSIAL KOPERASI DUNIA

CICOPA 70th Anniversary Workshop And General Assembly

ICAKL 2017 juga menyaksikan kolaborasi antara CICOPA dan The International Health Co-operative Organisation (IHCO) dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada anggota ke arah memastikan ekosistem pembangunan sosial dan kesihatan dalam sektor koperasi terjamin.

Koloborasi yang bakal digerakkan kedua-dua organisasi sektoral ICA tersebut menjadi agenda utama dibincangkan dalam CICOPA & IHCO Joint Board Meeting.

Mesyuarat tersebut yang dikendalikan oleh Presiden CICOPA iaitu Manuel Mariscal dan Naib Presiden IHCO iaitu Carlos Zarco bertindak dalam mengenal pasti formula terbaik dalam menjalinkan kerjasama kedua-dua pihak menerusi pelbagai sektor merangkumi perkhidmatan sosial, kualiti kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan sektor industri.

Antara agenda lain yang dibincangkan ialah penerangan mengenai organisasi, projek yang dijalankan dan kepentingan kedua-dua sektor dalam pembangunan serta kemajuan sektor koperasi dunia.

CICOPA & IHCO Joint Board Meeting

Seramai 40 wakil dari beberapa negara menghadiri The International Organisation Of Industrial And Service Co-operative (CICOPA) 70th Anniversarry Workshop And General Assembly.

Page 7: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

» Ahli Jawatankuasa ICUC

» Dr. Mohd Azlan YahyaPengerusi ICUC

» Maita Shinici

» Mesyuarat Tahunan Ke-9 ICUC

» Global Workshop on University/Campus Co-operatives

13Disember 2017 PELANCAR

Oleh : RAHMAT MOHD DIDICAKL 2017

Naib Presiden ANGKASA yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa ICUC, Dr. Mohd Azlan Yahya telah mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh wakil-wakil institusi pengajian tinggi dari beberapa buah negara anggota ICA.

Sementara itu program Global Workshop on University/ Campus Co-operative disertai lebih

100 peserta dari dalam dan luar negara. Fokus bengkel adalah untuk membincangkan tentang hala tuju koperasi siswa di peringkat kampus dan universiti dalam usaha menjadikan siswa sebagai pemangkin koperasi yang bakal melestarikan gerakan koperasi di masa hadapan.

Bengkel tersebut dipengerusikan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi ICUC, Dr. Mohd Azlan Yahya. Turut serta di dalam bengkel tersebut ialah Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif National Federation of University Co-operative Association of Japan, Maita Shinici.

‘ICA Committee on Universiti/Campus Cooperatives for Asia and Pacific’ atau ICUC telah mengadakan Mesyuarat Tahunan Ke-9 pada 12 November 2017. Mesyuarat tersebut berkisar tentang perbincangan hala tuju dan perkara berkaitan perundangan selain mencari peluang-peluang kerjasama dan aktiviti yang boleh dijalin.

ICUC TERUS DIPERKASA

Page 8: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

14 PELANCAR Disember 2017

Oleh : Wan aDlina Wan ab. aziz ICAKL 2017

Bengkel yang dikendalikan oleh International Development Director, Mr Marc Noel itu menarik perhatian perwakilan untuk bersama-sama mencerna idea bernas bagi merangka pelan tindakan pembangunan koperasi di peringkat global.

Satu sesi bengkel bagi membincangkan pelan pembangunan koperasi di peringkat antarabangsa berlangsung dan dihadiri perwakilan International Co-operative Development (ICDP) ICA.

Menerusi Sesi Fokus Berkumpulan yang bertajuk ‘What is the Alliances Member Value’, tiga kumpulan peserta dari serata negara telah mengambil bahagian. Menerusinya, peserta dapat berkongsi pengalaman dan

membincangkan cara serta kaedah terbaik untuk meningkatkan nilai-nilai koperasi yang sedia ada.

Anggota juga dialu-alukan untuk mengemukakan idea dan aspek-aspek yang mereka perlukan supaya jumlah penyertaan koperasi dan anggota dalam ICA dapat ditingkatkan.

Kumpulan peserta terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu apeks, pertubuhan sektor, koperasi dan institusi sokongan. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA iaitu Datuk Haji Ibrahim Haji Abdullah dan Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh.

Page 9: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

15Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Wan aDlina Wan ab. azizFoto : aizal azizan Sajari

ICAKL 2017

Mesyuarat tersebut telah membentangkan laporan Nepal Youth 2017 Karachi Co-operative Housing Societies Union Ltd. yang membicarakan tentang perkembangan, inisiatif, pencapaian dan hala tuju dalam usaha mempertingkatkan mutu penyertaan dan sumbangan terhadap sektor koperasi perumahan khususnya melibatkan penyertaan koperator belia di Nepal.

Menerusi mesyuarat itu juga, ahli-ahli ICYC berpeluang untuk membentangkan pencapaian dan kejayaan koperasi masing-masing sekaligus menjadi platform terbaik dalam mengenengahkan perspektif idea serta berkongsi pengalaman dalam aktiviti yang telah dijalankan.

Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang turut terlibat dalam mesyuarat

tersebut berkata, penglibatan golongan belia dalam gerakan koperasi melalui pendidikan, aktiviti dan sokongan berterusan dilihat mampu mewujudkan sebuah persekitaran koperasi yang lebih kondusif di samping menjadi platform terbaik dalam mengenengahkan perspektif idea dan berkongsi pengalaman koperator muda untuk kemajuan sejagat.

Alliances Youth Network yang diwujudkan pada 2013 berperanan sebagai platform buat koperator belia dari pelbagai negara untuk menyuarakan pendapat; menjalinkan kerjasama; berkongsi pengalaman serta idea dalam menyediakan persekitaran terbaik di samping membolehkan koperator muda mempelajari serta memajukan pergerakan koperasi di negara masing-masing.

11th Annual Meeting Of ICYC (Youth) menyaksikan kehadiran sekumpulan wakil koperator belia ‘The ICA-AP Committee On Youth Co-operation (ICYC)’ yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi ICYC-Asia Pacific merangkap Ahli Lembaga Eksekutif, Alliance Youth Network, Mr. Ahsan Ali Thakur.

PERANAN KOPERASI BELIA DIIKTIRAF

» ahli-ahli iCYC yang

menghadiri 11th annual Meeting Of

iCYC (Youth)

Page 10: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

16 PELANCAR Disember 2017

» Dato’ Abdul Fattah mengucapkan tahniah sejurus selepas nama Dato’ Haji Kamarudin diumum sebagai salah seorang calon yang berjaya terpilih sebagai Ahli Lembaga ICA

DAto’ HAjI KAmAruDIn IsmAILNaib Presiden ANGKASA

Kemenangan ini merupakan pencapaian terbaik ANGKASA di persada gerakan koperasi dunia apabila ia menyaksikan pemilihan calon ANGKASA di pentas antarabangsa.

Sebelum ini, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah memenangi jawatan Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA-AP) dan Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya yang pada ketika itu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Universiti / Kampus ICA-AP yang berlangsung pada Persidangan ICA-AP Kali Ke-12 di New Delhi, India pada 2016. Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dipilih sebagai Anggota Lembaga Pengarah Sektor Perumahan Koperasi Dunia pada Persidangan Global 2015 di Antalya, Turki.

Menerusi pemilihan berkenaan, Dato’ Haji Kamarudin menerima undian sebanyak 461 daripada 691 perwakilan koperasi seluruh dunia sekali gus membuktikan penerimaan dunia terhadap kemampuan calon dari Malaysia untuk memberi sumbangan berkesan kepada gerakan koperasi di persada antarabangsa.

Dato’ Haji Kamarudin melahirkan rasa syukur di atas kemenangan tersebut dan berharap dapat membantu menjadi platform terbaik kepada Malaysia untuk memperjuangkan dan menyuarakan pandangan serta idea dalam pembangunan koperasi global.

“Ini merupakan medan terbaik untuk Malaysia menyuarakan pandangan di arena antarabangsa sekaligus membuka jaringan perdagangan yang lebih besar di peringkat global,” katanya.

Dato’ Haji Kamarudin mengharapkan agar lebih banyak produk koperasi dapat diketengahkan bagi menembusi pasaran antarabangsa seperti di Eropah, Afrika dan Amerika Syarikat di samping dapat mewujudkan kerjasama antara koperasi tempatan dan koperasi peringkat dunia.

Selain itu, beliau menyatakan pembangunan Koperasi Sekolah akan terus menjadi agenda utama yang bakal dikongsikan dalam kalangan negara anggota ICA. Katanya, pengalaman kejayaan dan pencapaian koperasi sekolah akan terus diketengahkan ke peringkat antarabangsa dan dijadikan sebagai sumber rujukan kepada negara yang berminat selain mengenengahkan isu-isu semasa koperasi dalam negara dan rantau Asia.

Page 11: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

17Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Wan aDlina Wan aB. aziz

Penganjuran ICAKL 2017 berjaya menghimpunkan pemimpin koperasi ahli ICA Global di peringkat antarabangsa dari seluruh dunia berkumpul bagi membincangkan isu berkaitan tema persidangan. Pertemuan ini juga menjadi platform terbaik buat delegasi untuk mengenengahkan saranan, cadangan dan bertukar-tukar idea untuk kepentingan dan pembangunan sektor koperasi dunia dari pelbagai aspek.

Pengisian yang sarat dengan suasana interaktif dalam menimba ilmu pengetahuan; pengalaman praktikal dan kemahiran melalui slot yang disediakan sepanjang persidangan. Penyertaan peserta dalam sesi bengkel Pembelajaran (Learn); Penerokaan (Explore); Experimentasi (Eksperiment) dan Rangkaian (Networking) yang ditawarkan ini memberi manfaat berguna ke arah pembangunan dan kemajuan koperasi dunia.

Menariknya ICAKL 2017 ini ialah delegasi turut didedahkan dengan keistimewaan dan keunikan yang terdapat di Malaysia sebagai sebuah produk destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati. Selain itu, pengisian program seperti “Truly Asia” yang ditawarkan memberi peluang kami menikmati kelazatan buah-buahan tempatan Malaysia.

Semangat berkoperasi dapat ditonjolkan melalui perhimpunan ini yang menjadi simbol kepada penyatuan semua koperator seluruh dunia. Semangat ini mampu menterjemahkan nilai-nilai koperasi berasaskan demokrasi; kesamaan; kesaksamaan atau keadilan; perpaduan; kesetiaan dan lain-lain serta prinsip-prinsip koperasi.

Karnival Produk & Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) bersempena penganjuran ICAKL 2017 ini memberi peluang kepada delegasi luar untuk melihat dan mencuba kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi di Malaysia. Usaha ini sangat baik ke arah membuka ruang kepada koperasi tempatan untuk mengenengahkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas melalui faedah rangkaian koperasi tempatan dan antarabangsa.

Tahniah dan syabas kepada ANGKASA di atas kejayaan penganjuran ICAKL 2017. Pelbagai agenda penting yang dibincangkan sepanjang persidangan tersebut memerlukan kesinambungan secara berterusan oleh perwakilan yang terlibat. Ia bagi memastikan apa yang telah diketengahkan itu dapat direalisasikan khususnya dalam aspek pembangunan modal insan koperasi.

Page 12: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

18 PELANCAR Disember 2017

Oleh : Wan aDlina Wan ab. aziz

» naib Presiden anGKaSa, Dr. Mohd azlan Yahya mewakili Malaysia

ANGKASA mengambil kesempatan di atas penyertaan mereka dalam General Assembly Consumer Co-operatives Worldwide (CCW) dengan mempromosi ‘100 Products Champion’.

Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin berkata, produk-produk yang terlibat dalam kumpulkan ‘100 Products Champion’ turut diketengahkan oleh ANGKASA menerusi Karnival Produk Dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS 2017) yang berlangsung serentak dengan ICAKL 2017.

CCW merupakan sektor di dalam ICA yang memiliki kekuatan tersendiri dengan keanggotaan di seluruh dunia seramai 75 juta di samping 25 buah

pertubuhan koperasi pengguna kebangsaan.Terdahulu, ‘51st Meeting Of The ICA Committee

On Consumer Co-operation For Asia And The Pacific’ telah diadakan dan dipengerusikan oleh Department Manager Of Japanese Consumers Co-operative Union (JCCU), Mr. Amano Haruyoshi melibatkan penyertaan beberapa buah negara termasuk Korea, Sri Lanka, Indonesia, India dan Filipina.

Turut sama dalam sesi tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omarudin.

Dalam sesi ‘The Enabling Environment For Cooperatives, Where Are We Now’ mengetengahkan lapan jurucakap dari negara berbeza. Seramai 130 peserta mengambil bahagian termasuk Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah dan Haji Mohd Zahidi Haji Husain.

Menerusi sesi tersebut, anggota panel berkongsi ilmu dari aspek undang-undang koperasi melalui perbincangan, analisis dan pembentangan hasil penyelidikan ‘legal frameworks’ di negara masing-masing.

Oleh : nor azah abD. aziz

18 PELANCAR Disember 2017

Page 13: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

19Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Rahmat mohD DiDICAKL 2017

‘Co-op to Co-op Trade’: TAKING EXISTING ACHIEVEMENT TO SCALE

Sementara itu menerusi sesi perbentangan yang bertajuk ‘Building Development Partnerships for the Future We Want’, memberi fokus kepada dua bahagian.

Pada sebelah pagi, sesi yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, National Co-operative Business Association, Amy Coughenour Betancourt telah memfokuskan tentang kepentingan kerjasama antara koperasi (C2C) dalam mendepani cabaran dunia global seterusnya melestarikan gerakan koperasi ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, sesi tersebut juga membincangkan kepentingan kerjasama antara koperasi dengan syarikat-syarikat swasta dan pihak kerajaan dan bagaimana ia berjaya mengatasi masalah kemiskinan

dalam kalangan masyarakat. Pada sebelah petang pula, peserta berpeluang

melihat dan mendengar sendiri pembentangan dan kajian kes daripada wakil-wakil koperasi yang terlibat secara langsung dengan kerjasama strategik dan telah mengubah nasib masyarakat seperti Secretary General, CESTAR, SG Moto-Taxi Coop Rwanda, Manzi Eric, Member Services Manager, Cooperative Cafe Timor, Marce Soares, General Secretary, KSBSI Indonesia, Eduard Marpaung, Mayor of the Catbalogan City, Philippines, Uy-Tan Stephany dan ramai lagi.

Turut serta ialah Pengerusi JPAN Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Abdullah dan Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh.

Walaupun topik perdagangan Co-op to Co-op (C2C) telah lama diperkatakan, pencapaiannya masih belum menampakkan hasil yang memuaskan.

Laporan ICA pada tahun 2015 menunjukkan bahawa perdagangan dalam sektor pertanian koperasi hanya menyumbang satu peratus dari keseluruhan perolehan sektor pertanian global berbanding 15 peratus perolehan antara koperasi dan bukan koperasi.

Sementara itu, koperasi di seluruh dunia mula membandingkan pencapaian mereka melalui platform media sosial dan e-perniagaan.

Justeru, sesi kali ini membincangkan bagaimana koperasi di negara-negara berbeza dan sektor-sektor berbeza dapat menggunakan platform sedia ada untuk mengembangkan perdagangan C2C.

Dipengerusikan oleh Regional Director, ICA Asia-Pasific, Balu Iyer, sesi ini turut dihadiri Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.

Page 14: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

20 PELANCAR Disember 2017

Oleh : Rahmat mohD DiDICAKL 2017

‘The Collaborative Economy’: WHAT IT IS AND WHY CO-OPS SHOULD CAREPerkembangan pesat dunia digital menyaksikan pelbagai pendekatan digunakan untuk memajukan perniagaan dalam dunia ekonomi global.

Sesi yang dipengerusikan oleh President of La Coop des Communs, France, Nicole Alix membincangkan tentang penerokaan model perniagaan yang diperlukan oleh pengguna dan bagaimana koperasi mampu melestarikan gerakannya.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin.

Masalah Pelarian dan Migrasi Turut Dibincangkan

Migrasi dan pelarian adalah salah satu cabaran terbesar abad ini yang memberi kesan kepada ekonomi, sosial, dan persekitaran.

Menerusi sesi ‘Coop Potential For The Refugee Crisis’ yang dipengerusikan oleh Pengerusi HSB Sweden, Jan Anders Lago, koperator dari pelbagai negara telah bersama-sama duduk bagi membincangkan bagaimana koperasi dapat

berperanan dalam menangani masalah tersebut sekaligus dapat memberikan kehidupan lebih baik kepada para migrasi dan pelarian.

Turut serta dalam sesi tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri dan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, Prof. Datuk Mohd Yusof Kasim.

» timbalan Presiden aNGKaSa, haji mutadho Bahri turut hadir sebagai peserta

Page 15: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

21Disember 2017 PELANCAR

Oleh : MohD Zakuan aZMiICAKL 2017

ANGKASA SEDIA BANTU KOPERASI APEKS MAURITIUS

ANGKASA sedia menawarkan kerjasama kepakaran kepada kerajaan Mauritius dalam usaha untuk membantu memperkasakan sektor koperasi di sana khususnya dalam aspek perdagangan dan tadbir urus koperasi.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika menerima kunjungan Menteri Perniagaan, Perusahaan dan Koperasi Mauritius, Soomilduth Bholeh, telah menyatakan persetujuan untuk memberi bantuan kepakaran kepada 12 pegawai Mauritius termasuk beberapa pengarah koperasi APEKS yang bakal ditempatkan di Malaysia selama dua minggu bagi mengikuti latihan kepakaran oleh ANGKASA.

Menurut beliau, permohonan kerajaan Mauritius itu dianggap sebagai satu penghormatan kepada Malaysia khususnya ANGKASA yang dilihat sebagai contoh terbaik dalam menjalankan peranannya sebagai badan apeks gerakan koperasi negara.

Katanya, kerjasama tersebut juga bakal membuka jalan bagi meluaskan rangkaian pasaran produk khususnya produk makanan halal ke negara tersebut selain dapat merancakkan industri pelancongan koperasi antara kedua buah negara.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan menteri berkenaan semasa menghadiri persidangan ICAKL 2017. Turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri dan Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.

Sementara itu Bholeh yang turut diiringi oleh Pengarah NationalCoop College Mauritius, Gheeanduth Seechuru dan Setiausaha Tetap kepada Kementerian Perniagaan, Perusahaan dan Koperasi Mauritius, Dhanunjaye Gaoneadry berkata, pihaknya yakin dengan kepakaran yang dimiliki oleh ANGKASA bagi membantu dan melatih pegawai-pegawainya dalam usaha untuk memantapkan pengurusan koperasi di negaranya.

Mauritius mempunyai kira-kira 1,200 buah koperasi berdaftar dan menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 50 peratus.

» Dato’ abdul Fattah abdullah dan Soomilduth Bholeh berbincang mengenai peluang kerjasama

Page 16: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

22 PELANCAR Disember 2017

Oleh : Wan aDlina Wan ab. azizICAKL 2017

Seramai 18 delegasi dari pelbagai negara berpeluang mengenal Bank Rakyat secara lebih dekat menerusi lawatan secara langsung ke Menara Bank Rakyat di Kuala Lumpur. Sepanjang sesi lawatan, delegasi diberi penerangan mengenai sejarah dan perkembangan serta kejayaan yang dikecapi Bank Rakyat yang disampaikan oleh Pengurus Perancangan Korporatnya, Mohd Ihsan Musa.

SESI LAWATAN KOPERASI

Seramai lapan Ahli Lembaga National Agricultural Co-operative Federation (NACF) dari Korea Selatan yang diketuai Presidennya telah mengadakan kunjungan ke ladang nenas milik Koperasi Anak-Anak Selangor Berhad (KOSAS) yang bertempat di Banting, Selangor. Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang turut sama mengiringi delegasi tersebut telah disambut oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KOSAS dan diberi penerangan tentang aktiviti penanaman nenas jenis MD2 yang diusahakan oleh KOSAS.

Seramai 23 wakil delegasi ICA dari Turki, India, Singapura, Indonesia dan Filipina menyertai sesi lawatan ke ibu pejabat Land Finance Co-operative Societies Ltd. (NLFCS) di Kuala Lumpur. Kehadiran mereka disambut oleh barisan pegawai dan kakitangan yang diketuai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif NLFCS, N. Kathivesan.

Ahli Lembaga Co-operative Housing International (CHI) ICA telah mengadakan sesi lawatan ke projek pangsapuri Shamelin Star, Taman Shamelin Kuala Lumpur dengan diiringi oleh warga kerja ANGKASA yang diketuai Naib Presiden ANGKASA yang juga merangkap Ahli Lembaga CHI, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Delegasi telah disambut oleh ALK dan diberi taklimat mengenai perkembangan Koperasi Shamelin Berhad oleh Pengerusinya, Haji Md Akib Hashim.

Delegasi ICAKL turut berkesempatan mengunjungi Wisma Koperasi Serbaguna

Iman Malaysia Berhad (KOIMAN).

Page 17: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

23Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Wan aDlina Wan ab. azizICAKL 2017

Sektor koperasi berpotensi besar menjadi juara ekonomi dunia melalui pengamalan konsep “Bussiness Intelligence” iaitu aplikasi dan teknologi yang mengumpul, menyimpan, menganalisa dan menyediakan akses data bagi membantu pengguna dalam kalangan perusahaan atau industri mengambil keputusan yang lebih baik dan tepat.

» Sekumpulan Youth network Members iCa memberi sokongan ketika sesi Plenary : Assessing Our Sector – Growth, Challenges and Achievements

“BUSSINESS INTELLIGENT” DALAM KOPERASI

GianluCa Salvatori

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif European Research Institute On Co-operative And Social Enterprise (Euricse), Itali, Gianluca Salvatori, “Bussiness Intelligence” merupakan pengetahuan yang diperolehi melalui hasil analisa oleh sesebuah organisasi.

Katanya, melalui konsep tersebut, akan dapat membantu sesebuah perusahaan atau industri untuk menganalisa perubahan trend dalam menentukan strategi yang diperlukan.

“Konsep ini menekankan kepada kaedah metodologi melalui penggunaan dan pengumpulan data melibatkan elemen pasaran, pelanggan, produk dan perkhidmatan selain menjadi kunci kejayaan sesebuah perniagaan koperasi.

“Syarikat gergasi teknologi, Apple contohnya telah membuktikan pengamalan “Bussiness Intelligence” yang diaplikasikan dalam perniagaan mereka mampu menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi kehendak ahli dan komuniti,” katanya ketika membuat pembentangan dalam sesi Plenary : Assessing Our Sector – Growth, Challenges and Achievements.

Beliau turut mengajak sektor koperasi supaya menjadi ‘innovator’ dan bukannya ‘follower’ dalam membangunkan ekonomi koperasi dan seterusnya sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan cabaran akan datang.

Gianluca Salvari juga turut memperkatakan tentang World Co-operative Monitor (WCM) iaitu projek yang direka untuk mengumpul data ekonomi, organisasi dan sosial yang mantap mengenai koperasi; organisasi ‘bersama’ dan organisasi bukan koperasi yang dikendalikan oleh koperasi di seluruh dunia. Bagi tujuan itu katanya, International Co-operative Alliance (ICA) dan Euricse telah menerbitkan WCM edisi ke-6 yang melaporkan kedudukan 300 koperasi teratas untuk tahun 2017.

Page 18: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

24 PELANCAR Disember 2017

Oleh : MohD Zakuan aZMiICAKL 2017

SESI ‘CLOSING PLENARY’ BERSAMA DR. GRO HARLEM BRUNDTLAND

Program ICAKL2017 diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri Norway, Dr. Gro Harlem Brundtland yang memenuhi jemputan ICA untuk menyampaikan ucaptama sesi ‘Closing Plenary’ dengan membawa tema ‘Koperasi: Memartabatkan Masyarakat Dalam Arus Pembangunan’.

Ucapan beliau pada sidang ucaptama tersebut telah menterjemahkan koperasi sebagai model perniagaan merujuk kepada nilai dan prinsip yang bertujuan untuk memenuhi keperluan serta aspirasi anggota selain berperanan dalam menangani keperluan serta objektif komuniti setempat.

Dr. Brundtland yang juga dikenali sebagai pemimpin dan aktivis yang giat memperjuangkan soal alam sekitar serta hak asasi manusia itu turut menegaskan bahawa kelestarian koperasi sangat penting dan menjadi salah satu daripada tonggak utama kepada pembangunan gerakan koperasi.

Katanya, kelestarian dalam koperasi juga sangat dituntut bagi meletakkan gerakan koperasi sebagai pembina kemampanan ekonomi, sosial dan alam sekitar menjelang 2020.

Menurut beliau, Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ‘Pembangunan Mapan’ turut mengakui peranan koperasi sebagai menyumbang kepada kemasukan sosial dan pengurangan kemiskinan, khususnya di negara-negara membangun.

Ucapan beliau di dewan utama diakhiri dengan sesi soal jawab sebelum meninggalkan dewan untuk menjayakan sidang media di Pusat Media ICAKL.

» Sebahagian daripada delegasi yang bertanyakan soalan

» Dr. Brundtland turut bergambar bersama Presiden anGkaSa, Dato’ abdul Fattah

» Dr. Brundtland diiringi Monique dalam sesi soal jawab bersama delegasi sejurus selepas sesi ucapan beliau

» Dr. Gro harlem Brundtland

Page 19: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

25Disember 2017 PELANCAR

Oleh : MohD Zakuan aZMiICAKL 2017

Perhimpunan agung ICA telah meninggalkan kenangan penuh bermakna kepada Monique F. Leroux yang secara rasmi menamatkan tugasnya setelah empat tahun menabur bakti selaku Presiden ICA.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika berucap di pentas utama berkata, kepimpinan yang sumbangkan oleh Monique selama empat tahun dalam ICA telah banyak membantu meningkatkan imej gerakan koperasi dan membentuk kelestarian yang berpanjangan khususnya dalam memperjuangkan pembangunan modal insan dan memperkasa peranan generasi muda dalam koperasi.

Katanya, inisiatif dan sokongan yang diberikan oleh delegasi terhadap pelan pembangunan gerakan koperasi menerusi sidang, perkongsian ilmu, taklimat dan mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan sejak 13 November telah berjaya menghasilkan impak yang sangat tinggi untuk masa depan gerakan koperasi.

Dato’ Abdul Fattah juga turut mengambil kesempatan di atas ucapan aluan beliau itu dengan mengalu-alukan kehadiran Presiden ICA yang baru dilantik iaitu Ariel Guarco sambil mengucapkan

terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh seluruh Jawatankuasa ICA yang telah berusaha keras menjayakan majlis penuh bersejarah itu di Kuala Lumpur.

Turut mengiringi beliau di pentas ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri, Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dr. Mohd Azlan Yahya serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

» Monique F. Leroux menyampaikan cenderamata kepada Dato’ abdul Fattah sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama yang telah diberikan oleh anGkaSa selaku hos iCa

» Dato’ abdul Fattah bersama kepimpinan anGkaSa bermesra dengan Monique pada akhir sesi persidangan iCakL 2017

» Bergambar kenangan bersama Monique F. Leroux. Turut sama ialah ketua Pengarah iCa, Charles Gould (paling kanan)

PENGHARGAAN UNTUK MONIQUE F. LEROUX

Page 20: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

» Ariel Guarco ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung ICAKL 2017

» Ahli Lembaga ICA 2017 - 2021 bergambar bersama Monique F. Leroux26 PELANCAR Disember 2017 27Disember 2017 PELANCAR

Oleh : WAn ADLInA WAn Ab. AzIzFoto : AIzAL AzIzAn SAjArI

ICAKL 2017

Ariel Guarco merupakan Presiden The Federation Of Electric And Public Services Co-operatives, Buenos Aires (FEDECOBA) selain turut memegang jawatan sebagai Setiausaha The Inter-Federative Electric Co-operative Confederation Of Argentina (CONAICE) sejak tahun 2008. Pada tahun 2011, beliau dilantik sebagai Presiden Co-operative Confederation of Argentina (COOPERAR) dan memegang peranan tersebut sehingga kini.

Beliau dalam ucapan sulung sempena perlantikan tersebut menyatakan keyakinan bahawa gerakan koperasi mampu membentuk persekitaran global yang lebih baik dan aman menerusi kerjasama erat anggota koperasi di seluruh dunia. Sumbangan kerjasama tersebut katanya perlu hadir menerusi sumbangan sektor dan jaringan mantap yang turut merangkumi hak kesaksamaan gender termasuk penglibatan aktif golongan belia.

Selain mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak di atas pemilihan beliau sebagai Presiden, Ariel Guarco juga turut berazam untuk merealisasikan visi ICA selain berharap agar impak yang terhasil menerusi usaha yang dijalankan mampu memberi pulangan yang sewajarnya.

Perhimpunan Agung pada Persidangan ICA Global (ICAKL 2017) tahun ini sebulat suara memilih Ariel Guarco dari Argentina sebagai Presiden baharu ICA untuk penggal 2017 - 2021 menggantikan Monique F. Leroux.

PRESIDEN ICA YANG BAHARU – ArIeL GuArCo

1. Ariel Guarco (Argentina) Presiden

2. Stanley Charles Muchiri (Afrika) Naib Presiden

3. Ramon Imperial Zuniga (Amerika) Naib Presiden

4. Chunsheng Li (Asia Pasifik) Naib Presiden

5. Jean Loius Bancel (Eropah) Naib Presiden

1. Gregory Wall Capricorn Society Ltd. Australia

2. Onofre Cezario De Souza Filho

Organization Co-operative Brasileiras (OCB)

Brazil

3. Alexandra Wilson Co-operatives and Mutuals Canada (CMC)

Kanada

4. Susan Westhausen Kooperationen Denmark

5. Marjaana Saarikoski SOK Corporation Finland

6. Florence Raineix Coop FR Perancis

7. Aditya Yadav India Farmers Fertilizer Co-operative Limited (IFFCO)

India

8. Carlo Scarzanella Assiciazione Generale Co-operative Italiane (A.G.C.I)

Itali

9. Toru Nakaya JA Zenchu (Central Union Of Agricultural Co-operatives)

Jepun

10. Dato’ Kamarudin Ismail Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

Malaysia

11. Om Devi Malla National Co-operative Federation Of Nepal

Nepal

12. Kok Kwong Kwek Singapore National Co-operative Federation (SNCF)

Singapura

13. Anders Lago HSB Sweden

14. Ben Reid The Midcountries Co-operative United Kingdom

15. Martin Lowery National Rural Electric Co-operative Association (NRECA)

Amerika Syarikat

board Members

1. Kim Byeongwon

International Co-operative Agricultural Organisation (ICAO)

2. Isabelle Ferrand

International Co-operative Banking Association (ICBA)

3. Manuel Mariscal

International Organisation Of Industrial And Service Co-operative (CICOPA)

4. Petar Stefanov

Consumer Co-operatives Worldwide (CCW)

Sectoral organisation representatives

Maria Eugenia Perez Zea

Gender equality Committee

Sebastian Chaillou

Youth representative

ArIeL GuArCo

Page 21: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

28 PELANCAR Disember 2017 29Disember 2017 PELANCAR

Oleh : NADiAh KAmAruDiNICAKL 2017

Media ANGKASA Tema bagi ICA Global Conference and General Assembly pada tahun ini adalah ‘Koperasi: Memartabatkan Masyarakat Dalam Arus Pembangunan’. Bagaimana anda melihat dan memberi gambaran bahawa koperasi sememangnya dapat membantu memartabatkan masyarakat dalam arus pembangunan?

Monique Koperasi sememangnya memberi khidmat kepada masyarakat dan komuniti. Matlamat utama setiap koperasi tidak semestinya untuk mencari keuntungan. Benar, koperasi memang mengutamakan perniagaan, namun objektif utamanya adalah untuk berkhidmat untuk masyarakat. Dalam konteks itu, koperasi dapat menjadi sebuah model perniagaan yang sangat bagus. Kita boleh mempunyai koperasi yang kecil dan koperasi yang besar dan pada hemat saya, model perniagaan koperasi kini menjadi semakin bagus dan penting. Kita sedang menghadapi satu situasi iaitu terdapat banyak ketidaksamaan dan kesukaran. Mengikut definisi, koperasi menyatukan manusia untuk bekerja bersama-sama bagi mencapai matlamat yang sama dalam apa juga sektor yang diceburi. Koperasi menyatukan manusia dalam menguruskan koperasi secara bersama-sama dan menyediakan pelbagai peluang seperti pendidikan selain menyokong masyarakat serta komuniti. Kesimpulannya, koperasi adalah model perniagaan yang dapat menyatukan manusia dan perniagaan secara bersama-sama.

Media ANGKASA Koperasi dijangka menjadi model perniagaan paling pesat berkembang di dunia menjelang 2025. Bagaimana kita hendak bergerak ke arah itu?

Monique Setiap koperasi di dalam sesebuah negara perlulah berkhidmat untuk memenuhi keperluan masyarakat. Saya yakin sekiranya kita dapat selaraskan tadbir urus koperasi sesuai dengan keperluan masyarakat dan komuniti, secara tidak langsung koperasi dan anggotanya akan dapat berkembang.

Menurut pemerhatian saya, koperasi yang berjaya dari segi pertumbuhan sektor-sektor perniagaannya adalah koperasi yang benar-benar dapat menyelaraskan strategi dan keperluan anggotanya seiring dengan keperluan masyarakat. Jadi, menjalin hubungan yang rapat dengan komuniti setempat adalah sangat penting dan perlu diusahakan demi kejayaan di masa hadapan. Itulah yang akan mendorong kita ke arah kemajuan.

Media ANGKASA Secara peribadi, bagaimana puan melihat perkembangan sektor ekonomi koperasi pada masa kini dan adakah wujud sebarang perbezaan atau keutamaan dalam memperkasa sektor perniagaan koperasi.

Monique Pada hemat saya, model perniagaan koperasi itu sendiri yang menentukan tahap kepentingan sektor atau aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah koperasi. Contohnya dalam sektor pembinaan, tenaga, perkhidmatan pengguna, perbankan, insurans dan pelbagai lagi. Kita sedang hidup dalam satu situasi yang dipanggil sebagai ‘colaborative economy’. Menerusinya, model perniagaan koperasi harus diberi keutamaan dalam apa juga sektor yang ingin dijalankan. Kita bercakap mengenai platform, perniagaan e-dagang dan perkongsian. Justeru dalam konteks tersebut, saya berpendapat selain model perniagaan koperasi, pemimpin koperasi itu sendiri juga perlu berada di barisan hadapan. Menerusinya, terdapat banyak

Wawancara Khas Bersama Presiden ICAmonique F. Leroux

peluang dan kita perlu rebut peluang tersebut bersama-sama demi kepentingan anggota dan komuniti.

Media ANGKASA Masalah ketidaksamaan yang sering berlaku dalam pelbagai perkara menjadi antara masalah yang mengganggu proses perkembangan sosioekonomi masyarakat dunia. Bagaimana koperasi berperanan dalam menangani permasalahan ini?

Monique Terdapat banyak kerumitan dalam ketidaksamaan yang berlaku dalam dunia kita sekarang. Bagaimanapun, pada pandangan saya, penyelesaian terbaik untuk menangani isu-isu di sekeliling ketidaksamaan adalah menerusi pendidikan. Perkhidmatan terbaik yang boleh diberikan oleh koperasi kepada orang ramai adalah dengan memastikan pendidikan boleh diakses oleh semua individu di seluruh dunia. Dalam konteks itu, model perniagaan koperasi perlu memastikan ada unsur-unsur pendidikan dalam perniagaan koperasi. Melalui pengalaman saya dengan beberapa koperasi, mereka fokus pada keperluan anggota, tetapi pada masa yang sama mempunyai ramai anggota yang turut terlibat dalam pengurusan atau tadbir urus koperasi. Apabila kita berbuat demikian, kita sebenarnya telah berusaha untuk mendidik mereka untuk memahami apa yang sedang berlaku dalam komuniti mereka.

Media ANGKASA Pada pendapat anda, bagaimana koperasi dapat memainkan peranan dalam memelihara keharmonian komuniti dunia?

Monique Sudah tentu apabila koperasi rapat dengan masyarakat, menyokong perkembangan mereka, mampu membantu meningkatkan ekonomi mereka, secara tidak langsung matlamat dalam memelihara perpaduan dan keharmonian komuniti akan terlaksana. Itulah yang cuba dicapai oleh ICA dan sememangnya hal tersebut bukanlah satu perkara yang mudah kerana ICA mewakili koperasi dari lebih 100 buah negara dengan sektor dan aktiviti yang berbeza. Cabaran utama kami adalah, bagaimana kita dapat bekerjasama dengan lebih baik untuk memberikan kebaikan secara bersama kepada semua orang, menyumbang untuk mengurangkan ketidaksamaan dan menyumbang untuk memastikan tiada siapa yang ketinggalan di belakang.

Media ANGKASA Memandangkan puan tidak lagi bertanding bagi jawatan Presiden ICA untuk penggal akan datang, mungkin puan ingin memberikan sedikit kenyataan atau ucapan kepada gerakan koperasi?

Monique Pertama sekali, menjadi Presiden ICA merupakan satu pengiktirafan kepada saya dan

menerusinya, saya dapat mengembara ke seluruh dunia serta mengenali ramai individu yang menarik dan pemimpin-pemimpin koperasi. Saya berharap apabila kita semakin bergerak maju ke hadapan, kita sebagai pemimpin koperasi dapat bersatu, bekerja dengan baik secara bersama dan mampu terus berhubung merentasi negara. Dengan bantuan media sosial, tidak ada lagi batasan yang tidak boleh dilakukan. Oleh itu, pastikan kita dapat menyumbang kepada pembangunan koperasi. Apabila kita dapat berbuat demikian, kita boleh mempromosikan nilai-nilai kita, kita juga boleh mempromosikan prinsip-prinsip kita dan menjadi sangat berjaya sekaligus membawa lebih banyak kebaikan secara bersama di seluruh dunia.

Media ANGKASA Apa pandangan Puan mengenai ANGKASA sebagai tuan rumah ICA Global Conference and General Assembly 2017 dan Malaysia sebagai destinasi untuk acara berkenaan?

Monique Hebat! Saya rasa bersemangat apabila membaca semua komen yang diterima daripada semua delegasi yang hadir. Bermula dari lapangan terbang lagi, kami disambut dengan baik oleh tuan rumah dan kami sentiasa dikelilingi oleh sukarelawan yang sangat komited. Wakil-wakil koperasi Malaysia juga sangat terbuka dalam berkongsi pengalaman dan juga komitmen terhadap gerakan koperasi. Oleh itu, ia merupakan pengalaman yang hebat bagi saya dan saya ingin menyatakan kepada anda dan kepada semua rakan-rakan ANGKASA, terima kasih. Ia pengalaman yang hebat.

Model Perniagaan KoperasiPENENTU KEJAYAAN SEKTOR KOPERASI

Page 22: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

2 PELANCAR Disember 2017 3Disember 2017 PELANCAR

Diterbitkan Oleh:Angkatan Koperasi KebangsaanMalaysia Berhad (ANGKASA)Wisma Ungku A. AzizJalan SS 6/1, Kelana Jaya47301 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa juga bentuk sama ada melalui media cetak, elektronik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

PeMBAcA dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi Sidang Pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Segala reproduksi dalam apa jua bentuk perlu mendapat keizinan terlebih dahulu. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap PeLANcAR.

Sila hantar karya anda kepada Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA melalui e-mel : [email protected]

DISeMBeR 2017

KETERANGAN GAMBAR KULITPersidangan ICAKL 2017 berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa. Dato’ Abdul Fattah Abdullah (kanan) bersama Presiden baru ICA, Ariel Guarco (tengah) dan Monique F. Leroux.Foto : Mohd Zakuan Azmi

Dicetak Oleh:ULTIMATE PRINT SDN. BHD.Lot 2, Jalan Sepana 15/3Off Persiaran Selangor, Seksyen 15 40200 Shah AlamSelangor Darul Ehsan.Tel. : 03-5101 3388Faks : 03-5101 3600

Alamat Perhubungan:Wisma Ungku A. AzizJalan SS 6/1, Kelana JayaPeti Surat 8797Pejabat Pos Kelana Jaya46798 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan.Telefon: 03-7806 1977Faks: 03-7806 1506E-Mel: [email protected] Web: www.angkasa.coop

E-mel : [email protected] : angkasacoop

6

ICAKL 20175 IcAKL 2017 Berjaya capai Matlamat8 IcAKL 2017 Medan Pembentangan Pelbagai Sektor Koperasi Seluruh Dunia9 Mesyuarat Lembaga IcA 9 ‘Joint Session of the Alliance Global Board, Sectoral Boards and Regional Boards and Thematic Committees Boards’11 Mesyuarat Lembaga Jawatankuasa Statutori IcA co-operative Housing International (cHI)12 IcIcOPA 70th Anniversary Workshop And General Assembly : Bincang Pembangunan Sosial Koperasi Dunia13 IcUc Terus Diperkasa16 Tahniah - Dato’ Haji Kamarudin Ahli Lembaga IcA Global17 Reaksi Peserta18 ccW Medan Promosi ‘100 Products Champion’22 Sesi Lawatan Koperasi

23 “Bussiness Intelleigent” Dalam Koperasi24 Sesi ‘Closing Plenary’ Bersama Dr. Gro Harlem Brundtland25 Penghargaan Untuk Monique F. Leroux26 Presiden IcA Yang Baharu - Ariel Guarco28 Wawancara Khas Bersama Presiden IcA, Monique F. Leroux : Model Perniagaan Koperasi Penentu Kejayaan Sektor Koperasi30 Dato’ Haji Kamarudin Ismail Terpilih Sebagai Ahli Jawatankuasa IcAO31 Pengiktirafan Kepada ANGKASA Dan Negara31 Peluang Raih Manfaat Di Peringkat Global

MACCOPS 201736 Jadikan MAccOPS Jenama Antarabangsa38 PLRA Dilancar : Kukuhkan Jaringan coopDialisis39 Aec & ASeAN Regional co-operatives : The Next Imperative40 Kenderaan Jimat Tenaga Ke Pasaran ASeAN40 Koperasi Bangunkan Tanaman Jagung41 KOFARMSeL Kini Pengedar eksklusif Produk FWc41 Sembilan Farmasi Terima Halal Centric Community Practice42 Obor Bantu Tingkat Prestasi Sosioekonomi Koperasi

43 Reaksi Peserta46 ANGKASA Harumkan Nama Negara48 Tingkatkan Dagangan Ke Pasaran Global

INFO SEMASA50 ANGKASA Terima Anugerah Zakat Kebangsaan 201753 Koperasi Ditawarkan Sertai Projek Ternakan Udang Putih54 Jaringan Koperasi Beri Manfaat Secara Kolektif56 Anggota GeRc Filipina Kunjungi ANGKASA57 KOSAWIT Minat Produk KOPSYA58 ANGKASA Minat Teroka Teknologi Perancis59 ANGKASA Merancang Untuk Mengusahakan Tanaman Padi Dan Kelapa Sawit Di Republik Demokratik congo60 ANGKASA Sokong cadangan Penubuhan Koperasi Bekas Pelajar UPSI

RENCANA52 Pengecualian Bayaran Wang Pendahuluan : Mampu Rancakkan Pembangunan Perumahan Koperasi

ULASAN BUKU64 From Corporate Globalization to Global

36 47

14

Page 23: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

30 PELANCAR Disember 2017 31Disember 2017 PELANCAR

Oleh : MohD Zakuan aZMi

Presiden ICAO, Dr. Byeongwon Kim berucap dalam sesi pembukaan mesyuarat yang turut dihadiri oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Presiden ANGKASA; Haji Mutadho Bahri dan Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.

Selain laporan khas, mesyuarat turut menyaksikan pembentangan laporan serantau

daripada negara rantau Afrika, Asia Pasifik dan Eropah di samping laporan khusus daripada negara India, Poland dan Turki.

Mesyuarat juga turut menyaksikan pemilihan

barisan Ahli Jawatankuasa

ICA bagi Sektor Pertanian (ICAO)

yang baru dan Naib Presiden ANGKASA, Dr. Byeongwon kim

Presiden ICAO

Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah terpilih untuk memegang jawatan tersebut.

Seramai empat Ahli Jawatankuasa ICAO yang baharu termasuk Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah dipilih dalam satu pemilihan yang dijalankan serentak dengan mesyuarat tersebut. Mereka bakal berkhidmat selama empat tahun dan ICAO masih mengekalkan jawatan Presidennya iaitu Dr. Byeong Won Kim dari NACF, Korea Selatan.

Mesyuarat ICAO seterusnya dijangka akan diadakan di Turki pada bulan April tahun hadapan.

Secara keseluruhannya, menerusi perbincangan yang telah berlangsung dalam mesyuarat agung ICAO itu, banyak perkara berkaitan halatuju dan perancangan lampau yang masih belum terlaksana akan dapat digerakkan semula dan diharap mampu mencetuskan kejayaan.

‘International Co-operative Agricultural Organisation’ atau ICAO telah mengadakan Mesyuarat Agung bagi membentangkan beberapa agenda dan laporan berkaitan sektor pertanian koperasi.

Pemilihan wakil ANGKASA iaitu Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sebagai Ahli Lembaga ICA bagi Sektor Pertanian merupakan satu pengiktirafan terhadap terhadap peranan, nama dan imej gerakan koperasi di Malaysia.

Jika dibandingkan dengan negara-negara asing, sektor pertanian negara dilihat agak ke hadapan namun dari aspek pemasaran pula, sektor pertanian koperasi di Malaysia masih belum mencapai paras yang memuaskan.

Justeru, dengan pemilihan tersebut ANGKASA sangat berharap agar sebarang bentuk penambahbaikan terhadap aspek pemasaran produk-produk pertanian koperasi dapat dilakukan.

Delegasi ICAO juga telah dibawa meninjau ke beberapa tempat seperti ladang nenas milik Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad (KOSAS) dan menerusi komen yang diterima, masing-masing menyatakan rasa kagum dan yakin dengan prospek yang mampu diraih oleh sektor pertanian di Malaysia untuk diketengah ke pasaran global.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan khususnya daripada semua Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA dan seluruh warga kerja ANGKASA yang telah banyak memberikan sokongan dan doa untuk kejayaan yang pertama iaitu Jawatankuasa Sektor Pertanian ICA.

Sokongan yang telah diberikan oleh rakan-rakan daripada negara luar juga amat memberangsangkan dan semoga dengan kelebihan yang ada ini, ANGKASA akan dapat bersama-sama dengan lebih dekat bagi berkongsi pengetahuan, pengalaman, kemajuan dan pencapaian dengan negara-negara yang lain khususnya dalam aspek pembangunan sektor pertanian.

Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang telah banyak memberikan dorongan dan semangat kepada saya untuk terus berjuang menempatkan diri dalam jawatankuasa tersebut. Ia penting kerana menerusinya, usaha ANGKASA untuk meraih peluang-peluang terbaik di peringkat antarabangsa akan lebih cerah sekaligus dapat memanfaatkannya kepada sektor koperasi khususnya sektor pertanian dan industri asas tani di Malaysia.

Dato’ aBDul Fattah aBDullahPresiden ANGKASA

Dato’ haji kaMaruDin isMailNaib Presiden ANGKASA

Page 24: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

32 PELANCAR Disember 2017 33Disember 2017 PELANCAR

ICAKL 2017Jendela

32 PELANCAR Disember 2017 33Disember 2017 PELANCAR

Page 25: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

34 PELANCAR Disember 2017 35Disember 2017 PELANCAR

Page 26: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

» Presiden ICA, Monique F. Leroux (tiga dari kiri) merasmikan MACCOPS 2017. Turut sama ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri), Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri (dua dari kanan), Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (empat dari kiri), Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (paling kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (tiga dari kiri) dan ketua Pengarah ICA, Charles Gould (paling kanan) » Monique F. Leroux meninjau produk ‘100

Product Champion’

36 PELANCAR Disember 2017 37Disember 2017 PELANCAR

Oleh : MOHD ZAKuAN AZMIMACCOPS 2017

JADIKAN MACCOPS JeNAMA ANtArAbANgSA

Karnival Produk dan Perhidmatan Koperasi Malaysia 2017 (MACCOPS 2017) yang berlangsung selama lima hari di Sunway Pyramid, Petaling Jaya telah melakar sejarah tersendiri apabila dirasmikan pembukaannya oleh Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Monique F. Leroux.

Dalam ucapan perasmiannya, Monique berkata, MACCOPS adalah contoh terbaik dan dijadikan sebagai jenama di peringkat global dalam usaha untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi koperasi menerusi pendekatan promosi serta publisiti.

Menurut beliau, di samping dapat memainkan peranan sebagai karnival pameran dan jualan untuk produk dan perkhidmatan koperasi, MACCOPS

Antara yang hadir memeriahkan majlis ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri selain tetamu khas dari dalam dan luar negara termasuk delegasi asing yang menghadiri persidangan ICAKL 2017.

Karnival edisi ketiga anjuran ANGKASA itu menyaksikan pemeteraian banyak perjanjian perniagaan dan mengumpulkan lebih 100 pempamer koperasi tempatan selain 20 pempamer koperasi antarabangsa seperti India, Indonesia, China dan lain-lain negara anggota ICA.

MACCOPS 2017 itu juga turut berjaya menjana nilai transaksi dagangan sebanyak RM184 juta di samping beberapa memorandum persefahaman yang dimeterai sepanjang program berlangsung.

juga boleh dijadikan sebagai platform terbaik untuk mempopularkan jenama koperasi di pasaran.

Katanya lagi, dunia tanpa sempadan sangat membantu dalam kelancaran dan perkembangan perniagaan koperasi. Produk dan perkhidmatan koperasi kini bukan lagi hanya tertakluk kepada persekitaran atau komuniti setempat malah boleh merentasi sempadan negara menerusi e-dagang sekiranya dapat diuruskan dengan baik.

Beliau yang hadir bersama Ketua Pengarah ICA, Charles Gould turut menyatakan kekaguman terhadap penganjuran MACCOPS oleh ANGKASA yang disifatkan sebagai menepati objektif selain dapat membuka peluang kerjasama perniagaan kepada koperasi bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Sementara itu dalam ucapan aluan, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah berkata, MACCOPS 2017 yang dianjurkan bersekali dengan ICAKL 2017 dapat memacu peluang lebih baik untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan koperasi Malaysia kepada delegasi ICA yang hadir dalam persidangan tersebut.

Katanya, MACCOPS juga diharap dapat menjadi sebuah jenama antarabangsa yang boleh diperluas dan dianjurkan menerusi program ICA di luar negara.

» Monique F. Leroux turut berkesempatan mengunjungi gerai-gerai pameran

Page 27: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

38 PELANCAR Disember 2017

PLRA merupakan inisiatif ANGKASA untuk mengukuhkan jaringan CoopDialisis. Pusat tersebut juga berfungsi sebagai pusat latihan yang mengintegrasikan latihan klinikal dan bukan klinikal, menyediakan kemudahan yang diupayakan oleh tenaga mahir dan separa mahir dalam perkhidmatan dialisis serta menyelia dan menasihat jaringan CoopDialisis bagi memastikan kualiti perkhidmatan dialisis terpelihara sekaligus dapat memberi manfaat kepada pesakit hemodialisis.

Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan PLRA termasuklah khidmat konsultan, khidmat latihan,

latihan Program Post-Basic Renal untuk siswazah yang telah menamatkan latihan kejururawatan dan khidmat pembelian berpusat.

Majlis jalinan kerjasama tersebut berlangsung antara Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Pengerusi Koperasi Doktor Pakar Kesihatan dan Perubatan Kelantan Berhad, Prof Madya Dr. Azreen Syazril Adnan dan Pengarah Urusan Fresenius Medical Care Malaysia Sdn. Bhd., Encik Michael Wong.

ANGKASA menjalinkan usahasama bersama Koperasi Doktor Pakar Kesihatan dan Perubatan Kelantan Berhad sebagai pemacu utama Pusat Latihan Renal ANGKASA (PLRA) dan disokong oleh Fresenius Medical Care Malaysia Sdn. Bhd. yang bertindak sebagai pembekal.

» Haji Mutadho Bahri (tengah) dan Prof. Madya Dr. Azreen Syazril Adnan menunjukkan dokumen perjanjian selepas selesai menandatangani MoU

Oleh : RAHMAT MOHD DID

Page 28: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

39Disember 2017 PELANCAR

Oleh : MohD Zakuan aZMiMACCOPS 2017

ASEAN Co-Operative Organization (ACO) dengan kerjasama ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menjemput anggota panel berkaliber bagi menjayakan program Persidangan Tahunan Pertamanya yang akan membicarakan tentang peranan koperasi dalam Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menerusi tiga sub tema.

Persidangan Tahunan Pertama aSEan Co-operative organization (aCo)

Persidangan dimulakan dengan sesi ucaptama pembukaan yang disampaikan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Rafidah Aziz sebelum diteruskan dengan sub tema pertama dengan bertajuk ‘Understanding the strategic Framework of AEC’ bersama moderator iaitu Datuk Dr. Mohd Ghazali Md. Noor.

Sub tema kedua yang bertajuk ‘Co-Operatives in the strategic Framework of the AEC’ pula melibatkan tiga anggota panel iaitu Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Ketua Jabatan Standard Malaysia, Datuk Fadilah Baharin dan Pengarah ASEAN Unit, market Access and International Partnership Division, MATRADE, Y.M. Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman.

Manakala sub tema ketiga yang bertajuk ‘Co-Operative Transformation to a Global Player’ melibatkan seramai lima anggota panel iaitu naib Presiden ANGKASA, Datuk haji Mohamad Ali Hasan; Pengarah Urusan DZM Group Sdn. Bhd., Dato’ Dzulkifli Mahmud; Pengerusi Malaysia-New Zealand Chamber of Commerce, Bruce Hope; Presiden UMW Technology Sdn. Bhd., Faizah Mohamed Amin dan Pengarah Serantau bagi ICA Asia Pacific, Balu Subramaniam Iyer.

Sesi ucapan penutup pula telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia and Singapore, Jose Miguel Porraz-Lando.

Tan Sri Rafidah Aziz

Page 29: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

40 PELANCAR Disember 2017 41Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Rahmat mohD DiD

Chemical Company of Malaysia Berhad iaitu penyedia pakej latihan Halal Centric Community Practice telah menganugerahkan persijilan tersebut kepada sembilan buah farmasi semasa MACCOPS 2017.

Majlis penyerahan sijil perlantikan tersebut telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Turut serta ialah Timbalan Presiden, Haji Mutadho Bahri dan Ketua Pegawai

Strategi Chemical Company of Malaysia Berhad, Wan Amir Jeffery Wan Abdul Majid.

Farmasi-farmasi yang terlibat ialah Vitamedic Pharmacy Sdn Bhd, Farmasi Dailycare, Farmasi Jaya 22 Sdn Bhd, Olive9 Pharmacy Sdn Bhd, Farmasi Ultracare, Salphy Pharmacy, Farmasi Pantai Hillpark, A & S Wellness Pharmacy dan Caliph Healthcare Sdn Bhd.

Kerjasama antara Treelektrik Sdn Bhd dan Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) bertujuan untuk menambahbaik pemasaran kenderaan jimat tenaga yang berasaskan elektrik ke tahap lebih tinggi iaitu ke pasaran Asia Tenggara dengan jaringan yang diterajui ACO.

Secara tidak langsung, kerjasama tersebut akan memberi manfaat kepada koperasi di Malaysia dan juga koperasi serantau serta

menambahbaik kualiti hidup ke arah kehidupan yang lebih hijau dan membina masa depan yang lebih baik.

Majlis tandatangan dan pertukaran dokumen tersebut dilaksanakan oleh Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Trelektrik Malaysia Sdn Bhd, Dato’ Manjit Majit Abdullah.

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad dan Famox Plantation (M) Sdn Bhd ditandatangani bagi tujuan membangunkan tanaman jagung bijian iaitu jagung untuk makanan ternakan. Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad akan bertindak sebagai penyumbang modal dan Famox Plantation (M) Sdn Bhd sebagai syarikat pengusaha.

Usahasama tersebut akan menggunakan konsep ‘buy back policy’ iaitu hasil jagung yang dituai akan dibeli semula oleh syarikat pengusaha.

MoU tersebut ditandatangani oleh Bendahari Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad, Haji Abdul Razak Ghazali dan Pengarah Urusan Famox Plantation (M) Sdn Bhd, Encik Raman K. Naidu sambil disaksikan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Sektor Pembangunan Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.

Turut menyaksikan MoU tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka merangkap Ahli Jawatankuasa Sektor Pembangunan Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Haji Muslim Md Shah.

Kerjasama antara Koperasi Farmasi Muslim Selangor Berhad (KOFARMSEL) dan Felda Wellness Corporation (FWC) dbuat bagi menjadikan KOFARMSEL sebagai pengedar eksklusif sekaligus dapat membekalkan produk/ servis FWC secara menyeluruh, berkala dan konsisten.

Kerjasama antara kedua-dua belah pihak bermula sejak 13 Julai 2017 lagi dan KOFARMSEL telah mengedar dua jenis produk FWC berjenama Neutrax yang berasaskan Minyak Kelapa Dara (VCO) iaitu perisa oren dan lemon ke-43 outlet farmasi.

Majlis menandatangani MoU telah dilaksanakan antara Pengerusi KOFARMSEL, Encik Munawer Ahmad Nazir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif FWC, Haji Azizi Abdul Aziz sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah.

Turut hadir ialah Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md Yusof Samsudin dan Pengarah Farmasi MINDEF, Brigadier General Dato’ Dr. A. Halim Haji Basari.

Page 30: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

» Pengerusi OBOR Net, Tunku Mohamed Alauddin Tunku Naqiuyuddin (tiga dari kiri) bertukar dokumen perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pengarah Urusan Sterling Red, Syed Fuad Al-Kharin (tiga dari kanan) sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri), Timbalan Presiden ANGKASA, Tuan Haji Mutadho Bahri (kanan sekali), Naib Presiden ANGKASA, Tuan Haji Azmi Omaruddin (kiri sekali) dan Naib Pengerusi OBOR Net, YAM Tunku Naqiuyuddin Tunku Jaa’far (dua dari kanan)

42 PELANCAR Disember 2017

Oleh : RAHMAT MOHD DiDMACCOPS 2017

OBOR Bantu tingkat PRestasi sOsiOekOnOmi kOPeRasi

ANGKASA melalui subsidiari MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. mengorak langkah ke hadapan dengan memeterai Memorandum Perjanjian Persefahaman antara MAYA2U dan ASEAN2U untuk Kerjasama Perniagaan Gerbang Digital Negara-Negara “Satu Rantai Satu Jalan” (OBOR).

Presiden ANGKASA yang juga merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organisation (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, dengan kekuatan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi

di Malaysia dan kerjasama baik dengan bersama rangkaian 65 buah negara di bawah OBOR seperti Hong Kong, China, Taiwan dan Timur Tengah, kerjasama tersebut dijangka mampu memberi impak signifikan kepada pembangunan ekonomi koperasi.

Sementara itu, menurut Naib Presiden ANGKASA

merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Kewangan dan Perbankan, Haji Azmi Omaruddin berkata, keberadaan kedua-dua platform iaitu MAYA2U dan ASEAN2U dilihat mempunyai sinergi dan kekuatan masing-masing dalam membantu kelangsungan perniagaan koperasi dan membantu produk-produk koperasi Malaysia menembusi pasaran luar.

Beliau berharap dengan adanya kerjasama secara langsung oleh koperasi-koperasi seluruh ASEAN, perolehan koperasi akan dapat ditingkatkan secara lebih mapan.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn Bhd, Haji Mutadho Bahri dan Pengerusi OBOR Net Sdn Bhd, YAM Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaa’far.

Haji Mohamad Azmi OmaruddinNaib Presiden ANGKASA

Page 31: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

43Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Rahmat mohD DiD

Saya rasa seronok kerana diberi peluang untuk hadir ke MACCOPS tahun ini dan berpeluang membuat persembahan di hadapan begitu ramai pengunjung. Banyak pengalaman yang dapat saya pelajari lebih-lebih lagi dalam sektor koperasi.

Usaha ANGKASA wajar dipuji dan disokong koperator-koperator seluruh negara kerana melalui MACCOPS, kita akan dapat melihat perkembangan sebenar dunia perniagaan koperasi dan boleh menjalin kerjasama antara koperasi.

Selain dapat mempromosikan produk-produk keluaran koperasi sekolah kami, saya juga dapat mengenali pelbagai produk dan perkhidmatan koperasi lain dan belajar pelbagai perkara.

Rasa sangat teruja dapat membuat persembahan untuk MACCOPS kali ini dan melihat gerai-gerai koperasi seluruh negara dan menimba pelbagai pengalaman berkaitan koperasi.

Ini adalah kali ketiga saya menyertai MACCOPS dan amat bangga kerana adanya karnival seperti ini. MACCOPS merupakan platform yang baik untuk sesama koperasi mencari peluang kerjasama dan meningkatkan perolehan koperasi.

MACCOPS 2017 mampu memberi inspirasi kepada koperasi untuk lebih berani menceburkan diri dalam perniagaan berimpak tinggi khususnya yang berkaitan dengan teknologi dan inovasi baharu.

Sepanjang menyertai MACCOPS 2017 ini, pelbagai pengalaman dapat saya pelajari dan saya semakin faham tentang fungsi koperasi selain lebih bersemangat untuk terlibat dalam aktiviti koperasi.

Mengunjungi karnival seperti MACCOPS adalah pengalaman baru kepada saya untuk melihat dengan lebih dekat produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi.

MACCOPS kali ini mempa-merkan lebih banyak produk koperasi selain penglibatan dari koperasi-koperasi luar negara. Ia adalah langkah yang sangat baik dan perlu dikembangkan pada masa akan datang.

ICAKL 2017 memberi peluang kepada koperator dari seluruh dunia dapat mengunjungi dan melihat sendiri produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan koperasi negara kita.

Page 32: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

44 PELANCAR Disember 2017 45Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Rahmat mohD DiDMACCOPS 2017

Sebahagian Daripada 182 Pempamer Dalam Dan

Luar Negara Yang Menyertai MACCOPS 2017

» Koperasi KUPEKmaS (Kelab Pesara Kerajaan) malaysia Berhad

» Koperasi Serbaguna iman malaysia Berhad

» Koperasi Fasto Global Berhad» Koperasi SmK Simpang Beluru Enggor Kuala Kangsar Berhad

» Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. azizan Kedah Berhad

» Koperasi astana Raja Berhad

» Koperasi Keluarga halimah Binti abdul Razak melaka Berhad

» Koperasi SmK tansau Berhad » Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad

» Koperasi Keluarga Dato’ hashim mamat Kuala terengganu Berhad

» Koperasi Peka malaysia Berhad

» Koperasi Emas tawau Sabah Berhad» indian Farmers Fertiliser Co-operative Limited» Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad

» Dewan Koperasi indonesia

» Koperasi Wawasan malaysia Berhad

» Koperasi Peserta-Peserta FELCRa malaysia Berhad

» Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad

» Kapandesal multipurpose Co-opertive (KmPC)

» Koperasi Peserta-Peserta FELCRa Darat Batu Berhad

» Koperasi Perkasa Seremban Berhad» aSEaN Cooperative organisation

» Koperasi tenusu Selangor Berhad » all China Federation of Supply and marketing Co-operatives» UmY - muslim Youth Co-operative

Page 33: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Dato’ HenDry Sum agongTimbalan MenteriKementerian Perdagangan Dalam Negeri, KoperasiDan Kepenggunaan

46 PELANCAR Disember 2017 47Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Wan aDlina Wan ab. azizMACCOPS 2017

ANGKASA HArumKAN NAmA NeGArA

ANGKASA mencipta kecemerlangan tersendiri apabila berjaya mengharumkan nama negara menerusi penganjuran tiga program antarabangsa secara serentak iaitu ICA Global Conference & General Assembly (ICAKL 2017), Karnival Produk Dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia 2017 (MACCOPS 2017) dan ASEAN Co-operative Organization (ACO) Annual Conference 2017.

Kejayaan yang diraih menerusi penganjuran ketiga-tiga program tersebut mendapat pujian ramai pihak termasuk delegasi luar negara yang menghadiri ICAKL 2017. Penganjuran tersebut dilihat menepati objektif yang ditetapkan sekaligus membuktikan bahawa Malaysia telah berjaya mencapai tahap kecemerlangan dalam pengembangan aktiviti perniagaan koperasi.

Demikian menurut Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Hendry Sum Agong ketika berucap mewakili Menteri KPDNKK, Dato’ Seri Hamzah Zainudin merasmikan Majlis Penutupan MACCOPS 2017, di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya, 19 November 2017 lalu.

Menurutnya, MACCOPS 2017 juga berjaya menarik sebilangan pempamer antarabangsa dari pelbagai sektor ekonomi sekaligus menyaksikan pelbagai peluang kerjasama ke arah memajukan produk, perkhidmatan dan penyampaian secara lebih agresif dan dinamik.

Katanya, KPDNKK sedar perjalanan untuk mencapai tahap tinggi di peringkat dunia pastinya mengambil masa dan pelaburan yang tinggi. Bagaimanapun, KPDNKK akan sentiasa memberikan sokongan, memantau dan memberi rangsangan kepada sektor koperasi di Malaysia.

“Dalam hal ini, ANGKASA memainkan peranan yang amat besar menjadi agen utama ke arah mentransformasi sektor koperasi Malaysia dan diselaraskan dengan Transformasi Nasional 2050 atau TN50.

“Justeru, kerajaan akan sentiasa memantau prestasi gerakan koperasi. Maklumat dan data akan

dikumpulkan serta dianalisis bagi perancangan pembangunan sosioekonomi negara selaras dengan dasar-dasar pembangunan negara dan pembangunan koperasi,” katanya.

Beliau juga menaruh harapan yang tinggi agar percambahan idea dan strategi perniagaan di antara koperasi dan pihak berkaitan dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi negara sekaligus meningkatkan peluang perniagaan yang lebih cerah kepada gerakan koperasi di negara ini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Mat Deris Jusoh; Pengerusi Lembaga Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Prof. Datuk Mohd Yusof Kasim; Ketua Pengarah MKM, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abd Razak Shaik; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib-Naib Presiden ANGKASA dan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA.

Page 34: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

48 PELANCAR Disember 2017 49Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Wan aDlina Wan ab. aziz

MACCOPS 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada 15 hingga 19 November 2017 menutup tirainya dengan penjanaan transaksi jualan dagangan bernilai RM184 juta melalui pemadanan perniagaan dan beberapa memorandum persefahaman antara koperasi tempatan dan antarabangsa.

Haji MutaDHo baHriTimbalan Presiden ANGKASA

Bertemakan “Kesamaan Dalam Kepelbagaian“ (Embrance The Difference), MACCOPS 2017 menjadi medan titik permulaan perniagaan koperasi dan pelbagai perjanjian persefahaman, perjanjian perniagaan dan perjanjian kerjasama dalam meningkatkan dagangan ke pasaran global.

Melalui platform MACCOPS juga pada kali ini memperlihatkan penyertaan sebanyak 162 gerai pameran tempatan dan 20 gerai pempamer dari koperasi antarabangsa sekaligus membuktikan pencapaian melalui perkongsian nilai, prinsip serta falsafah koperasi sejagat.

Dalam ucapan aluan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang dibacakan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri,

beliau menyatakan bahawa MACCOPS telah berjaya menyediakan platform dan infrastruktur terbaik yang menghubungkan masyarakat dengan perniagaan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Katanya, ia merupakan katalis pembangunan produk dan perkhidmatan koperasi anjuran ANGKASA khusus untuk memartabatkan produk dan perkhidmatan koperasi, bertepatan dengan matlamatnya untuk membangun dan meningkatkan prestasi sosioekonomi anggota selain mempromosi aktiviti-aktiviti keusahawanan dalam gerakan koperasi.

“Ia menjadi landasan penting memperkasa produk-produk koperasi tempatan dan meningkatkan perdagangan. MACCOPS juga memberi peluang kepada koperasi yang terlibat untuk bersaing secara kompetitif di peringkat global. Walaupun proses tersebut mengambil masa, namun mampu membuahkan hasil yang lumayan pada masa akan datang.

“Semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan perlu diselaraskan dengan tahap piawaian yang bermutu tinggi dan ini memerlukan pendidikan, pemahaman dan penyelesaian praktikal untuk sektor koperasi. ANGKASA akan menjalinkan hubungan strategik dengan badan-badan kawal selia dan penguatkuasaan kualiti untuk memacu agenda kualiti dan piawaian secara berterusan,” ujar beliau.

Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur MACCOPS, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, MACCOPS 2017 kali ini berjaya mencapai sasaran dagangan hadapan (Forward Bussiness) membabitkan pempamer dari dalam dan luar negara. Iran; China; Emiriah Arab Bersatu (UAE); Kemboja; Filipina; Vietnam dan Afrika telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama bagi mencatatkan potensi urus niaga pada masa hadapan.

Page 35: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Dari Meja Presiden

Dato’ Abdul Fattah AbdullahPresiden ANGKASA

Salam Sejahtera dan Salam 1Koperasi

Usaha yang dijalankan oleh ANGKASA dalam memartabatkan nama serta imej gerakan koperasi di Malaysia. Ia tidak hanya berlandaskan kepada penganjuran aktiviti-aktiviti semasa yang berkisar tentang perniagaan koperasi semata-mata.

Tahun 2017 menyaksikan pelbagai agenda dibentang dan dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek pembangunan ilmu dan modal insan koperasi. Kehadiran lebih seribu delegasi dari pelbagai koperasi seluruh dunia dalam ICAKL 2017 telah menambahkan lagi elemen tersebut bagi dimanfaatkan oleh setiap anggota koperasi di Malaysia.

Sudah tiba masanya untuk kita perkuatkan jentera tadbir urus koperasi dengan menggembleng generasi muda untuk bersama-sama menjana kelestarian di setiap sektor dalam koperasi. Peranan golongan tersebut sangat penting bagi meneruskan kesinambungan selain mengukuh dan menyemarakkan kejayaan gerakan koperasi di masa hadapan.

Budaya niaga yang semakin canggih dengan trend pasaran semasa yang sering mengalami perubahan sangat mempengaruhi dunia perniagaan termasuk perniagaan koperasi. Program pembangunan ilmu yang diterapkan juga perlu diselaraskan sejajar dengan perkembangan dan teknologi.

Justeru, platform sedia ada perlu sentiasa dipantau oleh semua pihak yang terlibat bagi memenuhi keperluan tersebut sekaligus dapat menarik perhatian dan minat golongan muda untuk turut sama menyertai program-program pembangunan ilmu serta aktiviti yang dijalankan oleh koperasi.

Perencanaan awal sangat penting bagi menentukan hala tuju yang lebih konsisten. ANGKASA sentiasa bersedia untuk membantu dalam menyelaras setiap program yang dirancang oleh koperasi supaya selari dengan keperluan selain memenuhi keperluan semasa.

Sama-samalah kita memantapkan hala tuju gerakan koperasi dan saya secara peribadi ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan juga komitmen yang telah dicurahkan oleh setiap individu dalam menjayakan agenda koperasi sepanjang tahun 2017 ini.

Terima kasih.

4 PELANCAR Disember 2017

Page 36: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

50 PELANCAR Disember 2017 51Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Rahmat mohD DiDInfo Semasa

Selain itu, pengiktirafan tersebut turut mengambil kira peranan ANGKASA dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat seperti menganjurkan seminar zakat perniagaan di 14 buah negeri, bengkel-bengkel pembangunan pendidikan zakat dalam ekonomi koperasi, kelas bimbingan mengaji Al-Quran, program menyantuni dan memberi makan golongan gelandangan, program pemeriksaan kesihatan penghuni rumah anak-anak yatim, program ‘Journey to Jannah’ bersama masyarakat Orang Asli dan sebagainya.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki kepada Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sewaktu Majlis Perasmian Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan dan Anugerah Zakat Kebangsaan 2017 baru-baru ini.

Tujuh lagi anugerah lain termasuk Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan (Akademik), Anugerah Ikon

Asnaf Kebangsaan (Usahawan), Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan (Usahawan Khas), Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat GLC), Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat Sendirian Berhad), Anugerah Inovasi Zakat Terbaik (Kutipan) dan Anugerah Inovasi Zakat terbaik (Agihan) turut diberikan pada hari sama.

Datuk Haji Mohamad Ali sewaktu ditemubual Media ANGKASA memberitahu, ini adalah kali pertama ANGKASA menerima anugerah zakat di peringkat kebangsaan dan penganugerahan tersebut dilihat sebagai penghargaan dan pencetus semangat kepada ANGKASA untuk terus memberikan perkhidmatan profesional kepada golongan yang memerlukan.

“Saya berharap selepas ini koperasi-koperasi lebih yakin dan memberikan sokongan yang penuh untuk menyumbangkan zakat melalui ANGKASA seterusnya membantu lebih ramai golongan yang tidak berkemampuan di negara ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Haji Ahmad Musadad Haji Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dato’ Haji Paimuzi Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

» timbalan menteri di Jabatan Perdana menteri, Senator Dato’ Dr. asyraf Wajdi Dato’ Dusuki (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah Zakat Zakat Kebangsaan (Syarikat awam Berhad) kepada Naib Presiden aNGKaSa, Datuk haji mohamad ali hasan (dua dari kanan) sambil disaksikan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan haji, haji ahmad musadad haji Sulaiman (kiri sekali) dan Ketua Pegawai Eksekutif majlis agama islam Wilayah Persekutuan (maiWP), Dato’ haji Paimuzi Yahya (tiga dari kanan)

» timbalan menteri di Jabatan Perdana menteri, Senator Dato’ Dr. asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan haji, tuan haji ahmad musadad haji Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif majlis agama islam Wilayah Persekutuan (maiWP), Dato’ haji Paimuzi Yahya bergambar bersama para pemenang anugerah Zakat Kebangsaan 2017 termasuk Naib Presiden aNGKaSa, Datuk haji mohamad ali hasan

ANGKASA telah menerima “Anugerah Zakat Kebangsaan” bagi Kategori Syarikat Awam Berhad berdasarkan ketepatan dan kesetiaan membayar zakat selain turut menyediakan perkhidmatan potongan zakat secara bulanan kepada warga kerjanya.

Presiden, Jawatankuasa tadbir Kebangsaan, Jawatankuasa audit Dalaman

Dan Seluruh Warga Kerja aNGKaSa

KepadaYBhG. PRof maDYa Dato’ DR. aBDul RahmaN BiN aBDul RaZaK ShaiK

AtasPenganugerahan

Darjah indera mahkota Pahang (D.i.m.P)

Sempenahari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang maha mulia

Sultan Pahang, Sultan haji ahmad Shah al musta’in Billah ibni al-marhumSultan abu Bakar Ri’ayatuddin al mu’adzam Shah

Pada 24 oktober 2017

» Datuk haji mohamad ali hasan bergambar bersama sijil penghargaan dan trofi Anugerah Zakat Kebangsaan

Page 37: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

52 PELANCAR Disember 2017

Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA

Oleh : RoSli HASSANRencana

MAMPU RANCAKKAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN KoPERASi

Memandangkan koperasi mempunyai agenda perjuangan untuk menjaga kepentingan dan sosio ekonomi anggota, kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menimbangkan agar pengecualian bayaran deposit sebanyak tiga peratus atas projek perumahan dan hartanah yang dibangunkan oleh koperasi diberi perhatian sewajarnya.

Pengecualian tersebut dijangka akan membolehkan koperasi yang membangunkan projek perumahan dan pembinaan menerima manfaat yang lebih baik dan seterusnya dapat meningkatkan keupayaan dalam melaksanakan sesebuah projek. Pengecualian itu juga dapat menjadi motivasi untuk koperasi dalam membangunkan hartanah demi kepentingan anggota.

Surat JPN kepada ANGKASA bertarikh 24 Ogos 2017, membolehkan koperasi menarik nafas lega dalam aktiviti pembangunan perumahan di negara ini. Kelonggaran tersebut sedikit sebanyak dapat membantu koperasi mengawal aliran tunai semasa menjalankan projek pembinaan.

Usaha berterusan gerakan koperasi melalui Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA agar kerajaan meneliti kembali beberapa perundangan yang dilihat tidak mesra koperasi akhirnya mendapat sambutan yang positif daripada pihak kerajaan. Maklum balas daripada pihak JPN itu dibuat hasil resolusi yang telah diputuskan menerusi Konvensyen Koperasi Hartanah Kebangsaan 2017 yang diadakan pada 22-24 Mei yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berharap agar koperasi dapat mengambil peluang tersebut bagi pengawalan kos projek. Beliau juga berharap dengan kerjasama penuh daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan sokongan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) serta agensi kerajaan yang berkaitan terutamanya Jabatan Perumahan Negara, koperasi akan lebih berdaya saing untuk menjadi pemain utama dalam projek perumahan dan pembinaan di negara ini.

Perundangan yang mesra koperasi akan membantu gerakan membina lebih banyak rumah untuk anggota. Ini seterusnya akan membantu kerajaan bagi menyediakan rumah dan tempat kediaman yang sesuai untuk rakyat negara ini.

Matlamat sosioekonomi yang dibawa oleh koperasi adalah selaras dengan jati diri yang dibawa oleh koperasi. Oleh yang demikian, sewajarnya gerakan koperasi diberi lebih banyak pengecualian dalam perundangan bagi membolehkan projek-projek koperasi dilaksanakan dengan lebih lancar dan berjaya.

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Naib Presiden ANGKASAMerangkap Pengerusi JawatankuasaSektor Hartanah dan Industri Binaan

PENGECUAliAN BAYARAN WANG PENDAHUlUAN:

Page 38: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

53Disember 2017 PELANCAR

Oleh : MohD Zakuan aZMiInfo Semasa

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, projek tersebut yang bakal dijalankan di Pulau Langkawi akan dibina berkonsepkan penggunaan teknologi hijau dan dikawal selia oleh ANGKASA selain tenaga mahir dalam industri berkenaan.

Katanya, menerusi pelaburan yang dibuat, koperasi juga mendapat pendedahan berguna tentang kaedah menguruskan pusat ternakan secara moden di samping dapat mempelajari pelbagai ilmu yang berkaitan seperti pemakanan dan pengeluaran benih ternakan.

Menurut beliau, permintaan yang tinggi terhadap Udang Putih South America juga mampu memberi pulangan yang baik kepada pelaburan jangka panjang koperasi.

“Kaedah pengurusan ternakan moden itu mampu menghasilkan udang putih yang lebih berkualiti, mengurangkan kos operasi dan hanya mengambil masa empat bulan untuk matang atau dijual. Setakat ini China sudah menyatakan minat untuk mengimport,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada Media ANGKASA sewaktu mengadakan tinjauan ke kolam udang air laut di Temoh, Perak yang bakal dijadikan sebagai model rujukan dan khidmat nasihat sebagai persediaan kepada projek yang bakal dijalankan di Langkawi kelak.

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Basri.

ANGKASA mempelawa koperasi yang berminat untuk menyertai projek ternakan Udang Putih jenis South America berasaskan konsep perkongsian. Menerusi rancangan tersebut, ANGKASA menerusi Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA akan bertindak sebagai pemudahcara dalam menyedia khidmat latihan dan khidmat nasihat selain membekalkan tenaga pakar bagi melancarkan perjalanan projek.

» air laut asal dibawa melalui lori tangki dan disalurkan ke dalam kolam konkrit berbentuk litar lumba sepanjang 36 meter. aliran air tersebut akan dibantu oleh generator khas sebagai kaedah untuk mengekalkan sifat semulajadi hidupan laut sekaligus menyokong perkembangan ternakan udang putih yang suka bergerak mengikut arus

Page 39: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Presiden, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan, Jawatankuasa Audit Dalaman

Dan Seluruh Warga Kerja ANGKASA

Setinggi-tinggi Ucapan

KepadaDATuK HAJi AbDullAH HAJi JuSoH

AtasPenganugerahan

Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M)

SempenaHari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia

TYT Tun Datuk Seri utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob

Pada 14 oktober 2017

54 PELANCAR Disember 2017 55Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Nor AzAH AbD. AzizInfo Semasa

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA berkata, lawatan tersebut dilihat sebagai penting untuk memberi dorongan dan merancakkan aktiviti koperasi khususnya melalui jaringan ‘CoopStay’ dan ‘CoopDialisis’.

Menurut beliau, menerusi jaringan juga, manfaat yang diperoleh koperasi adalah secara kolektif. Usaha itu katanya, perlu berterusan agar lebih banyak koperasi dapat turut sama menyertai jaringan koperasi yang dibentuk oleh ANGKASA.

Beliau berkata demikian kepada Media ANGKASA sewaktu mengadakan lawatan kerja ke Pusat Haemodialisis Masjid At-Taqwa di Kepala Batas, Pulau Pinang, Homestay Mengkuang Titi di Seberang Perai, Pulau Pinang dan Homestay Mukim Sedim di Kulim, Kedah.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Shaik Ismail Md Allapichay, Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Penasihat Korporat Sektor Koperasi ANGKASA, Datuk Md. Yusof Samsudin.

Sewaktu di Pusat Haemodialisis Masjid At-Taqwa, delegasi telah diberi penerangan tentang operasi pusat rawatan tersebut oleh Pengerusi Koperasi Qaryah Masjid Taman Bertam Indah Kepala Batas Berhad (KOTAQWA), Dato’ Ir. Ahmad Zakiyudin Abd Rahman dan Ahli Lembaga KOTAQWA merangkap Pengurus Pusat Haemodialisis Masjid At-Taqwa, Haji Abdul Razak Mohd Ali.

Pusat rawatan tersebut yang mula dibuka sejak Mei 2015 kini memberikan perkhidmatan rawatan

Sebagai langkah mempromosikan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA, Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri telah mengadakan lawatan sektor ke Pulau Pinang dan Kedah.

JARINGAN KOPErASI BERI MANFAAT SECARA KOLEKTIF

bantu Tingkatkan Sektor Teknologi dan inovasi Koperasi

dialisis kepada 33 pesakit. Rekod pada tahun 2016 menyaksikan perolehan sebanyak RM623,000 telah dan pihak pengurusan menyasarkan jumlah perolehan tersebut dapat ditingkatkan kepada RM1 juta pada 2017.

Selain itu, KOTAQWA yang mempunyai keanggotaan seramai 405 orang turut dinobatkan sebagai Koperasi Terbaik 2016 (Kategori Komuniti) pada sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Sesi lawatan seterusnya dibuat ke Homestay Mengkuang Titi dan mereka telah disambut oleh Pengerusi koperasi, Encik Rohaizat Othman dan Anggota Lembaga Koperasi GDW Mengkuang Pulau Pinang Berhad.

Encik Rohaizat berkata, Homestay Mengkuang Titi telah berjaya menerima kunjungan seramai 446 pelancong domestik dan 141 pelancong antarabangsa pada tahun 2016 dengan perolehan sepanjang tahun 2016 sebanyak RM75 ribu. Koperasi berharap perolehan untuk tahun 2017 akan dapat meningkat ke paras RM100,000.

Menurut beliau, koperasi tersebut pernah menerima ‘Anugerah Desa Lestari’ pada tahun 2012 dan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM995,000. Hadiah tersebut telah digunakan untuk membeli sebuah kedai runcit, dua buah van, 150 rumah sarang madu kelulut, dua buah kereta buggy dan menjadikan 29 buah rumah sebagai homestay.

Sebuah spa juga turut dirancang untuk dibuka dengan harapan dapat menyertai jaringan CoopSpa ANGKASA dan spa tersebut dijangka akan mula beroperasi pertengahan Disember 2017.

Sementara itu, dalam kunjungan ke Homestay Mukim Sedim, delegasi ANGKASA telah disambut oleh Pengerusi Koperasi merangkap Penghulu Mukim Sedim, Encik Mohd Afham Muhaimin Abdul Halim dan Pengerusi JKKK Kampung Sungai Buloh Sedim merangkap Penyelia Homestay Sungai Sedim, Encik Abdul Mutalib Che Sa.

Koperasi tersebut mempunyai seramai 200 anggota dalam kalangan penduduk kampung, dengan jumlah homestay sebanyak 11 buah rumah.

Menurut Mohd Afham, pelanggan homestay boleh menikmati suasana penginapan di dalam kebun buah-buahan selain boleh melawat tempat-tempat menarik seperti Rumah Lindungan Raja, Tree Top Walk, Jungle Tracking dan banyak lagi.

Homestay Mukim Sedim mencatat perolehan sebanyak RM50,000 pada tahun 2016 dan menyasarkan peningkatan sebanyak RM80,000 pada tahun ini.

» Haji Mutadho bahri meninjau aktiviti ternakan Kelulut yang terdapat di Homestay Mukim Sedim

» bergambar di hadapan spa Homestay Mengkuang Titi yang baru dibuka

» Melawat Pusat Dialisis Masjid Al-Taqwa

HAJi MuTADHo bAHriTimbalan Presiden ANGKASA

Page 40: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

56 PELANCAR Disember 2017

Oleh : Nor AzAh AbD. AzizInfo Semasa

Anggota GERC Filipina Kunjungi ANGKASA

Kehadiran mereka telah disambut oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan warga kerja ANGKASA yang terlibat.

Selain berucap mengalu-alukan kehadiran delegasi tersebut, beliau turut menerangkan tentang kejayaan ANGKASA sebagai hos Persidangan ICAKL 2017 dan perlantikan Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sebagai Anggota Lembaga ICA.

Antara perkara yang turut dibincangkan ialah sumbangan koperasi di peringkat global dan sesama koperasi, keperluan terhadap hak kesamarataan, kemahiran dan perniagaan.

Peserta juga turut berminat untuk mendapatkan penjelasan secara lebih terperinci mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh ANGKASA serta aktiviti yang dijalankan khususnya dalam bidang pendidikan.

» Sebahagian anggota GErC bergambar bersama Dato’ haji Mohamad Ali hasan

Seramai 64 anggota dari Gender Equality Resource Center (GERC), Filipina telah mengunjungi ibu pejabat ANGKASA baru-baru ini. Rombongan yang diketuai Pengerusi GERC, Dr. Emma A. Nieva itu telah disertai oleh wakil-wakil daripada 17 buah koperasi dari Cebu, Quezon, Bandar Calamba, Baoo, Alicia, Lopez, Bandar Cagayan De Oro dan lain-lain.

» Anggota delegasi GErC mendengar taklimat berkenaan ANGKASA di Auditorium

Page 41: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

57Disember 2017 PELANCAR

Oleh : RAHMAT MOHD DIDInfo Semasa

KOSAWIT MINAT PRODUK KOPSYA

Pengerusi KOSAWIT, Encik Mohd Sufri Mohd Hajar berkata, mereka tertarik dengan produk-produk KOPSYA dan bercadang untuk membuat pinjaman bagi membuka cawangan Ar-Rahnu KOSAWIT selain menambah bilangan jentera kelapa sawit mereka.

Menurut beliau lagi, selain pinjaman yang ditawarkan menepati pematuhan syariah, proses yang dijalankan bagi memohon pinjaman juga lebih mudah dan jelas.

Katanya, KOSAWIT juga berminat untuk meneroka peluang-peluang kerjasama selain memohon pandangan serta khidmat nasihat ANGKASA dalam membantu memperkasakan sektor perniagaan milik KOSAWIT.

Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad (KOSAWIT) berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk-produk yang ditawarkan oleh Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) dalam usaha untuk meningkatkan kapasiti perolehan koperasi.

Beliau berkata demikian kepada media ANGKASA sewaktu mengadakan lawatan ke ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya baru-baru ini. Seramai 17 delegasi KOSAWIT yang terdiri daripada Anggota Lembaga termasuk warga kerja koperasi menyertai program lawatan tersebut.

Kehadiran mereka telah disambut oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan pengurusan tertinggi ANGKASA yang lain.

KOSAWIT yang mempunyai anggota seramai 1,106 orang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti pembinaan, jentera sawit, bekalan diesel, stesen minyak dan menguruskan dokumen pekerja-pekerja asing.

» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi KOSAWIT, Encik Mohd Sufri

» Melawat Muzium Koperasi Malaysia ANGKASA

» KOSAWIT turut melawat ibu pejabat KOPSYA dan diberi taklimat tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa

Page 42: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

58 PELANCAR Disember 2017

Oleh : Nor AzAh AbD. AzizInfo Semasa

ANGKASA MINAT TEROKA TEKNOLOGI PERANCIS

Kaunselor Ekonomi di Kedutaan tersebut, Arnaud Boulanger yang hadir bersama dengan Penasihat Perniagaan (Teknikal & Servis), Yasmina Lahlou telah disambut oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul

Dua wakil daripada Kedutaan Perancis ke Malaysia telah mengadakan kunjungan ringkas ke ANGKASA bagi meninjau peluang-peluang kerjasama yang boleh dibentuk khususnya dalam sektor berteknologi tinggi.

Fattah Abdullah dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA yang lain.

Terdahulu, Dato Abdul Fattah Abdullah, menyampaikan rasa minat badan apeks itu untuk terlibat dan mengikuti perkembangan teknologi Perancis, terutamanya terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Katanya lagi, pertemuan itu juga diharap dapat membuka peluang dan laluan yang lebih mudah kepada pasaran produk khususnya produk halal ke negara-negara Eropah melalui Perancis.

Menurut Arnaud, beliau menerusi kedutaannya berminat untuk meneroka peluang-peluang kerjasama bersama dengan ANGKASA khususnya dalam pembangunan sektor teknologi dan inovasi dan berharap agar kerjasama tersebut mampu memberikan impak positif khususnya terhadap pembangunan teknologi untuk gerakan koperasi di seluruh negara.

» Arnaud (tengah) turut meninjau produk-produk koperasi yang terdapat di Pusat Khidmat Usahawan ANGKASA

» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan cenderamata kepada Arnaud

Page 43: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

59Disember 2017 PELANCAR

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZInfo Semasa

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA akan bertindak sebagai agensi pembangunan tanah dan projek tersebut akan diuruskan secara bersama dengan pihak Confederation Generale Cooperation de la R.D. Congo.

Katanya, kerjasama tersebut juga bakal memberi manfaat dari pelbagai sudut kepada kedua-dua buah negara, terutamanya dalam aspek pelaburan di samping dapat mengeksport produk asas pertanian seperti baja dan racun keluaran koperasi.

MoU tersebut ditandatangani oleh Dato’ Abdul Fattah yang mewakili ANGKASA dan Presiden Koperasi Republik Demokratik Congo, Me Doudou M. Mirefu. Turut sama menyaksikan majlis yang berlangsung di ibu pejabat ANGKASA itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua

Pegawai Operasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh.

Terdahulu, Encik Me Doudou M. Mirefu menganggap ANGKASA mempunyai pengalaman yang luas dan anggota koperasi yang ramai, selain kapasiti yang baik yang boleh dikongsi bersama.

Menurut beliau, pertukaran teknologi dalam bidang pertanian juga boleh memberi manfaat kepada kedua belah pihak dan berharap agar kesan yang bakal diraih mampu memberi impak kepada pembangunan sektor koperasi khususnya koperasi pertanian di negara Republik Demokratik Congo.

Katanya lagi, Congo mempunyai banyak sumber dan infrastruktur bidang pertanian yang sesuai untuk dibangunkan selain mendapat sokongan penuh daripada seluruh gerakan koperasi di sana yang berjumlah lebih 5,000 buah koperasi.

Tanaman padi dan kelapa sawit di negara Republik Demokratik Congo menerusi jalinan kerjasama yang dimeterai antara ANGKASA dengan badan APEKS koperasi negara berkenaan.

» Dato’ Abdul Fattah dan Encik Me Doudou M. Mirefu menandatangani MoU jalinan kerjasama antara ANGKASA dengan Koperasi Republik Demokratik Congo

ANGKASA MERANCANG UNTUK MENGUSAHAKAN TANAMAN PADI DAN KELAPA SAWIT DI REPUBLIK DEMOKRATIK CONGO

Page 44: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

5Disember 2017 PELANCAR

Oleh : MohD Zakuan aZMiICAKL 2017

Persidangan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Malaysia merekod sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 1,800 perwakilan dari dalam dan luar negara sepanjang tempoh persidangan yang bermula dari 13 November hingga 17 November 2017 di Kuala Lumpur.

» Bergambar bersama barisan kepimpinan iCa Global

Menariknya, ICAKL 2017 turut menyaksikan kehadiran lebih 100 negara anggota ICA dan berjaya memenuhi kesemua program yang telah disusun sejak dari awal persidangan bermula.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, kepercayaan dan keyakinan yang telah diberikan oleh ICA terhadap Malaysia sebagai hos membuktikan tahap kemampanan tinggi agensi yang terlibat dalam usaha berterusan memartabatkan imej dan kelestarian gerakan koperasi di negara ini.

Beliau berucap demikian dalam majlis perasmian ICAKL 2017 dan turut mengalu-alukan kehadiran semua delegasi koperasi daripada dalam dan luar negara di samping mengharapkan agar kesemua agenda yang dibawa akan dapat memberi impak positif kepada masa depan gerakan koperasi dunia.

ICAKL 2017 BERJAYA CAPAI MATLAMAT

Dato’ Seri haMZah ZainuDin Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Page 45: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

6 PELANCAR Disember 2017 7Disember 2017 PELANCAR

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin memukul Gong sebagai gimik perasmian Persidangan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Malaysia (ICAKL 2017).

Turut berada di pentas ialah ialah Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh (lima dari kiri); Presiden ICA, Monique F. Leroux (empat dari kanan); Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan dalam Negeri) KPDNKK, Dato’ Basaruddin Sadali; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat (paling kiri); Presiden

ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan); Pengerusi Lembaga Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, Prof. Datuk Mohd Yusof Kasim (empat dari kiri); Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh (dua dari kiri); Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman (tiga dari kiri) dan Ketua Pengarah ICA, Charles Gould (paling kanan).

Global Conferenceand General AssemblyOleh : MohD Zakuan aZMi

ICAKL 2017

Page 46: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

8 PELANCAR Disember 2017

Berpegang kepada tema ’Koperasi: Memartabatkan Masyarakat Dalam Arus Pembangunan’, ICAKL 2017 menjadi medan kepada pelbagai kejayaan. Agenda yang berkaitan tentang integrasi model perniagaan berasaskan rantaian bekalan secara lebih komprehensif, turut dikaji selain keberkesanan prinsip koperasi sedia ada dalam membangunkan modal insan dan generasi muda.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah berkata, isu penggabungan koperasi dan peranannya dalam mensejahterakan masyarakat menjadi antara fokus paling penting untuk dibincangkan oleh delegasi dalam persidangan kali ini berasaskan kepada kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan sebelum ini.

Katanya, selain penganjuran aktiviti seperti bengkel, perbincangan, program lawatan ke koperasi terpilih dan sesi perbentangan sektor, ICAKL 2017 juga turut menjadi medan perbincangan kepada pelbagai isu dan pandangan oleh perwakilan seperti halatuju pembangunan modal insan dan pelapis generasi muda dalam kepimpinan koperasi, cabaran dan langkah bagi menangani isu lambakan pekerja asing, penghapusan orang tengah dalam perniagaan dan lain-lain lagi.

ICAKL 2017MEDAN PEMBENTANGAN PELBAGAI SEKTOR KOPERASI SELURUHDUNIA

Menurut beliau, Malaysia memiliki kekuatan tersendiri khususnya dalam aspek kewangan Islam, produk halal dan pengurusan koperasi sekolah yang kini dilihat sebagai yang terbaik di dunia. Menerusi kelebihan tersebut, banyak negara anggota telah menyatakan minat untuk melihat secara lebih dekat dan mempelajari kaedah yang diguna pakai bagi diterapkan ke negara mereka.

Katanya, selain mengetengahkan pendekatan pengurusan yang tersusun hasil kerjasama erat antara kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia, kelebihan tersebut juga turut bersandarkan kepada polisi, dasar dan undang-undang negara berkaitan tadbir urus koperasi yang lebih kemas dan teratur.

Beliau bercakap kepada media sejurus selepas majlis perasmian ICAKL 2017 yang dirasmikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Global Conferenceand General AssemblyOleh : MohD Zakuan aZMi

ICAKL 2017

Dato’ aBDuL Fattah aBDuLLahPresiden ANGKASA

8 PELANCAR Disember 2017

Page 47: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

60 PELANCAR Disember 2017

Oleh : MohD Zakuan aZMiInfo Semasa

ANGKASA SOKONG CADANGAN PENUBUHAN KOPERASI BEKAS PELAJAR UPSI

Naib Presiden ANGKASA yang juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, idea untuk menubuhkan koperasi seperti yang disuarakan oleh Presiden Alumni Suluh Budiman UPSI, Dato’ Haji Ahmad Burak adalah satu langkah yang sangat baik dan tepat pada masanya.

Menurut beliau, koperasi alumni atau bekas pelajar bukan sekadar berfungsi sebagai medan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi anggotanya, malah turut berperanan sebagai sebuah badan yang

ANGKASA sedia memberikan sokongan dan bantuan sekiranya bekas-bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berhasrat untuk menubuhkan koperasi.

boleh menyatukan anggotanya menerusi aktiviti koperasi yang dirancang dari semasa ke semasa.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis ‘Sirih Pulang Ke Gagang Siri Kelima dan Sambutan 95 Tahun Ibu Kandung Suluh Budiman’ di UPSI, Tanjung Malim, Perak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran dan Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Dr. Ahmad Sani Araby.

» Dato’ haji kamarudin merasmikan Majlis ‘Sirih Pulang ke Gagang Siri kelima dan Sambutan 95 Tahun ibu kandung Suluh Budiman’

» Bergambar bersama tiga bekas pelajar yang menerima anugerah Tokoh Suluh Budiman

» Dato’ haji kamarudin menerima cenderamata yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran

Page 48: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

61Disember 2017 PELANCAR

Ulasan BukuOleh : Wan adlina Wan ab aziz

Buku bertajuk “From Corporate Globalization to GlObal CO-OPERaTiOn” hasil penulisan J. Tom

Webb mengetengahkan lapan bab menarik merangkumi pelbagai konteks berkaitan ekonomi dan sosial dalam koperasi; perkongsian inovasi dan kepentingan kemahiran dalam koperasi; keperluan polisi koperasi serta cabaran dan peluang koperasi di persada global khususnya dalam memajukan perniagaan.

Penulis : J. Tom Webb Penerbit : Fernwood PublishingTahun Terbitan : 2016

Sumber diperoleh daripada PERPUSTAKAAN KOPERASI MALAYSIA

Judul

Penulis mengambil inspirasi kejayaan Koperasi Mondragon (Mondragon Co-operative Corporation) sebagai contoh untuk dibentangkan di dalam buku ini dengan mengenengahkan tadbir urus 261 perusahaan miliknya yang merangkumi pelbagai sektor seperti automotif, farmasi, pendidikan, jaringan pasar raya terbesar selain 15 buah pusat teknologi. Koperasi yang diasaskan oleh Jose Maria Arizmendiarrieta sejak tahun 1956 di Sepanyol itu terus merekodkan kecemerlangan dalam memperluaskan legasi perniagaannya sehingga ke hari ini.

Penulis juga turut mengupas mengenai kepentingan nilai dan prinsip koperasi yang menjadi tunjang kepada kekuatan dan kejayaan sesebuah koperasi. Menurutnya, jati diri bukan merupakan hal yang asing bagi mereka yang berinteraksi dengan koperasi malah sifat tersebut amat diperlukan dalam diri setiap anggota koperasi. Jati diri koperasi dikatakan mempunyai peranan penting dalam proses pembangunan koperasi sekiranya dapat diterapkan dengan baik.

Istilah ‘global co-operation’ itu sendiri secara tidak langsung dijadikan sebagai sebuah impian kepada tahap kelestarian sebenar

yang ingin dilihat dan diharapkan oleh penulis. Bab terakhir yang bertajuk ‘dreaming of a better world’ menyimpulkan maksud dan penterjemahan kepada sifat semulajadi dan skop kehidupan sosial sebenar manusia atau individu dalam berkoperasi.

Justeru, usaha untuk melestarikan koperasi pada tahap yang lebih mampan perlu digerakkan secara bersama dengan sokongan pelbagai pihak terutamanya kepada generasi baharu kerana golongan tersebut diharap dapat memainkan peranan secara lebih proaktif dalam mejayakan misi dan visi koperasi di masa hadapan.

From Corporate Globalization to

GLOBAL CO-OPERATIONWe Owe It to Our Grandchildren

Page 49: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

62 PELANCAR Disember 2017 63Disember 2017 PELANCAR

Jendela

62 PELANCAR Disember 2017 63Disember 2017 PELANCAR

Page 50: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL
Page 51: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL
Page 52: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL
Page 53: KERJASAMA - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-122017.pdf · menjayakan International Co-operative Alliance Global Conference and General Assembly 2017 (ICAKL

Global Conferenceand General Assembly

9Disember 2017 PELANCAR

Oleh : Rahmat mohD DiDICAKL 2017

ICAKL 2017 memulakan lembaran persidangannya dengan mesyuarat peringkat jawatankuasa (Alliance Global Board Meeting) yang dipengerusikan oleh Presiden ICA, Monique F. Leroux. Mesyuarat tersebut melibatkan penyertaan Ketua Pengarah ICA, Charles Gould dan barisan Ahli Lembaga ICA yang lain.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mewakili ANGKASA dalam mesyuarat tersebut telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan aluan dengan mengalu-alukan kehadiran sambil mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan oleh ICA kepada Malaysia selaku hos pada tahun ini.

Beliau juga turut menyatakan harapan agar mesyuarat yang dijalankan bakal merubah arus

MESYUARAT LEMBAGA ICA

sosioekonomi koperasi berasaskan kepada pendekatan, dasar dan strategi baharu serta inovasi selain berdoa agar kerjasama yang terjalin sesama Anggota Lembaga dapat membuahkan hasil yang terbaik kepada seluruh gerakan koperasi.

Turut sama terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

Sementara itu buat julung kalinya bersempena dengan ICAKL 2017, satu sesi pertemuan antara Ahli-ahli Lembaga Pengarah ICA Global, ICA Serantau, Sektor-Sektor termasuk Ahli Jawatankuasa Tema telah diadakan.

Menerusi sesi yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah ICA, Charles Gould itu, wakil-wakil jawatankuasa telah diberi ruang bagi membentangkan laporan dan perkembangan masing-masing kepada Presiden ICA, Monique F. Leroux.

Antara topik perbincangan ialah integrasi, perancangan masa hadapan dan lain-lain untuk keseluruhan ICA serta membincangkan tentang pelan

tindakan koperasi menjelang 2020.Sektor dan jawatankuasa yang terlibat ialah

Cooperative Law Comittee, ICFA - Fisheries, CHI - Housing, CCW - Consumer, ICAO - Healthcare, CICOPA - Industry, Crafts and Services, Gender Equality Comittee termasuk wakil serantau yang mewakili rantau Asia Pasifik, Amerika, Afrika dan Eropah.

Wakil ANGKASA yang turut serta dalam sesi tersebut ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hassan dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

‘Joint Session of the Alliance Global Board, Sectoral Boards and Regional Boards and Thematic Committees Boards’