44
Isi Kandungan Konsep Sekolah Penyayang.......................................1 1.0 Latar belakang.............................................1 3.0 Objektif...................................................4 4.0 Konsep.....................................................4 Konsep Penyayang............................................... 5 5.0 Pelaksanaan................................................5 5.1 Persekitaran............................................. 6 5.1.1 Program : “Selamat Datang Sayang”.....................6 5.1.2 Program : “Pulang Dengan Selamat”.....................8 5.1.3 Program : Jom Santai Ceria............................9 5.1.4 Program : Mentor Mentee..............................11 5.2 Pengurusan.............................................. 12 5.2.1 Program Kau Yang Ku Sayang...........................12 5.2.2 Talian Kasih......................................... 13 5.2.3 Guru dan Staf (kakitangan sekolah)...................14 5.2.3 Sudut KOMENTAR POSITIF...............................15 5.3 Pelajar................................................. 16 5.3.1 Program Guru Cilik...................................16 5.3.2 Kempen Berat Sama Dipikul............................17 5.3.3 Mesra Bersama........................................18 5.3.4. Kami Boleh....................................19 5.3.5 Program Sukaneka Ceria.........................20 5.3.6. Program Anda Disayangi........................21 5.3.7. Program Sekolahku Sayang......................21 5.3.8. Program ‘Pagi Ceria’..........................22 5.3.9 Kongsi ilmu.......................................... 23

KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

Isi KandunganKonsep Sekolah Penyayang.............................................................................................................1

1.0 Latar belakang......................................................................................................................1

3.0 Objektif.................................................................................................................................4

4.0 Konsep..................................................................................................................................4

Konsep Penyayang...........................................................................................................................5

5.0 Pelaksanaan...........................................................................................................................5

5.1 Persekitaran.......................................................................................................................6

5.1.1 Program : “Selamat Datang Sayang”.........................................................................6

5.1.2 Program : “Pulang Dengan Selamat”........................................................................8

5.1.3 Program : Jom Santai Ceria.......................................................................................9

5.1.4 Program : Mentor Mentee........................................................................................11

5.2 Pengurusan......................................................................................................................12

5.2.1 Program Kau Yang Ku Sayang................................................................................12

5.2.2 Talian Kasih.............................................................................................................13

5.2.3 Guru dan Staf (kakitangan sekolah)........................................................................14

5.2.3 Sudut KOMENTAR POSITIF.................................................................................15

5.3 Pelajar..............................................................................................................................16

5.3.1 Program Guru Cilik.................................................................................................16

5.3.2 Kempen Berat Sama Dipikul...................................................................................17

5.3.3 Mesra Bersama........................................................................................................18

5.3.4.       Kami Boleh............................................................................................................19

5.3.5       Program Sukaneka Ceria........................................................................................20

5.3.6.       Program Anda Disayangi.......................................................................................21

5.3.7.       Program Sekolahku Sayang...................................................................................21

5.3.8.       Program ‘Pagi Ceria’.............................................................................................22

5.3.9 Kongsi ilmu.............................................................................................................23

5.4 Ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat..........................................................................23

5.4.1 Program Gandingan Sayang...................................................................................24

5.4.2 Bersama kita teguh..................................................................................................25

5.4.3 Seia Sekata...............................................................................................................25

Page 2: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

5.4.4 Tautan Ukhwah........................................................................................................26

5.4.5 Hari Kerjaya Sekolah...............................................................................................27

6.0 KESIMPULAN...................................................................................................................28

Rujukan..........................................................................................................................................29

Page 3: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

Konsep Sekolah Penyayang

1.0 Latar belakang

Pendidikan pada masa kini amat mencabar dan lebih kompleks, ini termasuklah aktiviti yang

berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani

manusia. Sekolah dilihat sebagai sebuah organisasi yang penting dalam menerap serta memupuk

pembentukan seseorang individu. Manakala golongan pendidik pula menjadi pendokong wadah

yang terpenting dan murni ini dalam menjana modal insan yang berketrampilan serta terpuji di

samping melahirkan insan yang intelektual. Dewasa kini, bidang pendidikan menjadi tonggak

utama sesebuah negara dalam proses pembangunan. Keberkesanan sistem pendidikan dalam

sesebuah negara akan menjamin maju atau mundurnya negara tersebut.

Justeru itu, Malaysia tidak terkecuali dalam usaha membentuk sistem pendidikan

berkualiti bukan sahaja dalam aspek kurikulum, tetapi merangkumi komponen pendidikan lain

seperti kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Kementerian Pelajaran Malaysia yang

merupakan sebuah kementerian yang bertanggungjawab dalam bidang berkaitan pendidikan ini

telah memperkenalkan konsep ‘Sekolah Penyayang’ bagi melahirkan pelajar yang

berketrampilan dan seimbang serta sekali gus dapat membendung salah laku dikalangan murid.

Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem

pendidikan Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam

Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang

adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah

Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani,

intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Sejak akhir-akhir ini gejala vandalisme, buli dan ponteng sekolah adalah merupakan

fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah. Diharapkan dengan wujudnya sekolah

penyayang ini maka gejala yang tidak sihat ini akan dapat dikurangkan serta dihapuskan terus

1

Page 4: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

dalam kalangan murid. Pihak Kementerian memberikan saranan agar pihak sekolah dapat

menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan cara merealisasikan Sekolah

Penyayang supaya para pelajar yang bermasalah ini dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang

oleh guru-guru. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan terpikat,

terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian

Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995)

Menurut Perkara 28, Hak Kanak-kanak dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga

telah mengesyorkan supaya menggalakan perkembangan pendidikan menengah dan rendah

dalam pelbagai bentuk termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan terbuka

kepada tiap-tiap kanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan

pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika difikirkan perlu..

Menurut Prof. Dr Chiam Heng Keng, (2008) Malaysia telah meratifikasi Konvensyen

Mengenai Hak Kanak-kanak. Konvensyen ini menekankan kabajikan dan kesejahteraan kanak-

kanak, terutama untuk perkembangan & perlindungan mereka. Dalam hal ini Dasar Kementerian

sememangnya selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC). Para pendidik seharusnya

menyokong dasar ini melalui amalan seharian mereka yang mengutamakan kesejahteraan kanak-

kanak.

Dalam Hierarki Keperluan Maslow pula, kasih sayang merupakan salah satu keperluan

asas yang perlu dipenuhi dan sesuatu yang penting dalam proses perkembangan dan

kehidupannya. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi maka proses perkembangan seterusnya

akan terbantut.

Glasser (2000) juga menyatakan manusia dilahirkan dengan lima keperluan antaranya

keperluan survival dan kasih sayang . Galasser percaya bahawa keperluan terhadap kasih sayang

dan dipunyai adalah penting kerana kita perlukan orang lain untuk memuaskan kedua-dua

keperluan ini. Warga sekolah merupakan agen penting untuk memenuhi keperluan pelajar.

Menurut al-Ghazali, hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan

lembut seperti tanah menyebabkan benih dapat disemai (Ihya’,Jil.III). Sekiranya dia dilatih

2

Page 5: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

dengan kasih sayang serta perangai yang baik, nescaya dia akan menjadi seorang yang baik,

begitulah sebaliknya. Kanak-kanak dianggap amanah daripada Allah kepada kedua ibu bapanya

(Hamid Fahmy,1990).

Oleh itu, Sekolah Penyayang merupakan elemen penting dalam melahirkan warga negara

Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang

kondusif dan baik, maka ini akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka

akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur positif yang boleh membangun jati diri sebagai

warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri dengan adab-adab dan nilai

kesopanan orang-orang Timur.

2.0 Matlamat

Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk

membendung masalah sosial dan dapat menyemai sikap-sikap positif dalam diri murid.

Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari sikap

murid itu sendiri yang kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada penjaga ataupun

guru-guru di sekolah. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali

para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah

serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.

Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan

yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa.

Konsep sekolah penyayang yangmempunyai ciri-ciri pengamalan budaya ilmu dan perhubungan

kemanusiaan yang tinggi, pendidikan sepanjang hayat, amalan Budaya Cemerlang dan

masyarakat penyayang dalam institusi pendidikan adalah bermatlamat untuk melahirkan individu

yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku kerana di dalamnya ia menerapkan budaya

suka belajar, tidak kira murid, guru atau pentadbir, memiliki kualiti hubungan kemanusiaan yang

tinggi antara guru dengan ibu bapa, guru dengan guru, guru dengan murid dan guru dengan

pentadbir. Suasana persekitaran yang indah, mesra dan tenang (Duke Amiene Rev, Australia,

Harian Metro, 21 April 2007)

3

Page 6: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

3.0 Objektif

3.1 Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid,

ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjsama ke arah mewujudkan sekolah dan

masyarakat penyayang.

3.2 Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga

sekolah.

3.3 Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid.

3.4 Meningkatkan perasaan kasih sayang dan menghormati dalam kalangan guru dan

kakitangan sekolah terhadap murid-murid di sekolah.

3.5 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.

4.0 Konsep

Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu;

4.1 Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang dan bertolak

ansur.

4.2 Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani

dan berdisiplin tinggi.

4.3 Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang ambik peduli terhadap

anak didik di sekolah dalam segala aspek.

4.4 Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan

kakitangan sekolah.

4.5 Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam

kalangan mereka.

4

Page 7: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

4.6 Mampu melahirkan guru-guru yang lebih bertanggungjawab dan cakna di

sekolah-sekolah.

Konsep Penyayang

5.0 PelaksanaanSekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran,

pengurusan, guru dan staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti

setempat.

5

Penyayang

KesefahamanKesepunyaan

Bertolak ansur

Mesra

Hormati

Kasih/cinta

Bertanggungjawab

PrihatinMenghargai

KeakrabanAmbil berat/peduli

Page 8: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

5.1 Persekitaran

5.1.1 Program : “Selamat Datang Sayang”

Matlamat :

Mewujudkan Persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif. Selaras dengan

konsep “Sekolah Selamat” dan “Sekolah Penyayang” yang diperkenalkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM), “Selamat Datang Sayang” bermatlamat untuk menarik minat murid

untuk hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, dapat

memupuk pembentukan diri yang positif dengan menyemai perasaan bahawa mereka diterima

dan dihargai juga dapat membantu murid mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar.

Objektif :

1. Memupuk perasaan sayang kepada guru dan sekolah.

2. Rasa dihargai dan diterima.

3. Dapat membina harga diri positif.

Aktiviti 1 : Selamat Pagi Sayang

Sasaran : Semua murid sekolah/ Guru bertugas mingguan

Cara Pelaksanaan :

- Guru bertugas mingguan berada di pintu pagar sebelum waktu persekolahan

bermula.

- Guru mengucapkan salam/ ucap selamat/ kata-kata positif dan semangat

Contoh:

“Assalamualaikum/ Selamat pagi putera puteriku/ anak-anakku.”

“Selamat datang ke sekolah sayang.”

“Bonda harap anakanda gembira hari ini di sekolah.”

“Selamat menimba ilmu daripada guru-guru tersayang.

6

Page 9: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

Aktiviti 2 : Kami Cakna

Sasaran : Semua murid sekolah

Tindakan : Guru mata pelajaran pertama

Cara Pelaksanaan :

- Guru mata pelajaran pertama akan memulakan pembelajaran dengan berbual

dengan murid-murid yang tidak hadir pada hari sebelumnya untuk mengetahui

sebab ketidakhadiran mereka.

- Soal jawab jika ada murid yang merasa tidak sihat pada hari tersebut. Kalau

murid-murid sakit, berikan tumpuan kepada mereka di dalam kelas.

- Berikan murid-murid yang sakit berehat/ makan dan maklumkan ibu bapa/

penjaga mereka.

Aktiviti 3 : Jelajah sayang

Sasaran : Murid ponteng

Tindakan : Guru mata disiplin

Tempat : Sekitar kawasan sekolah

Cara Pelaksanaan :

- Beberapa lokasi di sekolah dijadikan kawasan angkat untuk dijaga oleh murid-

murid yang ponteng ini.

- Kawasan tersebut seperti di kawasan kolam ikan, taman bunga kertas, taman

herba, taman ilmu dan taman santai.

- Mereka bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan jagaan

mereka.

- Guru disiplin akan memantau kawasan tersebut sambil di bantu oleh murid-murid

dari Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

- Hadiah dan penghargaan akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya menjaga

kawasan angkat mereka mengikuti piawaian yang ditetapkan.

- Pertandingan ini akan dilaksanakan sepanjang tahun dan akan diadili setiap bulan

7

Page 10: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

5.1.2 Program : “Pulang Dengan Selamat”

Matlamat :

Mewujudkan kemesraan dan kasih sayang antara murid dan guru. Program bermatlamat

mengurangkan jurang perbezaan dan mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Objektif :

1. Murid-murid rasa dihargai dan diterima.

2. Mewujudkan kemesraan antara guru dan murid-murid.

3. Murid-murid rasa sayang kepada guru dan sekolah.

4. Menggalakkan murid-murid untuk hadir ke sekolah pada keesokan hari.

Aktiviti 1 : Hati-hati sayang

Sasaran : Semua murid.

Tindakan : Guru mata pelajaran akhir.

Cara Pelaksanaan : Sebelum pulang guru mata pelajaran akhir akan mengucapkan salam/

ucapan selamat/ kata-kata positif dan bersemangat.

Contoh :

“Jumpa lagi esok”

“Cikgu doakan kamu selamat sampai di rumah”

“Jangan lupa ulang kaji/ kerja rumah sayang”

“Selamat berjumpa dengan keluarga di rumah”

“Moga anda juga ceria di rumah”

- Bersalaman/ peluk murid-murid sama jantina.

8

Page 11: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

Aktiviti 2 : Dekat Di Hati

Sasaran : Murid yang lama tidak hadir ke sekolah

Tindakan : Guru kelas.

Cara Pelaksanaan :

- Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa ada surat daripada ibu bapa atau surat

cuti sakit akan di kunjungi oleh guru kelas.

- Ia bertujuan untuk bertanya khabar atau mengenal pasti masalah yang mungkin

wujud serta cara untuk menanganinya.

- Memberikan semangat dan dorongan kepada murid tersebut untuk hadir ke

sekolah.

- Adakan ‘Bintang’ kepada murid-murid di dalam kelas. Siapa yang mempunyai

banyak ‘Bintang’ dalam setiap bulan akan di berikan hadiah.

5.1.3 Program : Jom Santai Ceria

Matlamat :

Mewujudkan Persekitaran sekolah yang cantik dan indah. “Jom Santai Ceria”

bermatlamat untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah di samping memupuk minat murid

agar sentiasa ingin hadir ke sekolah. Selain itu, konsep ini dapat menimbulkan rasa

tanggungjawab murid dalam menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran sekolah.

Ekosistem sekolah yang aman dan sejahtera turut membantu menyokong perkembangan sahsiah

murid.

Objektif

1. Menanam budaya amalan menjaga kebersihan dalam kalangan warga sekolah.

2. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang cantik, ceria dan indah.

3. Suasana bilik darjah yang bersih dan ceria dapat merangsang perkembangan minda

murid dan sahsiah mereka.

9

Page 12: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

Aktiviti 1 : Sapaan Manja

Sasaran : Semua murid sekolah/ Semua guru

Tempat : Semua tempat.

Cara Pelaksanaan : Guru menyapa murid-murid semasa waktu rehat di pondok rehat.

Contoh:

“macam mana belajar hari ini?”

“anda sihat hari ini?”

“nampak cantik/kacak hari ini?”

“hujung minggu lepas pergi mana?”

“hujung minggu lepas buat apa?”

- Guru menyapa murid-murid semasa waktu rehat di kantin.

Contoh:

“makan apa hari ini?”

“sedap tak makanan hari ini?”

“makanan ni, beli kea tau mama bekalkan?”

“nampak bersemangat je makan…”

“cikgu nak kongsi makan sikit boleh ke?”

Aktiviti 2 : Siapa lebih kreatif

2.1- Sasaran : Semua guru, staf dan murid sekolah

2.2- Tempat : Kawasan sekolah

2.3- Cara Pelaksanaan :

- Sekolah mengadakan pertandingan menghasilkan ciptaan kreatif

daripada bahan-bahan terbuang.

- Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan mengikut tahap masing-masing.

- Hadiah akan diberikan kepada pemenang yang berjaya menghasilkan ciptaan

yang paling kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terbuang.

10

Page 13: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

5.1.4 Program : Mentor Mentee

Matlamat

Murid-murid perlu ditanam nilai kekeluargaan serta rasa tanggungjawab dalam menjaga

dan mengekalkan hubungan antara guru dan murid yang boleh diibaratkan seperti ibu/ bapa

dengan anak-anak mereka.

Objektif

1. Membangunkan sahsiah murid-murid.

2. Membina jati diri murid-murid.

3. Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid-murid.

Sasaran : Semua murid sekolah.

Tindakan : Guru yang dilantik sebagai mentor.

Cara Pelaksanaan :

i) Strategi Pelaksanaannya;

- Seorang guru dilantik sebagai mentor kepada empat orang murid.

- Perjumpaan diadakan sepanjang program berlangsung mengikut

kelapangan guru.

ii)Pengisian semasa perjumpaan;

- Memperkenalkan latar belakang diri.

- Membuat sapaan dan sesi ramah mesra.

- Membina matlamat belajar.

- Menyemak dan prihatin latar belakang murid serta meraikan

harijadi

mentee.

- Membimbing mentee mengatasi masalah peribadi atau pelajaran.

- Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya.

- Tugasan guru yang dipilih sebagai mentor hendaklah disenaraikan sebagai

salah satu tugasannya di sekolah.

11

Page 14: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

- Aktiviti didokumentasikan.

- Menyediakan profile setiap mentee.

5.2 Pengurusan

Pengurusan sekolah mempunyai pengaruh kuat untuk mencorak budaya sekolah dan budaya sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Sergiovani, 2000: Sharifah Md. Nor, 2000: Deal & Peterson, 1999)

5.2.1 Program Kau Yang Ku Sayang

Matlamat

Mengubah tingkahlaku murid bermasalah ke arah yang positif.

Objektif

1. Mendampingi dan mengenalpasti masalah murid.

2. Memberi perhatian dan kasih sayang kepada murid.

3. Menimbulkan kesedaran di kalangan murid bahawa mereka sangat disayangi dan

dihargai.

4. Menyedarkan bahawa masih ada orang yang mengambil berat,menyayangi dan

membimbing mereka.(Caring)

Prosedur Pelaksanaan

Sasaran : Murid bermasalah

1. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah.

2. Mengenalpasti guru angkat yang bersesuaian .

3. Pelancaran dan penyerahan peringkat sekolah

Bersama waris murid dengan kerjasama agensi luar yang berkaitan.

4. Pengisian :

I. ‘Siapa saya’ - Hubungan /Kejelikitan

II. Hala tuju Diri - Akademik

12

Page 15: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

III. Keluarga Saya - Keluarga

IV. Kemenjadian Murid

V. Mencari kesesuaian diri( Sukaneka/Memasak/Ikhtiar hidup dll).

5.2.2 Talian Kasih

Matlamat

Mendapatkan maklumat secara tepat berkenaan punca masalah murid

Objektif

1. Merapatkan hubungan warga sekolah dengan waris murid.

2. Murid dan waris menyedari keprihatinan dan kesungguhan pihak sekolah.

3. Menerapkan sikap ambil tahu serta cakna dalam kalangan warga sekolah.

Prosedur Pelaksanaan:

I Dapatkan data kehadiran murid dari unit HEM.

II Surat amaran pertama, kedua, ketiga.

III Membuat lawatan ke rumah murid (ponteng,kematian, sakit,masalah, kenduri)

IV Program pengurusan sek / PIBG/ guru masuk kampung (taklimat, perayaan)

V Tabung kebajikan / Derma Kilat

13

Page 16: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

5.2.3 Guru dan Staf (kakitangan sekolah)

1. Sayang disayang.

Matlamat

Melahirkan warga sekolah yang penyayang

Objektif

1. Memupuk adab sopan serta mengeratkan ukhwah sesama rakan sekerja.

2. Menanam perasaan kasih sayang dan mewujudkan kebertanggungjawaban antara

kakitangan sekolah.

3. Meningkatkan sensitiviti dan menghilangkan prasangka antara rakan sekerja.

4. Menjadi model yang sempurna kepada murid-murid.

Perlaksanaan

- Aktiviti ini dijalankan selepas perhimpunan rasmi ketika murid bergerak ke kelas.

- Guru saling bersalaman antara satu sama lain sambil mengucap selamat.

2. Sekolahku Sayang.

Matlamat

Mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah dan meyayangi

persekitaran sekolah.

Objektif

1. Mempamerkan pemuafakatan yang erat antara guru .

2. Meningkatkan ketrampilan guru.

3. Menanamkan rasa sayang dan bangga terhadap sekolah.

Pelaksanaan

14

Page 17: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

- Pemakaian seragam pada hari-hari tertentu dalam seminggu dan hari-hari penting

seperti Hari Guru, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat PIBG serta menjadi wakil-

wakil sekolah dalam sesuatu majlis.

-

3. Santapan Ilmiah

Matlamat

Menyuburkan minda dan jiwa dengan ilmu kerohanian dan motivasi diri yang positif.

Objektif:

1. Menerapkan nilai-nilai murni dan positif dalam kalangan guru.

2. Saling mengingati dan berpesan-pesan sesama rakan sejawat.

Perlaksanaan

- Santapan ilmiah dijalankan lima minit sebelum mesyuarat guru bermula bergantung

kepada ketetapan pihak sekolah.

5.2.3 Sudut KOMENTAR POSITIF

Matlamat

Warga sekolah merasa diri mereka dihargai, disayangi dan diberi penghargaan.

Objektif

1. Melahirkan warga sekolah yang sensitif dan peka kepada hari atau tarikh istimewa

bagi kakitangan sekolah.

2. Menggalakkan warga sekolah sentiasa memberi penghargaan kepada guru dan

kakitangan.

15

Page 18: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

Pelaksanaan

- AJK Majlis Staf mengenalpasti untuk menyediakan sudut ini (sama ada hari lahir,

anugerah pencapaian, sambung belajar, apa-apa yang dianggap membawa makna

kepada seseorang)

- AJK Majlis Staf bertindak bagi mendapatkan maklumat-maklumat ini dan

mempemerkannya kepada umum.

- Format sudut seperti di bawah:

Sudut Penghargaan

1. Tarikh Ulang tahun

Kreativiti terpulang kepada sekolah

2. Info semasa

3. Kematian

4. Haji

5. Kelahiran

5.3 Pelajar

5.3.1 Program Guru Cilik

a.        Matlamat

Melahirkan golongan guru cilik iaitu murid yang suka menolong murid lain dalam

pelbagai situasi.

 

b.      Objektif

           i.      Mewujudkan kerjasama dalam kalangan sesama mereka.

          ii.      Berkongsi kebolehan dan pengalaman sedia ada mereka.

16

Page 19: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

        iii.      Wujudkan rasa kasih sayang dan semangat saling membantu antara satu

sama lain dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan sahsiah diri.

 

c.       Prosedur

            i.      Memilih PRS yang terdiri daripada kelompok murid senior sebagai guru cilik.

           ii.       Murid yang terpilih sebagai guru cilik diberi pendedahan dan taklimat berkaitan

program yang akan dijalankan oleh guru Bimbingan & Kaunseling.

        iii.       Guru-guru memilih murid-murid sebagai mentee; seorang guru cilik akan

mempunyai 4 orang mentee.

        iv.        Melancarkan  penyerahan mentee kepada guru cilik dalam satu majlis khusus dan

seorang guru penyelia bagi beberapa orang guru cilik.

        v.         Perjumpaan antara guru cilik dan mentee akan diadakan setiap 2 minggu sekali

berdasarkan modul perjumpaan yang disediakan oleh Guru Bimbingan &

Kaunseling.

      vi.          Laporan perjumpaan guru cilik dan mentee dihantar kepada penyelia untuk

semakan pada setiap hujung bulan.

 

5.3.2 Kempen Berat Sama Dipikula.       Matlamat

Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara

warga sekolah dan murid-murid.

 

b.      Objektif

         i.     Meningkatkan  perasaan kasih sayang antara murid.

        ii.     Mewujudkan hubungan mesra antara murid dan guru.

     iii.     Melahirkan warga sekolah yang sentiasa prihatin dengan kesusahan orang

lain terutamanya warga sekolah yang lain.

     iv.       Membina sikap menghargai, suka memberi dan menghulurkan tangan kepada

insan- insan yang memerlukan bantuan.

17

Page 20: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

c.       Prosedur

       i.       PRS dan Pengawas membantu mengenalpasti murid-murid yang memerlukan

bantuan (murid miskin/ yatim).

      ii.        Mengedarkan pamplet,  brosur  atau kain rentang kempen untuk memberi

penjelasan dan sebagai makluman kepada murid dan seluruh warga sekolah.

     iii.        Pengawas membuat pengumuman kepada murid berhubung kempen dari

semasa ke semasa.

iv.        Pengawas dan PRS menetapkan masa untuk mengumpul barang-barang

keperluan yang ingin disumbangkan kepada murid-murid (pakaian, makanan, kasut,

beg,kasut dll)

      v.     Melancarkan majlis pengagihan barang-barang kepada murid yang berhak dalam

satu majlis yang dirasmikan oleh Pengetua dan Guru Besar.

 

5.3.3 Mesra Bersama

5.3.4

a.       Matlamat

Membina budaya kemesraan dan saling menyayangi  antara guru dan murid.

 

b.      Objektif

i.      Mewujudkan rasa disayangi dan dihargai dalam kalangan pelajar-pelajar yang

terpilih.

ii.      Menghapuskan jurang dan meningkatkan  hubungan mesra antara pentadbiran dan

murid- murid yang membuat perubahan positif dalam diri (akademik, sahsiah dsb) serta

dapat menanamkan keazaman yang tinggi dalam diri mereka.

iii.     Melahirkan murid - murid yang sentiasa berusaha untuk kesejahteraan dan

kecemerlangan diri seperti mana  yang terkandung dalam slogan XPLUS.

 

c.       Prosedur

      i.    Mengenal pasti murid yang ponteng sekolah melebihi 7 hari sebulan tanpa

sebarang sebab munasabah oleh ahli PRS dan ketua  tingkatan yang bertindak sebagai

mata dan telinga sekolah.

18

Page 21: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

     ii.     Mengenalpasti sebab permasalah tersebut timbul.

     iii.    Senarai nama murid ponteng tegar diserahkan kepada kaunselor untuk sesi

 kaunseling/bimbingan kelompok. 

     iv.    Ketua Tingkatan mengisi borang kehadiran harian untuk memantau pergerakan dan

kehadiran murid terbabit mengikut kelas, laporan diserahkan kepada ahli PRS

yang bertindak sebagai penyelaras pada setiap hujung minggu.

     v.     Laporan keseluruhan bulanan diserahkan kepada kaunselor untuk rekod.

     vi.    Murid - murid yang mengalami perubahan dari segi kehadiran akan diberi pengiktirafan

minum petang atau minum pagi dan sebagainya bersama Guru Besar @ Pengetua di

suatu tempat yang dipilih oleh badan disiplin sekolah.

 

 5.3.4.       Kami Boleh.

a.       Matlamat

Membentuk dan melahirkan warga sekolah yang berilmu serta mengamalkan sikap

prihatin dalam kalangan murid dan guru.

 

b.      Objektif

          i.     Memupuk semangat kerja sepasukan dalam kalangan guru dan murid.

   ii.     Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersaing secara sihat dan sensitif dalam

membina kecemerlangan diri sama ada dalam bidang akademik mahu pun sahsiah. 

       iii.      Memupuk budaya kerja cemerlang dalam kalangan murid.

 

c.       Prosedur

     i.    Setiap guru mata pelajaran mengenalpasti bilangan murid yang belum mencapai target

lulus dalam sesuatu pelajaran berdasarkan ujian bulanan pertama.

    ii.   Guru bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti dalam bilik darjah untuk

meningkatkan pencapaian murid - murid tersebut.

   iii.   Merekodkan pencapaian murid terbabit berdasarkan ujian-ujian (bulan 1 – 10) yang

dilaksanakan.

iv.    Menyenaraikan kumpulan murid yang menampakkan perubahan dari segi

19

Page 22: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

peningkatan pencapaian matapelajaran(subjek) tersebut.

 v.     Membawa murid - murid terbabit ‘bersiar-siar’atau ‘meluangkan masa bersama’ dengan

guru mata pelajaran tersebut.

 

5.3.5       Program Sukaneka Ceria

a.       Matlamat

  i.   Menanam sikap saling menyumbang, merancang dan melaksana dengan memberi

pengukuhan positif kepada para murid dan guru-guru.

   ii.    Mewujudkan rasa ‘kekitaan’di kalangan guru dan murid.

 

b.      Objektif

     i.   Melahirkan murid- murid yang dapat mengamalkan budaya 3C (cergas, cekap,

cakna).

    ii.   Membina hubungan mesra antara guru dan murid agar wujud rasa kekitaan antara

mereka.

    iii.   Menanam sikap berani mencuba dan persaingan sihat antara pasukan.

    iv.   Mengurangkan tekanan bebanan kerja dalam kalangan pentadbir sekolah.

 

c.       Prosedur

    i.     Mengenalpasti kumpulan murid (hard-core).

    ii.    Membahagikan murid - murid terbabit kepada 4 kumpulan utama yang diketuai oleh

4 orang pentadbir (Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum) dan dibantu oleh 4

orang guru kanan bagi setiap kumpulan.

      iii.    Jawatankuasa Pelaksana (PRS/Pengawas/Ketua Rumah Sukan/Pengerusi @ Kelab

persatuan) merancangkan aktiviti (sukaneka) yang bersesuaian.

      iv.    Memilih tempat pelaksanaan aktiviti (di luar kawasan sekolah)

      v.     Melaksanakan aktiviti.

     vi.     Post-mortem aktivit

20

Page 23: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

5.3.6.       Program Anda Disayangi.

a.       Matlamat

Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara

warga sekolah dan murid.

 

b.      Objektif

i.      Meningkatkan  perasaan saling menghormati sesama murid.

Ii.   Memberi peluang kepada murid menerima penghargaan daripada rakan-rakan

dan guru-guru.

iii.    Murid berasa dirinya dihargai, disayangi dan diterima oleh orang lain.

 

c.       Prosedur

i.     Ketua tingkatan / guru menyenaraikan nama murid yang terbabit di papan info.

ii.     Menggunakan masa perhimpunan mingguan/perhimpunan bulanan kokurikulum

untuk meraikan murid - murid tersebut.

iii.    Menjemput murid-murid dan guru-guru ke pentas utama.

  iv.   Memulakan majlis dengan bacaan doa panjang umur.

v.      Nyanyian lagu “selamat hari lahir”  oleh seluruh warga sekolah.

  vi.     Murid- murid dan guru-guru lain boleh memberi hadiah atau kad ucapan kepada

yang terlibat.

5.3.7.       Program Sekolahku Sayang 

a. Matlamat

Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra, keprihatinan dan rasa

tanggungjawab antara warga sekolah dan murid.

b.      Objektif

  i.     Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersemangat tinggi untuk ke sekolah pada

setiap hari.

21

Page 24: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

  ii.   Memberi pengiktirafan kepada murid- murid yang datang ke sekolah.

iii.    Mengamalkan nilai-nilai salam, senyum, sopan dan sayang.

 

c.       Prosedur

  i.    Guru, pengawas/PRS yang bertugas bersedia di pintu pagar sekolah seawal pagi yang

boleh untuk menyambut kedatangan murid yang lain.

 ii.    Memberi ucapan selamat datang, ucapan salam atau selamat pagi kepada murid.

 iii.   Menyambut kedatangan murid dengan senyuman.

5.3.8.       Program ‘Pagi Ceria’

a.       Matlamat

          i.       Melahirkan rasa dihargai dan diambil berat oleh murid-murid RMT.

         ii.       Makan bersama dengan pihak pentdbiran.

      iii.       Mewujudkan perasaan ukhwah antara murid - murid, murid – sekolah.

 

b.      Objektif

i.         Merangsang keinginan murid untuk datang ke sekolah awal untuk makan bersama

guru.

   ii.         Memberi pengiktirafan kepada murid.

 

c.       Prosedur

       i.         Dijalankan pada awal pagi semasa program RMT.

      ii.         Murid makan bersama dengan pihak pentadbiran semasa program RMT

(1hari seorang pihak pentadbir)

    iii.         Jadual pihak pentadbiran yang terlibat dengan program disediakan oleh guru RMT.

22

Page 25: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

5.3.9 Kongsi ilmu

Perhimpunan seminggu sekali dalam perhimpunan rasmi bercakap tentang sekolah

penyayang tempoh 5 minit.

- Sayangi diri sendiri

- Sekolahku syurgaku

- Seronoknya datang sekolah

- Hormati guru

- Budaya memberi salam

- Budaya terima kasih

- Senyum itu sedekah

- Tolong menolong

- Kerja itu ibadah

- Sayangi rakan

Matlamat

Memberi input konsep sekolah penyayang kepada umum.

Objektif

- Memberi maklumat yang jelas mengenai sekolah penyayang kepada warga sekolah

- Sensitif dengan isu-isu kasih sayang

- Memberi peluang kepada guru bertugas mengupas isu-isu kasih sayang

- Dapat menyebarkan maklumat-maklumat segera berkaitan kasih sayang.

Perlaksanaan

- Program ini dijalankan sebulan sekali

- Tema ini dilaksanakan oleh guru yang bertugas

23

Page 26: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

5.4 Ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat.

5.4.1 Program Gandingan Sayang.

Matlamat

Menggalakkan kepada penglibatan waris/ penjaga murid-murid dalam aktiviti sekolah sepanjang

tahun dengan senyuman dan kasih sayang.

Objektif

1. Penjaga/ ibu bapa dapat menyatakan harapan dengan penuh rasa sayang kepada anak-

anak setiap masa.

2. Pengisian motivasi keibubapaan dan kesedaran mengenai tanggungjawab mereka kepada

penjaga.

3. Memastikan waris-waris yang tegar dan kurang melibatkan diri dengan program sekolah

untuk hadir demi masa depan anak-anak mereka.

4. Guru kelas perlu lebih peka dan sensitif dalam mengenalpasti murid-murid (klien) untuk

bimbingan atau kaunseling individu.

5. Memberikan keseimbangan dan kesempurnaan dalam setiap hal (jasmani, emosi, rohani

dan intelektual).

Prosedur

1. Perasmian : Pihak pentadbiran.

2. Penglibatan : Agensi luar untuk memberikan motivasi.

3. Ceramah motivasi.

4. Sesi : Slot penjaga bersama murid diadakan semasa program.

5. Pelaksanaan : Dijalankan berperingkat mengikut tahun dengan penglibatan waris

terdekat murid.

24

Page 27: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

5.4.2 Bersama kita teguh.

Matlamat

Menyemai kesedaran dan memupuk pengisian dari aspek kerohanian dan penghayatan

kepada nilai-nilai murni.

Objektif

1. Pengisian kerohanian dan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid.

2. Menerapkan keutuhan dalam hubungan kekeluargaan.

3. Penerapan nilai kasih sayang sesama ahli keluarga.

4. Menggalakkan penglibatan PIBG dalam program sekolah.

5. Melahirkan generasi sopan, bertanggungjawab dan sayang dalam hubungan kekeluargaan

Prosedur

1. Aktiviti hari keluarga.

2. Gotong royong (mendirikan khemah, memasak, persiapan diri dan tempat berkhemah)

3. Ceramah kerohanian.

4. Solat berjemaah dan qiamullail.

5. Tidur di khemah / kelas/ dewan.

5.4.3 Seia Sekata.

Matlamat :

Menarik minat penjaga untuk hadir ke sekolah dengan pendekatan salam, sopan dan cakna.

Objektif

25

Page 28: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

1. Menggalakkan dan menarik minat penjaga untuk turut sama melibatkan diri dengan

aktiviti sekolah.

2. Membina persepsi positif penjaga terhadap sekolah dan guru-guru.

3. Membina semangat kekeluargaan dan kekitaan antara pihak sekolah dan penjaga.

4. Memupuk rasa kepunyaan penjaga terhadap sekolah.

Prosedur

1. Menghargai sumbangan yang diberikan oleh penjaga dengan memberikan surat

penghargaan/hadiah dan bantuan.

2. AJK PIBG menyedarkan penjaga mengenai peranan ibu bapa dalam meningkatkan

akademik dan sahsiah anak-anak mereka bermula dari rumah.

5.4.4 Tautan Ukhwah.

Matlamat:

Mengenal pasti masalah dan cara mengatasinya serta bagaimanakah bentuk sumbangan

kepada waris yang ditimpa musibah atau miskin dengan tindakan segera dan sempurna.

Objektif

1. Hubungan akrab perlu disemai antara pihak sekolah, agensi luar dan penjaga murid-

murid.

2. Mengenal pasti masalah murid dan keperluan semasa mereka.

3. Bertindak segera terhadap setiap aduan (3C -cergas, cekap, cakna).

4. Sensitif dan peka terhadap setiap masalah murid.

5. Berkunjung, bertanyakan khabar dan menyampaikan salam pihak pentadbir.

26

Page 29: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

Prosedur

1. Melibatkan pelbagai pihak seperti AJK PIBG, JKKK, JKM dan agensi-agensi lain yang

difikirkan berkaitan.

2. Guru-guru kelas menyalurkan maklumat murid yang menghadapi masalah kepada AJK

bertindak sebelum ke rumah penjaga.

3. Guru bersama-sama dengan AJK PIBG melaksanakan peranan masing-masing dengan

mengenalpasti lokasi dan tempat tinggal murid

5.4.5 Hari Kerjaya Sekolah

Matlamat:

Mengeratkan hubungan murid, penjaga, guru, kakitangan sekolah, PIBG dan agensi luar.

Objektif

1. Memberikan kesedaran kepada penjaga berkaitan dengan kerjaya di masa hadapan.

2. Menggilap budaya berketrampilan dan yakin diri dalam sahsiah murid-murid.

3. Penjaga perlu sensitif akan perkembangan isu-isu semasa.

Prosedur

1. Program diadakan dengan penglibatan oleh Unit Kokurikulum. Contoh: Hari

Kokurikulum.

2. Melibatkan agensi luar dalam pendedahan kerjaya.Contoh: PDRM, Jabatan Kesihatan,

Angkatan Tentera Malaysia, Bomba dan sebagainya.

3. Melibatkan penjaga dengan agensi luar dalam persediaan tempat dan peralatan.

27

Page 30: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

4. Mendedahkan murid-murid kepada peluang-peluang kerjaya melalui peranan alumni.

5. Sukan rakyat bersama pihak sekolah, waris dan agensi luar.

6.0 KESIMPULAN

Sekolah Penyayang diwujudkan adalah untuk memberikan kesan yang baik kepada senario

pendidikan masa kini sekiranya ia dilaksanakan dengan hati yang ikhlas. Sekolah merupakan

sebuah institusi yang indah dan murni dalam membina sahsiah dan perwatakan murid-murid.

Keindahan dan kemurniannya memerlukan kepada pengorbanan masa, tenaga,wang ringgit dan

keringat warga pendidik, murid, ibu bapa dan komuniti setempat. Berdasarkan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 yang diperincikan melalui surat-surat pekeliling

ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia, hasrat murni Sekolah Penyayang yang digagaskan ini

akan berjaya sekiranya ia dikongsikan bersama.

Murid-murid ini merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing,

dihargai kewujudannya serta disayangi setiap masa. Mereka perlu dibimbing dengan penuh kasih

sayang dalam memastikan masa depan negara kita akan sentiasa berada dalam suasana rukun

damai. Ini kerana menurut Teori Pemusatan Perorangan oleh Carl Rogers menyatakan tentang

sifat semulajadi manusia yang mempunyai harga diri, mempunyai minat yang tersendiri serta

bebas berdikari dan mempunyai arah kendiri. Sekiranya pendidik menggunakan pendekatan

kasih sayang dan tidak mudah menjatuhkan harga diri murid di hadapan orang lain maka

kesannya amat besar dan mendalam serta mampu mempengaruhi perkembangan psikologi

mereka.

Sehubungan itu saya merasakan, inilah masanya untuk kita menggembeling tenaga dalam

usaha membina murid yang cemerlang dari segi akademik dan seimbang perkembangannya dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, serta mempunyai disiplin diri yang tinggi,

berketrampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat

kerjasama berpasukan serta mampu memain peranan dalam masyarakat (Rujukan: Perutusan

28

Page 31: KERTAS KONSEP SEKOLAH PEYAYANG.docx

Tahun Baru 2006, YB Menteri Pelajaran Malaysia) seperti hasrat Menteri Pelajaran melalui

wasilah pendidikan dan wadah Sekolah Penyayang.

Rujukan

Konsep sekolah penyayang.(2007) Di peroleh pada 10 Oktober,2014. Daripada

http://syiffah.blogspot.com/

Konsep Sekolah Penyayang.(2012). Di peroleh pada 3 Oktober, 2014. Daripada

http://dari-sinarmata.blogspot.com

Pembudayaan Sekolah Penyayang(2008). Diperoleh pada 2 Oktober, 2014. Daripada

http://youngsmkbg.blogspot.com/

Program Guru Penyayang.(2012). Diperoleh pada 3 Oktober, 2014. Daripada

http://buletinkpm.blogspot.com/

Sekolah Penyayang.(2013). Di peroleh pada 2 Oktober, 2014. Daripada

http://gm1monline.blogspot.com/

29