10
TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN BERCERITA BM TAHAP 1 PERINGKAT DAERAH KANOWIT 2015 MASA KLUE TEKS CATATAN KETIBAAAN VVIP MENGUMUMKAN KETIBAAN, YANG BERUSAHA, PUAN MALSIAH BINTI JAMAL, KETUA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KANOWIT (tunggu sehingga VIP duduk di tempat masing- masing.) (nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Ibu Pertiwiku) MEMPERKENALKA N PARA TETAMU, HAKIM, DAN GURU BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARKAATUH, SELAMAT PAGI DAN SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA. YANG BERUSAHA, PUAN MALSIAH BINTI JAMAL, KETUA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KANOWIT YANG DIHORMATI, ENCIK WILLY JOHNSON, KETUA UNIT, UNIT PENGURUSAN PERKHIDMATAN DAN KEMANUSIAAN, PPD KANOWIT ………………………………………………………….. YANG BERUSAHA, CIKGU JABUT ANAK MINDA GURU BESAR, S.K NANGA JIH. TEKS BERCERITA 2015 S.K Nanga Jih 1

Teks Pengacara Bercerita BM _EDIT

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks pengacara

Citation preview

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN BERCERITA BM TAHAP 1 PERINGKAT DAERAH KANOWIT 2015

MASA

KLUE

TEKS

CATATAN

KETIBAAAN VVIP

MENGUMUMKAN KETIBAAN, YANG BERUSAHA, PUAN MALSIAH BINTI JAMAL, KETUA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KANOWIT

(tunggu sehingga VIP duduk di tempat masing-masing.)

(nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku)

MEMPERKENALKAN PARA TETAMU, HAKIM, DAN GURU

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARKAATUH, SELAMAT PAGI DAN SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA.

YANG BERUSAHA, PUAN MALSIAH BINTI JAMAL, KETUA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KANOWIT

YANG DIHORMATI, ENCIK WILLY JOHNSON, KETUA UNIT, UNIT PENGURUSAN PERKHIDMATAN DAN KEMANUSIAAN, PPD KANOWIT ..

YANG BERUSAHA, CIKGU JABUT ANAK MINDA GURU BESAR, S.K NANGA JIH.

YANG BERUSAHA, ENCIK SOLOMON JILIN, YANG DIPERTUA, PIBG

.

YANG DIHORMATI, GURU-GURU BESAR, GURU-GURU PENGIRING, PARA IBU BAPA, PARA PESERTA, TUAN-TUAN DAN PUAN -PUAN YANG DI KASIHI SEKALIAN.

UCAPAN ALU-ALUAN DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Daun layu di tengah gurun,

Nampak jalur pohon cemara

Tradisi dibawa turun temurun,

Pantun ditutur pembuka bicara

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismilah pembuka kata.

Bersyukur Kita Ke Hadrat Allah Swt Kerana Dengan Keizinannya Dapat Kita Bersama-Sama Memeriahkan Majlis Kita Pada Pagi Ini Iaitu

Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Tahap 1 Peringkat Daerah Kanowit 2015.

Di kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian di Sek. Keb. Nanga Jih.

UCAPAN

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Dan, Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, majlis seterusnya menjemput yang dihormati Cikgu Jabut Minda, Guru Besar SK NG Jih untuk menyampaikan ucapan alu aluan.

Dipersilakan..

Begitulah tadi, ucapan ..

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, majlis seterusnya menjemput yang berusaha Puan Malsiah binti Jamal , Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan dan penangguhan pertandingan bercerita BM Tahap 1 daerah kanowit 2015.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

CENDERAHATI KEPADA HAKIM

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG

Berkebaya batik berwarna merah,

Diserikan dengan permata berlian,

Tibalah masa penyampaian hadiah,

Penerima teruja menunggu giliran.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sesungguhnya pertandingan bercerita pada kali ini bukan sahaja dapat melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan tetapi juga merupakan wadah menggilap bakat dan potensi diri anak-anak agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sahsiah agar mampu menerajui negara kita pada masa akan datang yang selaras dengan 6 Aspirasi Murid dalam PPPM 2013-2025 , iaitu Kemahiran Berfikir.

Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan majlis dengan acara

1. Penyampaian Cenderamata kepada para hakim yang bijaksana lagi adil;

Untuk menyempurnakan majlis, dipersilakan

Cikgu Jabut Anak Minda , Guru Besar, SK Nanga Jih, naik ke atas pentas Dipersilakan

Ketua Hakim Cikgu Daniel William

Hakim ke-2 Cikgu Petrus Kassim

Hakim ke-3 Cikgu Mohamah Saie

Seterusnya, penyampaian sijil kepada guru pengiring sekolah-sekolah yang mengambil bahagian pertandingan. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan ;

Guru Pengiring;

SK . (ikut dalam senarai kehadiran sekolah).

2. Acara seterusnya ialah penyampaian sijil penyertaan kepada . (27) peserta yang beradu nasib dan kemahiran bercerita masing-masing.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Solomon Jilin, Yang Dipertua, PIBG, SK Nanga Jih untuk menyempurnakan majlis.

Dipersilakan (Bawa senarai peserta 27 hingga 11)..

Terima kasih kepada YDP SK Nanga Jih, tadi.

3. Acara seterusnya semakin mendebarkan para hadirin iaitu sepuluh (10) hadiah terbaik hasil daripada pertimbangan para juri.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Cikgu Brian Dana Asong, PK KK, SK Nanga Jih untuk mengiringi, Yang Dihormati, Encik Willy Johnson, Ketua Unit, Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPD KAnowit untunk menyampaiakan hadiah:

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada Ketua Unit. Kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para peserta sebentar tadi

4. Majlis kemuncak pertandingan yang ditunggu-tunggu, iaitu pemenang atau penerima hadiah iaitu

Tempat ke-3

Naib Johan dan

Johan

pertandingan Bercerita BM Tahap 1 Peringkat daerah Kanowit 2015

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang dihormati, Cikgu Jabut anak Minda, Guru Besar, Sk Nanga Jih, untuk mengiringi Yang Berusaha, Puan Malsiah Binti Jamal, Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Majlis mempersilakan.

Tempat ketiga telah berjaya dimenangi oleh adik .. dari Sek. Keb..

Tempat kedua telah berjaya disandang oleh adik .. dari Sek. Keb

Dan, johan pertandingan bercerita tahap satu peringat daerah kanowit telah berjaya dirangkul oleh adik . dari Sek. Keb. .

CENDERAHATI TETAMU JEMPUTAN

Seterusnya, penyampaian cenderahati kepada Tetamu Jemputan.

Sebelum itu, majlis mohon semua VIP ( iaitu Ketua Unit, UPPK, YDP, untuk sama-sama berada di atas pentas.

Dijemput Cikgu Jabut Anak Minda, Guru Besar, SK Nanga Jih untuk menyampaikan cenderahati sebagai kenangan-kenangan majlis kepada Puan Malsiah Binti Jamal, Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit.

(penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan)

UCAPAN PENUTUP

Terima kasih diucapkan kepada.................................................................. atas penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan tahniah juga kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian.

Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah turut serta bagi menyumbang tenaga untuk sama-sama menjayakan Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Kanowit pada kali ini.

sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini

Sebelum kita bersurai, marilah kita sama2 menyanyikan lagu Fly Kenyalang Fly, Fly High.

Hadirin diminta bersedia.

Majlis bersurai dengan Serangkap PANTUN:

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa di tepi perigi

Salam perpisahan untuk semua

Di lain masa bersua lagi

Perhatian kepada para tetamu jemputan, guru pengiring dan peserta untuk tunggu bagi sesi bergambar.

Terima kasih.

TEKS BERCERITA 2015 S.K Nanga Jih

9