48
BULETIN RASMI J AB A T AN PEN D AF T ARAN PE R TUBUHAN MAL A Y SIA ( R OS) NEWS by ROS JPPM 2014 KARNIVAL PERTUBUHAN KEBANGSAAN ISU JUMBO 2 | JUL-DIS 2014 KARNIVAL PERTUBUHAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014 Laporan penuh di muka 3 Pada 1 November 2014, buat julung-julung kalinya JPPM telah melancarkan satu Karnival Pertubuhan Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Pertubuhan yang telah diadakan di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam. Karnival Pertubuhan ini telah diisytiharkan oleh YB Menteri Dalam Negeri, pada 1 September pada setiap tahun. Selain daripada itu, Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri. Sambutan Hari Inovasi Peringkat KDN Tahun 2014 telah diadakan pada 5 Disember 2014 bertempat di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri. JPPM telah menerima sijil penyertaan kerana menyertai Pameran Inovasi. JPPM Negeri Kelantan, JPPM Negeri Sabah dan JPPM Negeri Perak telah menyertai Konvensyen KIK pada tahun 2014. HARI KARNIVAL PERTUBUHAN 2014 HARI INOVASI KEMENTERIAN Laporan penuh di muka 3 Laporan penuh di muka 8 Laporan penuh di muka 21 Laporan penuh di muka 12 OUTREACH JPPM KELAB MOTOSIKAL

Buletin 2014 Bil.2

  • Upload
    hahanh

  • View
    309

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buletin 2014 Bil.2

BULETIN RASMI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS)

NEWSby ROS

JPPm 2014KARNIVAL PERTUBUHAN KEBANGSAAN

ISU JUMBO 2 | JUL-DIS 2014

KARNIVAL PERTUBUHAN PERINGKATKEBANGSAAN TAHUN 2014

Laporan penuh di muka 3

Pada 1 November 2014, buat julung-julung kalinya JPPM telah melancarkan satu Karnival Pertubuhan Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Pertubuhan yang telah diadakan di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam. Karnival Pertubuhan ini telah diisytiharkan oleh YB Menteri Dalam Negeri, pada 1 September pada setiap tahun. Selain daripada itu, Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri.

Sambutan Hari Inovasi Peringkat KDN Tahun 2014 telah diadakan pada 5 Disember 2014 bertempat di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri. JPPM telah menerima sijil penyertaan kerana menyertai Pameran Inovasi. JPPM Negeri Kelantan, JPPM Negeri Sabah dan JPPM Negeri Perak telah menyertai Konvensyen KIK pada tahun 2014.

HARI KARNIVAL PERTUBUHAN 2014 HARI INOVASI KEmENTERIAN

Laporan penuh di muka 3 Laporan penuh di muka 8

Laporan penuh di muka 21

Laporan penuh di muka 12

OUTREACH JPPm

KELAB mOTOSIKAL

Page 2: Buletin 2014 Bil.2

2

PENAUNG :DATO’ Mohammad Razin bin AbdullahPendaftar Pertubuhan MalaysiaPENASIHAT 1:Tuan Mohd Norzam bin MustapaTimbalan Pendaftar Pertubuhan Malaysia

PENASIHAT 2:Puan Noor Izzati Binti IsmailPengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan

SIDANG PENGARANG:Puan Nor Aini Binti Abdul Razak, JPPM PerakCik Juzilawati Binti Kamarudin, JPPM PahangPn, Siti Zawiyah Binti Wahab JPPM MelakaPuan Khairolniza Binti Noordin, JPPM KelantanPuan Noor Azlida Binti Ali, JPPM TerengganuEncik Rosman Bin Osman, JPPM Wilayah PersekutuanEncik Zainal Abidin Bin Shahadan , JPPM JohorPuan Siti Esah Binti Abu, JPPM Negeri SembilanPuan Sheral Salme Binti Abdullah, Ibu PejabatPuan Noor Juliana Binti Zainal, JPPM SelangorEncik Abdul Rahman Shafawi Bin Shahuddin, JPPM P.PinangPuan Amy Mariana Binti Abdullah, JPPM Sarawak

Assalamualaikum dan Salam 1JPPM.Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T dan limpah kurniaNya, maka terhasillah Buletin JPPM edisi kedua bagi tahun 2014. Buletin ini merupakan kompilasi peristiwa-peristiwa penting dan bersejarah buat JPPM sepanjang Julai hingga Disember Tahun 2014.Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi Buletin JPPM pada kali ini di atas kejayaan menerbitkan Buletin JPPM edisi Jumbo kali kedua tahun 2014.Buletin JPPM pada kali ini memuatkan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh JPPM sepanjang setengah tahun kedua tahun 2014. Kejayaan ini telah mencatat sejarah tersendiri yang akan terus kekal dan mekar di dalam sanubari dan ingatan semua warga JPPM.Semoga dengan penghasilan buletin kali ini

bakal menjadi simbolik kepada kesinambungan kecemerlangan dalam setiap aktiviti kebajikan, sistem penyampaian perkhidmatan dan seterusnya sahsiah diri buat semua warga JPPM yang dikasihi sekalian. Akhir kata, diharap semua warga JPPM dapat memberikan sokongan dari segi penyediaan input dan sokongan moral yang padu kepada Sidang Redaksi Buletin yang telah dilantik di Ibu Pejabat dan setiap Negeri bagi menghasilkan buletin keluaran akan datang. Kami turut mengalu-alukan sebarang nukilan, komen dan cadangan demi meningkatkan mutu dan kualiti buletin ini.

“PELUANG UNTUK KEBAJIKAN”.

NAGLAA ISMAIL

PERUTUSAN PENDAFTAR PERTUBUHAN mALAYSIA

Sekian, Wassalam.“PELUANG UNTUK KEBAJIKAN”.

DATO’ MOHAMMAD RAZIN BIN ABDULLAHPendaftar Pertubuhan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, Buletin JPPM bagi setengah tahun kedua dapat diterbitkan untuk rujukan khususnya semua warga JPPM, organisasi kerajaan dan pihak swasta yang lain. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pegawai yang terlibat di dalam menyempurnakan penerbitan Buletin JPPM edisi kedua bagi tahun 2014.Sesungguhnya tahun 2014 merupakan tahun yang bersejarah kepada JPPM dengan pengisytiharan 1 September setiap tahun sebagai Hari Pertubuhan oleh YB Menteri Dalam Negeri sempena Karnival Pertubuhan Kebangsaan pada 1 November 2014. Jabatan juga telah dianugerahkan Persijilan ISMS MS ISO 27001:2007 bagi memperkasakan lagi pengurusan sistem teknologi maklumat Jabatan. Selain itu juga, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, JPPM telah mengagihkan sebanyak RM2.9 juta geran persatuan penduduk di bawah Program Guarded Neighbourhood kepada 298 persatuan penduduk yang layak. Pelaksanaan Hari Kualiti Jabatan juga telah dipertingkatkan dengan pewujudan dua (2) anugerah baru iaitu Anugerah Persekitaran Berkualiti dan Anugerah Pengurusan Kewangan Berkualiti. Seterusnya, JPPM Negeri Terengganu telah mendapat Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) manakala JPPM Negeri Sabah. Adalah diharapkan agar Buletin JPPM edisi kedua bagi tahun 2014 ini dapat memberikan gambaran penuh mengenai aktiviti dan pencapaian Jabatan secara keseluruhannya sepanjang setengah tahun kedua tahun 2014. Akhir kalam, Jabatan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kementerian, agensi-agensi Kerajaan dan Badan Korporat yang senantiasa memberikan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi JPPM.

KETUA PENGARANGPUAN NAGLAA BINTI ISMAIL, PENOLONG PENGARAH,UNIT DASAR DAN KORPORAT JPPM

PENGARANGTINTA

Page 3: Buletin 2014 Bil.2

3

PERUTUSAN TAHUN BARU 2015 KETUA PENDAFTAR JPPm

Salam Sejahtera, Salam 1JPPm,

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah mencapai kecemerlangan yang luar biasa pada tahun 2014 iaitu bersempena pelancaran Hari Pertubuhan

pada 1 September setiap tahun. Pelancaran ini adalah bersempena Karnival Pertubuhan Kebangsaan Tahun 2014 yang telah dirasmikan oleh YB Dato’

Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri bertempat di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam. Kecemerlangan seumpamam

ini perlu diteruskan berbekalkan sokongan padu tanpa berbelah bagi daripada semua warga JPPM.

Logo Baru JPPM dan Lagu Korporat sulung JPPM juga telah dilancarkan pada temasya yang bersejarah ini. Adalah

diharapkan supaya ianya merupakan titik tolak kepada pencapaian Jabatan yang lebih memberansangkan pada tahun 2015 nanti. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga JPPM yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan penjenamaan semula JPPM dapat direalisasikan dengan jayanya.Fokus utama JPPM bagi tahun 2015 ialah Pengukuhan Akta dan Pertubuhan, Penstrukturan Jabatan, Membanteras Penularan Pertubuhan Tidak Berdaftar, Code Of Good Governance, Festival Pertubuhan dan Pengukuhan Sistem e-ROSES. Sehubungan dengan itu, JPPM perlu mempergiatkan usaha agar semua fokus utama Jabatan yang dirancangkan pada tahun 2015 dapat dicapai dengan jayanya mengikut sasaran yang ditetapkan. Kerjasama dan komitmen warga JPPM sangat penting dalam memastikan kelancaran bagi setiap aktiviti yang direncanakan.Oleh yang demikian, visi JPPM yang baru iaitu sebagai “ Peneraju Pembangunan Masyarakat Sivil” manakala Misi JPPM yang baru adalah “Mentransformasi Pertubuhan Ke Arah Masyarakat Sivil Yang Dinamik dan Responsif” perlu disematkan di hati semua warga kerja JPPM supaya setiap tugas dapat dilaksanakan dengan efektif dan berkualiti bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Adalah diharapkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian ini melalui semangat muhibah akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa. 

“PELUANG UNTUK KEBAJIKAN”

KETUA PENGARAH  JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA

Page 4: Buletin 2014 Bil.2

4

PENERANGAN mENGENAI LOGO BARUJPPm (ROS)

Page 5: Buletin 2014 Bil.2

5

HARI KARNIVAL PERTUBUHANPERINGKAT KEBANGSAAN

2014

Pada 1 November 2014, buat julung-julung kalinya JPPM telah melancarkan satu Karnival Pertubuhan Kebangsaan sempena Sambutan Hari Pertubuhan yang telah diadakan di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam. Karnival Pertubuhan ini telah diisytiharkan oleh YB Menteri Dalam Negeri, pada 1 September pada setiap tahun. Selain daripada itu,Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah His Excellency Dr Anwar H. Al Agha Duta Besar Palestin ke Malaysia, YBhg Dato’ Sri Khalid Bin Hj Shariff, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan KDN, Ybhg Dato’Sri Adenen Bin Ab. Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan Perolehan, KDN. Semasa karnival tersebut, 40kelab dan persatuan yang berdaftar telah turut serta dalam karnival pertubuhan itu. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan pada hari tersebut seperti pameran dari pelbagai pertubuhan dan agensi kerajaaan dan swasta,persembahan seni mempertahankan diri, kenduri perdana, persembahan kebudayaan, pertunjukan paramotor, perarakan pelbagai jenis kenderaan dan lain-lain.Karnival ini turut mencatat sejarah yang tersendiri di mana selain pengisytiharan Hari Pertubuhan pada 1 September setiap tahun, Lagu Korporat Sulung JPPM yang berjudul “ROS Cemerlang” , Logo Baru JPPM dan Code Of Good Governance JPPM turut dilancarkan.

Page 6: Buletin 2014 Bil.2

6

PERSIAPAN KARNIVAL PERTUBUHAN JABATAN PERTUBUHAN 2014

GAmBAR SEKITAR KARNIVAL PERASmIAN.

Page 7: Buletin 2014 Bil.2

7

GAmBAR SEKITAR KARNIVAL PERASmIAN.

PERARAKAN mPV DAN mYVI

LIRIK LAGU R.O.S CEmERLANGSYUKUR PADA TUHANKEAMANAN YANG DIBERIRAKYAT HIDUP MAKMURPEMBANGUNAN DINIKMATIBERGANDINGAN KITA JUNJUNGCITA-CITA MULIABERSEPAKAT KITA MAJUKEBAJIKAN DIHULURCHORUS: R.O.S CEMERLANG TEKUN TEGAS BERILMU MESRA BERKHIDMAT UNTUK SEMUAR.O.S CEMERLANGJUJUR DAN SETIACURAHKAN BAKTIUNTUK NEGARATINGKATKANLAH INTEGRITIDEDIKASI YANG TINGGIBERSEMANGAT YAKIN DIRIREALISASI KAN MISI

R.O.S CEMERLANG TEKUN TEGAS BERILMU MESRA BERKHIDMAT UNTUK SEMUAR.O.S CEMERLANGJUJUR DAN SETIACURAHKAN BAKTIUNTUK NEGARA BERSAMA-SAMA KITA JAYAKAN

LAGU : JARILIRIK : JARI/NAGLAA

Page 8: Buletin 2014 Bil.2

8

PERTUNJUKAN PARAmOTOR

Page 9: Buletin 2014 Bil.2

9

PERSEmBAHAN SILAT

Page 10: Buletin 2014 Bil.2

10

Page 11: Buletin 2014 Bil.2

11

asimus et et prae quia num faccat

Sambutan Hari Inovasi Peringkat KDN Tahun 2014 telah diadakan pada 5 Disember 2014 bertempat di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri. JPPM telah menerima sijil penyertaan kerana menyertai Pameran Inovasi. JPPM Negeri Kelantan, JPPM Negeri Sabah dan JPPM Negeri Perak telah menyertai Konvensyen KIK pada tahun 2014 dan telah menerima sijil saguhati di atas penyertaan masing-masing sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat KDN pada kali ini.

SAmBUTAN INOVASI PERINGKAT (KDN) TAHUN 2014

SAmBUTAN HARI INOVASI PERINGKAT KEBANGSAANTAHUN 2014

Page 12: Buletin 2014 Bil.2

12

SINOPSIS KEmENANGAN SEmPENA SAmBUTAN HARI INOVASI PERINGKAT JPPm TAHUN 2014

PROGRAM KUALITI JPPM–SAMBUTAN HARI INOVASI JPPM TAHUN 2014

Sambutan Hari Inovasi adalah salah satu program kualiti Jabatan yang diadakan oleh JPPM pada setiap tahun. Pada 13 hingga 14 November 2015, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan. Sebanyak 14 kumpulan telah bertanding. Seterusnya, pada 15 November 2014, telah diadakan Sambutan Hari Inovasi Peringkat JPPM Tahun 2014 bertempat di Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh semua peserta dari setiap JPPM Negeri. Sambutan Hari Inovasi ini turut diserikan dengan perasmian oleh Ybhg Dato’ Wahab bin Mohd Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi, KDN. Selain daripada itu, terdapat penambahan anugerah selain daripada Konvensyen KIK dan Anugerah Inovasi iaitu Anugerah Persekitaran Berkualiti dan Anugerah Pengurusan Kewangan Berkualiti. Johan bagi Anugerah Inovasi JPPM Tahun 2014telah dimenangi oleh KumpulanSummation 8 dari JPPM Negeri Johor dengan tajuk projek berjudulD'sPOSmanakala Johan untuk Anugerah Persekitaran Berkualiti ialah JPPM Negeri Terengganu. Bagi Anugerah Pengurusan Kewangan Berkualiti, Ibu Pejabat JPPM telah dinobatkan sebagai Johan. Manakala bagi Konvensyen KIK, Johan Konvensyen KIK JPPM Tahun 2014 telah dimenangi oleh Kumpulan Kijang, dari JPPM Negeri Kelantan dengan tajuk projek berjudulPerlembagaan Pertubuhan Migrasi Yang Belum Didaftarkan Secara Online Tinggi Di JPPM Kelantan.

SINOPSIS KEmENANGAN ANUGERAH PERSEKITARAN BERKUALITI

ANUGERAH PERSEKITARAN BERKUALITI

JPPM TAHUN 2014

JOHAN : JPPM NEGERI KELANTAN

NAIB JOHAN : JPPM NEGERI

TERENGGANU

TEMPAT KETIGA : JPPM NEGERI PERLIS

ANUGERAH PENGURUSAN KEWANGAN

BERKUALITI JPPM TAHUN 2014

JOHAN : JPPM IBU PEJABAT

NAIB JOHAN : JPPM NEGERI SARAWAK

TEMPAT KETIGA : JPPM NEGERI TERENGGANU

ANUGERAH INOVASI JPPM TAHUN 2014

JOHAN : JPPM NEGERI JOHOR

NAIB JOHAN : JPPM NEGERI PULAU

PINANG

TEMPAT KETIGA : JPPM NEGERI SELANGOR

KONVENSYEN KIK JPPM TAHUN 2014

JOHAN : JPPM NEGERI KELANTAN

NAIB JOHAN : JPPM NEGERI SABAH

TEMPAT KETIGA : JPPM NEGERI WILAYAH

PERSEKUTUAN KUALA

LUMPUR.

Page 13: Buletin 2014 Bil.2

13

JPPm KELANTANJOHAN ANUGERAH

PERSEKITARAN BERKUALITIJPPm 2014

JPPm JOHORJOHAN ANUGERAH INOVASI JPPm 2014

IBU PEJABAT JOHAN ANUGERAH PENGURUSAN KEWANGAN BERKUALITI JPPm 2014

JPPm KELANTAN JOHAN KONVENSYEN KIK JPPm 2014

Page 14: Buletin 2014 Bil.2

14

KELAB mOTOSIKAL

Tanggal 20 Oktober 2014, satu Majlis Perjumpaan YB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam

Negeri dengan Kelab Motor Seluruh Malaysia di bawah anjuran JPPM

telah diadakan bertempat di dewan Gemilang , Aras G, Blok D1

Kementerian Dalam Negeri. Majlis ini telah dihadiri oleh semua wakil dari 178 Kelab dan Persatuan Motosikal

yang berdaftar di bawah JPPM.

PERJUmPAANYB mDN BERSAmA KELAB mOTORSIKAL SELURUH mALAYSIA

Page 15: Buletin 2014 Bil.2

15

mAJLIS PENYERAHAN GERAN KEPADA PERSATUAN PENDUDUK JPPm 2014

GAmBAR mAJLIS PENYERAHAN GERAN KEPADA PERSATUAN PENDUDUK DI mIRI/LImBANG

Page 16: Buletin 2014 Bil.2

16

KELANTAN

PENYERAHAN GERAN PERINGKAT NEGERI JOHORDAN mISI BANTUAN BANJIR

PENYERAHAN GERAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

JOHOR

Page 17: Buletin 2014 Bil.2

17

PENYERAHAN GERAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

W.P

Page 18: Buletin 2014 Bil.2

18

PENYERAHAN GERAN PERINGKAT NEGERI SEmBILAN

mAJLIS PENYERAHAN GERAN PERSATUAN PENDUDUK 2014 NEGERI SABAH

Tarikh : 19hb Disember 2014 (JUMAAT) Masa : 9.00 Pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Gua Gomantong, Tingkat 5, Menara MAAJabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sabah Bil. Hadir : 15 orang (6 persatuan) Turut Dijemput : Wartawan Daily Express dan See Hua Daily News

Urusetia : Puan Zainaf bt. Hj. Mohd Hassan Encik Abdul Muein bin Hamzah Puan Josephine Francis

1.0 PENDAHULUANPemberian Geran pada tahun ini berdasarkan persatuan yang berdaftar bagi tempoh Jun 2013 sehingga 31 Julai 2014. Sebelum Majlis Penyerahan Geran, Pengarah JPPM Negeri Sabah juga telah menerangkan sedikit objektif pemberian geran dan panduan kepada Persatuan Penduduk bagaimana mengurus Geran dengan cara yang betul dan berintegriti.

2.0 OBJEKTIF2.1Memberi penerangan tentang prosedur permohonan geran Persatuan Penduduk.

2.2Memberi kesedaran terhadap keperluan elemen integriti dan akauntabiliti dalam membelanjakan wang geran.

2.3Menjelaskan Peranan Persatuan Penduduk didalam memelihara kehormanian dan menjaga keselamatan penghuni di kawasan

Page 19: Buletin 2014 Bil.2

19

SENARAI PENERImA GERAN PENDUDUK>

Penyerahan Geran Penduduk 2014 kepada Enam (6) Persatuan Penduduk seperti disenaraikan telah disempurnakan oleh Pengarah JPPM Negeri Sabah sendiri iaitu Tuan Matthew Anak Dominic Barin bertempat di Bilik Mesyuarat Gua Gamantong, JPPM Negeri Sabah.

4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Majlis ini telah memberi pengetahuan, manfaat dan impak kepada Persatuan Penduduk dalam menjalankan aktiviti perbelanjaan wang geran dan pengurusan Persatuan Penduduk selaras dengan kehendak Kerajaan dalammeningkatkan usaha ke arah mengurangkan kadar jenayah.

Page 20: Buletin 2014 Bil.2

20

mISI BANTUAN BANJIR JPPm 2014

JPPm KELANTAN JPPm SELANGOR

Page 21: Buletin 2014 Bil.2

21

mISI BANTUAN BANJIR JPPm 2014

GOTONG ROYONG PEmBERSIHAN SEKOLAH SELEPAS BANJIR DAN PENYERAHAN SUmBANGAN DARI JPPm NEGERI SABAH

JPPm SABAH

Page 22: Buletin 2014 Bil.2

22

mISI BANTUAN BANJIR

JPPm JOHOR 2014

SEmINAR KEBANGSAAN TAHUN 2014 mENGENAI PERUBAHAN WANG HARAmDAN PENCEGAHAN PEmBIAYAAN KEGANASAN ANJURAN

JPPm, KPDNKK DAN SSm

Page 23: Buletin 2014 Bil.2

23

LATIHAN DAN BENGKEL JPPm 2014

Mesyuarat Penyediaan pelan strategik JPPM 2015-2020, Pelan Transformasi strategik JPPM 2015-2020 dan pembentangan Perancangan Strategik JPPM Tahun 2015 di Hotel Bayview Langkawi

mESYUARAT PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK JPPm 2015-2020 DAN PELAN TRANSFORmASI STRATEGIK JPPm 2015-2020 DI HOTEL AWANA GENTING

Page 24: Buletin 2014 Bil.2

24

TUAN HAJI ALIAS BIN mAmATmANTAN TImBALAN KETUA PENGARAH JPPm

1/9/13-20/5/14

Page 25: Buletin 2014 Bil.2

25

TUAN mOHD NORZAm BIN mUSTAPAmANTAN TImBALAN KETUA PENGARAH JPPm

20/5/14-29/12/14

Page 26: Buletin 2014 Bil.2

26

Program Lawatan Bantuan Pasca Banjir mDN Di Pahang

9 Januari 2015 (Jumaat): Dalam usaha untuk mendekati mangsa-mangsa banjir di Pahang, Y.B Dato’Seri Dr.Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan program lawatan di beberapa tempat yang terjejas termasuklah ke penempatan mangsa banjir. Lawatan YB Menteri yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam ini turut disertai oleh agensi-agensi lain di bawahKementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, dan Jabatan Penjara.Pelbagai aktiviti diadakan sempena lawatan tersebut antaranya penyampaian sumbangan, penyerahan Mykad, beramah mesra dengan mangsa banjir dan gotong royong. Lawatan bermula di IKBN Pekan, seterusnya menuju ke lokasi kedua iaitu JPAM Chenor, Masjid Chenor Seberang dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang Temerloh. Adalah diharapkan dengan lawatan ini akan dapat meringankan sedikit bebanan dan masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir terlibat.

Page 27: Buletin 2014 Bil.2

27

Outreach JPPm

Tarikh :26hb April 2014Masa :08.30 am -11.00pmTempat :Dewan Jubli Perak, INTAN Wilayah Utara, Sungai Petani,KedahBil. Peserta :208 orangModerator :Encik Anuar Bin Isa :Encik Rae Morn Verak

Program Outreach Bersama Ketua PengarahJabatan Pendaftaran Pertubuhan malaysia Negeri Kedah

1.0 PENDAHULUANProgram ini merupakan sebahagian daripada jadual turun padang Y.Brs Tuan Ketua Pengarah ke negeri-negeri bagi melihat perkembangan dan permasalahan pengurusan pertubuhan. Selain daripada itu, ianya memberi ruang kepada Pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar untuk berinteraksi dengan lebih dekat dengan Ketua Pengarah. Ini merupakan program pertama kali Ketua Pengarah dengan JPPM Negeri Kedah pada tahun ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Program Outreach ini diadakan dengan tujuan seperti berikut:-i. Memberi ruang kepada Pertubuhan untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.ii. Untuk mengetahui permasalahan dan mencari jalan alternatif untuk mengatasi permasalahan yang timbul.iii. Mewujudkan komunikasi dua hala bersama Pertubuhan.iv. Merapatkan hubungan di antara Pertubuhan berdaftar dengan warga JPPM Negeri Kedah

3.0 RINGKASAN LAPORAN

Secara keseluruhannya, Program Outreach Bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ini mendapat sambutan yang luar biasa terutamanya Pertubuhan yang berdaftar di Daerah Kuala Muda. Pelbagai permasalahan dan pertanyaan telah diajukan kepada Ketua Pengarah berkaitan dengan pengurusan Pertubuhan.

OUTREACH JPPm KEDAH

Page 28: Buletin 2014 Bil.2

28

Taklimat Pengurusan Pertubuhan BerkualitiDan Taklimat Pengenalan GST

Tarikh :20hb September 2014 (hari Sabtu)Masa :08.30 pagi hingga 02.00 petangTempat :Dewan Serbaguna Fasa II, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu’adzam Shah, Alor Setar, Kedah

Bil. Peserta :187 Pertubuhan/ 335 orang yang hadirPenceramah:Encik Noraffendy Bin Abd. KhalidJabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri SelangorEncik Mohamad Ramzi Bin Abdul RahmanJabatan Penerangan MalaysiaPuan Nurul Ain Binti MustafaJabatan Kastam DiRaja MalaysiaTurut hadir Encik Rae Morn VerakJabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pulau PinangEncik Wan Ahmad Zaki Bin Wan YahayaJabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri PerlisMajlis Penutup Y.B Tuan Aminuddin Bin OmarPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, KesenianKebudayaan, Warisan dan badan Bukan Kerajaan (NGO)

2.1 Sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan memperkenalkan Sistem Elektronik Pengurusan Pertu-buhan (eRoses) dan MySociety.

2.2 Untuk memberi penerangan lebih terperinci berkaitan rasionalisasisubsidi yang diberikan oleh Kerajaan kepada Rakyat.

2.3 Untuk memberi pendedahan kepada Pertubuhan mengenai CukaiBarang dan Perkhidmatan atau Good and Services Tax (GST) yangakan dilaksanakan mulai 1 April 2015.

2.4 Mengadakan program kerjasama dengan Jabatan lain dalammengendalikan program-program berkaitan Jabatan Kerajaan.

2.5 Meningkatkan hubungan baik di antara Pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kedah.

2. OBJEKTIF

3.0 RINGKASAN LAPORAN

08.30 pg :Pendaftaran/ minum pagi09.30 pg :Ceramah 1 MySociety Oleh Encik Noraffendy Bin Abd. Khalid Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor10.30 pg : Ceramah 2 Rasionalisasi Subsidi Encik Mohamad Ramzi Bin Abdul Rahman Jabatan Penerangan Malaysia11.30 pg : Ceramah 3 Program Kesedaran dan Latihan GST Puan Nurul Ain Binti Mustafa Jabatan Kastam Diraja Malaysia12.30 tgh :Nyanyian Lagu Negaraku Ucapan Pengarah JPPM Negeri Kedah Perasmian Majlis Penutup Y.B Tuan Aminuddin Bin Omar Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian Kebudayaan, Warisan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Penyampaian Sijil kepada Pertubuhan01.30 ptg :Jamuan dan Bersurai

Page 29: Buletin 2014 Bil.2

29

3.0 RINGKASAN LAPORAN

08.30 pg :Pendaftaran/ minum pagi09.30 pg :Ceramah 1 MySociety Oleh Encik Noraffendy Bin Abd. Khalid Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor10.30 pg : Ceramah 2 Rasionalisasi Subsidi Encik Mohamad Ramzi Bin Abdul Rahman Jabatan Penerangan Malaysia11.30 pg : Ceramah 3 Program Kesedaran dan Latihan GST Puan Nurul Ain Binti Mustafa Jabatan Kastam Diraja Malaysia12.30 tgh :Nyanyian Lagu Negaraku Ucapan Pengarah JPPM Negeri Kedah Perasmian Majlis Penutup Y.B Tuan Aminuddin Bin Omar Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian Kebudayaan, Warisan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Penyampaian Sijil kepada Pertubuhan01.30 ptg :Jamuan dan Bersurai

OUTREACH SELANGOR PEmBANGUNAN PERTUBUHAN 2014

Page 30: Buletin 2014 Bil.2

30

OUTREACH JPPm PERAK

Kursus Pengenalan Aplikasi eRoses Bagi Cawangan Pertubuhan merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Perak. Program telah diadakan seperti berikut :

Tarikh : 27 JAN 2015 (Selasa)Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 TengahariTempat : Dewan Bankuet, Aras 1 Bangunan KDN, Psrn Meru Utama, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh,Perak.

2.0 TUJUAN

Program ini ialah program yang dirangka khusus bagi pertubuhan-pertubuhan cawangan yang berdaftar di Negeri Perak. Program ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan untuk memenuhi kehendak Jabatan bahawa semua urusan mengenai pengurusan cawangan pertubuhan dilaksanakan secara atas talian mulai tahun 2015 Sehubungan itu, maklumbalas pelanggan yang memohon supaya kursus diadakan untuk pendedahan tentang kaedah pengurusan cawangan dalam sistem eRoses oleh pemegang jawatan Setiausaha,Penolong Setaiusaha dan Bendahari Cawangan Pertubuhan mereka.

3.0 OBJEKTIF

Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran berkenaan pengurusan Aplikasi eRoses Bagi Cawangan Pertubuhan mengikut sistem Undang-undang Berdaftar Pertubuhan dan mematuhi kehendak Akta Pertubuhan 1966, peraturan-peraturan yang berkaitan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah,Bahagian Pengurusan Pertubuhan,Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia;

4.0 PERTUBUHAN YANG DIJEMPUT

4.1 KRITERIA PEMILIHAN JEMPUTAN

Pemilihan untuk menjemput pertubuhan ke program ini adalah pertubuhan cawangan aktif yang berdaftar di Negeri Perak yang perlu kemukakan penyata yang lengkap secara atas talian mulai tahun 2015. Sebanyak 200 pertubuhan dijemput kerana dewan hanya dapat menampung 200 peserta.

4.2 JEMPUTAN

Surat jemputan bertarikh 12 Januari 2015 telah dihantar melalui pos kepada pertubuhan dan pelanggan yang hadir dikaunter JPPM Perak. Pertubuhan telah membuat pengesahan kehadiran melalui borang maklumbalas yang dilampirkan secara fax /email atau hadir ke kaunter.

5.0 TAJUK CERAMAH DAN PENCERAMAH

5.1 Modul1- Pendaftaran Akaun Pengguna.Peranan Setiausaha dalam Pendaftaran Akuan sebagai pengguna serta Jawatankuasa yang lain. Slide Layari www.eroses.gov.my ,cara daftar akaun pengguna baru dengan no. KP, nama dan emel yang sah. Nota disediakan.

5.2 Modul 2 - Penyata Tahunan - cara Log-in eROSES dengan no. KP dan katalaluan , Klik “Penyata Tahunan Cawangan” dan isi maklumat. Slide serta nota disediakan.

5.3 Modul 3- Kemaskini Maklumat AJK - Log-in eROSES dengan no. KP dan katalaluan ,Klik “Penyata Tahunan Cawangan” ,Pilih “Kemaskini Maklumat AJK” dan isi maklumat yang hendak dikemaskini.Slide serta nota disediakan.

6. JUMLAH KEHADIRAN WAKIL PROGRAM

Seramai 178 orang wakil-wakil Cawangan Pertubuhan yang terdiri dari Setiausaha,Penolong Setiausaha,Bendahari dan Pengerusi daripada 84 buah Cawangan pertubuhan telah hadir dalam program ini.

7. PERASMIAN PROGRAM DAN PENYAMPIAN SIJIL KEHADIRANPengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Perak telah hadir untuk perasmian penutupan Kursus dan penyampaian taklimat ‘Pendedahan kepada Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan” serta sijil kehadiran kepada peserta dan penceramah program ini.

6.0 IMPAK/HASIL

>Program ini telah berjaya memberi pendedahan kepada Cawangan pertubuhan berkaitan pendedahan Pengurusan Aplikasi eRoses Bagi Cawangan Pertubuhan. >Pemahaman pertubuhan tentang peranan setiausaha menguruskan cawangan pertubuhan yang berkualiti dan juga pematuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966 serta undang-undang berdaftar pertubuhan dapat ditingkatkan.

KURSUS PENGENALAN APLIKASI EROSES BAGI CAWANGAN

LAPORAN PERTUBUHAN

Page 31: Buletin 2014 Bil.2

31

OUTREACH JPPm PERLIS

TAKLIMAT SISTEM e-ROSES KEPADA PERTUBUHAN BERCAWANGAN DI NEGERI PERLIS

Tarikh Diadakan : 04 Disember 2014 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks KDN Negeri Perlis

Penceramah : a) Miss Pang Chin Fang

b) Puan Faizahnor binti Sidek

c) Tuan Nor Azmi bin Abd Manaf

Kehadiran : 96 orang daripada 94 Pertubuhan

TUJUAN:

1. Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi memberi kefahaman kepada semua Setiausaha Cawangan mengenai kewajipan semua setiausaha bagi mengunci masuk Penyata Tahun 2014 melalui sistem e-ROSES bermula Januari 2015.

2. Pertubuhan Cawangan di Negeri Perlis adalah berjumlah sebanyak 94 pertubuhan di mana, sebanyak 5 cawangan adalah diluluskan pendaftaran melalui sistem e-ROSES dan selebihnya adalah cawangan migrasi.

3. Ceramah disampaikan oleh Miss Pang Chin Fang dari Bahagian Pertubuhan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Ibu Pejabat dan juga diselitkan dengan ceramah Social Enterprise oleh Puan Faizahnor binti Sidek daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka.

4. Bagi memberi kefahaman lagi mengenai GST Jabatan juga menjemput Tuan Nor Azmi bin Abd Manaf daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Negeri Perlis bagi member taklimat.

5. Harapan jabatan agar semua semua setiausaha dan Pengerusi pertubuhan yang hadir memahami semua taklimat yang telah diberikan.

Page 32: Buletin 2014 Bil.2

32

OUTREACH JPPM JOHORTaklimat eroses bagi modul pertubuhan bercawangan bil 1/20 dan

Majlis penyampaian geran kepada persatuan penduduk

Tarikh : 14 Disember 2014( Ahad )Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari.Tempat : Auditorium Aras 6, Blok 1, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Tropika, Kempas Johor Bahru.

Bil. Peserta : Pertubuhan yang hadir - 45 peserta dari Pertubuhan Induk - 180 Kehadiran Peserta.

Penceramah : a) Taklimat Roses oleh En. Yahaya Mad Marjuki Pegawai Pendaftaran Pertubuhan OBJEKTIF

2.1. Memperluaskan penggunaan eRoses dikalangan Pertubuhan Induk dan Cawangan-cawangannya.

2.2. Memberi kefahaman dan Pengetahuan kepada Pertubuhan mengiku tundang-undang tubuh pertubuhan dan kehendak Akta Pertubuhan 1966 sejajar dengan dasar-dasar Negara.

3.0 RingkasanLaporan :

3.1 Program ini bermula dengan penyampaian ceramah-ceramah bertajuk seperti berikut:3.1.1 “Taklimat eRoses Modul Pertubuhan Bercawangan” oleh EncikYahaya bin Mad Marjuki,PegawaiPendaftaranPertubuhan

3.1.2 “Taklimat Pengurusan Pertubuhan Berkesan ”oleh Puan Hamimah binti Kodiron, PegawaiPendaftaranPertubuhan

3.2 Selepas ucapan aluan, Puan Lim Jit Ngoh Pengarah JPPMNJ telah merasmikan Majlis penutupan Program sebawai wakil kepada KetuaPengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

3.3 Pengarah JPPM Negeri Johor juga telah menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada peserta dan diikuti dengan Penyampaian geran kepada 5 buah pertubuhan penduduk yang terdiridaripada

KURSUS PENGURUSAN PERTUBUHAN BERKESAN DAN TAKLImAT eROSES

Tarikh : 30 November 2014 (Ahad)Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Ballroom 1, Aras 7, KSL Hotel & Resort, No. 33, JalanSeladang, Taman Abad, Johor Bahru, Johor

Bil. Peserta : Pertubuhan yang hadir – 118Persatuan KehadiranPeserta – 269 orang

Penceramah : 1. Taklimat eRoses oleh En. Yahaya bin Mad Marjuki PegawaiPendaftaran Pertubuhan 2. Taklimat Pengurusan Pertubuhan Berkesan oleh Pn. NorSidek – Pegawai Pendaftaran Pertubuhan

Outreach JPPm

Page 33: Buletin 2014 Bil.2

33

1.0 Pendahuluan

KSL Hotel & Resorts adalah merupakan lokasi kali kelima anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Johor. Taklimat eRoses bagi Modul Pertubuhan Bercawangan ini adalah pertama kali diadakan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Neger Johor.

Kumpulan sasaran bagi program ini ialah semua Pertubuhan Induk yang masih belum menghantar PenyataTahunan secara online didalam sistem eRoses. Sebanyak150 buahPertubuhan telah dijemput yang terdiri daripada 300 orang ahli pertubuhan.

2.0 Objektif :

2.1. Memperluaskan penggunaan eRoses dikalangan pertubuhan.

2.2. Memberi kefahaman dan Pengetahuan kepada Pertubuhan mengikut undang-undang tubuh pertubuhan dan kehendak Akta Pertubuhan 1966 sejajar dengan dasar-dasar Negara.

2.3. Mempertingkatkan usaha kearah pembentukan pemimpin pertubuhan yang berkualiti ,komited, amanh bertanggungjawab dan berwawasan.

3.0 Ringkasan Laporan 3.1. Program ini bermula dengan penyampaian ceramah-ceramah bertajuk seperti berikut:

3.1.1. “Taklimat eRoses”oleh Encik Yahaya bin Mad Marjuki,Pegawai Pendaftaran Pertubuhan

3.1.2 “Taklimat Pengurusan Pertubuhan Berkesan ”oleh Puan Norhana binti Sidek, Pegawai Pendaftara Pertubuhan

3.2 Selepas ucapan aluan, Puan Lim Jit Ngoh Pengarah JPPMNJ telah merasmikan Majlis penutupan Program sebawai wakil kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Page 34: Buletin 2014 Bil.2

34

AKTIVITI : Majlis Outreach JPPM Negeri Kelantan.

TARIKH : 7Ogos 2014TEMPAT : Dewan Permai, Hospital Pasir Mas

BIL.PESERTA : 70 orang (35 persatuan)PENCERAMAH : 1) SUPT Zainol Bin Samah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi : 2) Pn, Khairulniza Binti Nordin ( Pegawai Pendaftara JPPM IPK Negeri Kelantan) : En, Mohd Dzuhaimin Bin Musa ( Ketua Penolong Pegawai Persekitaran, Pejabat Kesihatan daerah Pasir Mas.

1. PENDAHULUANMajlis outreach bersama JPPM Negeri Kelantan adalah satu amalan dan budaya JPPM bagi mendekati masyarakat di luarsana. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan ini dimulakan dengan taklimat oleh SUPT.Zainol Bin Samah.Beliau telah memberikan taklimat tentang Taklimat Keselamatan Dan PencegahanJenayah.Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pertubuhan tentang kesedaran menjaga keselamatan Negara berganding bahu dengan pihakkeselamatan supaya indeks jenayah Negara dapat dikurangkan.Taklimat kedua disampaikan oleh Puan Khairul niza Binti Noordin, Pegawai Pendaftaran, JPPM Negeri Kelantan dengan tajuk Kesedaran Dan Tanggungjawab Persatuan. Selain taklimat tersebut beliau juga menerangkant entang cara-cara penggunaan sisteme ROSES kepada pertubuhan.

OUTREACH JPPm KELANTAN

Taklimat dan majlis dialog yang di adakan ini antaranya adalah bertujuan untuk :

•Menjadikan NGO sebagai mata dan telinga kerajaan kearah mengurangkan indekjenayah negara.

•Memberi pendedahan kepada NGO tentang pengurusan pertubuhan berkualiti.

•Berkongsi pengalaman sesama NGO berhubung dengan pengalaman menguruskanpersatuan.

•Mempromosikan penggunaan sistem eROSES.

•Membina sikap prihatin masyarakat terhadappersekitaran kehidupan yang bersih dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Majlis ini dapat memberi peluang kepada persatuan berinteraksi dengan penceramah dan sesama persatuan. Sambutan oleh persatuan amat menggalakkan.Ini ditunjukkan melalui komitmen persatuan dalam mengajukan beberapa soalan kepada ahli panel.

KESIMPULAN

Selain aktiviti kemasyarakatan berjaya dipupuk dalam setiap aktiviti JPPM Negeri Kelantan, secara keseluruhannya majlis tersebut juga telah berjaya mencapai matlamat yang dirancang.

2.TUJUAN

LAPORAN JPPm CAWANGAN NEGERI KELANTAN

TAKLIMAT OLEH ENCIK MOHD DZUHAIMIN BIN MUSAHOSPITAL PASIR MAS

Page 35: Buletin 2014 Bil.2

35

OUTREACH JPPm KELANTANLAPORAN JPPm CAWANGAN NEGERI KELANTAN

AKTIVITI :Majlis Dialog Outreach KetuaPengarah JPPMBersama PersatuanDi Negeri KelantanTARIKH :24November 2014TEMPAT :Hotel Perdana, Kelantan DarulNaimBIL.PESERTA : 85 orang PANEL : 1) KetuaPengarah JPPM En. Mohamad Razin Bin Abdullah 2)Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia En. MohdZamri Bin Hassan 3) PenolongPengarah JPPM Cik Pang Chin Fang

Moderator :Pengarah JPPM Kelantan Pn.DalilaDiyanaBt Mat Zaid

1.PENDAHULUAN

Majlis Dialog bersama Ketua Pengarah JPPM adalah satu amalan dan budaya JPPM bagi mendekati masyarakat di luar sana. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan ini dimulakan dengan taklimat oleh Cik Pang Chin Fang Penolong Pengarah, JPPM.Beliau telah memberikan taklimat tentang Pengurusan Pertubuhan Bercawangan dengan menggunakan aplikasi sistem eROSES. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pertubuhan tentang peranan Setiausaha Agung dan Setiausaha Cawangan dalam mengemaskini Penyata Tahunan dan pengurusan pertubuhan dengan berkualiti.

2.TUJUANTaklimat dan majlis dialog yang diadakan ini antaranya adalah bertujuan untuk:

• Mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh NGO.

• Memberi pendedahan kepada NGO tentang pengurusan pertubuhan menggunakan aplikasi sistem eROSES.

• Majlis yang julung-julung kali diadakan ini dapat memberi peluang kepada persatuan berinteraksi dengan KP JPPM dan sesama persatuan. Sambutan oleh persatuan amat menggalakkan. Ini ditunjukkan melalui komitmen persatuan dalam mengajukan beberapa soalan kepada ahli panel.

Antara soalan yang diajukan kepada ahli panel ialah:

1) Bagaimana JPPM membendung pertubuhan dari aktiviti pembiayaan keganasan?

Jawapan : Di peringkat nasional Jawatankuasa Koordinasi Negara (NCC) telah ditubuhkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang oleh pelbagai agensi. Selain daripada Polis DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan dan lain-lain agensi kerajaan, Kementerian Dalam Negeri juga turut terlibat dalam menganggotai jawatankuasa ini. JPPM dengan maklumat yang ada sering bekerjasama dengan Cawangan Khas PDRM dan segala laporan berhubung dengan aktiviti keganasan tersebut akan dibincangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut.

2) Bolehkah pertubuhan mendaftar syarikat bagi kepentingan ahlinya?

Jawapan : Pertubuhan perlu menyemak matlamat pertubuhan itu sendiri. Jika di dalam matlamat pertubuhan ada dinyatakan “pertubuhan boleh menjalankan perniagaan” maka ianya perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Segala keuntungan bersih perlu disalurkan kepada pertubuhan tanpa ada kepentingan peribadi.

KESIMPULAN

Selain aktiviti kemasyarakatan berjaya dipupuk dalam setiap aktiviti JPPM Negeri Kelantan, secara keseluruhannya majlis tersebut juga telah berjaya mencapai matlamat yang dirancang.

TAKLIMAT OLEH ENCIK MOHD DZUHAIMIN BIN MUSAHOSPITAL PASIR MAS

TAKLIMAT OLEH PUAN KHAIRULNIZA BT. NOORINJABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA

NEGERI KELANTAN

Page 36: Buletin 2014 Bil.2

36

OUTREACH JPPm mELAKALAPORAN JPPm CAWANGAN NEGERI mELAKA

1.0. PENDAHULUANKursus ini telah dijadualkan untuk setiap bulan mulai Februari tahun 2014, iaitu persatuan yang diluluskan permohonan pada bulan sebelumnya akan menghadiri kursus dalam bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, terdapat perubahan mulai kursus bulan Mei ini, iaitu penambahan peserta yang terdiri daripada setiausaha dari pertubuhan lama yang telah diluluskan pembaharuan setiausaha dalam eROSES. Dalam menyahut saranan kerajaan tentang langkah-langkah penjimatan, perbelanjaan meliputi peruntukan untuk pengeposan jemputan dan jamuan kursus sahaja. Cetakan nota untuk peserta, atucara, borang maklumbalas menggunakan sumber sedia ada di jabatan & jemputan turut dihantar melalui email peserta. Lokasi kursus turut menggunakan kemudahan bilik persidangan yang telah sedia terdapat di Kompleks KDN Melaka.

2.0. OBJEKTIF i.Memberi pendedahan tentang konsep asas dan tadbir urus pertubuhan kepada pemegang jawatan;ii.Memastikan pertubuhan bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Undang-Undang Pertubuhan serta dasar-dasar Negara;iii.Mengumpul peserta kursus dalam skala kumpulan yang kecil secara bulanan, supaya peserta dan penganjur dapat memberikan lebih fokus dan perhatian;

3.0 RINGKASAN LAPORAN Maklumbalas Peserta

•Dari 28 orang peserta, 27 orang mengisi Borang Maklumbalas Keberkesanan Kursus dan mengembalikannya (tidak semua skala dilengkapkan);

•Majoriti memilih skala 4 (tercapai/memuaskan) untuk hampir semua penilaian, diikuti dengan skala 5 (amat tercapai/amat memuaskan). Hanya terdapat beberapa pemilihan untuk skala 3 (sederhana tercapai/sederhana memuaskan). Terdapat satu pemilihan untuk skala 2 (tidak memuaskan) dan tiada pemilihan untuk skala 1. Dapat disimpulkan iaitu matlamat kursus dan peserta adalah tercapai dan memuaskan

Tarikh : 18 September 2014Masa : 8.30 pagi – 1 petangTempat : Bilik Persidangan, Aras 4, Kompleks KDN, MelakaBil. Peserta : 28 OrangPenceramah : Siti Zawiyah binti Wahab

KURSUS ASAS PENGURUSANPERTUBUHAN BIL 7/2014

KURSUS ASAS PENGURUSANPERTUBUHAN BIL 8/20141.0. PENDAHULUAN

Kursus ini telah dijadualkan untuk setiap bulan mulai Februari tahun 2014, iaitu persatuan yang diluluskan permohonan pada bulan sebelumnya akan menghadiri kursus dalam bulan berikutnya.

Walaubagaimanaputerdapat perubahan mulai kursus bulan Mei ini, iaitu penambahan peserta yang terdiri daripada setiausaha dari pertubuhan lama yang telah diluluskan pembaharuan dalam setiausaha eROSES. Dalam menyahut saranan kerajaan tentang langkah-langkah penjimatan, perbelanjaan meliputi peruntukan untuk pengeposan jemputan dan jamuan kursus sahaja.

2.0. OBJEKTIF i. Memberi pendedahan tentang konsep asas dan tadbir urus pertubuhan kepada pemegang jawatan;ii. Memastikan pertubuhan bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Undang-Undang Pertubuhan serta dasar-dasar Negara;iii. Mengumpul peserta kursus dalam skala kumpulan yang kecil secara bulanan, supaya peserta dan penganjur dapat memberikan lebih fokus dan perhatian;iv. Memberi peluang kepada peserta bertukar pandangan dan pendapat tentang pertubuhan.

Kandungan Program ( berdasarkan aturcara )

a) Pendaftaran Peserta b) Penerangan/Taklimat c) Kursus Asas Pengurusan pertubuhan. - Tanggungjawab jawatan utama.- Jenis-jenis mesyuarat.- Amali/latihan kumpulan.- Pelanggaran Akta.- Pengubahan Wang Haram.- Penyampaian Sijil Penyertaan.

TENTATIF MASA Tarikh : 14 Ogos 2014Masa : 8.30 pagi – 1 petangTempat : Bilik Persidangan, Aras 4, Kompleks KDN, MelakaBil. Peserta : 40 OrangPenceramah : Mohd Jani bin Mohd Nor (Pegawai Pendaftaran 1)

Page 37: Buletin 2014 Bil.2

37

LAPORAN JPPm CAWANGAN NEGERI mELAKAFaedah/Impak Kepada JPPM/Pertubuhan/Peserta

Kepada JPPM •Sangat berkesan kepada sasaran kerja tahunan yang telah menetapkan supaya pertubuhan yang diluluskan pada bulan sebelumnya, terus diberikan kursus asas tentang pengurusan pertubuhan pada bulan berikutnya. Di mana, memberi pendedahan/panduan awal kepada pertubuhan baru tentang perkara utama sebelum mereka meneruskan pentadbirannya tanpa sebarang panduan atau jauh tersasar dari undang-undang dan peraturan;

3.0 RINGKASAN LAPORAN

Maklumbalas Peserta• Dari 40 orang peserta, kesemuanya mengisi Borang Maklumbalas Keberkesanan Kursus dan mengembalikannya (tidak semua skala dilengkapkan);• Majoriti memilih skala 4 untuk hampir semua penilaian, diikuti dengan skala 5 dan skala 3. Terdapat 7 pemilihan untuk skala 2 dan 1 pemilihan untuk skala 1. Dapat disimpulkan iaitu matlamat kursus dan peserta adalah tercapai dan memuaskan;

KURSUS ASAS PENGURUSAN PERTUBUHAN BIL 9/2014

Tarikh : 14 Oktober 2014Masa : 8.30pagi - 1.00 petangTempat : Bilik Persidangan, Aras 4, Kompleks KDN, Melaka, Bil.Peserta : 40 OrangPenceramah: Mohamad Said Abdullah (Pegawai Pendaftar 2).

2.0. OBJEKTIF i.Memberi pendedahan tentang konsep asas dan tadbir urus pertubuhan kepada pemegang jawatan;ii.Memastikan pertubuhan bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Undang-Undang Pertubuhan serta dasar-dasar Negara;iii.Mengumpul peserta kursus dalam skala kumpulan yang kecil secara bulanan, supaya peserta dan penganjur dapat memberikan lebih fokus dan perhatian.

Kandungan Program (berdasarkan aturcara)

i. Pendaftaran pesertaii. Penerangan/taklimat iii. Kursus Asas Pengurusan Pertubuhan • Bhg I –Tanggungjawab Jawatankuasa Utama; • Bhg II – Jenis-Jenis Mesyuarat; • Amali/Latihan Kumpulan • Bhg III – Pelanggaran Akta;iv. Bhg IV – Pengubahan Wang Haram & Pembiayaan Keganasan

Faedah/Impak Kepada JPPM/Pertubuhan/Peserta

Kepada JPPM :• Sangat berkesan kepada sasaran kerja tahunan yang telah menetapkan supaya pertubuhan yang diluluskan pada bulan sebelumnya, terus diberikan kursus asas tentang pengurusan pertubuhan pada bulan berikutnya. Di mana, memberi pendedahan/panduan awal kepada pertubuhan baru tentang perkara utama sebelum mereka meneruskan pentadbirannya tanpa sebarang panduan atau jauh tersasar dari undang-undang dan peraturan;

Kepada Pertubuhan/Peserta : • saling bertukar pendapat dan pandangan, lebih berkesan dan tidak malu untuk berkomunikasi di dalam kumpulan kursus yang berskala kecil;• dapat menerima ilmu dan pendedahan awal/asas secara langsung dan mengetahui perkara-perkara realiti yang biasa dihadapi dalam pengurusan pertubuhan;

Page 38: Buletin 2014 Bil.2

38

KURSUS ASAS PENGURUSAN PERTUBUHAN

BIL. 10/2014

Tarikh : 20 November 2014Masa : 8.30 pagi – 1 petangTempat : Bilik Persidangan, Aras 4, Kompleks KDN, MelakaBil. Peserta : 27 OrangPenceramah : Mohd Jani bin Mohd Nor (Pegawai Pendaftaran 1)

1.0. PENDAHULUAN : Kursus ini telah dijadualkan untuk setiap bulan mulai Februari tahun 2014, iaitu persatuan yang diluluskan permohonan pada bulan sebelumnya akan menghadiri kursus dalam bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, terdapat perubahan mulai kursus bulan Mei ini, iaitu penambahan peserta yang terdiri daripada setiausaha dari pertubuhan lama yang telah diluluskan pembaharuan setiausaha dalam eROSES.

Dalam menyahut saranan kerajaan tentang langkah-langkah penjimatan, perbelanjaan meliputi peruntukan untuk pengeposan jemputan dan jamuan kursus sahaja. Cetakan nota untuk peserta, atucara, borang maklumbalas menggunakan sumber sedia ada di jabatan & jemputan turut dihantar melalui email peserta. Lokasi kursus turut menggunakan kemudahan bilik persidangan yang telah sedia terdapat di Kompleks KDN Melaka.

2.0. OBJEKTIF i. Memberi pendedahan tentang konsep asas dan tadbir urus pertubuhan kepada pemegang jawatan;ii. Memastikan pertubuhan bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Undang-Undang Pertubuhan serta dasar-dasar Negara;iii.Mengumpul peserta kursus dalam skala kumpulan yang kecil secara bulanan, supaya peserta dan penganjur dapat memberikan lebih fokus dan perhatian;iv. Memberi peluang kepada peserta bertukar pandangan dan pendapat tentang pertubuhan.

Kandungan Program (berdasarkan aturcara):

i. Pendaftaran peserta;ii. Penerangan/taklimat iii. Kursus Asas Pengurusan Pertubuhan :• Bhg I –Tanggungjawab Jawatankuasa Utama;• Bhg II – Jenis-Jenis Mesyuarat;• Amali/Latihan Kumpulan• Bhg III – Pelanggaran Akta;• Bhg IV – Pengubahan Wang Haram & Pembiayaan Keganasan iv. Ulasan Penilaian Borang Maklumbalas Keberkesanan Kursusv. Perasmian/Ucapan/Penutupan Kursusvi. Penyampaian Sijil Penyertaan

3.0 RINGKASAN LAPORAN :

Maklumbalas Peserta

1) Dari 27 orang peserta, 25 orang (2 orang pulang awal) mengisi Borang Maklumbalas Keberkesanan Kursus dan mengembalikannya (tidak semua skala dilengkapkan);

2) Majoriti memilih skala 4 (tercapai/memuaskan) dan skala 5 (amat tercapai/amat memuaskan) untuk hampir semua penilaian. Seterusnya diikuti dengan pemilihan skala 3 (sederhana tercapai/sederhana memuaskan). Terdapat beberapa pemilihan untuk skala 2 dan tiada pemilihan untuk skala 1. Dapat disimpulkan iaitu matlamat

Antara ulasan/cadangan daripada peserta ialah :

Buat kursus di luar Negeri Melaka, sekurang-kurangnya 2 malam 3 hari (Ulasan penganjur-Cadangan ini boleh dibawa ke pengetahuan pihak atasan. Tetapi buat pada ketika ini, kursus untuk pertubuhan berkenaan dijalankan di negeri berkenaan sahaja. Tahun sebelum ini ada dibuat perancangan taklimat mengikut kumpulan zon negeri. Persatuan baru juga boleh aktif mulai sekarang dan jika ada produk atau bahan pameran tentunya akan dipilih oleh Jabatan untuk menyertai karnival di negeri lain);

Faedah/Impak Kepada JPPM/Pertubuhan/Peserta

Kepada JPPM :•Sangat berkesan kepada sasaran kerja tahunan yang telah menetapkan supaya pertubuhan yang diluluskan pada bulan sebelumnya, terus diberikan kursus asas tentang pengurusan pertubuhan pada bulan berikutnya. Di mana, memberi pendedahan/panduan awal kepada pertubuhan baru tentang perkara utama sebelum mereka meneruskan pentadbirannya tanpa sebarang panduan atau jauh tersasar dari undang-undang dan peraturan;

Kepada Pertubuhan/Peserta : •saling bertukar pendapat dan pandangan, lebih berkesan dan tidak malu untuk berkomunikasi di dalam kumpulan kursus yang berskala kecil;•dapat menerima ilmu dan pendedahan awal/asas secara langsung dan menge-tahui perkara-perkara realiti yang biasa dihadapi dalam pengurusan pertubuhan;•Setiausaha yang baru mengambil alih jawatan dan telah diluluskan pembaharuan setiausaha, terus mendapat ilmu yang baru dan pendedahan tentang perkara asas dalam pertubuhan.

OUTREACH JPPmmELAKA LAPORAN JPPm CAWANGAN NEGERI SEmBILAN

Page 39: Buletin 2014 Bil.2

39

OUTREACH JPPm NEGERI SEmBILANLAPORAN JPPm CAWANGAN NEGERI SEmBILAN

LAPORAN PROGRAm OUTREACH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN mALAYSIA NEGERI SEmBILAN (JPPmNS)

BERSAmA PERTUBUHAN BERDAFTAR DAERAH JELEBU TAHUN 2014

Tarikh :25 Jun 2014 (Rabu)

Masa :08.00 pagi hingga 01.00 tengahari

Tempat :Dewan D’sury Majlis Daerah Jelebu

Bil Peserta :65 orang

Penceramah :Cik Hjh. Kamilah binti Md Shariff Pegawai Pendaftaran1JPPM Negeri Sembilan

:Cik Zainorshida binti Arshad Pegawai Pendaftaran 3 JPPM Negeri Sembilan

1.LATAR BELAKANGJabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sembilan telah merancang untuk mengadakan 7 program turun padang (outreach) sepanjang tahun 2014. Program ini merupakan program turun padang bagi kali keempat. Ianya bertujuan untuk memberikan penerangan dan pendedahan mengenai pelaksanaan sistem eRoses dan penerangan mengenai Pengurusan Pertubuhan Yang Berkualiti.

2.OBJEKTIF2.1. Mempertimbangkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengenai pentadbiran pertubuhan mengikut Undang-Undang berdaftar dan mematuhi kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.2.2. Memastikan semua pertubuhan berdaftar di Negeri Sembilan menggunakan sistem eroses sepenuhnya menjelang akhir tahun 2014.2.3. Memberi khidmat nasihat kepada pertubuhan berdaftar di Negeri Sembilan.2.4. Mewujudkan rangkaian hubungan kerjasama di antara JPPM dengan pertubuhan.

3.RINGKASAN LAPORAN3.1. Sebanyak 93 buah pertubuhan baru dan lama telah dijemput untuk menghadiri program ini. Seramai 65 orang wakil pertubuhan telah hadir yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Mereka telah diberi pendedahan mengenai tatacara penggunaan eroses dimana taklimat berkaitan

LAPORAN OUTREACH JPPm N.SEmBILAN

BERSAmA PERTUBUHAN BERDAFTAR DAERAH JEmPOL

Tarikh : 26 Nov 2014 ( RABU )Masa : 8 pagi - 1 tengahariTempat : Dewan Majlis Daerah Jempol, Bahau, Negeri Sembilan.Bil. Per : 136 PertubuhanBil. hadir : 148 Orang.Penceramah:-

1. Cik Faizahnor binti Sidek Pengarah JPPM Negeri Melaka

2. Puan Wan Roszaini binti Wan Daud Pegawai Insolvensi Kanan Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

1.LATARBELAKANGProgram ’Outreach’ JPPM Negeri Sembilan bersama Pertubuhan Berdaftar Daerah Jempol Tahun 2014 adalah merupakan program turun padang kali kelima (5). Ianya bertujuan memberikan penerangan dan pendedahan disamping mengingatkan ahli-ahli pertubuhan mengenai urus tadbir persatuan. Pada program ini juga JPPM Negeri Sembilan telah menjemput pegawai dari Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan urusan pembatalan pertubuhan meliputi pentadbiran hal ehwal pertubuhan, pengurusan lebihan dan peletakan hak kepada pertubuhan baru Seksyen 17B Akta Pertubuhan 1966.

2. OBJEKTIFMempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengenai pentadbiran pertubuhan mengikut undang-undang berdaftar dan mematuhi kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.RINGKASAN LAPORAN

Sebanyak 136 buah pertubuhan baru dan lama telah dijemput untuk menghadiri program ini. Seramai 148 orang wakil pertubuhan telah hadir yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Biasa. Mereka telah diberi penerangan mengenai pengurusan pertubuhan yang telah disampaikan oleh Cik Faizahnor binti Sidek, Pengarah JPPM Negeri Melaka

Page 40: Buletin 2014 Bil.2

40

Tarikh :25 September 2014 (Khamis)Masa :09.00pagi - 1.30 petangTempat :Makmal Komputer Kompleks Dagangan Mahkot Sektor 2, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah Bandar Indera Mahkota 25200 KuantanBil. Peserta :20 orang Penceramah :Ruslan bin Haji Daud Pegawai Pendaftaran pertubuhan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Pahang.

1.0 PENDAHULUAN

Jabatan telah menjemput sejumlah 14 pertubuhan induk bercawangan untuk menghadiri bengkel yang pertama kali diadakan bagi memberi penerangan mengenai sistem eroses. Kehadiran Setiausaha Induk dalam bengkel ini adalah diwajibkan. Bengkel ini penting kerana mulai tahun 2015 semua Penyata Tahunan Induk danCawangan perlu dihantar ke jabatan melalui sistem eroses (atas talian). Semua pertubuhan yang terlibat merupakan pertubuhan migrasi iaitu pertubuhan yang diluluskan secara manual dan maklumat pertubuhan perlu dikemaskini dalam sistem eroses.

2.0 OBJEKTIF :

2.1 Pendedahan kepada Setiausaha Induk mengenai Modul Cawangan dalam sistem eroses.

2.2 Menerangkan antara peranan Setiausaha Induk yang merangkumi penjelasan mengenai Kemaskini Rekod Cawangan, Pembaharuan Setiausaha Cawangan, Pengesahan Penyata Tahunan Cawangan dan cara Pindaan Maklumat Cawangan.

2.3 Jabatan cuba mengetahui masalah yang dihadapi oleh pertubuhan dalam pelaksanaan sistem eroses.

3.0 RINGKASAN LAPORAN :

Hasil maklumbalas yang diterima didapati wakil pertubuhan berpuas hati dengan bengkel tersebut. Ini kerana bengkel eroses ini diadakan di makmal komputer dan sesi pembelajaran secara praktikal dapat diadakan. Selain dari itu Jabatan telah cuba mengatasi apa jua permasalahan mengenai eroses yang dihadapi oleh setiap wakil pertubuhan yang hadir. Terdapat permintaan dari peserta supaya bengkel ini dapat diadakan dari semasa kesemasa sebagai pendedahan kepada pemegang-pemegang jawatan utama khususnya.

Bengkel eRoses Pertubuhan Bercawangan Siri 1/2014OUTREACH JPPm PAHANG

Page 41: Buletin 2014 Bil.2

41

LAPORAN AKTIVITI ‘OUTREACH’ KE SG ASAP, BAKUN, BELAGA, KAPIT

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI SARAWAK

AKTIVITI : Program ‘Outreach’ iaituSesi Dialog Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Bersama Pegawai Daerah Belaga, Ketua Masyarakat, Ketuakaum / wakil Ketua kaum dan Pertubuhan Berdaftar di Belaga

TARIKH : 30 Ogos2014 (Sabtu)MASA :11 pagiTEMPAT : Bangunan JKKK, Uma Daro, Sg. Asap, Bakun, Belaga, Kapit

BIL.KEHADIRAN :67 orang (15 Pertubuhan di Daerah Belaga)

PETA LOKASI SESI DIALOG

TUJUAN PROGRAM ‘OUTREACH’ - SESI DIALOG DIADAKAN :-

•Mengiktiraf sumbangan pertubuhan dalam merealisasikan Konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan;

•Mengiktiraf sumbangan pertubuhan dalam memperbaiki taraf hidup, kebajikan, Pendidikan, Keagamaan dan Kebudayaan kearah Komuniti Maju, Sejahtera, Bekerjasama dan Komuniti bertaraf dunia;

PANEL JPPM

1) Tuan Mohammad Razin bin Abdullah KetuaPengarah JPPM 2) Encik Ken Leben Pengarah JPPM Negeri Sarawak 3) EncikNoraffendy bin Khalid Tim SME eROSES JPPM Pengarah JPPM Negeri Selangor

4) Encik Matthew Dominic Barin Pengarah JPPM Negeri Sabah

SESI DIALOGKetibaan Tuan Mohammad Razin bin Abdullah, KetuaPengarah JPPM serta rombongan di Bangunan JKKK, Uma Daro disambut oleh penduduk tempatan secara tradisional dan majlis dimulakandengan:•Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku•UcapanYBrs. Tuan Mohamad Razin bin AbdullahKetua Pengarah, JPPM•Ucapan oleh Pemanca Umek Jeno(Pengerusi,Penduduk PenempatanSemula Bakun (Bakun Resettlers Association)

IMPAK / HASIL SESI DIALOG

Amanat Ketua Pengarah JPPM serta soalan - soalan yang dikemukakan oleh pihak pertubuhan semasa Sesi Dialog yang telah dijawabdengan ser-ta-merta boleh membantu mereka lebih memahami serta tahu bagaimana cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Inisudah pastinya memberi keyakinan dan membolehkan mereka menguruskan pertubuhan dengan lebih teratur.

Program ini juga membolehkan pihak JPPM dan pertubuhan mengenali satu sama lain dan ini akan memudahkan lagi urusan di antara kedua - dua pihak pada masa hadapan.

OUTREACH JPPm SARAWAKLAPORAN AKTIVITI ‘OUTREACH’ KE SG ASAP, BAKUN, BELAGA, KAPIT SARAWAK

Page 42: Buletin 2014 Bil.2

GAmBAR DISEKITAR LAmAN RUmAH PANJANG SARAWAK

Page 43: Buletin 2014 Bil.2

43

TAKLImAT mENGENAI “ANTI mONEY- LOUNDRING

Tarikh : 18 Oktober 2014 ( Sabtu )

Masa : 8.00am – 13.00pm

Tempat : Dewan SMK Pekan II Kota Belud , Sabah

Bil. Persatuan : 40 Persatuan

Jumlah Kehadiran : 78 Peserta

Sesi Dialog : Tuan Mohamad Razin Bin Abdullah

Sesi Taklimat : En. Noraffendy Bin Khalid

1.0.PENDAHULUANProgram ini adalah salah satu program yang ditetapkan di dalam Sasaran Kerja Tahunan bagi tahun 2014. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar khususnya di daerah Kota Belud untuk bertemu secara langsung dengan pihak pengurusan tertinggi iaitu Tuan Mohamad Razin Bin Abdullah Ketua Pengarah JPPM bagi mendengar amanat mengenai sistem urus tadbir pertubuhan dengan lebih berkualiti. Di samping itu juga peserta yang mewakili pertubuhan dapat berdialog secara langsung dengan Tuan Ketua Pengarah JPPM mengenai segala perkara yang berhubung kait dengan pertubuhan. Sebanyak 40 pertubuhan telah di jemput di dalam sesi dialog ini bagi mendapatkan respon, cadangan, pandangan dan seterusnya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menimba pengetahuan dan kefahaman mengenai Anti Money- Laundering And Counter Financing Of Terrorism” .

2.2 Memberi khidmat nasihat kepada pertubuhan yang berdaftar.

2.3 Mengeratkan “Networking” diantara JPPM dengan pertubuhan melalui aktiviti Turun Padang / Outreach Program.

Tuan Mohammad Razin Bin Abdullah Ketua Pengarah JPPM sedang menyampaikan ucapan kepada peserta pada program outreach di daerah Kota Belud

3.0. IMPAK PROGRAM.

Peserta-peserta program telah di berikan taklimat mengenai “Anti Money- Laundering And Counter Financing Of Terrorism” bertujuan untuk memberikan kesedaran dan memupuk pemahaman mengenai halatuju dan urus tadbir persatuan supaya tidak terlibat di dalam kegiatan-kegiatan penjanaan sumber kewangan persatuan oleh badan yang menjalankan aktiviti-aktiviti jenayah dan keganasan. Manakala berdasarkan kepada sesi soal jawap pula persatuan yang hadir telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan terdapat sebanyak 8 persatuan telah mengajukan beberapa persoalan mengenai persatuan dan semuanya telah dapat dirungkaikan dan dijelaskan oleh Ketua Pengarah JPPM. Para peserta kursus juga telah dapat berinteraksi secara langsung dengan Ketua Pengarah JPPM di samping dapat menyampaikan segala cadangan dan pandangan mengenai urus tadbir persatuan.

OUTREACH SABAH

Page 44: Buletin 2014 Bil.2

44

PROGRAm HARI BERSAmA PELANGGAN JPPm TERENGGANUOUTREACH TERENGGANU

Tempat Dataran Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu sempena Festival Hari 1Belia Peringkat Negeri Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu (SUK).

Tarikh : 15 - 17 Mei 2014

Pegawai Bertugas : Semua Pegawai Dan Kakitangan JPPM Negeri Terengganu mengikut Jadual masing-masing

Tempat : Pasar Tani Kuala Terengganu.

Tarikh : 21 April 2014 (Isnin)

Pegawai Bertugas : En. Mamat bin Othman                                 Pn. Amisah binti Mohamed                                Tuan Shaharbudin bin Awang

Peserta : 40 Orang

PROGRAm HARI BERSAmA PELANGGAN –JPPm TERENGGANU

DIPASAR TANI TERENGGANU

PERSIJILAN EKSA JPPM TERENGGANU

Tarikh Audit : 20 Ogos 2014 (Rabu)Tarikh Persijilan : 1 September 2014Panel Penilai : Encik Muhammad Izzwa Shahril bin Idris (MAMPU)Tempat : Keseluruhan Ruang Pejabat JPPM Negeri Terengganu.

LAWATAN AUDIT MAMPU DAN ANUGERAH PENSIJILAN OLEH MAMPU

Page 45: Buletin 2014 Bil.2

AKTIVITI PEmATUHAN DAN PENGUATKUASAAN JPPm 2014

Page 46: Buletin 2014 Bil.2

46

Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Awam Syiah Imamiyyah (Ja’fari) Mohd Kamil zuhairi Abdul Aziz ditahan polis hari ini untuk disiasat berhubung pertubuhan itu yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Polis Gombak ACP Ali Ahmad berkata penahanan itu dibuat di Taman Sri Gombak selepas ROS membuat laporan polis berhubung kewujudan Ja’fari yang tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan.

“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dan laporanakan dimaklumkan sejurus selesai soal siasat dijalankan.

“Segala dokumen berkaitan ada dengan pihak ROS, polis hanya membantu,” katanya ketikadi hubungi semalam.

Jurucakap ROS ketika ditemui Bernama di IPD Gombak pula enggan mengulas mengenai perkara itu dan memberitahu ROS akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

POLIS TAHAN PEmImPIN JA’FARI

SESI PERJUmPAAN BERSAmA PRESIDENT PKRDATIN SERI DR WAN AZIZAH BINTI WAN IBRAHIm

Page 47: Buletin 2014 Bil.2

47

Dalam tinjaun, kajian dan analisis yang dibuat ke atas 120 alatan

kosmetik dan barangan harian, sekurang-kurangnya satu atau

lebih daripada berikut :

• Bahan yang diketahui berkarsinogen (menyebabkan

kanser) kepada manusia.

• Bahan yang mungkin dicemari bahan sampingan

berkasinogen.

• Bahan yang bertindak balas dengan kimia lain lalu

membentuk karsinegon yang memudaratkan ketika

penyimpanan dan penggunaan

• Bahan yang disyaki menyebabkan kanser di kalangan

manusia atau yang dikaitkan dengan kanser melalui

ujian makmal ke atas haiwan.

• Sekurang-kurangnya 60 bahan kimia

berkasinogen yang disyaki berbahaya.

Pemeriksaan yang dibuat ke atas 120 bahan ramuan barangan kosmetik

didapati sekurang-kurangnya 50 bahan kimia berkasinogen di dalamnya atau

cenderung dikesan mengandunginya seperti:

• Pembayang mata boleh mengandungi sehingga 22 bahan karsinogen

dan berkemungkinan karsinogen.

• Gincu bibir dan pembersih muka mengandungi 21 bahan

karsinogen.

• Pewarna rambut dan syampu pula 20 bahan karsinogen

• Losyen dank rim muka 17 bahan karsinogen.

• Buih mandian bayi, 16 bahan karsinogen

• Balm/pengilat bibir, 14 bahan nkarsinogen

• Bedak asas & topeng muka, 12 bahan karsinogen tiap

satu.

• Krin.busa untuk pencukur & penanggal mekap, mata, muka,11

bahan karsinogen setiap produk.

BAHAN PENYEBAB KANSER

BUAH TIN KAYA NUTRIENT1. Membantu menurunkan tekanan darah tinggiBuah tin kaya dengan potassium iaitu sejenos mineral yang membantu mengawal tekanan darah. Ramai dalam kalangan kita kurang mengambil buah atau sayuran secukupnya, sebaliknya lebih banyak makan makanan penuh kandungan garam hingga menyebabkan tekanan darah meningkat.Makanan yang kaya potassium seperti buah tin mampu memberikan kesan ketara kepada kesihatan diri sekiranya diamalkan secara konsisten dalam diet harian.2. Menurunkan berat badanBuah tin adalah sumber serat yang baik dan mampu membantu penghadaman selain memberi rasa kenyang berpanjangan, seterusnya mengawal berat badan.3. Melindungi diri dari barah payu daraPengambilan serat tinggi mampu melindungi wanita yang sudah monopaus daripada barah payu dara. Satu kajian membabitkan 51, 823 wanita monopaus selama lapan tahun mendapati terdapat pengurangan risiko sehingga 34 peratus bagi kumpulan yang mengambil serat yang tinggi dalam diet mereka.

4. Membantu pesakit diabetesDaun buah tin juga mempunyai peranan dalam menjaga kesihatan kerana ia memiliki bahan anti diabetik yang mampu mengawal jumlah insulin diperlukan bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin.5. Menjaga kesihatan kardiovaskularDaun buah tin juga mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan lemak dalam saluran darah serta melindungi diri dengan menghalang pertumbuhan sel barah.

CILI BANTU KURANGKAN BERAT BADANPenyelidikan terbaharu sekali lagi membuktikan cili boleh membantu

mengurangkan berat badan dengan mempercepatkan metabolisme. Ia

mendapati capsaicin, bahan yang menyebabkan cili berasa pdas, boleh

membantu membakar lemak dalam tubuh. Godaan menikmati makanan

berlemak dan bergula terlalu kuat sehingga ramai tidakm dapat menolak

hidangan itu walaupun cuba mengurangkan kalori. Kini, penyelidikan

percaya capsain boleh memberi penyelesain kepada

masalah itu,

a) Aktifkan reseptor

Ia berlaku dengan mengaktifkan reseptor dalam tubuh yang

menetapkan proses pembakaran tenaga.Di dalam tubuh, sel

lemak putih menyerap kalori dan menyimpannya sebagai

lemak, jenis yang jelas dilihat pada perut buncit, pinggang

dan paha yang menjadi musuh pengamal diet. Sel lemak putih

dikenali sebagai lemak ‘jahat’ kerana peranannya itu. Lemak

coklat, yang ditemui dalam jumlah kecil di bahu dan leher,

sebenarnya membakar lemak untuk menghangatkan tubuh

dan dikenali sebagai lemak ‘baik’.

Tip Menangani StressKitab suci al-Quran adalah salah satu mukjizat yang dikurniakan oleh Allah dan ia mempunyai khasiat

yang cukup banyak. Jadi, sebagai umat Islam, kita digalakkkan membaca al-Quran sebagai amalan

harian agar jiwa kita sentiasa tenteram. Selain itu, ia juga sentiasa mendekatkan kita dengan Allah.

Keluarga adalah penyembuh utama segala kedukaan di hari kita. Keluarga sentiasa ada di sisi

kita ketika susah dan senang. Saat bersama ahli keluarga adalah sesuatu yang bahagia

dan menggembirakan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama-sama

rakan-rakan seperti beriadah dan makan malam bersama. Salah satu cara untuk

mengatasi tekanan adalah dengan bercerita dan berkongsi masalah bersama orang

SUDUT KESIHATAN

SESI PERJUmPAAN BERSAmA PRESIDENT PKRDATIN SERI DR WAN AZIZAH BINTI WAN IBRAHIm

Page 48: Buletin 2014 Bil.2

KERATAN AKHBAR