Paper Work Cili

  • View
    234

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Paper Work Cili

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    1/99

    RANCANGAN PERNIAGAAN

    PROJEK PENANAMAN CILI MENGGUNAKAN KAEDAH SISTEM FERTIGASI

    Disediakan Oleh : Mohd Fadzli Bin Nordin

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    2/99

    Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

    JADUAL KANDUNGAN

    TAJUK 1.

    2.

    3

    .

    4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Ringkasan Eksekutif Pengenalan Tujuan

    Penyediaan Latar Belakang Perniagaan / Syarikat Latar Belakang Pemilik

    Rancangan Organisasi / Pengurusan Rancangan Pengeluaran / Operasi

    Rancangan Pemasaran Rancangan Kewangan Jadual Perlaksanaan Projek

    Rumusan

    MUKA SURAT 3 4 5 6 9 11 12 47 83 94 98

    2

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    3/99

    Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

    1.0

    RINGKASAN EKSEKUTIF Syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada

    Disember 2005. Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi

    bidang pertanian secara eksklusif dan lebih khusus dalam memajukan

    teknologi pertanian.

    Ini adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan juga menyahut cabaran

    Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) di mana pihak kerajaan mengalu-alukan

    penglibatan sektor swasta dalam memajukan bidang pertanian.

    Tapak projek ini akan dijalankan di atas tanah seluas 5 ekar di kawasan

    Pontian, Johor di mana pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah menyewa

    secara pajak bagi tempoh 5 tahun. Sebagai permulaan, pihak kami akan

    mengusahakan tanaman cili merah sebanyak 5,000 pokok dalam 10 buah

    struktur Rumah Pelindung Tanaman yang dilengkapi dengan sistem

    fertigasi.

    Dari segi kewangan, pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. memerlukan pinjamanTabung 3F dari Bank Pertanian sebanyak RM 275,000 untuk membiayai

    sebahagian dari kos permulaan projek ini. Dalam perancangan yang teliti

    dan prospek yang berdaya maju, kami berharap pihak Bank Pertanian dapat

    meluluskan permohonan kami bagi merealisasikan projek ini.

    3

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    4/99

    Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

    2.0

    PENGENALAN Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah

    mengalami / melalui pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secara

    konvensional kepada pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi untuk

    meningkatkan pengeluaran makanan yang semakin kompetitif.

    Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi,

    pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkan untuk

    diguna pakai oleh pengusaha bagi peningkatan hasil

    pengeluaran dan pendapatan.

    Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini

    yang semakin meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidang

    pertanian, di mana ia menggabungkan pembajaan dan pengairan dalam satu

    sistem di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran

    hasil tinggi serta berkualiti dan merupakan alternatif kepada sistem

    penanaman konvensional.

    4

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    5/99

    Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

    3.0

    TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan

    adalah khusus untuk memohon pembiayaan dari pihak Bank Pertanian bagi

    membiayai sebahagian kos permulaan projek yang akan dijalankan oleh

    pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. ini.

    Pinjaman sebanyak RM 275,000 diperlukan dari Tabung Untuk Makanan (3F)

    bagi menampung kos permulaan projek ini.

    Kertas kerja ini juga disediakan untuk memberi gambaran projek

    fertigasi dan analisis sebagai sokongan daya maju projek ini.

    5

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    6/99

    Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

    4.0 4.1

    LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / SYARIKAT Maklumat Syarikat Nama Syarikat

    No. Pendaftaran : : ABCD Sdn. Bhd. 0123456789 12-B, Tingkat 5, Wisma

    XXX, Jalan Sinar Maju 2/21, 51000 Kuala Lumpur 03-98765432 03-45678900

    Pertanian dan industri asas tani. Sendirian Berhad RM 1,000,000 RM

    1,000,000 100% Bumiputera 1) Ali bin Abu 2) Ahmad bin Abu 3) XXXX 4)

    YYYY

    Alamat Perniagaan :

    No. Telefon No. Faks

    : :

    Bidang Perniagaan : Jenis Perniagaan Modal Dibenar Modal Berbayar Taraf

    Syarikat : : : :

    Lembaga Pengarah :

    Setiausaha Syarikat : Alamat Setiausaha : Juru Audit Syarikat : Alamat

    Juru Audit :

    DEFGH Management Sdn. Bhd.

    IJKLM Public Accountant

    6

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    7/99

    Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

    4.2

    Objektif, Visi Dan Misi Objektif Pengeluaran hasil yang tinggi dan

    berkualiti dengan mengamalkan amalan pertanian yang baik dan

    sistematik. Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan

    produk yang berkualiti tinggi dan penjimatan tenaga buruh.

    Visi Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini di

    dalam sektor pertanian dan seterusnya mampu membimbing petani lain.

    Misi Misi kami adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada pemegang

    syer syarikat, pelabur dan pelanggan kami dengan menghasilkan produk

    yang berkualiti dan sistematik.

    4.3

    Strategi Perniagaan Syarikat ABCD Sdn. Bhd. akan mengadakan

    persekitaran yang lebih kompetitif dengan strategi berikut : Agro-

    Teknologi : Menggunapakai teknologi terkini dalam sektor pertanian bagimenghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin peningkatan

    pengeluarannya. Fokus Pelanggan : Mengambilkira keperluan pasaran

    semasa dan kehendak pelanggan.

    7

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    8/99

    Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

    K-Ekonomi : Penumpukan kepada ilmu pengetahuan melalui internet dan R&D.

    4.4

    Maklumat Asas Projek Nama Projek : Penanaman Cili Merah Secara Kaedah

    Sistem Fertigasi Lokasi Keluasan Tanah : : Pontian, Johor 5 Ekar 5,000

    Pokok 10 buah Rumah Pelindung Tanaman Pengairan Titis Automatik

    Syarikat ABCD Sdn. Bhd. RM 275,000

    Kapasiti Tanaman : Struktur Sistem Pengairan : :

    Nama Pengusaha : Anggaran Kos Permulaaan Anggaran Hasil Pengeluaran

    Anggaran Kasar Pendapatan Tempoh Pulang Balik Modal : : : :

    75,000 kg setahun

    RM 300,000 setahun

    2 Tahun

    8

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    9/99

    Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

    5.0 5.1

    LATAR BELAKANG PEMILIK Ahli Lembaga Pengarah 1) Ali Bin Abu

    Gambar

    Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan

    kewangan dan sumber manusia. Mendapat

    pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti

    Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi .

    2)

    Ahmad Bin Abu

    Gambar

    Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursankewangan dan sumber manusia. Mendapat

    pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti

    Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

    9

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    10/99

    Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

    3)

    YYYYYY

    Gambar

    Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan

    kewangan dan sumber manusia. Mendapat

    pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti

    Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

    4)

    XXXXX

    Gambar

    Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengurusankewangan dan sumber manusia. Mendapat

    pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti

    Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

    10

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    11/99

    Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

    6.0

    RANCANGAN PENGURUSAN Bahagian ini menerangkan struktur organisasi dalam

    syarikat ABCD Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab terhadap perjalanan

    syarikat secara keseluruhannya. Manakala bagi pengurusan projek , pihak

    syarikat akan menggaji kakitangan dan buruh secara kontrak bagi tempoh

    selama projek itu berjalan.

    Bagi pengurusan syarikat, diketuai oleh seorang Pengarah Urusan, 3

    orang Kerani, 3 orang Pengurus Bahagian dan Pengurus Projek bagi setiap

    projek yang dilaksanakan.

    Bagi pengurusan projek, diketuai oleh seorang seorang Penyelia Projek

    dan 4 orang Buruh Am bagi melaksanakan projek yang telah dirancangkan.

    6.1

    Carta Organisasi

    Pengarah Urusan

    Lembaga Pengarah

    Pentadbiran & Kewangan

    Jualan & Pemasaran

    Teknikal & Operasi

    Projek Tanaman Fertigasi

    Lain-Lain Projek Pertanian

    11

  • 8/14/2019 Paper Work Cili

    12/99

    Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

    7.0 7.1

    RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI Sistem Fertigasi Fertigasi adalah

    berasal dari cantuman dua perkataan fertilization dan

    irrigation . Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan

    serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman

    tanpa menggunakan tanah (soiless culture production system). Umumnya

    hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah,

    timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang sesuai

    menggunakan kaedah ini.

    Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada

    dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium,

    Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh

    tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha

    itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai

    Struktur Pelindung Hujan (SPH).

    Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat

    di Malaysia. Bumbung SPH mestil