View
532
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
1
THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
33000, KUALA KANGSAR, PERAK
KERJA KURSUS SEJARAH
FELCRA BUKIT KEPONG BERHAD
2
NAMA : ABDUL HAFIZ BIN MOHD KAMARUDDIN
KELAS : 3 SEJAHTERA
GURU : PUAN AISAH BINTI BAHARIN
3
ELEMEN 1
4
AKHBAR
5
6
PM syor Felda, Risda, Felcra bergabung
PEKAN 23 Ogos – Tiga agensi perladangan terbesar di negara ini – Felda, Risda dan Felcra disaran
bergabung mewujudkan satu konsortium bagi melaksanakan pelbagai projek industri hiliran berimpak tinggi
pada masa akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengemukakan cadangan tersebut yakin jalinan
kerjasama itu mampu memberi keuntungan yang berganda kepada agensi-agensi terbabit selain membasmi
kemiskinan dengan lebih berkesan.
Menurut beliau, perbincangan mewujudkan jalinan kerjasama itu akan diadakan dalam tempoh terdekat
sebelum ketiga-tiga agensi terbabit tampil mengemukakan konsep gabungan yang bakal dilaksanakan.
‘‘Ketiga-tiga agensi masih kekal tetapi projek-projek yang dijalankan boleh dilaksanakan menerusi kerjasama
dengan mewujudkan satu konsortium.
‘‘Saya telah minta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ketiga-tiga agensi ini berbincang dan apabila
bersedia, mereka boleh berjumpa dengan saya atau Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk kita
buat satu ketetapan bagaimana konsep gabungan itu dilaksanakan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok
(RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) Risda di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari
ini.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Najib menjelaskan, banyak projek industri hiliran dapat dilaksanakan secara kerjasama antara Felda, Risda
dan Felcra termasuk dalam pengurusan ladang dan kilang.
Ini kerana, kata beliau, projek-projek yang dijalankan oleh ketiga-tiga agensi itu mempunyai banyak persamaan
dan tidak sewajarnya ia dijalankan secara berasingan.
7
Beliau memberi contoh, ketiga-tiga agensi terbabit boleh merancang untuk membina sebuah kilang baja atau
sawit yang dapat dikongsi oleh peneroka Felda dan para peserta Risda dan Felcra.
‘‘Kalau ketiga-tiga agensi ini berkongsi mendirikan sebuah kilang baja atau sawit, kita akan dapat nikmat
ekonomi yang lebih besar berbanding setiap agensi mendirikan kilang masing-masing.
‘‘Kalau kawasan kilang sawit itu pula dekat dengan ladang Felda, Risda dan Felcra dan semua agensi ini
menggunakan kilang yang sama, sudah tentu kilang ini lebih maju berbanding setiap agensi mempunyai kilang
masing-masing di ladang masing-masing.
‘‘Keuntungan yang lebih besar juga dinikmati oleh para peneroka dan peserta sesebuah ladang tersebut,”
jelasnya.
Najib menganggap cadangan itu tidak tidak mustahil memandangkan agensi-agensi terbabit mampu
mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar untuk melaksanakan projek-projek tertentu.
‘‘Jika kita boleh menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar negara, mengapa tidak dengan agensi-
agensi yang dimiliki oleh kerajaan walaupun terletak dalam kementerian yang berbeza.
‘‘Kita sebenarnya mempunyai matlamat yang sama dan kekuatan dalaman untuk menguasai ekonomi,”
katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib memberitahu, kerajaan sedang merumuskan satu model ekonomi baru
yang memberi penekanan kepada nilai tambah tinggi dalam projek-projek yang dijalankan.
Dalam sektor pertanian misalnya, kata beliau, kerajaan merancang meningkatkan lagi industri ternakan burung
layang-layang atau walit dan rumput laut yang berpotensi dimajukan.
Kerajaan juga, jelas beliau, menerusi Felda akan menjalankan projek ternakan lembu selepas membeli tanah
seluas lapan juta hektar di Australia bagi tujuan tersebut.
‘‘Lembu-lembu itu kemudian akan dibawa ke Malaysia untuk dibesarkan dan menerusi haiwan tersebut kita
mampu mencipta 28 lagi projek hiliran yang lebih menguntungkan berbanding hasil dagingnya semata-mata,”
jelasnya.
8
Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh: 23 Ogos 2009
Dewan Rakyat Convenes First Meeting, Pandikar Amin Sworn In As
Speaker
KUALA LUMPUR, April 28 2008 (Bernama) -- The first meeting of the first session of the 12th parliament began
today, with the swearing-in of the 222 members of parliament led by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi.
Before the MPs were sworn in, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, a veteran Sabah politician, took the oath of office
and was proclaimed the Dewan Rakyat speaker.
His appointment, under Article 57 of the Federal Constitution, was proposed by Abdullah, who had nominated
only Pandikar Amin's name to the Dewan Rakyat secretary, Rosmee Hamzah, in a letter dated April 10.
9
Pandikar Amin's appointment was seconded by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. Before
being sworn in, Rosmee and his aides helped Pandikar Amin, 53, the Barisan Nasional's (BN) sole nominee for
the post, put on the speaker's regalia.
Pandikar Amin, of Kota Belud, Sabah, and former Minister in the Prime Minister's Department, served as a
senator before and was president of the now defunct Angkatan Keadilan Rakyat (Akar Bersatu).
Santubong MP Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar and Beluran MP Datuk Ronald Kiandee were elected
deputy speakers through ballot voting after three names were proposed for the post.
Wan Junaidi of Sarawak and Ronald from Sabah were proposed by the prime minister while DAP adviser Lim
Kit Siang, who is also Ipoh Timur MP, nominated Kepong MP and DAP deputy chairman Dr Tan Seng Giaw.
Wan Junaidi polled 157 votes, Ronald 140 and Dr Tan, a dermatologist, managed only 81.
The sitting was adjourned to tomorrow after the deputy speakers' election. The Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Mizan Zainal Abidin, will open the Parliament session Tuesday.
The Dewan Rakyat will be in session for 16 days until May 27.
The 12th general election on March 8 saw the Barisan Nasional (BN) securing a simple majority to form the
government, winning 140 of the 222 parliamentary seats, while the Opposition won 82.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) romped home 31 seats, DAP (28) and PAS (23).
For the first time, the first 30 minutes of the question-and-answer session will be telecast live by RTM from
Wednesday.
Source : BERNAMA
10
INTERNET
11
12
13
MELAWAT
TEMPAT
KAJIAN
14
15
SUMBER-SUMBER
LAIN- Jenis sumber
- Alamat/punca sumber
16
17
ELEMEN 2
SENARAI KANDUNGAN
18
19
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat illahi denga limpahkurnia-Nya akhirnya saya
dapat juga menyiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah saya.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Encik Anand
bin Baharudin, pengetua sekolah The Malay College Kuala Kangsar dan Puan
Aisah binti Baharin selaku guru mata pelajaran sejarah tingkatan 3Sejahtera
yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika
menyiapkan kerja kursus sejarah ini.
Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
kepada ayah Mohd Kamaruddin bin Muhamad, ibu Noor Aza binti Abd. Aziz,
serta ahli keluarga yang lain yang telah banyak membantu dari segi
kewangan mahu pun pengetahuan atau mencari bahan. Tidak lupa juga
20
kepada rakan – rakan perjuangan yang lain iaitu Nik Ahmad Nazeem, Mohd
Faizul Izwan, Muhammad Hazman, dan yang lain-lain kerana banyak
memberi kerjasama dengan kongsi pengetahuan.
Tidak dilupakan juga kepada pihak Felcra Bukit Kepong Berhad yang
telah bekerjasama bersama saya dalam menyiapkan kerja kursus yang tida
seberapa ini.
OBJEKTIF KAJIAN
21
Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk Institusi Pentadbiran tempatan
yang terdapat di negara kita. Objektif kajian adalah seperti berikut:-
1. Melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti sumber-sumber
institusi pentadbiran dengan sahih.
2. Saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat Felcra Bukit
Kepong Berhad dalam memajukan negara yang tercinta ini, Malaysia.
3. Melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan, undang-
undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.
4. Menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi
muda .
22
KAEDAH KAJIAN
Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk
mendapat maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan
ialah:
1. Melayari internet.
Maklumat-maklumat mudah diperoleh melalui internet. Internet dapat
membantu saya dalam memuat turun bahan-bahan yang saya
perlukan dengan cepat.
2. Keratan akhbar.
23
Saya juga mencari maklumat yang berkaitan dengan Felcra Bukit
Kepong Berhad dalam beberapa buah akbar.
3. Melawat tempat kajian
Saya juga telah melawat ke tempat kajian, Felcra Bukit Kepong Berhad
bagi mendapatkan maklumat yang lebih sahih dan tepat.
4.
Hasil Kajian
1 Institusi Pentadbiran Tempatan:
1.1- Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain
24
Nama tempat yang saya kaji ialah Felcra Bukit Kepong. Ianya merupakan kawasan Felcra di
bawah pentadbiran wilayah Johor .
1.2 – Lokasi
Felcra Bukit Kepong terletak dalam daerah Muar, Johor . Jarak dari bandar Muar ke tempat
kajian ialah kira-kira 80 kilometer dan dari bandar Segamat ialah kira-kira 35 kilometer . Oleh
yang demikian kawasan ini boleh dikategorikan terletak di luar bandar.
1.3 - Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan
1.3.1.Matlamat penubuhan Felcra ialah :
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atauFELCRA telah ditubuhkan
pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu
penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysiadan seterusnya
meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.
Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRABerhad telah ditukar nama
kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada
sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. Penukaran entiti korporat ini
membolehkanFELCRA Berhad menceburi bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi
pembangunan nasional.
Pengurusan Felcra memang terkenal dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti
teras. FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor
25
perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan .
Pada peringkat pusat , FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang
berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan
menguntungkan .
1.3.2. Misi & Visi
Misi Korporat
Memegang falsafah Peserta Bersyukur No. 1 dan terus berkembang bersama mereka
dengan growth with equity; di samping mengurus, menjaga serta memegang kepentingan
amanah kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta.
Melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR ) melalui pembangunan ladang-
ladang dan aktiviti yang berkaitan dengan lebih efisyen dan menguntungkan.
Melaksanakan program diversifikasi yang menguntungkan dan di dalam masa yang sama
merancang dan melaksanakan program berorientasikan eksport di samping berazam
mencapai identiti konglomerat yang berjaya.
1.3.3.Visi Korporat
Kekal sebagai plantation house yang terkemuka dan berkembang sebagai sebuah
konglomerat yang berjaya.
26
1.3.4.Objektif
Memberi nilai pulangan yang tinggi ke atas ladang-ladang yang dibangunkan.
Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta dan juga staf.
Memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang
terkini.
Mempertingkatkan ekonomi nilai tambah Syarikat.
1.3.5.Fungsi
Memulihkan Dan Menyatukan Tanah Dengan Kelulusan dan Permintaan Pihak Berkuasa
Negeri dan Persetujuan Pemilik Tanah
1.3.6.Strategi
FELCRA Berhad beroperasi berasaskan pendekatan berimbang di antara Program
Corporate Social Responsibility (CSR)dengan Program Perniagaan (keuntungan).
1.4 - Carta organisasi dan senarai pentadbir
Felcra pada peringkat pusat ditadbir melalui sebuah lembagaPengarah yang terdiri
daripada seorang pengerusi , ketua pegawai eksekutif , presiden , 6 orang ahli lembaga dan
seorang Setiausaha Syarikat.
Pada peringkat pejabat Felcra di kawasan kajian ianya diketuai oleh seorang pengurus
kawasan dibantu dengan lain-lain perjawatan.
27
2 Latar Belakang:
28
2.1. Sejarah penubuhan (Asal usul / Tarikh / Pengasas)
Penduduk asal Bukit Kepong ialah orang asli. Kemudian kawasan ini di datangi oleh
penghijrah dari Indonesia. Kaum Cina pula mengusahakan ladang gambir dan lada hitam. Dari
segi geografi kawasan ini dipenuhi dengan kawasan yang berbukit-bukit dan ditumbuhi
dengan pokok kepong. Maka kawasan ini diberikan nama Bukit Kepong.
Kawasan Felcra Bukit Kepong telah dibuka pada 1972 dengan keluasan 1,235.22
hektar. Ladang ini telah mula ditanam dengan kelapa sawit pada tahun 1973 dan mula
mengeluarkan hasil pada tahun 1976.Ia melibatkan 226 peserta.
Kawasan Felcra peringkat ke 2 dan 3 pula telah dibuka pada tahun 1976 dengan
keluasan 1211 hektar dan mula mengeluarkan hasil pada 1980. Ia melibatkan 152 orang
peserta.
Projek ini dikenali sebagai Rancangan Tanah Belia Felcra. Pengambilan peserta adalah
seramai 378 orang dengan pegangan setiap peserta seluas 10 ekar bagi setiap peserta.
Pada tahun 1980 satu perkampungan seluas 200 hektar telah diwujudkan. Nama
Perkampungan Felcra Bukit Kepong diambil sempena nama Mukim Bukit Kepong. Kawasan
ini dibuka dengan tujuan membantu masyarakat kampung khasnya orang Melayu bagi
mewujudkan sebuah perkampungan yang baru yang terdiri daripada penduduk yang berlainan
kawasan dari seluruh negeri Johor.
2.2. Undang-undang tubuh / Undang-undang kecil / Garis panduan penubuhan
29
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan
pada tahun 1966.
Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRABerhad telah ditukar nama
kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada
sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan
2.3. Perincian peranan / Tanggungjawab bidang tugas pentadbir
Pengurusan Felcra Bukit Kepong melaksanakan corak pentadbiran mengikut tata cara
pengurusan yang digariskan oleh pejabat induk di Kuala Lumpur. Ianya termasuk soal
kawasan ladang di Felcra Bukit Kepong sendiri bersama dengan pengurusan Projek Paya
Redan ( Pagoh ), Projek Kg Tui ( Bukit Kepong ) , Bukit Kepong 2/3 ,dan Projek Bukit
Kepong 1/ Sg Gatom ( Labis,Segamat ).
Pentadbiran pejabat ini juga menguruskan peserta seramai hampir 400 peneroka dan
menguruskan ladang seluas 1400 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit ( 90 % ) dan getah
( 10 % )
Pengurusan Felcra juga menguruskan kira-kira 40 orang kakitangan termasuk pekerja
kontrak untuk menguruskan ladang seperti mandur dan pekerja ladang.
2.4.Cara pelantikan pentadbir tempatan
Perjawatan dan pelantikan ke jawatan bagi kesemua pekerja di Felcra ini dilakukan
oleh Felcra Berhad sendiri melalui permohonan , proses temuduga dan pelantikan dan
seterusnya urusan penempatan pegawai atau pekerja.
30
3 Peranan:
3.1. Ekonomi
FELCRA pada asasnya mempunyai beberapa peranan yang dimainkan antaranya dalam bidang
ekonomi ialah :
a. sebagai agensi pelaksana kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri bagi merealisasikan
program-program pembangunan rakyat di luar bandar.
b. Mempergiatkan projek-projek pemulihan dan penyatuan tanahtermasuk tanam semula .
c. Memperkukuhkan asas ekonomi dan perniagaan teras.
Fungsi yang dijalankan oleh Felcra juga berkaitan dengan usahamenjana pendapatan melalui
pembangunan ladang. Para peserta memperolehi pendapatan melalui peluang pekerjaan yang
diwujudkan di ladang mereka disamping dividen tahunan dari keuntungan ladang. Pendapatan
dari ladang memberi pulangan yang setimpal berdasarkan keluasan tanah peserta. Peserta Felcra
ini mendapat pendapatan antara RM 2000 – 3000 sebulan daripada keuntungan hasil mengikut
keluasan ladang masing-masing.
Pembangunan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) juga dilaksanakan . Bagi pembangunan
IKS, empat aktiviti utama dijalankan iaitu Pembangunan Produk dan Pemasaran, Pogram
Pembangunan dan Penyelidikan, Tabung Pojek Ekonomi dan Ekspo Peringkat Negeri
dilaksanakan dikesemua Felcra yang terlibat.
Peserta Felcra Bukit Kepong juga terlibat dalam mengusahakan ternakan lembu dan
kambing . Sebilangan peserta menggunakan ladang mereka sebagai tempat memelihara
binatang ternakan ini. Hasil ternakan mereka akan dijual kepada pembeli dari kawasan
31
Lenga , Bukit Kepong , Labis dan Segamat melalui orang perseorangan. Jualan juga semakin
meningkat apabila umat Islam membeli lembu dan kambing untuk upacara korban sempena
sambutan Hari Raya Korban.
Terdapat juga dalam kalangan peserta melakukan aktiviti menternak ikan dalam
kolam . Antara jenis ikan yang diusahakan ialah ikan tilapia , kap dan patin.
Terdapat juga beberapa peserta mengusahakan perniagaan runcit melalui kedai runcit dan
kedai koperasi. Kebanyakan kedai runcit menjual barangan keperluan harian seperti keperluan
dapur , makanan , minuman , ikan, sayur-sayuran , minyak petrol dan sebagainya. Terdapat
juga beberapa peniaga sambilan yang berniaga kuih-muih berbentuk warung dan kedai
makanan .
Di Felcra ini juga terdapat kedai menjual papan, perabot ,membaiki kenderaan yang
menjalankan perniagaan membaiki motosikal dan mengecat kereta.
3.2. Pendidikan
Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting dalam usaha membentuk generasi Felcra
yang berpengetahuan dan memiliki kelulusan akademik atau kemahiran yang tinggi. Pihak
pengurusan Felcra melaksanakan tugas melalui peruntukan yang diterima
daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan aktiviti tuisyen
dan program motivasi bagi pelajar sekolah rendah dan menengah di sini. Peruntukan yang
disalurkan secara tahunan ini mampu memotivasikan pelajar dalam usaha mencapai kejayaan
dalam peperiksaan awam.
32
Terdapat juga Program Pengukuhan Jati Diri atau PEJADIanjuran Felcra pusat yang
dilaksanakan di sini. Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi
membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan
insan supaya mereka lebih bermotivasi untuk meningkatkan ilmu, pendidikan dan kemahiran
untuk meningkatkan pendapatan keluarga.
Dalam Program Memperkasa Ilmu Dan Kemahiran atau PMIK ianya menyediakan
bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus
latihan kemahiran dan peningkatan pencapaian akademik untuk memberi peluang kepada mereka
pekerjaan yang lebih baik.
3.3 Keagamaan
Kawasan ini terletak di negeri Johor yang setiap masjid di negeri ini melaksanakan
Program Memakmurkan Masjid. Ianya dilaksanakan oleh jawatan kuasa kampung , jawatan
kuasa Gerakan Desa Wawasan dan melibatkan pengurusan Felcra sendiri. Pelbagai aktiviti
dilaksanakan sepanjang tahun seperti Program Mengimarahkan Masjid , Bilal Muda , Kursus
memandi dan mengkafan jenazah , kuliah maghrib , kuliah isyak dan sebagainya.
Pada peringkat peserta sendiri mereka terlibat dengan pelbagai sambutan bersifat agama
seperti menyambut Sambutan Maulidur Rasul , nisfu Saaban , sembahyang tarawikh dan
sebagainya . Amalan membaca yassin setiap malam jumaat juga dilaksanakan pada setiap blok
pada malam Jumaat. Begitu juga upacara keagamaan lain juga dijalankan seperti tahlil ,
kenduri arwah , qatam Quran, potong jambul sempena mendapat anak , ziarah kematian dan
sebagainya.
33
3.4. Kebajikan
Peserta Felcra di sini telah menjadi anggota koperasi Peserta Felcra yang ditubuhkan sekitar
tahun 2000. Saham anggota dibayar melalui tunai dan dijadikan modal bagi koperasi
menjalankan aktiviti perniagaan. Koperasi juga membuka keanggotaan koperasi kepada generasi
kedua iaitu kepada ahli keluarga
Melalui Yayasan FELCRA Berhad , setiap Felcra di negara ini mendapat peruntukan tahunan
bagi melaksanakan program pendidikan tuisyen, kecermelangan pelajar, pinjaman pendidikan,
biasiswa pendidikan, tabung dermasiswa, latihan dan kemahiran teknikal. Program Yayasan
FELCRA adalah khusus untuk para peserta, staf dan keluarga mereka sahaja.
Salah satu program yang dilaksanakan juga ialah Program Pembentukan Generasi
Wawasan . Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan
anak-anak kumpulan sasar yang berumur 17 tahun ke bawah menikmati pekej makanan
tambahan yang seimbang dan berkhasiat.
Sebilangan peserta juga terlibat dengan program penanaman semula kebun kelapa sawit di
Felcra ini. Pihak pengurusan melaksanakan pengurusan dengan kaedah memberi pinjaman untuk
membeli benih , menguruskan kebun sehingga boleh mengeluarkan hasil. Peserta juga diberikan
bantuan sara hidup sebanyak RM 700 sebulan untuk menampung keperluan keluarga. Segala
bayaran untuk bantuan sara hidup dan bantuan penanaman semula akan dipotong melalui
bayaran secara tahunan iaitu selama 15 tahun. Ini membolehkan peserta tidak terhimpit dengan
masalah kewangan ketika menunggu kebun mengeluarkan hasil.
4 Perkembangan:
34
4.1.- Sumber kewangan
Dibawah Rancangan Malaysia ke 9, FELCRA Berhad telah diberi peruntukan bagi
membantu usahawan FELCRA di dalam program Latihan Usahawan , Pemasaran/Promosi
seperti mempromosi produk luar bandar terutamanya dalam sektor makanan dan pertanian
dengan menyediakan rangkaian pemasaran unuk pasaran dalaman dan ntarabangsa.
Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga sering mengadakan usaha untuk
menambah peruntukan ke arah peningkatan taraf hidup semua peserta di sini.
4.2.- Pembangunan prasarana / fizikal
Di dalam kawasan Felcra ini pihak kerajaan memberi dan mengadakan pelbagai
kemudahan awam dan infrastruktur seperti air , elektrik , jalan raya , balai raya , sekolah
menengah , sekolah rendah , balai polis , masjid , dewan orang ramai dan sebagainya.Masih
dalam perbincangan pula ialah projek mengganti paip air ke setiap rumah di Felcra ini bagi
menggantikan paip yang lama.
4.3.- Kemajuan yang dicapai
Pada peringkat awal penubuhannya , pendapatan peneroka tidaklah begitu besar. Ini
kerana masalah harga kelapa sawit yang merupakan bahan komoditi sering berubah-ubah dan
menyebabkan pendapatan peserta statik. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini pendapatan
peserta bertambah lumayan kerana harga kelapa sawit yang semakin meningkat iaitu sekitar
RM 650 setan. Hasil daripada kenaikan harga ini , sejumlah peserta mampu membeli kereta
dan mengubahsuai rumah . Ada juga peserta yang telah membina rumah baru yang lebih besar
dan cantik.
35
Sebilangan anak peserta juga telah berjaya memasuki gerbang pusat pengajian tinggi di
dalam negara ini.
4.4.- Cabaran yang dihadapi
Pihak pengurusan Felcra menyatakan bahawa harga kelapa sawit yang sedang
meningkat mampu meningkatkan pendapatan peserta dan pengurusan Felcra sendiri. Namun
begitu dalam jangka masa panjang beliau melahirkan rasa khuatir dengan harga pasaran pada
masa akan datang.
Pengurusan Felcra juga menghadapi masalah kekurangan pekerja untuk melakukan
kerja pengurusan ladang seperti menuai hasil , mengangkut hasil , membaja , meracun rumput
rampai dan sebagainya. Ini kerana kira-kira 60 % peserta menyerahkan tugas tersebut kepada
pihak pengurusan untuk mengusahakannya. Ianya adalah disebabkan masalah umur mereka
yang melebihi 50 tahun. Bagi menyelesaikan masalah ini pihak pengurusan mengambil
pekerja asing untuk membantu.
Para peserta pula berhadapan dengan masalah jika usia tanaman mereka melebihi 20 tahun
kerana terpaksa dilakukan proses tanam semula. Ini menyebabkan mereka kehilangan sumber
pendapatan utama dan terpaksa bergantung pada wang sara hidup yang dibiayai oleh pihak
Felcra pusat.
Terdapat juga segelintir peserta melahirkan kebimbangan kebun mereka sering dilanda banjir
apabila hujan lebat melanda. Ini kerana jarak kebun mereka yang sangat berdekatan dengan
punca sungai.
36
RUMUSAN
Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara
yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan
melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang saya lakukan ini juga
37
menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan ,
sangat pantas jika kitaberbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana
hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun. Ini dapat dibuktikan
dengan kehadiran Felcra Berhad Bukit Kepong dalam geografi di Muar yang walaupun
merupakan sebuah kawasan yang terpecil atau jauh daripada kesibukan kota , tetapi kerajaan
sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi rakyat .
Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada
perkembangan dan kemajuan pesat Felcra Berhad Bukit Kepong adalah kerana nilai-nilai
murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada para pengurus , penyelia ,
staf sokongan dan juga para pekerja ladang. Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu
padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap
urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap
peserta Felcra Bukit Kepong. Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara
mereka.
Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara
nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi
orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang
dilakukan .
Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang pentingnya
sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan proses
pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.
38
LAMPIRAN
(i) Melawat tempat kajian
39
Melawat Wisma Felcra
Mantan Pengerusi FELCRA
40
Yg.Bhg Dato` Nasaruddin Bin Bahari
(31 Mei 1971-17 Julai 1971) Yg.Bhg Dato` Hj. Akasah Hj Abdul Rahman
(1 April 1976-31 Dis 1983)
Yg.Bhg Tuan Hj. Abdul Rahman Bin Sabri
(1 Feb 1984-31 Jan 1988)
Yg.Bhg Dato` Hj. Md Noor Bin Mat Dom
(1 Feb 1988-31 Dis 1990)
Yg.Bhg Dato` Hj. Arifin Bin Said
(1 Jan 1991-28 Feb 1993)
41
Mantan Pengerusi FELCRA Berhad
Yg.Bhg Dato` Hj. Ahmad Shahibuddin Md Noor
(1 Mac 1993-31 Sept 2000)
YB. Senator Dato` Hamzah Zainudin
(1 Okt 2000-31 Sept 2006)
YB Dato` Nasarudin Hashim
(1 Oct 2006- 15 Oct 2008)
42
BIL. KOD KAWASAN/ GRED T LUAS [HEK]
LOKASI LADANG KAW KELILING MAJU TANAM
1 07-617 BUKIT KEPONG G 3 K
1 07-617 Bukit Kepong 1 & Tamb. S 1,234.69 946.12 946.12
2 07-618 Bukit Kepong 11 & 111 S 1,211.11 827.87 827.87
3 07-629 Kg. Tui S 311.58 299.04 299.04
43
4 07-630 Sg. Gatom S 96.76 87.15 87.15
5 07-654 Paya Redan G 75.02 70.90 70.90
2,929.16 2,231.08 2,231.08
2 07-616 TEBING TINGGI G 3 K
6 07-616 Tebing Tinggi 1 G 737.22 492.80 478.36
7 07-620 Tebing Tinggi 11 G/S 479.23 379.11 346.00
8 07-621 Tebing Tinggi 111 G 506.08 430.97 405.98
9 07-622 Tebing Tinggi 1V G/S 458.75 406.87 388.25
10 07-623 Tebing Tinggi V G/S 450.78 412.30 377.00
11 07-627 Tebing Tinggi V1 S 277.33 253.85 247.02
12 07-628 Kg. Jabi S 154.53 154.53 141.52
13 07-634 Paya Betong S 28.43 27.29 25.87
14 07-650 Paya Lebar S 135.67 116.66 112.13
15 07-656 Kg. Tebing Tinggi S 18.02 17.71 16.14
16 07-664 Paya Betong (T) S 14.16 14.16 12.98
17 07-665 Kg. Tebing Tinggi (T) S 50.11 45.38 42.81
18 07-667 Padang Birah G/S 54.52 54.52 49.85
19 07-685 Tebing Tinggi 1 (Paya) S 32.84 32.84 32.84
20 07-723 Padang Jejah S 46.00 46.00 46.00
21 07-724 Paya Lebar (T) S 20.00 20.00 20.00
22 07-725 Tebing Tinggi (T) S 8.00 8.00 8.00
23 07-734 Kg. Jabi 11 S 42.00 42.00 42.00
24 07-739 Kg. Jabi (Paya) S 10.00 10.00 10.00
44
25 07-740 Bukit Keledang S 66.00 66.00 63.00
26 07-742 Sri Manis S 20.00 20.00 20.00
3,609.67 3,050.99 2,885.75
3 07-625 POGOH G3
27 07-612 Paya Kepar S 256.00 243.20 243.20
28 07-625 Pogoh 1 S 558.26 420.96 400.05
29 07-658 Pogoh 11A S 38.57 38.57 34.40
30 07-659 Pogoh 111 S 439.76 439.76 413.61
31 07-660 Pogoh 1V S 429.21 423.51 404.78
32 07-732 Pogoh 11B S 997.73 997.73 943.48
33 07-736 Sri Dagang S 46.00 46.00 43.79
34 07-753 Paya Kepar (TS) S 198.00 198.00 198.00
2,963.53 2,609.73 2,439.52
4 07-675 SG. SEPULOH G 3
35 06-544 Gunung Lambak 1 S 583.84 583.84 518.26
36 06-580 Kg. Tengah S 40.68 40.10 36.68
37 06-648 Gunung Lambak 11 S 72.22 61.95 52.30
38 07-675 Sg. Sepuloh 1C S 594.70 594.70 545.63
39 07-702 Sg. Sepuloh 1B S 594.10 594.10 561.91
40 07-703 Sg. Sepuloh 1A L/S 766.60 701.10 568.68
2,652.14 2,575.79 2,283.46
5 06-530 SG. ARA G 3
41 06-530 Sg. Ara 1 G/S 589.32 589.32 559.32
45
42 06-537 Sg. Ara 11 S 477.90 477.90 362.39
43 06-538 Sg. Ara 111 S 60.20 60.20 54.16
44 06-540 Ulu Sedili S 229.17 229.17 204.45
45 07-683 Dusun Panti D/G 538.70 538.70 538.70
46 07-691 Sg. Ara (Pem) D/S 379.32 379.32 379.32
2,274.61 2,274.61 2,098.34
6 06-526 BUKIT PEDOMAN G5
47 06-526 Bukit Pedoman 1 G 409.69 301.60 301.60
48 06-528 Bukit Pedoman 11 G 447.76 347.03 347.03
49 06-529 Bukit Pedoman 111 G 451.23 268.62 268.62
50 06-549 Batu 7 Tenglu S 29.66 29.66 28.27
51 06-553 Batu 4-6 Tenglu S 173.35 173.35 151.93
52 06-644 Sg. Jemari S 233.55 221.36 221.36
53 07-712 Bukit Pedoman 1V S 401.30 401.30 401.30
2,146.54 1,742.92 1,720.11
7 07-610 SEKIJANG G 5
54 07-610 Sekijang 1 G 840.34 631.00 621.00
55 07-638 Sekijang 11 S 140.00 140.00 136.00
56 07-678 Tuang Kajang 1 G 55.99 44.24 41.99
57 07-717 Tuang Kajang 11 G 167.00 137.51 116.88
58 07-726 Sg. Lenek G 100.00 100.00 95.00
1,303.33 1,052.75 1,010.87
8 06-517 SG. KAHANG G 5
46
59 06-517 Sg. Kahang 1 S 451.39 390.10 370.97
60 06-574 Pengkalan Tereh S 68.81 68.60 65.62
61 06-579 Sg. Kahang 11 S 384.52 185.75 160.33
62 06-591 Sg. Jebong A & B S 576.00 576.00 576.00
63 07-619 Kg. Sedohok S 56.50 55.27 52.29
1,537.22 1,275.72 1,225.21
9 06-516 MAWAI BARU G5
64 06-514 Sg. Redan S 17.00 17.00 17.00
65 06-516 Mawai Baru 1 G 280.16 117.40 115.00
66 06-525 Kg. Sayang G/S 54.00 37.00 37.00
67 06-541 Mawai Baru 11 S 27.77 27.77 22.00
68 06-552 Batu 9 S 45.26 37.95 37.95
69 06-563 Kg. Baru/ Sg. Tiram S 21.14 21.14 18.82
70 06-565 Sg. Gambut S 226.37 180.72 172.00
71 06-582 Bt. 16 Jln Kota Tinggi S 62.16 52.16 48.54
72 06-583 Kg. Pdg./Kg. Gembut S 96.18 84.31 84.31
73 07-684Sg. Mong /Bt. 12 Jln
Mawai L/S 376.88 376.88 374.00
1,206.92 952.33 926.62
10 06-534 SG. MELIKAI G5
74 06-527 Sg. Melikai 11 S 566.04 566.04 533.53
75 06-534 Sg. Melikai 1 G 455.42 455.42 427.08
76 06-535 Lubuk S 193.12 193.12 193.12
47
77 06-551 Kg. Wak Salam S 65.81 65.81 65.81
78 07-680 Sg. Melikai 111 S 173.10 173.10 163.00
79 07-719 Sg. Melikai 1V S 91.29 91.29 87.31
1,544.78 1,544.78 1,469.85
11 06-522 PALOH G 5
80 06-522 Batu 3 1/2 Paloh (S) G/S 1,311.00 1,194.00 1,002.00
81 06-532 Batu 3 1/2 Paloh (Lot) G 189.00 189.00 120.00
82 07-681 Kg. Melayu Batu 4 S 25.00 25.00 25.00
1,525.00 1,408.00 1,147.00
12 KUALA KABONG G 6
83 06-523 Kuala Kabong 11 G/S 468.49 337.00 302.00
84 06-557 Kg. Pok S 47.79 39.00 39.00
85 06-560 Kg. Ladang S 40.80 40.80 40.80
86 06-562 Kg. Sawah S 29.76 29.76 28.68
87 07-655 Sri Bunian S 48.36 48.24 48.24
88 07-670 Parit Jerman 1 N 65.00 65.00 65.00
89 07-672 Batu Hampar N/S 34.85 34.85 34.85
90 07-673 Parit Selangor 1 N 89.38 89.38 88.55
91 07-682 Kuala Kabong 111 S 52.35 52.35 48.50
92 07-686 Parit Selangor 11 N 29.97 29.97 29.07
93 07-690 Kg. Pok (T) S 6.00 6.00 6.00
94 07-700 Parit Jerman 11 N 35.00 35.00 35.00
95 07-701 Parit Jerman 111 N 14.50 14.50 14.50
48
96 07-706 Parit Marjunit 1 N 40.00 40.00 40.00
97 07-707 Parit Marjunit 11 N 26.00 26.00 26.00
98 07-713 Kuala Kabong 1V S 56.63 56.63 56.63
99 07-727 Sg. Boh N 19.00 19.00 19.00
1,103.88 963.48 921.82
13 06-539 SRI MERSING G5
100 06-539 Sri Mersing 1 S 712.68 433.91 389.12
101 06-645 Sri Mersing 11 S 277.67 277.67 250.13
102 07-677 Sri Mersing 1 (T) G 277.48 277.48 186.11
103 07-687 Sri Mersing 111 S 251.78 251.78 232.13
104 07-720 Sg. Ambat S 249.72 249.72 231.09
105 Sg. Ambat II (A & B) S 165.00 165.00 100.00
1,934.33 1,655.56 1,388.58
14 07-606 KG. AWAT G6
106 07-606 Kg. Awat 1 & 11 G 423.16 354.50 345.48
107 07-633 Sg. Gatal S 49.33 49.33 38.87
108 07-639 Benang Air 11 S 199.32 189.35 180.35
109 07-679 Kg. Pudu G 32.00 26.30 24.20
110 07-694 Kg. Awat (T) S 43.87 43.87 32.35
111 07-731 Lubuk Kepong S 36.00 36.00 36.00
112 07-749 Kg. Awat Seberang S 64.00 64.00 64.00
847.68 763.35 721.25
15 06-572 SALIRAN SUNGAI G 6
49
KESANG
113 06-572 Saliran Sg. Kesang 1 S 146.89 146.89 136.36
114 06-573 Saliran Sg. Kesang 11 S 87.85 87.85 71.59
115 07-607 Kebun Baru 11 G 494.14 494.14 466.16
116 07-635 Parit Kassan S 25.31 25.31 22.61
117 07-637 Bukit Banjar S 25.19 25.19 24.67
118 07-651 Serom 4 S 31.48 31.48 23.00
119 07-652 Kg. Gemeh G 60.93 60.93 50.80
120 07-688 Bukit Sentian 1 S 62.92 42.00 40.00
121 07-689 Bukit Sentian 11 S 19.00 19.00 19.00
122 07-721 Durian Chondong S 45.60 45.60 44.55
123 07-728 Tanjong Gelenggang S 17.00 17.00 15.00
124 07-737 Serom 3 S 26.00 26.00 26.00
125 07-738 Durian Chondong 11 S 101.00 101.00 75.00
126 07-745 Bkt. Serampang S 49.00 49.00 40.00
1,192.31 1,171.39 1,054.74
16 06-515 JOHOR TENGGARA G 6
127 06-515 Sg. Gemuroh S 227.99 196.25 186.18
128 06-519 Kg. Sayong Pinang S 108.47 88.82 82.34
129 06-533 Sg. Telor S 186.29 186.29 174.44
130 06-547 Temenin Baru S 75.81 75.81 69.26
131 06-554 Sg. Kepala Orang S 70.45 70.45 66.98
132 06-556 Batu 12 Jalan Kulai S 2008 34.44 34.44 30.92
50
133 06-561 Kg. Lukut S 66.63 62.63 62.63
134 06-566 Kg. Pasir Asam S 117.88 113.72 110.28
135 06-584 Sg. Telor 11 G 16.42 16.42 15.88
136 07-709 Sg. Gemuroh (T) S 10.00 10.00 10.00
914.38 854.83 808.91
17 06-518 SERI MAHKOTA G 6
137 06-518 Seri Mahkota S 418.52 400.52 391.90
138 06-550 Simpang Penyabong S 23.83 23.83 18.32
139 06-564 GSA Bkt. Tekedai S 45.87 44.87 44.87
140 07-548 Sg. Bebuta S 28.77 28.77 26.92
141 07-631 Bukit Tekedai S 79.04 74.56 70.40
142 07-666 GSA Batu 6-9 S 292.25 292.25 281.82
143 07-674 Tanjung Lingka S 45.57 45.57 43.91
933.85 910.37 878.14
18 07-668 TANAH ABANG G 6
144 07-668 Tanah Abang S 882.67 882.67 776.04
19 06-542 SG. LAYAU G 6
145 06-542 Sg. Layau 1 S 248.98 234.08 234.08
146 06-558 Kg. Lepau 1 & 11 S 97.42 94.12 92.60
147 06-559 T. Empang/Sg. Kapal S 90.94 85.05 85.05
148 06-569 Sg. Layau 11 S 367.95 349.73 349.73
149 06-581 Sg. Raya S 65.06 62.66 62.66
150 06-585 Kg. Baru Tlk. Ramunia S 53.25 46.28 46.28
51
151 07-711 Sg. Layau 111 S 64.85 60.95 60.95
152 Sg. Layau IV S 80.00 80.00 80.00
1,068.45 1,012.87 1,011.35
20 06-545 SEDELI BESAR G 6
153 06-545 Sedili Besar 1 S 209.25 193.00 185.00
154 06-647 Sedili Besar 11 S 182.73 182.73 161.70
155 07-698 Sedili Besar 111 S 370.80 370.80 352.42
156 07-718 Sedili Besar 1V S 180.00 180.00 133.00
942.78 926.53 832.12
21 06-512 SIMPANG RENGGAM G 6
157 06-520 Simpang Rengam 11 G 223.50 97.63 94.70
158 06-531 Sri Desa I S 39.52 36.87 36.87
159 06-543 Simpang Rengam 111 S 117.83 117.83 110.00
160 06-576 Batu 37 Pkt. 1 S 181.46 138.47 128.00
161 06-643 Kg. Ibrahim Majid 1 S 28.77 28.77 28.77
162 07-640 Kg. Ibrahim Majid 11 S 21.66 21.66 20.50
163 07-641 Batu 37 Pkt. 11 S 23.06 23.06 22.70
164 07-697 Kg. Perak S 62.59 62.32 41.58
165 07-704 Sri Desa II S 29.54 27.59 27.59
166 07-708 Parit Mahpol S 26.00 26.00 26.00
167 07-733 Spg. Rengam 1 (T/S) S 50.00 50.00 46.67
803.93 630.20 583.38
22 06-536 SG. SEMBERONG G 5
52
168 06-536 Sg. Semberong S 462.08 455.97 445.11
169 07-714 Batu 29 Peringkat 1 S 202.26 197.29 181.00
170 07-716 Batu 29 Peringkat 2 S 440.94 420.14 352.00
1,105.28 1,073.40 978.11
23 07-602 SRI WANGI G 6
171 06-640 Talang Bunut S 28.00 28.00 28.00
172 07-653 Parit Semo S 30.00 30.00 30.00
173 07-735 Sri Wangi 1 (T/S) S 192.00 192.00 179.00
174 07-741 Batu 19 Air Hitam S 107.00 100.00 100.00
175 07-744 Sri Wangi 11 (T/S) S 48.00 48.00 42.00
176 07-747 Sri Wangi III (TS) S 110.00 110.00 110.00
515.00 508.00 489.00
Nama Kawasan/Ladang Wilayah Johor Sehingga 2008
53
Pusat Latihan FELCRA diwujudkan bagi menyediakan kemudahan-kemudahan latihan dan
rekreasi yang berkualiti. Lokasi pusat latihan ini yang terletak di pinggir bandar dan diselubungi
54
suasana alam semulajadi serta berhampiran tempat tarikan pelancong menjadikannya amat sesuai
untuk dijadikan sebagai tempat latihan , rekreasi dan beristirehat.
Bil Prasarana/Kemudahan Alamat
1
PUSAT LATIHAN & REKREASI
FELCRA BERHAD TEBING
TINGGI
D/A Pejabat Pos Jementah, 85200 Jementah, Segamat
Johor.
Tel : 07-9372249, 07-9372250
Faks : 07-9371410
2
PUSAT LATIHAN FELCRA
SEBERANG PERAK
url:www.plfsp.com.my
Bandar Baru Seberang Perak, 36800 Kg Gajah, Perak.
Tel : 05-6551809
Faks : 05-6551109
Pusat Latihan
RUJUKAN
i. Melawat tempat kajian
IBU PEJABAT FELCRA Berhad,
WISMA FELCRA, LOT 4780, JALAN REJANG,
SETAPAK JAYA, PETI SURAT 12254,
50772 KUALA LUMPUR.
55
ii. Internet
http://www.felcra.com.my/home
http://fkunhas.com/topic/majalah+mengenai+felcra+berhad.html
http://www.mycen.com.my/directions/wisma_felcra.html
56
57
ELEMEN 3
58
SOALAN : BAGAIMANA INSTITUSI PENTADBIRAN
TEMPATAN DAPAT MENGUKUHKAN INTEGRASI NASIONAL
DI NEGARA KITA ?
Felcra Bukit Kepong yang ditubuhkan kira-kira 50 tahun dahulu telah mampu
menjadi antara intitusi yang menyumbang ke arah pembangunan ekonomi
melalui pengeluaran pertanian . Dalam nada yang sama semenjak penubuhannya
intitusi ini juga turut mampu menjana dan melakukan peningkatan pendapatan
kepada warga peserta Felcra .
Walaupun matlamat utama penubuhan Felcra ialah bagi tujuan ekonomi , namun
ia juga mampu berfungsi sebagai penjana integrasi nasional di negara kita
melalui penubuhan , aktiviti dan gerak kerja yang dilakukan mahupun yang
dilaksanakan di kawasan ini.
Pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan mampu melahirkan
sifat muhibah , bersatu padu antara anggota masyarakat yang saling
berinteraksi dan mampu menjana sifat hormat menghormati antara satu sama
lain.
Para peserta yang terlibat dengan Felcra juga telah diberikan dengan sebidang
tanah dan rumah untuk didiami . Para peserta yang datang daripada pelbagai latar
59
belakang lokasi dan lokaliti telah hidup dalam keadaan bersatu padu dan
harmoni . Keadaan ini boleh diibaratkan sebagai sebuah masyarakat bagai isi
dengan kuku yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Anggota masyarakat di Felcra juga melakukan kerja kemasyarakatan seperti
gotong-royong , sukan rakyat dan saling bekerja sama dalam pelbagai kegiatan
keagamaan. Keadaan ini mampu melahirkan sebuah masyarakat yang
saling bersefahaman dan bermuafakat.
Pihak pengurusan Felcra pula melaksanakan tugas mereka dengan
penuh bertanggungjawab , adil dan bertimbang rasa terhadap segala
permasalahan peserta Felcra. Kebajikan dan nasib peserta tidak sesekali
diabaikan. Para pengurusan sering menzahirkan nasihat agar semua
peneroka rajin dan gigih dalam mengusahakan kawasan kebun masing-masing
agar mampu memperoleh hasil yang lumayan terutama sekali apabila masalah
kejatuhan harga komoditi seperti kelapa sawit melanda.
Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya menghargai jasa dan perjuangan tokoh-
tokoh negara yang telah mewujudkan sebuah institusi yang mampu menyumbang
pada proses perkembangan ekonomi negara .Ini menunjukkan bahawa
kepimpinan negara ini peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan
60
negara.Perancangan ekonomi yang terancang ini membolehkan kehidupan
rakyat di negara kita dapat diperrtingkat seiring dengan kemajuan negara ini.
Recommended