MODUL TITAS-BPG[10102009]

Embed Size (px)

Citation preview

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Tajuk 5

Tokoh-Tokoh Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Tokoh-tokoh Islam Cina India Jepun

1. Sinopsis Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun ( Melayu, Pengaruh Tamadun Islam di asia dan Eropah. Tokoh-tokoh tamadun islam, isu-isu kontemporari, islam hadhari dan proses pembangunan Negara. 2. Hasil pembelajaran Setelah selesai membaca dan menganalisis modul ini, diharapkan pelajar akan dapat 2.1. Mengenalpasti tokoh-tokoh yang muncul dalam tamadun Asia (Cina, India dan Jepun ). 2.2. Menilai dan membandingbeza sumbangan tokoh-tokoh kepada Tamadun Asia.Ibnu Sina Al-Farabie Ibnu Khaldun Al-Khawarizmy HAMKA Al-Biruni Al-Ghazali Sheikh Tahir Jalaluddin Ibnu Haitham Ibnu Batuta A-Zarqali

3. Kerangka Tajuk

Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tokoh Tamadun Cina Kung Fu Tze Lao Tze Laksamana Cheng Ho Tokoh Tamadun India Mahatma Ghandi Sidhaharta Gautama Buddha Tokoh Tamadun Jepun Tokugawa Ieyasu Maharaja Meiji

1

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

4. Tokoh-tokoh tamadun Islam4.1.

Ibnu Sina ( 1037M ) IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Latar Belakang Ibnu Sina

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina juga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Ensiklopedia Kedoktoran Pertama Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit Tibb.

2

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah pangeran-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah menteri-nya. Leher merupakan jendelanya sang badan, manakala kandung empedu sebagai markas pusat-nya. Limpa dan perut sebagai bumbung sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan. Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya. Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna) Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

3

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli

perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri. Perintis Pengenalan Penyakit Saraf AlQanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambargambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas. Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor. Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor

4

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih. Penemuan-Penemuan Baru Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi. Bidang Geografi Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah." Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada : 1. Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge. 2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.

5

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

3. Bidang metafizik , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan) 4. Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa. 5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral). 6. Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf. 7. Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia. 8. Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung. 9. Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) Buku tentang politik. Sumbangan Ibnu Sina Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981) melaporkan bahawa para doktor di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi : a. Kuat atau denyutan yang lemah. b. Masa antara denyutan. c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang dokto mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti ,

6

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universitiuniversiti Eropah hingga ke abad 17 M. Penutup Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.

7

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

4.2 Al-Farabie AL-FARABI (950M) TOKOH FALSAFAH Digelar Aristotle kedua. Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah AlFarabi. Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy. ( Ibnu As-Siraj ) Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif alDaulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H). Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.

8

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus. Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti

9

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah. Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara. Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut. Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam". Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu AlNadim pada tahun 988M. Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.

10

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Sebagai

seeorang

ilmuwan

yang

tulen,

Al-Farabi

turut

memperlihatkan

kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya. Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.4.3.

Ibnu Khaldun IBN KHALDUN (1406M)

PENGASAS ILMU MASYARAKAT ( Kemukakan teori ekonomi Islam ) Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd alRahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin alHasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam. Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan

11

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa. Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation), dan fairness. Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah. Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam. Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam. Manusia dan Ekonomi Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

12

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Teori Pengeluaran Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir. Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama. Teori Nilai, Wang dan Harga Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran. "Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun. Teori Pengagihan Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam. Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.

13

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu4.4.

Al-Khawarizmy PENGASAS ILMU ALGEBRA

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, alKarismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M al-Khawarizmi adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.

telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad. PENDIDIKAN Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. AlKhawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

14

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, alkarismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim. Sumbangan AlKhawarizmi Melalui Karya. Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1. Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangensdalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contohpersoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh alKhawarizmi.

3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia pentingdalam sistem nombor pada zaman sekarang. Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini. Hasil Karya Al-Khawarizmi Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De NumeroIndorum.

2. Mufatih al-Ulum : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagaibidang.

3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalamBahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan iamengenai algebra.

5. Al-Amal bi Usturlab 6. Al-Tarikh 7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

15

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Ketokohan al-Khawarizmi Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan alKhawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji. Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri. Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang]. Seawal kurun ketiga lagi lagi, alKhawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian. Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja. Peribadi al-Khawarizmi Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. AlKhawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur. Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri. Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata. al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains. Setiap apa yang

16

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam. Strategi Pengislaman Sains Matematik Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

1. TauhidTauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

2. SyariahBerasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

3. AkhlakCiri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma tauhid dan syaiyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak. Cabang Matematika Antara cabang yang diperkanalkan oleh alKhawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik

17

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

dan lain-lain. GeometriIa merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu geo bererti bumi dan metri bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskinikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M. Algebra/aljabar merupakan nadi untuk matematik algebra. Karya Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.4.5.

HAMKA

Biografi Ulama (Prof. Dr. HAMKA) HAMKA (1908-1981), adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

18

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi). Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam mahupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal. Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

19

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Pada

tahun

1953,

Hamka

dipilih

sebagai

penasihat

pimpinan

Pusat

Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia. Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota partai politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjarakan oleh Presiden Sukarno karena dituduh pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah maka beliau mulai menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majelis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia. Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah alMahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam. Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

20

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas alAzhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelar Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia. Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura, turut dihargai4.6. Al-Biruni

Ahli falsafah yang serba boleh. Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah. Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan. Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.

21

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam. Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada di timur ataupun barat. Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan ilmu alam. Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu. Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristian. Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada AlBiruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu

22

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi. Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini. Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah

menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi alJawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M. Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

23

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Pemikiran

falsafahnya

tidak

semata-mata

bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya. Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya. Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia. Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.4.7.

Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam". Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau

24

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung. Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga

mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad. Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana. Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yang menyerang kota Baghdad. Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari OrangOrang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mim al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar (Mengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah). Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan AlGhazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap anti falsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan

25

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang anti falsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana. Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingatkan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut. Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafah tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal. Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama. Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami. Cuma bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang

26

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

terlalu berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan ketuhanan atau metafizik. Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi jelas terpengaruh akan idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka tidak hairanlah ada antara pandangan ahli falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh menyebabkan kesesatan dan syirik. Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani. Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan api keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan alQuran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

27

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

4.8.

Sheikh Tahir Jalaluddin

Latarbelakang Nama penuhnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad. Muhammad atau Tahir dikenali Jalaluddin dengan gelaran Sheikh (9 Al-Falaki Al-Azhari

Disember 1869 - 26 Oktober 1956), Beliau dilahirkan pada hari Selasa, 4 haribulan Ramadhan, tahun 1286 Hijrah bersamaan 7 haribulan Disember 1869 Masehi di Empat Angkat (Ampek Angkek), Ayah beliau iaitu Syeikh Muhamad merupakan seorang ulamak terkenal di Sumatera. Di dalam masyarakat Minangkabau Syeikh Muhammad lebih dikenali dengan nama Tuanku Muhammad atau Tuanku Tjangking. Beliau merupakan tokoh bidang Falak Syari di alam Melayu Nusantara yang telah memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di rantau ini menerusi pengajaran, penggunaan dan penyibaran ilmu tentangnya di kalangan 'alim ulamak yang bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan Syeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak Melayu Minangkabau yang telah berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Di belakang namanya kerap disunting perkataan Al-Azhari, Al-Falaki Assyahir iaitu bererti beliau merupakan keluaran Universiti al-Azhar di Mesir dan seorang ahli Falak yang terkenal. Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Syeikh Tahir baru berusia dua tahun. Oleh kerana Syeikh Tahir masih kanak-kanak lagi ketika ditinggalkan oleh ayah dan ibunya, beliau telah dipelihara oleh ibu saudara di sebelah pihak ibunya. Menjelang usianya lebih kurang sebelas tahun, ibu saudaranya telah menghantar beliau menuntut ilmu di Mekah. Di Mekah beliau tinggal bersama sepupunya Syeikh Ahmad Khatib yang menjadi pemimpin Mazhab Imam Syafie di Masjid al-Haram. Di Makkah Syeikh Tahir telah datang ke Makkah pada tahun 1297H (1880 m) bersama datuk sepupunya Haji Abdul Rahman. Di Makkah beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad Khatib

28

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

di dalam pemeliharaan al-Syeikh Muhammad Salleh Kardabi Fidullah al-Kurdi. Pelajaran asas yang diterimanya di sini ialah mengaji al-Quran dan mentajwidkan Quran daripada Tuan Syeikh Abdul Haq. Pelajaran lain berhubung dengan keagamaan dipelajarinya dari Syed Umar Syah, Syeikh Muhammad al-Khayyat, Syed Barkasyah dan sepupunya sendiri Syeikh Ahmad Khatib. Dalam jangka masa dua belas tahun Syeikh Tahir menetap di Makkah, beliau berpeluang mempelajari ilmu-ilmu agama dengan mendalam. Banyak daripada ajaran-ajaran sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib telah mempengaruhi jiwa Syeikh Tahir terutama berhubung dengan masalah amalan beragama umat Islam yang dikatakan bercampur aduk dengan amalan bidaah. Syeikh Ahmad Khatib juga merupakan seorang guru yang bertauliah bagi masyarakat Jawi di Makkah pada waktu itu. Hasil dari pergaulan dengan Syeikh Ahmad Khatib telah mendorong Syeikh Tahir belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi dari guru-guru lain di Makkah seperti yang telah disebutkan tadi. Dengan ini ketokohan beliau dari segi keagamaan setanding dengan gurunya yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat Melayu Indonesia dan Tanah Melayu. Setelah tujuh tahun berada di Makkah, pada tahun 1304H (1884 M) beliau pulang ke tanah airnya, Minangkabau. Pada tahun berikutnya beliau kembali semula ke Makkah untuk menyambung pelajarannya. Beliau telah berkahwin buat pertama kalinya pada tahun 1306 H. (1886 M) dengan seorang gadis bernama Aisyah binti Syeikh Muhammad bin Syeikh Ismail Al-Khalid Kabul. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya itu mereka beroleh dua orang anak tetapi kedua-duanya meninggal dunia di Makkah ketika Syeikh Tahir berada di sana. Semenjak beliau tinggal di Makkah pada tahun 1297 H (1880 M.), beliau mula mendalami ilmu al-Quran. Seterusnya beliau mempelajari Ilmu Nahu (grammer), Bayan (Ilmu ucapan dan keterangan yang fasih), Maani (ilmu makna-meaning), Badi (ilmu boleh mengenal pertuturan), Tauhid (ilmu mengenal Tuhan), Fekah (ilmu undangundang), Usul Fiqh (ilmu mengetahui asal undang-undang), Hadis (ilmu mengetahui perkataan, perbuatan dan kelakuan Rasul), Tafsir (ilmu menghuraikan makna-makna alQuran), Hisab (ilmu kira-kira), Hisab Bidasab (Ilmu kira-kira sukat menyukat), Hai-ah (ilmu bintang) dan ilmu Falak (ilmu membicarakan matahari, bulan dan bintang-bintang beredar). Berdasarkan ilmu yang dipelajarinya itu adalah tidak menghairankan jika dia sangat mahir dalam soal yang berhubungan dengan masalah agama Islam.

29

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Di Tanah Melayu Syeikh Tahir dikatakan telah datang ke Tanah Melayu menjelang tahun 1899. Dalam tahun itu beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis Perak dari suku Rawa, bernama Aishah binti Haji Mustafa binti Datuk Menteri pada 28hb September 1899. Didapati beliau ini seorang yang tidak mudah berasa senang hati untuk tinggal menetap di satu-satu tempat. Semasa beliau menetap di Tanah Melayu, beliau kerap belayar ke wilayah-wilayah di Indonesia dan negeri-negeri Timur Tengah, melawat sanak saudara, memberi ceramah-ceramah agama dan sebagainya. Di Perak setelah Syeikh Tahir berkahwin dengan isterinya Aishah binti Datuk Menteri, beliau mula menjalankan kerja-kerja harian untuk menyara keluarganya. Boleh dikatakan beliau seorang yang suka hidup berdikari. Pada tahun 1900 M. beliau pernah membuka kedai kain di Ipoh. Asas perniagaan ini dimulakan oleh bapa mertua beliau yang dikatakan agak `berada juga. Namun demikian kerja berjual kain itu hanya berjalan setakat setahun sahaja. Selepas itu beliau telah belayar lagi ke Kepulauan Indonesia pada tahun 1901 melalui Tanah Jawa, Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa, Bima dan Makasar. Dalam lawatannya itu ada kemungkinan beliau telah menyebarkan buah fikirannya mengenai ilmu agama di tempat-tempat yang di lawatinya. Dalam tahun yang sama beliau berpindah pula ke Johor Baharu. Di Johor Baharu beliau dijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin Ahmad, Hakim Besar Johor, bagi mengajar hakim-hakim pengadilan di mahkamah Johor. Di antara hakim-hakim yang mendapat tunjuk ajar beliau ialah Ungku Ismail bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin Abdul Majid dan lain-lain pengadil bangsa Melayu. Tugas mengajar hakim-hakim tersebut berlangsung selama lebih kurang tiga tahun. Dalam masa beliau bertugas inilah, Sultan Idris (1887-1916) sebagai Sultan Perak mengajak beliau ke London kerana menghadiri kemahkotaan King George pada 22 Jun, 1911. Pada 3hb Julai 1912 beliau meletakkan jawatan sebagai guru kepada hakimhakim di Johor Baharu, dan mulai tahun 1914 beliau bertugas pula sebagai guru di sekolah Agama Johor Baharu dan menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor (Nazir). Ternyata kemudian sewaktu menjawat jawatan tersebut beliau berasa tidak puashati dengan sistem pendidikan dan cara pentadbiran sekolah-sekolah agama waktu itu. Dalam suratnya kepada Yang Di Pertua Jabatan Pendidikan Negeri Johor, beliau

30

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

menyatakan dukacitanya kerana tidak boleh menjalankan peraturan pelajaran yang terlebih berfaedah dan berguna bagi kanak-kanak yang belajar. Beliau akhirnya meminta berhenti kerja pada tahun 1916. Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah diminta oleh rakan seperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Al-Islammiyah di Pulau Pinang bersama-sama seorang rakannya Syeikh Abdullah Maghribi. Khidmat beliau di Madrasah itu pun tidak lama kerana beliau telah jatuh sakit. Di Al-Masyhur beliau ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Ilmu Falak kepada pelajar-pelajar Madrasah itu. Dan menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula ke Medan dan Deli untuk berubat dan melawat tanah tumpah darahnya Minangkabau selama enam bulan. Sebagai seorang ahli falak Sebagai seorang alim yang mempunyai kedudukan baik di mata masyarakat, beliau begitu dihormati. Jawatan-jawatan yang dipegangnya semasa berada di Perak dan diberi juga di Johor membuktikan untuk tenaga dan ilmunya mendapat perhatian. agama Pengetahuannya banyak dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakatnya. Beliau sering kepercayaan membantu menyelesaikan masalah hukum berdasarkan keilmuannya yang luas baik di dalam Ilmu Falak mahupun yang berhubung dengan soal keagamaan. Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaanpertanyaan berhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab bagi menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya. Banyak daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut datang dari penduduk di Tanah Melayu mahupun dari Indonesia. Pandangan beliau mengenai tarikh kemunculan anak bulan Ramadhan atau pun bila berlakunya gerhana matahari, sering kali disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Selain itu beliau juga sangat mengambil berat tentang amal kebajikan di dalam masyarakatnya. Misalnya beliau sangat mengambil berat tentang pentingnya sesebuah masjid itu mempunyai kiblat yang betul dan tepat mengikut hala Kaabah di Makkah. Beliau berpendapat bahawa sembahyang tanpa mengadap arah kiblat yang tepat adalah tidak sah. Dengan itu beliau merasa bertanggungjawab bagi membetulkan kiblat masjid oleh kerana beliau memahami Ilmu Falak.

31

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah sembahyang orang Islam, Syeikh Tahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk menjadi pemeriksa kiblat di seluruh negeri Perak. Beliau pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat banyak mihrab masjid yang tidak sehala dengan arah kiblat. Misalnya ketika beliau menjadi pemeriksa kiblat masjid-masjid di Perak pada tahun 1900 beliau telah melaporkan bahawa terdapat banyak masjid-masjid di Tanah Melayu tidak menuju hala kiblat yang tepat seperti mana yang berlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak. Selain itu di dapati juga masjid-masjid di Pulau Pinang, masjid di Kuala Lumpur dan Masjid Sultan di Kampung Gelam, Singapura turut tidak mengikut hala kiblat yang betul. Ekoran dari timbulnya kekeliruan dalam hal berkaitan dengan hala kiblat masjid, Syeikh Tahir telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan dua buah buku. Buku Pati Kiraan pada menentukan waktu yang Lima dan hal Kiblat dengan Logarithma, diterbitkan di Singapura melalui al-Ahmadiah Press pada tahun 1938. Seterusnya pada tahun 1951 diterbitkan pula buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-kira pada takwim tarikh Hijrah dan Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii). Keilmuan beliau dalam bidang Ilmu Falak menyebabkan beliau digelar sebagai Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Falaki. Mengenai pentingnya ilmu falak itu beliau pernah menyatakan bahawa: Ilmu Falak itu suatu ilmu yang mulia bagi menyukat, menimbang perjalanan bulan dan matahari. Kenyataan beliau itu dilihat bersesuaian dengan sabda Rasul Allah yang mengatakan, sebaik-baik hamba Allah itu mereka yang mengintai-intai matahari dan bulan dan naung bagi mendirikan sembahyang. Berdasarkan kepada sabda Nabi itu Syeikh Tahir sangat menitikberatkan kepentingan mempelajari Ilmu Falak. Pentingnya pengetahuan ilmu Falak bagi orang Islam dikatakan berkait rapat dengan soal kiblat dalam sembahyang, menentukan waktu sembahyang serta menetapkan tarikh berpuasa dalam bulan Ramadhan dan berhari raya. Kemahiran Syeikh Tahir dalam bidang Ilmu Falak menunjukkan beliau mempunyai minat yang mendalam tentang Ilmu Hisab atau Matematik. Beliau turut mengecam mereka yang tidak mahu menghargai kepentingan Ilmu Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya. Menurut Syeikh Tahir penggunaan cara Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya adalah penting terutama jika berlaku cuaca buruk yang tidak memungkinkan kelihatan anak bulan untuk menandakan hari mula berpuasa dan berhari raya. Menurut beliau bagi mereka yang tidak mahu menggunakan kaedah Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya

32

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

samalah juga mereka itu seperti manusia yang jahil. Kejahilan mereka menyebabkan mereka hanya mengikut pendapat orang hingga menyebabkan berlaku puasa yang terdahulu sehari daripada sepatutnya dalam bulan Ramadhan. Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib mempelajari arah kiblat, dan wajib pula menyebarkan pengetahuannya itu. Mengenai hal ini beliau mengatakan: Tiada boleh `berijtihad pada kiblat itu melainkan orang yang ada celik matanya dan mengetahui dalil-dalil kiblat seperti bintang-bintang, matahari dan bulan dan selemah-lemahnya angin dan sekuat-kuatnya khutub dan tiada boleh ia bersandar semata-mata sangka dengan tidak tanda dan dalil. Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang buta dikecualikan daripada mempelajari dalil kiblat demikian juga orang-orang celik yang tidak mampu mempelajarinya. Betapa pun mereka harus mengikut petunjuk orang-orang yang arif tentang dalil kiblat. Kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan di akhbar-akhbar mengenai

banyaknya masjid-masjid di Tanah Melayu dan Sumatera yang tidak mengikut hala kiblat, akhirnya menimbulkan kesedaran orang ramai. Kesannya di Tanah Melayu orang ramai juga turut mengakui banyak daripada masjid-masjid di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan lain-lain tidak mengikut hala kiblat yang betul. Meskipun kesan daripada persoalan kiblat ini membuka mata masyarakat tentang banyak kesilapan arah kiblat yang berlaku di masjid-masjid Tanah Melayu, namun pendedahan ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pihakpihak tertentu. Misalnya Syeikh Tahir pernah dibicarakan oleh mahkamah di Pulau Pinang oleh kerana beliau menjalankan penyiasatan arah kiblat di masjid Pulau Pinang. Pendapat beliau juga pernah ditentang oleh seorang pembaca akhbar yang menganggap soal kiblat itu tidak penting digembar-gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap ke kiri atau kanan kiblat.

33

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Melihat kepada ramai lagi mereka yang tidak memahami Ilmu Falak dan kepentingannya dalam soal agama, beliau terus menyebarkan ilmunya walaupun ketika beliau sudah tua dan uzur. Kegigihannya menyumbangkan tenaga untuk menyebarkan pengetahuan ini amat jelas kelihatan. Misalnya ketika beliau berusia 79 tahun beliau telah pergi ke Bangkok, Thailand untuk mengajar kira-kira arah kiblat. Menjelang usia 83 tahun, Syeikh Tahir dijemput pula oleh pihak Jabatan Agama Johor untuk mengajar Ilmu Falak kepada kakitangan jabatan itu. Ini dilakukan selama enam bulan dengan berulang alik dari Kuala Kangsar ke Johor Baharu. Hasil karya

a. Sheikh Tahir Jalaluddin membeni sumbangan bermakna kepadapenerbitan majalah "Al-Unwati Al-Wuthuqa.

b. Beliau juga mengarang kitab "Al-Islam Wan Nasraniah maal Ilmi walMadaniah.

c. Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama "AlIslam Wannaddu Ala Muntaqidihi. Sheikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26 Oktober, tahun 1956. Ibnu Haitham

4.9.

Kajian sainsnya sering digunakan oleh Barat. Islam sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang mundur oleh pihak Barat. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai disiplin ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu bukan dengan sahaja tidak benar sejarah tetapi yang bertentangan sebenarnya. Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak. Walaupun tokoh itu lebih hakikat

34

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

dikenali dalam bidang sains dan perubatan tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama, falsafah, dan seumpamanya. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu alHaitham. Di kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di dengan 965 Basrah pada tahun 354H bersamaan

Masihi. Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Semasa di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai Matematik dan Falak. Tujuannya adalah untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajiannya di Universiti al-Azhar.Hasil daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang Sains, Falak, Matematik, Geometri, Perubatan dan Falsafah. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian Sains Perubatan perubatan merupakan di Barat. Malahan kajiannya mata. Ibnu mengenai Haitham perubatan mata telah menjadi asas kepada pengajian moden mengenai yang ilmuwan gemar melakukan

penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja

35

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan gerhana.Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya. Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar yang pertama di dunia.Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini. Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah,

logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya. Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk disoroti.Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya

36

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan.Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah. Antara buku karyanya termasuk:

a. b. c. d. e. f.

Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu matemetik dan Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri; Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra; Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi. Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana

matemetik penganalisaannya;

segenap rantau; syarak dan

itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini.Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan.Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani. Beliau meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039 M ketika berusia 74.

4.9. Ibnu BatutaAbu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: ( ) dilahirkan Februari 24, 1304; dan meninggal dunia di Fez pada tahun 1369M merupakan seorang Berber dari golongan Muslim Sunni.

37

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Pengembaraan Ibnu Battuta bermula ketika usianya 21 tahun. Beliau meninggalkan Tanjah pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi. Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dua benua Afrika dan Asia. Beliau kembali semula ke Morocco semasa pemerintahan Sultan Abu 'Inan dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh Ibn Juza melalui bukunya Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa. Buku tersebut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat. Kisah pengembaraan Ibnu Battuta terbahagi kepada tiga pusingan. Pusingan pertama bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju Iskandariah sebelum meneruskan pengembaraan ke Dimyath dan Kaherah. Selanjutnya Ibnu Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan berjalan ke Ladzikiyah, seterusnya ke Aleppo. Dalam perjalanan berkenaan, Ibnu Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama 2 tahun. Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke Kulwa. Beliau kembali ke Oman dan balik semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melaui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama. Pada pusingan kedua pengembaraanya, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut Hitam, Laut yang dihubungkan ke Laut Tengah oleh Selat Bosporus dan Laut Marmara serta Dardanela. Dari Laut Hitam, Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian menyusuri sepanjang Sungai Danube. Ibnu Battuta kemudian belayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India beliau pernah dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan. Beliau melanjutkan pengembaraannya hingga ke Sri Langka, Indonesia dan Canton, ibu negara Hong Kong. Kemudian Ibnu Battuta mengembara pula ke Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November 1348 mesihi. Perjalanan beliau ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di tengah Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil

38

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

pengembaraannya. Salah seorang penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibnu Juza telah menyunting buku beliau dan menyusun dengan gaya bahasa yang teratur. Ibn Juza mengambil masa selama 3 bulan untuk menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355 masihi. Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang dilaksanakannya. Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika. Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris, menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung. Hakikatnya, Ibnu Battuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam AKHIR PENGEMBARAAN IBNU BATTUTA Pada tahun 1354 Battuta kembali ke tanah kelahirannya dan menetap di kota Fez dan berteman baik dengan sultan. Sultan kagum dengan perjalanan Battuta dan meminta Battuta menuliskannya ke dalam sebuah buku, yang dikenal berjudul Rihla atau My Travel. Sebuah perjalanan yang menarik dan menempuhi perlajanan melebihi 120.000km. Jika bukunya berbentuk catatan kehidupan tentunya orang akan lebih mengenal Ibnu Battuta dibandingkan dengan Samuel Pepys atau Anne Frank. Ia mengakhiri cerita perjalannya dengan sebuah kalimat, Akhirnya aku sampai juga di kota Fez. Di situ dia menuliskan hasil pengembaraannya. Salah seorang penulis bernama Mohad Ibnu Jauzi menuliskan kisah perjalanannya dengan gaya bahasa yang mudah. Dalam waktu tiga bulan, buku berjudul Persembahan Seorang pengamat tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan yang Mengagumka, diselesaikannya pada 9 Desember 1355 M.

39

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

4.10.

A-Zarqali

Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Ibrahim ibn Yahya al-Zarqali dan lebih dikenali sebagai Arzachel di Eropah Latin dan Azarquiel di Andalusia dan Itali. Ia merupakan sarjana yang terkenal di Andalusia (sekarang dikenali sebagai Sepanyol) juga dikenali sebagai Al-Zarqalluh dan Al-Zarqallah. Dia hidup dilahirkan disaat-saat pada tahun Islam 1029 dan menghembuskan nafas terakhirnya pada 1087. Dia kerajaan Andalusia terpisah-pisah dan hampir runtuh di tangan tentera Kristian yang cuma diselamatkan oleh Ibn Tashfin dari Morocco yang menyeberangi Andalusia memerangi tentera Kristian di Zalaqa pada 1089. Sumbangan Ibn Tashfin dan kesinambungan daripada ketumbukan tentera Morocco telah meletakkan Andalusia di bawah pemerintahan Islam untuk selama dua abad kemudiannya sebelum jatuh kepada Kristian pada pertengahan abad ke tiga belas. Kehidupan dan pencapaian Al-Zarqali Bidang astronomi dewasa ini dilihat seperti sudah tidak begitu penting sekarang ini hanya kerana kita senang mendapatkan kalendar dan masa yang tepat begitu juga untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat kita disediakan dengan peta yang sangat tepat. Sekarang ini kita mungkin tidak perlu tahu mengambil tahu suns passage yang ditandai oleh equinoxes (berhubung dengan waktu malam dan siang) dan solstices (berhubung dengan hari musim panas dan sejuk) kerana sudah tidak relevan dengan kehidupan moden kini. Namun itu sangat berbeza dengan Zaman Pertengahan (Medieval) seluruh kehidupan masyarakatnya bergantung penuh kepada astronomi dalam menentukan waktu membajak, menanam, menuai termasuklah dalam menentukan soal-soal hari perayaan agama mereka. Sebelum membincangkan kenapa sumbangan Al-Zarqali sangat penting kepada tamadun Islam kita sebenarnya harus mengetahui bagaimana bidang astronomi sangat sinonim dengan agama Islam. Astronomi dan Islam tidak mungin dapat dipisahkan terutama dalam soal-soal perkara asas iaitu penentuan bulan hijrah, waktu solat dan arah kiblat.

40

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Diceritakan oleh Barron Carra de Vaux bahawa beliau juga digelar sebagai AlNekkach kerana mampu mengukir besi. Beliau mampu menghasilkan pelbagai alat yang diperbuat daripada besi untuk ahli-ahli astronomi di Toledo pada tahun 1062 walaupun beliau bukanlah ahli astronomi, di mana usaha pemantauan astronomi disaat itu dimulakan oleh Yahya Bin Abi Mansur. Setelah sekian lama beliau menarik perhatian para ahli astronomi yang lain kerana dengan pengetahuan yang sedikit, tidak pernah mempelajari sains mahupun buku mengenainya tetapi mampu menyiapkan peralatan astronomi. Dua tahun kemudian dia menjadi ahli astronomi dan kemudiannya menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan ahli astronomi. Namun beliau tetap membuat peralatan untuk ahli astronomi yang lain dan telah mula mencipta peralatan astronomi untuk dirinya sendiri. Malah beliau turut mengajar gurunya yang kemudiannya menjadi pengikutnya dalam ukuran yang telah diciptanya. Beliau juga telah membina jam Telado yang amat masyhur dimana Al-Zuhri menggambarkan jam tersebut digunakan hingga tahun 1135 hinggalah pada suatu hari Raja Alphonso VI cuba untuk mengetahui bagaimana jam tersebut berfungsi dan mengarahkan Hamis Bin Zabara menceraikan setiap bahagiannya satu-persatu. Malangnya setelah ia diceraikan tiada siapa yang dapat memasangnya semula seperti keadaan asal. Mengikut Ahmad Thomson jam ini mempunyai dua bekas air yang mana akan terisi air ataupun kosong mengikut keadaan bulan sabit mahupun bulan penuh. Jika bulan penuh kedua-dua bekas ini akan penuh dan mula berkurangan selepas 15 haribulan dan akan kosong sepenuhnya apabila mencecah ke malam 29. Sebenarnya itu bukanlah satu-satunya ciptaan beliau, yang paling menarik perhatian ialah ciptaan yang paling canggih dan tepat iaitu astrolabe mendatar. Ciptaan beliau yang disertakan penulisan panduan penggunaannya dinamakan alSafiha al-Zarqaliya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah astronomi untuk semua laltitud dan termasuk juga koordinasi 29 bintang juga ditandakan dan juga mampu memantau pergerakan matahari. Ciptaan beliau ini telah menarik beberapa tokoh dunia selepasnya seperti Raja Alfonso dan Regiomontanus untuk menggunakannya dan mengkaji ciptaan beliau

41

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

hingga panduan penggunaannya dialih ke beberapa bahasa seperti latin dan romansepanyol. Seperti sarjana Islam yang lain beliau juga dapat membetulkan teori orang Greek yang sekali lagi menafikan sains Islam adalah bayangan dari Greek. Plotemy melalui kiraannya menganggarkan bahawa jarak laut Mediterranean adalah 62 namun kemudian dibetulkan oleh al-Kwarizmi kepada 52 manakala pembetulan oleh al-Zarqali memberikan bacaan yang paling tepat iaitu 42. Beliau telah berjaya mencipta Toledan Table yang mana telah bertanggungjawab untuk memberi nafas baru kepada para astronomi kerana berjaya menjadikan kenyataan untuk memposisikan sistem planet-planet secara berkomputer pada zamannya pada bila-bila masa semasa cerapan dijalankan. Beliau kemudiannya telah menyunting jadual yang telah dihasilkan beliau di balai cerap beliau di Toledo, Andalusia, juga jadual-jadual lain yang terhasil dari para astronomi lain dari kalangan Islam mahupun bukan Islam. Beliau juga adalah orang yang pertama menjelaskan secara terperinci tentang pergerakan matahari yang menjauhi bumi (aprehelion) yang mana jaraknya yang terjauh dari bumi sebanyak 12.0 saat per/tahun dan melalui kaedah kajian moden jarak yang sebenarnya ialah 11.8 saat per/tahun. Kajian-kajian yang dibuat beliau telah menjadi rujukan oleh Nicolaus Copernicus dalam mentafsirkan matahari sebagai pusat sistem solar dalam tesisnya De Revolutionibus Orbium Celestium Kesimpulan. Secara umumnya, pengaruh Islam di Andalusia merupakan tempat yang paling utama bagi Eropah dalam menyerap peradaban Islam terutamanya dalam khazanah ilmu pengetahuan astronomi. Masyarakat Eropah juga menyaksikan kenyataan bahawa Andalusia berada di bawah kekuasaan Islam jauh meninggalkan negara-negara

42

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

tetangganya Eropah, terutama dalam bidang pemikiran dan sains disamping bangunan fizik. Walaupun Islam akhirnya terusir dari negeri Andalusia dengan cara yang sangat kejam, tetapi ia telah mempengaruhi gerakan-gerakan penting di Eropah. Gerakangerakan itu adalah: kebangkitan kembali kebudayaan Yunani klasik (renaissance) pada abad ke-14 M yang bermula di Itali, gerakan reformasi pada abad ke-16 M, rasionalisme pada abad ke-17 M, dan pencerahan pada abad ke-18 M. 5. Tokoh-tokoh tamadun Asia 1.1. Tokoh Tamadun Cina 1.1.1. Kung Fu Tze Confucius dilahirkan di Zhou (sekarang: Wilayah Shandong) yang terletaknya di negeri Lu pada Zaman Chunqiu ( ) China. Ayahandanya yang merupakan seorang komander negeri Lu meninggal dunia sewaktu Confucius berumur tiga tahun. Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidak berkaya-raya. Wafat ayahandanya tertinggal mereka dalam kemiskinan. Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu. Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi masalah komplot penggulingan kuasa. Confucius mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaranajaran pendeta dahulu. Beliau mengadakan penegasan ajaran-ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya. Selepas beberapa tahun, ajarannya serta teorinya diluas sebar ke seluruh China oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang memanfaatkannya.

43

WAJ3101 Tamadun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan. Cara pentadbiran yang diperkenalkan adalah begitu baik sekali sehingga beliau dilantik menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk menahan pemecatan kuasa menteri. Confucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496B.C untuk mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera negeri lain membenarkan beliau melancarkan reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu. B