16
LAPORAN MENGAMBIL CONTOH AIR PERIGI PAM/STAH/BEKALAN GRAVITI (ANALISIS BAKTERIA) PEJABAT KESIHATAN DAERAH BATU PAHAT, JOHOR SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM SIRI 2/2008 NAMA : KHAIRUL ZAMRIE BIN JAILANI NO. KP : 8505 – 14 – 6161 NO. MATRIK : BPKA 2008–3874

Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

LAPORAN MENGAMBIL CONTOH AIR PERIGI

PAM/STAH/BEKALAN GRAVITI

(ANALISIS BAKTERIA)

PEJABAT KESIHATAN

DAERAH BATU PAHAT, JOHOR

SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM

SIRI 2/2008

NAMA : KHAIRUL ZAMRIE BIN JAILANI

NO. KP : 8505 – 14 – 6161

NO. MATRIK : BPKA 2008–3874

KURSUS : SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM

KOLEJ : KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

SG.BULOH,SELANGOR DARUL EHSAN

Page 2: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

MUKADIMAH:

Terima kasih diucapkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan

keizinannya dapat saya menyiapkan tugasan menyiapkan tugasan yang

diberikan di Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.Tidak lupa juga

kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran(PPKP) unit Bakas En

Hj.Ariffin B Mukijo, Pembantu Kesihatan Awam(PKA) En.Samat B

Masram unit Bakas kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar

di dalam menyiapkan tugasan ini.

Page 3: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

PENGENALAN:

Latar belakang Kg Pt Jayus,Sri Medan

Kg Pt Jayus adalah sebuah kg tradisi yang terletak lebih kurang 32 km dari Bandar Batu

Pahat dan 7 km dari pekan Sri Medan.

Kg ini terletak di kawasan pedalaman dan pada tahun 1970’an kg ini tidak menerima

bekalan air paip dan elektrik.

Kg ini hanya dapat di hubungi melalui jalan darat. Pekerjaan utama penduduk kampong ini

adalah pekebun kecil kelapa sawit dan lain-lain hasil pertanian.

Latar belakang Projek Bekalan air Gravity Feed System

Pada tahun 1981,pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Kejuruteraan

telah memberi sejumlah RM 78,171untuk membina Sistem Bekalan Air Secara Gravity Feed

di mana punca air yang sesuai di minum di perolehi daripada Bukit Moakil.Jarak punca air

dengan kampong berhampiran adalah lebih kurang 5 KM.

Pada tahun 1983,projek GFS ini telah berjaya di siapkan dan memberi manfaat kepada

penduduk untuk mendapatkan bekalan air minum yang datangnya dari punca yang selamat

dan mencukupi.Sejumlah 206 buah rumah telah menerima bekalan air sambungan paip dari

empangan air bukit.

Setelah hampir 20 tahun system sedia ada di bina,satu kajian telah di buat oleh pasukan Unit

BAKAS ;Pejabat Kesihatan Batu Pahat pada tahun 2002.Kajin tersebut mendapati terdapat

beberapa kelemahan dan kekurangan terutamanya ke atas struktur empangan air dan

penggunaan paip GI yang di guna pakai untuk sambungan dari rumah ke rumah.

Page 4: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

Pada bulan Mac 2002 dengan kos lebih kurang RM 60,000 kerja –kerja menaiktaraf Sistem

Gravity Feed sedia ada telah di mulakan di mana kerja-kerja menaiktaraf berkenaan

melibatkan pembesaran dan membina semula empangan air sedia ada dan penukaran paip –

paip GI sedia ada kepada jenis Poly.

Bagi tahun 2006, Unit BAKAS;Pejabat Kesihatan Batu Pahat telah menerima sejumlah RM

140,000 untuk menaiktaraf Sistem GFS tersebut dengan projek memasang mesin Sistem

Basmi Kuman ke atas bekalan air air minum sedia ada.

Projek memasang system Basmi Kuman ini meliputi kerja-kerja membina rumah mesin

basmi kuman yang di panggil Omnistel WD50A dan pemasangan paip-paip yang

berkaitan .Mesin Omnistel ini akan di pasang dan di bekalkan oleh Syarikat Omniwise yang

di lantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerja-kerja menaiktaraf system GFS telah mula di jalankan pertengahan bulan September

dan di jangka siap sepenuhnya pada akhir Oktober 2006.

Page 5: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

OBJEKTIF AM

Memastikan pengambilan contoh untuk analisis bakteria diambil mengikut prosedur yang betul

bagi tidak berlaku sebarang pencemaran pada contoh air yang diambil serta mengikut langkah-

langkah.

OBJEKTIF SPESIFIK

Mempelajari prosedur serta mempelajari teknik-teknik pengambilan contoh air untuk analisis

bakteria,mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan.

Page 6: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH AIR PERIGI PAM

(ANALISIS BAKTERIA)

1) Lokasi bagi pengambilan contoh air (sumber air minum) dikenalpastikan.

2) Segala peralatan atau perkakasan bahan untuk persampelan dipersiapkan dan disediakan.

3) Segala bahan asing atau kekotoran pada ‘SPOUT’dibersihkan.

4) Lebih kurang 1-5 minit air dialirkan keluar bagi membuang air yang asal.

5) Muncung ‘SPOUT’ dilap menggunakan spirit alkohol.

6) Pam dipam secara berterusan.

7) Whirl pack dilabel dengan cermat.

8) Tangan disucihama dengan menggunakan sabun ataupun spirit.

9) Whirl pack dibuka dengan cermat dan berhati-hati.

10) Sebarang pencemaran pada whirl pack dielakkan dan dijauhi.

11) Air diisi ke dalam whirl pack sehingga ke paras 100ml.

12) Whirl pack ditutup dan diikatkan dengan sempurna.

13) Contoh persampelan tadi dimasukkan ke dalam ‘cool-box’.

14) Jangka suhu dan air diletakkan bagi mengukur suhu penghantaran contoh.

15) Sampel dihantar untuk analisis dalam masa 24jam.

Page 7: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

MENGAMBIL CONTOH AIR SISTEM PAIP GRAVITI/STAH

(ANALISIS BAKTERIA)

1) Tempat persampelan ataupun lokasi dikenal pasti.

2) Peralatan dan bahan untuk persampelan disediakan dan pastikan cukup.

3) Bahagian luar pili dibersihkan daripada segala kekotoran.

4) 1-3 minit air pili dibuka dan dibiarkan.

5) Bahagian luar pili disucihama dengan menggunakan spirit atau alkohol bagi pili PVC dan

bakar dengan menggunakan ‘BLOW TORCH’ bagi pili tembaga.

6) Whirl pack dilabelkan dan ditulis terlebih dahulu.

7) Tangan disucihama dengan menggunakan sabun/spirit/alkohol.

8) Whirl pack dibuka dengan kemas dan berhati-hati (pastikan tiada pencemaran pada whirl

pack).

9) Air diisi pada whirl pack pada paras 100ml.

10) Whirl pack yang sudah siap diisi air ditutup dan diikat dengan kemas.

11) Contoh persampelan dimasukkan ke dalam ‘COOL-BOX’.

12) Jangka suhu dan air diletakkan untuk mengukur suhu penghantaran.

13) Sampel dihantar dalam masa 24jam dengan segera dari waktu mengambil contoh.

Spesifikasi Kualiti Air Yg Terhasil daripada rawatan melalui system Omnienviro :

Perkara Air Mentah Air Terawat

Nilai Redox - > 400 mV

Nilai pH 6.5 – 8.5 6.5 – 8.5

Mikrobiologikal

Coliform < 100 Nil

E. Coli < 10 Nil

Page 8: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

KAEDAH PENGAMBILAN SAMPEL YANG DILAKUKAN

Tempat untuk mengambil sampel dikenal pasti.

(Rumah pam projek GFS Kg Pt. Jayus Sri Medan, Mukim 18)

Alatan untuk mengambil sampel disediakan seta pastikan mencukupi.

Kepala paip hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum sampel diambil.

Alir keluaran air untuk jangkamasa 5 minit dan tutup semula.

Paip dan muncungnya disteril dengan alkohol .

Tangan pengambil sampel juga hendaklah disteril dengan alkohol ini adalah untuk

memastikan paip tempat sampel diambil dan penyampel bebas dari sebarang bakteria atau

kuman.

Buka semula pili dengan sederhana.

Alirkan air buat seketika.

Ambil sampel air mengunakan” Whirl pack” yang telah ditulis dengan tempat sampel

diambil ,tarikh dan bil. Stesen.

Air diisi sebanyak 100ml.

“Whirl Pack” diikat dengan kemas dan dimasukkan kedalam “Cool Box” yang berisi ais

bersuhu -4’c. Ia bertujuan untuk mengelakkan dari bakteria membiak.

Sampel yang telah siap hendaklah dihantar dengan segera dalam masa 24 jam ke makmal

untuk dianalisis.

Page 9: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH AIR PROJEK BAKAS

( GRAVITI FEED SYSTEM)

Terdapat 3 prosedur yang perlu di ambil perhatian iaitu sebelum semasa dan selepas. Terdapat

tiga jenis kajian yang dijalankan dalam persampelan air ini iaitu, ujian mikrobioligi, ujian kimia

dan ujian fizikal. Carta dibawah menerangkan ujian yang dibuat untuk persampelan tersebut.

SEBELUM

Perkara yang perlu dilakukan sebelum mengambil sampel air adalah:-

Mengeluarkan alat-alat untuk menguji sampel air dilapangan

Page 10: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

Membuat senarai semak alat-alat supaya tiada kehilangan atau tertinggal

Memastikan keadaan alat berfungsi dengan baik.

Antara alat-alat yang digunakan untuk persampelan air GFS ini adalah:-

TUBIDIMETER LOVIBONDCOMPARATOR

Digunakan untuk mengesan nilai ntu Digunakan untuk mengesan kandungan klorin

dan warna air.

Ph METER

Digunakan untuk mengesan kandungan Ph air.

-Botol plastik untuk mengisi air sampel

-Kapas atau tisu untuk mengelap

-WHIRL PACK untuk mengisi sampel air.

-Alkohol untuk pensterilan tangan dan paip bukan tembaga

-BLOW TORCH untuk pensterilan paip tembaga

Page 11: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

MASALAH

1) Lokasi pengambilan sample air yang jauh untuk sampai ke lokasi.

2) Jalan yang berlopak.

3) Alat-alat untuk pengambilan sample air adalah terhad.

4) Bilik proses rawatan air adalah sempit dan terhad untuk beberapa orang sahaja

yang boleh memasukinya.

5) Penerangan yang diberikan tentang cara pengambilan sampel air kurang jelas.

6) Penapis perlu sentiasa diselenggara kerana tersumbat.

7) Pili air di kawasan yang sempit.

CADANGAN

1) Jalan raya perlu dibaiki bagi memudahkan perjalanan untuk pergi ke lokasi pengambilan sample

air.

2) Penerangan diberikan dengan menggunakan hailer(penguat suara)

3) Kawasan perlulah lebih luas.

4) Tempat untuk rawatan air perlu dijaga dengan teliti bagi mengelakkan tanah-tanah tidak

memasuki tempat proses rawatan air dan boleh mencemarkan air-air yang telah dirawat.

5) Alat-alat perlu diperbanyakkan bagi memudahkan pelatih-pelatih untuk belajar dan melakukan

pengambilan sampel air.

6) Bilik proses rawatan air perlu dibesarkan supaya pelatih atau sesiapa sahaja boleh memasukinya

untuk tujuan pembelajaran.

7) Meletakkan pili air yang khas dan tempat yang sesuai untuk melakukan persampelan.

Page 12: Laporan Mengambil Contoh Analisis Bakteriaedit

KESIMPULAN

Aktiviti pengambilan sampel yang dijalankan di kampung parit Jayus,Sri Medan berjaya kami

lakukan serta kami dapat mengetahui prosedur serta tatacara ketika pengambilan sampel air GFS

dilakukan Kami juga diberi penerangan tentang penggunaan alatan persampelan dan analisis air

dengan cara yang teratur bagi mengelakkan pencemaran dari berlaku kepada air persampelan.