Upload
rida74
View
318
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
1/23
17 ciri guru matematik yang berkesanAdaptasi dari majalah Pendidik edisi Julai 2007-m/s 40
Personaliti guru , ciri personaliti sangat mustahak untuk menjadikan guru matematik sebagai guru yang
berkesan. Lima personaliti yang kerap ditimbulkan ialah
1. sebagai model kepada pelajar
2. berani
3. bersih fizikal dan mental
4. baik hati
5. rajin
Guru matematik yang berkesan mempunyai tujuh asas pengetahuan pengajaran
1. mengikut keutamaan
2. pengetahuan tentang pelajar
3. pengetahuan mengenai sifat pelajar4. kandungan pedagogi
5. matlamat pendidikan
6. konteks pendidikan
7. kurikulum
Guru matematik yang berkesan memberi tumpuan kepada
1. memahami matlamat pendidikan dan idea yang akan diajar
2. mengolah pemahamannya kepada pemahaman pelajar
3. mengurus, menyusun dan menyampai pengajaran
4. menilai pengajaran
5. mengimbas kembali pengajaran
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
2/23
27JUL
by AH Ramat
Suasana Pembelajaran Yang Kondusif
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding
dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua
puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa
menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua
soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku
tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-
sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya
belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga
Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan
semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan
menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut
dengan azam untuk berjaya.
Keempat Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan
http://tipsbelajar.wordpress.com/2010/07/27/kaedah-21-teknik-pembelajaran-cara-belajar-yang-betul-upsr_pmr_spm/http://tipsbelajar.wordpress.com/2010/07/27/kaedah-21-teknik-pembelajaran-cara-belajar-yang-betul-upsr_pmr_spm/http://tipsbelajar.wordpress.com/2010/07/27/kaedah-21-teknik-pembelajaran-cara-belajar-yang-betul-upsr_pmr_spm/http://tipsbelajar.files.wordpress.com/2010/07/zarcstudyhallpicture.jpghttp://tipsbelajar.wordpress.com/2010/07/27/kaedah-21-teknik-pembelajaran-cara-belajar-yang-betul-upsr_pmr_spm/7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
3/23
anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia
meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum
peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual
belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu
masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup,
anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk
setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata
pelajaran.
Keenam Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan
membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana
menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang
kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.Ketujuh Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn
dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah
faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri
anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan
anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman
dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang
yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk
ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda
kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan
lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak
pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan
jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan
berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong
dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka Jangan membuang masa
dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan. Semakin anda memberi
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
4/23
galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa
yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada
kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam
akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM
ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda
mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu
mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa,
pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang.
Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.
Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkajiLelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak
capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli
keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat
hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang
membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda.
Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan
berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan.
Beritahu diri anda , saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini
selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana
belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).
Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda
menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam
keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya.
Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain
akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap
ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan
membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal
mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar
menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi,
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
5/23
sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat
yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda
mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada.
Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda ,
biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan
lasak.
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi
anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata tidak
dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya
anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan
masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuanJangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan
peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu
kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda
pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda
hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan
am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada
keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk
belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka.Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar
kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri
anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk
mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
6/23
CARA PEMBENTUKAN MINAT KEPADA
MATEMATIK DAN KAEDAH-KAEDAH
UNTUK PANDAI DALAM MATEMATIK
Apakah Matematik dan Kenapa Kita Perlu Matematik?
Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi
nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik
juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian
malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu
astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama.
Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir,
semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.
Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu
matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik
yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita
seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda.
Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia
ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan
ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan
menghadapi jalan buntu.
Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan
minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam
kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita
tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita
akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu
matematik.
Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh
yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada
dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematikseperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik
seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai
hubungan yang rapat dengan minda manusia.
Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka
berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
7/23
pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang
diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi
satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.
Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita.
Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnyadalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas
matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa
banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan
mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan
kita.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan.
Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti
meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat
melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat
makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.
Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia
merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi
baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita
seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta
alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia
memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang
kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah
satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana
yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas
matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu
matematik. Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik
mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang
kukuh dan jitu.
Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan
trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran
dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk mengukur amaun
elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik.
Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Suakatan dos ubat untuk sesuatupenyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan
ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan
matematik.
Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam
kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
8/23
sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula
matematik.
Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik
digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia
dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara yang pentingdalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik. Bidang ini
menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median
dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.
Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan
untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang
modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.
Peringkat Penguasaan Matematik
Peringkat Kanak-kanak
Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun merupakan masa yang paling
untuk merangsang perkembangan otak mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak
mudah menerima apa yang diajar kepada mereka. Mereka juga suka kepada benda-
benda baru. Di sini ibu bapa perlu memainkan peranan mendedahkan kanak-kanak
tadi dengan sistem penomboran. Ibu bapa perlu mengajar kanak-kanak dengan asas
matematik yang berkaitan dengan nombor-nombor asas. Kita perlu ajar mereka
dengan nombor-nombor satu hingga sepuluh. Suruh mereka sebut dan hafal nombor-nombor tersebut.
Peringkat Kanak-kanak Remaja
Pada usia tujuh hingga dua belas tahun kanak-kanak perlu diajar dengan operasi
asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pada peringkat ini, kanak-
kanak berada dalam alam persekolahan. Di sekolah, mereka diajar dengan pelbagai
teknik pembelajaran, pelbagai operasi matematik dan terma-terma matematik .
Mereka juga didedahkan dengan pecahan, peratus, statistik dan pelbagai operasi lainyang selalu diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
Peringkat Remaja
Pada usia tiga belas sehingga tujuh belas tahun, pelajar sudah berada dalam alam
persekolahan menengah. Pada ketika ini, pelajar akan mempelajari matematik algebra
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
9/23
dan matematik diskrit di mana ianya lebih susah sedikit. Pada masa ini, pelajar-pelajar
dianggap sudah dapat menguasai matematik secara luas selepas tamat zaman
persekolahan.
Peringkat Umum
Peringkat ini ialah daripada umur lapan belas sehingga ke atas. Tahap ini
merupakantahap di mana seseorang diharap mempunyai penguasaan yang kuat dalam
matematik algebra dan matematik diskrit serta berjaya menguasai matematik secara
keseluruhannya.
Individu Yang Terlibat Dalam Menanam Sikap Sukakan Matematik Dan
Peranan Mereka.
1 . Ibu bapa
Ibu bapa merupakan agen yang banyak mempengaruhi seseorang kanak-kanak. Ibu
bapalah yang mencorakkan kehidupan seseorang itu. Segala yang ibubapa lakukan
banyak memberi kesan kepada perkembangan mental kanakkanak. Ibubapa
perlulah prihatin dalam hal ini. Ibubapa perlu memberi contoh yang baik kepada
kanak-kanak dan mengajar anak-anak mereka dengan ilmu yang betul. Sikap sukakan
matematik perlu ditanam kedalam diri kanak-kanak sejak mereka kecil lagi.
Ibubapalah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Mereka perlu memperkenalkan
anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi. Perkembangan ilmu yang bermula di
rumah akan memberi kesan yang besar kepada penguasaan dan minat kanak-kanaktersebut kepada ilmu itu. Kanak-kanak tersebut mungkin akan dapat menguasai ilmu
itu dengan berkesan dan sangat berminat dengan subjek tersebut.
Oleh sebab itulah ibu bapa perlulah dedahkan anak-anak mereka dengan masalah
matematik. Galakan daripada ibu bapa adalah perlu. Ibu bapa perlu sentiasa
menyatakan kepada anak-anak mereka yang matematik itu senang. Wujudkan
perpustakaan di rumah dengan mengadakan banyak buku-buku matematik. Biar hidup
mereka tidak lengkang dengan matematik. Biar mereka biasa dengan matematik dan
merasa matematik itu suatu subjek yang senang. Biar mereka lihat matematik itu
adalah sebahagian daripada kehidupan mereka dan lihat matematik adalah suatusubjek yang mudah.
Apabila anak-anak kita memasuki alam persekolahan kita mestilah menggalakkan
mereka supaya sukakan matematik. Selalulah kita sarankan mereka supaya skor
markah yang tinggi dalam mata pelajaran matematik ini. Ibu bapa juga perlu selalu
menyatakan kepada anak-anak mereka bahawa matematik adalah satu subjek yang
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
10/23
mudah dan senang untuk dipelajari serta boleh dikuasai dengan senang.
Di asmping itu sebagai ibu bapa, kita juga perlu untuk mengaplikasikan matematik
dalam kehidupan seharian kita. Sarankan anak-anak kita supaya gunakan matematik
dalam kehidupan di mana yang perlu.
2. Guru-Guru
Sekolah juga penting dalam menanam semangat sukakan matematik di kalangan
pelajar. Sebagaimana yang kita tahu punca utama kita mendapat ilmu adalah daripada
guru. Bagaimana kita menerima sesuatu subjek itu adalah bergantung kepada
pendekatan yang guru itu gunakan untuk memperkenalkan subjek itu kepada pelajar-
pelajarnya. Guru pula perlu tahu bagaimana hendak membuat seseorang pelajar
berminat terhadap pengajaran yang diberikan. Guru perlu guna pendekatan yangmampu menarik perhatian pelajar terhadap matapelajaran yang diajar terutama mata
pelajaran matematik. Pendekatan yang paling sesuai ialah pendekatan yang dapat
membuat pelajar mudah faham apa yang diajar dan dapat mengingatinya sampai bili-
bila.
Guru-guru berperanan menerangkan kepada para pelajar supaya minat terhadap
mata pelajaran matematik. Jika pelajar malas dan susah faham dengan subjek
matematik maka guru perlu memainkan peranan untuk menasihatkan mereka dan
memberi tunjuk ajar yang sepatutnya dengan penuh dedikasi dan hikmah.
Guru pula jangan sekali-kaliu biarkan pelajarnya patah semangat dalam matematik.
Pastikan prestasi pelajar dalam matematik sentiasa stabil dan sentiasa ambil berat jika
ada bahagian yang peljar tidak faham. Guru juga jangan patahkan semangat pelajar
dengan memarahi atau memalukan pelajar yang tidak tahu atau tidak mampu
menyelesaikan untuk sesuatu masalah matematik. Galakan mereka mengguanakan
daya kreativiti mereka dalam menyelesaikanmasalah matematik yang kompleks dan
susah. Guru juga mesti gilapkan kekreativiti dalam diri pelajar. Walaupun ada
sesetengah orang mengatakan kreativiti adalah wujud secara semulajdi namun kita
masih boleh untuk gilaapkan dalam diri kita.
Guru juga mesti cuaba dengan sedaya upaya untuk mahirkan pelajar denagn
matematik. Perbanyakkan latihan dalam kelas. Pastikan semua pelajar dapat
memahami apa yang diajar oleh guru setiap selepas kelas. Guru juga mesti selalu
dedahkan para pelajar dengan kepentingan matematik dalam kehidupan manusia.
3 . Masyarakat
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
11/23
Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat
sukakan matematik di kalangan pelajar sekolah. Masyarakat merupakan satu komuniti
yang banyak mempengaruhi perkembangan mental dan minda pelajar-pelajar. Jika
masyarakat tersebut adalah msyarakat yang mementingkan matematik maka pelajar
aka mempunyai kepercayaan bahawa subjak matematik merupakan subjek yang
penting dan sangat berguna dalam kehidupan, masyarakt dan negara. Dengan yangdemikian mereka akan skor markah yang tinggi dalam peperiksaan.
Masyarakat yang mundur dan bodoh tidak menyedari kepentingan matematik dan
ini menyebabakan pelajar dalam masyarakat tersebut memandang rendah subjek
matematik dan menganggap subjek tersebut tidak penting serta tidak mempelajari
ilmu tersebut dengan bersungguh-sungguh.
Oleh sebab itu, masyarakat mesti disedarkan betapa pentingnya subjek ini. Langkah
ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan melalui kempen kempen.
4 . Kerajaan
Kerajaan juga perlu memainkan perana ynag penting dalam mewujudkan semangat
sukakan matematik dikalangan pelajar. Kerajaan boleh melakukan usaha melalui
sekolah-sekolah menganjurkan kuiz matematik untuk menggalakakn pelajar
mempelajari subjek matematik dengan lebih maju lagi.
KAEDAH-KAEDAH MEMAHIRKAN MATEMATIK
Terdapat banyak faedah untuk memahirkan diri kita dengan matematik. Individuyang berlainan mempunyai kaedah yang berlainan untuk memahirkan diri dengan
subjek matematik.
Kaedah main sambil belajar.
Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini
bermakna kaedah tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak.
Terdapat unsur-unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan, dan
menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu sermban, mereka
bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina ketelusan dalam mengira mata yangdiperolehi.
Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan
dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang
aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal,
sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
12/23
ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai nilai sosial yang positif
seperti bertolak-ansur, bertimbangrasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan
daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum
balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi
pembentukan satu-satu konsep.
Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif
pembelajaran. Permaianan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan
serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan
mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di
dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesutu permainan
hendaklah di beri dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk
meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak
boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai.
Permainan harus melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus
menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan
dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu
bentuk pengajaran bukan sebagai pengganti guru.
Kaedah inkuiri.
Inkuri adalah m,erupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai
:-
1) berasaskan proses penyelesaian masalah
2) berpusat kepada murid (murid mengambil bahagian yang aktif)
3) memberi latihan yang sebenar (dalam proses kemahiran berfikir secra kreatif dan
kritis
4) menggalakkan murid alami proses pembelajari secara mengalami situasi yang
sebenar
5) mengggalakkan murid membuat penyelidikan
Teknik ini mempunyai proses yang berikut:-
1) mengenal pasti masalah
2) mengkaji masalah3) mengumpul maklumat
4) meganalisis masalah
5) merumus masalah
Mengenal pasti masalah.
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
13/23
Pelajar harus mengenal pasti soalan dan menentukan fakta yang di fahami. Dalam
proses mengenal pasti masalah, kaedah,teknik, rujukan dan sumber yang sesuai perlu
ditekankan.pertama sekali pelajar perlu mengkaji ramalan kerana ia dapat membantu
memandu murid-murid mendapatkan maklumat yang paling mudah. Ia juga memandu
murid-murid membuat ramalan tentang apa yang mungkin berlaku, bagaimana
masalah ini boleh diselesaikan dan apakah langkah yang perlu dilakukan. Keduamengumpul maklumat, setelah maklumat dikumpul murid dapat menyusun maklumat
mengikut urutan. Di sini murid dapat membuat ramalan, memeriksa maklumat dan
menentukan kebenarannya. Seterusnys murid-murid harus merangka prosedur dan
urutan untuk menyelesaikan masalah melalui uji kaji. Ketiga ialah menganalisis, di
mana murid-murid membuat analisis dan ujian tentang ramalan yang dibuat. Di sini
muridmurid cuba menyelesaikan masalah, membuat penilaian kreatif untuk
pengsahan. Akhir sekali membuat rumusan iaitu murid-murid seharusnya sudah
mempunyai rumusan dan kesimpulan tentang masalah atau fenomena yang dikaji.
Pengendalian aktiviti inkuiri.
1) Pemerhatian
Mempunyai dua keperluan asas iaitu pengesahan, kebolehpercayaan.
2) Penjelasan
Melalui pemerhatian murid-murid dapat mengenalpasti persamaan perbezaan
terhadap masalah yang dikaji.
3) Membuat ramalan
Di sini murid-murid memberi penjelasan dan huraian tentang maklumat yang telahmereka kumpul. Ini melibatkan kemahiran murid -murid untuk mengemukan sebab
ynag munasabah bagi hujah atau kenyataan tentang sesuatu kejadian, perkara, benda
atau fenomena.
4) Uji kaji
Dijalankan untuk membuktikan ramalan yang telahdibuat. Murid dapat menentukan
ramalan itu sama ada benar atau salah. Murid juga sedar tentang arahan yang mereka
ikut sama ada betul atau salah. Ini membolehkan mereka membuat uji kaji yang lain.
Kaedah perbincangan
Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan
dimana pelajar berkerja sama antara satu sama lain untuk meneliti dan
membincangkan sesuatu topik atau masalah. Kaedah perbincangan dikatakan dapat
mengalakkan murid-murid lebih bergerakbalas atau berreaksi tentang topik atau
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
14/23
masalah matematik yang sedang atau sudah dibincangkan.kaedah perbincangan
merupakan satu aktiviti yang sangat mudah dijalankan dan mudah dilaksanakan dalam
apa jua matapelajaran terutama sekali matematik dan (semua tajuk dalam
matapelajaran matematik ) kaedah ini boleh dijalankan dalam sebarang situasi bilik
darjah mahupun dirumah.
Perbincangan boleh menjadi satu aktiviti yang berstruktur atau aktiviti yang bebasbergantung penilaian yang dijalankan. Disini peranan guru atau ibubapa boleh
berubah mereka sepatutnya kurang bercakap, walaubagaimana pun mereka harus
meransang pelajar mengeluarkan pendapat, bertanya, memikirkan jawapan, memberi
komentar dan menyelesaikan masalah, guru dan ibubapa tidak seharusnya menjadi
sumber rujukan utama sumber maklumat tetapi bertindak sebagai permudah aktiviti
perbincangan.
Matlamat dalam kaedah ini adalah memperkembangkan kebolehan dalam
matapelajaran matematik dimana kaedah ini, mempertajamkan fikiran pelajar, melatih
keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik dan mengalakkan
perkembangan kanak-kanak dalam matematik menjadi lebih subur.kaedah ini juga
bermatlamat dalam melatih keupayaan murid dalam membuat perhubungan idea,
membina keyakinan dalam diri kanak-kanak, memperluaskan ilmu pengetahuan dan
juga bermatlamat mengembangkan kemahiran dalam diri kanak-kanak tersebut.
Kaedah menyelesaikan masalah.
Didalam kaedah ini kanak-kanak dikehendaki mengatasi rintangan atau kerumitan
untuk mencapai matlamat. Faktor utama dalam menyelesaikan apa jua masalah
matematik adalah dengan mengunakan segala pengalaman lampau dalam
mendapatkan sesuatu penyelesaian yang belum pernah diketahui oleh kanak-kanak
tersebut.Dalam kaedah menyelesaikan masalah terdapat 5 pekara yang telah dikaji.
(1) pengeluaran idea individu
Merupakan tindakan kanak-kanak mengeluarkan idea dalam mengatasi masalah
dimana penyelesaian yang betul diperolehi daripada pengunaan sumber-sumber
ingatan dan pesekitaran walaupun penyelesaian masalah yang betul tidak diketahui
oleh kanak-kanak tersebut
(1) Pencapaian konsep
Dimana kanak-kanak perlu mencari perhubungan mengenai pelbagai pekara dalam
masalah tersebut dimana hasil daripada perhubungan atau penjelasan tentang masalah
tersebut maka lahirlah konsep untuk menyelesaikan masalah tersebut.
(3) Kerja kreatif.
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
15/23
Tidak semua penyelesaian masalah dapat dapat digolongkan sebagai masalah yang
begitu jelas. Ada juga keadaan-keadaan yang dapat diselesaikan dengan berbagai-
bagai cara dan tidak ada satu cara pun dianggap terbetul sekali.
(4) Membuat keputusan
Dalam menyelesaikan masalah jenis lain kanak-kanak dikehendaki membuat pilihan,
dan pemilihan tersebut tidak semestinya bergantung kepada peraturan-peraturan
tertentu tetapi bergantung kepada tekaan atau keinginan kanak-kanak semata-mata.
(5) Menyelesaikan masalah dalam kumpulan
Sesuatu masalah boleh juga diselesaikan dalam kumpulan, kaedah penyelesaian ini
diminati oleh para psikologist.
Kaedah dapatan
Kaedah ini lahir daripada teori-teori pembelajaran, ia perlu bagi ibubapa dan guru
untuk mencapai pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak dan murid.
Walaubagaimana pun ia hanya sesuai dalam keadaan tertentu sahaja. Kaedah ini
bertujuan mencabar murid supaya mencari jawapan dari maklumat yang kurang
lengkap, biasanya pembelajaran dari kaedah ini terdiri daripada bahagian-bahagian
maklumat yang tidak lengkap dan murid juga perlu membuat kesipulan dari apa yang
telah dilaksanakan.Cara pengajaran yang paling sesuai untuk kaedah dapatan ialah
dengan cara memberi panduan, bantuan atau petunjuk.
Peranan guru dan ibubapa ialah untuk mengadakan perbincangan terbuka dan untuk
mendorong murid mengeluarkan pendapat serta memberi jawapan kearah yang ingin
matlamat dicapai. Pendukung kaedah ini adalah Hilda Taba, beliau menerangkan
kaedah ini dapat membentuk dan membina kebolehan dalam menyelesaikan masalah
dikalangan murid dimana daripada maklumat yang tidak lengkap murid terpaksa
berfikir dan mencari jawapan dan dengan secara tidak langsung mereka dapat belajar
sendiri.
Kaedah ini dapat mengekalkan pembelajaran murid kerana segala maklumat dan
kesimpulan telah digunakan semasa pembelajaran. Menurutnya juga kaedah ini
seharusnya dapat pegerakan atau motivasi intrinsik dikalangan murid dan pelajaran
dapatan harus mencungkil, mencabar dan melahirkan minat dalam diri murid.
Hafalan dan latih tubi.
Teknik ini telah lama digunakan iaitu sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi, pada
masa itu persekolahan masi belum wujud dan pengajaran khususnya agama
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
16/23
diturunkan kepada anak cucu dengan teknik hafalan dan latih tubi, teknik ini telah
digunakan oleh orang Yahudi untuk mengajar agama dan pekara-pekara berkaitan
dengan Tuhan mereka. Bagi mereka Tuhan adalah satu-satu pekara yang tidak boleh
dipersoalkan oleh murid-murid mereka dengan itu teknik hafalan dan latih tubi
digunakan untuk mengajar murid-murid tersebut dan tekni tersebut dikatakan sangat
berjaya dan sangat berkesan sekali.
Pada masa kini teknik hafalan dan latih tubi masih digunakan, teknik ini telah
difahami dengan lebih mendalam dan kurang digunakan secara keterlaluan.
Terdapat 2 jenis hafalan yang dikenalpasti iaitu hafalan rot dan hafalan logik.
Hafalan rot adalah hafalan berbentuk simbol-simbol yang perlu diingat sepatah demi
sepatah contohnya menghafal sefer dimana sefer adalah sejenis simbol yang perlu
dihafal dan diingat satu persatu. Hafalan rot masih perlu digunakan pada masa kini
untuk mengajar sefer, kira-kira, atau prinsip-prinsip. Pelajar pada mulanya hanya
mengunakan hafalan rot kemudian hafalan rot mengenai sesuatu pembelajaran akandiambilalih oleh hafal logik.
Hafalan lojik pula merupakan hafalan secara rasional yang melibatkan fenomena
yang bermakna tentang tentang prinsip-prinsip yang perlu dipelajari, hafalan lojik
memerlukan fahaman yang rasional mengenai konsep yang terlibat. Kebolehan
membuat taakulan memainkan peranan penting untuk membawa kefahaman rasional
ini, disamping kebolehan membuat perkaitan antara satu dengan yang lain diperlukan
juga.
Dalam situasi pengajaran didalam bilik darjah merupakan cara yang paling
berkesan untuk mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah,
MEMIKIR + MENGULANG + MENYEBUT = MENGINGAT
(1) Memikirkanpelajar harus memikirkan tentang sesuatu pekara dengan lebih
mendalam samaada sefer atau formula matematik ini bermakna murid lebih
menumpukan kepada isi kandungan yang harus diingat
(2) Mengulangpelajar harus mengulangi bahan yang telah dipelajari, bahan-bahan
tersebut diulang-ulang hingga murid tidak lagi teragak-agak apabila mengeluarkan
idea tentang maklumat yang dipelajari.
(3) Mengucapkanpelajar juga harus mengucapkan segala bahan yang telah
dipelajari dihadapan guru atau sesiapa sahaja yang boleh menyemak dan
memperbetulkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan.
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
17/23
(2) Mengingatkanpelajar harus mengingat secara bersendirian bahan-bahan yang
telah dipelajari supaya segala ilmu yang dipelajari lebih kekal dan ini merupakan
peringkat terakhir dalam proses hafalan.
Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentan
apa yang telah diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untukmelekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan. Dalam
situasi pengajaran, latih tubi harus harus dielakkan dalam pelajaran yang bercorak
kemasyarakatan ini disebabkan lati tubi dalam matapelajaran tersebut akan
mengalakkan hafalan tetapi kaedah latih tubi amat digalakkan dalam matapelajaran
matematik. Latih tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
mengingati formula-formula yang penting.
Hafalan dan latih tubi biasanya digunakan dalam langkah kedua iaitu mengulang
bahan dan langkah ketiga iaitu mengucapan isi kandungan dihadapan guru. Dengan
itu latih tubi adalah sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu.
Walaubagaimana pun kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu ia akan menyekat dan
menghadkan kebebasan berfikir dan menghalang daya kreatif murid. Namun begitu ia
tidak harus ditolak secara bulat-bulat kerana banyak hikmah yang tersembunyi
disebalik kaedah ini.
Sebenarnya terdapat terlalu banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi
masalah dan membantu proses meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang
matematik.
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
18/23
Teknik Belajar Matematik March 31, 2010
Posted by eta305 in Motivasi Diri.
trackback
salam to all,
hm hari ni just nak bg bbrp tips utk belajar matematik.. sbb rmai students terutama kaum Melayu dok ckp
maths ni ssh la aper laye la maklum la kalau di poli ni thp diorg pun x sbrp kan..huhu.. tp sbnrnya tu
semua alasan sja..hendak seribu daya x nak seribu dalih..btul x? so aku pun mencari bbrp tips yg blh
dijadikan panduan oleh semua pelajar yg berminat meningkatkan taraf keupayaan dan kemahiran
matematik masing2..
Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik. disini la
masalahnya sbb students yg menjejak kaki ke poli ni kebanyakannya lemah konsep asas spt operasi +, -,
x, /, kuasa dll..malah nak tekan kalkulator pun kdg2 lecturer yg kna tunjukkan gak.. huhu.. sbnrnya kalau
kita dpt jwb sstu soalan, masa tu la kt akan rasa puas ngat sbb dpt jwpn btul kan..hehe..
Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu
lah mengikuti langkah berikut:
mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana
untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan
berbanding belajar sendiri.
Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas
matematik.
Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang.
Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. Cara bergini akan lebih
mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik.
Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik.
http://eta305.wordpress.com/category/motivasi-diri/http://eta305.wordpress.com/2010/03/31/teknik-belajar-matematik/trackback/http://eta305.wordpress.com/2010/03/31/teknik-belajar-matematik/trackback/http://eta305.files.wordpress.com/2010/03/maths.jpghttp://eta305.wordpress.com/2010/03/31/teknik-belajar-matematik/trackback/http://eta305.wordpress.com/category/motivasi-diri/7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
19/23
Masa belajar matematik adalah bergantung kepada anda tetapi disarankan sekurang-kurangnya 2 jam
sehari dan lakukan tiap-tiap hari. Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar.
Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian
masalah matematik membantu anda lebih memahami topik-topik dalam matematik dan juga membantu
anda lebih mengingat fomula matematik dan ia juga membaiki teknik menjawab anda. diharapkan pelajar
semua dpt memanfaatkan tips yg diberikan..krn kejayaan tdk akan dtg bergolek..usaha menentukan
segalanya..
Kaedah Pembelajaran Khas Matematik
1.0 Pengenalan
Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun tidak bersungguh-
sungguh semasa belajar. Sebenarnya terdapat berbagai faktor yang menjadikan mereka demikian.
Antaranya ialah kanak-kanak tersebut telah dilahirkan tidak seperti kanak-kanak normal yang lain
kerana mengalami masalah yang tidak dapat dikesan dengan melihat kesempurnaan fizikal mereka yang
sama dengan kanak-kanak normal yang lain. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak lemah atau
tidak pandai terutamanya dalam mata pelajaran matematik ialah disebabkan pengajaran guru yang
sangat biasa.
Menurut Brooks (1993) lima amalan guru yang biasa dilakukan dalam pengajaran Matematik ialah :
i. guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar dihasratkan meniru apa-apa yang
disampaikan
ii. guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam pengajaran di bilik darjah
iii. pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan
iv. kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberi keutamaan
v. pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi dikehendaki menguasai pengetahuan
matematik yang mantap dan tetap.
Namun masalah yang sangat ketara yang mengganggu pencapaian kanak-kanak dalam sesuatu mata
pelajaran ialah masalah dalaman yang dialami oleh seseorang individu tersebut. Secara fizikalnya kita
melihat mereka seperti kanak-kanak normal tetapi sebenarnya mereka menghadapi masalah yang tidak
jelas dengan pandangan mata kasar. Hal ini telah dialami oleh salah seorang pelajar di Sekolah
Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar (SKJDK), 05300 Alor Star. Murid yang dimaksudkan ialah Adik Nur
Nelissa bt Aznizul berusia 11 tahun. Adik Nur Nelissa mengalami masalah pertuturan semenjak lahir.Mengikut guru kelasnya Puan Fadilah bt Ahmad, adik Nur Nelissa tidak pernah mengeluarkan suaranya
walaupun sepatah perkataan samada semasa belajar atau sebaliknya. Oleh itu apabila berhadapan
dengan murid yang menghadapi masalah yang sedemikian maka sebagai seorang guru yang
bertanggungjawab dan berdedikasi tentunya lima amalan biasa yang disebutkan di atas adalah tidak
sesuai sama sekali.
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
20/23
2.0 Latar belakang Murid
Adik Nur Nelissa bt Aznizul telah dilahirkan pada 11 Mac 1997 di Hospital Besar Alor Star. Adik Nur
Nelissa merupakan anak sulung kepada pasangan Encik Aznizul b Osman seorang pegawai bank di
bandar Alor Star dan Puan Siti Shabanun bt Mohamed seorang suri rumah. Adik Nur Nelissa adalah kakak
kepada dua orang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Adik Nur Nelissa sekeluarga menetap di B-
41, Taman Derga Jaya, 05300 Jalan Datuk Kumbar, Alor Star dan jaraknya dengan SKJDK kira-kira 2.5
km.
Adik Nur Nelissa disahkan mempunyai tahap pendengaran normal oleh Dr Sulaiman bin Hamzah Pegawai
Pemulihan Perubatan, Hospital Alor Star dan disahkan pula mengalami masalah pertuturan oleh Dr Kho
Peng Chan, Pegawai Perubatan, Unit Kanak-kanak Hospital Alor Star pada 23 Disember 2002, ketika
berusia 5 tahun. Adik Nur Nelissa telah didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat dengan No Pendaftaran MD 0104198.
Melalui rekod kesihatan, adik Nur Nelissa mengalami perkembangan motor yang normal seperti kanak-
kanak lain. Adik Nur Nelissa boleh bergolek ketika berusia 4 bulan, boleh mencapai benda ketika
berusia 6 bulan, boleh duduk sendiri ketika berusia 8 bulan, boleh berdiri sendiri dan berjalan sendiri
ketika berusia 12 bulan. Namun dari segi perkembangan kognitifnya Adik Nur Nelissa agak lambat
berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain kerana ketika berusia 5 tahun Adik Nur Nelissa masih
belum mengenali sebarang normbor dan juga tidak mengenali warna.
Adik Nur Nelissa mula menjejakkan kaki ke bangku sekolah pada Januari 2004 ketika berusia 7 tahun.
Sejak hari pertama persekolahan hingga ke hari ini adik Nur Nelissa di tempatkan di Kelas Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di bawah beberapa orang guru terlatih.
3.0 Masalah Matematik
Saya telah berjumpa dan berbincang dengan guru Matematik di kelas PKBP, Puan Fadilah bt Ahmad dan
beliau telah memaklumkan bahawa kebanyakkan murid-murid PKBP menghadapi masalah dalam
pembelajaran Matematik. Kebanyakan mereka mempunyai daya ingatan jangka pendek sahaja. Mereka
dapat menguasai kemahiran yang dipelajari pada hari tersebut tetapi gagal mengingati pelajaran yang
sebelumnya.
Langkah seterusnya saya telah membina soalan ujian yang pendek bagi tajuk tambah untuk dijawab
oleh beberapa orang murid. Melalui ujian tersebut, terbukti beberapa orang murid tidak menjawab
langsung atau hanya menjawab beberapa soalan. Juga didapati mereka gagal menjawab dengan betul.
Melalui ujian tersebut saya dapati Adik Nur Nelissa, telah dapat menjawab dengan baik soalan tambahtanpa mengumpul semula. Bagi soalan mengumpul semula, adik Nur Nelissa gagal menjawab soalan
tambah dua digit dengan dua digit melibatkan mengumpul semula. Semasa ujian tersebut dijalankan
saya membuat pemerhatian tanpa sebarang teguran dan saya dapati adik Nur Nelissa belum menguasai
cara menambah yang melibatkan mengumpul semula. Sebagai contoh semasa menjawab soalan 13 iaitu
24 + 17, adik Nur Nelissa memberikan jawapannya 311. Begitu juga dengan soalan 14, 17 dan 18. Saya
dapati adik Nur Nelissa dapat membilang dengan betul semasa operasi menambah tetapi hanya sedikit
kesilapan sahaja yang dilakukannnya iaitu cara menulis apabila melibatkan mengumpul semula yang
belum dikuasainya.
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
21/23
Untuk membetuli kesilapan atau kekeliruan yang dialami oleh Adik Nur Nelissa itu, saya telah
menggunakan pendekatan pengajaran konstruktivisme, supaya pengetahuan tersebut dapat dibinanya
sendiri melalui aktiviti atau pengalaman yang dilaluinya. Adik Nur Nelissa sangat unik kerana beliau
tidak dapat berinteraksi secara lisan walaupun mempunyai deria pendengaran yang baik. Oleh itu saya
memberi ruang yang secukupnya untuk adik Nur Nelissa berinteraksi dengan bahan pengajaran.
Pembelajaran ini lebih tertumpu atau berpusatkan kepada beliau sendiri sedangkan saya hanya
membantu memudahkan pembelajaranya sahaja.
Saya telah merancangkan supaya Adik Nur Nelissa mengukuhkan konsep mengumpul semula yang
menjadi kecelaruan dalam dirinya itu melalui pengalaman konkrit, kemudian diikuti dengan
pengalaman secara semi konkrit dan seterusnya aktiviti secara abstrak. Aktiviti abstrak tersebut hanya
dapat dilaksanakan apabila konsep mengumpul semula benar-benar difahaminya.
4.0 Pendekatan Pengajaran Matematik
Dalam proses untuk membantu Adik Nur Nelissa menguasai mata pelajaran Matematik khususnya dalam
kemahiran tambah dengan mengumpul semula, pendekatan yang difikirkan sesuai ialah pendekatan
konstruktivisme. Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang
menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Disamping itu konstruktivisme
menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada
mereka. Saunders (1992) juga menjelaskan bahawa konsruktivisme ialah suatu proses di mana
seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan
kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang adaptasikan olehnya. Dalam
pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas
yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Menurut http://www.my-rummy.com dalam
matematik kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka
memperolehi pengalaman yang akan digunapakai untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematikyang akan dipelajari pada masa yang akan datang.
Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa :
i. pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid
ii. guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan
masalah
iii. guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid
untuk membina pengetahuan baru
iv. guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya
dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
v. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh muridtersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif
Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme adalah seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz Nik Pa dalam
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen
terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu
pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh
indidvidu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada
luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
22/23
individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan
pengalamannya secara terpilih.
5.0 Aktiviti Intervensi Khusus Matematik
Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi tajuk tambah dengan mengumpul semula bagi dua
digit dengan dua digit, saya memilih untuk melakukan aktiviti konkrit, kemudian diikuti dengan aktiviti
semi konkrit dan diakhiri dengan pengiraan secara abstrak. Menurut C. Thomas dalam Open University
Malaysia (2007), aktiviti konkrit semi konkrit abstrak merupakan urutan aktiviti intervensi khusus
yang tepat dan mesti diberikan kepada kanak-kanak dalam memupuk kefahaman yang betul tentang
matematik melalui penggunaan konsep, kemahiran dan masalah-masalah matematik yang menggunakan
perkataan secara tersusun.
Dalam pengajaran secara individu yang telah dirancangkan tersebut saya telah memilih untuk
menggunakan dekak-dekak sebagai aktiviti konkrit. Misalnya dalam mengira 43 + 39 = ______. Murid
tersebut akan menambahkannya dengan cara menggunakan dekak-dekak. Sebelum itu murid telah
menguasai hubungan sa dan puluh pada dekak-dekak.
Setelah murid dapat melakukan kiraan tambah dengan mengumpul semula dengan menggunakan dekak-
dekak, murid mula dapat membuat kesimpulan apabila jumlahnya melebihi daripada 10 maka satu akan
dikumpulkan kepada tempat puluh. Penguasaan murid menyelesaikan kiraan ditunjukkan apabila murid
dapat membuat kiraan semakin pantas.
Kemudian barulah guru memperkenalkan aktiviti mengira secara semi konkrit. Misalnya dalam soalan 43
+ 39 = ______. Murid dibimbing untuk menggunakan simbol-simbol yang sesuai untuk membuat kiraan.
Perubahan aktiviti konkrit kepada semi konkrit hanya berlaku apabila murid telah menguasai kemahiran
tambah dengan mengumpul semula dengan melalui aktiviti konkrit dan begitulah selanjutnya
Setelah murid benar-benar mantap mengira dengan menggunakan aktiviti semi konkrit, barulah murid
didedahkan membuat latihan pengiraan secara abstark. Penggunaan buku kotak adalah lebih sesuai
semasa membuat latihan mengira tersebut.
Kesimpulannya demikianlah intervensi khusus Matematik yang saya jalankan dalam aktiviti pengajaran
bagi kemahiran tersebut kepada adik Nur Nelissa.
6.0 Penutup
Tugasan ini telah memberi saya peluang untuk merasai pengalaman yang amat bermakna apabila sayaterpaksa mengajar adik Nur Nelissa yang unik dan istimewa kerana beliau tidak dapat berinteraksi
secara lisan. Namun perhatian dan kesungguhannya telah meyakinkan saya bahawa pendekatan
konstruktivisme amat sesuai untuk memantapan pengetahuan seseorang murid dalam sesuatu
kemahiran yang dipelajari. Namun sebagai seorang guru yang tidak biasa berhadapan dengan murid-
murid PKBP, pengalaman yang sedikit ini menyedarkan saya bahawa guru yang berkesan tidak
sepatutnya mengajar dengan amalan yang biasa sahaja seperti yang disebutkan di atas tadi.
RUJUKAN
7/31/2019 17 Ciri Guru Matematik Yang Berkesan
23/23
Brooks, J. & Brooks, M. E., (1993). The Case For Constructivist Classroom. Virginia : Association for
Supervision and Curriculum Development.
Kanak-kanak Belajar Matematik. [atas talian] http://www.my-rummy.com [18 Februari 2008]
Open Universty Malaysia, (2007). HBSL2203: Kaedah Pembelajaran Khas Matematik. Selangor : Meteor
Doc. Sdn Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Saunders, W.,(1992). The Constructivist Perspective: Implication and Teaching Strategies for Science.
School Science and Mathematics, 92(3), 136-141.