Upload
nur-shah-lynn
View
1.791
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
KEPIMPINAN BERETIKA DALAM ORGANISASI SEKOLAH: CABARAN DAN KEMUNGKINAN
1. KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI
Kepimpinan boleh ditakrifkan dalam pelbagai aspek yang berbeza.
Pertama, menurut Yaakob (1989) kepimpinan perlu melibatkan
orang lain. Dalam erti kata lain subordinat atau pengikut. Ini
berikutan kesediaan subordinat menerima arahan dari pemimpin,
para kumpulan membantu dalam mewujudkan status pemimpin
dan menjadikan proses kepimpinan dapat diwujudkan. Kedua,
kepimpinan juga akan melibatkan pembahagian kuasa yang tidak
sama di kalangan para pemimpin dan juga anggota kumpulan. Ini
bermaksud bahawa pemimpin mempunyai autoriti untuk mengarah
anggota kumpulannya. Ketiga, kepimpinan boleh didefinisikan
dalam pendidikan sebagai keupayaan mempengaruhi,
memotivasikan, mengubahsikap dan tingkah laku subordinat
seperti guru, staf dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti atau
program yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat sekolah
(Yahya Don, 2005). Dalam erti kata lain, kepimpinan tidak dapat
dipisahkan daripada subordinat dan pandangan subordinat perlu
dilihat dan dinilai untuk mendapatkan keputusan yang menyeluruh
dan berkesan.
Sebagai seorang pemimpin terdapat tiga pendekatan
utama dalam cirri-ciri kepimpinan iaitu, sifat, perilaku dan luar
jangkaan. Ciri pertama adalah gabungan-gabungan sifat-sifat.
Manakala ciri kedua pula adalah perilaku-perilaku perseorangan
yang dikaitkan dengan kepimpinan yang efektif. Kedua-dua ciri ini
mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya mengandaikan bahawa
individu-individu yang mempunyai sifat-sifat atau perilaku-perilaku
yang bersesuaian akan muncul sebagai pemimpin dalam apa pun
situasi kumpulan di mana mereka berada (Hizam, Jaafar dan Zafir,
2000). Pemikiran dan penyelidikan semasa akan lebih condong
1
kepada pendekatan yang ketiga, iaitu ciri situasi tentang
kepimpinan. Ciri ini mengandaikan bahawa keadaan-keadaan yang
menentukan keberkesanan pemimpin berbeza mengikut situasi
seperti mengikut tugas-tugas yang akan disempurnakan,
kemahiran dan jangkaan para subordinat, persekitaran organisasi,
pengalaman-pengalaman lalu pemimpin dan para subordinat dan
seterusnya (Hizam, Jaafar dan Zafir, 2000). Menurut Ab. Aziz (2003)
seseorang individu yang merupakan pemimpin yang efektif dalam
situasi mungkin berprestasi paling buruk dalam satu situasi yang
lain. Tanggapan ini telah melahirkan kepimpinan, yang mencuba
menetapkan faktor-faktor situasi yang menentukan bagaimana
efektifnya sesuatu gaya kepimpinan.
Kecemerlangan kepimpinan sesebuah organisasi adalah
disebabkan oleh banyak faktor. Walaubagaimanapun ramai
pengurus dan penyelidik dalam bidang kepimpinan dan pengurusan
cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai penyumbang utama
atau penyebab langsung kepada pencapaian organisasi. Antaranya
adalah Andersen (2002) yang mengatakan bahawa literatur
mengenai kepimpinan secara umumnya banyak berasaskan
andaian bahawa kepimpinan adalah penyebab kepada
keberkesanan organisasi. Selain Andersen, Fiedler (1967) juga
berpendapat, kepimpinan berkesan sering dilihat sebagai sesuatu
yang amat penting dalam menerangkan atau membuat ramalan
tentang kejayaan organisasi. Bennis dan Nanus (1985),
menyatakan kejayaan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh
kepimpinan. Begitu juga Yukl (1998) yang turut berpendapat,
kepimpinan memberi impak yang positif terhadap kejayaan
organisasi. Bertolak dari kepercayaan sedemikian, isu kepimpinan
merupakan agenda penting bagi sektor swasta dan sektor awam
baik di negara maju atau negara membangun.
2. ETIKA DAN KEPIMPINAN BERKESAN
2
Pemimpin yang dapat menangani perubahan-perubahan dapat
membawa organisasi yang diterajuinya ke arah kecemerlangan.
Kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan
tingkah laku yang beretika. Kepimpinan beretika adalah mustahak
kerana pemimpin adalah agen perubahan dan arkitek bagi elemen-
elemen penting budaya organisasi. Sikap dan tingkah laku
pemimpin memberi impak kepada perlakuan anggota organisasi
dan seterusnya ini akan mempengaruhi prestasi organisasi
(Aronson 2001; Kanungo 2001; Trevino, Brown & Hartman 2003).
Wilhelm (1996) menganggap nilai yang jelas dan kukuh sebagai
karakter teras bagi seorang pemimpin berkesan. Seterusnya beliau
menambah, kepimpinan tanpa nilai boleh mengakibatkan
kehancuran dan kemusnahan seperti yang dapat dilihat melalui
Adolph Hitler. Kebelakangan ini minat untuk mewujud dan
membangunkan kepimpinan beretika dalam organisasi semakin
meningkat. Selain daripada kesan positif terhadap organisasi,
keruntuhan etika di peringkat pengurusan boleh menyebabkan
organisasi atau negara menanggung kos yang besar.
Walaupun berbagai definisi diberikan mengenai etika tetapi
tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa semuanya bertumpu
kepada satu pemahaman iaitu etika adalah sesuatu yang berkait
dengan keupayaan seseorang untuk membezakan antara yang
betul dan salah dan seterusnya melakukan sesuatu yang betul.
Kanungo (2001) mengatakan seseorang yang mahu menjadi
pemimpin yang beretika perlu terlibat dengan tingkah laku yang
mulia dan memberi kebaikan kepada orang lain. Beliau juga perlu
menjauhkan diri daripada perbuatan jahat yang boleh
mendatangkan keburukan pada orang lain. Etika berasal daripada
perkataan Greek iaitu ethic yang membawa konotasi sebagai sikap
atau adaptasi sesuatu golongan. Mackinnon (2001) mendefinisikan
etika sebagai daripada kajian moral yang mengkaji perlakuan yang
benar. Kebelakangan ini penyelidik dalam bidang organisasi juga
mencadangkan agar perhatian yang lebih diberikan kepada
3
integriti. Brown, Trevino dan Harrison (2005) mendefinisikan
kepimpinan beretika sebagai keupayaan pemimpin mempamerkan
atau menunjukkan tingkah laku yang sesuai dalam tindakan yang
diambil dan juga dalam hubungan antara manusia. Beliau juga
mempromosikan tingkah laku tersebut kepada subordinat atau
pengikut melalui komunikasi dua hala, pelaksanaan usaha
peneguhan dan juga dalam proses membuat keputusan. Mereka
juga mengatakan bahawa selain daripada komponen yang
disebutkan di atas, pemimpin yang beretika juga adalah telus dan
terlibat dengan komunikasi
terbuka di samping memberi ganjaran dan mempromosi tingkah
laku beretika dalam kalangan pekerja.
Dalam penulisan mengenai kepimpinan beretika, sifat yang
sering
dikaitkan adalah mengambil berat tentang orang lain, boleh
diharap, setia, berani, bertanggungjawab, berjimat cermat, sabar
dan lain-lain (Bass 1990; House & Howell 1992; Howell & Avolio
1992). Seterusnya Andre dan Velasquez (1992) membuat
kesimpulan mengenai perkara ini dengan mengatakan etika
sebenarnya merujuk kepada satu piawai yang mempunyai asas
yang kukuh mengenai apa yang baik dan buruk yang memandu
manusia mengenai apa yang boleh atau perlu dilakukan. Biasanya
ia mempunyai kaitan dengan hak, obligasi, faedah kepada
masyarakat, keadilan atau perkara-perkara yang baik seperti
kejujuran, sikap belas kasihan dan kesetiaan. Etika dalam konteks
organisasi bermaksud mengartikulasikan apa yang betul dan salah.
Etika juga boleh dianggap sebagai garis panduan tingkahlaku bagi
pekerja dalam organisasi.
Etika dalam konteks organisasi bermaksud
mengartikulasikan apa yang betul dan salah. Etika juga boleh
dianggap sebagai garis panduan tingkahlaku bagi pekerja dalam
4
organisasi. Aspek etika dalam kepimpinan organisasi dicerminkan
melalui berbagai fungsi organisasi iaitu pembangunan sumber
manusia dalam organisasi, penggunaan sumber organisasi yang
sesuai dan berkesan, penyediaan kualiti hidup/kerja dalam
organisasi, polisi organisasi yang berkesan dan perkhidmatan
pelanggan di luar dan dalam organisasi yang berkesan. Dalam
dunia hari ini yang sangat pantas berubah, etika bukan sahaja
melibatkan pemilihan antara yang betul dan salah, tetapi juga
pilihan antara dua yang betul atau di antara tidak terlalu betul dan
tidak terlalu salah. Etika dan isu-isu etika sebenarnya sentiasa
menjadi sebahagian dari teras mana-mana organisasi. Dalam latar
organisasi juga, tingkah laku beretika dalam menjalankan tugas
sering dianggap sebagai sebahagian daripada pegangan dan
amalan agama yang dilakukan secara sukarela tanpa mengharap
sebarang balasan. Malangnya andaian seperti ini menyebabkan
perkara-perkara berkaitan dengan etika kurang diberi perhatian
serius. Sebenarnya soal etika memberi kesan yang besar terhadap
prestasi organisasi. Organisasi yang berorientasikan tahap etika
yang tinggi mendapat banyak faedah dari tindakan tersebut.
3. KEPENTINGAN ETIKA DALAM ORGANISASI SEKOLAH
Etika merupakan teras utama di dalam kita membentuk pemimpin
pendidikan yang berakauntibiliti. Pemimpin pendidikan merupakan
"role model' kepada para pelajar dan pendidik kerana mereka
dianggap sebagai golongan yang telah mendapat kepercayaan dan
tanggungjawab untuk mentadbir sesebuah organisasi rnilik
kerajaan. Oleh itu, mereka haruslah memastikan bahawa
kepercayaan serta tanggungjawab yang diamanahkan itu
dilaksanakan dengan jujur dan amanah. Sebenamya, penekanan
yang lebih kepada etika dalam perkhidmatan kerajaan ialah dengan
memastikan konsep tanggungjawab dan akibat tingkahlaku
seseorang atau profesion itu dilaksanakan dengan sejujur mungkin
5
dan setiap anggota kerajaan yang memikul tanggungjawab itu akan
memastikan setiap perjalanan dan pengurusan dijalankan dengan
lancar dan berkesan (Mohd Tap et al, 1999).
Ilmu etika menerangkan perlakuan yang benar berdasarkan
ilmu dan pengetahuan yang dikuasai guru. Secara tidak langsung,
etika memberikan kesan intrinsik dan ekstrinsik kepada individu
yang diambil tindakan serta teladan kepada guru-guru lain bahkan
etika juga membantu membuat keputusan berdasarkan undang-
undang dan peraturan yang diwartakan dan diterima sebulat suara
oleh ahli organisasi sekolah. Kesinambungannya, etika akan
membantu pengurus pendidikan meneliti keputusan iaitu dengan
memikirkan sebab dan akibat sesuatu keputusan dan tindakan
yang akan dilaksanakan nanti serta memberikan penjelasan
bahawa sesuatu tindakan itu ialah untuk kebaikan bersama bukan
kemahuan individu.
Mematuhi syarat perlantikan sewaktu mula menjadi guru
sebenarnya merupakan perjanjian kita dengan kerajaan untuk
memberikan perkhidrnatan yang terbaik kepada pihak pelanggan
kita iaitu pihak ibu bapa dan pelajar. Kita berikrar untuk
menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk pihak pelanggan. Oleh
itu, kita juga perlu menunaikan tanggungjawab yang telah
diarnanahkan oleh pegawai yang lebih tinggi pangkatnya dan tidak
ketinggalan kepada pelanggan kita. Sebenarnya, perlantikan yang
kita tandatangani itu adalah perjanjian memegang amanah agar
memberikan layanan yang terbaik.
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting
kerana:
a. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah
laku dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk dan
diamalkan oleh guru.
6
b. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang
pendidikan untuk membolehkan guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka.
c. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di
negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika
di negara lain iaitu guru dapat melihat keunikan etika yang
diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
d. Kod etika yang dalam bentuk dokumen dan usaha untuk
menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu
profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.
e. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej
profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ini dapat
membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.
f. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara
ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).
Kepentingan etika kepada pengurus pendidikan secara tidak
langsung akan mendidik atau menanamkan sifat ingin mengangani
masalah etika yang jika tidak dibendung akan berleluasa
terutamanya di dalam sektor pendidikan. Konsep etika diselitkan
atau menjadi sebahagian daripada topik perbincangan dan silibus
dalam melatih bakal pernimpin pendidikan pada masa akan datang
agar pemimpin pendidikan akan dapat membuat pertirnbangan
secara beretika untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk
organisasi. Starratt (1994), menjelaskan bahawa setiap tindakan
atau keputusan yang diambil mesti memberikan kelebihan atau
7
faedah semua ahli di dalam organisasi berkenaan. Antara
kelebihannya ialah :
a. ia sebenarnya banyak menolong pemimpin pendidikan untuk
membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang mungkin
diambil seperti yang telah dibincangkan.
b. pentadbir pendidikan dapat menjelaskan mengapa atau 'why'
sesuatu perkara tersebut berlaku. Contohnya pelanggaran
disiplin pelajar berkait rapat dengan etika. Greenfield (1997),
menjelaskan bahawa setiap tindakan yang diambil oleh
pengurus akan disokong oleh pihak guru. Beliau mengkaji
tuntutan seperti ini akan mengurangkan lagi dilema yang
berpunca daripada konflik pihak pengurus dengan guru.
c. menilai atau menjelaskan bagaimana seseorang ketua itu dapat
melayan atau memotivasikan guru di bawahnya bersesuaian
dengan konsep etika antara pelanggan dengan pengurus
pendidikan.
d. menjelaskan lagi falsafah pendidikan yang menekankan objektif
untuk melahirkan insan yang kamil. Konsep ini menggangap
guru sebagai 'role model' dan guru menganggap pengurus
sebagai 'role model' mereka. Starrat (1994), menjelaskan
bahawa menjadi tanggungjawab pengurus untuk membentuk
institusi yang beretika.
Semua organisasi di dunia berhasrat menjadi sebuah
organisasi yang bersih serta ikhlas dalam memenuhi kehendak
pelanggannya sarna ada di sektor awam mahupun sektor swasta.
Sektor pendidikan merupakan sektor yang terpenting dalam
membentuk etika dalam kalangan pegawainya kerana ia
berperanan melahirkan golongan pewaris pada masa akan datang.
Guru-guru merupakan "role-model", contoh dan teladan kepada
golongan ini. Apakah yang akan berlaku jika "role-model" didapati
melanggar peraturan atau melanggar etika? Mungkinkah akan
hilang rasa hormat pada seseorang guru? Keberkesanan
8
perkhidmatan yang diberi menggambarkan mutu serta penghasilan
pada masa akan datang. Jika lemah perkhidmatan yang diberikan
maka lemahlah prestasi atau penghasilan kerja graduan yang
memperolehi ilmu daripada kita.
4. TINGKAH LAKU TIDAK BERETIKA
Guru Besar diminta membela diri :
"M.Gopalan , Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil didapati
bersalah oleh Mahkamah Syeksen setelah melakukan kesalahan
pecah amanah terhadap tiga keping cek berjumlah RM3,305.40
kepunyaan seorang guru kontrak sekolah itu ".
Jika dilihat senario di atas, ia memperlihatkan kes pecah amanah
yang melibatkan seorang pengurus serta pentadbir pendidikan
yang diamanahkan oleh negara untuk menjalankan serta
menguruskan hal ehwal pendidikan negara. Persoalannya sekarang,
mengapa penyalahgunaan ini berlaku? Apakah langkah-langkah
yang boleh diambil untuk menyekat perlakuan ini daripada
berleluasa serta jika senario yang berlaku di atas tidak dibendung,
pelajar dan pendidik akan hilang kepercayaan kepada pernimpin
pendidikan.
Untuk memahami peri mustahaknya kepimpinan beretika,
kita patut memahami tindakan atau tingkah laku tidak beretika
yang menular dalam organisasi. Memang banyak contoh-contoh
perbuatan tidak beretika dilakukan oleh pegawai tinggi dalam
organisasi yang akhirnya memberi kesan dan menjejaskan nama
baik organisasi. Antaranya ialah terlibat dengan rasuah dan salah
guna kewangan, pecah amanah, memanipulasi atau salah guna
tenaga kerja dan lain-lain sumber untuk kepentingan peribadi,
bersikap tidak konsisten. membantu dan menyokong amalan yang
salah, merendahkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan
dalaman dan luaran, terlalu mengawal dan menyekat kreativiti dan
kebebasan pekerja, bersikap bakhil dalam membentuk dan
9
melaksanakan tindakan berkaitan kebajikan dan kualiti hidup
pekerja.
Menurut Pekeliling Tatakelakuan dan Larangan Dalam
Perkhidmatan Awam, seseorang pegawai itu ditegah daripada
bersubahat dengan musuh negara membocorkan rahsia kerajaan,
memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta
tindakan kerajaan, menganggotai pertubuhan yang mengancam
keselamatan negara (anasir-anisir subversif), menguruskan
perniagaan dalam waktu pejabat dan memberi keutamaan kepada
saudara-mara atau rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu
permohonan. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan
sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya, menguruskan
tender atau sebutharga sedangkan pegawai tidak mengetahui ada
di antara mereka yang mengemukakan tender atau sebutharga
terdiri daripada saudara-maranya, berkelakuan dengan apa-apa
cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah.
Seseorang pegawai juga dikira tidak beretika sekiranya dia
terlibat dalam penyalahgunaan dadah, berjudi di pejabat atau
waktu bertugas, disabitkan kesalahan jenayah atau mahkamah
syariah, kesusahan berat kerana hutang, menerima keraian dari
orang yang ada hubungan rasmi, melakukan gangguan seksual,
menjalankan hubungan sulit dengan isteri atau suami orang, gagal
menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur dan
bersistematik, gagal memantau kerja pegawai bawahan,
mengemukakan tuntutan perjalanan palsu, tidak hadir bertugas
tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah, tidak mengetik kad perakam waktu, mengetik kad
perakam waktu pegawai lain, mengambil cuti sewaktu
perkhidmatan sangat diperlukan dan meminta orang kenamaan
untuk mengunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan
Pangkat untuk menaikkan pangkatnya.
10
Dalam konteks pendidikan atau sekolah , mengamalkan
sikap pilih kasih sesama guru-guru, menjalankan sesuatu perlakuan
atau perbuatan yang memberikan keuntungan kepada peribadi
ketika bekerja, tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai, etika
dan norma sesebuah negara dan tingkahlaku yang bertentangan
dengan etika serta moral sesebuah masyarakat, self-centered dan
menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri adalah
tergolong dalam kumpulan tingkah laku yang tidak beretika. Secara
tidak langsung, sektor pendidikan mengajar etika kepada pelajar
atau pelanggan namun penekanan agak longgar dan ia perlu
diberikan penekanan terutamanya dalam kalangan pentadbir dan
pemimpin pendidikan. Amnya, etika dan pendidikan mempunyai
konsep yang selari iaitu untuk menghasilkan pelajar yang seimbang
dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek perlu bermula daripada
sekolah yang mempraktikkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5. CABARAN DAN KEMUNGKINAN
Etika begitu penting dalam bidang pengurusan pendidikan bagi
menghasilkan
pendidik serta pentadbir dan pengurus yang berkualiti yang dapat
menerapkan ilmu pengurusan mereka. Art (1994), mengkaji
masalah yang begitu berleluasa terutamanya dalam keadaan yang
materialistik kerana manusia akan berusaha sedaya upaya untuk
mencari kesenangan dan kemewahan. Muhamad Ruslan (2001),
menyatakan beberapa faktor yang menyebabkan manusia akan
melakukan perkara-perkara yang akan menyimpang daripada etika
profesionalisme ialah :
a. apabila ada peluang untuk melakukannya.
b. ingin hidup lebih mewah, cepat kaya dan hidup secara
materialistik.
c. kurangnya penghayatan nilai etika serta agama.
d. kurangnya penyeliaan pegawai atasan.11
e. kelemahan sistem pentadbiran, peraturan dan pelaksanaan
kerja.
Profesionalisme guru agak tergugat dengan pelbagai
pendedahan dari pihak media massa tentang kelemahan sistem
pendidikan dan secara tidak langsung menggugat ketokohan
seseorang guru daripada pandangan masyarakat. Namun, jika
dikaji secara mendalam, terdapat beberapa faktor utama yang
menyebabkan terjadinya perkara ini iaitu :
a. tidak menyangka perbuatan itu menyalahi undang-undang.
b. untuk kepentingan organisasi atau arahan majikan.
c. menganggap perbuatan itu tidak akan diketahui umum.
d. kepentingan kewangan.
e. kurangnya dendaan, teguran daripada pihak atasan.
f. sering berkelakuan yang melanggar undang-undang.
g. dipengaruhi oleh golongan luar bidang .
h. rasa kecewa dengan organisasi sama ada kerana prestasi atau
kerana
tidak dinaikkan pangkat.
Perlakuan yang tidak beretika itu sebenarnya berpunca
daripada aspek niat atau pun kemahuan seseorang untuk
memperoleh kemewahan untuk kesenangan diri. Namun, perlakuan
tidak beretika juga boleh berpunca daripada faktor dalaman atau
dimensi di dalam organisasi itu sendiri. Calabrese dan Roberts
(2001), menyenaraikan beberapa faktor dalaman sesebuah
organisasi tersebut yang boleh menyumbang kepada perlakuan
yang tidak beretika iaitu:
a. Stuktur organisasi yang kompleks dan banyak hiraki akan
menyebabkan pekerja akan cepat merasa bosan kerana terlalu
banyak peraturan yang harus dipatuhi.
12
b. Bentuk komunikasi tertutup dan corak pentadbiran yang lebih
mementingkan rakan akan menyebabkan guru lain merasa bosan
dengan sikap pengurusan serta sikap pihak pengurusan tidak
mengambil kira "human factor" atau perasaan kakitangan.
c. Dominasi dan penguasaan politik yang keterlaluan oleh pihak
pengurusan dan kumpulannya akan menyebabkan rasa hormat
pihak kakitangan kepada pihak pengurusan akan berkurangan dan
pihak pengurusan menganggap mereka mempunyai kuasa untuk
memerintah dan bukan untuk berkhidmat.
d. Pengabaian kepada kebajikan menyebabkan guru kurang hormat
kepada
pemimpin pendidikan dan sering melakukan kesalahan.
Ini menunjukkan perlakuan yang tidak beretika itu
berpunca daripada pelbagai aspek. Pengurus dan pentadbir
pendidikan perlu menjadikan diri mereka contoh kepada guru lain
agar mementingkan aspek etika di dalam kepimpinan yang
dijalankan di sekolah. Pemimpin yang dihormati ialah pemimpin
yang dapat beretika dari segi sahsiah dan perbuatan. Faktor lain
yang menyumbang kepada perlakuan tidak beretika ini ialah dalam
kalangan guru atau pemimpin pendidikan itu sendiri yang merasa
keliru perbezaan antara etika dengan undang-undang yang
digunapakai dalam sektor pendidikan. Oleh itu, penelitian
seterusnya perlu melihat perbezaan antara kedua konsep tersebut.
Sebagai seorang pengurus pendidikan, sudah menjadi
tanggungjawab untuk mengurangkan jurang di antara pengurus
dengan pihak guru. Kajian Projek Kepimpinan yang ditaja oleh
Yayasan Kellogg (1997) melihat kepimpinan pada abad ke 21
menekankan beberapa konsep yang perlu diberikan perhatian
terutamanya oleh pemimpin pendidikan pada masa kini :
13
a. mencipta persekitaran yang membantu serta dan menggalakkan
kakitangan supaya berkembang, membangun serta hidup di dalam
aman dan damai
b. mementingkan keharmonian persekitaran yang rnemberikan
ketenangan untuk generasi akan datang
c. menghasilkan komuniti yang saling bertoleransi antara satu
sama lain dan berkongsi tanggungjawab iaitu setiap orang
bertanggungjawab, rnementingkan kebajikan dan menghorrnati
orang lain.
Tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan konflik
antara pengurus dengan guru ialah:
a. pengurus sendiri mesti mengamalkan perlakuan yang beretika
contohnya datang awal sama seperti guru-guru atau pegawai yang
lain
b. menekankan konsep penyayang, mengambil berat dalam
menjalankan dan mengagihkan tugasan kepada kakitangan. Pihak
sekolah sering menekankan konsep masyarakat penyayang kepada
pelajar. Konsep penyayang sebenarnya berakar umbi daripada
pengagihan serta pemupukan nilai murni daripada pemimpin
pendidikan kepada pendidik, barulah ia berkesinambungan kepada
para pelajar
c. berani menegur, mengkritik dan memberikan pandangan yang
bernas tentang sesuatu tindakan yang melanggar etika
perkhidmatan
d. pengurus juga hendaklah melihat kesan-kesan yang akan dialami
oleh kakitangan akibat daripada perlakuan tersebut.
Untuk terus berjaya dalam persekitaran yang serba
mencabar ini, organisasi perlu memberi perhatian kepada isu-isu
penting seperti kualiti, persaingan, keberkesanan kos dan lain-lain
isu yang berkaitan. Perubahan dalam organisasi hanya berlaku bila
ianya datang daripada pengurusan atasan dan bila adanya budaya
14
yang mengizinkan. Sebab itu, kerangka etika yang boleh dijadikan
pegangan oleh pemimpin organisasi mempunyai unsur-unsur nilai
yang dapat menjamin organisasi terus berdaya saing. Sichel (1993)
mencadangkan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan
untuk mewujudkan sekolah yang beretika iaitu pihak pengurusan
hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa etika yang berperanan
bukan untuk membuat undang-undang atau menentukan guru
mematuhi undang-undang tetapi sebagai badan menasihati guru
yang menghadapi masalah etika atau yang melanggar peraturan.
Dengan wujudnya jawatankuasa etika atau disiplin secara tidak
langsung dapat menjadi badan perantara di antara pihak pentadbir
dengan guru serta ia juga dapat mengurangkan konflikyang
dihadapi di antara pentadbir dengan guru. Sergiovanni (1992)
mengkaji sekolah yang boleh diklasifikasikan berkesan merupakan
sekolah yang mempunyai perjanjian (covenant) yang
mementingkan nilai-nilai dan etika yang cemerlang. Pengurus
pendidikan harus mempraktikkan apa yang dipersetujui antara guru
dengan pihak pengurusan. Gardner (1995) menjelaskan lagi
cadangan untuk melahirkan sekolah yang beretika ialah melalui
kepimpinan yang beretika serta memperlihatkan teladan serta
"role-model" untuk diikuti oleh semua guru dan kakitangan.
Richardson et al. (1992) mendapati bahawa kejujuran adalah
perkara pokok hubungan antara pengurus dengan pihak guru.
Pengurus juga hendaklah bertanggungjawab terhadap kesilapan
yang telah dilakukan dan bukan hanya menuding jari kepada guru
yang melakukan kesilapan malah mencari cara untuk
menyelesaikan masalah berkenaan. Pendapat dan saranan di atas
sebenarnya mempunyai kesetaraan dengan konsep mewujudkan
sekolah beretika yang mempunyai nilai-nilai murni .
Starrat (1994) menggariskan tiga perkara utama yang perlu
diteliti
15
oleh pihak pemimpin pendidikan. Beliau mengkategorikan tiga
dimensi utama tunjang konsep sekolah beretika iaitu:
a. Dimensi etika mengambilberat
Etika ini menekankan konsep yang mementingkan hubungan di
dalam organisasi. Guru hendaklah mengambil berat tentang pelajar
dan seseorang pemimpin pendidikan mestilah mengambilberat
kebajikan guru.
b. Dimensi etika keadilan
Etika ini menekankan layanan yang adil oleh pihak pengurus
kepada guru dan guru kepada pelajar. Kebajikan ini dapat
merangkumi konsep penyediaan persekitaran yang kondusif
kepada pembelajaran. Persekitaran yang kondusif bukan bermakna
mencantikkan sekolah dengan bunga-bunga tetapi memberikan
dan menambah jumlah buku dan kemudahan perpustakaan,
menambah jumlah komputer, akhbar di dalam darjah dan
sebagainya yang memberikan keadilan kepada semua pelajar
menikmati organisasi pembelajaran. Konsep "peluang belajar"
(opportunity to learn) merupakan konsep yang patut ditekankan
untuk melahirkan organisasi pembelajaran.
c. Dimensi etika kritikan
Etika ini mengkehendaki golongan pemimpin pendidikan memikir
sejenak bahawa siapakah yang memperolehi keuntungan atau
faedah daripada sesuatu program yang diadakan atau dijalankan di
sekolah? Siapakah yang patut diberikan keutamaan? Siapakah yang
memegang autoriti? Konsep etika kritikan ini mengalakkan
perbincangan di kalangan kakitangan serta guru-guru dan secara
tidak langsung mengurangkan konflik di antara kakitangan kerana
pengurus mementingkan hubungan kemanusiaan.
6. CADANGAN DAN RUMUSAN
Pihak pemimpin pendidikan perlu mempunyai piawai atau garis
panduan yang boleh diikuti agar mereka tidak lari daripada
perlakuan yang tidak beretika. Kellog Foundation (2000)
16
menyenaraikan beberapa dimensi utama etika yang boleh dijadikan
garis panduan serta perlakuan yang boleh diikuti oleh pihak
pengurusan sekolah dan dimensi itu memberikan penekanan
kepada dimensi pengetahuan, dimensi pelaksanaan dan dimensi
pencapaian. Melalui dimensi pengetahuan, setiap pengurus serta
pemimpin pendidikan hendaklah mempunyai matlamat serta
peranan kepimpinannya dalam masyarakat kini dan memberikan
tumpuan kepada perlakuan yang bersifat etika. Dimensi
pelaksanaan mengambilkira penggunaan etika di dalam membuat
keputusan, membawa sekolah ke arah yang berguna kepada
masyarakat dan mempunyai rasa bertanggungjawab kepada
sebarang perlakuan atau tindakan yang telah dilaksanakan.
Manakala, dimensi pencapaian menumpukan kepada memberikan
penilaian perlakuan nilai-nilai murni seseorang, menekankan
pencapaian yang tinggi tanpa mengenepikan
konsep etika, menilai kesan tindakan pentadbiran kepada
kakitangan bawahan, menggunakan sumber yang ada untuk
kepentingan sekolah dan bukan peribadi, melayan semua orang
adil dengan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain dan
mematuhi peraturan serta tanggungjawab yang telah diwartakan.
Konsep kontrak sosial yang menjelaskan bahawa penyedia
perkhidmatan hendaklah memberikan layanan yang terbaik untuk
pelanggan iaitu pelajar. Oleh itu, dalam menjalankan kepimpinan di
sekolah, konsep kepimpinan yang utama ialah shared leadership.
Shared leadership menekankan beberapa konsep utama iaitu :
a. kepimpinan merupakan perkara utama di dalam memperbaiki
organisasi dan budaya sekolah.
b. kepimpinan melibatkan kepercayaan kepada orang lain.
c. guru, kakitangan dan pengurus merupakan keluarga yang saling
bekerjasama.
d. komuniti mesti dilibatkan sama dalam menjalankan program
sekolah.
17
Konsep Shared Leadership menekankan penghasilan
keputusan yang bukannya 100 peratus terletak di dalam tangan
pengetua atau guru besar. Namun pihak guru, komuniti dan ibu
bapa juga mempunyai peranan dalam menjayakan matlamat
sekolah atau organisasi. Secara tidak langsung, shared leadership
juga memberikan penekanan kepada aspek pengurusan dan
perjalanan sekolah yang berkesan. Rebore (2001), menjelaskan
konsep utama sekolah yang memenuhi keperluan etika dengan
pelanggan kita ialah:
a. pihak pengurus perlu memastikan bahawa guru yang diminta
untuk mengajar subjek itu bersedia dan sesuai dengan tugasan
yang diberikan.
b. penilaian prestasi di sekolah hendaklah berdasarkan kepada
pencapaian serta kejayaan dan kelayakan yang diperolehi.
c. untuk mengelakkan berlaku demotivation dalam kalangan
kakitangan, penilaian prestasi harus berlandaskan keadilan dan ciri-
ciri objektif. Penilaian prestasi yang beretika juga secara tidak
langsung akan mengurangkan konflik di antara guru dengan pihak
pengurusan sekolah.
d. kesedaran etika amat penting kerana ia akan memperbaiki
kelemahan, merefleksi diri sendiri (muhasabah) dan melihat
sekolah sebagai tempat pembentukan peribadi yang mulia
terhadap pelanggan kita.
e. tidak menunaikan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh
juga dianggap tidak beretika kerana tidak dapat melengkapi
perjanjian kita dengan organisasi atau pelanggan.
Nilai atau tindakan pemimpin yang terhasil dari kerangka
etika yang
baik dan dapat membantu organisasi masing-masing adalah seperti
berikut:
a. Komitmen terhadap kecemerlangan iaitu pemimpin perlu
memastikan nilai ini diturunkan ke peringkat bawahan dengan cara
18
pemimpin sendiri menunjukkan komitmen beliau kepada
kecemerlangan dalam apa sahaja yang dilakukannya.
b. Pemimpin sebagai role model - contohnya pemimpin yang
meletakkan piawai integriti yang tinggi bagi dirinya akan menjadi
role model bagi semua pekerja dalam organisasi.
c. Bersikap terbuka terhadap kritikan, kegagalan dan cadangan -
pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang dapat menerima
tiga perkara tersebut dengan baik. Pemimpin yang mengamalkan
tingkah laku beretika akan sentiasa mendengar dan menerima
pandangan orang lain kerana dirinya juga adalah manusia biasa.
d. Menghargai tugas baik /bermutu yang dilaksanakan - ini penting
kerana ianya bukan sekadar menggembirakan pekerja yang
bermotivasi malah ianya memberi perangsang kepada mereka
untuk terus bekerja keras dalam mencapai matlamat organisasi.
e. Elakkan jalan pintas - membangunkan sebuah organisasi yang
baik memerlukan usaha keras. Sekiranya ia dibina melalui usaha
yang jujur dan ikhlas kemungkinan untuk kekal berjaya adalah lebih
kukuh.
f. Mempertahankan kebenaran.
g. Telus dalam semua keputusan dan tindakan.
h. Menggalakkan hubungan interpersonal yang berkesan dalam
organisasi.
i. Memberi peluang untuk membangunkan diri kepada semua
kakitangan.
j. Menggalakkan penyertaan kakitangan dan proses demokratik
dalam organisasi.
Faedah kepada organisasi dan kakitangan apabila
seseorang pemimpin komited terhadap etika ialah pemimpin dan
kakitangan gembira dan berpuas hati, output yang berkualiti dapat
dihasilkan atau disampaikan, persaingan yang sihat, mendapat
kerjasama daripada pihak yang berurusan kerana adanya
kepercayaan, menjadi organisasi yang dihormati dan menjadi
19
kebanggaan negara, mewujudkan identiti yang berbeza dan
istimewa dalam pasaran. Kuasa yang dibekalkan dengan pegawai
perlu dikawal bagi mengelakkan penyelewengan dan
menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Setiap masa
pegawai hendaklah menjaga tingkahlaku dan perbuatan supaya
nama baik perkhidmatan awam tidak terjejas,
memelihara tingkahlaku bagi mengelakkan syak wasangka orang
awam terhadap kejujuran dan kesungguhan dalam menjalankan
tugas, hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan
mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan
patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti
kepada negara.
Secara jelas, pemimpin yang dihormati merupakan
pemimpin yang mementingkan tanggungjawab dan amanah serta
mempunyai perwatakan dan keperibadian yang cemerlang agar
dapat menjadi model terbaik dalam kalangan guru. Covey (1997),
memberikan pandangan bahawa pemimpin yang bermoral ialah
pemimpin yang menyenangkan hati orang bawahan ketika
berbincang. Pemimpin ini mengamalkan konsep syura iaitu dengan
menerima pandangan serta teguran orang lain sesuai dengan
konsep shared leadership yang te1ah diperjelaskan di atas.
McDermontt dan O'connor (1994) menjelaskan perkara utama yang
patut dilakukan oleh pengurus ialah percaya kepada orang lain dan
secara tidak langsung ahli kumpulan akan melakukan yang terbaik
kerana adanya kepercayaan daripada pihak pemimpin. Pemimpin
dilihat sebagai rakan dan bukan sebagai musuh yang sering
menjadi konflik. Contohnya pengurus di sekolah mungkin boleh
mengambil alih kelas guru jika guru itu tidak dapat hadir atau
terpaksa berjumpa dengan ibu bapa. Kuzes dan Posner (1993)
melihat bahawa jika kepercayaan hilang daripada pentadbir, maka
kejujuran dan keikhlasan di dalam menjalankan tugas juga akan
hilang.
20
Dapatlah disimpulkan bahawa, seorang pemimpin adalah
sumber, pemberi tenaga, arkitek dan wira bagi pekerja-pekerjanya.
Mereka boleh menyebabkan banyak perbezaan ke atas prestasi
pekerja dan organisasi sekiranya mereka mengamalkan
kepimpinan beretika atau tidak. Kepimpinan beretika akan
memberi nilai tambah kepada organisasi kerana organisasi mereka
akan dihormati dan ianya boleh terus berdiri megah dalam ekonomi
yang sentiasa berubah. Di samping itu, pemimpin juga perlu
memberi perhatian kepada tindakan-tindakan yang tidak beretika
kerana ini akan melemahkan dan merosakkan organisasi. Pemimpin
dalam sektor awam terutamanya, memikul tugas yang lebih berat
kerana mereka bukan sahaja menjaga kepentingan rakyat tetapi
mereka juga bertanggungjawab menjaga imej dan kepentingan
negara.
BIBLIOGRAFI
21
Ab. Aziz Yusof. 2004. Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, Isu dan Pelaksanaan. (Edisi Kedua).Petaling Jaya: Prentice Hall.
Ab. Aziz Yusof. 2003. Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Al Ramiah. 1999. Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
Andre, C. & Velasquez, M. 1992. Ethical relativism, Issues in Ethics, 5(2). (http://www.scu.edu/SCU/Centers/Ethics/publications/iie/v5n2/relativism.html)
Andersen, J. A. 2002. What we know about leadership and effectiveness?
Paper presented at The First International Workshop on LeadershipResearch, European Institute of Advance Studies in Management(EIASM). Oxford. 16-17 December.
Aronson, E. 2001. Integrating leadership styles and ethical perspectives.
Canadian Journal of Administrative Sciences. 18: 244-256.
Art, B. 1994. Ethics and The Good Life. Belmont: Wadsworth Publishings.
Aziah, Yaakob dan Yahya. 2006. Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar Sekolah di Malaysia. Batu Caves Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Bass, B.M. 1990. Bass & Stogdill’s Handbook of Leadership. New York: Free Press.
Bennis, W., Nanus, B. 1985. Leaders: The Strategies for Taking Charge. New York: Harper & Row.
Blanchard, K. & N. V. Peale. 1998. The Power of Ethical Management. New York: University Press.
22
Brown, M. E., Trevino, L. K., & Harrison, D.A. 2005. Ethical leadership: A social learning perspective for construct development and testing.Organizational Behavior & Human Decision Processes. 97: 117-134.
Calabrese, R. dan Roberts, W. 2001. Ethics for Principals. Education Digest. 71 (7), 16.
Chan Yuen Fook. 2000. Apakah aspek penting dalam latihan kepengetuaan pada abad 21. Kertas Kerja Seminar Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan ke-9. Institut Aminudin Baki. 1-3 Ogos. Ciulla, J. B. 2004. Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis, A. T. Cianciolo, & R. J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand Oaks, CA: Sage.
Covey, S. 1997. Principle centered leadership. New York: Simon & Schuster.
Fiedler, F. E. 1967. A Theory of Leadership Effectiveness. New York: McGraw-Hill.
Frost, D., & Durrant, J. 2002. Teachers as leaders: Exploring the impact of teacher-led development work. School Leadership and Management. 22 (2), 143-161.
Gardner, H. 1995. Leading Minds: An Anatomy of Leadership. New York: Basic Books.
Greenfield. 1997. R.K. Servant Leadership. New York: Paulist Press.
Hasani. 2006. Modal Insan: IPTS Memain Peranan. Utusan Malaysia.
Hizam, Jaafar dan Zafir. 2000. Pengantar Pengurusan.Kuala Lumpur: Leeds Publications.
House, R.J., & Howell, J. M. 1992. Personality and charismatic leadership.
The Leadership Quarterly. 3: 81-108.
Howell, J.M., & Avolio, B. J. 1992. The ethics of charismatic leadership:
23
submission or liberation? Academy of Management Executive. 6: 43- 54.
INTAN. 1996. Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.
James, A.F. Stoner dan Wankel, C. 1989. Pengurusan . Edisi ketiga. Penterjemah Yaakob Ibrahim. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn Bhd.
Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kanungo, R. N. 2001. Ethical values of transactional and transformational leaders. Canadian Journal of Administrative Sciences, 18: 257-265.
Kellog Foundation. 1997. ISLLC Standards. Michigan.
Kellogg Foundation. 2000. Retrospective of K-12. Service-Learning Projects . Denver, Colorado: RMC Research Corporation.
Kuzes, J. dan Posner, B. 1993. Credibility: How Leaders Gain and Lose It, Why People Demand It. San Francisco: Jossey Bass.
Mohd Tap Salleh et al. 1991. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia. Kuala Lumpur.
Muhamad Ruslan Salihin. 2000. Kesedaran Etika dan Hubungannya dengan Komitmen Terhadap Organisasi. Kajian kes di kalangan kakitangan Majlis Perbandaran Kelang. Projek Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Teknologi), Universiti Teknologi Malaysia.
Mackinnon, B. 2001. Ethics: Theory and Comtemporary Issues. Stamford: Thompson Learning.
McDermontt, C. dan O'connor, M. 1994. Reflections on Ethics Integrity. HR Focus (April 5).
Rebore, R.W. 2001. The Ethics of Educational Leadership. Merrill
24
Richardson et. al. 1992. Teacher Perception of Principal Behavior. A paper presented at the annual meeting of the Mid-South Educational Research A ssociation. Knoxville, Tennessee: November.
Roslan, M. & Nik Rosnah, W. A. 2008. Pendidikan Etika, Moral dan Integriti dalam Organisasi Sektor Awam di Malaysia. Jurnal Pengurusan Awam, Jilid 7, Bil 1, Jun 2008.
Rosnani Hashim. 1998. Pengurusan pendidikan untuk sekolah daripada perspektif Islam. Prosiding Seminar Pendidikan Guru Untuk Sekolah Berkesan (hlm. 62-63).
Sergiovanni, TJ. 1992. Moral Leadership: Getting to the Heart of School Leadership. San Francisco: Jossey-Bass.
Shah, Saeeda. 2006. Educational leadership: An Islamic perspective. British Educational Research Journal. 32 (3):363-385.
Sichel, B. 1993. Ethics Committees and Teacher Ethics. In Ethics for Professionals in Education: Perspectives for Preparation and Practice. edited by Kenneth Strike dan P. Lance Ternasky. 162-75. New York: Teachers College Press.
Starrat, RJ. 1994. Building an Ethical schools: A Practical Response to the Moral Crisis in Schools. London: Falmer Press.
Suranna, K. J., & Moss, D. M. 2000. Perceptions of teacher leadership: A case
study of Inservice elementary school teachers. Kertas kerja yang dibentangkan dalam mesyuarat tahunan the American Educational Research Association pada 24-28 April, 2000 di New Orleans.
Syed Najmuddin Syed Hassan et al. 2009. Kajian Persepsi Pelajar Terhadap
Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM. Journal of Islamic and Arabic Education. 1(2):31-50.
Tajul Ariffin Noordin. 2002. Etika keguruan: Suatu analisis menurut paradigma pendidikan bersepadu. Dalam Prosiding Seminar
25
Kebangsaan Profesion Perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Trevino, L. K., Brown, M., & Hartman, L. P. 2003. A qualitative investigation of perceived executive ethical leadership: Perceptions from inside and outside the executive suite. Human Relations. 56: 5-37.
Wilhelm, W. 1996. Learning from past leaders. In Hesselbein, F., Goldsmith, M. and Beckhard, R. (eds.). The Leader of the Future, pp. 221-226. San Francisco: Jossey-Bass.
Yukl, G. A. 1998. Leadership in Organizations. New York: Prentice-Hall
Zaharah Hussin. (2005). Mendidik generasi berakhlak mulia: Fokus peranan guru pendidikan Islam. Masalah Pendidikan. 28: 79-94.
26