25
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL EDU308 3 1.0 PENGENALAN Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin . Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan, 2002). Manakala Menurut Robbins (2003), kepemimpinan pula adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Manakala Leithwood dan Janti (1999) pula menyatakan bahawa kepemimpinan merupakan keupayaan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan pegangan nilai ahli-ahli dalam kumpulannya. Manakala konsep kepemimpinan dalam Islam meliputi seluruh bentuk dimensi kepimpinan. Kepimpinan bermula daripada konsep kepimpinan individu dengan individu, dan kepimpinan individu dengan masyarakat yang akhirnya akan membina masyarakat dan negara. Oleh itu, kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. Pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, bagi organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan kecekapan guru besar atau pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Pembentukan organisasi sekolah berkesan, sangat bergantung kepada kepimpinan guru besar atau pengetuanya. Dalam konteks organisasi sekolah rendah, guru besar selaku pemimpin utama harus bijak dan tahu menggunakan kuasa yang 1

TUGASAN ESEI EDU3083.docx

Embed Size (px)

Citation preview

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

EDU3083

1.0PENGENALAN

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan, 2002).

Manakala Menurut Robbins (2003), kepemimpinan pula adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Manakala Leithwood dan Janti (1999) pula menyatakan bahawa kepemimpinan merupakan keupayaan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan pegangan nilai ahli-ahli dalam kumpulannya.

Manakala konsep kepemimpinan dalam Islam meliputi seluruh bentuk dimensi kepimpinan. Kepimpinan bermula daripada konsep kepimpinan individu dengan individu, dan kepimpinan individu dengan masyarakat yang akhirnya akan membina masyarakat dan negara. Oleh itu, kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.

Pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, bagi organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan kecekapan guru besar atau pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Pembentukan organisasi sekolah berkesan, sangat bergantung kepada kepimpinan guru besar atau pengetuanya.

Dalam konteks organisasi sekolah rendah, guru besar selaku pemimpin utama harus bijak dan tahu menggunakan kuasa yang dimilikinya dan merancang kejayaan sekolahnya. Kepimpinan guru besar dapat menetapkan prosedur dan polisi-polisi bagi kakitangan di bawah pimpinannya untuk melaksanakan tugas. Sekolah yang berkesan dapat dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti.

2.0 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang menjadi ikutan atau amalan para pemimpin termasuk guru yang bertindak sebagai pemimpin di sekolah. Salah satu daripada gaya kepimpinan tersebut adalah gaya kepimpinan instruksional. Perkataan instruksional berasal dari perkataaninstruct daripada Bahasa Inggeris yang bermaksud arah. Ia bersesuaian dengan ciri ini yang bertunjangkan kepada arahan.

2.1DEFINISI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan. Blas (1998) menyatakan kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.

Manakala Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses pembelajaran dan pengajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah.

Kesimpulannya, definisi kepimpinan instruksional ialah pemimpin sekolah yang mengambil peduli (cakna) terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar serta perkembangannya dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah.

2.2CARA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL (yang boleh diamalkan oleh Cikgu Norman)

Gaya kepimpinan instruksional sering dikaitkan dengan guru besar atau pengetua sesebuah sekolah dalam memimpin guru-guru bagi membimbing murid. Ini kerana, kualiti kepimpinan guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang terpenting dalam menentukan kemenjadian murid. Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan kerana penekanan dalam pencapaian matlamat dan kebolehan untuk memenuhi kesejahteraan anggota.

Ramai pengkaji dalam bidang kepimpinan instruksional menggunakan kerangka yang dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy (1985) dan Hallinger (1990) sebagai panduan. Aspek-aspek yang amat diberi penekanan ialah pendefinisian misi sekolah, mengurus program pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran sekolah.

Cikgu Norman mampu meningkatkan prestasi sekolahnya dengan mengamalkan cara kepimpinan instruksional ini. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh Cikgu Norman selaku guru besar ialah membentuk matlamat sekolah yang baru atau mengekalkan yang lama dan menyebarkan matlamat tersebut kepada warga

sekolah serta ibu bapa pelajar. Ini dapat dilakukannya dengan saluran komunikasi formal dan tidak formal seperti melalui bahan edaran, mesyuarat sekolah, perhimpunan sekolah, perbincangan dengan guru-guru dan staf, papan kenyataan sekolah dan sebagainya.

Seterusnya, beliau perlu melakukan penyeliaan dan pemantauan secara konsisten ke atas amalan pedagogi dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Melalui peranan sebagai seorang guru besar , beliau harus memerhatikan dan memberi tunjuk ajar dalam memperbaiki suasana pembelajaran di sekolah. Pemantauan atau penyeliaan bertujuan menilai keberkesanan pembelajaran dan pengajaran, memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan. Ini mampu mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran guru secara berterusan serta pencapaian murid dan prestasi sekolah dapat dipertingkatkan.

Mengurus bidang kurikulum merupakan salah satu misi utama sekolah. Oleh itu, sebagai guru besar, Cikgu Norman harus memastikan supaya wujud penyelarasan antara kurikulum dan tidak tersasar daripada objektif pembelajaran yang sepatutnya. Beliau harus melibatkan usaha bersama guru dalam mengurus bidang kurikulum sekolah. Selaku guru besar, Cikgu Norman hendaklah menetapkan dengan jelas siapa yang bertanggungjawab untuk menyelaras kurikulum mengikut tahap pelajar dan memastikan setiap matlamat akademik sekolah diterjemah ke dalam objektif kurikulum. Beliau juga perlu sentiasa berbincang dengan guru tentang isu pengajaran dan kurikulum serta melibatkan diri secara aktif dalam pemilihan dan penyediaan bahan kurikulum.

Pemantauan murid perlu dibuat secara konsisten. Cikgu Norman juga perlu memberi tumpuan kepada semua ujian dan peperiksaan di sekolah. Melalui penganalisaan keputusan ujian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah, data yang diperoleh dapat ditafsirkan untuk perbincangan dengan guru-guru. Tindakan susulan dan penambahbaikan program kemajuan akademik dapat dibuat agar prestasi meningkat dan matlamat sekolah tercapai. Keputusan pencapaian murid dan sekolah hendaklah disebarkan kepada guru, pelajar dan ibu bapa dalam bentuk bertulis untuk membolehkan aktiviti pemulihan dilaksanakan kepada pelajar yang kurang berjaya dan aktiviti pengayaan untuk pelajar yang berjaya.

Selain itu, Cikgu Norman harus mewujudkan iklim pembelajaran sekolah merangkumi lima fungsi iaitu mengawal waktu pembelajaran, mengekalkan ketampakan,

menyediakan intensif untuk guru, menggalakkan pembangunan profesional dan menyediakan intensif untuk pembelajaran. Penumpuan pada proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor penting untuk meningkatkan prestasi sekolah. Cikgu Norman wajar mengambil langkah-langkah untuk meminimunkan pembaziran masa pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan kelewatan guru masuk kelas, ketidakhadiran guru yang tiada pengganti, guru-guru dan murid-murid yang tidak hadir dalam kelas kerana penglibatan dalam aktiviti-aktiviti seperti raptai majlis tertentu atau latihan sukan, mesyuarat yang dikendalikan pada waktu pembelajaran, dan lain-lain lagi.

Selaku guru besar, Cikgu Norman perlu bijak dan rasional dalam menyusun strategi bagi memastikan waktu pengajaran dan pembelajaran yang maksimum. Beliau boleh mengambil langkah-langkah dengan membudayakan amalan guru masuk awal ke kelas, penggunaan modul-modul pembelajaran semasa ketiadaan guru agar pembelajaran masih berlangsung. Beliau juga boleh meletakkan dasar bahawa tiada sebarang mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan pada waktu persekolahan termasuk menjadualkan pelaksanaan latihan kokurikulum di luar waktu persekolahan contohnya di sebelah pagi, petang atau pada hari Sabtu.

Di samping itu, Cikgu Norman perlu berusaha berada di sekolah walaupun terdapat kekangan masa dengan aktiviti luar. Keberadaan beliau meluangkan masa yang lebih di sekolah akan membolehkan kekerapan interaksi dengan guru, pelawat dan pelajar, melawat dan memantau kelas untuk membincang isu-isu sekolah, melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti tambahan yang dijalankan. Keadaan menampakan diri beliau di sekolah, berinteraksi dan menyertai aktiviti yang dijalankan akan meningkatkan kesan positif terhadap sikap dan perlakuan guru dan pelajar. Ini mendorong kepada usaha mereka untuk memperbaiki diri, seterusnya membantu menaikkan prestasi sekolah.

Seseorang individu akan terangsang, teruja dan bermotivasi jika diberi perhatian dan pengiktirafan sewajarnya. Begitulah juga dengan guru, prestasi kerjanya berkait rapat dengan kualiti pengajaran. Cikgu Norman hendaklah sentiasa prihatin dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam bentuk pujian, pengiktirafan secara terbuka dan penghargaan melalui sijil dan hadiah. Dengan ini, mereka akan berasa dihargai dan bertambah semangat untuk mendidik anak bangsa mencipta kejayaan. Cikgu Norman juga boleh memberi insentif kepada guru dengan berusaha mengurangkan kekangan atau halangan yang wujud dalam organisasi.

Pengetua instruksional perlu memberikan sokongan serta menyediakan peluang perkembangan profesional kepada guru-guru agar mereka lebih bersedia dengan kemahiran yang diperlukan seterusnya akan mewujudkan komitmen untuk melaksanakan perubahan yang diperlukan di sekolah (Hallinger, 2003; Hallinger & Heck, 1998). Di dalam menggalakkan pembangunan profesional guru, pelbagai cara boleh dilakukan oleh Cikgu Norman, antaranya mengadakan kursus yang bersesuaian, menggalakkan guru-guru menyertai bengkel-bengkel, kursus dalaman serta memperuntukan masa untuk guru berkongsi idea tentang kaedah atau pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga perlu memaklumkan peluang melanjtkan pelajaran serta peningkatan profesionalisme serta menyokong mereka untuk mengikuti kursus.

Satu lagi cara kepimpinan instruksional yang boleh diamalkan oleh Cikgu Norman ialah memberikan dorongan dan dan insentif kepada pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi, menunjukkan hasil kerja yang cemerlang dan tingkah laku terpuji. Ganjaran boleh berupa anugerah atau hadiah, memaklumkan semasa perhimpunan dengan menyampaikan sijil pencapaian atau penghargaan sebagai tanda galakan dan contoh kepada murid-murid yang lain. Dengan cara tersebut, mereka akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan prestasi bukan sahaja dalam bidang akademik malahan dalam bidang-bidang yang lain.

Cikgu Norman juga perlu bijak berkomunikasi dengan semua peringkat umur. Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya bersifat membina bukannya merendah-rendahkan martabat seseorang. Ketinggian peribadi juga boleh diukur dengan tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan kepada semua pihak tanpa memilih bulu dan penuh hikmah. Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya, bijak mengatur kata, penuh hikmah perlakuannya serta mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi.

Cikgu Norman perlu sentiasa mengorientasikan pemikiran semua warga sekolah kepada pencapaian matlamat iaitu ke arah peningkatan pencapaian akademik murid dengan meletakkan harapan dan standard yang tinggi untuk guru dan murid. Ini selaras dengan usaha- usaha menjadikan sekolahnya lebih baik dari sebelumnya. Beliau perlu melakukan perubahan sesuai dalam aspek kepimpinannya supaya organisasi sentiasa maju ke hadapan dan berjaya beroleh kecemerlangan yang maksima.

3.0TEORI KEPIMPINAN ( untuk diaplikasikan oleh Cikgu Norman)

Sebagai guru besar, Cikgu Norman harus menggerakkan sekolah terutamanya dari segi kurikulum dan kokurikulum, meningkatkan profesionalisme guru, mewujudkan persekitaran yang kondusif serta dapat memperkasakan sekolah ke arah kecemerlangan. Cikgu Norman boleh mengaplikasikan teori-teori kepimpinan untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan mampu meningkatkan prestasi sekolah. Cikgu Norman boleh menggunakan Teori Situasi dan Teori Transformasi untuk diaplikasikan dalam kepimpinannya.

3.1TEORI SITUASI KONTINJENSI FIEDLER

Teori Situasi beranggapan bahawa persekitaran organisasi yang berbeza memerlukan cara kepimpinan yang berbeza jika keberkesanan ingin dirasakan. Teori Kepemimpinan Situasi Kontinjensi Fiedler (1967) dapat membantu Cikgu Norman mengaplikasikan stail kepimpinan yang sesuai dalam pentadbiran di sekolahnya.Teori ini dirasakan sesuai untuk Cikgu Norman dalam kepimpinannya di sekolah kerana Teori Kontinjensi merupakan satu daripada pendekatan yang paling popular dalam memahami konsep kepimpinan

Teori Kontinjensi Fiedler dibangunkan oleh Fred Fiedler. Model kepimpinan kontinjensi yang diketengahkan oleh Fiedler menyarankan bahawa prestasi sesuatu kumpulan adalah tertakluk kepada sistem motivasi pemimpin itu sendiri dan setakat mana pemimpin tersebut boleh mengawal dan mempengaruhi situasi. Menurut Fiedler,

kesesuaian situasi bergantung kepada 3 dimensi berikut;

Hubungan antara pemimpin ahli

Tahap struktur tugasan

Kedudukan kuasa

Seorang guru besar sekolah dipertanggungjawabkan dan juga dianugerahkan autoriti ke atas perjalanan semua aspek sekolah dari segi hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa untuk mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan dalam organisasi sekolah.

Kewibawaan seseorang pemimpin bergantung kepada penerimaan orang bawahannya.Hubunganantara pemimpin dan anggotanya menjelaskan sejauh mana pemimpin itu dipercayai dandisukai olehanggotanya,dan kemahuanuntukmengikui segala arahan yang diberikan olehpemimpin tersebut. Sebagai contoh, Cikgu Norman mewujudkan hubungan yang baik dengan guru-guru dan staf sekolah supaya mereka dapat bekerjasama, menghormati dan dapat memikul tanggungjawab bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai guru besar, Cikgu Norman yang mendapat sokongan daripada stafnya akan berasa dirinya dihormati dan terdorong untuk memimpin mereka ke aras yang lebih tinggi.

Seterusnya, dalam skop struktur tugasan menuntut supaya pemimpin sekolah melakukan pembahagian tugasan yang sama rata dan adil kepada semua guru. Kejelasan struktur tugas mempunyai pengaruh terhadap keberkesanan kepimpinan. Tugas-tugas dan jawatan-jawatan dibahagikan secara adil, dan guru-guru dapat menerimanya dengan tangan dan hati yang terbuka, maka baharulah mereka dapat menjalankan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi dan proaktif. Guru-guru terbabit juga seharusnya diberi sedikit kebebasan untuk menyempurnakan amanah yang diberikan namun masih dalam keadaan terkawal.

Pemantauan dan perkembangan semasa setiap guru sentiasa diperhatikan oleh pemimpin. Jika terdapat kemusykilan atau kekhilafan yang mana boleh diperbaiki, teguran yang membina dan dapat diterima harus diingatkan juga supaya sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan. Misalnya mengatasi masalah guru yang lewat masuk ke kelas, Cikgu Norman perlu menggunakan saluran yang betul dan sentiasa bersikap profesional serta rasional semasa bertindak. Dengan menampilkan contoh ikutan positif seperti ini, mereka akan mudah untuk menerima dan menambah baik mutu kerja dan prestasi mereka. Natijahnya, suasana kerja yang kondusif, selesa dan menggembirakan sentiasa menyelubungi atmosfera sekolah. Tugas yang diamanahkan pun selesai dengan sempurna selain pengajaran dan pembelajaran iaitu tugas utama dilaksanakan dengan hebat.

Akhir sekali ialah kedudukan kuasa. Sebagai seorang guru besar, perlu sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap keistimewaan yang diberikan. Janganlah sesekali menyalahgunakan kuasa tersebut dengan tujuan yang tidak sepatutnya. Realiti dan senario dalam perkhidmatan awam sekarang terutamanya profesion perguruan, sering kali ketua tidak menggunakan kuasa yang diberi untuk tujuan yang sepatutnya. Contohnya memindahkan guru yang tidak disukai ke sekolah lain, melaga-lagakan dan merosakkan hubungan baik guru dengan rakan sejawat yang lain dan sebagainya. Namun dalam konteks murid, guru besar mempunyai kuasa untuk mendisiplin, menggantung, mengarah dan melantik murid mengikut situasi yang sesuai. Perlakuan adil kepada semua adalah dituntut supaya wujud suasana pekerjaan yang harmoni dan saling menghormati antara pemimpin dan orang bawahannya.

Guru besar sekolah mempunyai asas untuk bertindak melalui teori situasi dalam berhubung dengan guru-guru, pelajar dan lain-lain kakitangan di sekolah. Guru besar boleh mengetahui keperluan guru untuk pengiktirafan tingkahlaku mahupun sumbangan ke arah menjadikannya sebagai pencapaian matlamat. . Kekuatan Teori Situasi Kontinjensi ini terletak pada usahanya menggabungkan stail pemimpin dengan faktor-faktor situasi sebagai penentu-penentu keberkesanan kepemimpinan.

3.2TEORI SEMASA TRANSFORMASI

Teori Transformasi diasaskan oleh J.M. Burns (1978) dalam bukunya Leadership. Teori ini merupakan gabungan antara Teori Trait (sifat) dan Teori Behaviorist (tingkah laku)..Kepimpinan transformasi mengikut Burns (1978) dalam Azmir Salleh (2009), adalah pemimpin yang memperkukuhkan ikatan jeleketan (cohesive) dalam suatu cara antara pemimpin dengan pengikutnya sehingga berjaya mempertingkatkan tahap motivasi dan semangat di antara satu sama lain. Seterusnya berupaya meningkatkan kehendak, keperluan dan motivasi lain di samping berupaya menanam dan mempertingkatkan iltizam dan kecekapan melalui pemuasan dan motivasi terhadap kerja.

Teori Kepimpinan Transformasi adalah contoh terbaik untuk dilaksanakan oleh Cikgu Norman sebagai guru besar yang baru dilantik bagi merealisasikan matlamat meningkatkan prestasi sekolahnya dan kualiti keberhasilan murid. Pendekatan kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru besar dikatakan mampu membawa perubahan demi menjana transformasi pendidikan serta memberi impak yang tinggi terhadap kejayaan sekolah. Gaya kepemimpinan sebegini tidak lagi memberi fokus kepada tugas dan tugasan tetapi aspek hubungan interpersonal semakin berkesan. Pendekatan yang lebih humanistik ini menjadi tunggak amalan pengurusan.

Teori ciptaan Burns (1978) dan seterusnya dimurnikan oleh Bass (1985) ini terdiri daripada empat aspek iaitu pengaruh yang ideal atau karisma, rangsangan intelek, pertimbangan individu dan motivasi berinspirasi telah dijadikan rujukan dan panduan bagi mengkaji konstruk kepimpinan transformasi.

Pengaruh yang ideal dan Karisma

Sifat-sifat pemimpin yang bersifat karismatik ialah seorang pemimpin yang sanggup berkorban demi kepentingan organisasi dan bersifat optimis terhadap visi dan misi yang ingin dicapai. Pengaplikasian Teori Transformasi oleh Cikgu Norman di sekolahnya dapat mengubah budaya sekolah kepada budaya yang lebih positif yang dapat memanfaatkan sekolah. Misalnya, Cikgu Norman dapat mendorong guru-guru dan staf mengikut teladan yang ditunjukkan dan bertindak mengikut beliau kerana karisma yang menarik, sikap dan tingkah laku yang mengkagumkan, keyakinan diri tinggi dalam menentukan hala tuju organisasi. Pengaruh yang kuat mendorong mereka melakukan perubahan dan menanam kepercayaan kepada beliau untuk terus kekal serta yakin dengan kepimpinannya.

Rangsangan Intelek

Pemimpin Transformasi menggalakkan orang bawahannya menggunakan imaginasi dan mengubah cara berfikiran serta mencari kaedah baru untuk menyelesaikan masalah. Melalui kepimpinan Transformasi, Cikgu Norman secara tidak langsung menggalakkan guru-guru, murid dan kakitangan sekolah berfikir secara kreatif dan inovatif, bukan hanya menyalahkan orang lain atau fokus kepada perkara yang negatif sahaja. Sebaliknya mereka dipimpin untuk mencari usaha terbaik dalam menyelesaikan masalah. Setiap warga sekolah akan berasa puas dan gembira terhadap kerjanya apabila matlamat dapat dipenuhi. Mereka suka akan pemimpin yang sentiasa mendengar masalah dan pandangan serta memberi perhatian kepada diri dan tugas mereka.

Pertimbangan Individu

Pertimbangan individu pula adalah dengan menyediakan khidmat nasihat kepada orang bawahannya, menjadi rakan pembimbing dan menyediakan peluang kepada orang bawahannya untuk meningkat. Sebagai rakan pembimbing, pemimpin perlu bersedia untuk mendengar masalah dan segala pendapat yang dikemukakan oleh orang bawahannya. Keadaan ini akan menghasilkan suatu persekitaran yang amat kondusif dan selesa dalam kalangan warga sekolah. Hubungan guru besar dan warga sekolah membina komunikasi kerja yang sihat. Ia sangat bersesuaian dengan situasi Cikgu Norman yang baru bertugas di sekolah tersebut untuk membina interaksi dua hala bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

Motivasi Berinspirasi

Guru yang efektif terdiri daripada kalangan guru memiliki motivasi tinggi yang cenderung menunjukkan minat yang juga tinggi serta sering melibatkan diri dalam penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran. Guru besar berperanan dalam memberi sokongan moral. Di samping itu, kemudahan dan keperluan yang diperlukan bagi meningkatkan dan mengekalkan motivasi guru dalam menjayakan matlamat organisasi sekolah juga merupakan tanggungjawab beliau.Pemimpin transformasi selalunya bertindak secara jelas tentang keyakinannya terhadap misi dan matlamat yang hendak dicapai serta memperlihatkan komitmen yang teguh terhadap matlamat organisasi yang dikongsi bersama.

Kepimpinan transformasi merupakan kemampuan yang membolehkan pemimpin mengenali keperluan untuk berubah, mencipta wawasan, membimbing perubahan itu dan melaksanakan perubahan dengan berkesan. Seterusnya perubahan yang dibawa itu akan memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi di kalangan orang bawahannya. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan keberkesanan organisasi mencapai matlamat dan wawasan yang ditetapkan.

Teori Kepimpinan tranformasi adalah merupakan alternatif terbaik yang menjadi pilihan kebanyakan pemimpin dalam organisasi-organisasi gergasi. Pemimpin-pemimpin yang berkarisma amat diperlukan untuk melakukan transformasi atau perubahan-perubahan dalam struktur organisasi yang pernah melalui zaman kemelesetan dan juga transformasi dalam pemikiran individu dan petugas-petugas dalam organisasi berkenaan. Kepimpinan transformasi, berpusatkan perubahan adalah merupakan corak kepimpinan yang berupaya untuk melakukan perubahan-perubahan adalah satu keperluan kepada kehendak abad ke 2020 ini.

4.0CARA MENINGKATKAN KUALITI KEBERHASILAN MURID SEPERTI YANG DIHASRATKAN DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Antara perkara penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang berikut ;

pengetahuan (murid yang berpengetahuan).

kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .

kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .

kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .

etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi) .

identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).

Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama ke arah mencapai hasrat tersebut. Sebagai seorang guru di sekolah Cikgu Norman, saya perlulah melengkapkan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melahirkan kesemua hasrat tersebut.

Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan, khususnya untuk memastikan kanak kanak menguasai kemahiran literasi dan numerasi, saya akan mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti pengajaran. Amalan membaca dalam kalangan murid perlu ditingkatkan dan perlu dibiasakan murid dengan menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka. Oleh itu, peranan saya sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada tabiat gemar membaca. Antara strategi dan kaedah yang boleh dijalankan dan dapat menarik minat murid untuk membaca ialah memberikan hadiah buku kepada murid sempena hari lahir atau pertandingan tertentu, hadiah galakan membaca bagi murid yang paling banyak membaca, pertandingan bercerita dan sebagainya. Amalan membaca harus dijadikan sebagai amalan dan aktiviti yang menyeronokkan serta murid dapat menikmati faedah membaca .

Bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai KBAT, saya perlu melakukan anjakan paradigma, contohnya tidak lagi mengamalkan pembelajaran secara berpusatkan guru serta berorientasikan peperiksaan. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitiftermasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir dilakukan melalui pendedahan pelbagai jenis soalan, termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif.

PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Oleh itu, sebagai guru saya mestilah peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Murid yang bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber, ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab.

Murid-murid juga disasarkan untuk menguasai lebih daripada satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Di sini peranan saya sebagai guru hendaklah mengenal pasti kelemahan murid-murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sebagai seorang guru, saya boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya dengan kerjasama rakan-rakan sekerja dan panitia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid.

Pemupukan nilai etika dan kerohanian dalam diri setiap murid sebagai persiapan mendepani cabaran yang akan ditempuh dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul. Sebagai murabbi, tugas saya sebagai seorang guru bukan sahaja bertindak untuk mengajar beberapa subjek mengikut sukatan pelajaran tertentu tetapi turut berperanan untuk sama-sama mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh serta mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran atau melaksanakan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar yang dapat melahirkan pelajar yang memiliki keperibadian yang luhur.

Asas penting dalam pembentukan tingkah laku murid adalah membina hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah. Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di dalam pendidikan sekolah rendah. Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid-murid. Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada muridnya. Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan.

Seterusnya, untuk meningkatkan kualiti keberhasilan murid di sekolah, saya perlu membantu untuk melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan memahami sejarah Negara dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan Negara. Pelajar harus dididik supaya sifat kerjasama yang luas dikembangkan supaya rasa perkongsian yang tinggi, semangat kekitaan yang murni disemai dengan baik. Bila mereka dewasa nanti ia menjadi asas yang baik supaya kerjasama terlihat dalam perniagaan, pendidikan dan juga hubungan sosial.

Sebagai seorang guru, saya harus menjadikan sekolah berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia, memahami dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

Tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Saya sebagai seorang pendidik akan sentiasa mencari jalan menambah ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan kecekapan dalam pengajaran dan peka terhadap perkembangan profesion.

5.0KESIMPULAN

Pengurusan dan kepimpinan yang berkesan di sekolah akan menghasilkan sekolah yang cemerlang. Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan sekolah cemerlang dapat dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti. Hal ini menunjukkan bahawa pengurusan yang baik akan membawa kepada peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian pelajar-pelajarnya. Kepimpinan pengetua dan guru besar yang cemerlang akan dapat mengubah sekolahnya dari sekolah biasa kepada sekolah cemerlang. Malah pemimpin yang berkesan akan dapat memepengaruhi subordinatnya untuk menerima arahan dan melaksanakan arahan tersebut dengan penuhkesediaan dan kemahuan.

Oleh itu, setiap pengetua dan guru besar harus mengkaji gaya kepimpinan yang sesuai diaplikasikan di sekolah mereka bagi mencapai matlamat, visi dan misi sekolah yang ingin dicapai. Dalam kata lain,seorang pemimpin yang baik perlu meneliti keseluruhanorang bawahannya, mendekati pekerjanya dalam setiaptugasan yang diberi, memilih stail kepimpinan, berbincangdengan orang bawahannya dalam situasi yang berbeza dankemudiannya melaksanakan perancangan secara bersama.

Pada keseluruhannya sebagai seorang guru besar, beliau harus menyediakan diri akan masalah masalah pentadbiran sekolah. Hal ini kerana guru besar adalah penentu kepada jatuh bangunnya sesebuah sekolah dan merupakan orang penting yang menjadikan sekolahnya sebuah sekolah kesayangan masyarakat. Ini sudah semestinya akan menjadikan semua warga sekolah mendapat kepuasan kerja yang sejati yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit serta bakal mendorong mereka untuk bekerja dengan lebih berdisiplin dan berdedikasi pada masa hadapan demi mencapai wawasan pendidikan bertaraf dunia yang semua guru besar impikan.

6.0 REFLEKSI

Bismillahhirrahmanirrahim.syukur Alhamdulillah, berkat doa dan izin dariNya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus bagi subjek EDU3083 Asas Kepimpinan Profesional Bukan mudah menjadi guru, juga bukan senang menjadi pelajar serta guru. Lumrah kehidupan mana ada kejayaan tanpa usaha, walau pelbagai rintangan serta halangan yang perlu dilalui namun ianya bukanlah penghalang serta tidak pernah saya jadikan ia sebagai alasan ketika menyiapkan tugasan yang diberi bagi meneruskan cita-cita serta harapan untuk berjaya.

Sepanjang proses penyelesaian tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang terpaksa diharungi. Pertamanya, tugasan ini betul-betul menguji dan mencabar idea tentang tajuk yang perlu dikuasai dengan baik. Tambahan pula tugasan ini memerlukan pelajar supaya mengupas isu berkaitan kepemimpinan dengan mendalam melalui penulisan esei pendek. Walau bagaimanapun, kekeliruan berkaitan soalan tugasan ini dapat di atasi dengan adanya perbincangan bersama rakan sejawat dan juga pensyarah pembimbing.

Pelbagai input yang baharu telah saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini. Pengalaman dan pengetahuan ini sudah tentu penting bagi saya dalam karier saya sebagai guru penolong. Saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang peranan seorang pemimpin khasnya di sekolah tempat saya berkhidmat sekarang. Melalui kerja kursus ini saya di dedahkan dengan pelbagai pendapat tokoh-tokoh mengenai kepimpinan, gaya-gaya kepimpinan yang ada pada pengetua dan guru besar di sekolah-sekolah, pengaruh kepimpinan terhadap jatuh bangun sesebuah sekolah dan yang paling penting bagi saya adalah kesan kepimpinan terhadap pelajar hasil dari kepimpinan seseorang pemimpin. Kepimpinandi sesebuah sekolah, penentu utama dalam memastikan kejayaan dan kegagalan sesuatu program adalah peranan pemimpinnya.

Pada dasarnya, semua guru adalah pemimpin. Sebagai guru saya sedar bahawa gaya kepimpinan memberi kesan kepada pelajar-pelajar. Ini adalah kerana pengaruh kepimpinan seseorang mampu menggerakkan orang bawahannya untuk melakukan sesuatu untuk mencapai sasaran tertentu demi untuk kejayaan atau langsung tidak berbuat apa-apa. Saya juga memahami bahawa sikap kepimpinan seseorang pengetua atau guru besar boleh membuatkan sesebuah sekolah menjadi sekolah yang berkesan atau cemerlang atau pun sebaliknya.

Pemimpin memikul amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk memberi membawa perubahan, mementingkan perspektif jangka panjang, membimbing,

memberi galakan, menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi serta mempunyai pendirian sendiri. Melalui kerja kursus ini juga saya mempelajari bahawa seorang guru harus mempunyai ciri-ciri profesionalisme yang tertentu yang mencerminkan keperibadian yang tinggi, berakauntabiliti terhadap pelajar dan pihak-pihak yang berkaitan dengan profesion guru, mempunyai intergriti yang tinggi serta bertindak berlandaskan etika seorang guru.

Pada pandangan saya, peranan guru dalam menuju matlamat organisasi amat penting. Sebagai pemimpin, kita seharusnya membina kapasiti guru dan staf sokongan yang ada di dalam organisasi. Mengenal pasti kebolehan yang ada pada orang bawahan kita akan memudahkan untuk kita mengupayakan mereka bekerja secara optimum. Seterusnya kita dapat membentuk organisasi bekerja sepasukan, satu visi dan misi, satu matlamat kerana mereka mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing. Ini akan memudahkan kita mencapai apa yang di hasratkan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysiaiaitu untuk memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia yang bersedia untuk menghadapi cabaran abad ke-21.

Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Pn. Mastura Bt Karimuddin kerana panduan, tunjuk ajar serta bimbingan yang telah diberikan sehingga saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan PPG BM3 yang telah sudi untuk memberi pandangan, idea dan menjawab persoalan-soalan setiap kali saya memerlukan kepastian.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh;

Salina bt Md Saad

No : Matrik : 28888

No. K/P: 700527025536

BM03/PPG Kohort 2

BIBLIOGRAFI

BUKU

Hussein, M. (2008). Kepimpinanan dan Keberkesanan Sekolah. Edisi Kedua. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mamat.(1993). Kepimpinan Sekolah Teori Untuk Praktis. Penerbit Seasons

Sdn. Bhd

James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah. (2009). Kepimpinan Instruksional Satu

Panduan Kritikal. Kuala Lumpur: Penerbit PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mustafa, S.I. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Puchong,Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah.(2010), Asas Kepimpinan dan

Perkembangan Profesional Guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

LAMAN SESAWANG

http://www.slideshare.net/raslamia/asas-kepimpinan-dan-perkembangan-profesional-gur1

http://kepemimpinaninstruksional.blogspot.com/

http://www.academia.edu/5830155/TEORI_KONTIGENSI

http://www.slideshare.net/guestd95e21/kepimpinan-transformasi

https://www.scribd.com/doc/33304622/ulasan-GAYA-KEPIMPINAN-PENGETUA

2