4
http://www.lpp.gov.my Oleh : Azizan Othman [email protected] T anaman cili merah jenis Kulai telah ditanam oleh Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang sejak 16 tahun lalu. Penanaman secara komersil mula dijalankan apabila Program Ladang Kontrak antara PPK Bukit Awang dengan Nestle (M) Sdn. Bhd. iaitu syarikat pembuat makanan terbesar di Malaysia dilaksanakan. Ketika ini PPK membekalkan cili merah kepada Nestle sebanyak 240 metrik tan setahun. Kuota yang diperuntukan pada tahun 2010 adalah sebanyak 420 metrik tan. Bagi memenuhi pembekalan cili dibawah ladang kontrak ini, PPK telah melaksanakan tanaman cili merah secara berterusan dan berjadual dengan keluasan keseluruhannya seluas 200 ekar setahun. Bagi memastikan pembekalan cili dapat dilaksanakan secara berterusan, dua kaedah tanaman telah dilaksanakan iaitu tanaman secara konvensional dan fertigasi. Tanaman secara konvensional dilaksanakan bagi membekalkan cili pada musim kemarau, manakala tanaman secara fertigasi ditanam bagi pengeluaran cili semasa musim hujan. Pemprosesan Cili Puri PPK Bukit Awang Menurut Puan Fauziah binti Ismail Pengurus Besar PPK Bukit Awang, Kilang Cili Puri mula beroperasi pada bulan Jun 2008. Kilang ini dibina bagi memenuhi keperluan semasa pengusaha-pengusaha IKS tempatan terutama pengusaha cili sos dan sos pencicah. Dengan adanya cili segar yang diproses menjadi puri, pengusaha cili sos tidak perlu lagi membeli cili segar, malah sebelaliknya menggunakan cili yang telah diproses dan boleh menjimatkan kos dan masa. Kilang pemprosesan cili puri ini terletak bersebelahan bangunan PPK Bukit Awang diketuai oleh Encik Khairi bin Abdul Rashid sebagai pengurus kilang dan dibantu oleh 6 orang pekerja. Kos pembinaan kilang termasuk bangunan dan mesin menelan belanja sebanyak RM1.8 juta dengan kapasiti pengeluaran 250kg sejam atau 300,000 metrik tan setahun. Pembinaan kilang cili puri dapat mengatasi masalah lambakan cili segar dari ladang terutamanya pada musim kemuncak. Lebihan cili untuk pasaran semasa akan diproses 13 http://www.lpp.gov.my Lahir Peladang Progresif

Pemprosesan Cili Puri PPK Bukit Awang103.8.163.254/document/upload/u2dCBNl9jSJVHGM9kMvTsAvi13yLxIrv.pdf · dan fertigasi. Tanaman secara konvensional dilaksanakan bagi membekalkan

  • Upload
    others

  • View
    69

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pemprosesan Cili Puri PPK Bukit Awang103.8.163.254/document/upload/u2dCBNl9jSJVHGM9kMvTsAvi13yLxIrv.pdf · dan fertigasi. Tanaman secara konvensional dilaksanakan bagi membekalkan

13

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Oleh : Azizan [email protected]

Tanaman cili merah jenis Kulai telah ditanam oleh Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang sejak 16 tahun lalu. Penanaman secara komersil

mula dijalankan apabila Program Ladang Kontrak antara PPK Bukit Awang dengan Nestle (M) Sdn. Bhd. iaitu syarikat pembuat makanan terbesar di Malaysia dilaksanakan. Ketika ini PPK membekalkan cili merah kepada Nestle sebanyak 240 metrik tan setahun. Kuota yang diperuntukan pada tahun 2010 adalah sebanyak 420 metrik tan.

Bagi memenuhi pembekalan cili dibawah ladang kontrak ini, PPK telah melaksanakan tanaman cili merah secara berterusan dan berjadual dengan keluasan keseluruhannya seluas 200 ekar setahun. Bagi memastikan pembekalan cili dapat dilaksanakan secara berterusan, dua kaedah tanaman telah dilaksanakan iaitu tanaman secara konvensional dan fertigasi. Tanaman secara konvensional dilaksanakan bagi membekalkan cili pada musim kemarau, manakala tanaman secara fertigasi ditanam bagi pengeluaran cili semasa musim hujan.

Pemprosesan Cili Puri PPK Bukit Awang

Menurut Puan Fauziah binti Ismail Pengurus Besar PPK Bukit Awang, Kilang Cili Puri mula beroperasi pada bulan Jun 2008. Kilang ini dibina bagi memenuhi keperluan semasa pengusaha-pengusaha IKS tempatan terutama pengusaha cili sos dan sos pencicah. Dengan adanya cili segar yang diproses menjadi puri, pengusaha cili sos tidak perlu lagi membeli cili segar, malah sebelaliknya menggunakan cili yang telah diproses dan boleh menjimatkan kos dan masa.

Kilang pemprosesan cili puri ini terletak bersebelahan bangunan PPK Bukit Awang diketuai oleh Encik Khairi bin Abdul Rashid sebagai pengurus kilang dan dibantu oleh 6 orang pekerja. Kos pembinaan kilang termasuk bangunan dan mesin menelan belanja sebanyak RM1.8 juta dengan kapasiti pengeluaran 250kg sejam atau 300,000 metrik tan setahun.

Pembinaan kilang cili puri dapat mengatasi masalah lambakan cili segar dari ladang terutamanya pada musim kemuncak. Lebihan cili untuk pasaran semasa akan diproses

13

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Page 2: Pemprosesan Cili Puri PPK Bukit Awang103.8.163.254/document/upload/u2dCBNl9jSJVHGM9kMvTsAvi13yLxIrv.pdf · dan fertigasi. Tanaman secara konvensional dilaksanakan bagi membekalkan

14

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

menjadi puri. Kilang Cili Puri PPK Bukit Awang menghasilkan cili puri berasaskan cili segar yang datangnya terus dari ladang ahli peladang dimana kualiti dan kesegarannya adalah terjamin.

Melalui sistem pengurusan dan amalan ladang yang baik serta pengawalan kualiti maka pihak kilang dapat menghasilkan cili puri yang berkualiti untuk digunakan dalam pelbagai produk yang berasaskan cili. Produk yang dikeluarkan ialah cili puri, cili puri campuran cuka dan garam serta cili kisar kasar. Cili Puri boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan pelbagai produk-produk berasaskan cili seperti sos cili, sos pencicah, cili giling dan perencah dalam masakan. Ketika ini PPK mengeluarkan cili puri dalam pelbagai berat iaitu 250g, 500g, 1kg, 15kg dan 200kg.

Produk Cili Puri keluaran PPK Bukit Awang telah berjaya dalam ujian tempoh hayat dan kualiti dari Nestle Sdn. Bhd. dimana ketahanan produk pada suhu bilik dapat bertahan selama 6 bulan. Sekiranya disimpan di dalam bilik sejuk dengan suhu 0-2°C ianya akan bertahan sehingga 18 bulan. Kilang ini hanya menggunakan cili segar dari ladang ahli-ahli PPK dimana pemantauan akan dilakukan oleh Pengurus Ladang bagi memastikan penggunaan bahan kimia dan racun adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

14

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Page 3: Pemprosesan Cili Puri PPK Bukit Awang103.8.163.254/document/upload/u2dCBNl9jSJVHGM9kMvTsAvi13yLxIrv.pdf · dan fertigasi. Tanaman secara konvensional dilaksanakan bagi membekalkan

15

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Cili segar yang telah dibuat pengredan diperingkat ladang dikumpulkan di pusat pengumpulan hasil. Proses pemilihan cili segar dan pembuangan tangkai dilakukan sebelum dihantar ke kilang untuk diproses. Jadual penanaman, penggunaan teknologi, khidmat nasihat, penggunaan baja dan kimia serta pemasaran dilakukan oleh agensi teknikal dan pihak swasta seperti MARDI, NESTLE (M) Sdn. Bhd dan lain-lain. Pasaran utama cili segar ialah kepada Syarikat NESTLE (M) Sdn. Bhd. disamping syarikat lain seperti Region Food Sdn. Bhd, Kimball Malaysia Sdn. Berhad, LINGHAM & SONS Sdn. Bhd. serta pengusaha IKS tempatan.

Sasaran pasaran cili puri ini adalah kepada usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) kerana ia dapat membantu para usahawan dalam penjimatan kos peralatan. Ianya juga memudahkan usahawan mendapatkan cili puri sepanjang musim berbanding cili segar biasa yang hanya berada dipasaran pada musim tertentu dengan harga tidak menentu. Antara pengusaha IKS yang telah menggunakan produk PPK Bukit Awang ialah MH. MOHD Food Industries, SOS CILI ADILAH, UMMI SOS CILI, HIKMAH FOOD dan Jabatan Penjara Negeri Kelantan.

Untuk menjamin mutu dan kualiti produk cili puri, pihak kilang telah menyediakan satu prosedur kerja yang seragam sebagai garis panduan kepada operasi pengeluaran produk. Bagi keselamatan produk dan pekerja, pihak pengurusan kilang telah menyediakan garis panduan keselamatan dan peraturan yang harus dipatuhi oleh para pekerja kilang.

Pemprosesan cili puri oleh Kilang Cili Puri PPK Bukit Awang dibuat menggunakan teknologi terkini disamping mendapat khidmat nasihat dan kepakaran dari MARDI dan Syarikat Nestle (M) Sdn. Bhd. Kilang ini mematuhi Akta Makanan 1983 serta mendapat Sijil HALAL daripada Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan. Teknologi pengilangan juga sedang menuju kearah GMP (Good Manufacturing Practice) dan HACCP (Hazard Analysis And Critical Control Point) bagi memastikan Kilang Cili Puri PPK Bukit Awang mempunyai piawaian yang tinggi dan Produk berkualiti.

15

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Page 4: Pemprosesan Cili Puri PPK Bukit Awang103.8.163.254/document/upload/u2dCBNl9jSJVHGM9kMvTsAvi13yLxIrv.pdf · dan fertigasi. Tanaman secara konvensional dilaksanakan bagi membekalkan