RPT 2013 Sains Ting. 4

  • View
    247

  • Download
    13

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rancangan Pengajaran Tahunan Sains (Versi BM) Tingkatan 4 2013

Text of RPT 2013 Sains Ting. 4

  • RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS TINGKATAN 4 / 2013

    Pn. Azwina Bt. Abd. Karim | SMK Seri Keramat

    1

    SMK SERI KERAMAT RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS TNGKATAN 4 2013

    MINGGU OBJEKTIF

    PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN CATATAN

    BAB 1 : PENYIASATAN SAINTIFIK 1

    (2/1/13-4/1/13)

    1.1 Menganalisa kaedah penyiasatan saintifik.

    Menjalankan penyiasatan saintifik, contoh: menyiasat bagaimana luas permukaan memberi kesan terhadap kadar penyejukan. Pelajar akan : (a) mengenal pasti masaalah (b) mengenal pasti pembolehubah (c) membuat hipotesis (d) merancang penyiasatan untuk:

    i. menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

    ii. menentukan kaedah penyiasatan, kaedah mengumpul dan menganalisis data.

    (e) menjalankan penyiasatan (f) mengumpul data (g) menganalisa dan mentafsir data (h) membuat kesimpulan (i) menulis laporan

    Murid dapat : - menerangkan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik,

    - menjalankan penyiasatan saintifik,

    - menulis laporan penyiasatan saintifik,

    - menerangkan kepentingan penyiasatan saintifik.

  • RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS TINGKATAN 4 / 2013

    Pn. Azwina Bt. Abd. Karim | SMK Seri Keramat

    2

    2 (7/1/13-11/1/13)

    1.2 Menyedari kepentingan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni semasa menjalankan kaedah penyiasatan saintifik

    Menonton tayangan video atau simulasi komputer bagi mengumpul dan mentafsir data terhadap sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh saintis. Membincangkan kepentingan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni semasa menjalankan penyiasatan saintifik.

    Murid dapat: - mengenalpasti sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh saintis, - menerangkan kepentingan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni semasa menjalankan penyiasatan saintifik, - mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni semasa menjalankan penyiasatan saintifik.

    BAB 2 : KOORDINASI BADAN 3

    (14/1/13-18/1/13)

    1.1 Memahami koordinasi badan

    Menjalankan aktiviti untuk melihat dan membincangkan koordinasi badan. Memeriksa model, menayangkan rajah atau video untuk mengenal pasti sistem tubuh yang mengawal koordinasi seperti sistem saraf dan sistem endokrin. Membincangkan kepentingan

    Murid dapat: - memerihalkan maksud koordinasi badan, - mengenal pasti sistem dalam badan yang mengawal dan menyelaras koordinasi badan, - menyatakan kepentingan koordinasi badan.

  • RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS TINGKATAN 4 / 2013

    Pn. Azwina Bt. Abd. Karim | SMK Seri Keramat

    3

    koordinasi badan dalam aktiviti harian.

    4 (21/1/13-25/1/13)

    1.2 Memahami sistem saraf manusia

    Memerhati model, melihat carta atau tayangan video dan mengenal pasti sistem saraf manusia yang terdiri daripada berikut:

    (e) sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang b) sistem saraf periferi iaitu saraf kranium dan saraf spina yang menghubungkan reseptor dan efektor dengan sistem saraf pusat. Membincangkan fungsi setiap komponen dalam sistem saraf. Menonton tayangan video, carta atau model dan membincangkan perkara- perkara berikut :

    (e) neuron sebagai unit asas sistem saraf, (b) bahagian yang membina neuron iaitu badan sel, akson, dendrit dan salut mielin, (c) fungsi bahagian yang membina neuron,

    - mengenal pasti perbezaan jenis neuron, -menyatakan fungsi setiap jenis neuron, - membandingkan dan membezakan jenis-jenis neuron.

  • RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS TINGKATAN 4 / 2013

    Pn. Azwina Bt. Abd. Karim | SMK Seri Keramat

    4

    (d) jenis neuron iaitu neuron deria, neuron motor dan neuron perantaraan, (e) fungsi setiap jenis neuron. Melukis rajah berlabel neuron deria, neuron motor dan neuron perantaraan. Menjalankan aktiviti untuk membanding dan membezakan jenis neuron dan membentangkannya dalam bentuk paparan grafik. HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W (24/1/13)

    CUTI HARI THAIPUSAM (27/1/13) CUTI DIBAWA KE HADAPAN-HARI THAIPUSAM (28/1/13)

    5 (29/1/13-31/1/13)

    1.3 Menganalisa koordinasi saraf

    Membincangkan perkara- perkara berikut: (a) maksud reseptor dan efektor (b) fungsi reseptor dan efektor Menjalankan aktiviti melalui tunjuk cara tindak balas organ deria terhadap rangsangan. Menjalankan aktiviti dan membincangkan tindakan

    Murid dapat : - menyatakan maksud reseptor dan efektor, - menyatakan fungsi reseptor dan efektor, - menerangkan dengan contoh tindakan refleks, - memerihalkan tindakan refleks, - mengilustrasikan pengaliran impuls dalam arka refleks.

  • RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS TINGKATAN 4 / 2013

    Pn. Azwina Bt. Abd. Karim | SMK Seri Keramat

    5

    refleks seperti sentakan lutut dan tindakan menyentuh objek panas dan tajam. Menonton simulasi komputer atau carta yang menunjukkan pengaliran impuls dalam arka refleks. Melukis rajah untuk menunjukkan pengaliran impuls dalam arka refleks.

    6 (4/2/13 -8/2/13)

    1.4 Memahami peranan proprioreseptor dalam mengekalkan keseimbangan dan koordinas

    Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut untuk menunjukkan kepentingan reseptor regang: (a) menyusun objek dengan kedua-dua mata tertutup (b) mengekalkan keseimbangan badan Melihat carta, tayangan video atau simulasi komputer dan membincangkan perkara-perkara berikut : (a) proprioreseptor dan fungsinya (b) kepentingan proprioreseptor dalam mengekalkan keseimbangan dan koordinasi

    Murid dapat: - menerangkan maksud proprioreseptor, - menerangkan kepentingan proprioreseptor

    TAHUN BARU CINA (9/2/13-12/2/13)

  • RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS TINGKATAN 4 / 2013

    Pn. Azwina Bt. Abd. Karim | SMK Seri Keramat

    6

    7 (13/2/13-15/2/13)

    1.5 Memahami otak manusia dan kerencamannya.

    Memeriksa model, melihat tayangan video atau simulasi komputer untuk mengenal pasti struktur otak manusia iaitu serebrum, serebelum dan medula oblongata. Membincangkan fungsi bahagian otak manusia. Melukis dan melabel bahagian utama otak manusia. Menjalankan aktiviti-aktiviti dan membincangkan perkara-perkara berikut: (a) tindakan terkawal seperti menulis dan menari (b) tindakan luar kawal seperti pembesaran dan penguncupan anak mata dan degupan jantung. Membincangkan kesan kecederaan pada bahagian tertentu dalam otak manusia.

    Murid dapat: - mengenal pasti bahagian utama dalam otak manusia, - menyatakan fungsi setiap bahagian dalam otak manusia, - menerangkan maksud tindakan terkawal, - memberi contoh tindakan terkawal, - menerangkan maksud tindakan luar kawal, - menerangkan tindakan luar kawal, - menerangkan kesan kecederaan pada bahagian tertentu dalam otak manusia.

    8 18/2/13-22/2/13)

    1.6 Memahami koordinasi kimia dalam badan

    Menjalankan aktiviti seperti padan dan menang atau teka teki untuk mengenal pasti perkara-perkara berikut : (a) hormon dan kelenjar

    Murid dapat: - memerihalkan maksud hormon, - memerihalkan maksud

  • RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS TINGKATAN 4 / 2013

    Pn. Azwina Bt. Abd. Karim | SMK Seri Keramat

    7

    endokrin utama iaitu kelenjar pituitari, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, pankreas, ovari dan testis. (b) hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin utama, (c) fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin utama. Melukis rajah berlabel untuk menunjukkan kedudukan kelenjar endokrin utama dalam sistem endokrin manusia. Membincangkan kesan ketidakseimbangan hormon ke atas kesihatan dan membentangkan hasil perbincangan dalam bentuk paparan grafik.

    kelenjar endokrin, - mengenal pasti kelenjar endokrin utama dan kedudukan masing- masing dalam tubuh, - menyatakan fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin, - memerihalkan kesan ketidakseimbangan hormon ke atas kesihatan.

    9 ( 25/2/13-28/2/13)

    1.7 Menganalisa koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin

    Menjalankan aktiviti untuk membanding dan membeza koordinasi saraf dengan koordinasi kimia dan membentangkan persamaandan perbezaan dalam bentuk paparan grafik. Menjalankan aktiviti simulasi situasi yang

    Murid dapat: - membandingkan dan membezakan koordinasi saraf dengan koordinasi kimia, - menerangkan dengan

  • RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS TINGKATAN 4 / 2013

    Pn. Azwina Bt. Abd. Karim | SMK Seri Keramat

    8

    mencemaskan untuk menghubungkan kejadian bagi membincangkan perkara berikut: (a) koordinasi di antara sistem saraf dan sistem endokrin dalam menghasilkan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. (b) kepentingan koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin dalam penyelarasan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan.

    contoh koordinasi di antara sistem saraf dan sistem endokrin dalam gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. - menerangkan kepentingan koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin dalam penyelarasan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan.

    1.8 Menilai kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan

    Menjemput wakil dari Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) atau dari institusi-institusi yang berkaitan untuk memberi ceramah atau mengadakan pameran berkenaan dadah, penyalahgunaan dada