2
Resilience atau ketahanan merujuk kepada keupayaan individu untuk berjaya menyesuaikan diri dengan tugas kehidupan dalam menghadapi keadaan sosial atau keadaan yang sangat sukar. Ia juga merujuk kepada sebarang pengalaman hidup yang dilalui oleh individu yang berbeza dalam mengatasi situasi yang sukar dengan cara yang lebih positif agar dapat membantu mereka menghadapi tekanan pada masa hadapan serta dapat menghalang perkembangan gangguan mental. Kesukaran dan tekanan boleh datang dalam bentuk seperti masalah keluarga atau hubungan, masalah kesihatan, masalah tempat kerja, kebimbangan kewangan, masalah pembelajaran, kerjaya, penyesuaian dan sebagainya. Individu yang memiliki ketahanan ini sebenarnya mempunyai daya kawalan yang hebat dalam hidup mereka. Ia menjadikan mereka berani mencuba sesuatu dan mengambil risiko. Mereka juga lebih optimis, suka membina dan mengekalkan perhubungan yang positif dengan orang lain. Mereka yang mempunyai daya tahan selalunya percaya kepada diri sendiri serta berkeupayaan mereka untuk menguruskan cabaran kehidupan dengan berkesan. Selain itu, individu yang lebih berdaya tahan, cenderung untuk bertindak lebih proaktif dan lebih bekerja keras untuk memastikan diri mereka terhindar daripada masalah dan penyakit tertentu yang hadir di sekeliling mereka agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493 https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A. SALAM Daya Tahan (Resilience) Individu Terhadap Masalah Penulis: Pn Salwani Ibrahim K.B.,P.A. Cepat marah dan sering menimbulkan konflik dalam perhubungan sosial. Mengalami sakit yang berterusan akibat daripada sistem imunisasi tubuh turut lemah. Sering menyendiri atau menjadi terlalu bergantung kepada orang lain. Perubahan mood yang kerap berpunca daripada perubahan hormon akibat ketiadaan daya tahan. Tidak balas yang berlebihan terhadap stres yang normal. Mudah murung dan mudah menangis. Lemah daya ingatan Tingkalaku yang berisiko seperti penyalahgunaan bahan, pengambilan alkohol, pergaulan bebas dan seumpamanya. Mudah berputus asa dan sering merasa tiada harapan terhadap penyelesaian masalah yang dihadapi. Mengalami gangguan tidur. Rujukan: Davidson, R. J. and S. Begley. (2012). The Emotional Life of Your Brain. England: Hudson Street Press. Richardson, G.E. (2002). The metatheory of resilience and resiliency. Journal of Clinical Psychology. 58, 307-321. KAUNSELOR BIL. 1 (2018) Ciri - Ciri Individu Yang Memiliki Daya Tahan Yang Rendah

SALAM KAUNSELOR - careercounselling4u.uitm.edu.my · Journal of Clinical Psychology. 58, 307-321. KAUNSELOR BIL. 1 (2018) Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Daya Tahan Yang Rendah Kunci

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Resilience atau ketahanan merujuk kepada keupayaan individu

untuk berjaya menyesuaikan diri dengan tugas kehidupan dalam

menghadapi keadaan sosial atau keadaan yang sangat sukar. Ia

juga merujuk kepada sebarang pengalaman hidup yang dilalui

oleh individu yang berbeza dalam mengatasi situasi yang sukar

dengan cara yang lebih positif agar dapat membantu mereka

menghadapi tekanan pada masa hadapan serta dapat

menghalang perkembangan gangguan mental.

Kesukaran dan tekanan boleh datang dalam bentuk seperti

masalah keluarga atau hubungan, masalah kesihatan, masalah

tempat kerja, kebimbangan kewangan, masalah pembelajaran,

kerjaya, penyesuaian dan sebagainya.

Individu yang memiliki ketahanan ini sebenarnya mempunyai

daya kawalan yang hebat dalam hidup mereka. Ia menjadikan

mereka berani mencuba sesuatu dan mengambil risiko. Mereka

juga lebih optimis, suka membina dan mengekalkan

perhubungan yang positif dengan orang lain.

Mereka yang mempunyai daya tahan selalunya percaya kepada

diri sendiri serta berkeupayaan mereka untuk menguruskan

cabaran kehidupan dengan berkesan. Selain itu, individu yang

lebih berdaya tahan, cenderung untuk bertindak lebih proaktif

dan lebih bekerja keras untuk memastikan diri mereka terhindar

daripada masalah dan penyakit tertentu yang hadir di sekeliling

mereka agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.

SALAM

Daya Tahan (Resilience) Individu Terhadap Masalah

Penulis: Pn Salwani Ibrahim K.B.,P.A.

Cepat marah dan sering menimbulkan konflik dalam

perhubungan sosial.

Mengalami sakit yang berterusan akibat daripada sistem

imunisasi tubuh turut lemah.

Sering menyendiri atau menjadi terlalu bergantung

kepada orang lain.

Perubahan mood yang kerap berpunca daripada

perubahan hormon akibat ketiadaan daya tahan.

Tidak balas yang berlebihan terhadap

stres yang normal.

Mudah murung dan mudah menangis.

Lemah daya ingatan

Tingkalaku yang berisiko seperti

penyalahgunaan bahan, pengambilan

alkohol, pergaulan bebas dan

seumpamanya.

Mudah berputus asa dan sering merasa tiada harapan

terhadap penyelesaian masalah yang dihadapi.

Mengalami gangguan tidur.

Rujukan: Davidson, R. J. and S. Begley. (2012). The Emotional Life of Your Brain. England: Hudson Street Press. Richardson, G.E. (2002). “ The metatheory of resilience and resiliency. Journal of Clinical Psychology. 58, 307-321.

KAUNSELOR BIL. 1 (2018)

Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Daya Tahan Yang Rendah

Kunci kekuatan dalaman anda dengan meningkatkan amalan spiritualiti (kerohanian) dalam diri.

Menjadi lebih fleksibel dengan menyedari bahawa perubahan adalah sebahagian daripada kehidupan.

Membina kemahiran penyelesaian masalah yang tersendiri kerana setiap individu mampu meyelesaikan masalah

yang dihadapi dengan cara yang berbeza.

Menyediakan perancangan yang lebih realistik dengan keupayaan diri sendiri.

Mengekalkan tingkah laku dan pemikiran yang positif.

Cuba mengamalkan komunikasi dengan cara yang lebih terbuka.

Mengenal diri sendiri dengan lebih teliti melalui penerokaan kendiri.

Anda boleh meluahkan perasaan yang dialami melalui jurnal, melukis, berdoa, bercakap dengan rakan atau

mendapatkan khidmat kaunselor.

Anda juga perlu mengamalkan teknik pengurusan stres yang sihat.

Membina dan mengekalkan perhubungan yang mantap dengan orang lain.

Bertindak dengan lebih tegas apabila keadaan yang memerlukan.

Mengunakan kreativiti tertentu dalam menyelesaikan masalah.

Mengambil pengajaran daripada setiap peristiwa yang berlaku.

Mula mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan yang perlu

diperbetulkan.

Tetapkan matlamat dalam hidup anda sama ada matlamat jangka masa

panjang dan juga matlamat jangka masa pendek.

Cari makna dalam setiap perkara yang anda lakukan supaya anda

dapat menghargai perkara yang diusahakan itu.

Percaya terhadap keupayaan, kekuatan serta potensi diri, dan dalam masa yang sama menerima kelemahan diri.

Anda boleh berjenaka apabila melalui pengalaman yang sukar dan ketawalah jika perlu.

Berhadapan dengan ketakutan yang ada alami dan cuba menanganinya.

Menjadikan seseorang sebagai ‘Role Model’ dalam meningkatkan ketahanan diri.

Anda boleh mengekalkan kesihatan fizikal, pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Setiap Individu Mempunyai Strategi Daya Tahan Yang Tersendiri

Lihatlah Kehidupan Yang Sementara Ini

Dengan Penuh Hikmah Dan Bijaksana

Walaupun Adakalanya Pahit Dan

Mengecewakan, Anggaplah Itu Sebagai

Penawar Untuk Jiwa Lebih Kental Dan Tabah.

Pn Salwani Ibrahim K.B.,P.A. Pegawai Psikologi Kanan

UiTM Shah Alam