7
May 14, 2014 [LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS KRK] 1.0 PENDAHULUAN Panitia Sains telah merancang program lawatan sambil belajar sempena sambutan bulan Sains dan Matematik. Program ini bertujuan mendedahkan pelajar secara langsung mengenai kemahiran proses sains dalam sesi pembelajaran di luar bilik darjah dan mengaitkannya dengan topik yang dipelajari . Program ini merupakan salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah pembelajaran kontekstual. Peserta lawatan terdiri daripada pelajar tingkatan 2 KRK. 2.0 RASIONAL Murid dapat menggabungkan isi kandungan dalam mata pelajaran sains dengan pengalaman harian individu semasa melakukan lawatan. Di samping itu juga, murid akan merasa keseronokan sesi pembelajaran di luar bilik darjah dan dapat menghubung kaitkan kemahiran proses sains yang dipelajari di kelas. Dalam masa yang sama, murid-murid dapat mengaitkan pengalaman yang dipelajari dengan konsep-konsep sains yang telah ditekankan oleh guru mata pelajaran sains dan membina suatu kefahaman yang baru untuk memperkukuhkan pengetahuan sains. 3.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT Beberapa objektif yang diharapkan dari lawatan sambil belajar ini ialah pelajar dapat : Membina peta i think berdasarkan program Membina slaid power point ( VLE Frog) berdasarkan topik pilihan yang diikuti Mengikuti program yang telah dirangka oleh fasilitator 4.0 KUMPULAN SASARAN Keutamaan pelajar yang terlibat adalah daripada Tingkatan 2 KRK seramai 32 orang manakala 2 orang daripada Tingkatan 2C1.

Laporan Program Lawatan Sambil Belajar Krk

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penyelaras KRK

Citation preview

May 14, 2014 [LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS KRK]

1.0 PENDAHULUAN

Panitia Sains telah merancang program lawatan sambil belajar sempena sambutan bulan Sains dan Matematik. Program ini bertujuan mendedahkan pelajar secara langsung mengenai kemahiran proses sains dalam sesi pembelajaran di luar bilik darjah dan mengaitkannya dengan topik yang dipelajari . Program ini merupakan salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah pembelajaran kontekstual. Peserta lawatan terdiri daripada pelajar tingkatan 2 KRK.

2.0 RASIONAL

Murid dapat menggabungkan isi kandungan dalam mata pelajaran sains dengan pengalaman harian individu semasa melakukan lawatan. Di samping itu juga, murid akan merasa keseronokan sesi pembelajaran di luar bilik darjah dan dapat menghubung kaitkan kemahiran proses sains yang dipelajari di kelas. Dalam masa yang sama, murid-murid dapat mengaitkan pengalaman yang dipelajari dengan konsep-konsep sains yang telah ditekankan oleh guru mata pelajaran sains dan membina suatu kefahaman yang baru untuk memperkukuhkan pengetahuan sains.

3.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

Beberapa objektif yang diharapkan dari lawatan sambil belajar ini ialah pelajar dapat :

Membina peta i think berdasarkan program Membina slaid power point ( VLE Frog) berdasarkan topik pilihan yang diikuti Mengikuti program yang telah dirangka oleh fasilitator

4.0 KUMPULAN SASARAN

Keutamaan pelajar yang terlibat adalah daripada Tingkatan 2 KRK seramai 32 orang manakala 2 orang daripada Tingkatan 2C1. Penarikan diri 2 orang pelajar KRK adalah disebabkan ibu bapa tidak memberikan kebenaran mengikuti aktiviti.

5.0. PELAKSANA PROGRAM

Seramai dua orang guru telah sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini. Mereka ialah:

i) Pn. Zarah Ahmadii) Cik Nor Hasmah Mohamud

6.0. MODUL PROGRAM

Pelajar mengikuti modul program yang telah rekabentuk oleh pihak petrosains. Program ini dinamakan Creative Science for School (CSS) yang meliputi 1 aktiviti ”hands on”, lawatan ke tapak pameran dan set makanan tengahari. Program dimulakan melalui lawatan ke tapak

May 14, 2014 [LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS KRK]

pameran yang mengambil masa 3 jam. Lawatan tapak meliputi 10 segmen yang mengandungi tema yang berlainan iaitu pengembaraan lohong hitam, petrojaya, geotime diodrama, ruang eksplorasi,sparkz, platform minyak, ruang had laju, dunia molekul nano, ruang lukisan dan muzik sains dan teater Ungku Omar. Pelajar juga melibatkan diri dalam pengembaraan roller coaster dan pameran ruang sains di sepanjang tapak pameran. Kemudian, pelajar di dedahkan dengan modul CSS berunsurkan kimia yang menyerupai silibus tingkatan 2 iaitu asid dan alkali. Pendedahan pembelajaran adalah selama 1 jam dan aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan. Setelah aktiviti tamat, pelajar dibenarkan menikmati makanan tengahari.

7.0 TEMPAT

Program ini telah dijalankan seperti di bawah;

Tarikh : 14.5.2014Tempat : Petrosains, The Discovery Centre, Level 4, Suria KLCC, PETROSAINS

Twin TowersMasa : 9.30 pagi – 5.30 petang

8.0 PROSES PELAKSANAAN

Program ini telah dirancang seawalnya mulai bulan Mac dengan pelaksanaan kertas kerja lawatan. Kertas kerja lawatan perlu dibuat dan dihantar ke bahagian PPD sebulan sebelum tarikh aktiviti dijalankan. Selain itu, kertas kerja juga perlu bagi memohon peruntukan tambahan daripada pihak PIBG. Susulan itu, pemilihan peserta dilakukan dengan memohon kebenaran pihak penjaga serta salinan kad pengenalan perlu bagi memastikan prosedur lawatan dipatuhi. Guru yang terlibat perlu menghubungi pihak petrosains di bawah kendalian pegawai bertugas iaitu Siti Nursakinah Bt A. Kader untuk mengetahui program kelolaan pihak berkenaan dan disesuaikan dengan silibus tingkatan 2. Setelah itu, makluman program dinyatakan kepada Ketua Bidang Sains dan Matematik, Pn. Roziana Aminorlah dan Penolong Kanan Kurikulum iaitu Pn Habshah Mohamad bagi memastikan program yang dibuat mencapai objektif yang telah dirancang. Sehari sebelum program, satu taklimat ringkas mengenai keselamatan, waktu program, menu makanan, etika pakaian dan pembentukan AJK lawatan sambil belajar di kalangan pelajar diadakan oleh guru terlibat. Program berjalan dengan jayanya seperti dalam jadual. Setelah program, guru merefleksi sesi pembelajaran pelajar dengan berbincang dengan rakan setugas. Pemenang pertandingan lawatan sambil belajar akan di pantau dan dinilai oleh guru mata pelajaran sains iaitu Cik Nor Hasmah.

10. PEMENANG AKTIVITI

Aktiviti yang dirangka memastikan pelajar mendapat manfaat dan mempunyai daya saing dalam kalangan pelajar. Namun begitu, laporan secara verbal mengenai penglibatan pelajar dalam menyertai aktiviti daripada guru mata pelajaran sains amat kurang memuaskan. Pelajar yang mengikuti aktiviti lawatan tidak melibatkan diri secara proaktif dengan pertandingan yang telah diwar-warkan dalam aktiviti lawatan sambil belajar iaitu pembinaan peta i- think

May 14, 2014 [LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS KRK]

dan pembinaan power point lawatan sambil belajar. Pemenang hanya daripada aktiviti power point iaitu kumpulan 4. Senarai pemenang seperti berikut:

a. Amelia Izzati Bt Ithzanib. Muhammad Kamal Aizamc. Anis Athirah Bt Saiful Khairid. Thilagan A/L Goby Krishnane. Nur Izzureen Bt Mohd Saidf. Khairul Fatinah

11. PERBELANJAAN

Semua perbelanjaan telah ditanggung oleh peserta lawatan dan peruntukan daripada PIBG. Laporan kewangan lawatan seperti lampiran (sila rujuk fail).

12. REFLEKSI

Kekuatan :

1. Program berjalan lancar seperti yang dirancang. 2. Kreativiti pelajar dalam menghasilkan power point amat baik

3. Program telah disokong oleh pihak PIBG 4. Kaedah pembelajaran kontekstual dapat dilaksanakan dengan jayanya. 5. Pelbagai informasi mengenai segmen berkaitan sains dan teknologi yang terkini

dan zaman dahulu dapat dilihat secara langsung. 6. Pelajar dapat mengawal disiplin dan menepati masa.7.Pembentukan AJK di kalangan pelajar boleh diteruskan.8. Menu makanan memuaskan.

Kelemahan :

1. Penglibatan pelajar tidak aktif dalam menyiapkan tugasan selepas mengikuti program

2. Hadiah yang ditawarkan tidak menarik 3. Segelintir pelajar tidak dapat mengikuti aktiviti lawatan kerana tiada sokongan

daripada ibu bapa

Penambahbaikan :

1. Pelaksanaan program CSS perlu ditambah masa melibatkan aktiviti berkaitan matematik.

2. Pelajar yang berminat tetapi tidak berkemampuan ditanggung sepenuhnya oleh pihak PIBG atau badan kebajikan pelajar.

3. Pengiktirafan perlu dilaksanakan dengan memastikan pelajar mendapat sijil penyertaan.

May 14, 2014 [LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS KRK]

Disediakan Oleh;

...........................................................( ZARAH BT AHMAD )PENYELARAS KRK

May 14, 2014 [LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS KRK]

FOTO-FOTO BERKAITAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pelajar bergambar setelah sesi CSS

Pelajar dan guru bergambar dalam sesi fotografi pameran