36
PERTANDINGAN KAWAT PASUKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH RENDAH

TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

PERTANDINGAN KAWAT PASUKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH RENDAH

Page 2: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

SYARAT PENYERTAAN

Terbuka kepada pasukan-pasukan pakaian seragam di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan badan induk.

Hanya dua pasukan sahaja akan mewakili sesebuah negeri bagi pertandingan peringkat kebangsaan

a) Kategori lelaki b) Kategori perempuan

Page 3: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

PENDAFTARAN

Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut.

Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan.

Page 4: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja.

Setiap peserta diminta membawa salinan sijil kelahiran yang disahkan untuk tujuan penyemakan.

Page 5: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

PAKAIAN

Pakaian ahli pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian kawat atau pakaian rasmi pasukan pakaian seragam yang diwakili.

Untuk pakaian tambahan (aksesori) yang dinilai adalah sarung tangan putih sahaja.

Page 6: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

JANGKA MASA PERSEMBAHAN

Masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan adalah 12 minit sahaja.

Masa pertandingan diambil kira bermula dari hukuman “BUKA BARISAN” sebelum lapor kepada ketua hakim

Page 7: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Pemberian markah bermula apabila platun bergerak masuk ke padang kawat dan berdasarkan persembahan dalam tempoh masa yang ditetapkan

Page 8: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Persembahan terbahagi kepada dua bahagian: Kawat Asas dan Kawat Formasi. Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh kawat asas.

Sekiranya masa persembahan melebihi 12 minit, 5 markah akan dipotong dan perbuatan selepas 12 minit itu tidak lagi diberi markah.

Page 9: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

PELAKSANAAN PERTANDINGAN

BILANGAN ANGGOTABILANGAN ANGGOTA

Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh tidak kurang 31 anggota dan tidak lebih 37 anggota termasuk ketua platun ketika pendaftaran pertandingan.

Semasa pertandingan dijalankan setiap pasukan mestilah dianggotai oleh 31 ahli termasuk ketua platun.

Page 10: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan, 5 markah akan ditolak bagi setiap anggota yang kurang.

Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawat sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawat dijalankan untuk setiap pasukan.

Page 11: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

Pemeriksaan pakaian dijalankan sebelum giliran pasukan yang mengambil bahagian masuk ke padang kawat.

Pemeriksaan pakaian akan dijalankan 15 minit sebelum pasukan membuat persembahan.

Pasukan yang gagal menepati masa untuk pemeriksaan pakaian akan kehilangan seluruh markah pakaian (20 markah).

Page 12: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

4. Hukuman secara statik (hukuman : ke kanan lurus…. pandang depan)

5. Melapor – Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.

6. Tutup Barisan ( hukuman : tutup barisan…..gerak)

Page 13: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

7. Platun diwajibkan melakukan semua pergerakan kawat statik yang berikut : i] Ke kanan lurus….. pandang depanii]Bergerak ke kanan /ke kiri, ke kanan/

ke kiri pusingiii]Bergerak ke kanan/ ke kiri, ke belakang pusingiv]Menghadap ke belakang, ke kanan/ke kiri pusingv]Menghadap ke hadapan …….belakang pusing

Page 14: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

KAWAT ASAS

1. Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawat dalam tiga barisan berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan Ketua Hakim.

2. Kelajuan langkah semasa cepat jalan adalah 120-128 langkah seminit). Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

3. Buka Barisan (hukuman : buka barisan…..gerak)

Page 15: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

8. Hukuman bergerak ke kiri diberi (bergerak ke kiri, kiri

pusing)

9. Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok diberikan). Rujuk Plan Litar Pertandingan.

Page 16: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

10. Semasa melalui para hakim dalam pusingan kedua, tukar langkah perlahan jalan. (hukuman : tukar langkah perlahan, perlahan jalan). Hukuman cepat jalan diberi ketika platun berada di tengah-tengah antara kon C dan kon D.

Page 17: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

11. Semasa melintas ketua hakim dalam pusingan ketiga, hukuman hormat ke kanan di beri (hukuman : hormat, hormat ke kanan ……hormat).

12. Skuad akan berjalan sehingga penanda hijau (rujuk lampiran Plan Litar

Pertandingan), belok kiri dan berhenti di hadapan Ketua Hakim (hukuman : skuad, skuad…..henti).

Page 18: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

13. Ketua Platun memberi hukuman untuk skuad menghadap ke

hadapan.

14. Platun akan mara menghadap (hukuman : skuad akan mara menghadap, dari tengah, cepat…….jalan).

15. Tamat kawat bahagian asas.

Page 19: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

CATATAN (1)

Semasa platun hendak membelok, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman kiri belok.

Semasa kawat asas tiada suara dari anggota platun, hanya hukuman Ketua Platun sahaja (contohnya anggota platun menyebut kiraan masa kiri-kanan semasa berjalan adalah tidak dibenarkan).

Page 20: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Ketua Platun memberi arahan secara statik dan menghadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawat asas. Jika Ketua Platun bergerak bersama anggota, 5 markah ditolak. Semasa mara menghadap Ketua Platun hendaklah masuk ke padang kawat dan mara menghadap bersama anggota platunnya.

Page 21: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Tidak dibenarkan menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan (contoh: tongkat atau wisel).

Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

Page 22: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

PERGERAKAN PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASIMEMBENTUK FORMASI

Sebaik sahaja tamat mara menghadap, platun akan mempersembahkan kawat formasi mengikut kreativiti platun masing-masing.

Semasa persembahan kawat formasi sebarang isyarat atau arahan dari Ketua Platun atau anggota dalam barisan seperti hentak kaki, suara dan alatan tidak dibenarkan. Sekiranya perkara di atas dilakukan, 5 markah akan ditolak.

Page 23: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Setiap formasi mestilah diakhiri dengan kembali ke kedudukan asal dalam tiga barisan di tengah-tengah padang kawat dan tidak berhenti terlalu lama antara satu formasi dengan satu formasi yang berikutnya.

Page 24: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Pergerakan kawat formasi, hendaklah mengandungi pergerakan kawat sahaja. Pergerakan lain seperti pergerakan tatu, tarian, silat dll, tidak dibenarkan.

Setiap platun dikehendaki mempersembahkan empat formasi yang berlainan. Formasi yang diulang pergerakannya dikira sebagai satu formasi.

Page 25: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

PENGHAKIMAN

Hakim terdiri daripada 11 orang ( setiap kategori) yang mewakili lima hingga sembilan badan beruniform yang berbeza. Ketua Hakim dilantik daripada kalangan Pegawai Pendidikan.

Page 26: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Hakim daripada hendaklah terdiri daripada :-

Bahagian Kawat - Jurulatih bertauliah dari agensi di atas.

Bahagian Pakaian - Pegawai Kanan Badan Induk NGO masing-masing.

Page 27: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Hakim-hakim yang dilantik oleh pihak penganjur mestilah mendapat pengesahan daripada Kementerian Pendidikan (peringkat Kebangsaan), Jabatan Pendidikan Negeri (peringkat Negeri dan Zon )

Page 28: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

Sekiranya berlaku persamaan markah di antara pasukan-pasukan markah kawat dinamik akan menjadi penentu. Jika markah sama juga markah kawat statik akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira.

Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian) ketika kawat statik atau kawat dinamik atau kawat formasi dijalankan akan ditolak satu markah untuk satuitem.

Keputusan hakim adalah muktamad.

Page 29: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

PERMARKAHANPERMARKAHAN KETUA KETUA PLATUNPLATUN

Permarkahan Ketua Platun diambil dari kawat asas dan diadili oleh Hakim yang berasingan .

(contoh Hakim pertandingan kawat pasukan oleh 5 hakim. Hakim untuk Ketua Platun oleh 3 Hakim yang berasingan)

Page 30: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

PERINGKAT PERTANDINGANPERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan pada empat peringkat:

i. Peringkat Sekolah

ii. Peringkat Daerah / Zon

iii.Peringkat Negeri

iv.Peringkat Kebangsaan

Page 31: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

PEMARKAHAN

a) Persediaan 20 markah

i. Pakaian Asas 7 markahii. Kekemasan diri

dan pakaian 10 markah

iii. Kelengkapan Tambahan (aksesori) 3 markah

Page 32: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

b) Kawat Asas 121 markah

i. Masuk padang kawat 18 markahii. Melapor 15 markahiii. Kawat Statik 18 markahiv. Kawat Dinamik 39 markahv. Melapor Keluar 21 markah

Page 33: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

c) Kawat Formasi 108 markah

i. Kreativiti 36 markahii. Kemantapan 36

markahiii. Dinamik 36 markah

MARKAH PENUH MARKAH PENUH 239 markah 239 markah

Page 34: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

CATATAN (2)

Platun-platun yang bertanding di Peringkat Negeri dan Kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama.

Page 35: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

LAMPIRANLAMPIRAN

1. BORANG MARKAH– Sekolah Rendah

2. Plan Litar Pertandingan Kawat –Sekolah Rendah

Page 36: TKRS SK Kawat Kaki 1 2015

SEKIAN. TERIMA KASIH