52
KPS 3014 – PENGURUSAN PEMBELAJARAN KUMPULAN 14 ( BUAH KURMA) TAJUK : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR DISEDIAKAN UNTUK : PROF MADYA DATO DR ABD LATIF HAJI GAPOR DISEDIAKAN OLEH : AFIF BIN ALI (D20142069302) MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ BIN MOHD JAMLUS (D20142069309) MUHAMMAD AFIQ BIN AZEMI (D20142069310) NADHIRAH SYUHAIDAH BT MOHAMMAD SABRI (D20142069316)

KPS 3014 – Pengurusan Pembelajaran

  • Upload
    afeeq11

  • View
    357

  • Download
    12

Embed Size (px)

Citation preview

KPS PENGURUSAN PEMBELAJARAN

KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARANKUMPULAN 14 ( BUAH KURMA)TAJUK : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

DISEDIAKAN UNTUK : PROF MADYA DATO DR ABD LATIF HAJI GAPOR

DISEDIAKAN OLEH : AFIF BIN ALI (D20142069302)MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ BIN MOHD JAMLUS (D20142069309)MUHAMMAD AFIQ BIN AZEMI (D20142069310)NADHIRAH SYUHAIDAH BT MOHAMMAD SABRI (D20142069316)

PENGENALAN

MAKSUD PENGURUSANAntara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses :perancangan,penyusunan,pengarahanpengawalan usaha-usaha ahli organisasi,dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi

MAKSUD PENGURUSAN aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus.

(Ahmad Mahdzan, 2004)

satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha dengan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat.(Stoner,1984)satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat(Robbins,1984)

bagaimana sumber-sumber digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat

(Shukur,1988)

MAKSUD PEMBELAJARANPembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970)dalamThe Condition of Learning, pembelajaranmerupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

MAKSUD PEMBELAJARANperubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman(Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987)pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap.Crow (1983)perubahan perlakuan pelajar yang dididik hasil dari penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.Fryetal (2003)

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PELAJAR

SOALAN 1

Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap.Multimedia dalam pendidikan adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala proses pembelajaran adalah berkesan. Di samping itu multimedia mampu memudahkan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme. Seseorang pelajar boleh mencapai kepada maklumat yang dikehendaki dan belajar memilih untuk belajar sama ada melalui teks, gambar, audio atau video mengikut gaya pembelajaran sendiri.Penggunaan multimedia memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti.SOALAN 1 : APAKAH KONSEP MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN ?

Pada masa sekarang terdapat dua jenis aplikasi perisian yang digunakan dalam pendidikan. Pertama, penggunaan aplikasi perisian multimedia yang sedia ada, kedua, penggunaan aplikasi perisian yang dibangunkan oleh pendidik itu sendiri.Menurut Gagne (1981) multimedia boleh digunakan untuk menarik perhatian, memaklumkan objektif pelajaran, menjana pengetahuan sedia ada, mempersembahkan perangsang dengan ciri-ciri unggul, memberi panduan pembelajaran, menyediakan maklum balas, menilai pencapaian dan menguatkan ingatan terhadap isi pelajaran.SOALAN 1 : APAKAH KONSEP MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN ?

SOALAN 2

SOALAN 2 : APA ITU MULTIMEDIA?Multi banyak, Media - media atau perantara untuk menyampaikan maklumat.

Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan sesuatu maklumat. (Wikipedia)"Multimedia ialah gabungan bunyi ,muzik, animasi ,teks ,suara dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer. Ia lebih menarik berbanding dengan televisyen dan kaset video" Waterworth (1992)

SOALAN 3

SOALAN 3 : APAKAH ELEMEN-ELEMEN DALAM MULTIMEDIA ?Terdapat lima elemen atau teknologi utama dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain daripada itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan maklumat yang lebih menarik dan berkesan.

APA ITU TEKS ?Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu.Dalam sistem multimedia,teks memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Penggunaan teks juga akan menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen multimedia yang lain dan maklumat yang ingin disampaikan akan mudah difahami.

APA ITU GRAFIK ?Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran dan sebagainya. Dalam sistem multimedia, penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.

APA ITU AUDIO ?Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya.Audio dapat membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain itu, audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

APA ITU VIDEO ?Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen yang lain.Merupakan gabungan pelbagai media (seperti teks, grafik, audio dan sebagainya) dalam satu medium.Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat.Video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

APA ITU ANIMASI ?Merujuk kepada satu paparan visual yang bersifat dinamik.Juga merupakan satu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup.Animasi merupakan antara elemen multimedia yang paling mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat dapat menceriakan proses penyampaiannya.Ia membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks.

SOALAN 4

SOALAN 4 : KENAPA MULTIMEDIA DIGUNAKAN DALAM P&P PELAJAR ?Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau persembahan maklumat kepada para pelajar.Dalam bidang pendidikantradisional, biasanya seorang guru atau pensyarah menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur putih atau yang berwarna warni, peta, gambar dan suaranya sendiri untuk mengajar. Namun begitu, pada hari ini sistem multimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat- maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada penuntut mereka.

SOALAN 4 : KENAPA MULTIMEDIA DIGUNAKAN DALAM P&P PELAJAR ?Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan :

keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan.75 %daripada apa yang mereka lihat serta dengar.40 %daripada apa yang mereka dengar sahaja.20 %

SOALAN 4 : KENAPA MULTIMEDIA DIGUNAKAN DALAM P&P PELAJAR ?Oleh itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri.Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen membantu Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah.

SOALAN 5

SOALAN 5 : APAKAH ASAS PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR? Pendidikan masa sekarang mempunyai persamaan di mana ianya lebih tertumpu kepada penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor.Secara dasarnya, kita telah biasa dan serasi menggunakan cara ini namun kadangkala timbulnya masalah apabila terdapatnya bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami apabila hanya teks sahaja yang digunakan.Dalam kehidupan sebenar, kita juga menjalani kehidupan yang penuh dengan elemen atau media-media komunikasi yang lain seperti bunyi dan juga paparan imej atau grafik sama ada dalam bentuk statik mahupun dinamik.

SOALAN 5 : APAKAH ASAS PENGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR? Multimedia berupaya menangani permasalahan ini dengan menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan penggunaan deria seperti audio, video, animasi, teks, dan grafik ke dalam satu medium komunikasi.Kajian saintifik juga membuktikan proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pengukuhan dalam pelbagai bentuk dalam masa yang singkat.Maka gambar atau imej adalah lebih baik daripada teks kerana ia mempunyai nilai seni dan berdasarkan pengalaman semula jadi manusia.

SOALAN 5 : APAKAH ASAS PENGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR? Menambahkan bunyi-bunyian dan animasi juga membantu deria penglihatan dan deria pendengaran untuk lebih aktif dalam proses pembelajaran.Konsep interaktiviti dalam multimedia pula melibatkan pusat otak manusia yang seterusnya meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.Aspek hipermedia dalam multimedia juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kerana ia membolehkan pelajar untuk mengembara di dalam sesuatu topik pelajaran mengikut kehendak atau keperluan sebagai seorang individu.Ianya memberi peluang pelajar untuk belajar mengikut keselesaan masing-masing dan juga membolehkan mereka belajar

SOALAN 6

SOALAN 6 : APAKAH APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR ?Pelbagai aplikasi multimedia telah dibangunkan pada masa kini untuk membantu dan memudahkan guru untuk proses pembelajaran pelajar.Antara contoh aplikasi multimedia dalam pembelajaran pelajar adalah:CD-InteraktifInfografikPembelajaran melalui video animasi.

SOALAN 6 : APAKAH APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR ?CD-INTERAKTIFCD-Interaktif adalah satu program interaktif yang dibuat untuk menyampaikan sebuah maklumat penting dimana pengguna dapat mengawal program tersebut sepenuhnya.Ianya disebut cd-interaktif kerana media penyimpanannya dalam kepingan cd. CD-Interaktif bersifat Plug-and-Play dan dijalan secara autorun.

SOALAN 6 : APAKAH APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR ?INFOGRAFIKInfografik berasal dari kataInfographicsdalam Bahasa Inggeris yang merupakan singkatan dariInformation+Graphics.Satu bentuk data visual yang menyampaikan informasi yang kompleks kepada pembaca agar dapat memahami dengan lebih mudah dan cepat.Disediakan dalam bentuk maklumat grafik yang mempersembahkan maksud dan tujuan tertentu.

Sumber : http://www.j6design.com.au/6-principles-of-design/

Sumber : http://zulaihamohdrozali.blogspot.my/2014/01/what-is-infografik.html

SOALAN 6 : APAKAH APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR ?PEMBELAJARAN MELALUI VIDEO ANIMASIAntara kelebihan teknologi animasi adalah ciri yang dinamik dan interaktif.Kecanggihan perisian yang digunakan bagi penciptaan animasi ini dapat memberikan kesan-kesan yang lebih menarik terutamanya jika diaplikasikan di dalam P&P.

CONTOH PEMBELAJARAN MATEMATIK MELALUI VIDEO ANIMASISUMBER : YOUTUBE (ASTRO TVIQ)

SOALAN 7

SOALAN 7 : APAKAH KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR?Format yang interaktif dan merangsangInteraktif di dalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian dan citarasa pelajar.

Keistimewaan sistem multimedia ialah ia mampu menerima tindak balas berbentuk teks yang ditaip atau suara yang diinput melalui mikrofon, semuanya mampu menyediakan suasana interaktif antara pelajar dan komputer.

Malah, komputer yang telah disiapkan dengan program pangkalan data yang mempunyai ciri kepintaran yang boleh dijadikan sebagai sahabat dan diajarkan untuk berkomunikasi mengenai sesuatu topik pembelajaran.

SOALAN 7 : APAKAH KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR?Komunikasi maklumat yang efektif.

Pendedahan dan penyampaian pengetahuan melalui buku teks sahaja boleh membosankan. Dengan multimedia, pelbagai bentuk maklumat boleh disampaikan secara lebih berkesan dan menarik. Penggunaan grafik contohnya merupakan antara kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran.

Kajian juga menunjukkan maklumat yang diterima dalam bentuk grafik dan gambar rajah boleh diterima dengan lebih mudah serta dikodkan di dalam minda pelajar dan ia juga mudah diingati serta senang diterima oleh neutron minda.

Penggunaan audio, video dan animasi yang dinamik merupakan tambahan di dalam kaedah penyampaian maklumat yang membina dan efektif apabila disertakan bersama-sama dengan penggunaan teks dan grafik.

SOALAN 7 : APAKAH KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR?Pembelajaran KendiriPembelajaran juga adalah suatu proses yang bersifat individu. Setiap pelajar mempunyai latar belakang dan keupayaan yang berbeza.

Kebanyakan media dan alat bantu mengajar pada hari ini kurang mementingkan sangat mengenai pembelajaran secara individu. Dengan perisian kursus yang baik serta berkualiti, komputer telah terbukti berupaya menyediakan pembelajaran secara individu yang peka dan sensitif kepada keperluan pelajar.

Input daripada pelajar dianalisa terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil. Pelajar akan berasa seolah-olah ia sedang berhadapan dengan guru seorang diri dan ini dapat meningkatkan keyakinan diri serta menghapuskan rasa malu dalam diri pelajar tersebut.

SOALAN 7 : APAKAH KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR?Keseronokan menggunakan komputer multimediaKeupayaan komputer sebagai mesin yang boleh berkata-kata amat menarik perhatian para pelajar.

Jika komputer boleh diprogramkan dengan bahan-bahan pengajaran melalui penyampaian yang menarik, kemungkinan untuk menarik minat pelajar supaya terus belajar adalah tinggi.

Para guru harus mengambil peluang ini untuk meningkatkan keberkesanan dan mutu pengajaran mereka melalui teknologi canggih ini

SOALAN 8

SOALAN 8 : APAKAH KELEBIHAN - KELEBIHAN MULTIMEDIA BERBANDING MEDIA PENGAJARAN YANG LAIN ?Tahap interaktif yang tinggiDengan komputer, perisian multimedia boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan secara aktif dengan cara memilih berbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan tertentu.

Komputer akan bertindakbalas dengan memaparkan maklumat yangtertentu berdasarkan apa yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar tersebut.

SOALAN 8 : APAKAH KELEBIHAN - KELEBIHAN MULTIMEDIA BERBANDING MEDIA PENGAJARAN YANG LAIN ?Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajarPerisian yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan setiap individu berdasarkan kebolehan pelajar. Pelajar tersebut perlulah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran tertentu sebelum dibenarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi.

Pelajar berpeluang untuk mengulangi sesuatu konsep atau isi padabila-bila masa atau sebanyak mana sekalipun, tanpa perlu merasa bimbang komputer akan merasa jemu untuk melayannya.

Di tambah dengan penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan pelajar tidak merasa bosan.

SOALAN 8 : APAKAH KELEBIHAN - KELEBIHAN MULTIMEDIA BERBANDING MEDIA PENGAJARAN YANG LAIN ?Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaranPendekatan yang berunsur permainan mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikanitu disamping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari.

Walaupun penggunaan perisian yang baik dalam proses p&pakan memberi impak kepada pelajar di dalam menguasai sesuatu isi pelajarantetapi ia bukanlah jawapan untuk menguasai semua masalah yang dihadapi di dalam kelas.

Komputer tidak mungkin dapat menggantikan "guru yang baik" tetapi digunakan sebagai alat yang membantu guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan.

http://www.cikgu.tv/category/interactive-games/

SOALAN 9

SOALAN 9 : APAKAH KELEMAHAN DAN MASALAH PENGGUNAAN MULTIMEDIA ?Walaupun bantuan teknologi multimedia mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa, ia juga mempunyai kelemahan serta masalahnya tersendiri. Antara kelemahan yang dihadapi ialah:Minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaranKualiti perisianTempoh penghasilan perisian multimediaKos perbelanjaan dan pembinaan perisian

SOALAN 9 : APAKAH KELEMAHAN DAN MASALAH PENGGUNAAN MULTIMEDIA ?Minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaranPara pendidik kurang diberi pendedahan dalam perkembangan dan kemajuan multimedia.

Masalah ini di pandang serius dan telah diadakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan para pendidik dengan ilmu teknologi komputer.

Minat, pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran para pendidik untuk menghasilkan perisian amatlah perlu untuk membangunkan martabat pencapaian cemerlang dalam pembelajaran.

SOALAN 9 : APAKAH KELEMAHAN DAN MASALAH PENGGUNAAN MULTIMEDIA ?Kualiti perisianPerisian kursus yang bermutu tinggi agak sukar untuk dihasilkan.

Faktor masa tenaga mahir adalah penghalang utama mengapa perisian kursus yang bermutu tinggi sukar dihasilkan.

Sering juga berlaku dimana pembangunan sesebuah perisian hanya bertumpu kepada nilai komersial yang mana kualiti dinilai berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualiti nilai pengajaran/pembelajaran serta perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai.

SOALAN 9 : APAKAH KELEMAHAN DAN MASALAH PENGGUNAAN MULTIMEDIA ?Tempoh penghasilan perisian multimediaPembinaan perisian memerlukan latihan yang sistematik untuk menguasai kemahiran dalam perisian-perisian multimedia.

Maka ia memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Ia juga harus mengambil kira ketepatan isi kandungan pelajaran.

SOALAN 9 : APAKAH KELEMAHAN DAN MASALAH PENGGUNAAN MULTIMEDIA ?Kos perbelanjaan dan pembinaan perisianPembinaan perisian multimedia memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Ia disebabkan oleh harga perkakasan dan perisian atau tenaga mahir tempatan yang terlalu sedikit jika di bandingkan dengan negara barat.

Kos pembiayaan projek yang tinggi juga mempengaruhi pembinaan perisian kursus yang berkualiti. Kos untuk mengupah tenaga mahir adalah tinggi.

Adalah menjimatkan jika perisian kursus dibangunkan sendiri oleh tenaga pengajar.

RUMUSANDunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut.Tambahan lagi, pelajar-pelajar dewasa ini mempunyai capaian terhadap maklumat yang tidak terbatas dan mereka tidak lagi hanya tertumpu pada buku teks dan penerangan guru semata-mata. Penggunaan bahan belajar yang menarik dan berkualiti mampu meningkatkan prestasi pelajar dan sekaligus menjadikan suatu pengurusan pembelajaran itu sangat efektif.

TERIMA KASIH..