10
Kesan negative kegunaan nuklear Harapan atau Kehancuran Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1994, bom atom pertama di dunia meletup dengan sinaran cahaya yang paling hebat di atas bangunan Dewan Galakan Industri. Ledakan itu dengan serta-merta merubah bandar Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur. Kesan letupan bom itu secara mendatar, 550 meter di atas kubahnya tidak memusnahkan terus bangunan itu. Rangkanya kini menjadi saksi tunggal hingga ke hari ini terhadap malapetaka itu. KIRA-KIRA 137,000 orang dilaporkan terkorban di Jepun pagi tadi. Peristiwa yang berlaku lebih 40 tahun lalu di Hiroshima itu tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Kejayaan penyelidikan tiga tahun The Manhattan Project di Los Alamos, Amerika Syarikat, meninggalkan catatan hitam yang memilukan. Bencana nuklear yang pertama di muka bumi ini pada jam 8.15 pagi hari ini, 44 tahun yang lalu, sukar untuk dilupakan. Kepada segolongan manusia, ledakan bom akibat tindak balas bahan utama satu kilogram uranium 235, adalah mimpi yang menakutkan dan tidak munasabah. Bagi yang lain, malapetaka daripada bom yang digelar Little Boy seberat 4,100 kilogram itu adalah suatu impian yang diharapkan. Tiga hari kemudian, bandar Nagasaki pula menjadi `padang jarak padang tekukur', dengan 78,000 orang dilaporkan terkorban akibat tindak balas bahan plutonium 239 yang dimuatkan dalam Fat Man. Daripada dua peristiwa ini, tidak boleh dinafikan bahawa kuasa nuklear adalah ancaman terbesar kepada kewujudan manusia di muka bumi serta mampu manjadi faktor yang menjejaskan keamanan dunia. Sebaliknya, teknologi ini penting dan mempunyai nilai yang tinggi, dengan faedah besar bagi ekonomi perusahaan. Dalam pada itu, pelbagai reaksi akan wujud apabila perkataan nuklear disebut. Walupun ia telah mengalami pelbagai peristiwa menarik sejak lebih 40 tahun lalu, agak menghairankan mengapa ramai yang masih takut dengan k ematian yang disebabkan olehnya, sedangkan mekatian berlaku di mana-mana. Lombong arang batu pernah membunuh beratus-ratus pekerja manakala kemalangan  jalanraya meragut beribu-ribu nyawa setiap t ahun. Dapatkah kita mengetepikan sahaja kuasa nuklear sebagai sumber alternatif tenaga? Haruskah kita terus membakar bahan api daripada fosil seperti arang batu, gas dan minyak? Perlu disedari bahawa bekalan minyak di bumi ini tidak akan kekal selamanya. Bagi arang batu, ia menyebabkan pencemaran udara, memendekkan nyawa dan mewujudkan hujan asid. Walaupun wajar kita meragui nuklear adalah satu sumber tenaga yang amat merbahaya, tetapi perlu disedari bahawa bahaya itu wujud sebagai satu kemungkinan. Mungkin sebahagiannya kerana ketakutan mengenai perang nuklear. Secara tidak langsung, kegunaan nuklear secara aman ditafsirkan sebagai satu punca bahaya yang amat membimbangkan.

Kesan Negative Kegunaan Nuklear

Embed Size (px)

Citation preview

  • 5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear

    1/10

    Kesan negative kegunaan nuklear

    Harapan atau Kehancuran

    Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1994, bom atom pertama di dunia meletup dengan sinaran cahaya yang

    paling hebat di atas bangunan Dewan Galakan Industri. Ledakan itu dengan serta-merta merubahbandar Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur.

    Kesan letupan bom itu secara mendatar, 550 meter di atas kubahnya tidak memusnahkan terus

    bangunan itu. Rangkanya kini menjadi saksi tunggal hingga ke hari ini terhadap malapetaka itu.

    KIRA-KIRA 137,000 orang dilaporkan terkorban di Jepun pagi tadi. Peristiwa yang berlaku lebih 40

    tahun lalu di Hiroshima itu tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Kejayaan penyelidikan tiga tahun

    The Manhattan Project di Los Alamos, Amerika Syarikat, meninggalkan catatan hitam yang

    memilukan.

    Bencana nuklear yang pertama di muka bumi ini pada jam 8.15 pagi hari ini, 44 tahun yang lalu,

    sukar untuk dilupakan. Kepada segolongan manusia, ledakan bom akibat tindak balas bahan utama

    satu kilogram uranium 235, adalah mimpi yang menakutkan dan tidak munasabah. Bagi yang lain,

    malapetaka daripada bom yang digelar Little Boy seberat 4,100 kilogram itu adalah suatu impian

    yang diharapkan.

    Tiga hari kemudian, bandar Nagasaki pula menjadi `padang jarak padang tekukur', dengan 78,000

    orang dilaporkan terkorban akibat tindak balas bahan plutonium 239 yang dimuatkan dalam Fat

    Man.

    Daripada dua peristiwa ini, tidak boleh dinafikan bahawa kuasa nuklear adalah ancaman terbesarkepada kewujudan manusia di muka bumi serta mampu manjadi faktor yang menjejaskan keamanan

    dunia. Sebaliknya, teknologi ini penting dan mempunyai nilai yang tinggi, dengan faedah besar bagi

    ekonomi perusahaan.

    Dalam pada itu, pelbagai reaksi akan wujud apabila perkataan nuklear disebut. Walupun ia telah

    mengalami pelbagai peristiwa menarik sejak lebih 40 tahun lalu, agak menghairankan mengapa

    ramai yang masih takut dengan kematian yang disebabkan olehnya, sedangkan mekatian berlaku di

    mana-mana. Lombong arang batu pernah membunuh beratus-ratus pekerja manakala kemalangan

    jalanraya meragut beribu-ribu nyawa setiap tahun.

    Dapatkah kita mengetepikan sahaja kuasa nuklear sebagai sumber alternatif tenaga? Haruskah kita

    terus membakar bahan api daripada fosil seperti arang batu, gas dan minyak? Perlu disedari bahawa

    bekalan minyak di bumi ini tidak akan kekal selamanya. Bagi arang batu, ia menyebabkan

    pencemaran udara, memendekkan nyawa dan mewujudkan hujan asid.

    Walaupun wajar kita meragui nuklear adalah satu sumber tenaga yang amat merbahaya, tetapi perlu

    disedari bahawa bahaya itu wujud sebagai satu kemungkinan. Mungkin sebahagiannya kerana

    ketakutan mengenai perang nuklear. Secara tidak langsung, kegunaan nuklear secara aman

    ditafsirkan sebagai satu punca bahaya yang amat membimbangkan.

  • 5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear

    2/10

    Mengenai bantahan yang banyak dikemukakan, terutama daripada pertubuhan alam sekitar,

    ketakutan dan tunjuk perasaan yang diadakan nampaknya lebih tertumpu kepada stesen

    janaelektrik berkuasa nuklear dan bukannya kemusnahan menyeluruh yang adisebabkan oleh

    nuklear. Harus disedari bahawa stesen janaelektrik tidak boleh meletup seperti sebutir bom.

    Yang perlu diragui ialah alat dan kelengkapan kuasa nuklear untuk tujuan pemusnahan dan

    dilonggokkan dengan banyaknya oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Soviet Union. Jika

    perang nuklear meletus, tiada stesen janaelektrik yang akan meletup, sebaliknya bumi ini! Jumlah

    penuh senjata yang telah dihasilkan kini beribu kali ganda daripada kekuatan bom atom yang

    meledak di Hiroshima dan Nagasaki. Buat sementara, kita masih boleh hidup dengan aman selagi

    negara yang saling mencurigai itu belum membuat kesilapan.

    Dalam pada itu, sikap pemimpin dunia mengenai senjata nuklear amat menyedihkan sejak

    kebelakangan ini. Selain pergeseran antara kuasa besar (walaupun beberapa persetujuan perlucutan

    senjata dicapai dan belum terlaksana), negara dunia ketiga sebaliknya tidak mahu ketinggalan untuk

    membuat senjata nuklear. Dalam masa mereka berusaha mencapai impian, sebahagian besar rakyat

    terpaksa menghadapi kemiskinan dan kelaparan. Contohnya ialah India dan Pakistan.

    Inikah layanan kerajaan dan pemimpin negara untuk rakyat yang memerlukan pembelaan?

    Walaupun menghadapi masalah kewangan, kedua-dua negara berlumba menghasilkan peluru

    berpandu buatan sendiri dengan keupayaan membawa bahan pemusnah berkuasa nuklear. Rakyat

    yang malang di kedua-dua negara itu makin terdedah kepada bahaya yang sengaja diwujudkan.

    Seperti kuasa dan bahan api yang lain, kuasa nuklear juga mempunyai bahaya dan risiko.

    Bagaimanapun, semuanya telah sengaja diperbesarkan sehingga menenggelamkan kemampuan dan

    manafaatnya.

    http://forum.engkabang.net/index.php?topic=34525.0

    keburukan nuklear

    Tenaga nuklear sering dilabel sebagai senjata pemusnah. Peristiwa pengeboman bom atom di

    Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar,

    harta benda dan manusia. Walaupun penggunaan tenaga nuklear dapat mengurangkan

    pencemaran udara, kecuaian dalam penjanaannye boleh menyebabkan pencemaran bahanradioaktif. Segala kerja2 penjanaan tenaga haruslah dilakukan dengan sempurna tanpa

    sebarang kesilapan. Kebocoran pada reaktor nuklear boleh menyebabkan bahan2 radioaktif

    terbebas di udara. Uranium(U-235) mempunyai 'hayat separuh' yang lama. Bahan ini bolah

    kekal berjuta-juta tahun dalam persekitaran sebelum ia terurai. 'Hayat separuh' atau 'Half Life'

    adalah jangkamasa satu2 bahan radioaktif itu untuk terurai kepada separuh dari beratnye.

    Walaubagaimanapun, pendedahan kepada bahan2 radioaktif memberi kesan yang sangat

    buruk kepada manusia. Melalui beberapa kajian, Uranium contohnye dipercayai boleh

    menyerang sistem genetik manusia yang mana membawa kepada kanser dan penyakit2 lain

    dalam tempoh jangkamasa panjang.

    http://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.html

    http://forum.engkabang.net/index.php?topic=34525.0http://forum.engkabang.net/index.php?topic=34525.0http://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://forum.engkabang.net/index.php?topic=34525.0
  • 5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear

    3/10

    redotstar.blogspot.com/2011/12/kesan-teknologi-nuklear.html

    SEKTOR KETENTERAAN

    Sejarah telah menceritkan tentang tragedi pengeboman Bandaraya Hiroshima dan dan Nagasaki

    pada 6 dan 9 Ogos 1945 merupakan permulaan detik hitam penggunaan teknologi nuklear dalamperadaban manusia. Fakta dari peristiwa pengguguran bom atom tersebut mencatatkan kematian

    akibat ledakan seramai 140 ribu nyawa serta merta dan ratusan ribu lagi yang terkorban

    selepasledakan akibat radiasi sinaran dan kesanterbakar.

    Sejarah bom nuklear atau bom atom bermula apabila Amerika Syarikat memulakan projek

    menghasilkan bom atom yang dikenali sebagai Projek Manhattan di Los Alamos, New Mexico pada

    tahun 1942. Ujian bom atom pertama dilakukan di tapak ujian Alamogodro didaerah yang sama.

    Sepanjang sejarah, hanya dua kali bom atom digugurkan iaitu di Hiroshima dan Nagasaki sekaligus

    menamatkan Perang Dunia ke-2. Selain malapetaka Hiroshima dan Nagasaki, masyarakat terusdihantui dengan tragedi yang membabitkan nuklear apabila mengaitkannya dengan insiden

    kebocoran reaktor nuklear diThree Mile Islands, Amerika Syarikat pada 1979, Chernobyl, Ukraine

    (1986), Tokai Mura, Jepun (1999) dan United Kingdom (2000). (Faizal Aziz, 2010)

    ANCAMAN BAHAN RADIOAKTIF

    Tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga

    nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana

    radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti

    penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos

    menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan

    bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia.

    Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak

    boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu.

    http://4.bp.blogspot.com/-PSfma7acnF8/TuL20TzaUmI/AAAAAAAAAUk/ZGaLadi5_7c/s1600/Untitled+4.png
  • 5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear

    4/10

    Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus

    digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti. Kekurangan lain yang juga sering

    dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika

    kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang

    untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan

    bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan

    ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar

    Hiroshima. (Murray, 2009)

    Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah,

    daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasi teruk

    berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000

    orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka.

    Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health

    Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala,

    dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya

    dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser. (Azrina Sobian, 2010)

    http://4.bp.blogspot.com/-NNIxFdzxfN4/TuL3Ka1k9nI/AAAAAAAAAU0/sdiA9Pvrmuk/s1600/Untitled+6.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-6rMFrkJ-iF0/TuL3EKHYO3I/AAAAAAAAAUs/uGPDkTszFbM/s1600/Untitled+5.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-NNIxFdzxfN4/TuL3Ka1k9nI/AAAAAAAAAU0/sdiA9Pvrmuk/s1600/Untitled+6.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-6rMFrkJ-iF0/TuL3EKHYO3I/AAAAAAAAAUs/uGPDkTszFbM/s1600/Untitled+5.png
  • 5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear

    5/10

    Teknologi Nuklear dan Malapetaka Bom AtombyEDITORon Aug 5, 2010 2:46 pm2 Comments

    Oleh : Mohd Faizal Aziz

    Hari ini genaplah usia 65 tahun ulangtahun kemusnahan bandaraya Hiroshima di Jepun akibat ledakan

    bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika ketika Perang Dunia ke-2. Menurut Prof Muhammad

    Samudi Yasir, pensyarah dari Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia, dua hari lepas

    telah diadakan Majlis Memperingati Pengeboman Hiroshima dan Nagasakiyang dianjurkan

    oleh Malaysia Nuclear Societydi UNITEN, Bangi.

    Jika kita membaca sejarah, tragedi pengeboman Bandaraya Hiroshima dan dan Nagasaki pada 6 dan 9

    Ogos 1945 merupakan permulaan detik hitam penggunaan teknologi nuklear dalam peradaban manusia.

    Fakta dari peristiwa pengguguran bom atom tersebut mencatatkan kematian akibat ledakan seramai 140

    ribu nyawa serta merta dan ratusan ribu lagi yang terkorban selepas ledakan akibat radiasi sinaran dan

    kesan terbakar.

    Sejarah bom nuklear atau bom atom bermula apabila Amerika Syarikat memulakan projek menghasilkanbom atom yang dikenali sebagai Projek Manhattandi Los Alamos, New Mexico pada tahun 1942. Ujian

    bom atom pertama dilakukan di tapak ujian Alamogodrodi daerah yang sama. Sepanjang sejarah, hanya

    dua kali bom atom digugurkan iaitu di Hiroshima dan Nagasaki sekaligus menamatkan Perang Dunia ke-2.

    Selain malapetaka Hiroshima dan Nagasaki, masyarakat terus dihantui dengan tragedi yang membabitkan

    nuklear apabila mengaitkannya dengan insiden kebocoran reaktor nuklear di Three Mile Islands, Amerika

    Syarikat pada 1979, Chernobyl, Ukraine (1986), Tokai Mura, Jepun (1999) dan United Kingdom(2000).

    Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menggunakan

    tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan itu, Kementerian Tenaga, Teknologi

    Hijau dan Airtelah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka

    mula beroperasi pada tahun 2021. Selepas pengumuman tersebut, timbullah pelbagai persoalan yang

    bermain di benak masyarakat tentang risiko-risiko yang bakal berlaku sekiranya projek ini diteruskan. Di

    kalangan aktivis dan masyarakat yang belum memahami isu tenaga nuklear ini, sudah muncul banyak

    tulisan dan rencana yang menghentam dan mengkritik langkah kerajaan untuk memanfaatkan teknologi

    nuklear untuk tenaga. Ironinya, di kalangan pakar, penyelidik, saintis serta penyokong kuat penggunaan

    teknologi ini, jarang kelihatan artikel dan rencana mereka tersiar bagi memudahkan masyarakat awam

    memahami isu ini secara jelas. Seakan-akan wujud jurang yang memisahkan antara golongan yang faham

    dan masyarakat awam tentang teknologi nuklear.

    Di kalangan negara maju, teknologi penggunaan sumber tenaga nuklear sudah tidak asing lagi. Iadigunakan dengan meluas dan negara maju sepertiKorea Selatan, sejak beberapa tahun lalu dilaporkansudah mempunyai 20 reaktor nuklear dan hampir 40 peratus bekalan elektrik disumbangkan oleh sektorberkenaan.Kepentingan nuklear kepada sesebuah negara sebagai sumber tenaga sebenarnya tidak dapat

    dipertikaikan, apatah lagi sumber bahan api seperti minyak, gas dan arang batu akan berakhir suatu masananti.

    http://www.majalahsains.com/author/faizal/http://www.majalahsains.com/author/faizal/http://www.majalahsains.com/author/faizal/http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/#commentshttp://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/#commentshttp://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/#commentshttp://www.majalahsains.com/wp-content/uploads/2010/08/Nuclear-Power.jpghttp://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/#commentshttp://www.majalahsains.com/author/faizal/
  • 5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear

    6/10

    Masyarakat umum melihat teknologi nuklear hanya digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

    Sedarkah kita bahawa teknologi nuklear boleh dikembangkan dan diperluaskan meliputi pelbagai bidang

    penting seperti perubatan, pertanian, pembuatan dan alam sekitar.Dalam bidang perubatan misalnya, teknologi nuklear sudah digunakan dengan meluas di hospitalseperti Magnetic Resonance Imaging (MRI)yang menggunakan sumber tenaga nuklear untuk pengesanpenyakit berbahaya pada manusia. Menurut Profesor Bradley, seorang pakar teknologi nuklear

    dari University Of Surrey United Kingdomyang berkunjung ke Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, pada awalnya nama asal bagi MRIialah Nuclear Magnetic Resonance Imaging. Namun begituakhirnya perkataan nuklear digugurkan bagi mengelakkan kekeliruan dan ketakutan masyarakat tentangistilah tersebut. Dalam bidang pertanian penggunaan teknologi nuklear berjaya menghasilkan anak pokok,enzim serta baja yang bermutu tinggi.

    Begitu juga dalam bidang pembuatan, penggunaan teknologi nuklear membolehkan pengeluaran sarung

    tangan getah, resin dan sebagainya yang memberi sumbangan besar pada industri sarung tangan di

    Malaysia.Dalam industri minyak dan sektor marin, teknologi Non Destructive Testing-NDT(Ujian Tanpa

    Musnah) yang menggunakan sumber tenaga nuklear melalui peralatan seperti Sinar Gammadan Sinar

    Xdigunakan untuk mengesan kecacatan atau kerosakan yang berlaku pada paip-paip minyak atau gas.

    Teknologi ini dipelopori oleh Agensi Nuklear Malaysiadan beberapa syarikat swasta yang lain.

    Malaysia memiliki satu-satunya reaktor nuklear yang dikenali sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (Pusat

    Penyelidikan Tenaga Atom Tun Doktor Ismailyang ditubuhkan 27 tahun dahulu yang kini dikenalisebagai Agensi Nuklear Malaysia ). Ia kini dikendalikan oleh Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di

    Bangi. Ia digunakan dalam aktiviti penyinaran neutron serta eksperimen pancaran neutron. Selain itu ia

    juga digunakan untuk kajian tentang reaktor itu sendiri yang terdiri daripada fizik reaktor, kejuruteraan

    reaktor dan kejuruteraan nuklear, hidraulik haba(thermalhydraulic) dancore analysis.

    Kebimbangan masyarakat terhadap isu tenaga nuklear timbul apabila penerangan tentang kebaikan

    sumber tenaga hijau dan bersih ini kurang diberi perhatian oleh pihak berwajib. Apa yang timbul hanyalah

    berita-berita yang negatif seperti bom atom, letupan Reaktor Chernobyl, Tragedi Three Miles Island dan

    sebagainya yang mengabui mata masyarakat tentang kebaikan teknologi ini. Selain itu pendedahan

    kepada nuklear di Malaysia agak perlahan menyebabkan orang ramai kurang pengetahuan mengenai

    perkara itu dan timbul kebimbangan yang berlebihan.

    Pada pandangan saya, penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga pada masa depan wajar

    diteruskan selepas mengambil kira pelbagai aspek seperti keselamatan, pengurusan, penerangan dan

    kajian yang mendalam. Teknologi hanyalah alat yang diuruskan oleh manusia. Untuk menghindari risiko,

    manusia perlu diasuh dan diajar tentang bagaimana untuk menguruskan teknologi. Lebih banyak

    penerangan dan penjelasan perlu diberi kepada masyarakat untuk mereka memahami isu ini.

    Walaubagaimanapun, pendirian kita jelas terhadap jenayah perang dan penggunaan teknologi nuklear

    dalam peperangan wajib ditentang habis-habisan. Jelas bahawa tenaga atom yang digunakan dalam

    peperangan hanya akan memusnahkan kehidupan dan peradaban manusia.

    - See more at: http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/#sthash.PD9PvmLE.dpuf

    http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/

    http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/
  • 5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear

    7/10

    PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI NUKLEAR~

    http://en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6139905

    Wednesday, 4 January 2012 at 01:24

    PENDAHULUAN

    -Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat"nukleus

    sesebuah atom.

    -Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta

    pembelahan atau pelakuran nuklear.

    -Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan

    penjanaan tenaga sekunder sepertitenaga elektrik.

    - Teknologi penggunaan sumber tenaga nuklear sudah tidak asing lagi.Antara negara yang

    mempunyai reaktor nuklear adalah Amerika Syarikat, Jepun, Iran, Perancis dan lain-lain.

    - Ia juga digunakan dengan meluas dan negara maju seperti Korea Selatan, sejak beberapa tahun lalu

    dilaporkan sudah mempunyai 20 reaktor nuklear dan hampir 40 peratus bekalan elektrik

    disumbangkan oleh sektor berkenaan.

    - Kepentingan nuklear kepada sesebuah negara sebagai sumber tenaga sebenarnya tidak dapat

    dipertikaikan, apatah lagi sumber bahan api seperti minyak, gas dan arang batu akan berakhir suatumasa nanti.

    (KEBURUKAN)

    1-Bahan radioaktif daripada tenaga nuklear mengancam kesihatan manusia

    - Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif

    - Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi

    - Hal ini membahayakan nyawa manusia

    - Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik

    - Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai

    Sebagai contohnya, kebocoran bahan radioaktif diloji nuklear Chernobyl di Rusia pada tahun 1986

    mendedahkan penduduk di sekitarnya kepada bahaya radiasi. Kedua,bsnyak penduduk kepulauan

    Polynesia menghidap barah otak akibat ujian nuklear yang dijalankan oleh Negara Perancis di

    kawasan tersebut.

    2-Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear

    http://en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6139905http://en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6139905http://en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6139905
  • 5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear

    8/10

    - Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuclear. Peluru

    berpandu nuklear di hasilkan dengan banyak.

    - Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia

    - Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan tamadun manusia di bumi

    - Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup serta

    kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar, harta benda dan manusia.

    - Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi.

    PENUTUP/KESIMPULAN

    - Penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga pada masa depan wajar diteruskan selepas

    mengambil kira pelbagai aspek seperti keselamatan, pengurusan, penerangan dan kajian yang

    mendalam. Teknologi hanyalah alat yang diuruskan oleh manusia. Untuk menghindari risiko,manusia perlu diasuh dan diajar tentang bagaimana untuk menguruskan teknologi. Lebih banyak

    penerangan dan penjelasan perlu diberi kepada masyarakat untuk mereka memahami isu ini agar

    manfaat teknologi nuklear dapat di nikmati oleh semua

    http://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.html

    Keburukan

    . Bahan radioaktif daripada tanaga nuklear mengancam kesihatan manusia

    - Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif

    - Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi

    - Hal ini membahayakan nyawa manusia

    - Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik

    - Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai

    . Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear

    - Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata

    nuklear

    - Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup

    menakutkan manusia

    - Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkantamadun manusia di bumi

    - Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa

    kesengsaraan hidup

    - Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi

    Kesimpulan

    - Bahaya sisa radioaktif nuklear amat mengerikan

    - Oleh itu, wajarlah kita berwaspada dalam menggunakan tenaga nuclear

    http://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.htmlhttp://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.htmlhttp://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.html
  • 5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear

    9/10

    Kesan Nuklear kepada alam sekitar dan manusia: Tragedi Chernobyl Dalam

    Kenangan

    Nun kelihatan jauh berada di tengah gambar di atas juga loji nuklear Chernobyl di Ukraine (Bangunan

    beserombong asap). Gambar itu di ambil dari satu kawasan yang dipanggil Pripyat. Seramai 50,000 orang telah

    dipindahkan dari bandar ini setelah kebakaran loji nuklear yang berlaku pada 26 tahun dahulu. Bandar Pripyat ini

    di tinggalkan kerana kesan nuklear masih berlegar dipersekitaran. Namun mengikut rekod perpindahan

    keseluruhan penduduk di sekitar Chernobyl adalah seramai 200,000 orang.

    Chernobyl adalah antara projek nuklear terawal negara Rusia. Ia meletup pada tahun 1986 yang mengorbankan

    banyak nyawa dan meninggalkan keturunan yang cacat akibat penularan radiasi yang meluas.

    Stesen Tenaga Nuklear itu mempunyai empat reaktor, masing-masing mampu menghasilkan satu gigawatt

    kuasa. Pada waktu kemalangan, empat reaktor mereka berjaya menghasilkan sekitar cuma 10 peratus daripada

    kuasa elektrik yang digunakan untuk negara Ukraine.

    Pembangunan Stesen Nuklear itu bermula pada tahun 1970-an. Reaktor yang pertama dari 4 reaktor itu mula

    bertugas pada tahun 1977, dan Reaktor No 4 mula menghasilkan kuasa pada tahun 1983. Ketika kemalangan itu

    berlaku pada tahun 1986, dua reaktor nuklear yang lain sedang dalam proses pembangunan.

    Hanya selepas 3 hari kebakaran berlaku di Loji Nuklear Chernobyl, pihak Soviet akhirnya mengakui bahawa

    berlakunya malapetaka di loji tersebut, dan ketika itu, mereka sudah terlambat untuk mengosongkan daerah

    yang berhampiran reaktor itu. Tindakan lewat ini adalah kerana mereka mahu menutup berita dari pengetahuan

    orang ramai.

    Itu pun kerana pada April 28, 1986 , pekerja loji nuklear di Sweden telah mengesan terdapatnya radiasi di

    pakaian mereka melalui keadah scan. Namun setelah di periksa, ia bukan datang dari reaktor nuklear di Sweden.

    Penemuan itu di buat melalui satelit yang berupaya mengesan zon merah yang menjadi punca dan mengenal

    pasti bahawa radiasi yang dikesan adalah dari Reaktor Nuklear Chernobyl yang jaraknya adalah 600 batu dari

    situ.

    Akibat dari kebakaran itu, Banyak kematian yang melibatkan petugas pemadam kebakaran dan kakitangan yang

    berada di Chernobyl, juga di kalangan penyelam yang menyelam ke dasar kolam terletaknya injap yang kritikal

    yang mengakibatkan kebakaran tersebut. Terdapat juga Juruterbang helikopter yang kemudiannya jatuh sakit

    setelah mengangkut air dan simen bagi meredakan kebakaran di tempat celaka itu.

    Ribuan anak-anak yang tinggal berdekatan bandar tersebut turut mengembangkan penyakit tiroid. Radiasi yang

    jatuh dibandar tersebut perlu memakan masa 300 tahun untuk menghilang. Begitu lah hebatnya kesan nuklear

    pada manusia. Hanya sekadar pengetahuan betapa kemodenan tidak menjamin keselamatan. Semakin maju,

    manusia semakin tamak dan akhirnya menimbulkan kemudaratan.

    http://onlytanahairku.blogspot.com/2011/03/kesan-nuklear-kepada-alam-sekitar-dan.html

    http://onlytanahairku.blogspot.com/2011/03/kesan-nuklear-kepada-alam-sekitar-dan.htmlhttp://onlytanahairku.blogspot.com/2011/03/kesan-nuklear-kepada-alam-sekitar-dan.htmlhttp://onlytanahairku.blogspot.com/2011/03/kesan-nuklear-kepada-alam-sekitar-dan.html
  • 5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear

    10/10