Upload
nazrul427
View
269
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
konflik
Citation preview
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
AJ 30703
SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG
DUNIA KE DUA.
TUGASAN :
ESEI KUMPULAN
SOALAN 2:
Proses Dan Impak Penubuhan Negara Israel Merdeka 1948 Terhadap Rantau Asia
Barat.
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMMAD SHAUKHI MOHD. RADZI
NAMA KUMPULAN :
1. AFFENDY ANAK SANDON BA 09110009
2. MUHAMMAD NOR FAIZAL BIN NOH BA 09110008
PENGENALAN
Penubuhan Negara Israel pada tahun 1948 sebenarnya mendapat sokongan
daripada kuasa-kuasa barat terutamanya British. Dalam waktu yang sama, untuk
melihat bagaimana proses pembentukan Negara Israel terlaksana, kita melihat
melalui pertubuhan khas yang dipanggil Zionis. Pertubuhan inilah yang merupakan
lobi terkuat bagi merealisasikan hasrat mereka untuk membentuk Negara Yahudi
yang berdaulat. Zionisme adalah sebuah gerakan politik Yahudi ekstrem, yang
berusaha untuk mendirikan sebuah negara Yahudi (Israel Raya) di tanah Palestin,
sebagai tanah yang dijanjikan dalam tuntutan teologi mereka. Dari sinilah,
diharapkan Yahudi dapat menguasai seluruh dunia yang berpusat di Jerusalem.1
Zionisme antarabangsa merupakan sebuah gerakan politik Yahudi yang
mempunyai akar sejarah dan ideologi pada pergerakan politik mahupun keagamaan
Yahudi yang pernah ada sebelumnya seperti gerakan Makkabi, gerakan Bar Kokhba,
gerakan Moses Kretti (Karaites), gerakan David Rabin, gerakan Kabbalisme, dan
gerakan politik Yahudi lainnya semasa mereka hidup berdiaspora di berbagai
Negara dan belahan dunia. Latar belakang munculnya gerakan zionisme disebabkan
tiga faktor penting. Pertama adalah faktor teologi, iaitu tuntutan teologi bangsa
Yahudi atas tanah Palestin sebagai tanah yang dijanjikan buat mereka. Setelah
peristiwa pengusiran bangsa Israel dari Mesir dan selama 40 tahun mereka menjadi
bangsa pengembara yang hidup terasing di semenanjung Sinai. Akhirnya Allah
memberikan mereka tanah Kanaan yang pada saat itu telah dihuni oleh bangsa
Filistin. Dan sekitar abad ke XV SM di bawah pimpinan Yusak (Yoshua) bin Nun,
mereka memasuki kawasan tersebut dan menguasainya. Dari sinilah lahir tuntutan
teologi bangsa Israel tentang tanah Kanaan (Palestin) sebagai tanah yang dijanjikan
oleh Allah kepada mereka. Dan berdasarkan tuntutan teologi tersebut, mereka
merasa berhak sebagai pemilik dan penguasa tanah Palestin. Zionisme sebagai
sebuah gerakan politik Yahudi dibentuk sebagai usaha untuk merebut kembali
tanah Palestin sebagai tanah yang dijaniikan buat mereka.2
1 Aroian,A.L & Mitchell P.R, 1991, Timur Tengah & Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2 Ibid.
Faktor kedua adalah faktor sosio-sejarah, sekitar abad X SM, bangsa Israel
pernah mengalami kejayaan di bawah kekuasaan Nabi Daud dan Sulaiman,
kejayaan ini diceritakan dalam kitab suci baik Bible mahupun Al quran. Namun,
sepeninggal Nabi Sulaiman, terjadi perpecahan dalaman yang menyebabkan
bangsa Israel terpecah menjadi dua, iaitu kerajaan Israel di utara dan kerajaan
Yehuda di selatan. Kemudian pada tahun 738 SM, kerajaan Asyiria menyerang
kerajaan Israel dan tahun 606 SM Nebucadnezzar dari Babylon menyerang kerajaan
Yehuda. Di sinilah awal masa pembantaian dan “diaspora” (pembuangan) bangsa
Israel oleh bangsa-bangsa penakluknya. Tahun 70 M, merupakan masa “great
diaspora” saat orang Yahudi kehilangan tempat tinggal mereka dan hidup di luar
Palestin. Semenjak itu, tercatat di lebih dari 100 negara bangsa Israel hidup
terpisah dan terasing selama ribuan tahun, menjadi warga negara kelas dua di
setiap negara yang ditempati dan dengan masa depan yang kelam.3
Disebabkan penderitaan yang dialami selama masa pembuangan ini
menyebabkan mereka selalu merindukan untuk kembali ke Palestin sebagai tanah
yang dijanjikan Allah kepada mereka dan hidup merdeka seperti dahulukala
membangun kembali kejayaan bangsa Israel seperti di masa Daud dan Sulaiman
dahulu. Kerinduan dan kenangan akan waktu keemasan serta penderitaan yang
dialami selama masa pembuangan merupakan faktor sejarah, yang meyuntik
semangat kalangan Yahudi militan untuk membentuk Zionist Movement, sebagai
gerakan politik yang dapat mengembalikan mereka ke Palestin.4
Faktor yang ketiga adalah faktor politik, di mana diaspora yang dialami oleh
bangsa Yahudi ke berbagai Negara dan belahan dunia yang membuat mereka
nyaris kehilangan identiti kebangsaan memerlukan sebuah gerakan yang dapat
membangkitkan kembali semangat nasionalisme Yahudi. Pembentukan zionisme
merupakan usaha peneguhan eksistensi Yahudi sebagai sebuah bangsa. Oleh
kerana itu, zionisme merupakan tempat berkumpulnya para nasionalis Yahudi, yang
3 Bishara, Marwan, 2007, Palestin/Israel: Keamanan Atau Aparteid. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Negara.
4 Karsh,Efraim & Miller,Rory (ed),2009, Israel At Sixty: Rethinking The Birth of The Jewish
State.London & New York: Routhledge Taylor & Francis Group.
bercita-cita menyatukan kembali bangsa Yahudi ke dalam sebuah identiti bangsa
dan tanah Palestin sebagai negara mereka. Di samping itu, tuntutan sebagai
bangsa terpilih, membuat bangsa Yahudi merasa sebagai bangsa yang paling
berhak memimpin dunia. Cita-cita untuk membentuk sebuah imperium Yahudi yang
berpusat di Yerussalem merupakan faktor politik yang menginspirasi lahirnya
zionisme.5
Istilah zionisme dipopularkan oleh Theodor Herzl seorang jurnalis Yahudi
Austria.Theodor Herzl juga mengajukan idea Messianisme dalam gerakannya dan
dengan tegas menyatakan bahawa, “dunia akan bebas dengan kemerdekaan kita,
bahagia dengan kejayaan kita, apa yang kita usahakan adalah kejayaan
kemanusiaan”. Oleh kerana itu dianggap perlu untuk mendirikan negara Yahudi
yang dapat melindungi bangsa Yahudi dari segala penindasan dan penderitaan.6
Sebelum itu istilah zionisme dipopularkan pada tahun 1895 di Vienna oleh
Thedor Herzl. Kemudian diadakan kongres zionis pertama di Basel, Switzerland
yang dihadiri oleh para pengusaha dan cendekiawan Yahudi. Kongres ini melahirkan
empat program dasar, iaitu;
a. Propaganda kolonialisasi di Palestin oleh pekerja tani dan industri Yahudi.
b. Mengorganisasi dan menyatukan seluruh yahudi melalui lembaga-lembaga yang
bersifat tempatan mahupun antarabangsa.
c. Memperkukuh sentimen dan kesedaran nasionalisme Yahudi.
d. Langkah-langkah persiapan dalam rangka pembentukan pemerintahan Yahudi di
Palestin.
Pada kongres yang diadakan pada tahun 1897, Theodor Herzl berhasil
mengumpulkan cendekiawan-cendekiawan Yahudi di Bazel dan berjaya
mengeluarkan keputusan penting dalam gerakan politik zionisme iaitu the protocols
of the meetings of the elders of Zion. Zionisme sebagai sebuah gerakan di
peringkat awalnya mengalami empat fasa penting. Perkembangan pertama
dideklarasikan secara informal di Rusia, yang disebut dengan Russian Jewish
5 Ibid.6 Cook,Jonathan, 2006, Blood& Religion: The Unmaking of The Jewish & Democratic. New York & London: Pluto Press
Movement. Pada perkembangan kedua, gerakan zionis mulai terorganisasi secara
formal dan berpusat di Romania (Romanian Jewish Movement). Perkembangan
ketiga mengalami masa kebangkitan berhubung dengan sokongan dari ratu
Inggeris yang berpusat di London dengan nama baru Zionist Movement.
Perkembangan keempat adalah masa pengakuan dunia terhadap Israel yang
berpusat di Amerika Syarikat. Perkembangan pertama dan kedua menginginkan
berdirinya Negara Yahudi di Argentina, Uganda, atau Ethiopia. Kemudian dalam
perkembangan selanjutnya, zionisme bertujuan mendirikan Negara Yahudi di
Palestin yang merupakan tanah tumpah darah leluhur bangsa Israel yang kemudian
dikenal dengan istilah erset Israel atau tanah Israel.
Pada perkembangan selanjutnya, zionisme sering diperkenalkan dalam
berbagai aktiviti Yahudi hingga sekarang ini. Zionisme juga telah semakin giat
menyebarkan pengaruh sangat besar pada apa yang terjadi di dunia ini. Dengan
memanfaatkan sentimen romantisme, zionis menarik hati pihak Kristian, selain
kaum Yahudi dengan keyakinan akan bangkitnya kembali Yahudi dan messiah di
tanah Jerusalem. Hingga saat ini zionisme dengan organsasi rahsianya seperti Free
Masonry dan Rotary Club menjadi sebuah gerakan yang cukup berpengaruh pada
perjalanan politik dunia.7
PROSES PEMBENTUKAN NEGARA ISRAEL MERDEKA.
Hussien-Macmahon Correspondence 1915.8
Inggeris memujuk Syarif Husein agar bangsa Arab mengangkat senjata terhadap
Turki dan berperang dipihak sekutu. Syarif Husein mengemukakan satu syarat iaitu
seluruh daerah Arab yang berada dibawah kekuasaan Turki harus dibebaskan dan
menjadi satu wilayah Negara merdeka dan berdaulat, termasuk Iraq, Syria, Palestin
dan Jazirah Arab kecuali Aden, jajahan Inggeris.setelah beberapa lama diadakan 7 Ibid.8 Lapidoth,R.Hirsch,M, 1992, The Arab-Israeli Conflict & Its Resolution:Selected Documents.
Netherlands: Martaus Nijhoff Publishers.
surat menyurat antara Syarif Husein dan Sir Henry Mc Mahon, Raja Muda Inggeris di
Mesir, tercapailah persetujuan antara kedua belah pihak mengenai syarat yang
diajukan oleh Syarif Husein itu. Dengan demikian bangsa arab mengangkat senjata
terhadap Turki dan berperang di pihak sekutu. Ketika Perang Dunia I selesai,
Inggeris dipihak yang menang. Bangsa Arab menuntut kepada Inggeris untuk
melaksanakan janjinya. Akan tetapi Inggeris tidak mahu menepati janjinya itu. Ia
hanya mengakui Hijaz sebagai satu kerajaan dibawah pimpinan Syarif Husein.
Perjanjian Konstantinopel (18 Mac 1915) 9
Dalam perjanjian rahsia Konstantinopel antara Rusia dan Inggeris-Perancis
disepakati hal-hal pokok antara lain: tempat-tempat ibadah Islam (Makkah dan
Madinah) jangan dikuasai oleh Turki, namun bersama dengan Arab ditempatkan di
bawah pemerintahan bebas; Konstantinopel harus menjadi pelabuhan bebas bagi
sekutu; Rusia juga mengakui hak-hak Inggeris dan Perancis di Turki Asia. Sebagai
balasan atas kemasukan Itali ke blok sekutu, Itali diberi kedaulatan penuh atas
kepulauan Dodecanese yang strategik di pantai Turki. Itali juga mendapat hak atas
wilayah Libya.
Perjanjian Sykes-Picot10
Namun janji Inggeris terhadap Arab untuk membantu pembentukan pemerintahan
Arab tidak segera diwujudkan. Inggeris dan Perancis membuat perjanjian bilateral
yang membahagi bekas wilayah Imperium Ottoman untuk negara-negara Eropah,
yang dikenali dengan Sykes-Picot Agreement. Dengan adanya kesepakatan
tersebut, bangsa Arab tidak mendapatkan wilayah bekas Imperium Ottoman, yang
secara automatik membuat mereka tidak mungkin boleh membentuk pemerintahan
Arab yang merdeka. Dalam perjanjian tersebut, Inggeris mendapatkan Jordan, Iraq,
dan sebahagian wilayah Haifa, sementara Perancis mendapatkan Turki, Iraq
bahagian utara, Syria, dan Lebanon. Sedangkan negara-negara lain dibebaskan
untuk memilih wilayah yang akan dikuasainya. Ketika Sykes-Picot Agreement,
wilayah Palestin belum diserahkan kepada mana-mana negara, sehingga dijadikan
sebagai sebuah wilayah antarabangsa yang dikelola secara bersama-sama diantara
negara-negara pemenang perang.
9 Ibid.10 ibid
Syarif Hussein tidak mengetahui adanya Sykes-Picot ini, sehingga Inggeris
telah melakukan penipuan kepada Arab yang diwakili oleh Syarif
Hussein.Kecurangan pemerintah Inggeris oleh kolonel Lawrence iaitu seorang
Inggeris yang amat berjasa dalam usaha memujuk bangsa Arab mengangkat
senjata terhadap Turki dan berperang disamping Sekutu yang menyebabkan Syarif
Hussien mempunyai gelaran raja Arab yang tidak bermahkota. Lawrence merasa
sangat malu dan untuk menebus rasa malunya ia telah membongkar segala rahsia
Foreigen Office dan bersumpah tidak akan menerima suatu apapun dari pemerintah
Inggeris dan Lawrence telah memenuhi sumpah itu.
Perjanjian London11
Pada tanggal 26 April 1915 telah ditandatangani suatu persetujuan rahsia antara
Inggeris, Perancis, Rusia dan Itali iaitu persetujuan yang dikenali dengan nama
Treaty of London. Perjanjian ini adalah sebagai upah yang harus dibayar oleh
sekutu kepada Itali atas kesediaannya membelot kepada sekutu dan mengangkat
senjata terhadap Jerman.
Deklarasi Balfour 191712
Deklarasi Balfour (1917) ialah surat bertanggal 2 November 1917 dari Menteri Luar
Negeri Britani, Arthur James Balfour, kepada Lord Rothschild (Walter Rothschild, 2nd
Baron Rothschild), pemimpin komuniti Yahudi Inggeris, untuk dikirimkan kepada
Persekutuan Zionis. Surat itu menyatakan posisi yang disetujui pada persidangan
Kabinet Inggeris pada 31 Oktober 1917, bahawa pemerintah Inggeris menyokong
rencana-rencana Zionis bagi membentuk ‘tanah air’ bagi Yahudi di Palestin, dengan
syarat bahwa tidak ada hal-hal yang boleh dilakukan yang mungkin merugikan hak-
hak dari komuniti-komuniti yang ada di sana.
Saat itu, sebahagian besar wilayah Palestin berada di bawah kekuasaan
Khilafah Turki Uthmani, dan batas-batas yang akan menjadi Palestin telah dibuat
sebagai sebahagian dari Persetujuan Sykes-Picot 16 Mei 1916 antara Inggeris dan
Perancis. Sebagai balasan untuk komitmen dalam deklarasi itu, komunitai Yahudi
akan berusaha meyakinkan Amerika Syarikat untuk menyertai dalam Perang Dunia
11 Ibid.12 Ibid.
I. Itu bukanlah alasan satu-satunya, kerana sudah lama di Britain telah ada
sokongan bagi gagasan mengenai ‘tanah air’ Yahudi, dan waktunya bergantung
pada kemungkinannya. Kata-kata Deklarasi ini kemudian digabungkan ke dalam
perjanjian damai Sèvres dengan Turki Uthmaniah dan Mandat untuk Palestin. Janji
Balfour membuat pemerintahan Inggeris mengangkat Sir Herbert Samuel (yahudi
Inggeris ) menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris yang pertama di Palestin. Mulai dari
itu kaum Yahudi dari berbagai dunia datang ke Palestin. Para pendatang tersebut
mendirikan berbagai perusahaan, membuka pelaburan dan koloni sehingga dapat
dikatakan seluruh ekonomi Palestin diduduki dan dibantu oleh kaum zionis yang
dapat membahayakan bangsa Arab.
Pertimbangan Inggeris dalam memberi sokongan tersebut berdasarkan
kepada pemikiran bahawa dengan terciptanya pemerintahan Yahudi di Palestin,
dapat memperkuat kedudukan Inggeris di dunia Arab setelah PD-I. Dengan
sokongan dana dan politik kaum Yahudi dunia, Inggeris mengharapkan penguasaan
jajahannya di India dapat dijalin secara aman. Akibat langsung dari Deklarasi
Balfour ini ialah kaum Yahudi dari seluruh dunia mulai bermigrasi ke Palestin.
Mereka membeli tanah secara besar-besaran dari orang-orang Arab Palestin,
disertai paksaan atau rampasan.
Semua hal itu dimungkinkan kerana sokongan dana dari Jewish National Fund
(Lembaga Kewangan Nasional Yahudi), salah satu cabang organisasi Zionis, yang
bertugas membayar tanah-tanah yang dibeli dari orang Arab-Palestin. Akibat lebih
lanjut ialah, proses pembelian tanah yang demikian itu telah membawa konflik
antara Arab Palestin dengan Yahudi pendatang.
Perjanjian Faisal-Weiszmann13
Selain daripada perjanjian yang dilakukan antara Mac Mahon dan Syarif Hussein,
pengkhianatan kepimpinan Arab dapat dilihat berdasarkan perjanjian oleh anak
Syarif Hussein iaitu Amir Faisal melalui perjanjian The Feisal-Weizmann Aggrement
dengan Weizmann (Pengerusi Organisasi Zionis Dunia) pada 1919. Melalui
13 Bishara, Marwan, 2007, Palestin/Israel: Keamanan Atau Aparteid. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Berhad.
perjanjian ini telah dinyatakan bahawa Amir Faisal di pihak Arab telah bersetuju dan
tidak menghalang perpindahan masuk orang Yahudi ke Palestin dan digalakkan
kepada orang untuk berpindah dalam skala yang besar secepat mungkin.
Faisal sebenarnya bersetuju dengan pernyataan Weizmann kerana beliau
telah berjanji untuk menggunakan pengaruhnya dalam usaha mendapatkan
kemerdekaan secara menyeluruh bagi Negara Arab termasuk Palestin. Dengan janji
yang telah diberikan oleh Weizmann inilah Faisal membenarkan penghijrahan
kaum Yahudi ke Palestin. Walaupun Faisal telah menandatangani perjanjian
tersebut, tetapi beliau tidak pernah bersetuju orang Yahudi menubuhkan Negara
Yahudi di Palestin. Bilangan orang Yahudi semakin bertambah di Bumi Palestin
berikutan syarat yang dipersetujui dalam Perjanjian Faisal- Weizmann.
Konflik Yahudi-Arab Palestina semakin menjadi-jadi bersamaan dengan
semakin banyaknya jumlah Yahudi pendatang. Kerana itu, Inggeris berusaha
mengurangi kesan konflik tersebut, dengan mengeluarkan Churchill White Paper
tahun 1922 (Buku Putih Churchill), dan menunjuk the Peel Royal Comission pada
tahun 1936 untuk menyelidik situasi di Palestin. Meskipun demikian, buku Putih
Churchill bermakna pendua. Di satu pihak menenteramkan bangsa Arab, bahawa
Inggeris tidak akan menghapuskan eksistensi penduduk, bahasa, dan kebudayaan
Arab di Palestin. Di pihak lain, Inggeris menenangkan bangsa Yahudi, bahawa janji
kepada Yahudi seperti yang tercantum dalam Deklarasi Balfour, tidak diingkari.14
Perjanjian San Remo
Berdasarkan Konferensi San Remo (24 April 1920), Palestin kemudian diserahkan
kepada Inggeris. Sementara Perancis mendapatkan Syria dan Lubnan. Perjanjian ini
juga mengatur pembahagian sumber-sumber minyak antara negara penjajah di
Mesopotamia. Konferensi San Remo menghasilkan keputusan yang memberikan
wilayah Palestin dan Iraq kepada Inggeris, sedangkan Perancis mendapatkan Syria
dan Lubnan. Keputusan ini menyertakan Balfour Declaration sebagai salah satu
landasan pembahagian lokasi wilayah tersebut, disamping Fasal 22 dari Kovensyen
Liga Bangsa-Bangsa. Liga Bangsa-Bangsa menggunakan hasil dari Konferensi San
Remo untuk membuat British Mandate of Palestine pada tahun 1920, yang
14 Ibid.
menjadikan wilayah Palestin sebagai wilayah mandat yang akan dikelola oleh
Inggeris hingga penduduk di wilayah tersebut dapat memerintah secara autonomi.
Balfour 192615
Deklarasi Balfour 1926 ialah pernyataan pada Konferensi Kekuasaan oleh pemimpin
Britain antara Oktober-November 1926 di London. Di sana dinyatakan bahawa
Britain dan semua Dominion “merupakan komuniti swatantra dalam Britain, sama
rata dalam kedudukan, dengan tiadanya yang lebih rendah antara satu dengan
lainnya dalam setiap aspek urusan dalam mahupun luar negerinya, meskipun
dipersatukan oleh kesetiaan umum pada Raja, dan secara bebas berhubung
sebagai anggota negara-negara Persemakmuran Britain“.
Pernyataan ini berbeza dengan Deklarasi Balfour 1917 yang mana Menteri
Luar Negeri Britain menyokong Yahudi untuk mendirikan negara di Palestin. Ia
dinamai, seperti dokumen awal, setelah Earl of Balfour (Arthur James Balfour, 1848-
1930), Pemimpin Dewan dalam pemerintahan Britain dan ketua hubungan
persekutuan inter-Imperial. Komite ini menyusun persiapan dokumen pada
persetujuannya Perdana Menteri kerajaan pada 15 November.
Secara rasmi deklarasi ini menerima kemerdekaan politik dan diplomatik
yang sedang berkembang yang dapat dilihat terutama oleh Kanada sejak Perang
Dunia I. Juga menerima bahawa Gabenor Jeneral, perwakilan raja, yang tetap
menjadi ketua negara di setiap Dominion, takkan lama menjabat secara automatik
juga sebagai perwakilan pemerintahan Britain dalam hubungan diplomatik antara 2
negara. Pada titik ini, Gabenor Jeneral yang mewakili pemerintahan Britain dalam
tiap Dominion digantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi, yang tugasnya segera diakui
secara rasmi. Kesimpulan konferensi itu ditetapkan kembali pada 1930 dan
digabungkan dalam Undang-undang Westminster Disember 1930 yang mana
parlimen telah memutuskan bahawa tidak boleh meninggalkan setiap urusan rasmi
atas ke atas naungan kecuali sebagaimana yang telah tersedia dalam hukum
Dominion.
15 Cook,Jonathan, 2006, Blood& Religion: The Unmaking of The Jewish & Democratic. New York &
London: Pluto Press.
Buku Putih 193916
Buku Putih 1939, yang juga dikenali sebagai Buku Putih MacDonald sempena nama
Malcolm MacDonald, Menteri Urusan Negara Koloni Britain adalah sebuah dokumen
yang berisi dasar yang diterbitkan oleh pemerintah Britain di bawah Arthur Neville
Chamberlain yang memutuskan untuk meninggalkan gagasan tentang
pembahagian Palestin di bawah mandat Britain, dan sebaliknya membentuk
Palestin yang merdeka yang diperintah bersama-sama oleh orang-orang Arab dan
Yahudi. Dokumen-dokumen sebelumnya telah menyatakan bahawa Deklarasi
Balfour bukanlah sebuah pernyataan setuju Britain tentang pembentukan sebuah
negara Yahudi yang sesungguhnya di Palestin.
Pada Januari 1938, Komissioner Woodhead dibentuk untuk mencari cara-cara
untuk menerapkan cadangan yang dibuat oleh Peel Commision(1936). Laporan
Kommisioner Woodhead diterbitkan pada 9 November 1938. Gagasan pembahagian
wilayah disokong, namun negara Yahudi yang diusulkan pada dasarnya jauh lebih
kecil, wilayahnya hanyalah dataran pantai saja.
Pada Februari 1939, Konferensi St. James (juga dikenal sebagai Konferensi
Meja Bulat 1030) diadakan di London, disebabkan delegasi Arab menolak secara
rasmi bertemu dengan delegasi Yahudi atau mengakuinya, usul-usul itu diajukan
oleh pemerintah secara terpisah kepada kedua belah pihak, yang tetap tidak boleh
menyetujuinya. Konferensi berakhir pada 17 Mac tanpa sebarang hasil.
Buku Putih 1939 diterbitkan pada 17 Mei 1939, dan pokok-pokok utamanya adalah:
Bahagian I. pentadbiran: Dinyatakan bahawa kerana lebih dari 450,000 orang
Yahudi kini telah bermukim di wilayah mandat itu, Deklarasi Balfour tentang
“sebuah tanah air nasional untuk bangsa Yahudi” telah dipenuhi dan diserukanlah
pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dalam waktu 10 tahun, yang
diperintah bersama-sama oleh orang Arab dan Yahudi:
“Pemerintah Sri Baginda percaya bahawa para penyusun Mandat yang di dalamnya
Deklarasi Balfour terkandung tidak mungkin memaksudkan bahawa Palestin harus
diubah menjadi sebuah Negara Yahudi berlawanan dengan kehendak penduduk
Arab negara itu. Kerana itu Pemerintah Sri Baginda kini menyatakan dengan tegas 16 Ibid.
bahawa bukanlah dasarnya bahawa Palestin harus menjadi sebuah Negara Yahudi.
Bahkan Pemerintah akan menganggap hal itu berlawanan dengan kewajibannya
terhadap orang-orang Arab di bawah Mandat ini, dan juga dengan jaminan-jaminan
yang telah diberikan kepada bangsa Arab di masa lampau, bahawa penduduk Arab
di Palestin harus dijadikan sebahagian dari sebuah Negara Yahudi, yang berlawanan
dengan kehendak mereka.”
“Tujuan dari Pemerintahan Sri Baginda adalah pembentukan dalam waktu 10 tahun
sebuah Negara Palestin yang merdeka dalam hubungan-hubungan perjanjian
dengan Britain sehingga akan memberikan keperluan komersial dan strategik dari
kedua negara itu dengan memuaskan di masa depan. Negara yang merdeka itu
haruslah satu sahaja, di mana orang Arab dan Yahudi bersama-sama memerintah
dengan cara yang demikian rupa sehingga memastikan perlindungan kepentingan-
kepentingan yang hakiki dari komuniti-komuniti.”
Bahagian II. Imigrasi: Imigrasi Yahudi ke Palestin di bawah Mandat Britain akan
dibatasi hingga 75,000 orang sahaja untuk lima tahun pertama, dan kelak akan
ditetapkan berdasarkan persetujuan Arab:
“Pemerintah Sri Baginda tidak menemukan apapun di dalam Mandat ini ataupun di
dalam Pernyataan-pernyataan dasar yang sesudahnya yang menyokong pandangan
bahawa pembentukan sebuah Tanah Air Nasional Yahudi di Palestin tidak dapat
dilakukan kecuali apabila imigrasi diizinkan berlanjut tanpa batas. Bila imigrasi
menimbulkan akibat-akibat yang tidak dikehendaki terhadap posisi ekonomi negara
ini, imigrasi harus dengan tegas dibatasi; demikian pula bila hal itu menimbulkan
akibat yang merugikan secara serius terhadap posisi politik di negara ini, maka itu
adalah faktor yang tidak boleh diabaikan. Meskipun tidak sulit orang berdebat
bahawa imigran Yahudi dalam jumlah besar yang akan diterima sejauh ini telah
diserap secara ekonomi, rasa takut orang-orang Arab bahawa arus masuk ini akan
berlanjut tanpa batas hingga populasi Yahudi mendominasi mereka telah
menghasilkan akibat-akibat yang sangat parah bagi orang-orang Yahudi mahupun
Arab, dan bagi perdamaian dan kemakmuran Palestin.”
Tempoh 1920-1948 : Mandat Inggeris hingga terbentuknya Negara Israel17
17 Muhammad Isa Selamat, 2002, Sejarah & Keutamaan Tiga Tanah Suci. Kuala Lumpur: AL-
FALAH Publications.
Tugas yang diberikan LBB kepada Inggeris untuk mengelola wilayah Palestin sampai
mereka boleh memerintah secara autonomi, ternyata menimbulkan banyak perkara
di antara warga di wilayah Palestin, khususnya antara Arab dan Yahudi. Kedua
bangsa tersebut telah dijanjikan oleh Inggeris untuk boleh membentuk
pemerintahan berdaulat yang berdiri sendiri, sehingga menimbulkan banyaknya
desakan terutama tuntutan mengenai siapa yang paling berhak untuk berada di
wilayah Palestin. Dalam waktu hampir 30 tahun selama pemerintahan Mandat
Inggeris, telah terjadi beberapa pergeseran diantara bangsa Arab dan Yahudi yang
berada di wilayah Palestin, antara lain Palestine Riots 1920, Palestine Riots 1929,
Arab Revolt 1936-1939, Jerusalem Riots 1947. Dalam waktu ini pula, terjadi Perang
Dunia II di wilayah Eropah yang telah melahirkan tragedi holocaust, sehingga
semakin menguatkan niat bangsa Yahudi di Eropah untuk kembali ke tanah
Palestin. Keberadaan Inggeris di wilayah Palestin untuk membantu warga di Palestin
menjadi autonomi, menimbulkan pemberontakan dari Arab, sehingga
keberadaannya tidak berfungsi maksimum dan jauh dari tujuan awal yang
diharapkan ketika LBB menugaskan Inggeris.
Lahirnya PBB sebagai penerus tugas dari LBB, tidak banyak membantu
penyelesaian konflik yang terjadi di wilayah Palestin. PBB, khususnya Majlis Umum,
berinisiatif untuk membuat sebuah proposal perdamaian untuk Arab dan Yahudi di
Palestin, iaitu dengan membuat pembahagian wilayah Palestin, sehingga terbentuk
negara Arab dan Yahudi secara terpisah. Dalam proposal ini, Jerusalem tidak
ditempatkan dibawah penguasaan Arab ataupun Yahudi, tetapi dijadikan sebagai
sebuah wilayah antarabangsa yang diurus secara antarabangsa oleh PBB. Proposal
ini menjadi Resolusi 181 Majlis Umum PBB, atau lebih dikenal dengan UN Partition
Plan, memberikan 55% wilayah Palestin untuk dijadikan negara Yahudi, dan 45%
sisanya untuk negara Arab. Secara demografi, komuniti Yahudi hanya ada sekitar
7% dari seluruh penduduk Palestin, dan 93% sisanya merupakan Arab. Dengan
adanya ketidakseimbangan antara jumlah penduduk dan wilayah yang diberikan
oleh PBB, protes dari bangsa Arab pun bermula.18
Adanya penolakan dari bangsa Arab yang merasa diperlakukan tidak adil
melalui UN Partition Plan telah memacu rusuhan selanjutnya di Jerusalem antara
18 Ibid.
Arab dengan Yahudi (khususnya melalui pasukan paramiliter Haganah). Penolakan
dari bangsa Arab telah menggagalkan proposal perdamaian ini, selain itu statusnya
yang merupakan resolusi Majlis Umum PBB menjadikannya tidak mempunyai
kekuatan undang-undang yang mengikat (non-legally binding).19
Gagalnya Mandat Inggeris dan UN Partition Plan di Palestin, tidak
menghalang bangsa Yahudi untuk mewujudkan visi dari Zionisme. Pada hari yang
bersamaan dengan berakhirnya Mandat Inggeris, David Ben-Gurion yang mewakili
Yahudi, mengisytiharkan berdirinya Negara Israel, dan hanya dalam beberapa jam,
Soviet Union dan Amerika Syarikat memberikan pengakuan terhadap negara yang
baru lahir tersebut. Proklamasi kemerdekaan Israel ini menimbulkan kemarahan
bangsa Arab, dan menimbulkan konflik bersenjata pertama antara bangsa Arab
dengan Yahudi (yang kali ini telah menjadi Israel).20
KESAN PEMBENTUKAN NEGARA ISRAEL MERDEKA 1948 TERHADAP ASIA
BARAT.
Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara
Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian
daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini
merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah
yang sama. Kelahiran Israel pada 14 Mei 1948 telah mencetus konflik berpanjangan
antara Arab dengan Israel. Konflik bersenjata pertama antara Arab dengan Israel
terjadi beberapa hari sesudah diproklamasi kemerdekaan Israel. Waktu itu, Israel
belum memiliki angkatan bersenjata yang rasmi, dan hanya menyusun organisasi
paramiliter seperti Haganah, Irgun, Palmach yang berjuang tanpa komando.
19 Ibid.20 Ibid.
Sementara bangsa Arab di Palestin juga menyusun organisasi paramiliter Futuwa
dan Najjada. Namun setelah itu, bangsa Arab disokong oleh negara-negara Arab
disekitar Israel seperti Iraq, Jordan dan Mesir untuk menyokong perlawanan Arab
terhadap Israel. Di tengah-tengah peperangan, organisasi paramiliter Israel dilebur
menjadi sebuah angkatan bersenjata yang disebut dengan Israeli Defense Forces,
sehingga mereka memiliki kekuatan militer yang lebih tersusun dan rapi.
Peperangan 1948 atau yang dikenal dengan nama Al Nakba dimenangi oleh Israel,
setelah selama lebih dari satu tahun bertempur. Berakhirnya perang Al Nakba ini
dimulai dengan berlakunya perjanjian perdamaian antara Israel dengan negara-
negara Arab disekitarnya pada bulan Julai 1949. Dan pada tahun itu pula,
pembentukan Israel sebagai negara ditegaskan dengan Israel diterima sebagai
anggota PBB. Perang 1948 telah memunculkan persoalan pelarian Palestin yang
terusir dari kediamannya di Palestin. Sekitar 750.000 warga Palestin terpaksa
menjadi pelarian dan mencari perlindungan di negara-negara Arab.21
Konflik bersenjata Arab dan Israel tidak berhenti di tahun 1949. Selama 17
tahun, ketegangan antara negara-negara Arab dan Israel masih terus terjadi,
khususnya dari Presiden Mesir pada saat itu, iaitu Gamal Abdul Nasser. Dirinya
seringkali mengeluarkan pernyataan-pernyataan yang berisikan tentang
keinginannya untuk menghancurkan Israel. Pada tahun 1967, terjadi konflik
berikutnya antara Arab dan Israel. Israel yang telah mengerahkan kekuatan
inteleknya ke seluruh wilayah negara-negara Arab, telah berhasil menghimpun
informasi berkaitan dengan rancangan negara-negara Arab untuk menyerang Israel.
Tepatnya pada tanggal 5 Jun 1957, Israel melancarkan serangan pertamanya ke
Mesir, yang dikhususkan ke pangkalan udara militer yang menjadi asas kekuatan
Mesir dan selama 5 (lima) hari kemudian, Israel terus melancarkan serangan-
serangannya ke negara-negara Arab yang berbatasan langsung dengan Israel
seperti Jordan, Syria, dan Lubnan. Perang yang dikenal juga dengan Six-Days War
ini kembali dimenangi oleh Israel, dan tidak hanya itu, Israel berhasil merebut
wilayah Gaza dan Semenanjung Sinai dari Mesir, Jerusalem Timur dan Tebing Barat
dari Jordan, dan Dataran Tinggi Golan (Golan Heights) dari Syria. Secara faktual,
penggabungan kekuatan militer negara-negara Arab jauh lebih besar dibandingkan 21 Rose,J, 2004, The Myths of Zionism. London: Pluto Press.
dengan Israel. Namun Israel berhasil memenangi peperangan dan berhasil
mengubah peta geopolitik di kawasan Timur Tengah. Perang 1967 menghasilkan
problem pelarian. Sekitar 250,000 penduduk Palestin menjadi sebahagian dari
gelombang kedua pelarian Palestin, dan bergabung bersama penduduk Palestin lain
yang telah berada di kem-kem pelarian.22
Kekalahan negara-negara Arab dalam Six-Days War tidak membuat konflik
antara Arab dengan Israel berakhir. Pada tahun 1973, tepat sebelum peringatan
hari Yom Kippur oleh Yahudi, kembali terjadi konflik bersenjata antara Arab dengan
Israel. Yom Kippur War menjadi puncak konflik bersenjata antara Arab dan Israel.
Dalam perang ini, Bangsa Arab berhasil membalas kekalahannya dari Israel.
Serbuan negara-negara Arab berhasil melumpuhkan Israel, meski Israel tidak
dikalahkan secara total. Perang ini berhasil memaksa Israel untuk mengembalikan
Semenanjung Sinai dan Gaza kepada Mesir melalui sebuah perjanjian perdamaian
pada tahun 1979. Sampai ke tahap ini, belum ada wakil Palestin yang menjadi
pertubuhan perlawanan bangsa Arab yang berada di Palestin. Palestine Liberation
Organization (PLO) memang telah dibentuk pada tahun 1964 oleh Liga Arab, tetapi
statusnya sebagai pertubuhan masyarakat Palestin baru ditegaskan pada tahun
1974. 23
Tahun 1978 dalam Perjanjian Camp David, Mesir mendapatkan kembali
Gurun Sinai dengan syarat tidak lagi memerangi Israel. Gaza, Tebing Barat dan
Dataran Tinggi Golan tetap dalam kawalan Israel. Puncaknya pada tahun 1992
dibuat Perjanjian Oslo. Pengakuan PLO atas eksistensi Israel dan kemunculan PLO
sebagai bukti rasmi atas Jalur Gaza dan Tebing Barat. Sejak saat itu Israel semakin
berdiri kukuh di tanah jajahannya, Palestin.
Kehadiran PLO sebagai pertubuhan rasmi bagi rakyat Palestin telah membuat
perjuangan Palestin semakin terkawal, dan memudahkan Palestin untuk ikut serta
dalam persidangan antarabangsa, kerana status PLO sebagai gerakan pembebasan
kebangsaan yang diakui sebagai salah satu subjek perundangan antarabangsa.
Meskipun telah memiliki organisasi yang rasmi, masyarakat Palestin tetap
22 Aroian,A.L & Mitchell P.R, 1991, Timur Tengah & Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
23 Ibid.
melancarkan perjuangannya secara autonomi. Salah satu buktinya, rakyat Palestin
melakukan perlawanan terhadap Israel atau yang dikenal dengan “Intifada”.
Perlawanan ini dilatarbelakangi oleh kekecewaan rakyat Palestin terhadap bangsa
Arab yang tidak lagi berjuang bersama-sama mereka, lalu PLO yang belum berhasil
menunjukkan posisinya sebagai pertubuhan dari rakyat Palestin, dan juga tindakan
represif dari Israel melalui pembunuhan-pembunuhan terhadap tokoh Palestin,
penghancuran harta benda milik warga Palestin, dan juga pemindahan penduduk
secara paksa (deportasi). Salah satu ciri khas Intifada di Palestin adalah pelemparan
batu yang dilakukan oleh rakyat Palestin terhadap angkatan bersenjata Israel.
Lahirnya Intifada pertama di Palestin, dan juga kematian Abu Jihad, telah
menginspirasi beberapa pemimpin Palestin untuk memproklamasikan berdirinya
negara Palestin pada tahun 1988. Semenjak tahun 1988, istilah “Palestin” untuk
menggambarkan sebuah negara mulai dikenal. Meskipun pada tahun-tahun
berikutnya, PLO tetap menjadi pertubuhan Palestin untuk berjuang di forum
antarabangsa, kerana status Palestin sebagai negara belum diakui secara rasmi.24
Setelah terbentuknya PLO dan dideklarasikannya negara Palestina, sejumlah
konferensi perdamaian antara Palestina dan Israel mulai marak dilakukan oleh
negara-negara besar, seperti AS dan Russia. Konferensi perdamaian paling awal
adalah Madrid Conference yang dilaksanakan pada tahun 1991, yang kemudian
dilanjutkan dengan Oslo Accords pada tahun 1993. Oslo Accords menjadi salah satu
tahapan penting dalam kronik perdamaian Palestina-Israel, karena memuat
rencana-rencana perdamaian dan pembentukan negara Palestina. Bahkan dengan
adanya Oslo Accords, Intifada yang telah berlangsung selama 5 tahun dapat
dihentikan. Namun seiring terbunuhnya Yitzhak Rabin yang berperan penting dalam
Oslo Accords, kesepatakan tersebut kembali mentah dan tidak dapat
diimplementasikan. Setelah Oslo Accords, masih ada Hebron Agreement dan juga
Wye River Memorandum yang tidak menghPenentangan berani yang dilakukan oleh
rakyat Palestine telah meninggalkan kesan yang mungkin tidak pernah kita fikirkan
24 Karsh,Efraim & Miller,Rory (ed),2009, Israel At Sixty: Rethinking The Birth of The Jewish State.London
& New York: Routhledge Taylor & Francis Group.
beberapa bulan dahulu. Beberapa perubahan ketara telah berlaku di wilayah yang
ditakluki di Palestine.25
Ha’aretz, sebuah akhbar Yahudi dalam laporannya pada 5 September
menulis: “Radio Israel melaporkan bahawa seramai 62 orang pelajar sekolah tinggi
Israel telah mengisytiharkan pada hari Rabu (5 September) dalam sepucuk surat
kepada perdana menteri Ariel Sharon bahawa mereka enggan berkhidmat dalam
angkatan tentera Israel dan menyifatkannya sebagai operasi kejam tentera di
wilayah-wilayah Palestine.” Remaja itu juga menggesa remaja Israel lain menuruti
langkah mereka.26
Ha’aretz juga melaporkan reaksi pegawai-pegawai kerajaan dan ahli politik
terhadap perkembangan tersebut. “Penggubal undang-undang Zevelun Orlev dari
Parti Keagamaan Nasional menyifatkan surat tersebut sebagai satu amaran. Dia
mendesak tenaga pengajar kumpulan remaja tersebut menyiasat punca yang
menyebabkan remaja merasa tersisih daripada negara mereka.”
Tindakan mereka ini bukanlah menunjukkan bahawa Israel mula membenci
kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Palestine, sebaliknya tindakan itu
disebabkan mereka takut mati. Sekarang ini empat orang askar Israel berada dalam
penjara kerana enggan berkhidmat dalam tentera dan sekurang-kurangnya 60
orang tentera simpanan masih tidak melaporkan diri.Hal ini berlaku meski pun
tentera Israel diberi kebebasan mutlak untuk membunuh dan melumpuhkan rakyat
Palestine. Kebebasan ini diambil kesempatan oleh penduduk Yahudi bersenjata di
wilayah Palestine yang turut membunuh orang awam Palestine setelah
memerangkap mereka.27
Dari masa ke semasa wartawan Amerika sendiri terpaksa melaporkan
mengenai jenayah-jenayah ini. Jack Kelly dari akhbar USA Today melaporkan
bahawa pada 4 September lalu sekumpulan penduduk haram yang berasal daripada
Brooklyn, AS, membunuh penduduk Palestine di bandar al-Khalil, Hebron.
Penjenayah-penjenayah yang dilahirkan di AS ini menggelar rakyat Palestine
sebagai “sampah Muslim.”
25 Rose,J, 2004, The Myths of Zionism. London: Pluto Press26 Ibid.27 Ibid.
Dalam menceritakan tindakan kumpulan itu yang dianggotai oleh seorang
lelaki bernama Avi Shapiro dan 12 orang penduduk haram Yahudi lain, Kelley
menulis: “Semasa bersembunyi di dalam parit berhampiran jalan itu, Shapiro ketua
kumpulan tersebut telah memberi arahan kepada ahli kumpulan supaya
mengepung mana-mana teksi, ‘menembak’ dan membunuh seberapa ramai
penumpang ‘Arab penghisap darah’ yang boleh.” B’Tselem, sebuah kumpulan hak
asasi kemanusiaan Israel melaporkan bahawa penduduk haram Yahudi telah
membunuh sekurang-kurangnya 119 orang rakyat Palestine di Tebing Barat dan
Gaza sejak bermulanya intifada. Namun tiada akhbar atau televisyen yang berani
merujuk kepada tindakan ini sebagai suatu jenayah.
Malah, CNN telah memberi arahan kepada wartawannya supaya melaporkan
jenayah yang dilakukan oleh Israel dengan menyebutnya sebagai “kematian orang
Palestine” dan tidak merujuk kepada Gilo sebagai “wilayah yang ditakluki Israel.”
Gilo yang ditakluki sejak tahun 1967 merupakan salah sebuah daripada
penempatan haram Zionis yang beroperasi sebagai pengkalan untuk mengetatkan
kawalan ke atas Baitulmaqdis. CNN mahu wartawannya merujuk kepada kawasan
itu sebagai “tempat tinggal Yahudi.”28
Pada 27 Ogos lalu, kereta kebal Israel telah menceroboh Beit Jala, bandar
berhampiran Baitulmaqdis yang didiami oleh majoriti penduduk Kristian Palestine
dalam percubaan untuk menghalang serangan ke atas penduduk haram Zionis di
Gilo. Walaupun mereka berjaya dihalau keluar dari kawasan itu tiga hari kemudian,
tentera Israel telah menyebabkan banyak kerosakan ke atas harta benda dan
tempat ibadat. Kereta-kereta kebal Israel meninggalkan perkarangan gereja
Lutheran Beit Jala pada 30 Ogos. Mereka juga memasuki masjid bersebelahan
gereja itu. Pada 31 Ogos, kereta kebal Israel memusnahkan dinding biara Armenia
yang bersebelahan untuk membina laluan kenderaan tentera ke kem pelarian Aida.
Rancangan Israel memang jelas. Sharon berusaha untuk menakluki semula
wilayah Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Malah, memang itulah polisi Israel sejak
dahulu lagi. Walau bagaimana pun, rancangan mereka ini telah mendapat
28 Lapidoth,R.Hirsch,M, 1992, The Arab-Israeli Conflict & Its Resolution:Selected Documents.
Netherlands: Martaus Nijhoff Publishers.
tentangan daripada pihak Palestin. Pada 25 Ogos, tiga orang anggota Barisan
Popular Pembebasan Palestine (PFLP) telah menyeludup masuk ke pos tentera di
Gaza dan membunuh tiga orang tentera dan mencederakan tujuh orang yang lain.
Dua orang daripada komando Palestine itu telah syahid sementara seorang lagi
berjaya menyeludup keluar.29
Tindakan ini meninggalkan satu kesan berat ke atas moral tentera Israel.
Tidak hairanlah jika Israel bertindak ganas keesokan harinya dengan melancarkan
serangan peluru berpandu ke pejabat Mustafa al-Zibri di Ramallah. Setiausaha
agung PFLP yang berusia 63 tahun itu telah syahid dalam serangan tersebut.
Seorang jurucakap Jabatan Negara AS yang merujuk kepada kritikan-kritikan
terdahulu negara itu terhadap tindakan seumpama ini yang disifatkannya sebagai
‘serangan terancang’ Israel berkata: “Pandangan kami terhadap serangan
sedemikian sememangnya sudah diketahui umum.” Walau bagaimana pun dia tidak
mengulas lebih lanjut. Amerika ialah penyokong utama jenayah Zionis seperti yang
ditunjukkan dengan jelas di Persidangan Durban itu sehinggakan semua orang
menyedarinya.
Perjuangan ke atas Palestin mestilah dilakukan di Tanah Suci. Rakyat Palestin
melakari episod baru dengan darah mereka. Namun perjuangan ini tidak akan
mudah. Umat Islam telah melencong jauh daripada jalan Islam menyebabkan
mereka memerlukan tempoh masa yang panjang untuk kembali ke jalan sebenar.
Rakyat Palestin telah memulakan proses itu. Buktinya, mereka tidak lagi gentar
untuk mati. Sebaliknya puak Zionislah yang merasa kecut perut. Ketakutan ini
digambarkan oleh ketandusan pengunjung ke kompleks membeli belah di Tel Aviv
dan Baitulmaqdis, kafe dan restoran yang ketiadaan pelanggan dan kekurangan
pelancong ke Israel. Malah puak Zionis sendiri tidak berani menjejakkan kaki:
beberapa kem remaja yang biasa dianjurkan oleh penduduk Yahudi keturunan
Amerika di wilayah ditakluki Palestin telah dibatalkan. Hal ini menaikkan kemarahan
kumpulan Zionis tersebut. Hakikatnya, walau pun Zionis Barat menyokong Israel
dari jauh, apabila berlaku sesuatu kesusahan mereka tidak mahu terlibat sama.30
29 Ibid.30 Ibid.
Turut jelas ialah kegagalan Zionis untuk menarik pendatang baru tinggal di
wilayah Palestin. Selama lebih daripada dua tahun, mereka telah berusaha menarik
Yahudi (dan juga bukan Yahudi) daripada Russia dan Latvia dengan menjanjikan
pekerjaan dan tempat tinggal. Yahudi Russia dan Latvia yang menderita akibat
kejatuhan pemerintahan komunis ini mudah tertarik tetapi mudah pula putus asa.
Hampir 40 peratus daripada kawasan penduduk haram Yahudi di Tebing Barat
masih kosong.
Tidak kurang juga kesan intifada ke atas ekonomi Israel. Hasil perjanjian
Oslo pada tahun 1993, pelaburan masuk mencurah-curah ke Israel. Walau
bagaimana pun, kini hampir semuanya telah terhenti dan tenaga buruh murah
daripada Palestin juga sukar didapati. Sememangnya, perkara ini membawa
implikasi yang lebih besar ke atas rakyat Palestine kerana lebih daripada separuh
penduduknya telah tidak mempunyai pekerjaan selama hampir setahun. Rakyat
Palestin mengalami kesusahan yang amat sangat disebabkan dilema mereka dalam
perkara ini. Sekiranya mereka tidak berkerja mereka akan kebuluran, tetapi
sekiranya mereka berkerja dengan Israel mereka akan membantu menambah
cengkaman Zionis ke atas bumi sendiri.
Namun, perubahan sebenar berlaku dari segi pandangan umum. Rakyat
Palestin kini percaya bahawa mereka mampu bangun menentang Zionis. Kegagalan
puak Zionis untuk menakluki mana-mana bandar atau kampung Palestin untuk
sesuatu tempoh yang lama adalah kesan secara langsung daripada pandangan ini.
Rakyat Palestin kini bersedia untuk mati syahid. Sememangnya, sebaik sahaja
seseorang hilang rasa takut untuk mati, tiada sebarang kuasa dunia yang boleh
mengalahkan mereka. Kesannya rakyat Palestin menjadi semakin berani untuk
mati, sebaliknya puak Zionis menjadi semakin pengecut.31
Gerakan intifada ini juga telah menjejaskan ekonomi Israel. Walaupun Israel
menerima sumbangan yang banyak daripada AS (AS$92 bilion setakat ini), struktur
ketenteraan Israel masih memberi kesan ke atas ekonomi. Israel mempunyai
tentera seramai 50,000 orang. Namun, disebabkan oleh intifada, keperluan
perkhidmatan tentera untuk remaja dan orang dewasa juga bertambah. Israel
memerlukan sekurang-kurangnya 300,000 orang anggota tentera untuk 31 Bishara, Marwan, 2007, Palestin/Israel: Keamanan Atau Aparteid. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Berhad
menumpaskan gerakan intifada (kalaulah ia boleh dilakukan). Ekonomi Israel
pastinya akan terjejas dan lebih lama intifada berlaku maka akan lebih teruklah
kesannya ke atas ekonomi Israel.
Terdapat juga satu lagi faktor: semua penindas dan pembuli sememangnya
pengecut. Beberapa buah syarikat sekarang secara terang-terang mengiklankan
peluang pelaburan di luar negara. Hal ini merupakan perkembangan baru. Kalau
dahulu tindakan ini disifatkan sebagai pengkhianatan terhadap negara, ia kini tidak
lagi menjadi masalah. Disebabkan intifada, Yahudi Israel kini tertanya-tanya sampai
bilakah mereka boleh tinggal di wilayah ditakluki Palestin. Pergerakan Islam Palestin
perlulah membuat perancangan teliti dan tepat demi kepentingan masa depan
mereka dan hasilkan apapun bagi proses perdamaian Palestin dan Israel.32
Pada tahun 2000, AS kembali berusaha untuk membuka jalan bagi
kemungkinan perdamaian antara Palestin dan Israel. Pertemuan antara Bill Clinton,
Ehud Barak, dan Yasser Arafat di Camp David, AS, kembali tidak menghasilkan
kesepakatan apapun. Pada tahun ini pula, Intifada jilid ke-2 kembali muncul di
masyarakat Palestin. Pasca Camp David Summit, masih ada upaya perdamaian
melalui Beirut Summit yang diprakarsai oleh Arab Peace Initiative, dan juga
proposal Peta Jalan atau Road Map for Peace yang diusulkan oleh Quartet on Middle
East yang terdiri dari AS, Rusia, PBB, dan Uni Eropa (UE). Dan sama seperti usaha-
usaha perdamaian sebelumnya, kedua pertemuan itu tidak berhasil mendamaikan
Palestin dan Israel.
Pada tahun 2007, di masa-masa akhir pemerintahan George W. Bush,
Quartet on Middle East ditambah dengan partisipasi dari Mesir, mengadakan
konferensi untuk kembali membicarakan perdamaian antara Palestin dan Israel di
Annapolis. Untuk pertama kalinya dalam kronik sejarah proses perdamaian Palestin
dan Israel, solusi dua negara disebutkan secara eksplisit dalam proses konferensi.
Dengan diterimanya solusi dua negara dalam Annapolis Conference, maka telah
terjadi perubahan dalam platform politik yang telah lama dianut oleh Palestin dan
Israel. Meskipun demikian, hasil dari Annapolis Conference masih belum boleh
32 Muhammad Isa Selamat, 2002, Sejarah & Keutamaan Tiga Tanah Suci. Kuala Lumpur: AL- FALAH
Publications.
diimplementasikan kerana semakin rumit konflik yang terjadi di wilayah Palestin-
Israel.
ANALISIS
Setelah diteliti secara mendalam, didapati bahawa pembentukan negara Israel
merupakan satu cara kuasa barat untuk melemahkan kesatuan Arab,bermula
dengan hasutan kepada orang Arab agar menentang Khilafah Uthmaniyah yang
bertujuan untuk melemahkan penyatuan umat Islam sehingga pembentukan negara
Israel berlaku. Hal ini kerana, British terutamanya menyokong pergerakan untuk
membentuk negara Israel di samping mengekalkan kuasa dan memainkan helah
politik untuk terus berkuasa di Asia Barat yang kaya dengan hasil buminya.
Menurut harun yahya, menyatakan bahawa pembentukkan negara isreal di
asia barat telah mengukuhkan kedudukan britain. Hal ini kerana asia barat penting
untuk negara ini kerana hasil buminya seperti petroleum. Oleh itu,mereka perlu
mencari rakan sekutu untuk mengeksploitasi hasil bumi,maka britain telah
mengambil jalan dengan mengiktiraf kedudukan israel. Malah britain juga
merupakan antara negara yang mendesak PBB untuk mempercepatkan proses
israel merdeka pada 1948.33
Selain menyaksikan pertelingkahan yang berpanjangan berlaku ke atas
arab dan israel,dapat disaksikan juga negara palestine kian terhapus dari peta
dunia. Menurut Suhaimi Zulkifli34 dan Micheal James35, menyatakan bahawa
keluasan negara palestine akibat terbentuk negara israel merdeka 1948 telah
berlaku penyusutan yang sungguh drastik. Hal ini kerana,isreal telah melakukan
rampasan terhadap tanah milik palestine termasuk menceroboh sempadan negara
berkenaan. Malah perluasan tanah yang dilakukan oleh isreal itu bercanggah
dengan perjanjian asal semasa pembentukan negara israel merdeka 1948.
Sehingga ke hari ini,negara israel masih berkuasa dan berpengaruh kuat di
asia barat. Hal ini kerana, israel telah mendapat bantuan daripada negara
33 Harun Yahya,2000, Kekajaman Zionis. Kuala Lumpur : Pelanduk Pubilising.34 35 Micheal J. The Arabic Isu. United State Of America : BG Publisher.
sekutunya amerika syarikat dan britain. Menurut Abdul Halim, israel sering
mendapat bantuan senjata dan peralatan perangan yang canggih dari barat. Ini
mengukuhkan lagi bukti bahawa israel telah didukung oleh barat untuk terus
berkuasa di rantau asia barat. Selain itu,punca negara ini terus bermaharajalela di
negara ini adalah berpunca dari faktor ketidaksepaduan antara pemimpin arab
antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan negara- negara arab tidak bersatu
menentang negara israel mestipun kebanyakkan daripada mereka tidak mengakui
kedudukan negara ini.
PENUTUP
Pembentukan negara Israel telah menimbulkan pelbagai masalah sehingga
mengganggu dan mengancam keselamatan dan kestabilan rantau Asia Barat.Israel
sentiasa bertelagah dengan Arab sehingga mencetuskan peperangan yang
mengorbankan beribu-ribu nyawa. Janji Israel untuk mengadakan perundingan
damai sebenarnya hanyalah helah untuk mengelakkan Palestin menjadi sebuah
negara berdaulat.
RUJUKAN
Aroian,A.L & Mitchell P.R. 1991. Timur Tengah & Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bishara, Marwan. 2007. Palestin/Israel: Keamanan Atau Aparteid. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Negara Berhad.
Cook,Jonathan. 2006. Blood& Religion: The Unmaking of The Jewish & Democratic.
New York & London: Pluto Press.
Karsh,Efraim & Miller,Rory (ed).2009. Israel At Sixty: Rethinking The Birth of The
Jewish State.London & New York: Routhledge Taylor & Francis Group.
Lapidoth,R.Hirsch,M. 1992. The Arab-Israeli Conflict & Its Resolution:Selected
Documents. Netherlands: Martaus Nijhoff Publishers.
Muhammad Isa Selamat. 2002. Sejarah & Keutamaan Tiga Tanah Suci. Kuala
Lumpur: AL- FALAH Publications.
Rose,J. 2004. The Myths of Zionism. London: Pluto Press.