Pedagogi bestari

  • View
    3.636

  • Download
    4

Embed Size (px)

Text of Pedagogi bestari

  • 1. TAJUK 4PEDAGOGI BESTARIHASIL PEMBELAJARANa. Memberi definisi, jenis dan prinsip pendekatan pengajaran bestari dan menghuraikan ciri-ciri utamanya.b. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab guru bestari. 57

2. 4.1 : PENGENALANDalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah seharusnya sudah berubah.Corak pengajaran dan pembelajaran yang tradisionaldilihat tidak lagi relevan dengan suasana pembelajaran murid-murid pada masa kini. Olehitu, melalui pedagogi bestari pengendalian dan pengurusan bilik darjah serta prosespengajaran dan pembelajaran sepatutnya turut berubah . Maklumat dan ilmu teknologi yangpantas dalam sistem pendidikan negara seharusnya dimanfaatkan oleh para guru .Sebelum kita terus membaca modul ini, sila jawab soalan berikut. Tahukah anda apakah maksud sekolah bestari? The Malaysian Smart School: Reinventing the Malaysian Educational System2 Apa dia Sekolah Bestari ?Definisi Institusi pembelajaran yang telah direka semulasecara menyeluruh dari segi amalan Pengajaran &Pembelajaran dan pengurusan sekolah untukmenyediakan murid bagi zaman maklumat. Semua murid mampu belajarCiri Kurikulum mengambil kira pelbagai kebolehan dan keperluan Iklim sesuai untuk pembelajaran Penilaian berterusan Pentadbir dan guru yang profesional Sokongan komuniti dan ibu bapaKURIKULUM SEKOLAH BESTARIKurikulum Sekolah Bestari adalah penuh bermakna, bertanggungjawab sosial, pelbagaibudaya, reflektif, holistik, global, terbuka, berasaskan matlamat dan berteknologi.Ia akanmenggalakkan pembelajaran menyeluruh, membenarkan murid maju seiring dengankebolehan mereka dan menyediakan suasana untuk murid-murid dengan pelbagikeupayaan, minat dan keperluan. Ia akan memastikan yang kanak-kanak terdidik dengankemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, diterapkan dengan nilai-nilai murnidan diberi galakkan bagi memperbaiki kebolehan berbahasa mereka . Oleh itu kurikulumdibentuk untuk:Murid-murid mencapai perkembangan seimbang yang menyeluruh. 58 3. Mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran-kemahiran, nilai-nilai dan penggunaan bahasa yang betul. Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang diharapkan untuk aras kebolehan yang berbeza. Menawarkan pembelajaran pelbagai disiplin, bertema dan berterusan. Menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan sikap sepatutnya untuk berjaya di zaman maklumat ini.Kurikulum Sekolah Bestari akan cuba menjadikan pembelajaran lebih menarik, bermotivasi,merangsang dan penuh bermakna, melibatkan minda, jiwa dan fizikal kanak-kanak dalamproses pembelajaran, membina kemahiran asas bagi menyediakan murid-murid untukcabaran yang lebih besar dan memberi perhatian kepada pelbagai keperluan dankebolehan di kalangan murid . Oleh itu pedagogi seharusnya: Menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi memastikan penguasaan kompetensi asas dan menggalakkan perkembangan secara menyeluruh. Menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran individu bertujuan untuk meningkatkan pencapaian. Membentuk persekitaran bilik darjah yang bersesuaian dengan penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.4.3 ELEMEN-ELEMEN BESTARISebelum seseorang guru boleh mengaplikasikan elemen-elemen bestari dalam prosespengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ada baiknya anda mengenalpasti danmemahami dengan mendalam apa yang anda faham tentang maksud elemen-elemenbestari tersebut. Apakah yang anda faham tentang elemen-elemen bestari?Elemen-elemen bestari meliputi: 59 4. 4.2.1 Ciri-ciri Pelajar 4.2.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 4.2.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 4.2.4 Kemahiran Generik 4.2.1 CIRI-CIRI PELAJARGaya Belajar Gaya pembelajaran mengikut Dunn and Dunn (1987) dipengaruhi oleh faktor- Faktor seperti berikut: Persekitaran (Environment) Suka belajar tanpa bising, muzik, ada yang suka belajar ditempat terang,berkerusi, meniarap, suka bilik berhawa dingin dan lain-lain Emosi (Emotional) Boleh belajar dengan bantuan guru, sendiri, perlu motivasi, boleh belajar bila-bila masa, ada yang perlu jadual dan lain-lain. Sosiologi (Sociological) Suka belajar sendirian, berpasangan atau berkumpulan Fisiologi (Physiology) Pelajar yang cenderung kepada unsur visual, auditori, kinesthetik, makan,masa tertentu (pagi, petang atau malam) Psikologi (Psychological) Melibatkan otak kiri / kanan, global/analitik, boleh bertindak secara spontan (impulsif), berfikir sebelum bertindak ( reflektif )Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner, 1983) Linguistik Merangkumi kecerdasan individu dalam aspek pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri mahupun bahasa asing. Muzik Kecerdasan yang melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada elemen yang melibatkan perasaan. Kinestetik Penggunaan fizikal tubuh badan utk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu60 5. serta menyatakan idea dan perasaan.InterpersonalKeupayaan untuk memahami niat orang lain, mahir berkomunikasi dengan berkesanserta mampu mendorong dan memotivasi orang lain untuk bekerja.IntrapersonalDimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri danmelibatkan perasaan, niat dan matlamat hidupVisual-Spatial (ruang)Keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindah ke dalam imejmental.Mampu mengenalpasti ruang dan mengorganisasikan ruang serta lebihcenderung dalam reka bentuk dalaman.LogikMahir memanipulasi nombor dan pengiraan.Mampu menyatakan sesuatu secarainduktif dan deduktif.Menyelesaikan maslah secara sistematik.NaturalistikMenyintai alam semula jadi.Mudah mengenali dan mengerti tumbuhan danhaiwan.Suka meneroka hutan.Spiritual (kerohanian)Berkeupayaan untuk menghayati kewujudan manusia dan kematian. BICARA GURU Setelah anda membaca dan memahami unsur kecerdasan pelbagai ini, dapatkah anda mengenalpasti kecerdasan anda sendiri? Bagaimana anda boleh memanfaatkan kecerdasan pelbagai anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? Sila bincangkan dengan pensyarah andaPerlu diingat bahawa setiap orang mungkin ada lebih daripada satu unsurkecerdasan dalam diri mereka.Kompetensi Kecerdasan Emosi (EIC)Kita sering mendengar orang bercakap tentang kecerdasan anak di sekolah atau anakorang itu mempunyai IQ yang tinggi sehingga mendapat banyak A dalam semuapeperiksaan.Tentu masa hadapan anak itu lebih cerah dan dapat menjawat jenis pekerjaanyang bagus.Ibu bapa dan masyarakat kini sering beranggapan anak-anak yang tidakmemperolehi skor A yang banyak adalah dianggap tidak baik dan gelap masa hadapan.Mereka mungkin terlupa dalam kehidupan anak kita seharian sekiranya mereka tidak61 6. memperolehi skor yang tinggi dalam akademik tidak bererti mereka tidak berjaya dalamhidup. Pada hal ada unsur atau elemen lain yang sama pentingnya dengan kecerdasananak-anak mereka itu. Dikatakan kecerdasan IQ yang tinggi jika tidak diikuti dengankecerdasan emosi (EQ) akan menjadikan kehidupan anak-anak itu tidak akan lengkap atausempurna. Misalnya murid itu mungkin tidak tahu menguruskan emosi mereka dengan,mudah marah, putus asa, tidak ada unsur simpati dan empati dalam diri murid-murid itu.Maka ada baiknya kita sebagai guru cuba renungkan perkara ini dengan teliti supaya apayang kita laksanakan di sekolah itu mencapai matlamat melahirkan insan seimbang.Kecerdasan Emosi (EQ)Kecerdasan emosi didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkankemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosiorang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dantindakan orang itu. (Young, 1996)Terdapat empat (4) konstruk penting yang terangkum dalam kecerdasan emosi:a. Kawalan Diri kemahiran mengawal tindakan dan perasaansebelummelakukan sesuatu.b. Motivasi / Kesdaran Diri Usaha dan daya ketahanan seseoranguntukmencapai matlamat hidupc. Pengurusan Emosikemahiran menguruskanperasaandanpembentukankonsep dan esteem kendiri.d. KemahiranSosial kemahiran menjalinkanperhubunganpersahabatandengan orang lain, kemahiran komunikasi dan berunding.Ciri-ciri Orang Yang Mempunyai EQ Tinggi Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang dihadapi Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan Bertanggung jawab atas perasaan sendiri Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan Menghormati perasaan orang lain. Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang dihadapi Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan Bertanggung jawab atas perasaan sendiri Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan Dapat berasa bertenaga dan bukan dikawal oleh kemarahan Mengesahkan perasaan orang lain dengan menunjukkan empati, pertimbangan dan penerimaan perasaan orang lain 62 7. Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatif Tidak menasihati, mengarah, mengkritik, mengadili atau mengherdik orang lain. Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya 4.2.2 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPembelajaran Berpusatkan PelajarPembelajaran yang menekankan penglibatan luas murid dalam aktiviti P& P dengan mengambil bahagian dengan aktif dalam proses P & P menggalakkan dan memberi ruang interaksi di dalam kelas dan sekolah berinteraksi dengan resos yang disediakan oleh guru bebas mengemukakan hujah atau pandangan dengan bukti yang konkrit dan saitifik memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif), melibat dalam penilaian berterusan; sikap guru yang mendengar 63 8. Pembelajaran Bersifat IndividuPelajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalamproses pembelajaran AksesPelajar mencari maklumat & pengetahuan daripelbagai sumber walaupun tanpa guruKendiriKadar Pelajar belajar mengikut kelajuan/ kebolehannya. KendiriPelajar meneroka tajuk yang diminati tanpaTerarah Terarahterkongkong dengan kurikulum yang rigid kendiriPe