39
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADAK 16310 BACHOK KELANTAN Disediakan oleh : CIKGU ZAKARIA YUSOF Guru Sejarah SMK Badak Tel : 017 – 756 8573 Lot 1568 Lrg TNB Bachok, 16300 Bachok, Kelantan SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014 TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Kertas 3 - Bachok Kelantan 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

AWESOME

Citation preview

  • SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADAK 16310 BACHOK

    KELANTAN

    Disediakan oleh : CIKGU ZAKARIA YUSOF Guru Sejarah SMK Badak

    Tel : 017 756 8573 Lot 1568 Lrg TNB Bachok, 16300 Bachok, Kelantan

    SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

    Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 2

    KANDUNGAN

    Bil Tajuk ms

    1 Corak Pemerintahan Negara Demokrasi Dunia 5

    2 Latar Belakang Demokrasi Berparlimen di Malaysia 6

    3 Maksud Demokrasi Berparlimen 7

    4 Ciri Pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia 8

    5 Nilai-Nilai Demokrasi Berparlimen 10

    6 Kepentingan Perlembagaan Malaysia 12

    7 Tujuan dan Kaedah Pindaan Perlembagaan 14

    8 Peranan Institusi Raja Berperlembagaan 16

    9 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong 18

    10 Jentera Kerajaan Demokrasi Berparlimen 20

    11 Pengasingan Kuasa Pemerintahan Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman

    23

    12 Amalan Pilihan Raya 26

    13 Pengagihan Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

    28

    14 Kebaikan Pengagihan Kuasa 30

    15 Kepentingan Sistem Demokrasi Berparlimen 31

    16 Kejayaan Melaksanakan Sistem Demokrasi Berparlimen 33

    17 Cabaran Melaksanakan Sistem Demokrasi dan Langkah Mengatasi Cabaran

    35

    18 Iktibar Daripada Kejayaan Mengamalkan Demokrasi 38

    19 Kesimpulan (Pengetahuan, Nilai dan Harapan) 39

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 3

    Soalan Ramalan Sejarah Kertas 3 SPM 2014

    (MODEL 1) @cgzakariasejarah

    Aspek Perincian Markah Ruj.

    Pengenalan 1 Latar belakang pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan.

    5 ms 6

    Isi dan Huraian

    2 Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

    10 ms 8

    3 Kepentingan perlembagaan dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan kaedah membuat pindaan perlembagaan.

    10 ms 12

    4 Kedudukan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam sistem demokrasi yang berasaskan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

    10 ms 18

    5 Pengasingan kuasa pemerintahan antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

    30 ms 23

    6 (a) Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

    10

    ms 35

    (b) Cadangan langkah untuk memantapkan sistem tersebut.

    7 Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen yang menjadikan Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa

    10 ms 33

    8 Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.

    10 ms 38

    Kesimpulan 9 (a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan.

    (b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara dan bangsa.

    (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.

    5

    ms 39

    KERTAS SOALAN TAMAT

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 4

    Soalan Ramalan Sejarah Kertas 3 SPM 2014

    (MODEL 2) @cgzakariasejarah

    Aspek Perincian Markah Ruj

    Pengenalan 1 (a) maksud demokrasi berparlimen 5

    ms 5

    ms 7 (b) Corak pemerintahan negara demokrasi dunia.

    Isi dan Huraian

    2 Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

    10 ms 8

    3 Jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

    30 ms 20

    4 Amalan pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

    10 ms 26

    5 Kebaikan prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam amalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

    10 ms 30

    6 (a) Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

    10

    ms 35

    (b) Cadangan langkah untuk memantapkan sistem tersebut.

    7 Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen yang menjadikan Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa

    10 ms 33

    8 Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.

    10 ms 38

    Kesimpulan 9 (a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan.

    (b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara dan bangsa.

    (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.

    5 ms 39

    KERTAS SOALAN TAMAT

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 5

    CORAK PEMERINTAHAN NEGARA DEMOKRASI DI DUNIA

    @cgzakariasejarah Contoh Soalan : Corak pemerintahan negara demokrasi dunia.

    [5 markah] Isi Jawapan : Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri.

    Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja dan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

    [5 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 6

    LATAR BELAKANG DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

    @cgzakariasejarah Contoh Soalan : Latar belakang pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan.

    [5 markah] Isi Jawapan :

    Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak tahun 1957. Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan sistem Republik. Sistem Raja

    Berperlembagaan ialah sistem yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden.

    Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

    [5 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 7

    MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN

    @cgzakariasejarah Contoh Soalan : Maksud demokrasi berparlimen

    [5 markah] Isi Jawapan :

    Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

    dan Raja Berperlembagaan sejak tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud

    rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

    Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan melalui pilihan raya.

    [5 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 8

    CIRI PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

    @cgzakariasej Contoh Soalan : Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

    [15 markah] Isi Jawapan : Ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah mempunyai perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjadi

    panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Perlembagaan mengandungi

    pelbagai peruntukan.

    Ciri yang kedua ialah mempunyai institusi Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan

    dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama

    Negara. Baginda bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana

    Menteri.

    Ciri yang ketiga ialah mempunyai Parlimen.Parlimen ialah badan perundangan yang menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri

    daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

    Ciri yang keempat ialah mengamalkan pilihan raya. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri atau

    persekutuan. Pilihan raya diadakan dalam dua bentuk iaitu pilihan raya umum dan

    pilihan raya kecil. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 9

    [..... sambungan]

    Ciri yang kelima ialah mempunyai badan yang menjalankan pemerintahan. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana dan

    badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk

    mengelakkan pembolotan kuasa.

    Ciri yang keenam ialah mempunyai parti-parti politik. Ideologi politik dan sikap perkauman menjadi asas pembentukan parti politik di negara kita. Parti-parti

    ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan menjaga kepentingan kaum

    masing-masing.

    Ciri yang ketujuh ialah mengamalkan kebebasan asasi. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta.

    Warganegara bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik. .

    [15 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 10

    NILAI-NILAI DEMOKRASI BERPARLIMEN @cgzakariasejarah

    Contoh Soalan : Nilai-nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia.

    [15 markah] Isi Jawapan : Nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah menjunjung tinggi perlembagaan negara. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara . Perlembagaan menjadi asas pembentukan sesebuah

    kerajaan. Ketertinggian perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,

    Jemaah Menteri dan Mahkamah.

    Nilai demokrasi kedua yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah taat setia kepada negara. Setiap warganegara dituntut mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara untuk menjamin taat setia kepada

    negara. Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai

    kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. seseorang

    warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara

    ini.

    Nilai demokrasi ketiga yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah jaminan hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Rakyat bebas

    untuk membentuk kerajaan dengan cara memilih wakil rakyat melalui pilihan raya.

    Bagaimanapun rakyat perlu mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-

    undang.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 11

    [..... sambungan]

    Nilai demokrasi keempat yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah menghormati institusi Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda merupakan simbol keutuhan dan perpaduan

    rakyat di negara ini.

    Nilai demokrasi kelima yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi konsep pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

    Pembahagian kuasa dibuat agar sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan

    tanpa sebarang perbalahan.

    Nilai demokrasi keenam yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi prinsip pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Ketiga-tiga badan menjalankan

    tugas berasingan. Satu pihak tidak boleh mengambil tugas yang tidak berkaitan

    dengannya.

    Nilai demokrasi ketujuh yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mengiktiraf hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberia lesen

    perniagaan dan perdagangan. Hak keistimewaan tersebut tidak boleh dipersoalkan.

    [15 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 12

    KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

    @cgzakariasejarah Contoh Soalan : Kepentingan perlembagaan dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

    [15 markah] Isi Jawapan :

    Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan negara. Perlembagaan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran negara.

    Perlembagaan membantu melicinkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan dan ketelusan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran.

    Perlembagaan menjadi panduan kepada pemimpin negara dalam menjalankan pemerintahan. Perlembagaan dapat menentukan pemerintahan yang dijalankan oleh pemimpin negara menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi

    rakyat.

    Perlembagaan menjamin taat setia rakyat kepada negara. Perlembagaan membentuk semangat patriotisme rakyat. Seseorang yang mempunyai kerakyatan

    negara lain atau tidak setia kepada negara boleh dilucutkan kerakyatannya.

    Perlembagaan menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan untuk persatuan, beragama dan

    memiliki harta. Walau bagaimanapun, warganegara perlu mengetahui had

    kebebasan mereka di sisi undang-undang.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 13

    [..... sambungan]

    Perlembagaan menjadi rujukan dalam menggubal undang-undang persekutuan dan negeri. Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

    Perlembagaan menentukan peranan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong Agong berperanan memelihara hak istimewa orang Melayu dan

    Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Contohnya jawatan dalam perkhidmatan awam,

    biasiswa, kemudahan pendidikan, serta kemudahan pemberian lesen perniagaan

    dan perdagangan.

    Perlembagaan menjamin kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa kerajaan ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa

    perbalahan.

    Perlembagaan menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan di Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan

    Malaysia.

    [15 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 14

    TUJUAN DAN KAEDAH PINDAAN PERLEMBAGAAN

    @cgzakariasejarah Contoh Soalan : Tujuan pindaan perlembagaan dibuat dan kaedah yang diamalkan dalam membuat pindaan perlembagaan.

    [5 markah] Isi Jawapan : Tujuan Pindaan Perlembagaan

    Pindaan perlembagaan dibuat bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat. Pindaan perlembagaan juga bertujuan menjaga keselamatan negara. Pindaan perlembagaan dibuat untuk melicinkan urusan pentadbiran. Selain itu, pindaan perlembagaan dibuat supaya sesuai dengan keperluan semasa.

    Pindaan perlembagaan dibuat agar dapat menjadikan perlembagaan sebagai

    undang-undang yang munasabah. Pindaan perlembagaan dibuat untuk memastikan kandungan perlembagaan dipatuhi oleh dengan rela hati.

    Pindaan perlembagaan bertujuan melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Pindaan perlembagaan dibuat bertujuan memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum. Pindaan perlembagaan juga dibuat untuk memansuhkan imuniti bagi Yang Dipertuan Agong daripada kesalahan jenayah.

    [5 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 15

    Kaedah Pindaan Perlembagaan

    Pindaan Perlembagaan Malaysia dapat dilakukan melalui empat kaedah.

    Kaedah Pertama ialah melalui persetujuan majoroti lebih suara Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah tentang tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, Meminda syarat

    kewarganegaraan, mengenai kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri

    Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri, kedudukan istimewa orang Melayu

    dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan Negeri.

    Kaedah Kedua ialah melalui persetujuan majoriti lebih suara Dewan Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah tentang keanggotaan dan bidang kuasa

    Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah, kuasa kerajaan Negeri menahan

    kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah, kuasa perundangan dan

    pemerintahan, kuasa negeri, agama, bahasa, dan hak istimewa orang Melayu dan

    Bumiputera di Sarawak dan Sabah.

    Kaedah Ketiga ialah melalui persetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah tersebut ialah perkara yang tiada disebut

    dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.

    Kaedah Keempat ialah melalui persetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah pindaan Jadual 2, 6 dan 7

    Bahagian III tentang kewarganegaraan, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara

    dan persempadanan pilihan raya. Selain itu, pindaan Perkara 74 mengenai perkara

    yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Perkara lain ialah

    Perkara 76 mengenai perkara dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan,

    persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan negara lain.

    [5 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 16

    PERANAN INSTITUSI RAJA BERPERLEMBAGAAN

    @cgzakariasejarah Contoh Soalan : Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

    [10 markah] Isi Jawapan : Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasi

    berparlimen di Malaysia ialah Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

    Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa melantik Ahli Dewan Negara.

    Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali memerlukan budi bicara baginda

    Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera.

    Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 17

    [..... sambungan]

    Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-

    Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri.

    Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa

    mentauliahkan duta-duta negara kita.

    [10 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 18

    BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG

    @cgzakariasejarah Contoh Soalan : Kedudukan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam sistem demokrasi yang berasaskan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

    [10 markah] Isi Jawapan : Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Yang di-Pertuan

    Agong adalah salah satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa melantik Ahli Dewan Negara.

    Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali memerlukan budi bicara baginda

    Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang.

    Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-

    Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 19

    [..... sambungan]

    Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam.

    Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta melantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

    Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mentauliahkan duta-duta negara kita.

    [10 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 20

    JENTERA KERAJAAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

    @cgzakariasej Contoh Soalan :

    Jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

    [30 markah] Isi Jawapan : (a) Yang di-Pertuan Agong

    Salah satu jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan

    demokrasi berparlimen ialah Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu secara bergilir-gilir. Yang di-Pertuan Agong mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

    Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.

    Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga mempunyai kuasa melantik dan memecat Jemaah Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

    Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat jika mendapati keselamatan negara terancam.

    Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan

    Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

    Baginda mempunyai kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Baginda berkuasa mentauliahkan duta-duta negara kita.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 21

    [..... sambungan]

    (b) Badan Perundangan

    Jentera kerajaan yang berikutnya ialah Badan Perundangan atau Parlimen. Parlimen bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

    Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu yang lain. Tempoh menjadi Ahli Dewan Negara ialah selama

    tiga tahun. Keahlian Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya. Tempoh menjadi ahli Dewan Rakyat ialah selama lima tahun. (c) Badan Pelaksana

    Jentera kerajaan yang seterusnya ialah Badan Pelaksana. Badan Pelaksana merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kabinet . Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Jemaah Menteri juga melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

    Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

    Perkhidmatan awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Semua

    kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

    Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang digelar Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian mempunyai jabatan di peringkat pusat, negeri dan daerah.

    Terdapat juga badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah.

    [bersambung .....]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 22

    [.....sambungan]

    Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.

    Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya

    Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang, Suruhanjaya

    Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

    (d) Badan Kehakiman

    Jentera kerajaan yang lainnya pula ialah Badan Kehakiman. Badan Kehakiman mempunyai kuasa menentukan perkara sivil dan jenayah. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan kehakiman juga berkuasa

    mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

    Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman di Malaysia. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan dan mengisytihar undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri . Mahkamah juga mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang.

    Mahkamah terbahagi kepada dua hirarki iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah

    Persekutuan. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.

    Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Penasihat undang-undang ialah Peguam Negara. Peguam Negara menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.

    [30 markah] @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 23

    PENGASINGAN KUASA PEMERINTAHAN

    BADAN PERUNDANGAN, BADAN PELAKSANA DAN BADAN KEHAKIMAN @cgzakariasej

    Contoh Soalan : Pembahagian kuasa pemerintahan antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

    [30 markah] Isi Jawapan : Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. (a) Badan perundangan

    Badan perundangan merujuk kepada Parlimen. Parlimen bertanggungjawab menggubal undang-undang. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

    Dewan Negara adalah dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Ahli Dewan Negara digelar senator. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu yang lain. Tempoh

    keahlian Dewan Negara ialah selama tiga tahun.

    Dewan Rakyat adalah dewan terpenting. Tugas Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya. Ahli Dewan Rakyat mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh keahlian Dewan Rakyat ialah selama lima tahun.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 24

    [..... sambungan]

    (b) Badan Pelaksana

    Badan pelaksana merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri juga melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri.

    Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Kementerian

    diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

    Perkhidmatan awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU). Ketua Setiausaha Negara bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pentadbiran di peringkat kementerian diketuai Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh pegawai perkhidmatan awam.

    Sesebuah kementerian mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah.

    Terdapat juga badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah.

    Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.

    Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya

    Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang, Suruhanjaya

    Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 25

    [..... sambungan]

    (c) Badan Kehakiman

    Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

    Selain daripada mentafsir perlembagaan negara, Badan Kehakiman juga

    mempunyai kuasa mentafsir dan mengisytihar undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Mahkamah mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang.

    Mahkamah di Malaysia terbahagi kepada dua hirarki iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan serta

    Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.

    Hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.

    Penasihat undang-undang ialah Peguam Negara. Peguam Negara menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.

    [30 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 26

    AMALAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA @cgzakariasejarah

    Contoh Soalan : Amalan pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

    [15 markah] Isi Jawapan : Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Setiap warganegara harus melibatkan diri dalam menentukan kerajaan.

    Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat samada di peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur

    Pilihanraya di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu pilihanraya umum dan pilihanraya kecil. Pilihanraya umum ialah pilihan raya yang diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Malaysia.

    Pilihanraya kecil diadakan untuk memilih wakil rakyat apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau DUN akibat kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.

    Pilihan raya melibatkan tiga pihak iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon dan pengundi. Suruhanjaya Pilihan raya(SPR) ditubuhkan untuk menjalankan pilihan raya. Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Fungsi utama SPR

    ialah menentukan sempadan pilihanraya, menjalankan pendaftaran pemilih dan

    mengendalikan pilihanraya.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 27

    [..... sambungan]

    Pihak yang kedua ialah calon yang bertanding. Warganegara bebas menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya. Syarat menjadi calon ialah seseorang itu mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia,

    sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam

    dan tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah. Sebelum proses

    pengundian dijalankan, calon yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.

    Pihak yang ketiga ialah pengundi. Seseorang pengundi layak mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Seseorang warganegara yang

    berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia dan tinggal di

    mana-mana kawasan pilihan raya boleh mengundi dalam pilihan raya.Pengundi

    boleh mengundi melalui pos jika individu tersebut adalah anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar

    negara.

    [15 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 28

    PENGAGIHAN KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN & KERAJAAN NEGERI @cgzakariasejarah

    Contoh Soalan : Prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

    [10 markah] Isi Jawapan : Persekutuan ialah penyatuan beberapa buah negeri. Persekutuan mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kerajaan-kerajaan tersebut menjalankan tugas mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

    Kerajaan Persekutuan ialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran negara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

    Badan Pelaksana bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri menjalankan kuasa bagi pihak Yang Dipertuan Agong. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri.

    Kerajaan Negeri ialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran negeri mengikut Perlembagaan Negeri. Badan Pelaksana Negeri

    terletak pada Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis

    Mesyuarat Kerajaan / Majlis Tertinggi / Kabinet diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.

    Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia ialah Hal Ehwal Luar Negeri / Pertahanan, Keselamatan

    Dalam Negeri, Kerakyatan Negara, Kewangan, Pelajaran dan Kesihatan

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 29

    [..... sambungan]

    Bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut Senarai Negeri dalam Perlembagaan Malaysia ialah Undang-undang Islam, Tanah, Pertanian dan

    Perhutanan, Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Cuti-cuti Negeri dan Undang-

    undang Negeri.

    Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersama dalam Perlembagaan Malaysia ialah Kebajikan Sosial, Biasiswa, Taman Negara, Perancangan Bandar dan Wilayah, Penjagaan Haiwan, Kesihatan dan

    Kebersihan Awam, Parit dan Tali air, Hiburan Awam dan Perhubungan

    Pembahagian kuasa bertujuan memelihara hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Sifat ini dapat membentuk kerajaan

    persekutuan yang stabil dan membantu mengurangkan perbalahan etnik.

    [10 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 30

    KEBAIKAN PENGAGIHAN KUASA @cgzakariasejarah

    Contoh Soalan : Kebaikan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

    [10 markah] Isi Jawapan : Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

    ialah dapat menentukan bidang kuasa kedua-dua kerajaan. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah dinyatakan dalam Senarai Persekutuan,

    Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pengagihan kuasa dapat menggelakkan pertindihan kuasa. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat memenuhi tanggungjawabnya terhadap rakyat mengikut bidang kuasanya.

    Pengagihan kuasa dapat mewujudkan keadaan politik yang lebih stabil. Konsep tersebut memelihara hubungan baik antara kedua-dua kerajaan. Perpaduan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri menjadi lebih erat.

    Pengagihan kuasa telah mewujudkan pentadbiran yang seragam.Pengagihan kuasa berdasarkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama dapat memastikan pentadbiran menjadi lebih cekap.

    Pembahagian kuasa menyebabkan pembangunan yang seimbang antara negeri dalam persekutuan.Program pembangunan berjalan lancar. Perkara itu terjadi kerana wujudnya penyelarasan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

    Pengagihan kuasa telah mengiktiraf hak autonomi Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri diberi bidang kuasa khusus mengikut Senarai Negeri.

    [10 markah] @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 31

    KEPENTINGAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

    @cgzakariasejarah Contoh Soalan : Kepentingan sistem demokrasi berparlimen terhadap pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

    [10 markah] Isi Jawapan : Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat membentuk kerajaan. . Rakyat berpeluang Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat memilih perwakilan mereka melalui pilihan raya. Rakyat mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang berwibawa. Rakyat berhak mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

    Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat melibatkan diri dalam pemerintahan negara. Rakyat boleh membuat dasar kerajaan melalui perwakilan yang mereka pilih.

    Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mengiktiraf Raja Berperlembagaan. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

    Sistem demokrasi berparlimen memberi kebebasan bersuara kepada rakyat. Rakyat boleh menyuarakan pandangan melalui perwakilan yang dipilih oleh mereka. Kerajaan boleh menegur kelemahan pentadbiran kerajaan melalui saluran tertentu.

    Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen membolehkan kerajaan

    menjalankan pemerintahan dengan cekap. Perlembagaan Malaysia menjadi panduan untuk kerajaan menjalankan pentadbirannya.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 32

    [..... sambungan]

    Sistem demokrasi berparlimen menjamin undang-undang yang adil dan dapat diterima oleh rakyat. Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan

    Malaysia adalah tidak sah. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap

    undang-undang.

    Sistem pemerintahan demokrasi dapat mengelakkan pembolotan kuasa dalam menjalankan pemerintahan. Perkara tersebut dapat dielakkan kerana sistem

    demokrasi di Malaysia mengamalkan prinsip pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

    Sistem demokrasi dapat mewujudkan sebuah persekutuan yang kukuh. Konsep pengagihan kuasa melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan

    Senarai Bersama telah mewujudkan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

    Sistem demokrasi memberi ruang untuk rakyat menubuhkan parti-parti politik. Rakyat bebas menganut ideologi politik yang tidak bertentangan dengan dasar kerajaan. Rakyat juga boleh menyertai parti politik untuk memelihara kepentingan kaum mereka.

    [10 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 33

    KEJAYAAN MELAKSANAKAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

    @cgzakariasejarah Contoh Soalan : Kejayaan Malaysia melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang menjadikan negara kita dihormati.

    [10 markah] Isi Jawapan : Malaysia berjaya mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Kejayaan ini menjadikan kita dihormati kerana mengekalkan Raja-Raja Melayu menjadi Ketua Utama Negara.

    Malaysia berjaya menjalankan pemerintahan demokrasi berpandukan Perlembagaan Malaysia. Kejayaan ini menyebabkan Malaysia dihormati sebagai

    sebuah negara berdaulat.

    Malaysia berjaya mengelakkan pembolotan kuasa dalam pemerintahan negara melalui amalan pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan

    Pelaksana dan Badan Kehakiman. Kecekapan pemerintahan ini menyebabkan

    banyak negara luar meniru amalan pemerintahan negara kita.

    Malaysia berjaya memperkasakan fungsi Parlimen sebagai institusi penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Perbahasan Parlimen dijalankan

    secara telus, profesional dan berhemah. Masyarakat dunia mengiktiraf Parlimen

    Malaysia sangat berwibawa.

    Malaysia berjaya menjalankan pentadbiran yang cekap melalui Badan Pelaksana. Negara menjadi stabil dan berkembang pesat ekonominya. Malaysia

    menjadi negara yang makmur dan sejahtera.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 34

    [..... sambungan]

    Malaysia berjaya meningkatkan kewibawaan Badan Kehakiman yang menguatkuasakan undang-undang negara. Negara luar sangat berpuas hati dengan keputusan mahkamah Malaysia terhadap kes-kes yang melibatkan rakyat mereka.

    Malaysia berjaya mengamalkan pilihan raya yang bebas dan bersih. Pertubuhan Bangsa Bersatu yakin bahawa hak asasi dan kebebasan individu hidup subur dalam sistem pilihan raya di negara ini.

    Malaysia berjaya membentuk kerajaan yang berwibawa melalui pilihan raya. Pemimpin Malaysia sering diminta memberi pandangan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan bidang sosial dan pendidikan di peringkat antarabangsa.

    Malaysia berjaya memberi kebebasan kepada rakyat menubuhkan dan menyertai mana-mana pertubuhan. Pertubuhan kerajaan dihormati dunia kerana

    peranannya membantu meringankan krisis kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

    Malaysia berjaya memupuk perpaduan kaum melalui gabungan parti politik pelbagai kaum. Malaysia dikagumi kerana kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.

    Malaysia berjaya mengamalkan konsep pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Rahsia kejayaan mewujudkan pembangunan

    seimbang antara Kerajaan Negeri sering menjadi rujukan negara serantau dan antarabangsa.

    [10 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 35

    CABARAN MELAKSANAKAN SISTEM DEMOKRASI

    DAN LANGKAH MENGATASI CABARAN @cgzakariasejarah

    Contoh Soalan : Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

    [10 markah] Isi Jawapan : Cabaran

    Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam melaksanakan sistem

    pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mewujudkan amalan pilihan raya yang lebih bersih. Amalan politik wang semakin menjadi-jadi dalam pilihan raya. Gejala rasuah ini membantutkan usaha memilih pemimpin yang cekap dan berwibawa.

    Cabaran yang kedua ialah penyalahgunaan hak dan kebebabasan bersuara. Masyarakat mengamalkan kebebasan bersuara secara mutlak tanpa mematuhi had-had yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai

    contohnya mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di

    Sarawak dan Sabah.

    Cabaran yang ketiga ialah sikap tidak menghormati institusi Raja Berperlembagaan sebagai salah satu ciri sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

    Segelintir masyarakat mempersendakan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-

    Raja Melayu tanpa mempedulikan bahawa baginda mempunyai fungsi dan

    kedudukan tersendiri dalam sistem pemerintahan negara.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 36

    [..... sambungan]

    Cabaran yang keempat ialah sindrom menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Terdapat pihak menggunakan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

    Gejala ini mengganggu gugat kestabilan negara dan mengundang suasana huru-

    hara.

    Cabaran yang kelima ialah sikap tidak menghormati peruntukan Perlembagaan Malaysia. Segelintir masyarakat membangkitkan isu perkauman dan mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu walaupun Perlembagaan Malaysia

    dengan jelas menyebut perkara tersebut tidak boleh dipersoalkan.

    Cabaran yang keenam ialah terdapat usaha pihak yang tidak

    bertanggungjawab untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia.

    Langkah Mengatasi Cabaran

    Sebagai langkah mengatasi cabaran di atas, kerajaan hendaklah

    menguatkuasakan Akta Hasutan secara tegas. Gejala mencabul Perlembagaan Malaysia hendaklah dikenakan tindakan yang keras.

    Akta baru yang lebih tegas perlu diluluskan oleh Parlimen untuk membendung politik jalanan di Malaysia. Sesiapa yang didapati menganjurkan

    demonstari atau tunjuk perasaan hendaklah dikenakan tindakan tegas untuk

    mencegah berlakunya huru-hara dalam negara.

    Kerajaan patut meningkatkan semula peranan Jabatan Penerangan ke arah meningkatkan kefahaman masyarakat tentang sistem demokrasi berparlimen.

    Jabatan Penerangan harus menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat dengan

    cara yang lebih cekap seperti menganjurkan seminar, forum, debat dan lain-lain.

    [bersambung ......]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 37

    [..... sambungan]

    Langkah yang seterusnya ialah memperkasakan lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM diberi kuasa yang lebih luas agar badan ini dapat membanteras gejala politik wang dalam pilihan raya.

    Kementerian Pelajaran patut memperkenalkan semula mata pelajaran ketatanegaraan di sekolah. Mata pelajaran tersebut diharapkan dapat meningkatkan kefahaman rakyat tentang konsep demokrasi berparlimen di peringkat awal lagi.

    Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu menasihati kerajaan agar

    menubuhkan Suruhanjaya bebas yang akan memantau penggunaan media sosial baru.Badan ini diberi kuasa untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap

    pengguna media sosial yang tidak berhemah. Dengan itu, gejala menimbulkan

    perkara-perkara sensitif melalui laman sosial dapat dihindari.

    [5 markah]

    @cgzakariasejarah

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 38

    IKTIBAR DARIPADA KEJAYAAN MENGAMALKAN DEMOKRASI

    @cgzakariasejarah Contoh Soalan : Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.

    [10 markah] Isi Jawapan : Iktubar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem

    pemerintahan demokrasi ialah sanggup mempertahankan perkara baik apabila kita berusaha mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

    Kita hendaklah membuat pilihan yang bijak dalam melantik pemimpin, agar negara kita mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Jika kita sentiasa peka terhadap perkembangan semasa, sudah tentu sistem pemerintahan negara kita dapat memenuhi kehendak rakyat.

    Setiap rakyat perlu memiliki jati diri yang kukuh agar unsur-unsur negatif tidak mempengaruhi pemikiran rakyat. Sebagai warganegara yang setia, kita

    hendaklah sentiasa berfikiran positif agar sistem pemerintahan berjalan lancar.

    Kita hendaklah mengamalkan sikap toleransi kaum supaya negara berada dalam keadaan aman dan harmoni. Sikap mementingkan perpaduan mestilah diutamakan dalam menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum dapat

    diwujudkan di negara kita. Sekira setiap warganegara menghayati prinsip Rukun Negara, negara akan mencapai kestabilan politik.

    Kita mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu supaya mereka dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan penting dalam

    membangunkan negara. Kita perlu menghormati amalan demokrasi supaya sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dapat diteruskan. Kita juga dituntut

    menghargai keamanan supaya keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat berterusan.

    [10 markah]

  • RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 39

    KESIMPULAN

    @cgzakariasejarah Contoh Soalan : (a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan. (b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara dan bangsa. (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.

    [5 markah] Isi Jawapan : Daripada tugasan yang saya laksanakan, saya dapat mengetahui sejarah perkembangan sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia sejak mencapai kemerdekaan. Saya dapat mengetahui ciri-ciri penting amalan sistem demokrasi berpalimen di Malaysia.Saya juga dapat mengetahui jentera kerajaan yang berperanan dalam menjalankan kuasa pemerintahan demokrasi di negara kita.

    Selain itu, saya juga mengetahui bahawa sistem pilihan raya merupakan amalan terpenting dalam pembentukan kerajaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

    Nilai yang boleh diambil ialah semangat perpaduan merupakan elemen penting dalam negara berbilang kaum. Nilai yang berikutnya ialah hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat dalam mewujudkan pemerintahan negara yang cemerlang. Nilai yang berikutnya ialah berani membuat perubahan ke arah yang lebih baik, bukan sahaja memberi manfaat kepada diri, tetapi juga membawa

    kebaikan kepada bangsa dan negara. Nilai yang seterusnya ialah berusaha gigih ke arah mencapai kejayaan

    Sebagai kesimpulannya, saya berharap negara kita akan kekal sebagai sebuah negara demokrasi yang dihormati di seluruh dunia. Saya sentiasa berdoa agar masyarakat Malaysia sentiasa hidup bersatu padu. Wawasan muncul sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 menjadi impian setiap warganegara Malaysia. .

    [5 markah] @cgzakariasejarah

    Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan negara. Perlembagaan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran negara.Perlembagaan membantu melicinkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan dan ketelusan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran.Perlembagaan menjadi panduan kepada pemimpin negara dalam menjalankan pemerintahan. Perlembagaan dapat menentukan pemerintahan yang dijalankan oleh pemimpin negara menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.Tujuan Pindaan PerlembagaanPindaan perlembagaan dibuat bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat. Pindaan perlembagaan juga bertujuan menjaga keselamatan negara. Pindaan perlembagaan dibuat untuk melicinkan urusan pentadbiran. Selain itu, pindaan perlembagaan dibuat supaya...Pindaan perlembagaan dibuat agar dapat menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah. Pindaan perlembagaan dibuat untuk memastikan kandungan perlembagaan dipatuhi oleh dengan rela hati.Pindaan perlembagaan bertujuan melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Pindaan perlembagaan dibuat bertujuan memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum. Pindaan perlembagaan juga dibuat untuk memansuhkan imuniti bagi Yang Dip...Pindaan Perlembagaan Malaysia dapat dilakukan melalui empat kaedah. Kaedah Pertama ialah melalui persetujuan majoroti lebih suara Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah tentang tugas da...Kaedah Kedua ialah melalui persetujuan majoriti lebih suara Dewan Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah tentang keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak d...Kaedah Keempat ialah melalui persetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah pindaan Jadual 2, 6 dan 7 Bahagian III tentang kewarganegaraan, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara dan persempadanan pilih...

    Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera.Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agon...Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat melibatkan diri dalam pemerintahan negara. Rakyat boleh membuat dasar kerajaan melalui perwakilan yang mereka pilih.Malaysia berjaya mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Kejayaan ini menjadikan kita dihormati kerana mengekalkan Raja-Raja Melayu menjadi Ketua Utama Negara.CabaranCabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mewujudkan amalan pilihan raya yang lebih bersih. Amalan politik wang semakin menjadi-jadi dalam pilihan raya. Gejala rasuah ini membantutkan usah...Cabaran yang kedua ialah penyalahgunaan hak dan kebebabasan bersuara. Masyarakat mengamalkan kebebasan bersuara secara mutlak tanpa mematuhi had-had yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai contohnya mempersoalkan hak dan keistimewaan ora...Langkah Mengatasi Cabaran