5
Cara Guru Novis Menguruskendalikan Dan Menangani Isu-Isu Semasa Dalam Pengurusan Bilik Darjah Berpandukan Teori Kepimpinan Yang Sesuai Pengurusan ilik darjah merujuk kepada se! !ingkah laku guru "ang melipu!i pelaga aspek di mana guru akan memen!uk dan menngekalkan kondisi pemelajaran seper!i diharapkan# $emle%h &'())*+ mengiara!kan pengurusan ilik darjah seagai orkes!ra dalam kehidupan di ilik darjah "ang memerlukan pemen!ukan kurikulum+ pen"elenggaraan prosedu dan sumer pengajaran# Beliau juga menekankan !en!ang e!apa pen!ingn"a pen"usu suasana ilik darjah agi memaksimakan keerkesanan+ peman!auan perkemangan pelajar ser!a !anggungja,a guru dalam memikirkan !erleih dahulu masalah-masalah "ang mungkin akan !imul# Manakala+ Danielson & ../* meliha! kepimpinan guru seagai himpunan kemahi pada seseorang guru "ang selain daripada mengajar+ ada mempun"ai pengaruh "ang diperluaskan ke luar ilik darjahn"a+ sama ada di dalam a!au di luar sekolahn"a# Kepimpi guru ini menggerakkan guru-guru lain agi meningka!kan pres!asi sekolah+ khususn"a dalam pengajaran dan pemelajaran# 0leh i!u+ sa"a seagai guru novis !elah %ua mengaplikasika kemahiran kepimpinan "ang diajar dalam men"elesaikan masalah a!au isu "ang !imul semasa di sekolah# Sepanjang sesi prak!ikum "ang lepas+ sa"a !elah melalui pelagai masalah melia!kan isu 1 isu semasa dalam ilik darjah dan !elah %ua un!uk men"elesaikan masala eriku! mengiku! masalah "ang dihadapi# 2n!ara isu "ang dihadapi ialah masalah pelajar# Di dalam ilik darjah+pelajar-pelajar "ang erdisiplin adalah pen!ing un!uk men pen%apaian ojek!i3 pelajaran "ang erkesan# Disiplin ilik darjah "ang aik ermakna su sosioemosi ilik darjah adalah kondusi3 dan harmonis# Dengan ini segala ak!ivi! pengajar pemelajaran dapa! dilaksanakan se%ara sis!ema!ik+!era!ur dan li%in# Te!api salah sa!u m "ang sering dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin# Ini ermakna segala apa "ang dije di a!as menjadi sealikn"a# Seagai %on!oh+ pelajar selalu le,a! masuk kelas apaila ha ,ak!u reha! dan pon!eng kelas# Sa"a mendapa!i pelajar "ang menghadapi masalah diseakan oleh mereka kurang mo!ivasi a!au dorongan un!uk erada di dalam kelas dan mengiku!i kelas seper!i pelajar lain#

Cara Guru Novis Menguruskendalikan Dan Menangani Isu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sdgd

Citation preview

Cara Guru Novis Menguruskendalikan Dan Menangani Isu-Isu Semasa Dalam Pengurusan Bilik Darjah Berpandukan Teori Kepimpinan Yang Sesuai

Pengurusan bilik darjah merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan menngekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tentang betapa pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul. Manakala, Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada seseorang guru yang selain daripada mengajar, ada mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan guru ini menggerakkan guru-guru lain bagi meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya sebagai guru novis telah cuba mengaplikasikan kemahiran kepimpinan yang diajar dalam menyelesaikan masalah atau isu yang timbul semasa di sekolah.Sepanjang sesi praktikum yang lepas, saya telah melalui pelbagai masalah yang melibatkan isu isu semasa dalam bilik darjah dan telah cuba untuk menyelesaikan masalah berikut mengikut masalah yang dihadapi. Antara isu yang dihadapi ialah masalah disiplin pelajar. Di dalam bilik darjah,pelajar-pelajar yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang baik bermakna suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis. Dengan ini segala aktivit pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik,teratur dan licin. Tetapi salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin. Ini bermakna segala apa yang dijelaskan di atas menjadi sebaliknya. Sebagai contoh, pelajar selalu lewat masuk kelas apabila habis waktu rehat dan ponteng kelas. Saya mendapati pelajar yang menghadapi masalah ini disebabkan oleh mereka kurang motivasi atau dorongan untuk berada di dalam kelas dan mengikuti kelas seperti pelajar lain.Sebagai guru, saya perlu mengambil berat mengenai perkara ini. Hal ini kerana, masalah yang ditimbulkan oleh segelintir pelajar mampu mengganggu kelancaran perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menggunakan Teori X dan Y bagi menyelesaikan masalah disiplin pelajar ini. Menurut Douglas McGregor (1960) , Teori Y lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan manakala Teori X menyatakan bahawa pekerja hanya mahu bekerja kerana dirangsang oleh keperluan psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja. Oleh itu, saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan motivasi pelajar dengan sentiasa memberi penghargaan dalam bentuk pujian ataupun memberi tunjuk ajar sekiranya pelajar melakukan kesalahan. Hal ini kerana, kebanyakkan pelajar akan merasa bosan dan kurang minat untuk belajar sekiranya mereka tidak faham serta tidak mendapat perhatian secukupnya daripada guru. Jadi, amat penting bagi saya untuk meningkatkan motivasi mereka supaya tiada lagi perasaan kurang berminat untuk belajar dalam diri mereka. Saya juga akan kurangkan perasaan takur kepada saya semasa di dalam kelas dengan mengurangkan dendaan, sebaliknya banyak menggunakan nasihat dan peneguhan.Selain itu, saya juga telah menggunakan Teori Situasi bagi menyelesaikan masalah disiplin pelajar saya. Menurut Fieldler (1967), tidak terdapat suatu cara terbaik dalam memimpin sesuatu organisasi. Ia mungkin berkesan dalam satu situasi, namun kurang berkesan dalam situasi lain. Teori ini saya dapati sangat sesuai digunakan dalam isu yang sedang saya hadapi keran saya dapati bahawa timbulnya masalah disiplin dalam kalangan pelajar saya adalah disebabkan oleh beberapa faktor, bukan hanya tertumpu kepada kurang minat untuk belajar sahaja. Faktor lain ialah strategi dan kaedah pengajaran saya yang kurang sesuai atau menarik. Menurut, Mok Soon Sang (2003), diantara punca timbulnya masalah disiplin di dalam bilik darjah yang berlaku adalah disebabkan penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai. Pelajar mudah merasa bosan hingga mereka memberontak dan mencetuskan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah yang berlainan dalam pengajaran saya bagi mengelakkan pelajar merasa bosan dengan pnp saya.Isu lain yang saya hadapi semasa di sekolah ialah pelajar yang degil dan tidak mendengar arahan. Secara umumnya, sikap degil dan tidak menghiraukan arahan guru dalam kalangan murid kerap kali dilihat dalam senario bilik darjah walaupun tidak semua murid. Menurut Omardin Ashaari (1999), golongan murid bersikap degil ini gemar menentang guru dan apa yang dilakukan hanya untuk menjaga kepentingan diri semata-mata. Mereka mempunyai nilai yang berlainan dalam hidup mereka. Sifat ini mungkin berpunca daripada salah didikan dan pengaruh persekitaran. Namun begitu, pada saya, ia merupakan tanggungjawab seorang guru dalam memastikan pelajar mendengar arahan atau tidak. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah menggunakan Teori Kepemimpinan Moral. Menurut Sergiovanni (1992), beliau mendefinisikan kepemimpinan moral sebagai suatu bentuk bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui prinsip dan pegangan hidup yang terpuji. Oleh itu, sebagai guru, sebelum saya memberikan arahan kepada pelajar, saya sendiri perlu memperbetulkan diri terlebih dahulu dan memberi contoh baik kepada pelajar. Saya juga perlu menjaga hubungan yang baik dengan pelajar supaya mereka berasa selesa dan menghormati saya. Perasaan hormat yang ada dalam diri mereka serta hubungan yang mesra membuatkan mereka lebih senang untuk menerima sebarang arahan daripada saya. Pelajar juga tidak akan merasa terbeban dengan setiap arahan daripada saya, malah merasa senang untk melaksanakannya.Di samping itu, antara isu lain yang saya hadapi ialah masalah kebergantungan pelajar terhadapa orang lain atau kurang keyakinan diri. Menurut Tiwi Kamidin (2004), tingkah laku bermasalah juga mungkin berbentuk pergantungan berlebihan yang menunjukkan murid tidak dapat berdikari, sebaliknya amat bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Tingkah laku bermasalah ini biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah, namun ada kalanya berlarutan sehingga usia remaja. Mereka mudah berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya jika tidak berada disamping orang yang diharapkan. Antara simptom-simptom yang ditunjukkan oleh murid yang mempunyai tingkah laku masalah bergantung adalah seperti sukar untuk membuat keputusan seharian tanpa mendapatkan nasihat dan jaminan dari orang lain, memerlukan orang lain untuk bertanggunjawab ke atas kebanyakan perkara dalam kehidupan, tidak berani untukmengambil sesuatu tindakan kerana kekekurangan keyakinan diri dan tidak yakin akankebolehan diri. Mereka juga mengambil langkah yang berlebihan untuk mendapatkan sokongan dari orang lain sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia sesuatu yang tidak baik, merasa tidak selesa atau lemah apabila bersendirian kerana takut tidak dapat menjaga diri sendiri dan sebagainya. Bagi menghadapi masalah seperti ini, saya telah menggunakan Teori Transformasi dengan meningkatkan motivasi diri pelajar dan keyakinan mereka. Perkara ini disokong oleh Burn (1978), yang mentakrifkan teori ini sebagai memotivasikan orang bawahan melalui pemberian habuan atas apa yang mereka lakukan. Saya sentiasa mendekati murid tersebut dan cuba untuk mendalami masalahnya. Apa yang saya faham mengenai maslaah yang dihadapi pelajar ini ialah, mereka terlalu kurang keyakinan diri, pemalu dan menganggap diri mereka lemah. Oleh itu, saya telah berusaha untuk melibatkan pelajar tersebut dalam setiap pengajaran saya dengan bertanya soalan, memberi peluang untuk bercakap dan senantiasa memberi bimbingan. Saya juga sentiasa memberi penghargaan serta hadiah kepada mereka apabila menjawab soalan dengan betul dan sekiranya salah, saya akan memberi tunjuk ajar serta dorongan kepada mereka. Di samping itu, saya juga cuba mengawal pelajar lain dan menggalakkan mereka untuk bergaul dengan cara baik. Dengan ini, ia secara tidak langsng akan menimbulkan suasana kelas yang selamat dan membuatkan pelajar tersebut merasa selesa untuk berada di dalam kelas.Isu seterusnya ialah pergaduhan. Pergaduhan merupakan salah satu isu yang tidak pernah selesai dan sentiasa ada di mana mana sekolah. Saya menghadapi masalah ini sejak praktikum fasa satu lagi sehingga praktikum fasa ke tiga. Oleh kerana sentiasa berhadapan dengan masalah ini, saya telah terbiasa dan telah mengetahui cara berkesan untuk mengatasi isu pergaduhan antara pelajar. Saya mendapati, kebiasaan sebab atau punca berlaku pergaduhan ialah ejek mengejek ataupun salah faham. Bagi mengatasi masalah ini, saya sekali lagi mengaplikasikan Teori Situasi di mana tindakan saya berdasarkan sebab berlaku pergaduhan. Bagi kes terbaru yang saya lalui semasa praktikum fasa tiga ialah, pergaduhan disebabkan ejekan kawan. Saya telah memanggil kedua dua orang pelajar yang terlibat dan memberi nasihat mengenai keburukan pergaduhan. Saya juga menjelaskan kepada kedua-dua murid terbabit bahawa kita tidak seharusnya melihat kekurangan seseorang itu lalu menjadikannya bahan ejekan kerana bagaimana kita mengguris perasaan seseorang itu, perkara yang sama boleh berlaku terhadap kita sedangkan perkara tersebut langsung tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada kita. Di samping itu, saya juga menggunakan kaedah dendaan sekiranya perkara tersebut berulang lagi. Perkara ini telah dijadikan sebagai contoh supaya murid-murid lain turut mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. Sebagai kesimpulan, kita sebagai guru hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang isu semasa apabila berada di sekolah kelak. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu supaya apabila berdepan apa sahaja situasi yang tidak dijangka, kita dapat mengendalikannya dengan berkesan.