Perkara : SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS Tajuk : TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ Nama : SYARINA BINTI ISMAIL Nombor kad pengenalan : 900617-14- 5034 Nombor pusat : [ Isikan ] Nombor angka giliran : [ Isikan ] Sekolah : SEKOLAH SERI PUTERI, PESIARAN TASIK,
CYBERJAYA, 63000 SELANGOR. Guru penilai : EN. RIDZUAN BIN HASAN Skor :
Elemen Gred Elemen Markah
Mengumpul fakta sejarah
Merekod fakta sejarah
Nilai dan patriotisme
Jumlah Markah
Gred Keseluruhan
Tahap Pencapaian
ELEMEN 1
MENGUMPUL FAKTA
SEJARAH
Senarai Sumber
i. Buku Ilmiah - Nama Pengarang : Ramlah Adam - Tahun terbit : 2004 - Judul Buku : Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra - Tempat terbit : Kuala Lumpur - Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka ii. Melawat Tempat kajian - Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. iii. Internet - http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm iv. VCD - Tajuk : Merdeka For Malaya - Terbitan : Filem Negara Malaysia
Senarai Semak
Bil Sumber Catatan i Buku ilmiah ii Jurnal iii Akhbar iv Majalah v Orang sumber vi Melawat tempat kajian vii Internet viii Televisyen ix Radio x VCD/DVD
SKOR A
Tandatangan Guru Penilai
.
MELAWAT TEMPAT KAJIAN
Pamflet yang diperoleh dari Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Contoh kandungan pamflet
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
LATAR BELAKANG
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istemewa di sebalik kejayaannya. Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai.
Tunku dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga (Istana Kota Lama) Alor Setar, Kedah. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja . Beliau merupakan putera ke-6 dari isteri kedua atau yang ke-24 bagi ayahnya. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid, menaiki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun 1943.Ibunya pula, Che Manjalara, berketurunan Siam dan Burma dan menukar namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam. Tunku telah berkahwin pada tahun 1939 dengan isterinya Sharifah
Rodziah binti Syed Alwi Barakbah. Kedua-duanya merupakan tokoh kebanggaan negara.
ke atas
PENDIDIKAN AWAL
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu, Alor Star kemudiannya ke Sekolah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar) Kedah. Ketika berusia lapan tahun beliau mengikuti abangnya ke Bangkok dan meneruskan pangajiannya di sana. Pada tahun 1915, beliau meneruskan pengajiannya di Penang Tree School.Selepas itu, ke St. Catherine College, Universiti Cambridge Euntuk belajar undang-undang dan kemudiannya balik ke Tanah Melayu pada tahun 1925 setelah menamatkan pelajarannya. Tunku mendapaijazah B.A dalam sastera. Beliau kembali ke England untuk menyambung pelajarannya dalam bidang Undang-undang di Inner Temple, England pada tahun 1938. namun pengajiannya terbantut apabila Perang Dunia Kedua meletus. Demi menyempurnakan hasratnya menjadi peguam maka pada tahun 1947, beliau sekali lagi ke England bagi melanjutkan pelajarannya dalam pengajian undang-undang di Cambridge Universiti dan ditauliahkan pada tahun 1949.
ngland
t
ke atas
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
KEPERIBADIAN
Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya diatasi dengan cekal dan tabah. Bapa Perpaduan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa. Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi. Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah. Beliau sentiasa prihatin terhadap insan lain seperti
memperbaiki mutu kesihatan penduduk-penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela nasib pemandu-pemandu teksi di Sungai Patani. Beliau juga sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika yang dilanda perang saudara 1961. Beliau berusaha menyatu padu rakyat berbilang kaum dalam usaha menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga berusaha meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara. Beliau turut dikenali sebagai Bapa Keamanan dan Perpaduan. Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu Rundingan Baling membolehkan negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh komunis. Kegigihan, keberanian dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah. Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masanya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka.
ke atas
PENGLIBATAN DALAM SUKAN
Beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam sukan. Mempunyai banyak hobi termasuk menunggang kuda, memancing ikan dan memasak. Meminati bidang sukan sejak kecil terutama menunggang kuda dan bermain golf. Bola sepak merupakan bidang yang paling diminati. Pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu, Bola Sepak Selangor dan Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 14 Febuari, 1954.
ke atas
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
KERJAYA
Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957. Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau pernah memegang beberapa jawatan lain. Kerjayanya bermula pada 10 Disember 1931 apabila beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang Terap, Kuala Nerang, Sungai Petani dan Kulim, Kedah. 1940, Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah. 1943 pula, beliau telah dilantik menjadi Penyelia Pelajaran Kedah. Tunku juga pernah bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur. Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Penglibatan beliau dalam bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.
ke atas
SUMBANGAN DALAM PENULISAN
Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik perhatian orang ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara, ketika berumur 85 tahun, beliau masih bergiat cergas malah semakin aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star. Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975, Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah menghasilkan buku beliau yang pertama iaitu May 13, Before and After . Selepas itu, beliau meneruskan penulisannya dalam akhbar The Star melalui ruangan baru iaitu As I See It. Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkenaan masyarakat dan insiden-insiden politik yang berlaku pada zaman beliau. Beliau turut menghasilkan
Viewpoints (1970), Looking Back (!977), As Matter of Interest (1981), Something to Remember (1983), Less We Forget dan Contemporary Issuus in Malaysian Politics (1984), Challenging Times (1986) dan Political Awakening (1986). Semua hasil tersebut adalah tentang isu-isu semasa.
ke atas
SUMBANGAN DALAM KESENIAN
Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan. Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969, beliau telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia. Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu Mahsuri, Raja Bersiung dan Sumpahan Mahsuri. Filem Raja Bersiung merupakan antara filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung Tugu Peringatan Rosli Dhobie.
ke atas
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
alaysia
SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA
Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South East Asian States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina, dan Negara Thai. Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Filipina dan Malaysia dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Mmenghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan. Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan
apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina, 3 Jun 1966 . Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah.
ke atas
SUMBANGAN DALAM PERKEMBANGAN ISLAM
Tunku telah banyak memberi sterhadap perkembangan Islam di negakita malah mengharumkan ndi persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran. Menjadi Presiden PertIslam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960. Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya, beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan
Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiPERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra. Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yangmemasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan Persatuan Bangsa-banBersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai 4,500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 19East Asia and The Pacific (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan Negara-negarIslam. Atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan, beliau mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari ASaudi pada tahun yang sama.
umbangan ra
ama negara
ubuhan Kebajikan
yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam.
aan yang tulen. Beliau telah membenarkan
gsa
80, beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for South a
rab
ke atas
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
KEJAYAAN TUNKU
Rakyat menyanjung tinggi Tunku kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan rakyat. Sebelum mencapai kemerdekaan, Tunku sudah yakin bahawa beliau perlu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan menyatupadukan rakyat. Ini menyebabkan rakyat berasa terhutang budi dan mengaguminya. Setelah dilantik menjadi presiden UMNO, beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Tetapi, cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah untuk menyatupadukan parti-parti kaum yang lain bagi mencapai tujuan ini. Oleh itu, dia membentuk Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO-MCA. Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan memenangi Pilihan
Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian MIC untuk menyertai gabungan ini. Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar bagi Tunku Abdul Rahman. Parti Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada kerajaan British bahawa tanah air kita yang terdiri daripada berbilang kaum sudah sedia untuk merdeka. Tunku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan majoriti. Beliau membuat lawatan ke hampir seluruh Tanah Melayu tanpa mengira penat dan lelah. Akhirnya beliau berjaya melepasi rintangan ini dengan memenangi pilihan raya itu. Beliau seterusnya mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan. Selepas kejayaan ini, beliau mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia, terutamanya media massa. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei bagi membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia. Idea tersebut mendapat sokongan dari negara-negara tersebut kecuali Brunei. Pada 6 Januari 1962, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi dan pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. Akhirnya Malaysia dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
ke atasANUGERAH
Pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau daripada universiti-universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Sydney, Universiti Araneta dan Universiti India. Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford, England pada tahun 1970, Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Cambridge (1970) dan Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of Songkhla, Thailand (1977). Beliau juga menerima penghormatan dalam bentuk pangkat dan darjah-darjah kebesaran sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Ini termasuklah pangkat-pangkat seperti Order of Istiqqlal, Maghribi pada tahun 1957, Darjah Utama Negeri Kedah pada tahun 1958, Order of Kim Khanh, Vietnam (1958), Seri Paduka Mahkota Brunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of the Order of the Crown dari Belgium Order of Sikatuna dari Filipina (1959), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Kelas Pertama), Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960), Knight Grang Cross of the Most
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
Illustrios Order of Chula Chom Kla (1962), Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) dan Grand Cross of the Royal Order of Sahametrai dari Kemboja.
as
o dari Thailand
ke at
PERGINYA SEORANG WIRA BANGSA
Pada 6 Disember 1990, Tunku menghembus nafasnya yang terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pihak kerajaan telah mengiktiraf Istiadat Pengebumian Negara kepada beliau. Pada 7 Disember 1970, jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Selepas itu, jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar, Sungai Besi. Setibanya di sana,
jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar, Alor Setasebelum di
r bumian. Pemergiannya
eh rakyat Malaysia. usung menuju makam diraja untuk menjalani istiadat penge
merupakan suatu kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang ol
ke atas
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm
MERDEKA FOR MALAYA
Terbitan
FILEM NEGARA MALAYSIA
ELEMEN 2
MEREKOD FAKTA
SEJARAH
TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL-HAJ
Senarai Semak
eBil P rkara Catatan 1 Tajuk 2 Senara andungan i K 3 Pengha aan rg 4 Objekt Kajian
if
5 Kaedah ajian K 6 Lapora kajian
n
7 Rumus an 8 Lampir n
a
9 Rujuka n SKOR A
Tandatangan Guru Penilai
.
SENARAI KANDUNGAN
Bil Perkara Perkara Halaman Halaman
1 Tajuk 1
2 Senarai Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Objektif Kajian 4
5 Kaedah Kajian 5
6 Laporan kajian
Nama tokoh
Biodata dan latar belakang tokoh
Kejayaan tokoh
Sumbangan tokoh
Sifat-sifat istimewa tokoh
6
6
9
10
15
7 Rumusan 16
8 Lampiran 17
9 Rujukan 21
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja
Kursus Sejarah 21/2 dalam jangkamasa yang ditetapkan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua
ibu bapa saya En. Ismail bin Mohd Kassim dan Pn. Johara binti Abdul Wahab yang telah
banyak memberi bimbingan, sokongan moral dan bantuan kewangan bagi membolehkan saya
melaksanakan tugasan ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru Sejarah saya iaitu En Ridzuan bin
Hassan yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk mendapatkan maklumat dan
menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Sekolah Seri Puteri dan Perpustakaan
Negara Malaysia yang telah menyediakan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku ilmiah,
jurnal, majalah serta kemudahan internet.
Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran Memorial Tunku Abdul Rahman kerana
membenarkan saya mendapatkan maklumat tentang tokoh yang saya kaji.
Akhir sekali penghargaan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia kerana
memberi saya peluang untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat sejarah
dan menghasilkan satu hasil kajian ilmiah.
SYARINA BINTI ISMAIL
Tingkatan 3 Pintar,
Sekolah Seri Puteri,
Cyberjaya, 63000 Selangor.
3
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif menjalankan kajian bagi Kerja Kursus Sejarah 21/2 dapat dibahagikan kepada
objektif am dan objektif khusus.
Objektif amnya adalah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini
akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan
tepat.
Manakala objektif khususnya pula bertujuan untuk mengenali tokoh sejarah tanah air
dengan lebih dekat lagi. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui latar belakang tokoh,
sumbangannya kepada masyarakat dan negara serta perjuangan beliau dalam menuntut
kemerdekaan. Hal ini menyedarkan saya untuk menghargai tokoh tanah air serta menginsafi
akan kepayahan perjuangan tokoh ini dalam mendapatkan kemerdekaan tanah air. Secara tidak
langsung saya akan lebih menghargai kemerdekaan negara dan menjadi warganegara yang
lebih patriotik.
4
KAEDAH KAJIAN
Kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah penyelidikan di
perpustakaan, menganalisis dokumen, melayari internet, menonton audio visual (VCD) dan
rancangan televisyen pendidikan serta melawat Memorial Tunku Abdul Rahman.
Penyelidikan dijalankan dengan merujuk kepada buku-buku, jurnal dan majalah
berbentuk ilmiah di perpustakaan Sekolah Seri Puteri dan di Perpustakaan Negara.
Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang tokoh yang
dikaji. Alamat laman web yang dilayari dicatatkan di bahagian rujukan. Bahan yang dimuat
turun dari laman web telah disertakan sebagai salah satu daripada media kajian.
Selain itu, saya juga telah membuat catatan setelah menonton cakera padat bertajuk
MERDEKA FOR MALAYA hasil terbitan Filem Negara Malaysia dan siaran Televisyen
Pendidikan bertajuk ASEAN.
Akhir sekali saya telah melawat Memorial Tunku Abdul Rahman di Jalan Dato Onn,
50480 Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat tentang tokoh yang tidak terdapat dalam
buku-buku ilmiah.
5
LAPORAN KAJIAN Nama Tokoh Nama sebenar Tunku ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Syah. Nama gelaran Tunku di kalangan saudara-mara ialah Tunku Putera. Tunku
dipanggil Awang oleh ibu dan adik-beradiknya kerana keadaan fizikal beliau agak berbeza
daripada saudara-maranya yang lain. Kulitnya agak gelap dan parasnya tidaklah berapa kacak.
Manakala di kalangan rakyat Malaysia beliau digelar sebagai Bapa Kemerdekaan.
Biodata Dan Latar Belakang Tokoh
Tunku dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga (Istana Kota Lama) Alor Setar,
Kedah. Tunku merupakan putera ke-6 dari isteri kedua atau yang ke-24 bagi ayahandanya.
Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid, menaiki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun
1943. Ibunya pula, Che Manjalara, berketurunan Siam dan Burma dan menukar namanya
kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.
Perkahwinan Tunku yang pertama dengan Meriam iaitu wanita berketurunan Cina-Siam. Isteri
kedua Tunku ialah Violet Coulson yang berketurunan Inggeris. Manakala Sharifah Rodziah Binti
Syed Alwi Barakbah merupakan isteri ketiga. Tunku dikurniakan tujuh orang anak iaitu;
Tengku Khatijah, Tengku Ahmad Nerang, Syed Abdullah, Syed Omar, Tunku Mariam, Tunku
Suleiman, Tunku Faridah, dan Tunku Noor. Sifat istimewa Tunku ialah penyayang, kuat bekerja,
berfalsafah, dan berdaya maju. Jika ada masa lapang hobi Tunku diisi dengan bermain bola
sepak.
6
Perginya Seorang Wira Bangsa
Pada 6 Disember 1990, Tunku menghembus nafasnya yang terakhir pada usia 87 tahun di
Hospital Besar Kuala Lumpur. Pihak kerajaan telah mengiktiraf Istiadat Pengebumian Negara
kepada Tunku. Pada 7 Disember 1990, jenazah Tunku telah diberi penghormatan terakhir oleh
orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Jenazah Tunku
dikebumikan di Makam Diraja Langgar, Kedah. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan
yang besar dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.
Pendidikan
Semasa berumur empat tahun, Tunku Abdul Rahman dihantar ke sekolah untuk mempelajari
Bahasa Melayu pada sebelah pagi dan Bahasa Inggeris pada sebelah petang. Setahun kemudian
beliau dihantar ke Government English School yang kemudiannya dikenali sebagai Sekolah
Sultan Abdul Hamid , Alor Setar, Kedah. Di sebelah petang beliau menghadiri kelas mengaji Al-
Quran. Seterusnya beliau dihantar belajar ke Debsirindir School di Bangkok. Pada tahun 1916
sewaktu berumur 12 tahun, beliau memasuki Penang Free School di Pulau Pinang. Beliau lulus
darjah tujuh dan dikurniai biasiswa kerajaan Negeri Kedah untuk belajar di Cambridge, England
bagi peperiksaan memasuki universiti.
Tunku merupakan putera raja yang pertama menerima biasiswa kerajaan Negeri Kedah.
Pada Disember 1919, Tunku yang berusia 16 tahun telah berangkat ke England untuk
melanjutkan pelajaran. Selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (B.A.) daripada St.
Catherine`s College, Cambridge pada tahun 1925, Tunku kembali ke Tanah Melayu. Pada awal
tahun 1927, Tunku melanjutkan pelajaran semula ke London untuk mengambil kursus ilmu
undang-undang dan lulus pada tahun 1930.
7
Pada tahun 1948, beliau lulus ilmu undang-undang daripada Inner Temple, London. Beliau
merupakan penuntut pertama dari luar negara yang diiktiraf oleh universiti tersebut sebagai
peguam. Tunku diberikan penghormatan untuk berucap di Inner Temple kerana beliau telah
mendapat kepujian kelas pertama. Tunku ialah anak Melayu pertama berjaya memperoleh ijazah
undang-undang daripada sebuah universiti termasyhur di dunia.
Kejayaan Tunku menjadi inspirasi kepada anak-anak Melayu seterusnya. Oleh itu lebih
ramai anak Melayu yang pergi ke England untuk belajar ilmu undang-undang. Antaranya ialah
Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan Agong yang pertama), Dato` Nik Ahmad Kamil dan
Hakim Dato Abdul Hamid.
Pekerjaan Pada tahun 1930 Tunku Abdul Rahman pulang ke tanah air. Tunku telah menyertai
Perkhidmatan Awam Kedah sebagai seorang Kadet di Pejabat Penasihat Undang-undang.
Semasa menjadi kadet Tunku telah membantah tindakan kerajaan British yang ingin menyatukan
perkhidmatan kastam di seluruh negeri Melayu dan Negeri Selat. Tindakan ini akan
menyebabkan negeri Kedah tidak mempunyai kuasa untuk mengutip wang cukai barang-barang
masuk dan keluar.
Beliau ditukarkan ke Kulim sebagai Penolong Pegawai Daerah dan seterusnya ke Kuala
Nerang sebagai Pegawai Daerah. Tunku juga dilantik memegang jawatan Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am (A.R.P) pada tahun 1940. Beliau melancarkan Operasi
Menyimpan Padi dan mengarahkan orang kampung membuat jelapang padi bagi mengelakkan
kekurangan makanan. Tindakan ini menyebabkan Kedah tidak keputusan bekalan makanan
apabila tentera Jepun menyerang Kedah semasa Perang Dunia Kedua.
Semasa pemerintahan Jepun, Tunku diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran Negeri
Kedah. Pada tahun 1948, setelah menamatkan pengajiannya dalam jurusan undang-undang,
Tunku dilantik sebagai Pendakwaraya dalam Perkhidmatan Kehakiman di Kuala Lumpur.
8
Kejayaan Tokoh
Tunku Abdul Rahman menerima penghormatan dalam bentuk pangkat dan darjah-darjah
kebesaran sama ada dari dalam mahupun luar negara. Ini termasuklah darjah-darjah kebesaran
seperti Order of Istiqlal, Maghribi pada tahun 1957, darjah Utama Negeri Kedah pada tahun
1958, Order of Kim Khanh, Vietnam (1958), Seri Paduka Mahkota Brunei (S.P.M.B) dan
Grand Cross of the Order of the Crown dari Belgium, Order of Sikatuna dari Filipina (1959),
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Kelas Pertama), Anugerah Ramon Magsaysay dari
Filipina (1960), Knight Grang Cross of the Most Illustrios Order of Chula Chom Klao dari
Thailand (1962), Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) dan Grand Cross of the
Royal Order of Sahametrai dari Kemboja. Pelbagai anugerah juga telah diterima oleh Tunku
daripada universiti-universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Sydney, Universiti Araneta
dan Universiti India. Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti
Oxford, England pada tahun 1970, Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang daripada
Universiti Cambridge (1970) dan Ijazah kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of
Songkla, Thailand (1977).
Pada tahun 1981, Tunku menerima anugerah International Sports Awards dari
Akademi Sukan Amerika Syarikat, anugerah The Replica of Dhul Faqar daripada Al-Malik
Faisal (1983), The Outstanding Malaysian of The Year dan The Honorary Citizens of
London . Di samping itu Tunku juga menerima Honorary Doctorate In Law daripada
Universiti of Oxford.
9
Sumbangan Tokoh
Dunia Politik Tempatan
Tunku Abdul Rahman telah bergiat cergas dalam Syarikat Bekerjasama Am Saiburi
(SABERKAS). SABERKAS adalah singkatan kepada Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa
Siam. Maksud sebenarnya ialah Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala.
Zaman pemerintahan Jepun telah melahirkan semangat kebangsaan di jiwa Tunku. Setelah
Jepun menyerah kalah beliau menyertai Kesatuan Melayu Kedah. Tunku menghadiri Kongres
Melayu Se-Malaya yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada
tahun 1949, Tunku dilantik menjadi Pengerusi UMNO Bahagian Kedah.
Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik sebagai peneraju UMNO menggantikan
Dato` Onn bin Jaafar yang telah keluar daripada pertubuhan tersebut. Pelantikan Tunku
sebagai Presiden UMNO yang kedua dilakukan pada 26 Ogos 1951 semasa Persidangan
Agung UMNO yang ke-6 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Sebagai seorang yang berkarisma
Tunku berjaya memimpin UMNO menjadi parti terunggul di Tanah Melayu pada masa itu.
Tunku memegang jawatan tersebut selama 20 tahun, beliau berjanji akan berusaha
mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Kejayaan Tunku sebagai pemimpin dapat dilihat apabila UMNO dan MCA bergabung
dan memenangi pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur. Gabungan yang lebih dikenali
sebagai Perikatan itu mendapat restu Tunku.
Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sir
Donald Mac Gallivary menjemput Tunku untuk menubuhkan sebuah jemaah menteri atau
kabinet pada 31 Julai 1955. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri bagi Persekutuan Tanah
Melayu.
10
Tunku Abdul Rahman telah berucap buat pertama kalinya sebagai Ketua Menteri
kepada penduduk Tanah Melayu menerusi Radio Malaya pada 9 Ogos 1955. Dalam
ucapannya, Tunku menekankan isu keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara. Ucapan
tersebut telah membuktikan ketegasan beliau untuk terus berjuang sehingga Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan.
Berkat usaha Tunku Abdul Rahman dan ahli kabinetnya, kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu telah dicapai pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
Pada September 1963, Tunku telah menjadi bapa kepada sebuah lagi negara baru
yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Apabila Malaysia dibentuk
pada 16 September 1963, Tunku kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden
UMNO pada tahun 1971.
Dunia Politik Antarabangsa
Di peringkat antarabangsa Tunku Abdul Rahman telah memulakan penubuhan
Association Of South East Asia (ASA) pada tahun 1961 menggabungkan Tanah Melayu,
Thailand dan Fillipina. Usaha ini dihasratkan dapat membentuk kerjasama dalam bidang
perdagangan, pelajaran, pertanian dan perusahaan
Tunku juga telah mencadangkan pembentukan MAPHILINDO iaitu kerjasama antara
negara Malaysia, Fillipina dan Indonesia. Walau bagaimanapun MAPHILINDO gagal apabila
Indonesia menyerang Malaysia dalam peristiwa Konfrontasi mulai tahun 1963. Tunku
membawa Malaysia menyertai ASEAN yang ditubuh dengan rasminya pada 8 Ogos 1967 di
Bangkok, Thailand. Antara negara yang menyertai ASEAN ialah Malaysia, Fillipina,
Indonesia, Singapura dan Thailand. ASEAN bertujuan mengadakan kerjasama dalam bidang
ekonomi, kemajuan sosial dan kebudayaan serantau.
11
Tunku Abdul Rahman mengambil langkah yang bijak untuk menyertai Komanwel.
Hasil daripada penyertaan ini, perjanjian pertahanan dimeterai dengan Britain, Australia dan
New Zealand bagi membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Kerajaan British juga
mengenakan cukai yang rendah kepada barangan dari Malaysia.
Malaysia juga menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas
kemerdekaan. Sebagai ahli PBB Tunku memainkan peranan penting untuk memastikan suara
Malaysia didengari. Oleh itu Tunku menegaskan supaya keamanan sejagat diambil kira. Pada
tahun 1960, sebagai pemimpin negara, Tunku mengarahkan misi tentera pengaman Malaysia
ke Congo untuk meredakan peperangan di negara itu. Tunku juga menentang dasar Apartheid
di Afrika Selatan.
Tunku telah merayu supaya menubuhkan Kesatuan Negara-Negara Islam atau Komanwel
Negara-Negara Islam semasa berucap selepas solat sunat Hari Raya di Masjid Woking di
London. Perkara yang sama diajukan sekali lagi semasa Persidangan Kemuncak Negara-Negara
Islam di Rabat, Maghribi. Hasrat beliau tercapai dan Tunku telah dilantik sebagai Setiausaha
Agung Pertama Komanwel Negara-negara Islam. Hasil daripada itu Sekretariat Islam
ditubuhkan. Cadangan Tunku untuk meningkatkan taraf dunia Islam mendapat sambutan dan
Bank Pembangunan Islam ditubuhkan supaya negara-negara Islam yang kaya dapat membantu
negara Islam yang miskin terutama dalam hal perdagangan dan pelaburan.
Tunku dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya pada tahun 1962 dan menjadi Presiden
Pertama PERKIM pada November 1982. Beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Kehormat OIC.
Sumbangan Dalam Perkembangan Islam
Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita malah
mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam
penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran.
Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960.
12
Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya, beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah
pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam.
Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja
yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan Persatuan
Bangsa-bangsa Bersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai 4,500 orang pelarian di
Pengkalan Chepa dan Cherating.
Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for
South East Asia and The Pacific (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan
Negara-negara Islam. Atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan, beliau mendapat
penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-
Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama.
Penglibatan Dalam Sukan
Dalam bidang sukan pula, Tunku dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak
Kedah. Kemudian beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu, Presiden
Persatuan Bola Sepak Selangor dan Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 14
Februari 1954. Pada 29 Mei 1958 beliau dilantik sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia
di Tokyo.
Sumbangan Dalam Penulisan
Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Walaupun pada masa Tunku bersara, ketika
berumur 85 tahun, beliau masih bergiat cergas malah semakin aktif dalam bidang penulisan
seperti ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star. Sepanjang 16 September
1974 sehingga 16 Ogos 1975, Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan
Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah menghasilkan buku beliau yang pertama iaitu
May 13, Before and After .
13
Selepas itu, beliau meneruskan penulisannya dalam akhbar The Star melalui ruangan baru iaitu
As I See It. Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkenaan masyarakat
dan insiden-insiden politik yang berlaku pada zaman beliau. Beliau turut menghasilkan
Viewpoints (1970), Looking Back (1977), As Matter of Interest (1981), Something to
Remember (1983), Less We Forget dan Contemporary Issues in Malaysian Politics (1984),
Challenging Times (1986) dan Political Awakening (1986).
Sumbangan Dalam Kesenian
Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara. Sebelum menjadi Perdana
Menteri, beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan. Pada 27 Ogos
hingga 30 Ogos 1969, beliau telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik
Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia.
Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu Mahsuri, Raja
Bersiung dan Sumpahan Mahsuri. Filem Raja Bersiung merupakan antara filem Melayu
pertama yang berwarna di Malaysia.
14
Sifat-sifat Istimewa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen dan
berjiwa rakyat. Tunku antara pemimpin yang menyahut permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) untuk menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo yang dilanda
peperangan saudara. Beliau juga membangunkan rumah untuk membantu mangsa `Kereta Api
Maut` dan anak-anak yatim semasa pemerintahan Jepun.
Tunku Abdul Rahman ialah seorang insan yang berperikemanusiaan serta ikhlas dan
sewajarnya dikenang oleh rakyat kerana memberi keizinan kepada PERKIM Kedah Darul Aman
menggunakan sebidang tanah kepunyaannya di kawasan Perbandaran Kota Setar, Alor Setar,
Kedah. Di atas sebidang tanah inilah didirikan bangunan rumah pemulihan anak-anak yatim dan
warga tua yang dinamakan Darul Aitam Wal Miskin.
Tunku sering membantu rakyat miskin yang datang memohon bantuan kewangan, biasiswa
pelajaran, perubatan dan pekerjaan. Kedudukan yang tinggi bukan penghalang untuk
memisahkan beliau dengan rakyat.
Tunku juga merupakan seorang yang cinta akan perpaduan dan perdamaian. Baginya
kemerdekaan negara harus dicapai dengan cara yang aman. Beliau pernah berkata:
Kita percaya kepada kedamaian, objektif kita ialah menegakkan prinsip hak asasi manusia,
mengenengahkan kepandaian, untuk membangun, memelihara dan menegakkan kebebasan untuk
berfikir
Sifat cinta akan perdamaian dan kesederhanaan inilah yang sentiasa diamalkan oleh Tunku
Abdul Rahman sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
15
RUMUSAN Saya sangat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 21/2 dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Dalam melaksanakan kerja kursus ini banyak pengetahuan dan
nilai yang telah saya pelajari.
Saya mendapat pengetahuan tentang kehebatan perjuangan seorang tokoh dalam
mendapatkan kemerdekaan negara kita Malaysia. Kini saya faham bukanlah mudah untuk
mendapatkan kemerdekaan bagi sesebuah negara yang telah dijajah. Oleh itu sebagai generasi
yang hidup pada zaman merdeka ini, saya mesti menghargai nikmat kemerdekaan dan kebebasan
yang dikecapi dan pada masa yang sama berusaha untuk mempertahankan kemerdekaan ini.
Saya juga mendapat pengetahuan bagaimana seorang tokoh yang mempunyai ciri-ciri
karisma dan bersemangat waja dapat mempengaruhi rakyat untuk mengubah status sebuah
negara daripada negara yang dijajah kepada negara yang merdeka. Peranan yang dimainkan oleh
tokoh ini sebelum kemerdekaan haruslah dihargai oleh rakyat dan negara. Kemerdekaan boleh
dicapai melalui cara berdiplomasi dan tidak semestinya dicapai dengan peperangan. Ini
bermakna penyelesaian kepada semua masalah boleh dicapai secara aman. Keganasan bukanlah
cara untuk menyelesaikan perbalahan atau pertelingkahan.
Selain pengetahuan, saya dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan dan kerjasama antara
rakan semasa menjalankan kerja kursus ini. Menghasilkan kerja kursus sejarah telah memberi
peluang kepada saya menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul
serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Kini, saya telah mengenali erti tidak berputus asa
dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
16
LAMPIRAN Buku-buku yang ditulis tentang Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Tahun Tajuk
1957 The Architect Of Merdeka: Tengku Abdul Rahman
1959 Prince and Premier: A Biography Of Tunku Abdul Rahman Putra First
Prime Minister Of Federation Of Malaya
1963 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj: Prime Minister Of The Federation Of
Malaya
1963 Tribute to Tunku Abdul Rahman
1978 Viewpoints Tunku Abdul Rahman (First Prime Minister Of Malaysia)
1979 The Prince And I
1979 Sudut Pandangan : Tunku Abdul Rahman ( Perdana Menteri Malaysia
Pertama)
1981 As a Matter Of Interest
1983 Something To Remember
1984 Tunku: A Pictorial Biography 1903-1957
1984 Tunku: A Pictorial Biography 1957-1987
1986 Political Awakening
1990 Of Political Bondage
1991 Tunku-Idealisme Dalam Kenangan
1995 Tunku His Life And Times: The Authorized Biography Of Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj
2002 K. Das And The Tunku Tapes
2003 Kenangan Tunku
2003 Siri Tokoh Pejuang Negara: Tunku Abdul Rahman
2003 Bibliografi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
17
Madah seorang negarawan
Kalau kita berbuat sesuatau yang bertentangan dengan kepentingan rakyat, kami bukan sahaja berdosa kepada bangsa tetapi kepada Tuhan.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Berucap sempena lawatannya ke Kedah
pada 21 April 1967
Ucapan Tunku Abdul Rahman
Our struggle has an outstanding feature uncommon to any other country.Here people of various communities, Malays, Chinese, Indians and others, are all united with one voice MERDEKA and have a common understanding. We thank God for all this.Our negotiations
London were conduvted with sincerity.I went to England to settle four big quwstions-in
financial control, Internal security, Malayannisation and Independent constitutional commission. We agree to the setting up of such commission to prepare and draft a cobstitution for an independent Malaya.Most important we got the British Government to agree that Malaya will declare her independence on 31 st August 1957.
Tunku Abdul Rahman mengetuai Rombongan Merdeka ke London pada tahun 1956
18
Tunku bersama keluarga
Tunku semasa menandatangani perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia.
19
Sebahagian daripada keratan akhbar mengenai Tunku
Koleksi gambar Tunku semasa kempen Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
20
RUJUKAN
Buku Ilmiah Ramlah Adam, 2004, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka Ramlah Adam, 2001 Kepimpinan Tunku Abdul Rahman : Satu Pandangan Awal dalam buku Jendela Masa Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato` Khoo Kay Kim 2001, Kuala Lumpur : Universiti Malaya Press. Laman Web Tunku Abdul Rahman, http://web.fsksm.utm.my/~smkpsi/Abdul_Rahman.htm Tunku Abdul Rahman Putra ,http://www.pfsalumni.org.my/association/past1.hrm Tunku Abdul Rahman,http://www.pmo.gov.my/wedsite/webdb.httm Tunku Abdul Rahman Putra Hamid,http://www.mykedah.com/e_20hall_fame/e201a_1.htm Tunku Abdul Rahman : http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/tokoh/wiraku.htm Rancangan Televisyen Darurat:Pertemuan Baling Bahagian 1, 14 Februari 2005, 11.00 pagi, Rancangan TV Pendidikan Darurat:Pertemuan Baling Bahagian 2, 28 Februari 2005, 11.00 pagi, Rancangan TV Pendidikan VCD/DVD MERDEKA FOR MALAYA, Filem Negara Malaysia, 46547 Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor. Melawat tempat kajian Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Dato` Onn, 50480 Kuala Lumpur.
21
ELEMEN 3
NILAI
P DAN ATRIOTISME
Jelaskan peranan remaja dalam mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia.
Negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejak tarikh itu,
semua rakyat Malaysia termasuklah golongan remaja perlu bertanggungjawab berusaha
mengekalkan kemerdekaan itu.
Sebagai golongan muda, remaja boleh memainkan pelbagai peranan. Antaranya
ialah mereka boleh berusaha secara produktif agar menjadi golongan yang berilmu,
dengan cara itu mereka dapat berganding bahu mempertahankan negara ini daripada
sebarang bentuk ancaman luar.
Selain itu, remaja perlu menanam perasaan bangga menjadi rakyat negara
Malaysia yang merdeka dengan sentiasa menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh
negara terdahulu seperti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak yang
tidak jemu-jemu berjuang memerdekakan dan membangunkan negara. Seterusnya, setiap
remaja boleh menjadikan dirinya rakyat yang berakhlak dan berhati mulia. Ini
bermaksud dalam setiap tindak tanduk, mereka sentiasa menyelitkan sikap jujur dan
mematuhi undang-undang supaya rakyat dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni,
sekaligus boleh mengekalkan kemerdekaan negara.
Akhir sekali, kemerdekaan negara boleh diteruskan sekiranya golongan remaja
pelbagai keturunan ini sentiasa mengamalkan semangat kekitaan seperti bertolak ansur
dan bermuafakat antara satu sama lain. Setiap masalah yang timbul segera ditangani
dengan penuh semangat muhibah tanpa mewujudkan perasaan curiga-mencurigai antara
satu sama lain. Sesungguhnya kemerdekaan sesebuah negara itu harus dimanfaatkan
sebaik mungkin agar keamanan yang dikecapi selama ini akan terus berkekalan.
Senarai Semak Unsur Patriotisme
1 2 3 4 5
Skor A
Unsur Patriotisme 5 Unsur Patriotisme 5 Unsur Patriotisme 5 Unsur Patriotisme 1 Unsur Patriotisme 5 Unsur Patriotisme 4 Unsur Patriotisme 3 Unsur Patriotisme 3 Unsur Patriotisme 1
Tandatangan Guru Penilai
.
Jelaskan peranan remaja dalam mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia.
Negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Untuk
menghargai kemerdekaan negara, semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan
agama perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan itu, tidak terkecuali golongan
remaja.
Sebagai generasi muda, remaja perlu memiliki sikap gigih dan rajin berusaha
agar menjadi golongan yang berilmu serta tabah menghadapi sebarang cabaran.
Negara memang memerlukan remaja seperti ini untuk bersama-sama berganding bahu
membangunkan dan mempertahankannya dari sebarang ancaman. Dengan demikian
kemerdekaan dan keamanan negara dapat dikekalkan.
Selain itu, remaja perlu menanam perasaan bangga menjadi rakyat negara
Malaysia yang merdeka dengan sentiasa menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh
negara terdahulu seperti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Abdul Razak.
Perjuangan Tunku Abdul Rahman wajar dikenang dan dicontohi oleh remaja masa
kini kerana berjaya membebaskan negara kita dari penjajahan British. Manakalan Tun
Abdul Razak pula berusaha gigih mengatasi masalah kemiskinan rakyat. Golongan
remaja boleh mencontohi perjuangan tokoh-tokoh ini agar negara menjadi lebih maju.
Kemerdekaan negara juga dapat dikekalkan sekiranya golongan remaja
daripada pelbagai keturunan ini sentiasa memupuk semangat bekerjasama, tolong
menolong, sentiasa bertolak ansur dan bermuafakat antara satu sama lain. Hindarkan
perasaan curiga dan sentiasa mengambil jalan terbaik untuk menangani sebarang
masalah yang timbul. Sesungguhnya kemerdekaan sesebuah negara itu harus
dimanfaatkan sebaik mungkin agar keamanan yang dikecapi selama ini akan terus
berkekalan.
Unsur Patriotisme 5
Unsur patriotisme 5
Unsur Patriotisme 5
Unsur patriotisme 1
Unsur Patriotisme 1
Unsur patriotisme 3
Unsur Patriotisme 4
Unsur Patriotisme 2
Senarai Semak
Unsur Patriotisme 1 2 3 4 5
Skor A
Tandatangan Guru Penilai
.
Jelaskan peranan remaja dalam mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia.
Ratusan tahun negara kita telah dijajah oleh kuasa asing dan pada 31 Ogos
1957, barulah negara kita ini mencapai kemerdekaan. Oleh yang demikian, semua
rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan ini agar tidak dijajah
semula. Hal ini disebabkan negara kita yang makmur, banyak hasil bumi, indah dan
terhindar daripada segala bentuk bencana alam boleh mendorong kuasa asing
menjajah bumi Malaysia ini semula.
Golongan remaja juga tidak terkecuali. Mereka boleh memainkan pelbagai
peranan. Antaranya, sebagai golongan muda yang mempunyai lebih kekuatan fizikal
dan mental, mereka boleh berusaha untuk menjadi rakyat yang berilmu, rajin,
gigih dan tabah untuk menghadapi sebarang cabaran. Dengan cara itu mereka dapat
berganding bahu mempertahankan negara dari sebarang ancaman luar. Golongan
remaja merupakan aset berharga kepada negara kerana mereka ialah bakal pemimpin
pada masa akan datang. Kemajuan dan keamanan negara terletak di tangan mereka.
Selain itu, kemerdekaan negara akan berterusan sekiranya golongan remaja
pelbagai keturunan di negara ini sentiasa mengamalkan semangat kekitaan.
Contohnya ialah seperti sentiasa bertolak ansur dan bermuafakat antara satu sama
lain. Hindarkan perasaan curiga dan sentiasa mengambil jalan terbaik untuk
menangani sebarang masalah yang timbul. Jauhi sikap perkauman dan sentiasa
hidup dalam suasana hormat-menghormati. Hidup dalam sebuah negara yang aman
merdeka merupakan satu nikmat, justeru kemerdekaan itu harus dimanfaatkan
sebaik mungkin agar akan terus berkekalan.
Unsur patriotisme 5 Unsur patriotisme 5 Unsur patriotisme 2
Unsur patriotisme 5 Unsur patriotisme 5 Unsur patriotisme 2 Unsur patriotisme 3 Unsur patriotisme 4 Unsur patriotisme 3 Unsur patriotisme 2
Senarai Semak
Unsur Patriotisme 1 2 3 4 5
Skor A
Tandatangan Guru Penilai
.
Jelaskan peranan remaja dalam mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia.
Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Saya suka hari
kemerdekaan kerana pada hari tersebut sekolah bercuti. Setiap tahun perayaan hari
kemerdekaan disambut oleh rakyat Malaysia. Antara acara yang diadakan ialah
perbarisan, perarakan kereta berhias, tarian dan nyanyian. Suka suka melihat perarakan
kerana ramai orang akan berbaris dengan pakaian yang seragam dan berwarna-warni.
Kontinjen yang paling saya suka adalah Kontinjen Angkatan Tentera. Pakaian mereka
sungguh segak dengan senjata yang lengkap. Pada waktu malam pula akan diadakan
pesta bunga api. Suasana pada malam hari sangat meriah dan menyeronokkan. Ibu bapa
turut hadir sama merayakan sambutan pada malam itu. Suasana pada malam itu
diterangi oleh pelbagai jenis lampu neon yang berwarna-warni. Para peniaga mengambil
kesempatan membuka gerai untuk menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.
Unsur patriotisme 2 (umum)
Senarai Semak
Unsur Patriotisme
1 2 3 4 5
Skor
Tandatangan Guru Penilai
.
Jelaskan peranan remaja dalam mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia. Remaja adalah golongan terbesar dalam negara Malaysia. Mereka berumur antara 12
hingga 20 tahun. Mereka berperanan penting dalam mengekalkan kemerdekaan.
Malangnya golongan remaja banyak terlibat dalam gejala sosial seperti dadah, vandalisme,
merokok dan tidak kurang dalam kegiatan jenayah.
Ramai juga remaja berhenti sekolah. Mereka lebih gemar mencari wang berbanding
belajar. Sikap seperti ini akan menjejaskan usaha Negara untuk mengekalkan
kemerdekaan. Oleh itu, remaja mestilah menuntut ilmu bagi mewarisi pentadbiran agar
kemerdekaan kita berkekalan.
Unsur Patriotisme 1 2 3 4 5
Skor D
Tandatangan Guru Penilai
.
Unsur patriotisme 2 Unsur patriotisme 5