12
ABSTRAK Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah di kalangan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Satu kelas telah diambil sebagai responden yang terdiri daripada semua pelajar di dalam kelas itu dan beberapa pensyarah untuk dikaji tentang tahap kepenggunaan ABM dan kesannya kepada pelajar. Analisis kajian menunjukkan bahawa ABBM jenis bukan elektronik yang biasa digunakan dalam pengajaran Sejarah adalah tidak pelbagai manakala ABBM jenis elektronik seperti LCD, OHP, video, dan CD interaktif tidak disediakan langsung dalam setiap bilik kuliah sama ada di Kampus Sultan Azlan Shah mahupun di Kampus Abdul Jalil Shah. Kekurangan penggunaan alat bantu mengajar ini (ABBM) boleh memberi kesan kepada pretasi pelajar. Tetapi penerimaan pensyarah terhadap kepentingan penggunaan ABBM dalam keberkesanan pengajaran Sejarah adalah positif. Namun begitu, terdapat faktor seperti tahap dan fungsi pengetahuan lepas pelajar, saiz ABBM, penjagaan ABBM dan kemudahan memperoleh mempengaruhi kekurangan penggunaan ABBM dalam pengajaran pelajaran Sejarah. Diharap pihak berkaitan bekerjasama meningkatkan lagi penggunaan ABBM elektronik dan juga mengadakan kursus untuk membolehkan penggunaan ABBM yang lebih efisyen khususnya dalam kursus Sejarah. PENDAHULUAN

Alat Bantu Mengajar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

wacana bahasa melayu

Citation preview

Page 1: Alat Bantu Mengajar

ABSTRAK

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan alat bahan bantu mengajar

(ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah di kalangan pensyarah

di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Satu kelas telah diambil sebagai responden yang terdiri

daripada semua pelajar di dalam kelas itu dan beberapa pensyarah untuk dikaji tentang tahap

kepenggunaan ABM dan kesannya kepada pelajar. Analisis kajian menunjukkan bahawa

ABBM jenis bukan elektronik yang biasa digunakan dalam pengajaran Sejarah adalah tidak

pelbagai manakala ABBM jenis elektronik seperti LCD, OHP, video, dan CD interaktif tidak

disediakan langsung dalam setiap bilik kuliah sama ada di Kampus Sultan Azlan Shah

mahupun di Kampus Abdul Jalil Shah. Kekurangan penggunaan alat bantu mengajar ini

(ABBM) boleh memberi kesan kepada pretasi pelajar. Tetapi penerimaan pensyarah terhadap

kepentingan penggunaan ABBM dalam keberkesanan pengajaran Sejarah adalah positif.

Namun begitu, terdapat faktor seperti tahap dan fungsi pengetahuan lepas pelajar, saiz

ABBM, penjagaan ABBM dan kemudahan memperoleh mempengaruhi kekurangan

penggunaan ABBM dalam pengajaran pelajaran Sejarah. Diharap pihak berkaitan

bekerjasama meningkatkan lagi penggunaan ABBM elektronik dan juga mengadakan kursus

untuk membolehkan penggunaan ABBM yang lebih efisyen khususnya dalam kursus Sejarah.

PENDAHULUAN

1.0 LATAR BELAKANG

Arus pendidikan negara pada hari ini turut berubah dengan perkembangan dunia

teknologi maklumat. Dalam era teknologi maklumat masa kini penggunaan multimedia di

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberikan satu perubahan yang besar

berbanding dengan cara tradisi iaitu penggunaan kapur tulis dan buku teks. Sehubungan

dengan itu pelbagai usaha dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi

memantapkan lagi proses pengajaran dengan mengadakan kursus penyediaan alat bahan

bantu mengajar (ABBM).

Page 2: Alat Bantu Mengajar

Kita dapat lihat bahawa hari demi hari proses pengajaran dan pembelajaran menjadi suatu

proses yang semakin kompleks dan penuh dengan cabaran. Ia menyebabkan kesukaran untuk

menentukan kaedah dan pendekatan pengajaran yang terbaik untuk mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang menarik dan berkesan. Menurut Mok Soon Sang (2000), banyak faktor

yang menentukan ciri-ciri pengajaran yang baik. Di antaranya ialah kecekapan pendidik

mengawal kelas, strategi dan kaedah pengajaran serta penggunaan ABBM.

Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran secara interaktif

akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang

mendalam. Oleh itu, adalah menjadi tugas pensyarah untuk menggunakan alat bantu

mengajar untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang diajari.

Ford (1982), menyatakan bahawa pengalaman secara terus yang dialami oleh seseorang

membolehkan perkataan dan simbol memberi makna kepadanya. Sesuatu bahan dengan

sendirinya tidak dapat menghasilkan sebarang perubahan terhadap pembelajaran, tetapi

pensyarah yang mahir menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.

Beliau juga menyatakan bahawa pensyarah yang mahir menggunakan bahan pengajaran

bukan sahaja seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis

yang boleh memahami perbezaan individu. Pelajar juga dapat memahami sesuatu konsep itu

dengan jelas dan tepat kerana mereka dapat melihat secara terus terutamanya yang

melibatkan pekara yang abstrak. Rasional alat bantu mengajar digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar

tidak terlalu bersifat verbalistik, mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif pelajar

dan memberi rangsangan, mempersamakan pengalaman dan membangkitkan persepsi di

kalangan pelajar.

Kaedah pengajaran yang memusatkan pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti telah

menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum di universiti-

universiti bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat

menguasai berbagai kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

mereka.

Pensyarah telah diberi latihan yang secukupnya semasa menuntut di universiti-universiti

ataupun di mana-mana institut-institut. Mereka didedahkan dengan berbagai ilmu pendidikan

di antaranya Pedagogi, Psikologi Pendidikan, Teknologi Pendidikan, Sosiologi dan

Profesionalisme Dalam Pendidikan, ‘Mikro Teaching’ dan sebagainya. Mereka didedahkan

Page 3: Alat Bantu Mengajar

dengan pelbagai kaedah mengajar, sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran dan juga

bagaimana menggunakan ABM dengan berkesan. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu

diharapkan dapat dicuba dan diterokai apabila mereka bertugas sebagai pensyarah di

universiti kelak. Persoalannya, sejauhmanakah ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian itu

dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah terutamanya

dalam penggunaan ABM.

Kebanyakan universiti di Malaysia telah banyak menggunakan alat bantu mengajar yang

canggih dalam pembelajaran pelajar. Pensyarah-pensyarah harus menguasai kemahiran

memilih dan mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya objektif

pelajaran yang telah dirancang. Dengan itu, pensyarah-pensyarah perlu bersedia menghadapi

cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan

pembelajaran di bilik kuliah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan ABM

dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-

bahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pada masa sekarang, teknologi dapat mebantu dalam memastikan tahap penyampaian

pembelajaran dalam kelas mencapai tahap maksimum. Sehubungan dengan itu, Kementerian

Pelajaran Malaysia mengubal Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan penggunaan pelbagai teknik pengajaran serta

mengutamakan penggunaan alat bantu mengajar untuk menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran tersebut berkesan. Pihak Kementerian

Pelajaran telah menyediakan pelbagai alat bantu mengajar yang berteraskan teknologi di

sekolah-sekolah di negara untuk memudahkan pensyarah- pensyarah terutamanya pensyarah

yang menggunakan kemudahan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran secara

interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang

mendalam. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar

untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang diajari. Ford

(1982), menyatakan bahawa pengalaman secara terus yang dialami oleh seseorang

membolehkan perkataan dan simbol memberi makna kepadanya. Sesuatu bahan dengan

sendirinya tidak dapat menghasilkan sebarang perubahan terhadap pembelajaran, tetapi guru

Page 4: Alat Bantu Mengajar

yang mahir menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan. Beliau juga

menyatakan bahawa guru yang mahir menggunakan bahan pengajaran bukan sahaja seorang

pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh

memahami perbezaan individu.

Pelajar juga dapat memahami sesuatu konsep itu dengan jelas dan tepat kerana

mereka dapat melihat secara terus terutamanya yang melibatkan pekara yang abstrak.

Rasional alat bantu mengajar digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik,

mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan,

mempersamakan pengalaman dan membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1) Menghuraikan keberkesanan pengajaran yang berlangsung menggunakan alat bantu

mengajar

2) Menghuraikan 3 kelebihan penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan

responden

3) Menjelaskan 3 kelemahan penggunaan alat bantu mengajar dalam pembelajaran di

kalangan responden

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar lebih membantu

merangsangkan dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi

sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di

kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai

masalah

dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin

Ashaari, 1999).

Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan

Page 5: Alat Bantu Mengajar

pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat

menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa

menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan

penggunaan bahan bantu mengajar, lebih–lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian

dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk

mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam

penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang

sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi

penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.

Hasil kajian ini dapt memberi penjelasan mengenai kebekesanan pengajaran yang

berlangsung jika seorang guru atau pensyarah yang menggunakan alat bantu mengajar dalam

pengajaranan mereka. Selain itu, hasil kajian ini akan menghuraikan mengenai kelebihan dan

kelemahan yang dapat dipetik dengan menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran

dan pembelajaran.

5.0 DEFINISI KONSEP

Alat bantu mengajar merupakan salah satu instrumen untuk menyampaikan maklumat

dan pengetahuan kepada pelajar. Ini bermakna ABBM membolehkan pensyarah

menyampaikan pelajaran dengan lebih mudah, lebih menarik dan lebih berkesan. Manakala

pelajar pula dapat memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan

aktiviti pembelajaran secara sendiri tanpa kehadiran pensyarah. ABBM berperanan sebagai

alat pengukuhan dan pengayaan ilmu pengetahuan kepada pelajar di mana ia membantu

pelajar mengingati pelajaran yang diajar dan seterusnya meningkatkan lagi pengetahuan sedia

ada (Abdul Malek Bilal Sidek, 1995).

Ini bermakna ABBM adalah saling berkaitan dalam menentukan proses pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan (Abdul Malek Bilal Sidek, 1995). Bagi pensyarah atau guru,

penggunaan ABBM akan menjimatkan tenaga dan masa. Pensyarah atau guru yang biasa

menggunakan kaedah kuliah atau 'chalk and talk' mungkin akan kehabisan suara dan masa.

Ini boleh diatasi dengan pengajaran menggunakan ABBM.

Page 6: Alat Bantu Mengajar

Secara umumnya, ABBM boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu media elektronik

dan media bukan elektronik. Media elektronik meliputi bahan seperti radio, televisyen, alat

perakam kaset, video, projektor slaid, filem, projektor lutsinar, CD interaktif dan komputer.

Manakala media bukan elektronik terdiri daripada buku , modul, majalah, jurnal, buku log,

carta, papan gulung, kad imbasan dan model serta peralatan yang digunakan dalam sesuatu

mata pelajaran untuk menyampaikan isi pengajaran mata pelajaran tersebut. Oleh itu dapat

dilihat bahawa terdapat pelbagai peralatan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh

golongan pendidik untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar. Sebagai

seorang pensyarah, seseorang itu perlu peka dengan perkembangan dan perubahan teknologi

yang berkaitan dengan pendidikan. Pensyarah juga harus sedar, penggunaan ABBM dalam

sesuatu pengajaran dan pembelajaran merupakan sebahagian daripada kaedah dan idea-idea

yang ingin disampaikan oleh pihak pensyarah kepada pelajar. Arus pendidikan kini

mengalami perubahan besar dengan penggunaan peralatan bahan bantu mengajar

berbantukan teknologi komputer dalam pengajaran sejarah. Fenomena ini kini dapat dilihat

penggunaannya gambar-gambar dan rujukan yang mudah bagi membolehkan pelajar melihat

sendiri secara lebih jelas bagi menerangkan setiap isi pelajarannya.

Bentuk pengajaran yang mengadakan pelbagai aktiviti yang membina kepada pelajar

perlu dilakukan secara sistematik oleh para pendidik khususnya pensyarah-pensyarah di

universiti. Menjadi tanggungjawab para pensyarah dalam melahirkan tenaga mahir yang

profesional. Justeru itu, penggunaan ABBM dapat menolong pensyarah menyampaikan

pengajaran dengan lebih berkesan dan dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri

mereka dalam proses pembelajaran tersebut. Penggunaan pelbagai bentuk ABBM iaitu

gabungan antara cara atau alat tradisional dan juga alat berbantukan teknologi komputer yang

sesuai dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk lebih cenderung dengan pengajaran

pensyarah serta lebih memahami isi pelajaran secara teori dan praktik khususnya dalam mata

pelajaran sejarah.

2.0 SOROTAN KAJIAN

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti bahawa penggunaan alat bantu mengajar oleh

pensyarah-pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mengkaji tahap keberkesanan

Page 7: Alat Bantu Mengajar

dengan penggunaan alat bantu mengajar ini. Selain daripada itu, memandangkan bahawa

Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan unversiti yang membekalkan banyak alat bantu

mengajar untuk pensyarah dan pelajar, kajian ini juga ingin menjelaskan tentang kelebihan

dan kekurangan alat bantu mengajar kepada pelajar dan pensyarah. Secara khususnya, kajian

ini adalah bertujuan untuk:

1. Menghuraikan keberkesanan pengajaran yang berlangsung menggunakan alat bantu

mengajar

2. Menghuraikan 3 kelebihan penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan responden

3. Menjelaskan 3 kelemahan dan kelebihan dalam pembelajaran di kalangan responden

Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan memfokuskan kepada

pelajar Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) Sejarah (AT32). Arahan kajian adalah untuk

membuat proposal mengenai kajian ini dan data-data tinjauan tidak diwajibkan untuk diambil

.

SKOP KAJIAN

Kajian ini memfokuskan di dalam kelas pelajar sejarah (AT32) Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI) yang mana melibatkan pensyarah dan pelajar dalam penggunaan alat

bantu mengajar. Kajian ini mengkaji keberkesanan pengajaran,lebihan dan kelemahan alat

bantu mengajar.

TEORI PEDAGOGI

“Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan yang tersendiri (Kenneth &

Dunn, 1984). Gaya pembelajaran boleh didefinisikan sebagai “motivational interest or pattern

that is preferred when processing new information or experiences” (minat atau pola terpilih

yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman)”

“Penggunaan visual adalah merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu

dan meningkatkan proses pembelajaran. Cara ini adalah dijalankan dengan berpandukan

pelbagai jenis bahan-bahan visual yang bergerak ataupun tidak bergerak.”

(Ahmad Nazir Muhammad Ali, 2006, Penyelidkan tentang pembelajaran visual dalam

mempertingkatkan pemahaman murid.)

Page 8: Alat Bantu Mengajar

Proses pengajaran dan pembelajaran masa kini telah banyak berubah dan mengalami

evolusinya sendiri. Sebelum ini, penggunaan lisan dan tulisan sudah menjadi kebiasaan

dalam pengajaran, kini teknologi telah menjadi pemacu dalam penggunaan alatan yang lebih

canggih seperti penggunaan komputer, video, dan pelbagai peralatan lain lagi yang

menggabungkan elemen visual, audio dan teks. (Ahmad Rizal Madar, 2006, Kajian tentang

Kesan Penggunaan Koswer Terhadap Tahap Pencapaian Pelajar Berdasarkan Gaya Kognitif

Field Independence-depence.)