26
PENDEKATAN TRET : TEORI PERSONALITI LIMA UTAMA Isu Guru Memilih Kasih

Pendekatan Tret

Embed Size (px)

Citation preview

Pendekatan Tret : Teori Personaliti Lima Utama

Pendekatan Tret : Teori Personaliti Lima UtamaIsu Guru Memilih Kasih

PengenalanDefinisi SahsiahIstilah sahsiah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud keperibadian atau peribadi.Merujuk kepada sifat-sifat yang sudah sebati dengan diri seseorang untuk membentuk watak diri.Sahsiah individu dapat dilihat melalui aspek penampilan fizikal, tingkah laku, pemikiran, sosial dan sebagainya.Individu yang bersahsiah baik akan menunjukkan penampilan yang kemas, sikap yang mesra, tingkah laku yang sesuai dan memegang kepada nilai agama.Individu sahsiah yang bermasalah akan cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku yang devian, memegang nilai-nilai yang bercanggah dengan norma masyarakat. Pendekatan Tret : Teori Personaliti Lima UtamaTret : istilah yang digunakan untuk menghuraikan sifat, pemikiran dan cara seseorang bertindak.Sesuatu yang unik dan tekal.Personaliti : berasal dari perkataan Latin persona membawa maksud topeng muka.Maye(2007) sesuatu yang tersusun, boleh berkembang dan merupakan sistem dalam diri yang mewakili tingkah laku.Lima ciri personaliti di dalam teori ini - OCEAN>> Tokoh-tokohGordon Allport Lahir pada 11 November 1897 di Indiana.Mendapat Ijazah pertama (1915) dan ijazah kedoktoran (1922) di Universiti Harvard.Pernah menjadi Presiden Persatuan Psikologi Amerika ( American Psychological Association ) pada 1939.Raymon Cattell - Lahir pada 20 Mac 1905 di England. - mendapat Ijazah pertama dalam bidang psikologi pada 1929 di Universiti London.Hans Eysenck - lahir pada 4 Mac 1916 di Jerman. - banyak memberi sumbangan dalam bidang psikologi terutama aspek kecerdasan dan personaliti. - telah membina alat ukuran personaliti iaitu Eysenck Personality Questionnaire, Eysenck Personality Profiler dan Maudsley Medical Questionnaire.

Robert Roger McCrae - lahir pada 28 April 1949 di Missouri. - mendapat Ijazah pertama di Machigan State University dan Ijazah kedoktoran dari Boston University dalam pengajian psikologi.Paul Costa - lahir pada 16 September 1942 di New Hampshire. - merupakan mahasiswa pengkhususan psikologi di Clark University dan mendapat ijazah kedoktoran dari University of Chicago.Andaian tentang manusiaDi dalam teori ini, terdapat tiga andaian tentang manusia

a). Andaian pertama : - manusia mempunyai tret personaliti yang unik dan tersendiri yang dapat menbezakan dirinya dengan orang lain.

b). Andaian kedua : - tret personaliti manusia bersifat tekal merentas masa.

c). Andaian ketiga : - tret manusia akan tekal merentas suasana atau situasi.Lima Sifat Asas di dalam Teori Personaliti Lima Utama ( OCEAN )Dimensi Keterbukaan ( Openness )Merujuk kepada tahap kesediaan seseorang untuk menerima pengalaman baru.Individu yang tinggi tahap keterbukaan akan mempunyai banyak idea baru, tinggi daya imaginasi, kreatif, sukakan seni dan sukakan kerencaman.Individu yang rendah tahap keterbukaan akan lebih konvensional, sukakan hal-hal yang biasa dilaluinya dan rendah daya imaginasi.

Dimensi Kehematan ( Conscientiousness )Merujuk kepada tahap keteraturan, ketekunan dan motivasi seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat.Individu yang tinggi tahap kehematan merupakan seorang yang kuat azam, teratur, boleh dipercayai, rajin, boleh diharapkan, bertanggungjawab, cekal, cerewet, kemas hasil kerjanya dan seorang yang menepati masa.Manakala individu yang rendah tahap kehematan akan mempamerkan sikap yang cuai, mudah hilang tumpuan, tidak boleh dipercayai dan diharapkan, malas, tidak mempunyai matlamat dan kerjanya tidak teratur. Dimensi Ekstraversi ( Extraversion )Merujuk kepada tahap keselesaan seseorang dengan hubungan sosial.Individu yang tinggi tahap ini akan sentiasa bertenaga, mesra, peramah, sukakan cabaran, sangat suka bersosial, aktif, suka berterus terang dan seorang yang asertif.Individu yang rendah tahap juga dikenali sebagai introvert. Individu ini merupakan seorang yang pemalu, sangat berhati-hati, suka bersendirian, pendiam, pasif, serius dan tidak mesra.

Dimensi Kesetujuan ( Agreeableness )Merujuk kepada tahap kecenderungan untuk patuh atau akur dengan kehendak orang lain atau berbaik-baik dan bertingkah laku yang sesuai dengan interaksi sosial.Individu yang tinggi tahap ini akan mempunyai ciri-ciri seperti mudah mempercayai dan membantu orang lain, mudah bersimpati, sopan, pemurah, jujur dan memahami keadaan orang lain.Individu yang rendah tahap ini pula akan mempunyai sikap mementingkan diri sendiri, selalu menentang orang lain, suka berprasangka , kejam, keras kepala dan banyak lagi.Dimensi Neurotisme ( Neutoticism )Diterjemahkan sebagai kestabilan emosi dan penyesuaian peribadi dengan persekitaran.Merujuk kepada tahap ketahanan seseorang dalam menangani tekanan dalam persekitarannya dan ianya bersifat negatif.Individu yang mempunyai tahap neurotisme yang tinggi akan mempunyai sikap seperti suka mengikut perasaan, sentiasa merasa tidak selamat, tinggi tahap kemurungan, mementingkan diri dan cepat menggelabah.Manakala individu yang rendah tahap neurotisme akan mempunyai sikap tenang, dapat menyesuaikan diri dengan baik, yakin pada diri, tidak cenderung untuk mengalami keadaan emosi yang melampau dan sentiasa bersedia.ISU GURU PILIH KASIHPelbagai isu dipaparkan di dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini.Banyak yang telah dilaporkan dan salah satunya adalah isu guru memilih kasih.Guru-guru ini memilih kasih dalam kalangan pelajarnya.Isu ini telah berlaku di Sarawak dimana seorang guru itu telah mengarahkan 2orang pelajarnya untuk duduk di bilik berasingan ketika peperiksaan UPSR sedang dijalankan.Hal ini disebabkan pelajar terbabit kurang pandai dan kebarangkalian akan menjejaskan reputasi sekolah jika mereka mengambil peperiksaan tersebut.Kaitan isu dengan teori personaliti lima utamaKETERBUKAAN

-Guru yang terlibat dalam isu ini iaitu pilih kasih diantara para pelajarnya dikatakan mempunyai rendah dalam dimensi keterbukaan.Mereka ini dikatakan termasuk dalam golongan yang rendah daya imaginasi.Oleh itu,mereka beranggapan hanya pelajar yang bijak sahaja yang akan cemerlang dalam pelajaran dan peperiksaan.

-Guru ini juga dikatakan rendah dalam dimensi ini apabila beliau telah mengambil tindakan dengan mengurung 2 orang pelajarnya.Guru ini dikatakan tidak bersikap terbuka dan matang dalam setiap tindakan yang dilakukannya.Sepatutnya,guru itu,membenarkan para pelajar tersebut mengambil peperiksaan dan bersikap lebih terbuka berkaitan dengan prestasi anak didiknya sendiri.

14KEHEMATAN-Guru yang terlibat dalam isu ini juga rendah dalam dimensi kehematan ataupun kesedaran dalam dirinya.Apabila seseorang itu rendah dalam dimensi ini,guru itu dikatakan tidak mempunyai matlamat serta mudah hilang tumpuan dalam pengajarannya.-Kesannya,guru terbabit akan mengambil jalan pintas iaitu dengan mengasingkan para pelajarnya kerana menganggap bahawa mereka ini akan mendatangkan risiko serta berasa malas untuk menguruskan pelajar tersebut.-Individu yang rendah dalam dimensi ini juga dikatakan kurang sedar dalam merancang kehidupannya dan matlamatnya sebagai seorang guru.Kesannya,guru terbabit menganggap bahawa pelajar yang kurang bijak tersebut tidak boleh diajar atau diperbaiki prestasinya dalam pelajaran.

EKSTRAVERSI-Individu dalam golongan ini juga dikategorikan tinggi dalam dimensi ekstraversi.Hal ini kerana,guru terbabit mudah minat terhadap orang lain tetapi yang hanya mendatangkan manfaat kepada dirinya.Hal ini jelas diperlihatkan apabila beliau sanggup mengarahkan 2 orang muridnya untuk duduk di bilik yang berasingan.-Guru ini juga dikatakan seorang yang optimis menurut (Maltby et al. 2007).Beliau hanya ingin melihat sesuatu perkara yang baik akan berlaku Apabila beliau mengasingkan beberapa pelajarnya iaitu yang bijak dan kurang bijak,akan mengurangkan risiko kemerosotan keputusan itu berlaku.Iaitu penurunan dalam keputusan peperiksaan.KESETUJUAN-Guru yang dikaitkan dalam isu ini juga dilihat rendah dalam dimensi kesetujuan. Hal ini kerana beliau sanggup membuatkan mereka tidak mengambil peperiksaan iaitu dengan mengasingkan mereka ke dalam sebuah bilik yang berasingan.Disini dapat memperlihatkan bahawa guru tersebut tidak bertimbang rasa dengan masa depan pelajar-pelajarnya.-Guru tersebut juga merupakan seorang yang mementingkan diri sendiri(Costa & McCrae 1985).Disebabkan bimbang akan kemerosotan prestasi sekolah dan juga dirinya sebagai guru yang mengajar ,beliau telah mengambil jalan singkat iaitu dengan tidak membenarkan kedua pelajar tersebut untuk mengambil peperiksaan UPSR.NEUROTISME-Individu yang tinggi dalam dimensi ini dikatakan suka mengikut perasaan,mementingkan diri sendiri.Dimensi ini memperlihatkan ketahanan seseorang dalam menangani masalah ataupun tekanan(Robbins & Judge 2007).Guru yang terlibat dalam isu ini memperlihatkan dirinya tidak dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan prestasi pelajarnya.-Guru ini juga dikatakan cenderung untuk mengikut perasaan.Disebabkan ingin menjaga reputasi sekolah,beliau sanggup mengasingkan 2 orang pelajarnya yang kurang bijak dalam dua bilik yang berasingan dan ditahan daripada mengambil peperiksaan. CADANGAN MENGATASI MASALAH BERDASARKAN KOD ETIKA PERGURUANPENGERTIAN ETIKAMerupakan satu bidang ilmu yg membicarakan perbuatan baik& buruk manusia.(Kamus Webster) etika ialah ilmu yg mempelajari perkara baik & buruk secara moral. Juga satu ilmu tntg kesusilaan yg menentukan cara sepatutnya manusia hidup dlm masyarakat berdasarkan prinsip2 yg menentukan tingkah laku.Menurut para sarjana, etika adalah perilaku, adat kebiasaan manusia dlm pergaulan sesama meraka yg kadangkala baik & buruk.Etika perguruanKeguruan ialah pekerjaan sbg guru atau pendidik . Merupakan kerjaya (profesion) yg tertakluk kpd pelbagai peraturan atau kod etika bg mlahirkan modal insan guru yg berkualiti, berketrampilan, terpuji atau role model kpd pelajar2nya (Hasan,2002).Etika yg dipegang Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan Tatasusila Profesion Keguruan yg harus dikuti oleh para guru.Menurut etika perguruan Seorang guru perlu ada tatasusila yang tinggi dan berkomitmen dalam menjalankan tugas sebagai pendidik yg baik & berkesan.Berdasarkan isu yg dipilih iaitu guru pilih kasih, cadangan mengatasi isu ini berdasarkan etika perguruan ialah guru terbabit perlu amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikanGuru tersebut juga perlu bersikap profesional dalam tugasnya sebgai pendidik. Seorang guru tidak harus mementingkan kepentingan diri semata-mata. Guru harus membantu pelajarnya yang menghadapi masalah,dan bukannya menyusahkan para pelajarnya. Guru perlu menjalankan tanggungjawabnya kepada para pelajar,ibu bapa pelajar, rakan sejawat,masyarakat & negara. Penting utk guru itu mngtahui etika profesion perguruan dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.Cadangan mengatasi berdasarkanNILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KPM1) AMANAH => Guru haruslah amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya tanpa sebarang protes atau rungutan.2) IKHLAS => guru harus ikhlas semasa menjalankan tugasnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.3) BENAR => guru harus benar dalam melakukan apa2 tindakan. Guru tidak harus menganiaya pelajarnya dengan tindakan yg tidak munasabah.RumusanSeorang guru tidak harus melakukan sesuatu yang mencalarkan atau menjejaskan profesion perguruannya kerana guru adalah role model kepada pelajar juga masyarakat disekelilingnya.Isu pilih kasih tidak patut timbul atau muncul di dada2 akhbar kerana ianya hanya akan merendahkan martabat guru yang lain hanya kerana seorang guru. Bak kata pepatah, akibat nila setitik.. rosak susu sebelangaSetiap guru mempunyai kelima-lima ciri personaliti berdasarkanTeori Personaliti Lima Utama, namun kecenderungan masing-masing adalah berbeza-beza.Untuk menjadi guru yang bersahsiah mulia, haruslah mempunyai kriteria2 yg ditetapkan selaras dengan etika perguruan Malaysia sekaligus memberi keberkesanan terhadap proses pengajaran mereka.