3
 OGOS 2014 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Roket Air KERT AS KERJA CADANGAN PROGRAM PERTANDINGAN ROKET AIR Tarikh: RABU, 6 OGOS 2014 Tempat: PADANG SEKOLAH SRI SEREMBAN Anjuran: MAKMAL SAINS SEKOLAH SRI SEREMBAN Dengan Kerjasama PANITIA SAINS SRI SEREMBAN PERSA TUAN SAINS SRI SEREMBAN

Kertas Kerja Pertandingan Roket Air

Embed Size (px)

DESCRIPTION

roket air

Citation preview

OGOS 2014Kertas kerja Cadangan Pertandingan Roket Air

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM

PERTANDINGAN ROKET AIR

Tarikh:RABU, 6 OGOS 2014

Tempat:PADANG SEKOLAH SRI SEREMBAN

Anjuran:

MAKMAL SAINS SEKOLAH SRI SEREMBAN

Dengan Kerjasama

PANITIA SAINS SRI SEREMBANPERSATUAN SAINS SRI SEREMBAN

1. PENGENALANSelaras dengan hasrat untuk melahirkan modal insan kelas pertama, memiliki keseimbangan ilmu dunia dan akhirat. Program ini bertujuan untuk memberikan inspirasi terhadap pelajar agar berusaha mencapai kecemerlangan dan berani menerokai bidang baru dalam sains dan teknologi. Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan menguasai subjek sains dan teknologi serta memupuk minat melakukan eksperimen dalam mencapai kejayaan. Disamping mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap dalam kurikulum, aktiviti ini juga dilihat dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang ilmu sains angkasa. Pembelajaran secara interaktif ini juga secara umumnya dapat mengalakkan para pelajar untuk menjalankan penyelidikan secara saintifik. Diharap aktiviti ini juga dapat digunakan sebagai platfom kepada guru untuk mencungkil bakat, daya kreativiti dan inovasi pelajar khususnya dalam aspek sains.

2. OBJEKTIF1. Membina modal insan pelajar yang cemerlang, seimbang dan gigih berusaha dalam melakukan kajian susulan.2. Memberikan pendedahan kepada pelajar aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.3. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan Sains dan Teknologi.4. Mengeratkan kerjasama dan semangat sepasukan.5. Memupuk semangat setiakawan dan keharmonian.3. NAMA PROGRAMPERTANDINGAN ROKET AIR4.TARIKH6 OGOS 20145.PENYERTAAN DAN KUMPULAN SASARANTerbuka bawah 15 Tahun pelajar SMI Seremban untuk kategori roket parachut dan roket payload (maksimum 100 orang dengan 3 pelajar setiap kumpulan)6. TENTATIF PROGRAMLihat Lampiran 17.ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAMLihat Lampiran 28.SUMBER TENAGALihat Lampiran 39.PENILAIAN Lihat Lampiran 410.PENUTUPKami bagi pihak perancang aktiviti ini berharap agar cadangan ini dapat diterima baik pihak pengurusan sekolah dan mendapat sokongan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam membantu kami untuk meningkatkan pengetahuan am sains dalam diri pelajar SRI Seremban. Pendekatan praktikal merupakan pelengkap kepada pembelajaran dalam kelas bagi memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar, justeru aktiviti ini dilihat dapat membantu pelajar untuk lebih memahami sains dengan cara yang menyeronokkan. Sokongan dalam bentuk idea, tenaga dan kewangan serta apa jua bentuk yang lain amatlah diharapkan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Semoga usaha yang kecil ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.