3
PIAGTATM lOOVi REFLEKSI GURU NOVIS Pada 2 hingga 5 Ogos 2009, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pendidikan Luar bandar (PPPLB) telah menganjurkan Program Integrasi Antara Guru Awalan Malaysia (PIAGAM). Program julung kali ini bertemakan "Menyelami Realiti Peranan Seorang Guru" memberi pendedahan khusus kepada pelajar program pendidikan (guru awalan) terhadap senario semasa berkaitan iklim dan budaya sekolah di kawasan luar bandar. Pelaksanaan program ini adalah sebagai satu persediaan untuk melengkapkan diri, memperkukuh jati diri dan sistem nilai dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dalam kalangan bakal guru. Program empat hari ini melibatkan seramai 40 orang peserta. Sebanyak tiga buah sekolah luar bandar telah dipilih mengikut kategori sekolah luar bandar masing-masing SMK Kemburongoh di Ranau (Zon Pergunungan), SMK Usukan di Kota Belud (Zon Pesisir), dan SMK Nabawan di Nabawan (Zon Pedalaman Dalam). Aktiviti dilaksanakan berdasarkan Modul PIAGAM yang dibahagikan kepada empat sub-modul seperti berikut: 1. Suai Mesra 2. Guru dan profesionalisme " Induksi . Kenali Sekolah Luar Bandar " Kenali Realiti Pengalaman Guru Luar Bandar Strategi Belajar BerkesanPMR dan SPM " Pencerapan Pengajaran Guru . Pengalaman Mengajar Di Bilik Darjah 3. Hubungan Guru Dan Komuniti " Saya, SekolahDan Komuniti " Kenali Budaya " Sosioekonomi Komuniti Luar Bandar " Keluargaku " JomKerja Kampung " OrganisasiSekolah Dan Komuniti " Jorn Masak "3R (Reduce, Reuse & Recycle) 4. Pembangunan Jati Diri " SukanRakyat " Sukaneka " Kerohanian SMK NABAWAN, NABAWAN (ZON PEDALAMAN DALAM) Tibanya kami di SMK Nabawan, kami telah disambut oleh penolong kanan Hal Ehwal Murid dan seramai lima orang guru, kami diberi taklimat dan penempatan. Menerusi modul pertama iaitu 'saya, guru clan sekolah; kami dapat mengenali struktur pentadbiran, infrastruktur clan kemudahan sekolah serta latar belakang komuniti setempat. Hari pertama, kami dilibatkan dalam perhimpunan mingguan sekolah dan menyelusuri suasana sekolah. Perasaan kami amat tersentuh melihat keadaan fizikal bangunan sekolah yang serba kekurangan dan usang. Walau bagaimanapun, kami berasa kagum kerana guru dan pelajar di kawasan ini tetap bersemangat untuk meneruskan tanggungjawab masing-masing demi masa depan anak bangsa. Kami turut dibawa melawat SK Kebu Baharu dan SK Kg. Enam. Masalah lebih kritikal dialami sekolah rendah luar bandar. Kekurangan bahan bacaandan tenaga pengajar, bangunan sekolah usang dan masalah kemudahan asas sudah menjadi sebahagian rutin harian warga sekolah. Seterusnya, kami melakukan pemerhatian sesi P&P bilik darjah. Berdasarkan pengamatan kami, guru hanya mengajar berpandukan buku teks tanpa bantuan Alat Bantu Mengajar lain dalam kelas.Pendekatan tradisional ini didapati kurang berkesan untuk menarik dan fokus minat murid. Hasilnya, satu pengalaman baharu telah diperolehi. Seorang guru seharusnya memastikan pelajarnya sentiasamemberi fokus dan mewujudkan suasanaproaktif clan interaksi yang positif di antara guru dan pelajar dalam menghasilkan proses P&P yang efektif. Kami turut didedahkan pengalaman guru yang telah lama mengajar di kawasan pedalaman. Secara umum, cabaran utama ialah menyesuaikan diri, masalah tempat tinggal dan masalah air. Tugas seorang guru tidak semata-mata untuk mengajar pelajar luar Bandar sahaja malahan memerlukan yang semangat yang kental dan tahan dari segi fizikal, mental dan rohani. Menyelami kehidupan pelajar diluar bandar, banyak perkara yang membuatkan kami sedih dan tersentuh dengan kepayahan yang perlu ditempuhi semata-mata untuk menimba ilmu. Mereka terpaksa menempuh perjalanan selama Sembilan jam, berjalan kaki menyelusuri denai, menaiki perahu, mendaki bukit dan merentasi hutan demi mendapatkan ilmu yang sangat Sambungan ke muka surat 18 10ý

PIAGTATM lOOVi REFLEKSI GURU NOVIS

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PIAGTATM lOOVi REFLEKSI GURU NOVIS

PIAGTATM lOOVi REFLEKSI GURU NOVIS Pada 2 hingga 5 Ogos 2009, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pendidikan Luar bandar (PPPLB) telah menganjurkan Program Integrasi Antara Guru Awalan Malaysia (PIAGAM). Program julung kali ini bertemakan "Menyelami Realiti Peranan Seorang Guru" memberi pendedahan khusus kepada pelajar program pendidikan (guru

awalan) terhadap senario semasa berkaitan iklim dan budaya sekolah di kawasan luar bandar. Pelaksanaan program ini adalah sebagai satu persediaan untuk melengkapkan diri, memperkukuh jati diri dan sistem nilai dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dalam kalangan bakal guru. Program empat hari ini melibatkan seramai 40 orang peserta. Sebanyak tiga buah

sekolah luar bandar telah dipilih mengikut kategori sekolah luar bandar masing-masing SMK Kemburongoh di Ranau (Zon Pergunungan), SMK Usukan di Kota Belud (Zon Pesisir), dan SMK Nabawan di Nabawan (Zon Pedalaman Dalam). Aktiviti dilaksanakan berdasarkan Modul PIAGAM yang dibahagikan kepada empat sub-modul seperti berikut:

1. Suai Mesra

2. Guru dan profesionalisme " Induksi

. Kenali Sekolah Luar Bandar

" Kenali Realiti Pengalaman Guru Luar Bandar Strategi Belajar Berkesan PMR dan SPM

" Pencerapan Pengajaran Guru

. Pengalaman Mengajar Di Bilik Darjah

3. Hubungan Guru Dan Komuniti

" Saya, Sekolah Dan Komuniti

" Kenali Budaya " Sosioekonomi Komuniti Luar Bandar

" Keluargaku

" Jom Kerja Kampung " Organisasi Sekolah Dan Komuniti

" Jorn Masak

"3R (Reduce, Reuse & Recycle)

4. Pembangunan Jati Diri

" Sukan Rakyat

" Sukaneka

" Kerohanian

SMK NABAWAN, NABAWAN (ZON PEDALAMAN DALAM) Tibanya kami di SMK Nabawan, kami telah disambut oleh penolong kanan Hal Ehwal Murid dan seramai lima orang guru, kami diberi taklimat dan penempatan. Menerusi modul pertama iaitu 'saya, guru clan sekolah; kami dapat mengenali struktur pentadbiran, infrastruktur clan kemudahan sekolah serta latar belakang komuniti setempat. Hari pertama, kami dilibatkan dalam perhimpunan mingguan sekolah dan menyelusuri suasana sekolah. Perasaan kami amat tersentuh melihat keadaan fizikal bangunan sekolah yang serba kekurangan dan usang. Walau bagaimanapun, kami berasa kagum kerana guru dan pelajar di kawasan ini tetap bersemangat untuk meneruskan tanggungjawab masing-masing demi masa depan anak bangsa. Kami turut dibawa melawat SK Kebu Baharu dan SK Kg.

Enam. Masalah lebih kritikal dialami sekolah rendah luar bandar. Kekurangan bahan bacaandan tenaga pengajar, bangunan sekolah usang dan masalah kemudahan asas sudah menjadi sebahagian rutin harian warga sekolah. Seterusnya, kami melakukan pemerhatian sesi P&P bilik darjah. Berdasarkan pengamatan kami, guru hanya mengajar berpandukan buku teks tanpa bantuan Alat Bantu Mengajar lain dalam kelas. Pendekatan tradisional ini didapati kurang berkesan untuk menarik dan fokus minat murid. Hasilnya, satu pengalaman baharu telah diperolehi. Seorang guru seharusnya memastikan pelajarnya sentiasa memberi fokus dan mewujudkan suasana proaktif clan interaksi yang positif di antara guru dan pelajar dalam menghasilkan proses P&P yang efektif. Kami turut didedahkan pengalaman guru yang telah lama mengajar di kawasan pedalaman. Secara umum, cabaran utama ialah menyesuaikan diri, masalah tempat tinggal dan masalah air. Tugas seorang guru tidak semata-mata untuk mengajar pelajar luar Bandar sahaja malahan memerlukan yang semangat yang kental dan tahan dari segi fizikal, mental dan rohani. Menyelami kehidupan pelajar diluar bandar, banyak perkara yang membuatkan kami sedih dan tersentuh dengan kepayahan yang perlu ditempuhi semata-mata untuk menimba ilmu. Mereka terpaksa menempuh perjalanan selama Sembilan jam, berjalan kaki menyelusuri denai, menaiki perahu, mendaki bukit dan merentasi hutan demi mendapatkan ilmu yang sangat

Sambungan ke muka surat 18 10ý

Page 2: PIAGTATM lOOVi REFLEKSI GURU NOVIS

A Sambungan dad muka sumt 17 diperlukan.

Kebanyakan mereka adalah berlatar belakangkan keluarga petani dengan wang saku antara Rm 10.00 hingga Rm 30 sebulan dan ada di antara mereka hanya bertemu keluarga setahun sekali sahaja disebabkan oleh jarak yang jauh. Meninjau sosioekonomi pelajar-pelajar di Nabawan, kebanyakan daripada mereka adalah berlatarbelakangkan keluarga yang berpendapatan rendah seperti petani clan berkerja sendiri. Sebahagian besar daripada pelajar mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang sukan seperti olahragah, bola sepak, bola baling, tarian walaupun dalam akademik tidak dapat dinafikan mereka masih lemah.

SMK USUKAN, KOTA BELUD (ZON PESISIR) Program ini sangat bemakna dan memberi kesan yang mendalam. Antara perkara-perkara yang dapat kami perolehi melalui program ini adalah yang pertamanya menyelami kehidupan sebenar sebagai seorang pendidik di luar bandar. Kehidupan luar bandar tidak semudah kehidupan di bandar. Masalah utama yang sering berlaku adalah ketiadaan bekalan air. Kami dapat merasai sendiri masalah air di SMK Usukan apabila bekalan air telah terputus untuk beberapa ketika. Kuantiti air yang terhad dan pengguna yang ramai iaitu pelajar yang tinggal di asrama, maka penggunaan air secara berhemat adalah penting. Apabila kami melakukan temu bual dengan beberapa pelajar, mereka menyatakan bahawa mereL sudah biasa dengan keadaan sedemikian Sekolah tersebut memiliki satu tangki air yang besar, namun menjadi projek gajah putih apabila tangki tersebut masih tidak dapat digunakan walaupun sudah lama siap dibina.

Prasarana kelengkapan sekolah di luar banda- tidak ketingalan dari sekolah di bandar Namun, seperti yang saya maklumkan tad kehidupan di luar bandar tidak semudah c bandar. persepsi masyarakat terhadaF: pendidikan juga tidak sama. Ada yang berfikir hanya mahu bekerja selepas tamat sekolah. mentaliti sedemikian memberikan satu cabaran kepada guru di luar bandar dalam membantu mengubah masa depan pelajar luar bandar.

Melalui aktiviti pencerapan, kami dapat merasai sendiri pengalaman mengajar di bilik darjah. Pencerapan di dalam kelas memberi kami peluang untuk melihat sendiri bagaimana guru mengendalikan kelas. Pelajar kebanyakannya nakal dan ada juga sebahagian yang benar-benar memberi tumpuan. Kami dapat melihat sendiri bagaimana guru-guru menangani pelajar yang bermasalah di dalam kelas. Kami juga dapat mengalami sendiri proses pengajaran dan pembelajaran kendalian kami. Para pelajar secara keseluruhannya memberikan kerjasama yang sangat baik

Kami juga dapat mempelajari tentang bagaimana hubungan sekolah dan masyarakat luar terutama ibu bapa pelajar

dipupuk. Kami melihat hubungan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan sekolah sangat rapat dan kebanyakan aktiviti yang melibatkan PIBG dan juga sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama ini harus dicontohi oleh sekolah lain.

Kami dapat mengenali masyarakat sekeliling dengan adanya beberapa aktiviti bersama orang kampung dan keluarga angkat. sebahagian besar pelajar yang belajar di sekolah tersebut adalah anak penduduk di kampung sekitar. Oleh yang demikian perlunya hubungan yang baik diantara warga pendidik dengan masyarakat tempatan dalam usaha mengeratkan silaturahim kedua-dua pihak. Komitmen sebagai seorang guru adalah nilai yang sangat dituntut. sepanjang berada di sekolah ini. Kami mendapati Guru-guru sekolah ini telah memberikan komitmen yang

tinggi dalam menganjurkan aktiviti yang dirancang. Misalnya apabila seorang ustaz yang dipertanggungjawabkan untuk memberi kuliah subuh telah menunggu di surau sekolah sejak dari pukul empat pagi lagi dengan memandu berpuluh-puluh kilometer. Pengetua sekolah juga menunjukkan contoh yang sangat baik apabila menjadi orang pertama yang datang ke sekolah dan menjadi orang terakhir yang keluar dari sekolah walaupun menetap di Indah Permai, Kota Kinabalu.

Secara keseluruhannya, program ini menjadikan kami lebih berani untuk menyahut cabaran mengajar di kawasan luar bandar. Pendedahan tentang realiti guru luar bandar adalah sangat perlu dan banyak membantu kami. Secara peribadi, saya merasakan pelajar luar bandar memerlukan kami. Penting untuk kami sentiasa memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar

ini agar terbuka minda untuk keluar dari kepompong kehidupan masyarakat setempat sahaja.

SMK KEMBURONGOH, RANAU (ZON PERGUNUNGAN) Sejurus tiba di SMK Kemburongoh (SMKK), kami telah disambut meriah dengan pukulan gong oleh pelajar-pelajar SMKKR Pada petang itu juga diadakan satu majlis ringkas sebagai tanda sambutan rombongan kami. Kami sangat terharu dan teruja dengan sambutan yang diberikan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru di sana. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, mereka telah sedaya upaya membuat yang terbaik untuk mengalu-alukan kehadiran kami. Pertama kali

menjejakkan kaki, suasana begitu asing dengan keadaan iklim yang agak sejuk dan berangin. Pada waktu malam, kami meninjau

aktiviti prep ( ulangkaji pada waktu malam) di bilik darjah. Para pelajar di sana sangat menghargai kehadiran kami dan ada yang meminta tips tentang pengalaman dan teknik-teknik belajar dengan kami.

Hari kedua kami di SMKKR bermula dengan

aktiviti kenali sekolah luar bandar. Kami didedahkan dengan sistem pengurusan SMKKR kemudian dibawa melawat ke sekitar sekolah. Pada pemerhatian kami, SMKKR

sebenarnya lengkap dari aspek infrastruktur asas, namun mungkin agak kurang sempurna

. Misalnya, SMKKR memiliki bilik media yang menyediakan set LCD dan Projector yang agak terhad dan hanya mampu memuatkan beberapa orang pelajar sahaja. Begitu juga pusat sumber yang lengkap dengan komputer untuk melayari internet. tetapi masih kekurangan dari aspek bahan rujukan. Melalui aktiviti ini, kami telah mengenali beberapa istilah seperti sistem taulan ( guru sating

Page 3: PIAGTATM lOOVi REFLEKSI GURU NOVIS

membimbing antara satu sama lain dari aspek penguasaan bahasa inggeris) yang dilaksanakan di SMKKR.

Selepas lawatan, kami kemudiannya mengikuti program seterusnya iaitu perkongsian pengalaman dengan guru luar bandar. Cikgu Siti Mariana telah berkongsi pengalaman dengan kami tentang pengalamannya mengajar di kawasan pedalaman. Baginya, cabaran sebenar lebih besar di kawasan bandar bagi seorang guru kerana perkembangan budaya di kawasan bandar menyaksikan betapa pelajar di kawasan bandar lebih 'canggih" berbanding kawasan luar bandar. Pada waktu petang pula, aktiviti sukaneka telah dilaksanakan. Kami sangat gembira dan berpuas hati dengan sokongan dan

penyertaan dari pihak pelajar, guru-guru dan belia kampung. Pada waktu malam pula, kami

mengikuti program keluarga angkat. Kami dibahagi-bahagikan kepada beberapa keluarga. Walaubagaimanapun, 2 orang dari kami tidak dapat menyertai aktiviti ini disebabkan oleh masalah kesihatan. Secara keseluruhannya, keluarga angkat kami sangat mesra. Ada antara keluarga angkat kami yang berpelajaran tinggi sehingga ke peringkat sarjana. Namun beliau tidak bekerja disebabkan oleh komitmen kepada keluarga. la memberi pengajaran kepada kami bahawa

pelajaran bukanlah untuk pekerjaan, namun untuk pengetahuan dan kepuasan.

Hari ketiga kami di SMKKR bermula dengan aktiviti pengalaman mengajar di bilik darjah. Aktiviti ini sangat bermakna kepada kami kerana melalui aktiviti ini, kami sedar bahawa tugas guru sangat besar. Kami juga sedar bahawa persediaan untuk menjadi guru bukan setakat dari aspek penguasaan akademik, malah psikologi sama ada untuk mengawal keadaan kelas atau menarik perhatian pelajar. Perbezaannya sangat besar kerana selama ini kami hanya belajar tentang teori, tetapi melalui aktiviti ini, kami didedahkan dengan suasana sebenar. Aktiviti Reduce, Reuse dan Recycle (3R). kami

cuba menyampaikan maksud sebenar 3R. Ada diantara pelajar yang sangat tertarik dengan

penerangan kami tentang 3R kerana perkara adalah sesuatu yang baharu buat mereka. Malah ada yang berkongsi pengalaman dengan kami tentang masalah alam sekitar yang sering berlaku di sana iaitu tanah runtuh yang disebabkan oleh penebangan pokok secara tidak sistematik dan terancang.

Aktiviti seterusnya adalah Jom kerja kampung. Melalui aktiviti ini, kami didedahkan dengan sumber ekonomi utama penduduk di Kemburongoh. Kami dibawa mengelilingi kampung untuk melihat kebun dan ladang. Sumber ekonomi utama di Kemburongoh

adalah tanaman tembakau. Kebanyakan

penduduk yang mengusahakan kebun dan ladang ini terdiri daripada mereka yang sudah berusia. Walaupun dimamah usia, tetapi mereka tetap mampu dan sanggup mengerjakan tanaman mereka.

Pada waktu malam, dengan bantuan daripada

penyelia asrama, Encik Ajid, kami telah dapat menyambut hari jadi salah seorang teman kami. kami juga membantu dalam persiapan untuk majlis penutupan. Cikgu Philip, yang sentiasa menemani kami dalam aktiviti-aktiviti yang kami ikuti, bekerja keras untuk memastikan perjalanan majlis pada esok hari berjalan dengan lancar. Kami merasa sungguh terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru di SMKK

Sepanjang program ini, kami telah menimba banyak pengalaman. Kami sedar bahawa tugas sebagai seorang guru itu bukanlah hanya untuk mengajar pelajar sahaja, malah jauh lebih besar daripada itu. Mendekati komuniti setempat dan memahami budaya dan cara hidup mereka merupakan satu lagi persediaan yang perlu kami fikirkan sebagai seorang guru. kami sedar bahawa guru perlu bersedia dari aspek mental dan fizikal bukan sahaja untuk berhadapan dengan warga sekolah malah komuniti setempat.

RUMUSAN

Program ini wajar diteruskan dengan penambahbaikkan darf beberapa sudut pengisian dan pelaksanaan. Kami mencadangkan agar masa ditambah darf tiga harf kepada seminggu. Hal ini kerana, masa tiga harf tidak memadai dan sekiranya masa

ýf

(, a ý i ý

yang lebih diberikan, maka program dapat dilaksanakan dengan lebih selesa dan teratur dengan masa yang lebih banyak. Ini melihat kepada beberapa slot aktiviti yang tidak terlaksana seperti temuduga guru mengenai realiti guru luar bandar tidak dapat dilaksanakan. Berdialog mengenai realiti guru luar bandar merupakan satu slot yang sangat penting. Program 3R juga tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kekangan masa yang singkat. Adalah amat diharapkan pada program yang akan datang mempertimbangkan persiapan yang perlu dilakukan pelajar sebelum sesuatu aktiviti dilakukan. Taklimat mengenai perjalanan dan perlaksanaan program perlulah lebih awal lagi agar peserta lebih bersedia contohnya untuk aktiviti mengajar di dalam kelas. Secara purata peserta tidak mempunyai pengalaman mengajar di dalam kelas. Untuk itu, satu tempoh masa yang sesuai perlu diberikan untuk persediaan terutama dari segi isi pengajaran. Secara keseluruhannya, kami amat menyokong agar program ini diteruskan dan seharusnya diperluaskan juga kepada semua pelajar pendidikan. Ternyata program ini telah memberi kesan positif khususnya kepada persepsi bakal-bakal guru terhadap pendidikan di luar bandar.