3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN MEREKACIPTA LOGO KELAB RUKUN NEGARA ANJURAN KELAB RUKUN NEGARA SMK DATO’ AHMAD ARSHAD 1. RASIONAL : Sebarang aktiviti Ko-Kurikulum yang diadakan di peringkat sekolah mahupun di peringkat daerah adalah bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan pelajar. Penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti Ko- Kurikulum juga mampu merapatkan hubungan antara mereka. Sehubungan itu, Kelab Rukun Negara SMK Dato’ Ahmad Arshad berhasrat untuk mengadakan pertandingan merekacipta logo Kelab Rukun Negara bagi memenuhi aktiviti kelab yang telah dirancang bersama ahli kelab. 2. MATLAMAT : Mencapai sasaran perancangan strategik Kelab Rukun Negara iaitu sekurang-kurangnya 70 % ahli Kelab Rukun Negara melibatkan diri secara aktif dalam pertandingan. 3. OBJEKTIF : 3.1 Mencungkil bakat dan kebolehan ahli Kelab Rukun Negara dalam aktiviti seni visual 3.2 Melahirkan ahli Kelab Rukun Negara yang kreatif, inovatif dan berdaya saing. 4. TARIKH PELAKSANAAN :

KERTAS KONSEP PERTANDINGANmerekacipta logo.doc

Embed Size (px)

Citation preview

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN MEREKACIPTA LOGO

KELAB RUKUN NEGARAANJURAN KELAB RUKUN NEGARA

SMK DATO AHMAD ARSHAD

1. RASIONAL :

Sebarang aktiviti Ko-Kurikulum yang diadakan di peringkat sekolah mahupun di peringkat daerah adalah bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan pelajar. Penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti Ko-Kurikulum juga mampu merapatkan hubungan antara mereka. Sehubungan itu, Kelab Rukun Negara SMK Dato Ahmad Arshad berhasrat untuk mengadakan pertandingan merekacipta logo Kelab Rukun Negara bagi memenuhi aktiviti kelab yang telah dirancang bersama ahli kelab.

2. MATLAMAT :

Mencapai sasaran perancangan strategik Kelab Rukun Negara iaitu sekurang-kurangnya 70 % ahli Kelab Rukun Negara melibatkan diri secara aktif dalam pertandingan.

3. OBJEKTIF :3.1 Mencungkil bakat dan kebolehan ahli Kelab Rukun Negara dalam aktiviti seni visual3.2 Melahirkan ahli Kelab Rukun Negara yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

4. TARIKH PELAKSANAAN :

Dicadangkan akan diadakan pada hari Rabu, 20 Mac 2013 iaitu semasa perjumpaan Kelab dan Persatuan sebagaimana yang telah dijadualkan dari jam 2.15 petang hingga 3.30 petang.

5. TEMPAT :Di kelas Tingkatan 5 Sains Unggul, SMK Dato Ahmad Arshad

6. KUMPULAN SASARAN :

Semua ahli Kelab Rukun Negara seramai 20 orang

7. JAWATANKUASA PELAKSANA :

Penaung : Pn. Hjh. Norani binti Saring (Pengetua SMKDA)

Pengerusi: En. Hisham bin Abdul (GPK Ko-Kurikulum)

Penyelaras: Pn. Tengku Maslina bt. Tengku Mohd (Ketua Guru Penasihat

Kelab Rukun Negara)

Setiausaha: Pn. Sadiah binti Mad Saat8. SUMBER / KOS :

Hadiah :Johan

RM 10.00

Naib Johan

RM 8.00

Tempat Ketiga

RM 7.00

Saguhati

5 x RM5.00

RM 25.00

JUMLAH

RM 50.00

9. SUMBER KEWANGAN :

Peruntukan Ko-Kurikulum RM 50.00

10. PENUTUP :

Melalui aktiviti ini, diharapkan agar ahli Kelab Rukun Negara dapat menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam menghasilkan logo kelab di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan merekaDisediakan Oleh :

..

(TG. MASLINA TG. MOHD)

Ketua Guru Penasihat,

Kelab Rukun Negara,

SMKDADisemak Oleh :

..

(HISHAM BIN ABDUL)

GPK Ko-Kurikulum,

SMKDADiluluskan Oleh :

. (NORANI BT SARING) Pengetua, SMKDA