12
CuepacsCare

CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

  • Upload
    vudien

  • View
    249

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

CuepacsCare

Page 2: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

Your future with a money back guaranteeSkim Takaful CUEPACSCARE telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, khas untuk penjawat awam dan keluarga mereka. Skim ini dilaksanakan dengan kerjasama Commerce Assurance Berhad. Akibat peningkatan permintaan terhadap konsep Takaful, CIMB Aviva Takaful Berhad kemudiannya telah mengambil alih penanggungan perlindungan bagi menyediakan sumbangan perubatan yang mudah lagi mampu untuk prosedur/tuntutan perubatan dan pembedahan khusus untuk penjawat sektor awam dan keluarga mereka.

Skim ini terbuka kepada semua penjawat awam dan keluarga mereka termasuk mereka yang bekerja di Badan-Badan Berkanun dan Kuasa-Kuasa Tempatan di Malaysia.

Keunggulan Skim ini ialah penyediaan manfaat maksimum kepada semua penjawat awam dan keluarga mereka di hospital swasta dengan kadar sumbangan yang minimum. Semenjak tahun 2000, ramai penjawat awam dan keluarga mereka telah menikmati rawatan perubatan yang bertaraf tinggi di seluruh negara melalui Skim ini.

Berikutan dengan peningkatan harga barangan dan kos perkhidmatan di sektor hospital pakar swasta, maka pihak CIMB Aviva Takaful Berhad telah bercadang untuk menaikkan kadar sumbangan tahunan. Walau bagaimanapun, CUEPACS selaku badan tunggal yang menjaga kebajikan penjawat awam telah merayu kepada Kerajaan agar membantu kami memandangkan kepada pendapatan penjawat awam yang dianggap rendah.

Pada 21 Disember 2010, YAB. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah memperkenankan rayuan daripada CUEPACS dan bersetuju bahawa pihak Kerajaan akan menanggung sebarang kenaikan kadar sumbangan. Dengan pengiktirafan, bantuan dan kerjasama oleh Kerajaan Malaysia maka sukacita dimaklumkan bahawa Skim CUEPACSCARE akan diteruskan dengan kadar yang dikenakan masakini.

Oleh yang demikian semua penjawat awam dan keluarga mereka yang belum lagi menyertai Skim ini diminta supaya berbuat demikian. Penjawat awam yang sihat pasti akan menyumbang kepada pembangunan negara dengan lebih pesat lagi.

Yang ikhlas,

Dato’ Hj Omar bin Hj Osman, DBNS, PPN, ANS Presiden CUEPACS

Utusan Presiden CUEPACS

Page 3: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

Kini, kakitangan kerajaan boleh membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan samada di hospital swasta atau kerajaan. Dengan skim CuepacsCare, kakitangan kerajaan boleh menikmati rawatan pakar dalam suasana selesa hospital swasta.

Manfaat CuepacsCare

Skim ini memberi perlindungan bagi perbelanjaan kos rawatan serta pembedahan untuk semua kakitangan kerajaan termasuk anggota sektor awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan dan ahli keluarga mereka.

Had Umur Pemohon

Pemohon - 18 tahun hingga 55 tahun. Anak Pemohon - dari umur 30 hari hingga 22 tahun jika anak masih bujang dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.

Had Umur Perlindungan

Perlindungan tamat pada hari jadi ke 70 untuk pemohon dan pasangan, serta 23 tahun untuk anak pemohon.

Skop Perlindungan

• Kemasukan ke hospital

• Unit rawatan rapi

• Bayaran pembedahan dan pakar anestesia

• Bilik bedah, bekalan dan khidmat hospital

• Lawatan pakar perubatan di hospital

• Perundingan pakar pra-hospital

• Ujian diagnosis pra-hospital

• Rawatan susulan selepas penghospitalan

• Rawatan pesakit luar bagi kemalangan dan kecemasan

• Transplan organ

• Rawatan dialisis buah pinggang pesakit luar bulanan

• Bayaran ambulans

• Rawatan kanser pesakit luar bulanan

• Pembayaran balik bayaran laporan perubatan

• Elaun tunai harian di hospital kerajaan

Kerana kesihatan dihargai sebagai kemewahan

Page 4: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

Kad CuepacsCare

Kad ini dikeluarkan kepada semua ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anak-anak boleh menggunakan kad ibubapanya. Untuk setiap penambahan ahli keluarga yang baru, contohnya anak yang baru dilahirkan, hendaklah dilaporkan secara rasmi kepada pihak Operator supaya dia tidak terkecuali daripada liputan Kontrak ini. Walau bagaimanapun, pengecualian Penyakit Khusus selama 120 hari dan tempoh menunggu selama 30 hari kepada semua Peserta baru masih berkuatkuasa dari tarikh pemberitahuan.

Cara Penyertaan

Terdapat 2 cara:

A.Penyertaansecarabayaranbulanan-potongangajimelaluiBiroPerkhidmatanAngkasa1. Lengkapkan borang CuepacsCare. 2. Sertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji (pemohon sahaja). 3. Perlindungan hanya berkuatkuasa lima belas (15) hari selepas sumbangan pertama diterima

daripada CUEPACS dan bukan dari tarikh potongan pertama. B. Penyertaan secara bayaran tahunan 1. Lengkapkan borang CuepacsCare. 2. Bayaran sumbangan boleh dibuat melalui cek / draf bank / wang pos / kad kredit dan harus

dibayar kepada Operator sebelum tarikh luput. (Pengecualian Penyakit Khusus selama 120 hari dan tempoh menunggu selama 30 hari akan berkuatkuasa untuk sumbangan yang dibiayai selepas tarikh tamat.)

3. Anda akan diberitahu sekiranya permohonan anda diluluskan dan tentang tarikh mula perlindungan.

Jadual Sumbangan Berdasarkan Jenis Pelan Dan Umur

Lingkungan UmurSumbangan Tahunan Sumbangan Bulanan

Individu Keluarga Individu Keluarga

30 hari - 18 tahun RM140.00 - - -

18 - 55 tahun RM190.00 RM490.00 RM15.85 RM40.85

56 - 60 tahun RM325.00 RM795.00 - -

61 - 65 tahun RM465.00 RM970.00 - -

66 - 70 tahun RM695.00 RM1,455.00 - -

Nota-nota:1. Sumbangan akan diubah setiap tahun berdasarkan pengiraan untung-rugi selama 12 bulan,

kadar inflasi perubatan dan faktor-faktor lain yang berkenaan.2. Sumbangan adalah berdasarkan umur semasa pada setiap ulangtahun sijil.3. Yuran Wakalah kepada CIMB Aviva sebanyak 25% akan dipotong daripada sumbangan

yang dibayar.

Page 5: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

Jadual Manfaat Kontrak Peserta & Keluarga

Manfaat-manfaat IndividuKeluarga (Individu, pasangan dan anak)

1. Perkhidmatan Hospital

• Bilik hospital & penginapan - maksimum 150 hari

RM120 RM120

• Unit rawatan rapi (ICU) - maksimum 60 hari

RM300 RM300

• Bekalan dan perkhidmatan hospital RM10,000 RM10,000

2. Perkhidmatan Profesional

• Bayaran pakar bedah

Kos sebenar yang dikenakan• Bayaran pakar anestesia

• Bilik bedah

3. Manfaat perundingan

• Lawatan pakar perubatan dalam hospital untuk kemasukan bukan pembedahan

Satu lawatan sehari

• Lawatan pakar perubatan dalam hospital untuk kemasukan pembedahan

Kos sebenar yang dikenakan

• Perkhidmatan diagnosis pra-hospital

• Manfaat perundingan pakar pra-hospital - dalam masa 30 hari sebelum kemasukan ke hospital

• Rawatan selepas kemasukan ke hospital - maksimum 30 hari selepas keluar dari hospital

4. Perkhidmatankecemasan

• Rawatan pesakit luar bagi kemalangan dan kecemasan

RM1,000 RM1,000

5. Perlindunganmalapetaka

• Transplan organ (pesakit sahaja) RM20,000 RM20,000

• Rawatan dialisis buah pinggang pesakit luar bulanan

RM2,000 RM2,000

• Rawatan kanser pesakit luar bulanan RM2,000 RM2,000

6. Lain-lainmanfaat

• Yuran ambulans RM250 RM250

• Elaun tunai harian di hospital kerajaan - maksimum 150 hari

RM50 RM50

• Pembayaran balik yuran laporan perubatan RM60 RM60

• Cukai perkhidmatan kerajaan 6% daripada jumlah yang dibayar

7. Hadpembayaranbalikpembiayaanperubatan

• Had maksimum untuk setiap kemasukan ke hospital

RM20,000 RM20,000

• Had tahunan keseluruhan RM40,000 RM60,000 satu keluarga

Page 6: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

Surat Jaminan akan dikeluarkan* Jika penyakit yang dihidapi

dilindungi kontrak

Surat Jaminan tidak akan dikeluarkan Jika penyakit yang dihidapi tidak dilindungi kontrak atau doktor tidak dapat mengesahkan jenis

penyakit (diagnosis)

Bil hospital akan dihantar kepada pihak TPA (Third Party Administrator) untuk diteliti

Pihak TPA akan meneliti kos rawatan dan mengeluarkan arahan bayaran

mengikut kontrak Takaful

Anda hanya membayar bayaran tambahan kepada hospital (jika ada) atau untuk

rawatan yang tidak dilindungi oleh kontrak

Penyakit Khusus Yang Tidak Dilindungi Dalam 120 Hari Pertama

Penyakit-penyakit di bawah dan komplikasi yang berkaitan dengannya adalah dikecualikan daripada perlindungan jika ia berlaku kepada Peserta dalam masa 120 hari yang pertama.• Hipertensi, diabetes mellitus dan penyakit kardiovaskular. • Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari.• Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak.• Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele.• Endometrisis termasuk penyakit sistem pembiakan.• Gangguan sistem vertebra (termasuk diska) dan penyakit lutut.

Cara Penggunaan Kad CuepacsCare di Hospital Panel

Semasa mendaftar masuk hospital

Semasa urusan keluar hospital

Kemukakan Kad CuepacsCare dan kad pengenalan untuk pengesahan

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Page 7: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

Pengecualian

Kontrak ini tidak melindungi apa-apa penghospitalan, pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu (1) kejadian yang berikut:

a. Penyakit Yang Sedia Ada. Penyakit Yang Sedia Ada bermaksud penyakit/kecacatan yang Peserta sudah ketahui. Peserta

dianggap sudah mengetahui mengenai sesuatu penyakit di mana: i. Peserta sudah menerima atau sedang menjalani rawatan; ii. Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan sudah disyorkan; iii. Simptom-simptom pernah atau masih ketara; atau iv. Kehadiran penyakit sememangnya ketara kepada seseorang di dalam keadaan tertentu.

b. Penyakit yang ditetapkan yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan berterusan.

c. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan atau tarikh pengembalian semula bagi Peserta, mengikut mana-mana yang terakhir kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

d. Jagaan atau rawatan yang pembayarannya tidak dikehendaki atau setakat yang ia dibayar oleh mana-mana insurans/Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Peserta dan Hilang Upaya yang timbul daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans Pampasan Pekerja.

e. Penyiasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon dan terapi pilihan seperti rawatan, perkhidmatan atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

f. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan prenatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketaksuburan, disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pemandulan.

g. Penghospitalan terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis Hilang Upaya yang dilindungi yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh Pakar Perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

h. Apa-apa rawatan atau operasi pembedahan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

i. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau penjagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pemandulan, penyakit kelamin dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, sebab-sebab lain yang dilarang dalam hukum Syariah serta apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin mengikut undang-undang.

Page 8: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

j. Psikotik, gangguan mental atau saraf (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

k. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

l. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali apabila diperlukan kerana Kecederaan Akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam tempoh Perlindungan.

m. Pembedahan Plastik/Kosmetik, berkhatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan rabun dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi Radial & Lasik) serta penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan dan preskripsi seterusnya.

n. Kos/Perbelanjaan bagi perkhidmatan yang bersifat bukan perubatan, seperti telefon, televisyen, radio, perkhidmatan teleks atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan perubatan lain yang tidak layak.

o. Kesakitan atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan merbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, sukan profesional, luncur air, sukan musim sejuk, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan dan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan.

p. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

q. Peperangan atau apa-apa tindakan peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

r. Radiasi pengionan atau pencemaran melalui radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

s. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Peserta dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika transplan organ dan komplikasinya.

t. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

Page 9: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

Soalan-soalan Lazim

1) Mengapa saya perlu menyertai skim CuepacsCare, apabila saya boleh mendapatkan rawatan secara percuma di hospital kerajaan?

Anda boleh menikmati perkhidmatan rawatan pakar yang selesa di hospital swasta yang menawarkan kemudahan perubatan yang canggih.

2) Apakah perbezaan antara Skim CuepacsCare dan insurans/Takaful penyakit kritikal yang ditawarkan oleh syarikat insurans nyawa/Takaful keluarga?

Insurans/Takaful Penyakit Kritikal akan membuat bayaran secara sekaligus apabila anda didiagnosis sesuatu penyakit kritikal. CuepacsCare mempunyai kelebihan di mana ia akan membiayai perbelanjaan sebenar untuk rawatan dan pembedahan disebabkan penyakit kritikal serta penyakit-penyakit biasa. Tahap bayaran manfaat adalah bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi, pembedahan yang dijalankan dan tempoh tinggal di hospital.

3) Siapakah yang layak menyertai Skim CuepacsCare?

Anda boleh memohon jika anda berumur antara 18 dan 55 tahun (pada permulaan penyertaan) dan pelan ini boleh diperbaharui setiap tahun sehingga harijadi terakhir anda menjangkau 70 tahun.

4) Adakah saya dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan?

Pada asasnya, semua borang pemohonan yang ditaja/dijamin tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan. Walau bagaimanapun, untuk peserta yang mempunyai masalah kesihatan, bukti perubatan mungkin dikehendaki dan kosnya akan ditanggung oleh peserta.

5) Bilakah Kontrak saya akan berkuatkuasa?

Sebaik sahaja borang permohonan anda diluluskan dan sumbangan pertama telah diterima oleh CIMB Aviva Takaful Berhad. la juga tertakluk kepada tempoh menunggu selama 30 hari untuk kemasukan ke hospital dan/atau perbelanjaan perubatan yang bukan diakibatkan oleh kemalangan.

6) Bolehkah saya memperbaharui perlindungan pada akhir tempoh satu tahun?

Skim ini boleh diperbaharui. Setiap tahun pada kadar sumbangan yang berdasarkan umur pada masa pembaharuan, sehingga harijadi terakhir anda menjangkau 70 tahun. Pembaharuan juga tertakluk pada kadar sumbangan semasa dan bukti untuk dilindungi yang ditetapkan oleh CIMB Aviva Takaful Berhad.

7) Bolehkah saya mendapat tuntutan sekiranya mendapat rawatan di hospital bukan panel?

Kemasukan ke hospital tersebut masih layak untuk mendapat tuntutan bayaran balik dari CIMB Aviva Takaful Berhad, sekiranya kemasukan itu dilindungi di dalam kontrak.

8) Apakah “Tempoh Pertimbangan”?

Jika anda membuat keputusan untuk tidak mendapatkan kontrak ini, anda boleh kembalikan kontrak ini dalam masa 15 hari daripada tarikh sijil dikeluarkan kepada CIMB Aviva Takaful Berhad untuk mendapatkan wang kembali sepenuhnya sebagai pembatalan kecuali jika terdapat penolakan disebabkan perbelanjaan perubatan yang ditanggung CIMB Aviva Takaful Berhad semasa mengeluarkan perjanjian itu.

Page 10: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

9) Adakah kadar sumbangan terjamin?

Kadar sumbangan tidak terjamin. la bergantung kepada tuntutan yang telah dibuat dalam masa 12 bulan yang lalu dengan CIMB Aviva Takaful Berhad, yang mungkin mengubah kadar yang ditentukan berdasarkan untung-rugi dalam pelan ini. Keadaan-keadaan ini tidak menyeluruh dan kadar sumbangan mungkin dikaji semula jika terdapat situasi yang memerlukannya. Dalam apa pun keadaan, anda akan diberitahu dahulu mengenai perubahan-perubahan 30 hari sebelum tarikh pembaharuan anda.

10) Bolehkah CIMB Aviva Takaful Berhad tidak membiayai tuntutan?

Ya, CIMB Aviva Takaful Berhad berkemungkinan tidak akan membiayai tuntutan anda samada dari tarikh permulaan kontrak anda atau tarikh pembaharuan yang terdekat, jika anda didapati telah memberi maklumat palsu yang menjejaskan keputusannya untuk menawarkan perkhidmatan perlindungan kepada anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah benar supaya kontrak anda tetap sah.

11) Bagaimana jika jumlah manfaat bilik hospital saya di hospital melebihi had?

Dalam kes ini, anda hanya perlu menanggung baki mengikut kadar yang dikenakan, serta 20% daripada jumlah yang dikenakan untuk manfaat-manfaat lain, berdasarkan dokumen Kontrak anda.

12) Bagaimanakah jika saya bertukar ke Syarikat Insurans atau Operator Takaful yang lain?

Anda bebas membuat pertukaran tersebut tetapi ia tidak digalakkan kerana anda mungkin akan dikenakan permintaan tanggungan perlindungan yang baru untuk tempoh menunggu / penyakit tertentu / keadaan sedia wujud kontrak Takaful atau insurans baru itu.

13) Apakah akan berlaku jika saya tidak membayar sumbangan?

Perlindungan Takaful akan dihentikan jika sumbangan tidak dibayar di dalam tempoh 60 hari daripada tarikh sumbangan patut dibayar.

14) Adakah saya akan mendapat pembayaran pada tarikh tamat perlindungan?

Tiada bayaran akan dibayar pada tarikh tamat kepada pemegang sijil. Sebarang lebihan yang terhasil daripada Dana Tabarru’ akan dikekalkan di dalam Dana Tabarru’.

15) Adakah saya akan mendapat pelepasan cukai pendapatan?

Sumbangan Takaful yang dibayar oleh individu di bawah pelan ini adalah layak untuk tuntutan pelepasan cukai bagi premium insurans/sumbangan Takaful bagi kontrak pendidikan/manfaat perubatan untuk individu, suami, isteri atau anak. Sila rujuk kepada penasihat agen cukai anda berkenaan kelayakan anda untuk menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun.

Nota Penting

Pelan ini ditaja jamin oleh CIMB Aviva Takaful Berhad (689263-M), Operator Takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Takaful dan beribu pejabat di No. 338, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

Page 11: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan dasar produk Perubatan dan Kesihatan Takaful, sila rujuk kepada risalah “Perubatan dan Kesihatan Takaful” yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Anda dinasihati supaya meneliti kontrak Takaful dan Dokumen Keterangan Produk berkenaan Pelan CuepacsCare untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi sebelum menyertai program ini. Anda harus yakin bahawa pelan ini adalah terbaik untuk keperluan anda dan anda mampu membiayai jumlah sumbangan yang tertera di dalam kontrak tersebut.

Anda boleh juga menelefon

CIMB Aviva Takaful Berhad Khidmat Pelanggan Careline: 1300-88-5055

ATAU Agensi yang dilantik

Medicare Assistance Sdn Bhd Telefon: (603) 3371 4248

Atau menujukan persoalan anda kepada

CIMB Aviva Takaful Berhad Tingkat 11, No 338, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur

Telefon: (603) 2612 3600 Faks: (603) 2698 7035E-mel: [email protected] www.cimbaviva.com

Medicare Assistance Sdn Bhd B-5-3A, Pusat Perdagangan Intania, Jalan Intan

Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Mengenai CIMB Aviva

CIMB Aviva merupakan syarikat usahasama antara Kumpulan CIMB dan Aviva plc. Kumpulan CIMB adalah pembekal perkhidmatan kewangan yang kedua terbesar di Malaysia dan juga merupakan salah sebuah kumpulan perbankan yang terunggul di Asia Tenggara. Aviva adalah kumpulan insurans yang keenam terbesar* di dunia dan pembekal perkhidmatan insurans yang terbesar di UK.

CIMB Aviva menawarkan rangkaian insurans hayat komprehensif dan produk-produk serta perkhidmatan Takaful di CIMB Bank dan CIMB Islamic yang beroperasi di atas dua platform perbankan di 367 cawangan di Malaysia.

CIMB Aviva juga berkongsi kepakaran global Aviva yang memberi perkhidmatan kepada 53 juta pelanggan merangkumi Eropah, Amerika Utara dan Asia Pasifik. Aviva mencatatkan jumlah jualan £45.1 bilion (RM251 bilion) dan pengurusan dana berjumlah £379 bilion (RM2.11 trilion) pada 31 Disember 2009.

* berdasarkan premium kasar seluruh dunia pada 31 Disember 2009 Purata kadar pertukaran 2009 1£ = RM5.5655

Page 12: CuepacsCarecuepacscare.my/CuepacsCare Brochure_7Mar2011.pdf · Manfaat CuepacsCare ... nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata

CIMB Aviva Takaful Berhad (689263-M)

Level 11, 338 Jalan Tuanku Abdul Rahman50100 Kuala Lumpur

Telephone (603) 2612 3600 Facsimile (603) 2698 7035Customer Careline 1300-88-5055Email [email protected] March 2011