Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

  • View
    243

  • Download
    10

Embed Size (px)

Text of Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

  • The National Universityof Malaysia

    Pusat Komunikasi Korporat

    Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

    instagram.com/ukminsta

  • 2 UKM

    Kandungan

    Perutusan Naib Canselor 3

    Universiti Kebangsaan Malaysia 4

    Fakulti 6

    Institut Penyelidikan 7

    Jaringan Global 8

    Pengajaran & Pembelajaran 10

    NIC Penyelidikan 12

    Penyelidikan & Inovasi 13

    Hubungan Industri & Masyarakat 19

    Kecemerlangan Pelajar 20

    Program Mobiliti Antarabangsa 21

    Sukan @ UKM 22

    Kesenian di UKM 24

    Ikon UKM 27

    Pengiktirafan & Pencapaian 29

    Alumni 30

    Biasiswa & Bantuan Kewangan 31

    Fakta & Perangkaan 32

    Kemudahan 33

  • Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 3

    Perutusan Naib CanselorPeredaran masa lazimnya menuntut pendekatan baharu bagi institusi pengajian tinggi. Universiti Kebangsaan Malaysia sedar akan tuntutan perubahan ini dan berusaha untuk melaksanakannya. UKM mempersiapkan pelajar untuk menghadapi perubahan ini melalui pengajaran yang inovatif dan kurikulum yang terkehadapan, sesuai dengan suasana ekonomi yang baharu. UKM melaksanakan penyelidikan yang komprehensif bagi menyelesaikan permasalahan komuniti, industri dan pentadbiran. Penglibatan strategik UKM dengan masyarakat dan industri adalah pemangkin kepada pembangunan negara dan hubungan antarabangsa.

    UKM dibangunkan atas tuntutan rakyat bagi merealisasikan sebuah universiti kebangsaan dan pendaulat amanah negara. Selari dengan keperluan abad ke-21, UKM terus melaksanakan amanah dengan mengilham harapan, mencipta masa depan.

    Tahun-tahun yang mendatang menjanjikan suatu titik waktu yang menarik dan mencabar bagi UKM. Oleh itu, marilah kita bersama menghadapi cabaran yang dapat memantapkan ciri profesionalisme, mempertingkatkan kompetensi dan kemahiran keusahawanan, serta memupuk bakat bakal pemimpin pada masa hadapan.

    Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

  • 4 UKM

    Sejak penubuhannya pada 18 Mei 1970, UKM memenuhi visi pengasasnya dalam menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajian dan kesarjanaan. Ia juga berjaya menghasilkan para ilmuan dan cendekiawan yang menjadi kebanggaan negara.

    Bermula dengan tiga fakulti, UKM kini telah berkembang menjadi 13 buah fakulti, 13 institut penyelidikan kecemerlangan dan pelbagai entiti komersial di bawah naungan UKM Holdings Sdn. Bhd. dan UKM Technology Sdn. Bhd. Kini, UKM dikenali sebagai universiti penyelidikan tersohor dan terus berkembang, di mana penyelidikannya relevan, para akademiknya dirujuk dan disegani.

    Sensitif dengan tren teknologi pengajaran dan pembelajaran masa kini, UKM telah mengambil inisiatif dan mengungguli e-Pembelajaran. Melalui

    e-Pembelajaran, pelajar dilengkapkan dengan pengajaran inovatif dan kurikulum terkehadapan. Inisiatif ini bertujuan untuk memenuhi keperluan ekonomi alaf baru. Ia juga merangsang penyelidikan dan menyediakan penyelesaian untuk masyarakat dan industri, bagi mencapai pembangunan mapan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    4 UKM

  • Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 5

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 5

    UKM bertekad menjadi universiti keterhadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

  • 6 UKM

    FAKULTIFAKULTI Fakulti Ekonomi dan Pengurusan http://www.ukm.my/fep

    Fakulti Farmasi http://www.ukm.my/farmasi

    Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina http://www.ukm.my/jurutera

    Fakulti Pendidikan http://www.ukm.my/fpendidikan

    Fakulti Pengajian Islam http://www.ukm.my/fpi

    Fakulti Pergigian http://www.ukm.my/fperg

    Fakulti Perubatan http://www.ppukm.ukm.my

    Fakulti Sains Kesihatan http://www.fsk.ukm.my

    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan http://www.ukm.my/fssk

    Fakulti Sains dan Teknologi http://www.ukm.my/fst

    Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat http://www.ftsm.ukm.my

    Fakulti Undang-Undang http://www.ukm.my/fuu

    UKM-GSB (Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan) http://gsb.ukm.my

  • Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 7

    PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJIAN TINGGI

    PUSAT KECEMERLANGAN KEBANGSAAN

    INSTITUT PENYELIDIKANINSTITUT PENYELIDIKAN Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) http://www.atma.ukm.my

    Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) http://www.ukm.my/lestari

    Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) http://www.inbiosis.ukm.my

    Institut Informatik Visual (IVI) http://www.ivi.ukm.my

    Institut Islam Hadhari (HADHARI) http://www.ukm.my/hadhari

    Institut Kajian Etnik (KITA) http://www.kita.ukm.my

    Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) http://www.ukm.my/ikmas

    Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) http://www.ukm.my/seri

    Institut Perubahan Iklim (IPI) http://www.ukm.my/ipi

    Institut Sel Fuel (SELFUEL) http://www.ukm.my/selfuel

    Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (HEARS)

    PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJIAN TINGGI Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) http://www.ukm.my/imen

    Institut Perubatan Biologi Molekul UKM (UMBI) http://www.ukm.my/umbi

    PUSAT KECEMERLANGAN KEBANGSAAN Institut Kajian Etnik (KITA) http://www.kita.ukm.my

    Malaysian Inclusivity Development and Advancement (MINDA)

  • JARINGAN GLOBALJARINGAN GLOBAL Sebagai sebuah universiti penyelidikan, UKM sentiasa berusaha untuk mendekati dan kekal relevan ke seluruh pelusuk dunia. UKM menjalin hubungan pintar melalui perjanjian MoU dan MoA yang terbaru bersama universiti di Uzbekistan, Latvia, Romania dan Georgia. Hubungan ini merangkumi kerjasama pertukaran pelajar dan kakitangan serta kerjasama dalam penyelidikan. Sehingga kini, UKM telah menghasilkan lebih daripada 170,000 alumni yang terus menyumbang pembangunan negara. UKM juga telah menarik minat pelajar dari 53 buah negara, seterusnya mewujudkan suasana kepelbagaian budaya, agama dan bahasa yang muhibah di kampus.

    Afrika Utara

    Afrika Selatan

    Afrika Tengah

    Amerika Selatan

    Amerika Tengah

    Amerika Utara

    Eropah

    Asia Pasifik

    Asia Utara

    Asia Tenggara

    8 UKM

  • Saya memilih UKM kerana kedudukannya yang baik dalam kalangan universiti di Asia dan dunia. UKM mempunyai para akademik yang cemerlang dan berdedikasi dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Saya pastinya mengesyorkan UKM kepada rakan-rakan saya.

    Malek M. Y Injas (Pelajar Siswazah Antarabangsa)Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

    MENGAPA UKM?

  • 10 UKM

    PENGAJARAN &PEMBELAJARANUKM telah menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran sebagai keutamaan dalam Bidang Keberhasilan Utama. UKM berusaha untuk melahirkan graduan yang bangga menjadi rakyat Malaysia, kreatif, berdaya saing, kebolehgajian, dilengkapi dengan kemahiran berkomunikasi dan relevan kepada industri dan masyarakat.

    Untuk mencapai objektif ini, amalan pedagogi yang terbaik telah diperkenal dan dilaksanakan. Pendekatan pengajaran telah diolah semula untuk membangkitkan pembelajaran yang lebih menarik dapat diberikan kepada pelajar. Portal e-pembelajaran UKM, i-Folio, telah melengkapkan proses perubahan ini. Selain itu, UKM juga melaksanakan pendekatan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang berikut: Pembelajaran Bersepadu; Flipped Classroom; Pembelajaran berasaskan Pengalaman; Pembelajaran berasaskan Masalah;

    Kajian Kes; Pembelajaran Makmal dan Studio; Latihan Industri Kerjasama Fakulti dan Swasta; Pembelajaran Kooperatif, Fokus kepada Kognitif,

    Afektif dan Psikomotor; Kajian Rintis; Pembelajaran berasaskan Pertandingan; dan Massive Open Online Course (MOOC).

    Dalam melahirkan graduan yang holistik dan kebolehgajian, UKM menawarkan pengajian sastera dan pengajian umum sebagai pelengkap kepada bidang akademik para graduan. Kursus kepelbagaian bidang dan tambahan seperti bahasa asing, seni tradisional dan budaya dan pembangunan kemahiran insaniah juga turut ditawarkan.

    10 UKM

    PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

  • Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 11

    Infrastruktur yang cemerlang dan pendekatan pedagogi yang inovatif akan terus memacu UKM ke hadapanProf. Dato Ir. Dr. Riza Atiq O.K. RahmatTimbalan Naib CanselorHal-ehwal Akademik & Antarabangsa

    Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 11

  • NIC PENYELIDIKAN

    Penyelidikan dan inovasi di UKM menyediakan penyelesaian kepada permasalahan negara dan serantau serta menjadi pemacu kepada pembangunan lestariProf. Dato Dr. Mazlin MokhtarTimbalan Naib CanselorHal-ehwal Penyelidikan & Inovasi, UKM

    12 UKM

    Penyelidikan di UKM menyumbang dengan ketara terutamanya dalam pembangunan ekonomi dan sosial melalui satu ekosistem yang menggalakkan penemuan intelektual, inovasi, penyebaran dan penggunaan pengetahuanProf. Datuk Dr. Noor Azlan GhazaliNaib Canselor, UKM

    NIC PENYELIDIKAN NEGARA BANGSA

    Membina Negara Bangsa; Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan; Pendidikan dan Peradaban; Politik, dan Keselamatan; dan Transformasi Luar Bandar

    SAINS, KELESTARIAN DAN WILAYAH

    Pembangunan Lestari Wilayah; Tenaga Keterbaharuan; dan Perubahan Iklim

    BIO SAINS, KESIHATAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

    Teknologi KEsihatan dan Perubatan; Nanoteknologi dan Bahan Termaju; Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi; dan ICT: Informatik Isian

  • Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan 13

    Kereta Bugi Sel Fuel Pertama Malaysia

    Kenderaan Sel Fuel Hidrogen pertama Malaysia telah dibina oleh Institut Sel Fuel UKM. Kenderaan ini