Upload
vivian
View
62
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Sindrom Down
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Sindrom Down merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran
sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon
Down, doctor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1886. Bagi ibu-
ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih
tinggi untuk melahirkan anak sindrom Down. Sembilan puluh lima peratus Sindrom
Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh ‘non-
dysjunction”kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 di mana semasa proses
pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan
sempurna.
Saya telah menjalankan kajian saya terhadap seorang pelajar perempuan yang
belajar di bilik pendidikan khas. Maklumat peribadi ialah :-
Nama : Chung Wen Xin
Nama panggilan : Xin
Umur : 8 Tahun
Kategori : Sindrom Down
Tarikh Melapor : 12 Jun 2012
2.0 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN ASPEK FIZIKAL, KOGNITIF, BAHASA, MORAL,
SOSIAL DAN EMOSI
Saya telah melakukan kajian terhadap seorang pelajar perempuan yang
bernama Chung Wen Xin. Dia menghadapi masalah pembelajaran yang dikategorikan
sebagai Sindrom Down dan sekarang sudah berusia 8 tahun. Dia ditunjuk ajar oleh
seorang guru pendidikan khas integrasi di bilik pendidikan khas.
Melalui pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan oleh saya, kanak-kanak
sindrom down mempunyai muka yang sama dalam kategori masalah pembelajaran.
Paras muka pelajar yang saya perhatikan adalah seperti orang mongol. Pangkal
hidungnya mempunyai perbezaan dengan pelajar normal iaitu kemek atau leper. Jarak
antara mata kiri dan kanan juga berjarak jauh. Matanya mempunyai kulit yang
berlebihan di sudut dalam kelihatan sepet. Selain itu, matanya juga kelihatan juling.
Pelajar tesebut selalu menjelirkan lidah kerana saiz mulut yang lebih kecil berbanding
dengan pelajar normal dan saiz lidah yang lebih besar. Dari segi pertumbuhan gigi
adalah lambat dan tidak teratur. Kepalanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian
depan hingga ke belakang. Paras telinga adalah lebih rendah dan leher lebih pendek
dan lebar.
Sifat pada tangan dan lengan serta kaki pula juga berlainan dengan pelajar
normal. Jari-jarinya pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan
juga hanya mempunyai satu garis lurus sahaja yang dinamakan “simian crease”. Kaki
agak pendek berbanding dengan pelajar normal. Jari kaki pula juga lebih pendek dan
jarak ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah. Manakala tapak kaki pula
biasanya dalam keadaan leper.
Selepas menemu bual dengan guru pendidikan khas integrasi dan kajian soal
selidik yang saya laksanakan, saya telah mengetahui perkembangan pelajar ini dari
segi fizikal, kognitif, emosi, sosial, bahasa dan moral. Dari segi perkembangan fizikal,
dia berkeupayaan untuk mengangkat, berjalan, berlari dan melompat tetapi tidak sama
dengan pelajar normal. Dia tidak mampu mengangkat benda yang berat kerana otot-
ototnya lemah, begitu juga dengan keupayaan dia berjalan, berlari dan melompat.
Dari segi perkembangan kognitif, dia kurang mempunyai kemahiran
menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan
ingatan. Perkembangan kognitifnya tidak secepat pelajaran normal dan tahap
pemikirannya adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar normal. Dia bermasalah
mempelajari peraturan-peraturan tatabahasa dan bermasalah dalam memahami
arahan-arahan.
Dari segi perkembangan emosi pula, dia bersifat periang kerana dia mengetahui
kesusahan yang dialami oleh ibu bapanya. Dia juga tidak berupaya menguasai
perasaan serta mengawal perasaan ketika marah atau cemburu. Dia mempunyai
perasaan malu yang tinggi dan kurang bergaul dengan orang lain. Dia akan menangis
jika dipersoalkan oleh orang lain. Pelajar ini mudah merasa takut dan cemas apabila
ibunya tidak bersama dengannya. Tetapi perasaan malu kepada jantina lain kurang
pada dia kerana dia kurang faham perbezaan perasaan antara lelaki dan perempuan.
Dari segi perkembangan sosial adalah sangat rendah berbanding dengan pelajar
normal. Dia tidak pandai berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain. Begitu
juga tidak dapat membezakan lelaki dan perempuan. Pergaulan mereka dengan rakan
sebaya tidak menampakkan kematangan dan tidak dapat mengikut dan mempraktikkan
disiplin kumpulan dengan baik.
Dari segi perkembangan bahasa dan moral pula, pelajar ini tidak berapa pandai
berkomunikasi dengan orang lain dengan menggunakan bahasa yang tepat dan lancar.
Dia juga sukar diajar berbicara menyebabkan dia kurang fasih berbahasa. Manakala
dari segi moral, dia tidak pandai menjaga diri dan selalu memerlukan bantuan daripada
ibunya. Hal ini menyebabkan ibunya selalu bersama dengannya. Dia juga tidak matang
dan tidak sensible.
3.0 PENGEMBANGAN POTENSI FIZIKAL, KOGNITIF, BAHASA, MORAL,
SOSIAL DAN EMOSI PELAJAR DI SEKOLAH
Bagi mengembangkan potensi fizikal, kognitif, bahasa, moral, sosial dan emosi
pelajar keperluan khas, sekolah telah mengadakan pelbagai strategi bagi membantu
pelajar Sindrom Down. Bagi mengatasi masalah penglihatan pelajar Sindrom Down,
guru telah menempatkan pelajar sindrom down di hadapan kelas. Guru juga
menggunakan tulisan atau huruf cetak yang besar supaya pelajar sindrom down dapat
melihat huruf dengan jelas dan dapat membantu pelajar tersebut dalam pelajarannya.
Guru juga selalu melakukan persembahan secara jelas dan mudah kerana pelajar
sindrom down kurang mahir dalam pemikiran.
Di samping itu, cara yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah pendengaran
ialah bercakap secara terus kepada pelajar dan tidak berputar pelik. Hal ini kerana
pelajar sindrom down tidak berupaya menggunakan pemikiran dan penaakulan. Guru
pendidikan khas juga kukuhkan percakapan dengan ekspresi, isyarat atau gerak tubuh
serta kukuhkan percakapan melalui tulisan, gambar dan bahan maujud supaya ilmu
pengetahuan dapat disampaikan kepada pelajar.
Bagi meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar pelajar sindrom down,
sekolah telah menyediakan latihan tambahan, panduan dan galakan semua kemahiran
motor. Guru juga merancangkan aktiviti menggunting kertas semasa pengajaran.
Aktiviti-aktiviti sebegini diadakan di dalam kelas dapat menguatkan jari dan sendi
pergelangan tangan pelajar sindrom down. Guru juga sentiasa melakukan aktiviti dan
penggunaan bahan pelbagai deria yang luas seperti bahan dalam bentuk 3 dimensi dan
bahan permukaan berbentuk konkrit. Secara tidak langsungnya melalui pratikal dan
sentuhan dapat meningkatkan kekuatan motor halus dan kasar pelajar sindrom down.
Selain itu, masalah pertuturan bahasa pelajar sindrom down juga sentiasa
dititikberatkan oleh pihak sekolah. Semasa pengajaran di dalam kelas, pelajar diberi
masa yang agak panjang untuk memproses bahasa dan tindak balas. Semasa
berkomunikasi dengan pelajar sindrom down, guru juga menggunakan bahasa yang
mudah supaya pelajar tersebut mudah faham apa yang dikomunikasikan. Bukan itu
sahaja, guru juga menyediakan banyak permainan dan aktiviti mendengar, bahan-
bahan visual dan sentuhan untuk mengukuhkan pertuturan mereka. Contohnya, aktiviti
lompat petak, dengar lagu dan menyanyi, melukis, merasa permukaan yang berbeza
dan sebagainya. Semasa pengajaran di dalam kelas, guru juga sentiasa menanyakan
soalan yang serasi dengan prestasi pelajar bagi menyediakan peluang-peluang
bercakap dengan lebih kerap. Dengan ini, masalah pertuturan pelajar sindrom down
dapat diperbaiki.
Tambahan pula, suasana sekeliling juga merupakan strategi bagi membantu
pelajar Sindrom Down di sekolah. Pelajar sindrom down memerlukan pendekatan khas
bagi membolehkan dia mempunyai suasana pembelajaran yang positif. Dengan ini, dia
dapat belajar dan menjadi produktif di sekolah jika diberi suasana sekeliling yang betul
serta bahan yang diperlukan. Oleh itu, sekolah telah menyediakan sebuah kelas
pendidikan khas integrasi sebagai bilik pengajaran pelajar keperluan khas. Guru juga
menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar yang betul bagi mencapai keputusan
yang optimum.
Bukan itu sahaja, penerimaan dan pergaulan juga merupakan salah satu strategi
bagi membantu pelajar Sindrom Down. Ini memberi ruang kepada setiap pelajar, tidak
kira umur atau kecekapan mental, untuk berada dalam satu kumpulan dan mereka
berasa selesa berinteraksi sesama sendiri. Guru juga sentiasa memberi galakan
kepadanya supaya berhubung dan berinteraksi secara positif antara satu sama lain.
Bilik Pendidikan Khas Integrasi
4.0 KESIMPULAN
Sepanjang membuat tugasan ini, saya telah belajar banyak perkara tentang
Kanak-kanak Keperluan Khas. Sebelum ini, saya tidak tahu mengenai kanak-kanak
keperluan khas. Namun, selepas kami membuat tugasan ini, saya berasa amat
bersyukur kerana dapat mengetahui pelbagai perkara terutamanya mengenai kajian
saya iaitu kanak-kanak keperluan khas.
Saya telah memilih untuk mengkaji kanak-kanak Sindrom Down. Melalui kajian
ini saya dapat mengetahui ciri-ciri, tingkah laku pelajar Sindrom Down dan pelbagai
perkara yang berkaitan dengannya. Tunjuk ajar yang diberikan oleh guru pendidikan
khas integrasi sekurang-kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai
kemahiran-kemahiran asas dan dapat menguruskan dirinya sendiri.
Menurut gurunya di awal persekolahan pelajar, Xin langsung tidak tahu untuk
membuat apa sahaja perkara-perkara terutamanya pengurusan diri.
Walaubagaimanapun, ibunya amat mengambil berat tentang anak mereka . Ibunya
sentiasa menjaga di tepinya tidak kira waktu kelas atau waktu lepas kelas. Pelajar
tesebut juga sentiasa berusaha dalam meningkatkan ilmu pengetahuannya, walaupun
susah tapi dia tidak berputus asa.
Perkara ini memberi kesedaran kepada saya bahawa insan seperti pelajar Xin
ini haruslah diberi kasih sayang yang secukupnya seperti kanak-kanak normal yang
lain. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama dalam bantu pelajar tersubut supaya
pelajar ini dapat belajar seperti kanak-kanak normal yang lain. Maka marilah sama-
sama kita membantu insan istimewa seperti pelajar ini.
5.0 REFLEKSI
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya berasa sangat gembira dan puas hati
kerana saya berupaya menghabiskan tugasan yang diberi oleh pensyarah
Perkembangan Kanak-kanak, iaitu Cik Patmah Bustaman dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Tugasan ini merupkan satu tugasan yang amat mencabar dan benar-benar
memanfaatkan kepada saya dengan ilmu pengetahuan mengenai kanak-kanak
keperluan khas.
Melalui tugasan ini, saya berpeluang memperolehi lebih banyak pengetahuan
dan pemahaman yang berkaitan dengan kanak-kanak keperluan khas. Saya dapat
mengetahui ciri-ciri, tingkahlaku pelajar Sindrom Down dan pelbagai perkara yang
berkaitan dengannya. Tunjuk ajar yang diberikan oleh guru pendidikan khas integrasi
sekurang-kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran-kemahiran
asas dan dapat menguruskan dirinya sendiri.
Sehubungan dengan itu, saya mendapat maklumat daripada guru pendidikan
khas bahawa pelajar yang saya pilih untuk membuat kajian langsung tidak tahu untuk
membuat apa sahaja perkara-perkara terutamanya pengurusan diri semasa dia baru
masuk ke zaman persekolahan. Walaubagaimanapun, ibunya amat mengambil berat
tentang anak mereka. Ibunya sentiasa menjaga di tepinya tidak kira waktu kelas atau
waktu lepas kelas. Pelajar tesebut juga sentiasa berusaha dalam meningkatkan ilmu
pengetahuannya, walaupun susah tapi dia tidak mudah berputus asa.
Saya berasa bersimpati terhadap pelajar tersebut kerana dia baru berusia 8
tahun tetapi dia dapat mengetahui kesusahan ibu bapanya. Dia juga mudah terasa jika
terdapat orang lain mempersoalkannya. Pelajar ini mudah merasa takut dan cemas
apabila ibunya tidak bersama dengannya. Hal ini kerana dia kekurangan perasaan
keselamatan pada dirinya. Dia selalu berasa rendah diri kerana kecacatan yang
dialaminya.
Selepas berinteraksi dengan gurunya, saya telah memperolehi banyak ilmu
pengetahuan tentang cara mengajar pelajar keperluan khas. Guru pendidikan telah
memberitahu bahawa sifat seorang guru yang mengajar pelajar yang berkeperluan
khas perlu bersifat bersabar, tidak mudah putus asa, penuh dengan kasih sayang,
memahami pelajar secara lebih mendalam dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah
pada masa yang sama.
Selepas saya memerhati guru pendidikan khas mengadakan pengajaran di
dalam kelas, saya telah mempelajari tentang teknik mengajar pelajar keperluan khas.
Semasa mengajar pelajar keperluan khas, guru perlu perlu menggunakan teknik yang
paling sesuai dengan prestasi murid serta sentiasa menukar teknik pengajaran supaya
dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Di samping itu, mengajar pelajar keperluan
khas juga perlu berpandukan kepada pelbagai jenis alat bantuan yang berlainan. Alat
bantuan mengajar yang berlainan dapat menarik minat pelajar serta mampu
menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan.
Oleh demikian, sebagai seorang bakal warga pendidik pada masa akan datang,
saya harus sentiasa memahami dan membuat pemerhatian terhadap setiap kategori
kanak-kanak keperluan khas. Saya perlu sensitif dan memberi perhatian kepada kanak-
kanak keperluan khas kerana ia memerlukan perhatian yang lebih berbanding dengan
pelajar normal. Saya juga haruslah menjalankan tugas dan kewajipan saya dengan
sempurna supaya dapat membantu pelajar keperluan khas.