of 29/29
PIAWAIAN DAN KELAYAKAN LATIHAN KAUNSELOR LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA BAHAGIAN 1 1

Piawai Kelayakan Dan Latihan Kaunselor 2012

  • View
    1.624

  • Download
    56

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kounselor

Text of Piawai Kelayakan Dan Latihan Kaunselor 2012

KERANGKA PENGAKREDITASIAN

PIAWAIAN DAN KELAYAKAN LATIHAN KAUNSELORLEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA

BAHAGIAN 1

KERANGKA PIAWAIAN

1.1 Kriteria Umum Kriteria umum Piawaian Program Latihan Kaunselor meliputi aspek nama Ijazah yang dianugerahkan, peringkat pengajian, bahasa pengantar, tempoh pengajian, pecahan kursus, cara mengira nilai kredit, dan syarat kemasukan ke program pengajian.

I. Nama IjazahNama Ijazah hendaklah menggambarkan bahawa pengajian itu mengkhusus dalam bidang kaunseling sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.

Nama-nama panggilan seperti berikut bolehlah dipakai untuk maksud tersebut;

Contoh nama Ijazah untuk Ijazah Sarjana Muda Sarjana Muda Kaunseling Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Sarjana Muda Sastera (Kaunseling) Sarjana Muda Pendidikan Kepujian (Bimbingan dan Kaunseling) Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Contoh nama Ijazah untuk Ijazah Sarjana Sarjana Kaunseling Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Sarjana Sains (Bimbingan dan Kaunseling) Sarjana Sastera (Kaunseling) Sarjana Sains (Kaunseling) Master Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Master Sains (Bimbingan dan Kaunseling) Sarjana Psikologi Kaunseling

II. Peringkat Pengajian MinimumPeringkat pengajian minimum yang diiktiraf sebagai memenuhi keperluan piawaian ialah di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kaunseling atau Sarjana Muda dalam bidang bukan kaunseling yang diikuti dengan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang kaunseling.

III. Bahasa PengantarBahasa pengantar program pengajian hendaklah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.

IV. Bilangan Jam KreditProgram pengajian di peringkat Sarjana Muda hendaklah mengandungi minimum 81 jam kredit komponen kursus-kursus kaunseling yang meliputi kursus teras, latihan amali atau praktikum, internship dan elektif.

Program pengajian di peringkat Sarjana hendaklah mengandungi minimum 48 jam kredit kursus-kursus dalam bidang kaunseling. Di peringkat Sarjana diperlukan minimum 48 jam kredit sahaja, untuk diselaraskan dengan piawaian antarabangsa. Pada dasarnya program Sarjana diikuti oleh pelajar yang lebih matang dan lebih berpengalaman kerana telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda. Kursus Pasca Ijazah melibatkan proses penganalisisan dan kajian yang lebih padat dan mendalam.

V. Pecahan KursusPecahan kursus untuk Ijazah Sarjana Muda hendaklah seperti berikut:KomponenJumlah Jam Kredit

1. Teras66

2. Latihan Amali Atau Praktikum

3. Internship3

6

4. Elektif/Projek Penyelidikan

6

Jumlah81

Pecahan kursus di peringkat Ijazah Sarjana hendaklah seperti berikut: KomponenIjazah Sarjana(Jumlah Jam Kredit)

1. Teras33

2. Latihan Amali Atau Praktikum3

3. Internship6

4. Elektif/Projek Penyelidikan6

Jumlah

48

VI. Kredit dan Beban Pembelajaran PelajarKredit ialah ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu.

Beban pembelajaran ialah ukuran kuantitatif semua aktiviti pembelajaran yang diperlukan untuk mencapai satu set hasil pembelajaran. Aktiviti ini termasuklah kuliah, toturial, seminar, praktikal, pembelajaran kendiri, pencarian maklumat, kajian, kerja lapangan serta persediaan dan menduduki peperiksaan. Empat puluh (40) jam pembelajaran nasional dinilai sebagai satu kredit.

VII. Pengiraan Nilai Jam Kredit

Nilai 1 jam kredit dikira mengikut formula berikut:

PerkaraFormula

Kuliah

1 jam kredit = 1 jam seminggu x 14 minggu

Tutorial/Makmal

1 jam kredit = 3 jam seminggu x 14 minggu

Latihan Amali atau Praktikum dan Internship1 jam kredit = 6 jam seminggu x 14 minggu di tempat latihan

Jumlah kredit minimum komponen kaunseling untuk peringkat Sarjana Muda dan Sarjana yang perlu diambil seperti berikut:

PeringkatNilai Kredit Minimum

Ijazah Sarjana Muda

81

Ijazah Sarjana

48

1.2 Tenaga PengajarTenaga pengajar adalah terdiri daripada kakitangan yang dilantik oleh universiti sebagai pensyarah.

Piawaian tenaga pengajar dilihat dalam dua aspek iaitu nisbah tenaga pengajar dengan pelajar, dan taraf kelulusan dan pengalaman tenaga pengajar.

i. Nisbah bilangan tenaga pengajar yang berkelulusan dalam bidang kaunseling dengan bilangan pelajar hendaklah pada kadar 1:15. Nisbah ini adalah nisbah yang dianggap sesuai untuk keefisienan dan keberkesanan pengajaran, penyeliaan internship, latihan amali atau praktikum dan projek penyelidikan.

ii. Taraf kelulusan minimum tenaga pengajarTenaga pengajar yang mengajar kursus kaunseling mestilah berdaftar dengan lembaga kaunselor dan mempunyai kelayakan berikut:

a. Berkelulusan sekurang-kurangnya di peringkat Sarjana yang diiktiraf dalam bidang kaunseling.b. Pengalaman dalam bidang pendidikan kaunseling diutamakan.c. Mempunyai pengalaman dalam penyelidikan kaunseling.

1.3Kursus Pengajian (Mata Pelajaran)Piawaian minimum kursus pengajian yang ditawarkan meliputi bidang-bidang berikut :

I. Bidang Kursus PengajianBidang kursus pengajian di tahap Sarjana Muda hendaklah mengandungi komponen berikut dengan jumlah kredit yang dinyatakan:

Komponen Jumlah Jam Kredit

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

12

Perhubungan Menolong

15

Kepelbagaian Sosial dan Budaya

6

Kerja Kelompok

6

Perkembangan Kerjaya

6

Pengujian dan Pengukuran Psikologi

6

Penyelidikan dan Penilaian Program

12

Isu-Isu Profesional dalam Kaunseling dan Psikologi

3

Latihan Amali atau Praktikum Kaunseling

3

Internship6

Kursus-Kursus Elektif yang Berkaitan dengan Bidang Kaunselingatau Projek Penyelidikan

6

Jumlah81

Bidang kursus pengajian di tahap Sarjana hendaklah mengandungi komponen berikut dengan jumlah kredit yang dinyatakan:

Komponen Jumlah Jam Kredit

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

3

Perhubungan Menolong

6

Kepelbagaian Sosial dan Budaya

3

Kerja Kelompok

3

Perkembangan Kerjaya

6

Pengujian dan Pengukuran Psikologi

6

Penyelidikan dan Penilaian Program

3

Isu-Isu Profesional dalam Kaunseling dan Psikologi

3

Latihan Amali atau Praktikum Kaunseling

3

Internship

6

Kursus-Kursus Elektif yang Berkaitan dengan Bidang Kaunselingatau Projek Penyelidikan

6

Jumlah48

II. Penggubalan Kursus Berikut adalah panduan penggubalan kursus:a. Penggubalan kursus hendaklah berdasarkan garis panduan Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor terkini oleh Lembaga Kaunselor.b. Pihak yang terlibat dalam penggubalan kursus hendaklah terdiri daripada tenaga pengajar yang berkepakaran dan berpengalaman.c. Perlu ada prosedur penilaian atau semakan berkala mengenai keberkesanan dan perlaksanaan kurikulum.

III. Kelayakan Tenaga Pengajar Bagi Setiap Kursus PengajianKelayakan minimum tenaga pengajar untuk kursus kaunseling adalah seperti dalam perkara 2.2. Kelayakan minimum tenaga pengajar untuk kursus bukan kaunseling pula ialah Ijazah Sarjana dalam bidang yang diajar.

IV. Cara Pengajaran:Kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan. Walau bagaimanapun, kursus-kursus berikut hendaklah diajar bersemuka secara keseluruhan: Makmal Kaunseling, Teknik Kaunseling, Kaunseling Individu, Kaunseling Kelompok, Kaunseling Keluarga, Pengujian dan Pengukuran, Latihan Amali atau Praktikum, Internship, dan Projek Penyelidikan (Jam kontak bersemuka merujuk kepada perkara 1.1(vi)).

V. Kandungan Kursus Pengajian Kandungan kursus pengajian hendaklah menepati perkara seperti dalam Bahagian 2 Kurikulum Latihan Kaunselor.1.4Kemudahan FizikalInstitusi yang menawarkan latihan dalam bidang kaunseling perlulah mempunyai kemudahan fizikal seperti berikut :

i. Bilik pengajaran

ii. Makmal individu dan kelompok yang mempunyai kemudahan rakaman dan bilik pemerhatian.

iii. Peralatan elektronik yang diperlukan untuk membuat rakaman.

iv. Kemudahan rujukan dan sistem maklumat yang meliputi koleksi buku, jurnal, bahan elektronik, kemudahan mengakses maklumat dan sebagainya dalam bidang kaunseling, psikologi dan psikoterapi.

v. Senarai tempat latihan praktikum/internship

1.5 Sistem Pengurusan Program KaunselingPengurusan program kaunseling hendaklah dikendalikan secara sistematik dan berkualiti yang meliputi perkara berikut:

i. Pentadbiran dan penyimpanan rekod

ii. Pengawalan dan penggunaan bahan pengajaran

iii. Pengurusan penjadualan pengajaran seperti kuliah, makmal, praktikum dan sebagainya

iv. Pihak yang bertanggungjawab terhadap penilaian dan penambah-baikan kurikulum

v. Personelia pelajar

vi. Program perkembangan profesional staf akademik

vii. Sistem penilaian progam termasuk sistem penilai dalaman dan penilai luaran

1.6 Sumbangan Institusi Latihan Terhadap Perkembangan Ilmu KaunselingInstitusi juga dinilai dari segi sumbangannya kepada bidang kaunseling seperti penyelidikan, perkhidmatan kaunseling, penganjuran konvensyen, seminar, bengkel, dan sebagainya.

BAHAGIAN 2

KURIKULUM LATIHAN KAUNSELORBahagian ini mengandungi bidang yang perlu dalam kurikulum latihan kaunselor.

2.1 Identiti ProfesionalKursus dalam bidang ini hendaklah meliputi kefahaman tentang semua aspek kefungsian profesional termasuk sejarah, peranan, struktur organisasi, etika, perundangan, pensijilan, perlesenan, kepiawaian dan pengakreditasian.

Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

i. Sejarah dan falsafah profesion kaunseling

ii. Peranan, fungsi dan perhubungan profesional dengan perkhidmatan kemanusiaan yang lain.

iii. Kemahiran asas menggunakan ICT dalam perkhidmatan kaunseling.

iv. Kepentingan dan fungsi lembaga kaunselor di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Peranan dan kepentingan organisasi profesional berkaitan amalan kaunseling.

v. Pengiktirafan profesional termasuk pensijilan, pendaftaran dan perlesenan, amalan pengakreditasian, kepiawaian dan kesan polisi awam ke atas isu ini. Penekanan diberikan terhadap peranan Lembaga Kaunselor.

vi. Proses polisi awam dan swasta seperti peranan kaunselor profesional dalam menjaga kewibawaan profesion.

vii. Proses membantu klien dan pengamal yang menghadapi halangan institusi dan sosial daripada memperolehi perkhidmatan, kejayaan, dan kemajuan.

viii. Piawaian etika kaunselor dan hal yang berkaitan, dan aplikasi pertimbangan etika dan perundangan dalam profesion kaunseling.

Contoh Tajuk Kursus:a. Etika dan Perundangan Kaunselingb. Amalan Profesionalisme Kaunselingc. Falsafah dan Etika Kaunselingd. Isu Etika dan Profesionalisme Kaunselinge. Isu Etika dan Perundangan Kaunseling

2.2Kepelbagaian Sosial dan BudayaKursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang kepelbagaian konteks sosial dan budaya seperti aspek perhubungan, isu dan tren dalam masyarakat majmuk dan berbilang budaya.

Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

i. Tren pelbagai budaya dan masyarakat majmuk seperti ciri dan kepekaan sesuatu kumpulan dan antara kumpulan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

ii. Sikap, kepercayaan, kefahaman dan pengalaman seperti aktiviti pembelajaran melalui pengalaman khusus berkaitan faktor budaya, etnik, keturunan, umur, gender, orientasi seksual, ciri mental dan fizikal, pendidikan, nilai keluarga, nilai agama dan kepercayaan, status sosio-ekonomi dan keunikan individu, pasangan, keluarga, dan komuniti.

iii. Teori kaunseling pelbagai budaya, pembangunan identiti dan keadilan sosial.

iv. Strategi perhubungan individu, pasangan, keluarga, kumpulan dan komuniti dalam masyarakat majmuk.

v. Peranan kaunselor dalam memupuk keadilan sosial, advokasi dan resolusi konflik, kesedaran swadiri dalam konteks budaya. Juga, peranan kaunselor dalam menangani sifat prejudis, proses penindasan serta diskriminasi yang disengaja dan tidak disengajakan serta tingkah laku lain yang didukungi oleh budaya yang merugikan perkembangan semangat, fikiran atau jasmani manusia.

vi. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:a. Kaunseling Pelbagai Budayab. Kaunseling Silang Budayac. Psikologi Sosiald. Individu dan Masyarakate. Antropologi dan Sosiologi Budayaf. Budaya dan Masyarakat

2.3Pertumbuhan dan Perkembangan ManusiaKursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia.

Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

i. Teori pertumbuhan dan perkembangan individu dan keluarga yang merentasi kehidupan sepanjang hayat.

ii. Teori pembelajaran dan perkembangan personaliti.

iii. Tingkah laku manusia merangkumi kefahaman tentang perkembangan krisis, ketidakupayaan, psikopatologi, faktor alam sekeliling dan situasi yang mempengaruhi tingkahlaku normal dan bilazim.

iv. Strategi yang memudahkan perkembangan kehidupan sepanjang hayat.

v. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:a. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusiab. Teori Personalitic. Psikologi Bilazimd. Teori Pembelajarane. Perkembangan Peringkat Dewasaf. Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja

2.4Kerjaya dan Cara Gaya KehidupanKursus dalam bidang ini memberi kefahaman perkembangan kerjaya dan faktor yang berkaitan dengan kehidupan.

Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

i. Teori perkembangan kerjaya dan model membuat keputusan kerjaya.

ii. Kerjaya dan kerja sampingan, sumber maklumat pasaran buruh, media visual dan cetak tentang kerjaya, sistem maklumat kerjaya berasaskan komputer, dan media elektronik lain.

iii. Program perancangan kemajuan kerjaya dan pendidikan, perkembangan, pengurusan dan pentadbiran, pelaksanaan, penempatan, susulan, dan penilaian kerjaya.

iv. Perhubungan di antara kerja, keluarga dan cara gaya kehidupan, peranan kehidupan yang lain termasuk faktor kepelbagaian gender berkaitan dengan perkembangan kerjaya.

v. Perancangan kerjaya dan pendidikan, penempatan, susulan dan penilaian.

vi. Teknik dan alat penaksiran yang berkaitan dalam membuat perancangan dan keputusan kerjaya.

vii. Strategi, aplikasi dan perkembangan kerjaya berasaskan teknologi termasuk sistem maklumat dan bimbingan kerjaya berkomputer dan cara melayari laman web yang berkaitan dengan kerjaya.

viii. Proses, teknik dan sumber kaunseling kerjaya, termasuk yang boleh diaplikasikan kepada populasi yang khusus.

ix. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus :a. Kaunseling Kerjayab. Teori Perkembangan Kerjayac. Kerjaya dan Cara Gaya Kehidupand. Kaunseling Kerjaya dan Perkembangan Personele. Perkembangan Kerjaya f. Maklumat dan Perkembangan Kerjaya

2.5Kemahiran Perhubungan MenolongKursus dalam bidang ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kemahiran dalam perhubungan menolong dan perundingan dalam proses kaunseling. Kursus ini juga dapat membantu pelajar meningkatkan kesedaran kendiri bagi mewujudkan hubungan terapeutik kaunselor-klien yang efektif serta memelihara sempadan profesional.

Kursus dalam bidang ini hendaklah meliputi sekurang-kurangnya :

i. Ciri dan tingkahlaku kaunselor yang mempengaruhi proses kaunseling dan perundingan seperti umur, jantina, perbezaan ras, tingkahlaku lisan dan bukan lisan, ciri, orientasi teori dan kemahiran kaunselor.

ii. Kemahiran temubual dan kaunseling supaya pelajar dapat mewujudkan perhubungan terapeutik untuk membina matlamat kaunseling yang sesuai, mengkonseptualisasi kes, merangka strategi tindakan, menilai hasil kaunseling dan menamatkan perhubungan kaunseling dengan berkesan.

iii. Teori kaunseling yang membantu pelajar menggunakan model yang tekal untuk memahami masalah klien dan memilih tindakan kaunseling yang sesuai. Pengalaman yang diperolehi pelajar hendaklah meliputi sejarah perkembangan teori kaunseling, dan penerokaan teori afektif, kognitif dan tingkahlaku. Pelajar wajar diberikan peluang untuk menerapkan teori tersebut dalam kajian kes di samping didedahkan kepada model kaunseling mutakhir berdasarkan penyelidikan dan amalan terkini serta digalakkan membina model kaunseling sendiri.

iv. Perspektif sistem untuk membantu pelajar memahami sistem keluarga dan teori sistem yang lain serta model utama intervensi keluarga dan intervensi yang berkaitan. Pelajar juga hendaklah didedahkan kepada rasional memilih teori keluarga dan teori sistem lain sebagai modaliti yang sesuai untuk penaksiran dan kaunseling keluarga.

v. Penyediaan kerangka umum untuk memahami dan mengamalkan perundingan dalam kaunseling. Pelajar dikehendaki meneliti sejarah perkembangan perundingan, penerokaan peringkat dan model utama perundingan dan menerapkan teori dalm pembentangan kes. Pelajar digalakkan membina model perundingannya sendiri.

vi. Pengintegrasian strategi teknologi serta penggunaannya dalam proses kaunseling dan perundingan.

vii. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:a. Kaunseling Individu, b. Kemahiran Menolongc. Proses Kaunselingd. Perundingan dalam Kaunselinge. Kaunseling Keluargaf. Teknik Kaunselingg. Teori Kaunseling dan Psikoterapi

2.6 Kerja KelompokKursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang tujuan, perkembangan dan dinamika kelompok, teori, kaedah dan kemahiran kaunseling kelompok serta pendekatan kelompok yang lain.Bidang ini meliputi komponen berikut:

i. Prinsip dinamika kelompok, termasuk tahap proses kelompok, teori tahap perkembangan, peranan dan tingkahlaku ahli kelompok dan faktor terapeutik dalam kelompok.

ii. Cara gaya dan pendekatan kepemimpinan kelompok termasuk pelbagai jenis pemimpin kelompok dan gaya kepemimpinan.

iii. Teori kaunseling kelompok merangkumi aspek persamaan dan aspek yang membezakan antara teori itu serta penyelidikan dan bahan bacaan yang berkaitan.

iv. Kaedah kaunseling kelompok termasuk orientasi dan tingkahlaku pemimpin, kriteria dan kaedah saringan, pemilihan ahli serta cara menilai keberkesanan kelompok.

v. Pendekatan yang digunakan untuk jenis kelompok yang lain termasuk kelompok petugas, kelompok terfokus, kelompok sokongan, kelompok pencegahan, kelompok psiko-pendidikan dan kelompok terapi.

vi. Piawai latihan pemimpin kelompok.

vii. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:a. Kaunseling Kelompokb. Prosedur Kelompokc. Teori dan Teknik Kelompokd. Dinamika dan Proses Kelompoke. Kelompok dan Komunikasi Kelompok2.7Pengujian dan Pengukuran PsikologiKursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang pendekatan individu dan kelompok dalam penaksiran dan penilaian.

Bidang ini perlu meliputi komponen berikut:

i. Perspektif sejarah berkaitan sifat dan makna penaksiran.

ii. Konsep asas berkaitan piawaian dan bukan piawaian alat ukuran dan teknik penaksiran lain termasuk penaksiran rujukannorma dan rujukankriteria, penaksiran persekitaran, penaksiran prestasi, kaedah inventori dan ujian individu dan kelompok, pemerhatian tingkahlaku dan kaedah yang diurus dan dibantu komputer.

iii. Konsep statistik termasuk skala pengukuran, pengukuran kecederungan memusat, penanda variabiliti, bentuk dan jenis taburan dan korelasi.

iv. Kebolehpercayaan: Teori keralatan pengukuran, model kebolehpercayaan dan penggunaan maklumat kebolehpercayaan.

v. Kesahan: Bahan bukti kesahan, jenis kesahan dan hubungan antara kebolehpercayaan dan kesahan.

vi. Penaksiran tentang umur, gender, orientasi seksual, kaum, bahasa, ketidakupayaan, budaya, spiritualiti, dan faktor lain berkaitan penaksiran dan penilaian individu, kelompok dan populasi tertentu.

vii. Strategi untuk memilih, mengendali, dan menginterpretasi alat penaksiran dan penilaian serta teknik dalam kaunseling. Penggunaan bahan penaksiran mesti ditumpukan kepada bahan ujian atau inventori yang piawaian dan telah diterima pakai secara sejagat mengikut piawaian akademik dan diterbitkan di dalam jurnal berwasit yang diiktiraf dalam bidang berkaitan.

viii. Kefahaman mengenai prinsip umum dan kaedah membuat pengkonsepsian kes, penaksiran, dan/atau membuat diagnosis status mental dan emosi.

ix. Pertimbangan etika dan perundangan.

Nota: Pengendalian, pentadbiran, penginterpretasian ujian dan inventori hendaklah dikendalikan oleh individu yang terlatih dalam penggunaan ujian dan inventori tersebut.

Contoh Tajuk Kursus:a. Ujian dan Pengukuran dalam Kaunselingb. Analisis Individu dan Kelompok dalam Kaunselingc. Penaksiran dalam Kaunselingd. Penaksiran dalam Kesihatan Mentale. Ujian dan Pengukuran Psikologi

2.8 Penyelidikan, Projek Kajian atau Penilaian Program Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang kaedah penyelidikan, analisis statistik, keperluan dan penilaian program. Pelajar didedahkan kepada kepentingan, peluang dan masalah penyelidikan dalam profesion kaunseling. Pelajar dikehendaki menjalankan penyelidikan/projek kajian/penilaian program dalam bidang kaunseling.

Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

i. Kepentingan penyelidikan dalam memajukan profesion kaunseling.

ii. Kaedah penyelidikan seperti kuantitatif, kualitatif, reka bentuk kajian kes, penyelidikan tindakan dan penyelidikan menguji keberkesanan.

iii. Penggunaan teknologi dan kaedah statistik dalam menjalankan penyelidikan dan penilaian program serta kemahiran asas analisis perisian statistik.

iv. Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan, penilaian program dan penggunaan dapatan kajian untuk pengubahsuaian program.

v. Penggunaan penyelidikan untuk menunjukkan amalan berdasarkan bukti.

vi. Pertimbangan etika dan perundangan.

Contoh Tajuk Kursus:a. Penyelidikan dalam Kaunselingb. Statistik dalam Kaunselingc. Projek Penyelidikan/Kajian dalam Bidang Kaunselingd. Kaedah Penyelidikan Kaunselinge. Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif dalam Penyelidikan Kaunseling

BAHAGIAN 3

PIAWAIAN LATIHAN AMALI ATAU PRAKTIKUM

Bahagian Ini menyediakan garis panduan mengenai pelbagai aspek yang mesti dipenuhi bagi mencapai piawaian praktikum.

3.1Latihan Amali atau PraktikumLatihan Amali atau Praktikum bermakna pengalaman klinikal yang diselia dengan tujuan untuk membolehkan pelajar membina dan mengembangkan kemahiran asas kaunseling dan mengintegrasikan pengetahuan profesional semasa pengajian. Pengalaman klinikal ini merangkumi pengalaman mengendalikan kaunseling dan juga aktiviti berkaitan dengan kaunseling. Latihan Amali atau Praktikum biasanya dijalankan di dalam kampus dan hendaklah disempurnakan sebelum internship.

3.2 Pelajar Latihan Amali atau Praktikum Pelajar yang hendak mendaftar kursus latihan amali/praktikum hendaklah sekurang-kurangnya telah lulus kursus-kursus berikut : Teori Kaunseling Teknik Kaunseling Kerja Kelompok Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia Perkembangan Kerjaya

3.3Penyelia Latihan Amali atau PraktikumPenyelia Praktikum ialah seseorang yang telah dilantik oleh insitusi sebagai penyelia yang sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang kaunseling. Penyelia tersebut hendaklah kaunselor berdaftar dan mempunyai Sijil Perakuan Amalan. Penyeliaboleh dibantu oleh kaunselor berdaftar yang mempunyai Sijil Perakuan Amalan dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kaunseling.3.4 Tempat Latihan Amali atau Praktikum Tempat latihan amali atau praktikum hendaklah mempunyai kemudahan dan peralatan yang sesuai bagi tujuan memberi latihan klinikal serta mempunyai prosedur tetap bagi menjamin kerahsiaan dan melindungi hak-hak klien mengikut undang-undang. Tempat itu juga harus menyediakan peluang seluas-luasnya untuk pelatih membiasakan diri dengan pelbagai aktiviti profesional seperti penyimpanan rekod, penyeliaan, perkhidmatan maklumat dan menghadiri mesyuarat staf. Tempat itu juga hendaklah mempunyai:

i. Prasarana untuk melaksanakan kaunseling individu dan kelompok yang menjamin kerahsiaan.

ii. Ruang yang mencukupi untuk penggunaan peralatan pandang dengar.

iii. Staf sokongan seperti pembantu teknik bagi penjagaan dan pengendalian alat pandang dengar.

3.5 Tempoh Latihan Amali atau PraktikumTempoh minimum latihan amali atau praktikum adalah 252 jam yang bernilai 3 jam kredit di mana 96 jam daripadanya diperuntukkan untuk perhubungan bersemuka dengan klien (kaunseling individu, kelompok, keluarga atau perkahwinan).

3.6Prosedur Pentadbiran dan Penyeliaan Latihan Amali atau Praktikum

I. Syarat dan Peraturan Latihan Amali atau Praktikum

i. Pelajar perlu mendaftar dalam kursus latihan amali atau praktikum.

ii. Pelajar perlu mendapat pengalaman mengendalikan proses kaunseling dari tahap awal sehingga tahap sesi penutup.

iii. Pelajar perlu diselia sepenuhnya.

iv. Pelajar perlu menjalankan latihan amali atau praktikum di tempat yang memenuhi syarat dalam perkara 3.4.

v. Pengendalian, pentadbiran dan penyeliaan perlu memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam piawaian dan kelayakan latihan kaunselor.

II. Aspek Penilaian Pengendalian Kaunseling

Penilaian hendaklah berasaskan kriteria berikut:

i. Penerapan teori ii. Penggunaan kemahiran dan teknik kaunselingiii. Konseptualisasi masalah iv. Perancangan dan strategi rawatanv. Kepatuhan kepada etikavi. Refleksi

III. Aspek Pengurusan Rekod

Pengurusan rekod merangkumi perkara berikut:

i. Penyimpanan rekod aktiviti harian dalam buku logii. Laporan perancangan rawataniii. Laporan sesi kaunselingiv. Rekod penggunaan dan pentadbiran ujian v. Dokumen lain yang berkaitan

Bahagian 4

Piawaian Internship

Bahagian ini menyediakan garis panduan mengenai pelbagai aspek yang mesti diberi pertimbangan bagi mencapai piawaian internship.

4.1 InternshipInternship ialah pengalaman klinikal pasca praktikum yang diselia dengan tujuan untuk membolehkan pelajar menghalusi, meningkat dan memantapkan pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran kaunseling di tempat latihan profesional. Latihan internship hendaklah dilaksanakan di premis di mana perkhidmatan kaunseling profesional dijalankan.

4.2 Pelajar InternshipPelajar internship ialah pelatih yang telah menyempurnakan kesemua kursus dan praktikum yang ditetapkan dalam program ijazahnya. Pelajar hendaklah mendaftar dalam kursus internship.

4.3 Penyelia InternshipPenyelia internship terbahagi kepada dua kategori:

i. Penyelia Akademik ii. Penyelia Lapangan

Penyelia akademik hendaklah seorang yang telah dilantik oleh institusi sebagai penyelia dan sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang kaunseling. Penyelia tersebut hendaklah kaunselor berdaftar yang mempunyai Sijil Perakuan Amalan.

Penyelia lapangan pula hendaklah seorang yang telah dilantik bersama oleh institusi dan organisasi di mana pelajar tersebut menjalankan internship. Penyelia lapangan juga hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kaunseling. Penyelia tersebut hendaklah kaunselor berdaftar yang mempunyai Sijil Perakuan Amalan.

4.4 Tempat InternshipInternship hendaklah dijalankan di organisasi, institusi atau klinik yang menyediakan khidmat kaunseling profesional seperti pusat perkhidmatan kaunseling di institusi pengajian tinggi, hospital, sekolah, pusat komuniti, pusat pemulihan, penjara, jabatan kebajikan masyarakat, pusat diagnostik, jabatan sumber manusia, jabatan agama, badan korporat dan institusi/organisasi lain. Tempat itu juga harus dapat menyediakan peluang seluas-luasnya untuk pelatih membiasakan diri dengan pelbagai aktiviti profesional berkaitan dengan tugas sebagai kaunselor.

4.5Tempoh InternshipTempoh minimum internship adalah 504 jam yang bernilai 6 kredit, di mana tempoh minimum 192 jam hendaklah merupakan perhubungan dengan klien secara bersemuka (kaunseling individu, kelompok, keluarga atau perkahwinan) dan selebihnya untuk aktiviti yang berkaitan dengan tugas-tugas kaunselor profesional.

4.6Prosedur Pentadbiran dan Penyeliaan Internship

I. Syarat dan Peraturan Internshipi. Pelajar perlu mendaftar untuk internshipii. Pelajar telah menyempurnakan semua kerja kursus dan praktikumiii. Pelajar diselia sepenuhnya oleh penyelia.iv. Pelajar perlu menjalankan internship di tempat yang memenuhi syarat dalam perkara 4.4.v. Pengendalian, pentadbiran dan penyeliaan perlu memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam piawaian dan kelayakan latihan kaunselor.

II. Penyeliaan Internshipi. Penyeliaan individu dijalankan secara bersemuka atas nisbah 5 pelatih kepada 1 orang penyelia.ii. Penyeliaan berkelompok hendaklah berbentuk seminar atas nisbah 10 pelatih kepada satu penyelia.iii. Pelatih hendaklah diberi peluang menilai penyelia mereka.iv. Pelatih internship digalakkan mempunyai perlindungan insurans.

III. Aspek Penilaian Internship Penilaian hendaklah berasaskan kriteria berikut:i. Penerapan teoriii. Penggunaan kemahiran dan teknik kaunselingiii. Konseptualisasi masalahiv. Perancangan dan strategi rawatan v. Kepatuhan kepada etikavi. Refleksi

IV. Aspek Pengurusan RekodPengurusan rekod merangkumi perkara berikut: i. Penyimpanan rekod aktiviti harian dalam buku logii. Laporan perancangan rawataniii. Laporan sesi kaunselingiv. Rekod penggunaan dan pentadbiran ujianv. Dokumen lain yang berkaitan

V. Aktiviti Berkaitan dengan Kaunselingi. Rujukanii. Konsultasiiii. Aktiviti bimbinganiv. Pengujian, pengukuran dan penaksiranv. Aktiviti perkembangan dirivi. Pendidikan psikologi

RUJUKAN

Bork, M.T., Hackney, H., Hudson P., Miranti, J., Watss, G.A., And Epp. L. (1999).Spirituality, Religion, And Cacrep Curriculum Standards. Journal Of Counselling And Development, 77, 251-257.

Council For Accreditation Of Counselling And Related Educational Programs(1987). Accreditation Procedures Manual For Counseling And Related Educational Programs. Alexandria, Va: Author.

Council For Accreditation Of Counselling And Related Educational Programs(2001). Accreditation Procedures Manual For Counseling And Related Educational Programs: The 2001 Standards. Alexandria, Va: Author.

Council For Accreditation Of Counselling And Related Educational Programs(2009). Accreditation Procedures Manual For Counseling And RelateEducational Programs: The 2009 CACREP Standards. Alexandria, Va: Author.

Hosie, T.W. (1995). Counselling Specialities: A Case Of Basic Preparation Rather Than Advanced Specialization. Journal Of Counselling And Development, 74,177-180.

Kerajaan Malaysia (1988). Undang-Undang Malaysia: Akta Kaunselor 1998 (Akta580). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Lembaga Akreditasi Negara (2002). Garis Panduan Kriteria Dan Standard Kursus Pengajian Ipts. Kuala Lumpur: Pengarang.

Sweeney T.J (1995). Accreditation Credentialing Professionalization: The Role Of Specialities. Journal Of Counselling And Development, 74, 117-125.1

1