Upload
others
View
30
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
1
PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH (POMA) BAGI KAWALAN Oryctes rhinoceros
RINGKASAN EKSEKUTIF Kebiasaannya serangan perosak tanaman dikawal dengan kaedah menggunakan
racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi
kesan yang cepat berbanding kaedah kawalan yang lain. Bagaimana pun
penggunaan racun kimia secara berterusan boleh menyebabkan perosak menjadi
kebal dan memudaratkan alam sekitar. Perangkap organik adalah salah satu
kaedah kawalan fizikal yang boleh digunakan bagi mengawal Kumbang Tanduk di
kawasan tanaman kelapa. Kawalan ini didapati sangat berkesan mengawal
kumbang tanduk pada peringkat larva. Pembinaan perangkap organik Kumbang
Tanduk secara konvensional kadang kala tidak digemari oleh petani/usahawan
kerana tidak tahan lama dan sukar dipindahkan.
Inovasi ini dibuat bertujuan menyediakan Perangkap Organik Mudah Alih (POMA)
bagi kawalan Oryctes rhinoceros dengan melibatkan pembinaan kerangka besi
bersaiz 1m x 1m. Inovasi ini banyak membawa perubahan yang positif kepada
pengusaha/petani tanaman kelapa di mana pengusaha mengaplikasikan kaedah
kawalan fizikal terlebih dahulu sebelum menggunakan kawalan kimia. Secara
tidak langsung ia dapat membantu mengurangkan kos input racun dan
melestarikan alam sekitar.
Di antara faedah secara langsung yang penting dihasilkan oleh inovasi ini adalah
alatan yang dibina tahan lama, mudah dialihkan, menjimatkan masa,
mengurangkan kos serta meningkatkan kesedaran dan minat tentang konsep IPM
dalam pengawalan perosak tanaman kelapa.
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
2
PERINCIAN PROJEK 1.0 Signifikan Pemilihan Projek - POMA
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk menerangkan tentang inovasi
"Perangkap Organik Mudah Alih (POMA) bagi kawalan Oryctes rhinoceros" iaitu
sejenis perangkap yang digunakan untuk mengawal Kumbang Tanduk (Oryctes
rhinoceros) di ladang kelapa.
Kumbang Tanduk (Oryctes rhinoceros) merupakan perosak major bagi
tanaman kelapa, kelapa sawit dan beberapa tanaman dalam famili palmae.
Serangan Kumbang Tanduk secara serius boleh mengurangkan hasil dan
memberi kerugian yang besar kepada petani. Kumbang Tanduk dewasa berwarna
hitam dan mempunyai struktur sumbu di kepala. Kumbang dewasa merosakkan
tanaman dengan mengorek ke dalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa.
Apabila pelepah membesar daun akan membentuk seperti kipas. Serangan juga
menyebabkan pelepah patah dan membantutkan pertumbuhan pokok.
Seranggan yang teruk juga menyebabkan air bertakung dalam lubang yang
dikorek dan mengakibatkan pucuk reput dan musnah. Ini mendedahkan pula
kepada serangan Kumbang Merah Palma.
Kumbang Tanduk dewasa bertelur pada batang kelapa yang reput, bahan
organik atau sampah sarap. Larva yang dikenali sebagai ‘grub’ akan hidup pada
bahan reput sehingga peringkat pupa. Kumbang Tanduk dewasa aktif pada waktu
malam dan bertelur pada waktu siang.
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
3
Kumbang tanduk betina berupaya bertelur di antara 50-100 biji telur dan
mengambil masa 8-12 hari untuk menetas. Peringkat larva mengambil masa di
antara 80 ke 200 hari (instar pertama 10 -21 hari, instar kedua 12-21 hari dan
instar ke tiga 60 – 125 hari). Seterusnya ia akan melalui peringkat pre-pupa
selama 8-13 hari dan peringkat akhir pupa selama 17-30 hari. Seekor kumbang
tanduk dewasa boleh hidup lebih dari 6 bulan (Bedford, 1980; Khoo et al., 1991).
Suhu yang sesuai bagi membiakkan larva kumbang kumbang tanduk adalah
27-29 OC dengan RH 85-95% (Bedford, 1980).
Liau dan Ahmad (1991) memaklumkan sebanyak 25% hasil pengeluaran
berkurangan bagi 2 tahun pertama akibat serangan Kumbang Tanduk ini.
Gambar 1 : Kitaran hidup Orytces Rhinoceros
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
4
Gambar 2 & 3 : Kesan serangan Kumbang Tanduk
Penggunaan perangkap organik bertujuan memerangkap Kumbang Tanduk di
peringkat larva. Melalui kaedah ini kumbang tanduk akan bertelur dan menetas di
dalam perangkap organik yang disediakan. Perangkap perlu diperiksa setiap 2
minggu dan kumbang/larva yang dijumpai dikutip dan dimusnahkan.
2.0 Tindakan Penyelesaian
Inovasi Perangkap Organik Mudah Alih (POMA) ini dapat membawa
perubahan yang positif bagi usahawan tanaman kelapa khususnya dalam aspek
kawalan perosak secara fizikal serta menggalakkan pengurusan ladang pertanian
lestari secara “Integrated Pest Management” (IPM).
Di antara faedah secara langsung yang penting dihasilkan oleh inovasi ini
adalah peningkatan kemudahan kawalan perosak secara fizikal, meningkatkan
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
5
kesedaran IPM kepada pengusaha/petani, menghasilkan tanaman yang sihat dan
berkualiti, mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengurangkan
penggunaan racun perosak serta risiko perosak yang resistan terhadap racun
perosak.
Di antara objektif inovasi ini adalah seperti berikut:
a) Memudahkan pembinaan struktur pembinaan perangkap organik di ladang.
b) Menggalakkan petani mengaplikasikan kawalan serangga perosak secara
fizikal.
c) Mengurangkan kos kawalan kumbang tanduk secara kimia.
d) Menyokong industri tanaman kelapa di Malaysia yang mana sering mendapat
permintaan yang tinggi sepanjang tahun.
Inovasi ini melibatkan pembinaan satu struktur “Perangkap Organik Mudah
Alih (POMA)” yang mudah di pasang di ladang kelapa.
Inovasi ini telah dilaksanakan secara percubaan mulai tahun 2017. Jumlah
kos yang terlibat bagi menyediakan Perangkap Organik Mudah Alih (POMA) ini
adalah sebanyak RM 800.00 sahaja bagi menyediakan struktur kerangka ini.
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
6
2.1 Situasi Semasa (Sebelum Inovasi) – Secara Konvensional
Sebelum inovasi dilaksanakan, struktur Perangkap Organik Tiruan secara
konvensional bagi kawalan Oryctes rhinoceros dibina dengan menggunakan
batang pohon kelapa yang dipotong sepanjang 1m x 1m. Sebatang pohon kelapa
yang tidak komersial dipilih dan ditebang bagi mendapatkan batangnya.
Kerja-kerja menebang ini memerlukan tenaga kerja sekurang-kurangnya 2 orang
dan memerlukan kemahiran dan teknik yang betul supaya tiada kemalangan dan
kerosakan harta berlaku (Gambar 4).
Gambar 4 : Aktiviti memotong batang kelapa menjadi 1m x 1m
Pokok kelapa kemudian dipotong sepanjang 1m x1m dan diangkat ke lokasi
yang telah dikenalpasti (Gambar 5). Perangkap dipasang dengan plastik
polyethelene (PE) setinggi 1m di sekelilingnya bagi mengelakkan perangkap
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
7
dirosakkan oleh babi atau binatang lain.
o Gambar 5 : Kerja mengangkat batang kelapa ke lokasi yang ditetapkan.
o
Gambar 6 : Perangkap di pasang dengan plastik polyethelene (PE) setinggi 1m
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
8
Kerja menyiapkan 1 unit perangkap organik mengambil masa 5 - 6 jam di
ladang dengan memerlukan peralatan pertukangan seperti gergaji kayu/chainsaw,
tukul, kayu, paku dan lain-lain lagi. Usahawan/petani juga perlu memiliki
kemahiran pertukangan asas bagi menyediakan perangkap organik secara
konvensional ini (Gambar 7 & 8).
Gambar 7 & 8 : Memerlukan kemahiran dan peralatan pertukangan
Perangkap yang dibina daripada batang pohon kelapa ini mempunyai
ketahanan 8 - 12 bulan sahaja dan akan melalui proses pereputan. Jika tidak
diuruskan dengan betul akan menjadi tempat pembiakan untuk perosak.
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
9
2.2 Masalah Yang Dihadapi Sebelum Inovasi Dilaksanakan
a) Aktiviti membina struktur perangkap organik ini melibatkan kerja-kerja
mencari dan memotong batang pohon kelapa. Batang pohon kelapa perlu
dipotong dengan menggunakan gergaji kayu atau chainsaw. Oleh itu ia
melibatkan kos untuk membeli peralatan ini.
b) Sebatang pokok kelapa yang tidak berpotensi lagi perlu ditebang bagi
menyediakan perangkap ini. Walaupun pohon ini boleh didapati secara
percuma tetapi kerja menebang memerlukan teknik yang betul supaya tidak
merosakkan tanaman atau harta benda di sekeliling. Batang pohon kelapa
juga agak berat dan besar untuk diangkut ke lokasi yang sesuai di dalam
ladang. Ini ditambah lagi dengan keadaaan usahawan/petani yang telah
berusia.
c) Ada juga petani yang tidak berkemahiran dalam melaksanakan kerja-kerja
pertukangan. Walaupun struktur pembinaan perangkap organik kelihatan
seperti mudah dan ringkas tetapi bagi mereka yang tidak pernah dan
berminat melakukan kerja-kerja pertukangan ia adalah kerja yang sukar.
d) Pembinaan struktur mengambil masa bagi kerja mengangkat, memotong,
mengetuk dan lain-lain. Secara tidak langsung mengambil masa untuk
menyediakan perangkap organik yang secara konvensional.
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
10
e) Kualiti perangkap organik yang dibina tidak tahan lama dan tidak seragam
(Gambar 9 hingga 11). Ini kerana ia dibina dari kayu dan batang kelapa yang
akan melalui proses pereputan dalam masa tertentu. Pada keadaan lembap
pula akan menyebabkan pertumbuhan kulat/mikroorganisma pada tiang dan
batang perangkap.
Gambar 9 : Contoh model perangkap organik konvensional
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
11
Gambar 10 : Contoh model perangkap organik konvensional
Gambar 11 : Contoh model perangkap organik konvensional
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
12
f) Kebiasaannya tiang perangkap yang dibina ditanam terus ke dalam tanah.
Kerja-kerja pertukangan dibuat di lokasi yang ditetapkan terlebih dahulu.
Perangkap yang telah disediakan sukar dialihkan dari satu lokasi ke lokasi
ladang yang lain. Jika perangkap hendak dipindahkan perlu dirobohkan dan
dibina semula di lokasi baru.
Kesukaran menyediakan Perangkap Organik secara konvensional ini
menyebabkan pengusaha/petani kurang berminat untuk menggunakan
teknik kawalan ini walaupun teknik ini adalah kaedah yang sangat berkesan
dan efisyen bagi mengawal kumbang tanduk di ladang. Tambahan pula
kaedah ini lebih selamat dan mesra alam kerana tiada penggunaan racun
kimia.
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
13
3.0 Keberhasilan Projek – Outcome dan Impak
- Kelebihan Dan Faedah Pelaksanaan Inovasi Bagi Meningkatkan
Kualiti Perkhidmatan
Faedah-faedah yang diperolehi hasil dari pelaksanaan inovasi ini
adalah seperti berikut:
a. Tahan lama, tidak mudah rosak dan mudah dialihkan
Material besi lebih tahan lama berbanding kayu dan batang kelapa.
Oleh itu petani dapat menggunakannya dalam jangka masa yang lama
memandangkan tanaman kelapa merupakan tanaman yang mempunyai
jangka hayat yang panjang sekitar 25 - 30 tahun. Memandangkan
perangkap ini ringan dan tahan lama berbanding perangkap organik
konvensional maka ia juga mudah dialihkan dari satu lokasi ke lokasi
ladang lain (Gambar 12).
Gambar 12 : Struktur POMA
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
14
b. Penjimatan Masa
Tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan perangkap ini.
Tidak memerlukan kemahiran pertukangan. Pengusaha/petani dapat
menumpukan kerja-kerja pengurusan ladang yang lain. Dengan ini
pengeluaran (dari aspek produktiviti dan kualiti) dapat dipertingkatkan.
Kerja menyediakan Perangkap Organik Mudah Alih ini hanya mengambil
masa lebih kurang 10-15 minit sahaja.
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
15
c. Mengurangkan Kos
Pembelian peralatan pertukangan tidak diperlukan. Pengusaha hanya
perlu mengikuti dan memahami manual pemasangan yang disediakan.
Anggaran Kos Perangkap Organik Konvensional Berbanding Perangkap Organik Mudah Alih (POMA)
PERKARA
PERANGKAP ORGANIK
KONVENSIONAL
PERANGKAP
ORGANIK MUDAH ALIH
CATATAN
i. Chainsaw
RM 750.00
ii. Gergaji Kayu
RM 20.00
iii. Paku RM 5.00 (Kos berulang)
iv. Kayu RM 100.00 (Kos berulang)
v. Netting Hitam
RM 20.00 (Kos berulang)
vi. Tukul
RM 15.00
v. Kereta sorang
RM 150.00
vi. Tali RM 30.00
vii. Upah membina
RM 800.00
JUMLAH
RM 1,090.00
RM 800.00
Penjimatan kos = RM 290 / RM 1090 x 100 = 27 %
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
16
d. Peningkatan Kesedaran dan minat tentang Konsep IPM
Pemasangan perangkap organik merupakan salah satu kaedah
kawalan secara fizikal. Galakkan menggunakan perangkap organik ini
secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan racun kimia dan
menjimatkan kos pembelian input bagi program kawalan serangga
perosak. Didapati harga input pertanian seperti racun serangga
meningkat setiap tahun dan peningkatan ini secara tidak langsung
membebankan pengusaha/petani. Kaedah kawalan yang tidak
menggunakan kimia harus diketengahkan dalam usaha mengurangkan
kos projek. Selain itu ia memberi kesedaran kepada petani tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dan kesihatan diri. Tambahan pula
penggunaan racun kimia perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan.
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
17
e. Perangkap yang lebih kemas, menarik dan standard
Struktur perangkap organik ini lebih seragam kerana telah dibuat
dalam bentuk dan saiz yang sama. Rekabentuknya juga lebih kemas
dengan bumbung perangkap yang dibuat daripada netting hitam
(Gambar 13).
Gambar 13: Struktur POMA di petak pemerhatian
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
18
f. Menjimatkan ruang penyimpanan
Struktur perangkap Organik Mudah Alih dibina dalam bentuk rangka
dan plat besi yang boleh dibuka dan dilipat. Oleh itu ia lebih senang
disimpan apabila tidak perlu dan menjimatkan ruang penyimpanan.
4.0 Potensi Pengembangan Projek
Inovasi ini melibatkan pembinaan satu kerangka besi yang dipasang di
kawasan tanaman/ladang kelapa iaitu di Petak Pemerhatian Kawalan Perosak
Kelapa Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Kompleks Pertanian Pulau Gadong,
Melaka. Kerangka besi ini berperanan sebagai tempat pembiakan tiruan
Kumbang Tanduk untuk bertelur dan membiak.
Bidang Utama yang menjadi Tumpuan Inovasi
“ KAWALAN PEROSAK TANAMAN SECARA PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU (IPM)”
Inovasi ini telah bermula dijalankan secara percubaan mulai 2017 dengan
pemasangan perangkap organik di Petak Pemerhatian Kawalan Perosak
Tanaman Kelapa Biosekuriti Tumbuhan, Kompleks Pertanian Pulau Gadong.
Jumlah Kos yang terlibat adalah sebanyak RM 800.00 bagi pembinaan struktur
kerangka besi ini.
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
19
Keadaan selepas pelaksanaan Inovasi
i) Struktur kerangka besi tahan lama, tidak mudah rosak dan mudah
dialihkan.
ii) Menjimatkan masa menyediakan satu perangkap.
iii) Menarik minat dan kesedaran tentang konsep kawalan secara IPM.
iv) Perangkap yang lebih kemas, menarik dan standard
Inovasi ini sesuai digunakan oleh:
a) Penanam kelapa seperti pekebun kecil, pengusaha ladang dan
individu
b) Pengusaha ladang kelapa sawit
c) Nurseri tanaman palma
5.0 Penutup
Pembinaan Perangkap Organik Mudah Alih (POMA) yang mudah ini
dapat membantu petani/usahawan dalam menyelesaikan isu perosak pada
tanaman kelapa dan menarik minat petani/usahawan mengawal perosak
tanpa menggunakan racun perosak semata-mata dan menjaga kelestarian
alam sekitar dari tercemar.
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
20
6. Lampiran
Rekabentuk Komponen Struktur Kerangka Dinding 1m 6 in
2 unit plat 1m
6in
2 unit plat
1 kaki
1 kaki
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
21
Rekabentuk Komponen Struktur Kerangka Tiang
2 unit Besi holo 3.5 kaki tinggi
2 unit
Besi holo 4 kaki tinggi
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA
22
Rekabentuk Komponen Struktur Kerangka Bumbung 4 kaki
4 kaki
Jaring hitam