12
Isi Kandungan 1. Konsep Ilmu dalam Islam 1.1 Definisi ilmu 1.2 Sumber ilmu 1.3 Kategori ilmu 1.4 Hukum Menuntut Ilmu 2. Faktor pengembangan ilmu 3. Perkembangan Ilmu Zaman Rasulullah SAW 4. Perkembangan Ilmu Zaman Khulafa al-Rasyidin 5. Sumbangan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam 5.1 Matematik 5.2 Astronomi 5.3 Perubatan 5.4 Kimia 5.5 Senibina 5.6 Falsafah 5.7 Geografi 6. Penutup

Peranan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam.doc

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ilmu

Citation preview

Page 1: Peranan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam.doc

Isi Kandungan

1. Konsep Ilmu dalam Islam

1.1 Definisi ilmu

1.2 Sumber ilmu

1.3 Kategori ilmu

1.4 Hukum Menuntut Ilmu

2. Faktor pengembangan ilmu

3. Perkembangan Ilmu Zaman Rasulullah SAW

4. Perkembangan Ilmu Zaman Khulafa al-Rasyidin

5. Sumbangan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam

5.1 Matematik

5.2 Astronomi

5.3 Perubatan

5.4 Kimia

5.5 Senibina

5.6 Falsafah

5.7 Geografi

6. Penutup

1. Konsep Ilmu dalam Islam

Page 2: Peranan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam.doc

1.1 Definisi ilmu

Menurut Kamus Dewan ilmu merujuk kepada pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia,

akhirat, zahir dan batin. Ilmu juga merujuk kepada kajian mengenai suatu perkara.1

Syed Muhammad Naquib al-Attas mendefinisikan ilmu sebagai ketibaan makna dalam siri

seseorang, hasil dari maklumat yang benar. Definisi ini menyangkut dua perkara yang penting

tentang ilmu iaitu pertamanya yang dikatakan ilmu tersebut hendaklah benar-benar sesuatu yang

memberi makna atau manfaat atau kesan kepada peenrimanya. Keduanya, ilmu tersebut

hendaklah berdasarkan kepada maklumat yang tepat dan benar.2

1.2 Sumber ilmu (Buku Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam)

1.2.1 Wahyu

Iaitu Al-quran yang diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Al-quran

merupakan sumber ilmu yang datangnya daripada Allah s.w.t utuk memberi nur dan

petunjuk kepada manusia yang berakal.3

1.2.2 Instuisi

Menurut Ibn Rusyd terdapat perbezaan diantara Ilmu tuhan dan ilmu manusia

dimana ianya diletakkan di dalam komponen yang berbeza tetapi saling berkaitan yang

mana pertama bertindak sebagai Khaliq dan kedua sebagai makhluq.

1.2.3 Akal

Menurut imam Ghazali, akal terbahagi kepada dua iaitu ‘aqli dan fikri. Namun

begitu, katanya akal merupakan “dacing kebenaran (Tuhan) (Mizan al-haq) yang mana

akal yang waras bertunjangkan Wahyu Allah (al-quran).

1 Rashid Muhammad (2010), Menjejaki Keindahan Islam, Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM Shah Alam, hlm. 992 Ibid, hlm. 993

Page 3: Peranan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam.doc

1.2.4 Pancaindera

Alam nyata, pancaindera dan sejarah dikumpulakan dalam satu komponen sebagai

sampingan kepada wahyu dan akal. Manusia boleh mempelajari ilmu melalui sejarah.

1.3 Kategori ilmu

1.3.1 Fardu Ain

Merupakan perkara wajib ditunaikan oleh setiap umat islam. Seperti contohnya,

solat, zakat, puasa, menuntut ilmu dan sebagainya. Sebagai seorang muslim, jika tidak

menunaikannya, maka jatuhlah hukumnya berdosa.

1.3.2 Fardu Kifayah

Merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat

untuk menjaga kepentingan umat Islam. Jika diabaikan atau tiada siapa melakukannya,

maka seluruh masyarakat akan berdosa. Contohnya, menguasai ilmu atau kepakaran

dalam sesuatu bidang seperti pendidikan , astronomi dan sebagainya.

1.4 Hukum Menuntut Ilmu

1.4.1Wajib

Dalil Al-quran dan Al-sunnah

2. Kepentingan Dan Perkembangan Ilmu Dalam Tamadun Islam

Asas kecemerlangan Tamadun Islam meliputi aspek akidah, syariah, akhlak dan ilmu. Keilmuan

dalam zaman awal Islam bermula dengan penekanan terhadap aspek tauhid dan akhlak. Selama

13 tahun Nabi Muhammad SAW mentarbiyah dan mendidik para sahabatnya dengan memberi

penekanan terhadap membentuk keperibadian yang bersumberkan nas wahyu. Baginda berjaya

memenuhi fungsi utama kepimpinan iaitu melakukan transformasi kemanusiaan (human

transformation) dan pembinaan budaya (culture building) yang mengubah lanskap bumi Mekah

yang sebelumnya menyaksikan amalan jahiliyah mencengkam masyarakat Arab ketika itu.4

4 Siddiq fadzil dan lain-lain (2005), Pengurusan Dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani, Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YPEIM Sdn. Bhd., hlm. 21.

Page 4: Peranan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam.doc

Kepentingan aspek keilmuan dalam Islam dapat dilihat dalam wahyu pertama yang Allah

turunkan kepada nabi Muhammad SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

‘Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian

makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan

Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya’

(al-‘Alaq: 1-5)

Ayat di atas membuktikan kepada kita betapa pentingnya nilai keilmuan kepada manusia. Allah

SWT memulakan penurunan wahyu dengan kalimah ‘iqra’ iaitu bacalah yang memberi mesej

kepada kita akan kepentingan mempelajari ilmu yang baik supaya tingkah laku dan keperibadian

yang lahir daripada kita berupa akhlak yang mahmudah.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan kepada kita kelebihan dan manfaat bagi

mereka yang berilmu. Antaranya ialah firman Allah SWT yang bermaksud:

‘Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-

orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa

darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang

kamu lakukan’

(al-mujadalah: 11)

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui

dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"

(al-Zumar: 9)

‘Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari

kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu’

(Fathir:28)

Page 5: Peranan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam.doc

Para Sahabat, Tabi’in, pengikut tabi’in dan umat Islam berikutnya menyedari akan kepentingan

ilmu dalam kehidupan dan seterusnya dengan ilmu yang dipelajari oleh mereka secara tidak

langsung dapat memacu kecemerlangan tamadun Islam. Sebagai manusia yang diberi amanah

oleh Allah untuk beribadah kepadaNya dan memakmurkan bumi ini maka tidak ada cara yang

lain melainkan perlu kepada ilmu. Ini dapat dilihat semasa penciptaan nabi Adam AS di mana

Allah SWT mempersiapkan nabi Adam AS dengan ilmu sebagai persediaan menjadi khalifah di

muka bumi ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

‘Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan

gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman:

"Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan

yang benar"

(al-Baqarah: 31)

Penghayatan masyarakat Islam pada permulaan tamadun Islam dalam aspek syariah dan ibadah

kepada Allah telah membuka ruang kepada perkembangan dalam bidang ilmu fardu kifayah.

Sebagaimana contoh dalam ibadah solat, di mana antara syarat sah solat ialah menghadap qiblat.

Bagi mereka yang berada di sekitar Mekah syarat ini tidak menjadi masalah kerana Ka’bah

berada di sana manakala bagi mereka yang berada luar dari Mekah maka ianya menjadi masalah

untuk mengetahui arah kiblat. Maka dengan itu para cendiakawan dan ilmuan Islam mencipta

kompas bagi mengetahui arah kiblat. Untuk mengetahui masuk waktu solat pula maka di situ

lahirnya ilmu astronomi antara lainnya untuk melihat pergerakkan matahari bagi menentukan

masuknya waktu solat. Demikian jugalah ilmu fardu kifayah yang lain seperti ilmu matematik,

perubatan, kimia dan lain-lain yang tercetus hasil penghayatan dan ubudiyyah manusia kepada

Allah SWT.

Selain itu, terdapat banyak ayat-ayat dalam al-Quran yang menyuruh agar masyarakat Islam

merenung, memerhatikan dan memikirkan segala yang Allah ciptakan untuk manusia. Terdapat

Page 6: Peranan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam.doc

19 tempat dalam al-Quran Allah menggunakan kalimah al-tafakkur yang memberi maksud

merenung, memerhati dan memikirkan sesuatu.5 Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-

keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir’

(al-Baqarah: 219)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan

siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)

bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan

mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring

mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil

berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini

dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

(Ali Imran: 190-191)

Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allah menggalakkan bahkan

menyuruh supaya kita memerhati dan seterusnya membawa kepada penyelidikan berkaitan apa

yang Allah ciptaan untuk kemudahan manusia. Galakkan ini mendorong kepada ilmuan Islam

untuk menerokai kepelbagaian bidang keilmuan yang cukup luas yang akhirnya membawa

kepada perkembangan ilmu fardu kifayah yang berpaksikan kepada ubudiyyah kepada Allah

SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:6

’Hendaklah kamu memikirkan pada ciptaan Allah dan jangan kamu memikirkan

pada zat dan sifat Allah’7

5 Abdul Latif Abdullah al-Taujiri (t.t.), la’allakum tatafakkarun, diambil pada 21 Julai 2012, http://albayan.co.uk/MGZarticle.aspx?ID=5746 Abi al-Syeikh al-Asbahani (1408H), al-Uzmah, juz 5, Riyad: Dar al-‘Asamah, hlm. 2167 Menurut al-Bani, hadis ini adalah dhaif (lemah)

Page 7: Peranan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam.doc

3. Perkembangan Ilmu Zaman Rasulullah SAW

3.1 Di Mekah

Pada zaman Rasulullah perkembangan ilmu banyak memberi penumpuan kepada

ilmu tauhid atau akidah dan akhlak.

Boleh dilihat kepada wahyu (ayat al-Quran) yang diturunkan di Mekah yang

memberi penekanan kepada aspek mentauhidkan Allah.

Membina ketahanan spritual melalui - penekanan akidah ketauhidan kepada Allah

dan kerasulan Muhammad saw dan keyakinan kepada alam ghaib ( syurga, neraka

dan sebagainya)

3.2 Di Madinah

Tumpuan kepada ilmu membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.

Memberi penekanan kepada ilmu muamalat, hubungan manusia dengan manusia, hukum

hakam berkaitan dengan pemakanan, ibadah dan sebagainya.

Kecemerlangan pengurusan Rasulullah s.a.w. mendapat pengiktirafan daripada ilmuan Barat:

“My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons

may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only

man in history who was supremely successful on both the religious and secular

levels”8

4. Perkembangan Ilmu Zaman Khulafa al-Rasyidin

Perkembangan keilmuan semakin meluas meliputi ilmu pengurusan dan pentadbiran Negara

Islam. Kemuncaknya ialah pada zaman pemerintahan Saidina Umar sehingga beliau digelar

‘Bapa Pemodenan Pentadbiran Islam’

8 Michael H. Hart (1993), The 100 A Ranking of the most influential Persons in History, New York: Hart Pub. Co., hlm. 3

Page 8: Peranan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam.doc

Ianya dapat dilihat dengan:

Penubuhan Baitulmal – Menyimpan khazanah negara di peringkat pusat dan wilayah

Penubuhan Jabatan-jabatan Awam (diwan) untuk memberi perkhidmatan kepada orang

awam seperti Jabatan Ketenteraan (dibayar gaji), Pengaduan Awam dan Jabatan

Dokumentasi

Pembinaan Bandar-bandar seperti Kufah, Basrah, Fustat dan sebagainya.

Penubuhan Dana wakaf (Dar al-Daqiq) dengan mengumpul sumbangan (sedekah,derma

dan zakat) dan diagihkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Menubuhkan diwan al-Insya’ (berperana sebagai tempat menyimpan dokumen/rekod

negara).

Pengenalan sistem kalendar Islam.

Penubuhan pasukan polis : Rasmi (al-Syurtah) dan Kawalan pada waktu malam (Assah).

Pembinaan prasarana fizikal seperti terusan dan empangan.

Pembangunan intelektual dengan pembinaan institusi pendidikan.

5. Sumbangan ilmu dalam membangunkan Tamadun Islam

5.1 Spritual (Fardhu Ain)

Kelahiran sebuah tamadun datangnya daripada masyarakat yang telah mencapai taraf

kehidupan yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti pemikiran, sosial, politik, kesenian dan

kebudayaan disamping memiliki struktur organisasi yang teratur. Jika dirujuk pada komposisi

masyarakat Islam pada zaman Rasulullah, maka secara empirikalnya, terbukti bahawa ia telah

mencukupi ciri-ciri asas sebuah masyarakat maju dalam konteks satu tamadun. Al-Quran

menggelar masyarakat islam (madani atau hadhari) pada zaman tersebut sebagai khayra ummah

( ummat terbaik) yang menjadi teladan kepada seluruh ummat Islam.

Tamadun Islam bersifat keagamaan di mana tamadun berkenaan diterajui oleh wahyu

yang diterima oleh Nabi Muhamaad s.a.w melalui malaikat Jibrail. Tamadun islam memiliki

sifat-sifat khusus yang menjadikannya mampu bertahan tanpa mengira geografi dan sempadan

masa. Melalui Al-quran, sejak azalinya menekankan kepada pentauhidan Allah S.W.T dan ia

membawa kepada akidah seseorang islam. Akidah bermaksud kepercayaan yang

menghubungkan seseorang dengan tuhan yang dikenali sebagai Rukun Iman yang merupakan

Page 9: Peranan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam.doc

dasar dalam proses pembinaan pendidikan. Aspek lainnya yang menyumbang kepada agama

Islam ialah syariah dan akhlak.

Nabi Muhammad menganjurkan umat Islam agar berakhlak mulia kerana untuk

berdamping dengan Allah memerlukan akhlak yang terpuji. Akhlak yang terpuji boleh

membentuk individu dan masyarakan yang berilmu dan dan bertakwa. Ini juga membantu

membina Negara yang harmonis dan aman.

Masyarakat hadhari merupakan masyarakat