Ciri Komunikasi Yang Berkesan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Dapat mengenalpasti akan ciri-ciri komunikasi yang betul.

Citation preview

  • Ciri komunikasi yang berkesan

  • Menggunakan bahasa secara positifBahasa positif adalah gaya bahasa yang sangat digemari orang, oleh itu gaya ini sangat berpengaruh. Maksudnya, jikalau seseorang itu hendak membuat individu-individu lain suka bercakap-cakap dan berbual-bual dengannya supaya mereka dapat dipengaruhi, maka gaya bahasa positif dapat membantunya mempengaruhi mereka.

  • Dengan mendengar bahasa yang digunakannya, orang-orang lain dapat mengetahui banyak maklumat berkenaan peribadi si penutur, sebagai contoh, dia boleh tahu sama ada si penutur mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mempunyai pendidikan yang tinggi ataupun rendah, serta bidang pendidikannya. Orang juga boleh tahu emosi yang sedang dirasakannya waktu itu serta sikapnya, iaitu sama ada dia seorang yang bersikap positif ataupun negatif.

  • Bersifat EmpatiEmpati adalah kemampuan kita untuk menempatkan diri kita pada situasi atau kondisi yang dihadapi oleh orang lain. Salah satu prasyarat utama dalam memiliki sikap empati adalah kemampuan kita untuk mendengarkan atau mengerti terlebih dulu sebelum didengarkan atau dimengerti oleh orang lain.

  • Rasa empati akan memampukan kita untuk dapat menyampaikan pesan (message) dengan cara dan sikap yang akan memudahkan penerima pesan (receiver) menerimanya. Jadi sebelum kita membangun komunikasi atau mengirimkan pesan, kita perlu mengerti dan memahami dengan empati calon penerima pesan kita. Sehingga nantinya pesan kita akan dapat tersampaikan tanpa ada halangan psikologis atau penolakan dari penerima.

  • Menjadi pendengar yang baikKita juga mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Kalau seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengar dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan mendengar dengan baik.

  • Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan juga boleh menyalah tafsirkan sesuatu maklumat.

  • Menguasai teknik menyoal untuk mendapatkan maklumatDengan mengemukan soalan, maka komunikasi ini akan menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lebih bermakna dan kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi akan memahami sesuatu maklumat yang diberi dan diterima daripada kedua-dua belah pihak.

  • Dengan adanya soalan yang dikemukakan, ini akan membolehkan sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan komunikasi secara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita.

  • BERSIKAP TERBUKA

  • Bahasa tubuh yang baik dapat menunjukkan bahawa anda memiliki kecekapan, daya pikat dan suasana hati yang positif. Sebagai contoh : jika anda sering tersenyum, anda akan merasakan lebih bahagia. Jika anda duduk dengan tegap, anda akan merasakan lebih bertenaga. Jika anda melambatkan gerakan anda (tidak terburu-buru), anda akan merasakan lebih tenang.

  • Jangan silangkan kaki dan tangan anda.Lakukan kontak mata, namun bukan menatapnya.Buatlah jarak antara kedua kaki anda.Santaikan bahu anda. Mengangguk ketika lawan bicara anda sedang berbicara.Tersenyum dan tertawa.

  • ******