Download pdf - Perusahaan Cili

Transcript
Page 1: Perusahaan Cili

Suara

R SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAPIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

BIL: 1/2010ISSN 0128/0112

PERCUMA

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

MENARIK DI DALAM

BANGKIT SETELAH DILANDA RIBUT KENCANG

m/s...11

USAHAWANTANAMANHERBAMAS COTEK

m/s...12

BEKAS PEKERJA LOMBONG KINI AHLI KELAB 2000 RISDA

m/s...16

BANGKIT SETELAH DILANDA RIBUT KENCANG

m/s...11

Page 2: Perusahaan Cili

SidangPengarangPENAUNGDato’ Mohammad Izat Hasan

PENASIHATDato’ Hj. Ali Nordin Wahiduddin

KETUA PENGARANGHjh. Halimah Abd. Kadir

PENOLONG KETUA PENGARANGMohammad Rozahiri Mohamad Zakaria

SIDANG PENGARANGNazri RahmatHjh. Robiyah IsmailJashairoladnin Shaidin

PENTADBIRANFauziah Mashood

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEDARAN/PENYELARASANUnit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua PengarahIbu Pejabat RISDA,Kuala Lumpur

Majalah Suara RISDA diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pengarah untuk diedarkan kepada pekebun kecil. Penerbitan buletin ini bertujuan menyebarkan maklumat mengenai RISDA, hal berkaitan industri tanaman getah dan sawit serta aktiviti sampingan yang boleh menyumbang kepada pendapatan tambahan kepada pekebun kecil. Suara RISDA juga mengalu-alukan sumbangan sebarang artikel, cadangan dan pendapat dari pembaca. Hantarkan sumbangan artikel anda kepada alamat:

KETUA PENGARANG SUARA RISDAUnit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua Pengarah, Tingkat 5,Ibu Pejabat RISDA,Karung Berkunci 11067,50990 Kuala Lumpur.atau Emel:[email protected] Faksimili:03-42565599http://www.risda.gov.my

Kandungan

DARI MEJA PENGARANGDari Meja Ketua Pengarang

Dari sejak ditubuhkan pada tahun 1973, RISDA telah memberi penekanan kepada

pembangunan tanah pekebun kecil dan telah berjaya menanam semula seluas 1.64

juta hektar dengan getah, sawit dan tanaman lain. Kawasan tanah pekebun kecil

yang sesuai untuk dibangunkan mulai terhad. Begitu juga dengan purata keluasan

kebun yang dimiliki oleh pekebun kecil juga terhad iaitu 1.8 hektar. Untuk

memastikan peningkatan pendapatan dari hasil kebun, produktiviti kebun sedia

ada perlu ditingkatkan. Oleh itu, sebagai susulan, RISDA memberi penekanan

dan fokus kepada produktiviti kebun-kebun yang telah ditanam semula.

Selaras dengan ini, RISDA telah mensasarkan produkvititi getah dan sawit

sebagai petunjuk prestasi utama bagi tahun 2010 iaitu daripada 1,400 kilogram

sehektar setahun kepada 1,500 kilogram sehektar setahun bagi pekebun kecil

getah. Manakala bagi pekebun kecil sawit pula, daripada 17 tan sehektar setahun

kepada 18 tan sehektar setahun.

Selain daripada usaha-usaha RISDA untuk meningkatkan produktiviti getah

pekebun kecil seperti pengesyoran klon getah bermutu, menubuhkan Kelab 2000

Kg, memastikan kepadatan sekurang-kurangnya 500 pokok semasa menoreh,

meningkatkan bilangan hari menoreh dengan menggunakan Alat Kalis Hujan

serta meningkatkan gtt (gram per tapping per tree), RISDA juga memberi Bantuan

PPG atau Peningkatan Produktiviti Getah. Program Peningkatan Produktiviti

Getah dilaksanakan supaya pekebun kecil dapat meningkatkan kecekapan

dan produktiviti getah kepada tahap 2000 kg sehektar setahun melalui amalan

teknologi terkini. Bantuan PPG ini diberikan pada kadar maksimum RM1000

sehektar dan diberi dalam bentuk bekalan Input Pertanian termasuk baja, racun

rumpai, Etefon/Mortex dan RRIM Flow/G-Flex.

Semoga dengan usaha-usaha RISDA ini, masyarakat pekebun kecil dapat

meningkatkan produktiviti dan seterusnya beroleh pendapatan yang lebih tinggi,

Insya-Allah. Wassalam.

Selamat Maju Jaya, Wassalam.

2

3 Pekebun Kecil Penyumbang Utama Getah Negara

4 Perunding Kaji Keberkesanan Koperasi

5 RISDA Harapan Baru Pekebun Kecil Di Sabah

6 Cendawan Kelabu Mampu Jana Pendapatan Lumayan

8 Pekebun Kecil Ambil Sendiri Baja Atasi MAsalah Penyampaian

10 Manisan Kerek Kebanggaan Kampung Tok Kah

11 Bangkit Setelah Dilanda Ribut Kencang

12 Usahawan Tanaman Herba Mas Cotek

16 Bekas Pekerja Lombong Kini Ahli Kelab 2000 RISDA

18 Kampung Teknologi Pendekatan Baru RISDA

19 RISDA Wujudkan Semaian Transit Untuk Menambahbaik Sistem Bekalan Benih

20 Mesra Alam Sisa Buangan Sawit Jadi Baja Organik

22 TSB Kampung Orang Asli Changkat Bintangr

23 Hasil Melebihi 30 MT Satu Realiti Di Ladang-ladang RISDA

24 Bendi

26 Program Tanam Semula & Pengurusan Getah

Page 3: Perusahaan Cili

3

Oleh: NAZRI RAHMAT

‘PEKEBUN KECIL me­ru pakan nadi pem­bangunan dan memberi sumbangan besar ke pada

ekonomi negara khususnya dalam industri getah dan sawit negara,’ demikian ditegaskan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie Hj. Apdal dalam Majlis Penyampaian Dividen dan Pelancaran Tahun Pro duktiviti RISDA Negeri Selangor di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek, Ulu Bernam pada 10 April 2010. Menurut katanya, harga getah dan sawit memberi kesan secara langsung kepada negara dan pendapatan kepada pekebun kecil terutama mereka yang memiliki keluasan kebun yang kecil dan bergantung sepenuhnya kepada komoditi ini sebagai sumber pendapatan utama dengan kenaikan harga semasa memberi impak pendapatan kepada pekebun kecil berada dalam keadaan yang selesa. Pekebun Kecil Getah menyumbang 95% keluaran getah negara.

RISDA merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk membangunkan masyarakat pe­kebun kecil melalui program utama iaitu penanaman semula getah dan sawit yang tidak ekonomik supaya dapat meningkatkan pen dapatan pekebun kecil dan juga meningkatkan pengeluaran getah dan sawit negara. Selain program tanam semula, program pembangunan lain seperti pembekalan benih dan input per­ta nian bermutu tinggi, program pe ningkatan produktiviti, aktiviti eko nomi tambahan, khidmat pe­ngem bangan dan pemindahan tek­nologi, pembangunan modal insan dan sebagainya dilaksanakan untuk

membantu pekebun kecil menjadi masyarakat progresif dan sejahtera. Kini harga getah dan harga sa­wit amat memberangsangkan ber­banding tahun­tahun sebe lumnya di mana harga komoditi utama ini mengalami kejatuhan yang drastik sejak awal tahun 2009. Ini adalah di­sebabkan kekurangan bahan mentah akibat cuaca yang tidak menentu di kebanyakan negara pengeluar seperti Thailand dan Indonesia. Harga SMR 20 semasa telah mencecah RM10.51 sekilogram pada minggu pertama April 2010. Harga di ladang yang diterima oleh pekebun kecil bagi getah skrap adalahRM5.00 sekilogram sementara harga minyak sawit mentah mencecah RM2,553.50 semetrik tan. Harga di ladang BTB adalah RM450. Sehubungan dengan itu, YAB Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie Hj. Apdal menyeru RISDA sentiasa memantau projek­projek dan tindakan proaktif perlu diambil bagi memastikan produktiviti kebun sedia ada dapat dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi terkini walaupun keluasan tanah yang terhad.

PEKEBUN KECIL PENYUMBANG UTAMA GETAH NEGARA

“Harga getah dan sawit memberi kesan

secara langsung kepada Negara dan pendapatan kepada

pekebun kecil”

Page 4: Perusahaan Cili

Oleh: NAZRI RAHMAT

“SATU kajian akan dija­lankan terhadap Kope­rasi Pekebun Kecil untuk mengenal pasti

pencapaian dan permasalahan yang wujud demi kebaikan ahli­ahlinya pada masa hadapan,’ demikian dinyatakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA. Kajian akan dijalankan oleh pe runding yang dilantik oleh Pengurusan RISDA terdiri daripada pihak universiti untuk melakukan kajian atas keberkesanan 62 koperasi bawah naungan RISDA bagi menerokai peluang perniagaan yang berpotensi untuk dieksploitasi. “Kita mahu kajian dibuat agar koperasi dapat berkembang dan bergerak secara sistematik dalam RISDA sama ada dari aktiviti pe­ma saran, trading, eksport dan import,’ berkata selepas merasmikan Kursus Kefahaman Koperasi dan Perkumpulan Wanit Pekebun Kecil (PWPK) dan Kempen Penambahan Ahli di Kuala Kubu Baru.

Y.Bhg. Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata bahawa Koperasi Pe­kebun Kecil mesti berniaga secara

profesional dengan kepakaran yang ada dan pada masa yang sama memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kira­kira 182,000 ahlinya.

Menurutnya lagi, dalam konteks pekebun kecil, koperasi telah mem­beri perkhidmatan dan membantu pekebun kecil dari segi pembekalan input pertanian, pemasaran hasil, pemprosesan, pembinaan dan infras truktur. Sehubungan dengan itu, RISDA berhasrat menambah bilangan ko­perasi dengan mewujudkan Ko­perasi Pekebun Kecil di Sabah dan Sarawak. Beliau berharap Koperasi Pekebun Kecil yang diwujudkan akan setanding dengan koperasi­koperasi yang berdaya maju dan dapat menembusi pasaran antarabangsa. Turut hadir dalam majlis ini ialah Y.Bhg. Dato’ Ali Nordin Wahiduddin (Timbalan Ketua Pengarah Pem­ba ngunan), Tn. Hj. Amran Jaafar

(Pengarah RISDA Negeri Selangor) dan lebih 400 orang terdiri dari ahli Koperasi dan Ahli Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Hulu Selangor.

PERUNDING KAJI KEBERKESANAN KOPERASI – Pengerusi

4

Page 5: Perusahaan Cili

Oleh: NAZRI RAHMAT

KETUA PENGARAH RISDA, Dato’ Mohammad Izat Hasan berkata dengan pe lebaran operasi RISDA

ke Sabah sekaligus melengkapkan fungsi RISDA membantu pekebun kecil semua negeri di negara ini. Sebelum ini RISDA telah beroperasi ke Sarawak. Kehadiran agensi di bawah Ke­men terian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dijangka memberi man faat kepada sekurang­ku­rang nya 1,000 pekebun kecil yang dikenalpasti dan membabitkan 2,500 hektar tanah berpotensi untuk menjalankan tanam semula secara individu. Beliau berkata pekebun kecil dengan pendapatan isi rumah kurang RM750 sebulan layak memohon untuk menyertai program tanaman semula RISDA. Menurut Dato’ Mohammad Izat

kehadiran RISDA akan menjayakan matlamat “serampang dua mata” iaitu membantu meningkatkan ekonomi pekebun kecil dan membasmi ke­miskinan tegar di Sabah.

Dato’ Mohammad Izat melahirkan kesyukuran dengan keputusan te pat Kabinet Sabah mempelawa kema­sukan RISDA ke negeri itu sebagai pelengkap peranan Lembaga Industri Getah Sabah (LTGS) iaitu agensi kera aan negeri berkaitan industri getah.

Antara program tumpuan RISDA ialah tanaman semula, penggunaan klon dan peningkatan produktiviti tanaman melalui bantuan teknologi rangsangan kepada pekebun kecil yang layak. Melalui program tanam semula yang merupakan “core business” RISDA, bantuan, benih, baja dan kepakaran serta khidmat nasihat diberikan kepada pekebun kecil. Dalam konteks ini, RISDA akan memastikan rakyat (pekebun kecil) semua kaum akan terus dibela selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. “Ia juga sejajar dengan gagasan 1Malaysia,” bahawa golongan peke­bun kecil juga berhak untuk maju dari segi ekonomi seiring dengan pembangunan negara. Sebagai persediaan operasi RISDA membuka pejabatnya di Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan, Kota Belut dan Keningau.

Semua kaum akan terus dibela selaras

dengan slogan “Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan”.

RISDA HARAPAN BARU PEKEBUN KECIL DI SABAH

Pekebun kecil mendengar taklimat bantuan penanaman getah dan kelapa sawit di Dewan Pinasang, Tamu Darat.

5

Page 6: Perusahaan Cili

Oleh: FATIN DIANA ABD. MUNIR

PUAN. HAZALIZA BT. ABDULLAH dilahirkan pada 25 Februari 1970. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan

3 orang cahaya mata. Semenjak berkahwin beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa. Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat, beliau merasakan perlu membuat kerja sampingan untuk membantu suaminya bagi menambah pendapatan keluarga. Lawatan pegawai RISDA Daerah Maran pada Mei 2008 telah memberikan beliau idea untuk menjalankan perusahaan cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya ‘Pleurotus sajor-caju’. Cendawan tiram kelabu merupakan salah satu daripada s p e s i s c e n d a w a n t i r a m

yang ditanam di negara ini selain dari cendawan tiram putih dan cendawan tiram abelon. Cendawan tiram kelabu juga mendapat permintaan yang tinggi serta mempunyai potensi pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu

memberangsangkan. Berbekalkan semangat yang tinggi, beliau memulakan perusahaan cendawan ini dengan modal permulaan sendiri sebanyak RM8,500. Beliau mula mendirikan rumah cendawan berkeluasan 15’ x 15’ yang mampu memuatkan 800 blok media untuk satu pusingan selama 3 bulan. Blok media tersebut disusun rapi di dalam rak-rak kayu. Projek perusahaan ini dijalankan bersebelahan dengan kediaman keluarga beliau iaitu di Kg. Kuala Sentul, Maran. Meskipun baru menceburi bidang ini, beliau sentiasa mempelajari sesuatu yang baru tentang tanaman cendawan. Pelbagai cabaran dan ma salah dihadapi oleh beliau se masa menjalankan perusahaan ini memandangkan cendawan tiram ke labu merupakan

spesis yang sangat sensitif. Pernah

CENDAWAN KELABU MAMPU JANA PENDAPATAN LUMAYAN Suri Rumah Jadi Tauke Cendawan

“Permintaan yang tinggi terhadap

cendawan keluarannya memerlukan beliau

menambah peralatan bagi meningkatkan

produktiviti cendawan tersebut”

6

Page 7: Perusahaan Cili

suatu ketika, pengusaha tegar ini mengalami kerugian yang besar akibat 10% daripada blok medianya mengalami kerosakan. Namun, dugaan yang dihadapinya tidak sedikit pun melunturkan semangat beliau untuk terus menjalankan perusahaan ini. Permintaan yang tinggi terhadap cendawan keluarannya memerlukan beliau menambah peralatan bagi meningkatkan produktiviti cendawan tersebut. Justeru, atas dasar keprihatinan pihak RISDA, masalah beliau telah dapat diselesaikan melalui program AET yang dilaksanakan oleh RISDA. Melalui program ini, pihak RISDA telah memberikan bantuan bernilai RM10,000 pada awal tahun 2009 dan bantuan yang disalurkan adalah bentuk mesin pengukus (steamer). Jika sebelum ini, hanya 800 blok media sahaja yang dapat dihasilkan, kini beliau boleh berbangga kerana mampu menghasilkan sehingga 2000 blok media bagi satu pusingan dan peratus kerosakan pada media juga dapat dikurangkan. Purata pendapatan bulanan setelah menggunakan mesin pengukus tersebut ialah sebanyak RM3,000 (300 kg). Jaringan pasaran Pn. Hazaliza adalah di kantin-kantin sekolah, jualan borong, jualan runcit di sekitar Maran dan juga mengikat kontrak jualan dengan UITM Jengka iaitu sebanyak 50 kg/sehari bermula 1 Mei 2010. Kejayaan projek beliau ini, telah menarik minat dan perhatian Ketua Pengarah RISDA, YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan untuk mengadakan lawatan rasmi beliau pada bulan April baru-baru ini. Lawatan YBhg. Dato’ telah memberi suntikan

semangat dan inspirasi kepada beliau untuk meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian supaya berjaya di masa akan datang. Pn. Hazaliza berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak RISDA atas bantuan dan khidmat nasihat yang diberikan serta sokongan daripada suami dan ahli keluarganya sehingga beliau berjaya melaksanakan projek perusahaan cendawan ini. Beliau berhasrat untuk membesarkan rumah cendawan agar dapat menampung kapasiti yang lebih tinggi serta memperluaskan lagi pasaran yang sedia ada. Sebarang tempahan boleh dibuat melalui pesanan di talian 014-2959557.

semangat dan inspirasi kepada beliau semangat dan inspirasi kepada beliau untuk meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian supaya berjaya di masa

Pn. Hazaliza berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak RISDA atas bantuan dan khidmat nasihat yang diberikan serta

yang lebih tinggi serta memperluaskan lagi pasaran yang sedia ada. Sebarang tempahan boleh dibuat melalui pesanan di talian 014-2959557.

semangat dan inspirasi kepada beliau

cendawan keluarannya memerlukan beliau menambah peralatan bagi meningkatkan produktiviti cendawan tersebut. Justeru, atas dasar keprihatinan pihak RISDA, masalah beliau telah dapat diselesaikan melalui program AET yang dilaksanakan oleh RISDA. Melalui program ini, pihak RISDA telah memberikan bantuan bernilai RM10,000 pada awal tahun 2009 dan bantuan yang disalurkan adalah bentuk mesin pengukus (steamer).

Jika sebelum ini, hanya 800 blok media sahaja yang dapat dihasilkan, kini beliau boleh berbangga kerana mampu menghasilkan sehingga 2000 blok media bagi satu pusingan dan peratus kerosakan pada media juga dapat dikurangkan. Purata pendapatan bulanan setelah menggunakan mesin pengukus tersebut ialah sebanyak RM3,000 (300 kg).

Jaringan pasaran adalah di kantin-kantin sekolah, jualan borong, jualan runcit di sekitar Maran dan juga mengikat kontrak jualan dengan UITM Jengka iaitu sebanyak 50 kg/sehari bermula 1 Mei 2010.

Kejayaan projek beliau ini, telah menarik minat dan perhatian Ketua Pengarah RISDA, YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan untuk mengadakan lawatan rasmi beliau pada bulan April baru-baru ini. Lawatan YBhg. Dato’ telah memberi suntikan

7

Page 8: Perusahaan Cili

Oleh: ANGELINDA A/P NEELAS

BAGI mengatasi masalah bekalan baja, RISDA telah menubuhkan 5 stor pusat di seluruh Semenanjung mengikut zon selain dua stor sementara bagi

menampung keperluan semasa. Dengan kapasiti 100,000 beg baja bagi tempuh 3 bulan stor pusat memainkan pesanan bagi memastikan setiap Pusat Tanggungjawab mampu membekalkan keperluan baja kepada pekebun kecil menepati jadual yang disyorkan. Menyedari pekebun kecil menghadapi masalah terhadap baja yang dibekalkan sama ada masalah penempatan atau baja dicuri atau baja mudah rosak, maka satu langkah bijak telah diambil. Konsep pekebun kecil mengambil sendiri bekalan baja mengikut jadual pembajaan yang disyorkan mula diperkenalkan. Tujuannya agar pekebun kecil menerima baja yang lebih berkualiti dan mengikut kuantiti semasa yang diperlukan serta membantu pekebun kecil lebih berdikari dengan kaedah pembajaan tanaman getah/sawit pada masa yang ditetapkan. Kaedah ini membolehkan tumbesaran tanaman getah/sawit pekebun kecil subur dan boleh mencapai tahap kematangan pada masa yang disyorkan iaitu 4½ tahun dan 2½ tahun masing­masing. Amalan agronomi juga ditekankan bagi membantu pekebun kecil mendapat hasil yang tinggi. Sedemikian, pekebun kecil dicadangkan untuk mengambil sendiri bekalan baja dari stor­stor Pusat Tanggungjawab yang berdekatan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pusat Tanggungjawab. Sebagai perintis 3 Pusat Tanggungjawab telah dikenal pasti pelaksanaannya iaitu:

Pejabat RISDA Daerah Muar telah mendahului pelaksanaannya dan telah terbukti keberkesanannya. Walaupun pekebun kecil diberi kelonggaran mengambil baja sendiri, pekebun kecil hendaklah mengikut Jadual Pembekalan Baja yang disyorkan.

PEKEBUN KECIL AMBIL SENDIRI BAJA ATASI MASALAH

PENYAMPAIAN

8

Page 9: Perusahaan Cili

Mengikut tatacara lama, apabila RISDA 7 dikeluarkan oleh Pusat Tanggungjawab, maka borang SPS 40 dan SPS 42 akan turut dikeluarkan dan bekalan baja akan dihantar terus kepada pekebun kecil oleh anak syarikat milikan RISDA, RISDA Baja Sdn. Bhd. Tetapi dengan wujudnya pengambilan sendiri bekalan baja oleh pekebun kecil, maka wujudnya satu borang baru yang dikenali sebagai SPS 40A.

Semoga dengan konsep ambil sendiri baja ini akan berupaya membantu meningkatkan produktiviti pekebun kecil. RISDA sedia membantu…

PENGAMBILAN BAJA OLEH PK DI MUAR, JOHOR PADA 1 FEBRUARI 2010

9

Page 10: Perusahaan Cili

10

Oleh: MOHD.HAZMAN RAMLI

“HENDAK Seribu Daya, Tak Nak Seribu Da­lih,” begitulah ungka­pan yang dapat

digambarkan mengenai kegigihan dan daya usaha yang telah dilakukan oleh Hj.Mohd Selam Murat dalam mengusahakan kebunnya di Kg. Parit Unas Darat, Muar. Pesara guru berusia 63 tahun ini memilih bidang pertanian sebagai aktiviti mengisi masa lapang dan dapat menyumbang pendapatan yang lumayan bagi keselesaan keluarganya. Beliau merupakan seorang pekebun kecil pemilik pengusaha yang aktif dan rajin. Beliau bukan sahaja mengusaha kebunnya malah turut mengusaha kebun­kebun yang terbiar. Beliau memiliki kebun kelapa sawit muda seluas 1.2013 hektar yang ditanam pada tahun 1990 dan beberapa hektar kebun getah. Beliau melakukan pembajaan se banyak 3 kali setahun untuk menghasilkan pokok yang sihat. Jumlah baja yang digunakan adalah sebanyak 3 hingga 4 kg untuk 1 pokok. Selain itu beliau menggunakan Racun KEN­UP bagi mengelak pokoknya ber penyakit. Pemangkasan dan pe­motongan pelepah pokok juga amat penting dan dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun. Penuaian dilakukan selama 2 kali dalam tempoh masa sebulan bagi mengelak buah rosak dimakan binatang. Kesuburan tanah juga amat dititik beratkan oleh beliau bagi mendapat kualiti sawit yang baik. Selain itu kawalan rumpai mestilah dibuat secara teratur dan pastikan kebun sentiasa bersih. Teknik­teknik inilah yang memainkan peranan untuk beliau mendapat hasil 30 matrik/ tan/tahun. Kesemua kebun­kebun ini diusahakan sendiri oleh beliau mengikut amalan agronomi yang baik

dengan dibantu oleh beberapa pekerja semasa pengeluaran hasil. Beliau mengupah tiga orang buruh tenaga asing untuk menjaga kebunnya kerana usia beliau yang telah lanjut dan kurang berkemampuan untuk melakukan kerja yang lasak. Beliau mendapatkan pulangan sebanyak RM3,000 sebulan hasil kerja keras beliau dan peker­

janya dalam menguruskan ladang­ladang. Cara­cara penanaman dan pen­jagaan kelapa sawit yang betul dengan bimbingan Pembantu Pertanian Ka­was an, En. Naim Kasmuri yang bertugas di Pejabat Stesen Sungai Sudah menyumbang kepada hasil yang melayakkan beliau menyertai Kelab 30 Matrik Tan Sawit yang ditubuhkan oleh RISDA. Dengan penyertaan kelab ini beliau dapat memanfaatkan sepenuhnya ma­sa lapang dengan menghadiri kursus­kursus yang ditawarkan. Ke lab ini juga banyak membantunya dalam penjagaan pokok dan penerimaan ba ja yang berkualiti.

30 MATRIK TAN KELAPA SAWIT BUKAN HALANGAN DAN SEDIA

MENGUSAHAKAN KEBUN TERBIAR

“Penuaiandilakukan selama

2 kali dalam tempoh masa sebulan bagi mengelak buah

rosak dimakan binatang”

Selain itu beliau menggunakan Racun UP bagi mengelak pokoknya

penyakit. Pemangkasan dan pe­motongan pelepah pokok juga amat penting dan dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun. Penuaian dilakukan selama 2 kali dalam tempoh masa sebulan bagi mengelak buah rosak

Kesuburan tanah juga amat dititik beratkan oleh beliau bagi mendapat kualiti sawit yang baik. Selain itu kawalan rumpai mestilah dibuat secara teratur dan pastikan kebun sentiasa

teknik inilah yang memainkan peranan untuk beliau mendapat hasil 30 matrik/ tan/tahun.

ebun ini diusahakan sendiri oleh beliau mengikut amalan agronomi yang baik

dengan dibantu oleh beberapa pekerja semasa pengeluaran hasil. Beliau mengupah tiga orang buruh tenaga asing untuk menjaga kebunnya kerana usia beliau yang telah lanjut dan kurang berkemampuan untuk melakukan kerja yang lasak.

Beliau mendapatkan pulangan sebanyak RM3,000 sebulan hasil kerja keras beliau dan peker­

kursus yang ditawarkan. Kelab ini juga banyak membantunya dalam penjagaan pokok dan penerimaan baja pokok dan penerimaan baja pokok dan penerimaan bayang berkualiti.

Page 11: Perusahaan Cili

Oleh: MOHD. FAIZAL MOHD. SALLEH

KEAZAMAN yang tinggi, tabah, sabar dan jujur adalah asas kejayaan seorang pekebun kecil bernama En. Wakimin

bin Thaswee bersama keluarga di Kampung Melayu Batu 4, Paloh, Kluang. Beliau mengusahakan tanaman sayuran sepenuh masa dan menoreh di kebun sendiri. Gemblingan tenaga bersama isteri dan dua orang anak lelaki yang menunjukkan minat yang sama serta jadual kerja harian yang dirancang dengan baik dapat membantu beliau memperoleh pendapatan melebihi RM2,000/bulan/keluarga. Sebelum ini pendapatan beliau adalah sekitar RM750.00 sahaja. Di atas sebidang tanah yang dimiliki dengan keluasan 2.3495 hektar adalah getah tua bertoreh dan 1.0115 hektar kawasan pokok getah tua musnah dilanda ribut kencang pada tahun 2007 telah dijadikan tapak kekal projek pertanian yang diusahakan oleh En.

Wakiman Thaswee bersama keluarga. Pendidikan setakat sekolah rendah tidak menghalang beliau untuk maju. Pengalaman sentiasa ditimba. Kerap mengikuti kursus­kursus anjuran RISDA sama ada in­formal di kampung beliau mahupun di Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK) serta dengan agensi­agensi lain. Pengalaman, kemahiran serta sedikit daya kreativiti telah membantu beliau mengolah program harian dalam tanaman sayuran. Hasilnya, masa penanaman dan penuaian dapat dijangkakan mengikut keperluan semasa. Kualiti dan kuantiti hasil dapat ditingkatkan untuk memenuhi pasaran. Penoreh tegar ini adalah merupakan Ahli Kelab 2000 RISDA telah membuat permohonan bantuan di bawah projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET). Kelulusan telah diberi sebanyak RM10,000 dalam bentuk pam air untuk sistem pengairan Springkler serta input pertanian yang lain. Beliau telah mampu memiliki sebuah trektor kecil untuk kerja­kerja mengemburkan batas tanaman. Bercita­cita tinggi untuk menjadi usahawan berjaya dalam bidang per­tanian selaras dengan hasrat ke rajaan dalam meningkatkan pengeluaran makanan dan juga pertanian itu suatu

perniagaan, En. Wakiman berhasrat untuk menambah keluasan tanaman dan juga cuba mengembling rakan­rakan lain yang sealiran dan belia­belia menceburi bidang ini. Ini disebabkan beliau telah menyedari bahawa usaha murni ini akan dapat menjamin pendapatan tetap mengikut matlamat jika diusahakan dengan bersungguh­sungguh. En. Wakimin menjadi kebanggaan penduduk tempatan kerana usaha beliau setanding dengan petani lain yang telah lama maju. Malahan beliau tidak lokek mencurah ilmu kepada sesiapa yang berminat dan

sentiasa disenangi oleh rakan­rakan lain. Bila melawat kebun yang diusahakan oleh En. Wakimin kita akan berasa seronok kerana berkualiti disebabkan beliau mengamalkan Amalan Pertanian Yang Baik (GAP). Penggunaan racun untuk kawalan serangga adalah pada tahap paling minimum dan kadangkala tidak digunakan langsung. Begitu juga kawalan rumpai, beliau menggunakan jentera pengembur tanah pada batas tanaman dan menggunakan mesin rumput untuk kawalan rumput di antara batas. Baja digunakan juga lebih kepada baja organik yang mudah didapati di pasaran yang menyumbang kepada sayur­sayuran yang dikeluarkan tidak akan berasa pahit bila dimakan. Hasil keluaran amat menggalakkan umpamanya semusim tanaman timun, boleh mencapai sebanyak 10Mt bagi keluasan 0.4046 hektar dengan harga purata RM0.70 beliau boleh memperoleh pendapatanRM7,000, Dengan pusingan tanaman 3 kali/tahun iaitu tanaman kacang panjang dan bendir. Beliau telah memperoleh purata pendapatan bersih RM1,300.00/ bulan daripada kegitan pertanian ini.

11

BANGKIT SETELAH DILANDA RIBUT KENCANG

Page 12: Perusahaan Cili

Oleh : ANUAR BIN SHARIF

SEJENIS tumbuhan me­liar dan menumpang pa da pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan, mas cotek

atau dalam bahasa saintifiknya Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Tumbahan herba ini mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Telah terbukti herba ini sangat baik untuk penjagaan kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya. Dengan pengetahuan yang dimiliki beliau mengusahakan projek Teh Uncang Mas Cotek, Kopi Uncang Mas Cotek dan Minyak Gosok Mas Cotek yang berasaskan tumbuhan Mas Cotek. Projek ini diusahakan di Kg. Sg. Nibong, Semerah, Batu Pahat, Johor. Menurut beliau Mas Cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu Mas Cotek Jantan dan M a s Cotek Betina.

Pengusaha yang dimaksudkan ialah Encik Ismail bin Dahlan, 53 tahun dan bapa kepada 5 orang anak. Mula mengusahakan projek ini pada tahun 2005 dan kini semakin berkembang setelah hampir 5 tahun beroperasi. Beliau memiliki 2 buah bangunan untuk memproses produk Mas Cotek dengan keluasan 20’ x 70’ dan 40’ x 60’. Selain memiliki beberapa mesin memproses dan pekerja tetap seramai 6 orang. B e r k a t

kesungguhan meng usa hakan projek tersebut, dalam tempoh sebulan beliau telah mengeluarkan

12

USAHAWAN TANAMAN HERBA MAS COTEK

Page 13: Perusahaan Cili

13

produk sebanyak 5000 kotak Teh Uncang Mas Cotek, 5000 kotak Kopi Uncang Mas Cotek dan 2000 botol Minyak Gosok. Dengan hasil jualan produknya, beliau mampu memperoleh pendapatan melebihi RM2,000.00 sebulan. Kebanyakan bahan mentah yang beliau terima daripada sekitar kampung tersebut dengan harga RM1.50 sekilogram bagi daun yang belum dikeringkan. Secara tidak langsung, beliau m e m b a n t u meningkatkan

penda pat an penduduk tempatan. Menurut ka ta Encik Is mail, khasiat Mas Cotek mampu mem­betulkan kerosakkan urat saraf, membantu mengawal tekanan darah tinggi, merawat penyakit paru­paru berair, mampu me rawat mig rain, res dung, ken cing manis, gout, ba­tu karang, tekanan darah tinggi/rendah, kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan ke ayuan dan awet muda, mengu rangkan tahap kolestrol dalam da rah, mengu­

r a n g k a n keletihan dan

kelesuan badan, membantu masalah keputihan, melancarkan peredaran haid dan banyak lagi. En.Ismail telah mengikuti kursus­kursus yang dianjurkan oleh RISDA, Jabatan Pertanian, SIRIM dan JAKIM. Beliau juga mengikuti promosi dan jualan yang dianjurkan oleh RISDA dan Jabatan Pertanian. Ditanya mengenai perancangan tahun 2010, beliau sedang mengusahakan ladang herba ini seluas 30 ekar di Mersing dengan rakannya. Untuk tempahan produknya, beliau boleh dihubungi melalui talian 013­7515034.

USAHAWAN TANAMAN HERBA MAS COTEK

“En. Ismail juga merupakan Pemaju Masyarakat RISDA

(PMR) Kawasan Semerah meliputi

Mukim Lubuk, Bagan dan Peserai”

Page 14: Perusahaan Cili

14

Berita BergambarBerita BergambarBerita Bergambar

YB. Dato’ Seri Haji Shafie Haji Apdal diiringi Dato’ Haji Ali Nordin setibanya di Kampung Jawa Kerling, Ulu Selangor.

Wakil peserta TSK Daerah Muar menerima replika cek yang disampaikan Tan Sri Rahim Tamby Chik ketika lawatan kerja ke Negeri Johor. Dato’ Mohammad Izat Hasan menunjukkan keratan mata tunas

klon getah kepada YB. Dato’ Seri Shafie Apdal ketika melawat tapak semaian transit RISDA di Kampung Inas, Kuala Pilah.

Dato’ Seri Shafie serta tetamu kehormat di majlis Penyampaian Dividen dan Pelancaran Tahun Produktiviti RISDA Selangor di Kampung Sg. Selesik, Ulu Bernam.

Page 15: Perusahaan Cili

15

Tan Sri Rahim Tamby Chik diiringi Dato’ Haji Ali Nordin menyampaikan dividen peserta TSK di Ulu Bernam.

Tan Sri Rahim Tamby Chik bergambar kenangan bersama ketua-ketua rumah panjang di Sibu, Sarawak, turut hadir Ahli Pihak Berkuasa RISDA (berdiri di belakang).

Pekebun kecil dari Hulu Selangor hadir di majlis penyampaian dividen dan pelancaran Tahun Produktiviti RISDA Selangor, oleh YB. Dato’ Seri Shafie Haji Apdal.

Sebahagian dari penerima dividen TSK menunjukkan tanda bagus yang disampaikan YB. Dato’ Seri Shafie Haji Apdal.

Dato’ Mohammad Izat Hasan menyampaikan dividen kepada peserta TSK Orang Asli di Maran, Pahang.

Page 16: Perusahaan Cili

16

Oleh: V. NADARAJAN

EN. YEE AH KEONG dan isterinya Puan Chong Sin Thye, bekas pekerja lombong bijih timah di persekitaran

Daerah Kinta Selatan, Kampar, telah beralih tumpuan ke industri pertanian pada awal tahun lapan puluhan akibat daripada krisis komoditi bijih timah. Setelah menempuh pengalaman menanam pelbagai tanaman kontan, beliau telah bertekad untuk menceburi industri getah, walaupun pada ketika itu harganya masih tidak menentu. Pada tahun 1993 beliau telah menyertai program tanam semula RISDA dengan menanam getah setelah mengikuti beberapa kursus

dan khidmat nasihat daripada pihak RISDA. Pengalaman yang diperoleh sebagai penanam kontan tidak sia-sia kerana beliau telah mempelbagaikan tanaman kontan sementara menunggu getah yang ditanam menjadi matang. Betapa beliau menikmati kepuasan setelah impiannya telah menjadi kenyataan kerana mencapai sasaran apabila kebun seluas 0.8266 hektar mula ditoreh. Klon yang ditanam beliau adalah siri PB 260. Beliau juga berterima kasih kepada mentor beliau iaitu En. Amranuddin Arbi , Pembantu Pertanian Kawasan yang banyak memberi tunjuk ajar, khidmat nasihat

dan bimbingan. Kini usia beliau telah menjangkau 56 tahun, beliau mengatakan “Isteri sayalah yang menjadi dorongan dan memberi sokongan padu hinggakan kami mencapai hasrat yang terpendam khasnya dan menyahut seruan pihak RISDA khususnya mencapai impian

BEKAS PEKERJA LOMBONG KINI AHLI KELAB 2000 RISDA

Orang malas mencari alasan, orang rajin mencari jalan…

Page 17: Perusahaan Cili

17

2000kg/hek/tahun.” Nasihat beliau kepada pekebun getah ialah, baik pekerjaan apa pun buatlah bersungguh-sungguh. Amalan pertanian yang betul adalah sangat penting jika ingin menempah kejayaan. Bajalah secukup-cukupnya dan jangan sekali-kali diabaikan. Jika diabaikan akan mengundang kegagalan. Penyenggaraan kawasan adalah penting sebelum membaja. Hasil lateks pengeluaran kebunnya mencapai 35 hingga 40 DRC (kandungan getah kering). Sistem torehan yang diamalkan ialah S2 D2. Hasil untuk tahun 2009 ialah 1970.41 kg dan unjuran ialah 3178.19 kg. Bilangan hari menoreh ialah 81 hari saja untuk 9 bulan torehan.. (1970 kg /9 bulan X 12/0.8266 hek = 3178 kg unjuran). Harga lateks untuk tahun 2009 ialah RM5.90 (purata). Beliau berjaya memperoleh pendapatan melebihi RM3000.00/sebulan iaitu hasil getah dan lain lain. Sebanyak 51.15 gtt telah diperoleh untuk bulan Januari 2010 dengan bilangan pokok yang ditoreh 391 batang untuk 10 hari torehan. Unjuran ialah 2903 kg. En. Yee Ah Keong kini tinggal bersama isterinya sahaja. Kesemua anak mereka telah berjaya dalam bidang masing-masing dan telah berumahtangga. Semoga pencapaian En. Yee Ah Keong akan menjadi inspirasi kepada pekebun kecil yang lain untuk mencipta kejayaan.

Page 18: Perusahaan Cili

18

Oleh: HJH. HALIMAH ABD. KADIR

`R ISDA akan melaksanakan Kampung Teknologi sebagai satu pendekatan

baru dalam program pengembangan dan pemindahan teknologi ke arah peningkatan produktiviti kebun.’ Demikian dinyatakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Hj. Shafie Hj. Apdal. Pada tahun 2010 sebanyak RM460,000 telah diper untukan bagi 44 buah kampung yang akan dibangunkan sebagai Kampung Teknologi di seluruh negara dan setiap Kampung Teknologi akan menerima peruntukan sebanyak RM10,400.’ ‘Dalam pelaksa naan Kampung Teknologi beberapa peralatan moden dan bahan-bahan berkaitan perlu disediakan bagi rujukan kepada

masyarakat pekebun kecil.’ Objektif pelaksanaan Kampung Teknologi adalah untuk merealisasikan penggunaan semua teknologi yang wajar diamalkan dan dipraktikkan oleh pekebun kecil dan keberkesanan penggunaannya juga akan dipantau.

Dalam usaha untuk melaksanakan Kampung Teknologi sebanyak 52 jenis teknologi yang berkaitan dengan tanaman getah dan sawit akan dilaksanakan di samping pekebun kecil akan didedah, dibimbing dan diberi tunjuk ajar bagi memastikan mereka

dapat mengamalkan teknologi yang bersesuaian dengan umur dan jenis tanaman yang mereka usahakan. Menurutnya, ‘Seba gai contoh, RISDA telah menetapkan matlamat supaya benih getah yang ditanam oleh pekebun kecil boleh ditoreh dalam tempoh 4 ½ tahun selepas ditanam di ladang. Kuantiti hasil minimum perlu melebihi 2,000 kg/hektar/tahun (berat kering) dan 2 ½ tahun bagi sawit serta pencapaian produktiviti 18 metrik tan. Diharap pekebun kecil yang terlibat dalam Kampung Teknologi ini akan menjadi model dan ikutan kepada pekebun-pekebun kecil yang lain dalam usaha untuk menerapkan amalan teknologi secara meluas.

KAMPUNG TEKNOLOGI PENDEKATAN BARU RISDA

Page 19: Perusahaan Cili

19

Oleh: HJH. ROBIYAH ISMAILJurugambar: ABD. MALIK KASSIM (DIBANTU OLEH TN. HJ. KASBANGI KASIM, EN. ROHANI ZAMZURI , EN. SHAMSUL AKHYAR ABDULLAH)

TSB KAMPUNG ORANG ASLI Changkat Bintang merangkumi keluasan 44.3244 hektar dengan bilangan peserta terdiri daripada 22 Orang Asli dengan bilangan lot

sebanyak 22 lot. Projek ini dirancang pada awal tahun 2005 dan dapat dilaksanakan pada 21 September 2005. Pokok getah Klon BCMP mula ditanam pada Julai 2007 dan disulam pada Disember dalam tahun yang sama. Apa yang menarik untuk tatapan pembaca Suara RISDA ialah TSB ini diusahakan sendiri oleh peserta-peserta dengan bimbingan Ketua Stesen dan Pembantu Pertanian Kawasan. Bermula daripada kerja-kerja pembajaan, kawalan rumpai, cantasan, galakan dahan, rawatan penyakit akar hinggalah rawatan anai-anai. Sebelum menjalankan kerja-kerja tersebut, peserta-peserta akan diberi taklimat dan kemudian melakukan sendiri dengan pemerhatian dan pemantauan oleh Ketua Stesen dan Pembantu Pertanian Kawasan.

PROFAIL TSB KOTA CHANGKAT BINTANGLuas : 44.3244 hektarBil. Lot : 22 lotBil. Peserta : 22 orangTahun Dirancang : 2005Tahun Dibangunkan : 21 September 2005Tahun Ditanam : Julai 2007Tahun Sulaman : Disember 2007Jenis Klon : BCMP

Tn. Hj. Roslan Ros b. Abdullah bukan setakat Setiausaha TSB, malah merupakan imam masjid dan tenaga pengajar agama Islam kepada penduduk Orang Asli di sini. Demi merealisasikan budaya 4 1/2 tahun di kalangan para peserta, Ketua Stesen telah mengambil daya inisiatif menganjurkan Pertandingan Kebun Terbaik setiap enam bulan. Pemilik kebun getah yang ukur lilit pokok paling tinggi akan dipilih sebagai pemenang. Berikut adalah pemenang tersebut:

Pertandingan Kebun Terbaik Jun 2009Pemenang: 1. En. Dol b. Julan2. En. Aln b. Baek3. Cik Saenah a/p Megun

Pertandingan Kebun Terbaik Disember 2009Pemenang: 1. En. Aring a/l Piat2. En. Sharif a/l Ngat3. En. Hassan b. Kaku

Pemenang akan diberi hadiah tong racun dan lain-lain bahan input pertanian. Impak daripada pertandingan ini para peserta berlumba-lumba mengusahakan kebun mereka sebaik mungkin. Sementara me nung gu getah me ngeluarkan hasil, peserta telah menanam serai dan pisang di antara barisan tanaman. Keseluruhan

pembangunan TSB ini amat menggalakkan dan dijangka akan me-ngeluarkan hasil lebih cepat daripada yang dijadualkan. Ini adalah disebabkan jadual pe-nyelenggaran kebun yang ketat seperti pembajaan 2 kali setahun, kawalan rumpai 4 kali setahun, cantasan 2 kali setahun, rawatan penyakit akar dan anai-anai empat kali setahun.

TSB Kampung Orang Asli Changkat Bintang

Jalan Masuk Ke TSB KOA Changkat Bintang.

Page 20: Perusahaan Cili

Oleh: AMIR HAMZAH YASAK

KE ARAH pengamalan konsep mesra alam Green World yang menjurus ke-pada pengurangan peng-gunaan bahan kimia untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar maka ESPEK Sdn. Bhd. telah menjalankan aktiviti mengikut hiraki 3R bahan buangan, waste hieracy iaitu reduce (pengurangan bahan buangan), reuse (penggunaan semula bahan buangan) dan reprocess (memproses bahan buangan menjadi bahan yang bernilai). Aktiviti yang dikenal pasti adalah pengurusan bahan buangan dari kilang-kilang sawit RISDA dan tinja ternakan lembu untuk dijadikan baja organik. Baja organik ini akan digunakan untuk menggantikan sebahagian baja kimia (20%) dalam program pembajaan tahunan 2010 ini.

BAJA ORGANIKBaja organik iaitu baja yang terhasil dari bahan biologi (tumbuhan atau haiwan) di mana hampir keseluruhan nutrien adalah dalam bentuk organik dan hendaklah melebihi 1% total nutrien.(MS 643:2003). Baja organik yang terdapat di pasaran masa kini adalah terdiri daripada baja organik atau kompos terhasil dari sumber haiwan dari industri ternakan adalah tinja sama ada ayam (telur/daging), kambing, dan

lembu. Manakala dari sumber tumbuhan adalah dari sisa industri sawit (BTK,POME, dan Decanter Cake), jerami padi, sisa industri pemakanan dan sisa industri kompos dengan penggunaan cacing (vermikompos). Dalam konteks RISDA, dua sumber baja organik adalah dari sisa industri sawit (baja organik ESPEK – BOE) dan sisa industri ternakan iaitu tinja lembu (ESPEK Livestock Sdn. Bhd.) dan tinja kambing (RPSB) Baja organik ini jika ditambahkan dengan mikrob berguna seperti Mikoriza sp., Bacillus sp. dan Tikor derma sp., maka baja organik akan diklasifikasikan sebagai baja bio-organik (BBO) seperti Baja Bio-organik ESPEK (BBOE) dan baja bio organik tinja lembu (ESPEK Livestock Sdn. Bhd). Tujuan penambahan mikrob berguna ini adalah untuk dijadikan sebagai bio-fertilizer dalam me nam-bahkan kepadatan nutrien untuk kegunaan pokok dari sumber tanah (fosforus-P) dan udara (nitrogen-N). Juga berfungsi sebagai penggalakan pengakaran

(Mikoriza,MPOB) dan sebagai satu kaedah pre-ventif untuk penyakit akar (bio-pesticides) seperti Gado-derma (Tikorderma, MPOB, TOT 2009).

SPESIFIKASI BAJA ORGANIK (MS1517:2001)1. Saiz Zarah90% hendaklah saiz yang dinyatakan.

2. Kandungan kelembapanKelembapan hendaklah tidak melebihi 35%(dari berat basah) dan toleransi sebanyak 10% dari yang dinyatakan.

3. Kandungan Bahan OrgananBahan Organan hendaklah tidak kurang dari 50% dan toleransi sebanyak 10% dari yang dinyatakan.

4. Kandungan NutrienMaksimum minimum toleransi tidak melebihi 20%

5. Ratio C/NMaksimum minimum toleransi tidak melebihi 20% dari ratio 25/1 (terkini).

PENGELUARAN BOEESPEK Sdn. Bhd. telah menjalankan pengeluaran BOE melalui Jabatan ESPEK

Research and Advisory Services (ERAS) untuk membantu kilang-kilang RIS-DA dalam mengatasi ma salah pengurusan si sa kilang. Di samping akan menghasilkan sa tu produk dalaman yang boleh digunakan un tuk mengurangkan peng gan-tungan kepada penggunaan baja kimia untuk ladang-ladang RISDA.

FASA 1( FAST TRACK)Untuk fasa pertama ini, bahan-bahan longgokan BTK, abu tandan, boiler ash, decanter cake di dalam dan di sekeliling kawasan kilang akan dituai. Bahan-bahan ini akan melalui pro-ses pengayakan untuk mengasingkan bahan-bahan pepejal asing yang lain. Kemudian akan dicampurkan mik-rob pengkomposan dan dibiarkan selama 1-2 minggu. Setelah pengkomposan tamat maka BOE akan ditimbang ke dalam kampit seberat 20 kilogram. Jika penambahan mikrob berguna di atas dilakukan akan dijadikan baja bio-organik ESPEK (BBOE) terutama untuk penggunaan lubang menanam untuk kawasan tanam semula.

FASA 2Bahan utama sisa kilang sawit RISDA adalah BTK dan Palm Oil Mill Effluent (POME) dan sedikit kuantiti decanter cake. Keperluan dan penye-

Sisa Buangan Sawit Jadi Baja OrganikMESRA ALAM

“Dalam konteks RISDA, dua sumber

baja organik adalah dari sisa

industri sawit dan sisa industri

ternakan”

20

Page 21: Perusahaan Cili

21

diaan pemprosesan kom pos sebenar akan disediakan. Keperluan fizik al dan bangunan akan dibangunkan dan akan memohon ke lu lusan dari Jabatan Alam Sekitar. Selepas men dapat kelulusan, proses pengkomposan akan dija lankan. Pemprosesan kom pos dari BTK dicam-purkan dengan POME mengikut tahap-tahap ter-tentu akan dijalankan untuk men dapatkan kompos dalam masa tidak melebihi 3 bulan.

FASA 3 BOE akan ditambah nilai dengan mencampurkan bahan-bahan sisa kilang

yang lain seperti POME, decanter, baja galian dan baja kimia untuk meningkatkan kandungan nutrient BOE untuk men jadikan baja fortified baja organik ESPEK (FBOE) dan baja fortified baja bio-organik ESPEK (FBBOE). Ini akan menggantikan baja kimia ke tahap 30% lagi untuk tahun 2011.

KEISTIMEWAAN BOEBOE disyorkan digunakan sebagai soil conditioner dan sungkupan bagi tujuan berikut:

1. Menambahkan bahan

organan dalam tanah untuk menambahkan populasi mikrob berguna tanah.

2. Meningkatkan tahap pe-nyimpanan dan penye rapan air dan nutrien tanah.

3. Meningkatkan tahap kadar pertukaran kation (KPK).

4. Meningkatkan pH tanah.

5. Menggalakkan pertum bu-han pengakaran pokok.

6. Membaik pulih per tum-bu han pokok yang ku rang subur dan me ningkatkan penghasilan un tuk jangka panjang.

SYOR PENGGUNAAN BOE 1. Peringkat Nurseri. Campurkan 1 bahagian BOE dengan 5 bahagian tanah subur (GAMBAR RAJAH 1).

2. Lubang menanam.Satu kilo BOE untuk lubang saiz biasa dan 5 kilo untuk lubang modified big hole dan ditaburkan 5 kilo di permukaan lubang dengan dilingkari oleh racikan batang sawit (GAMBAR RAJAH 3)

3. Sungkupan Sawit Muda.Satu kampit 20 kilo setiap pokok di sekitar kawasan p e n g a k a r a n ( G A M B A R RAJAH 2 ) 4. Gantian baja kimia sawit matang.Satu kampit 20 kilo BOE untuk menggantikan 2 kilo baja kimia untuk setiap dua pokok di dalam barisan (kawasan tanah cetek dan kering) dan di tengah barisan di zon susunan pelepah untuk tanah subur (GAMBAR RAJAH 4, 5, DAN 6)

KESIMPULANDengan penghasilan BOE/BBOE/FBOE/FBBOE oleh ESPEK Sdn. Bhd. maka pengurusan sisa buangan kilang sawit kilang-kilang sawit RISDA akan dapat digunakan dengan tambah nilai untuk menggantikan baja kimia sebanyak 20%. Keadaan tanah dan zon pengakaran yang telah lama menggunakan baja kimia akan dapat diperbaiki semula dengan penggalakan populasi mikrob berguna, peningkatan kadar pemegangan air dan nutrien (KPK), peningkatan pH tanah serta kadar bahan organan tanah. Ini akan memberikan kesan jangka sederhana dan panjang kepada status kesuburan dan penghasilan tanaman.

Page 22: Perusahaan Cili

TUJUAN:Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil ditubuhkan untuk membiayai projek-projek pembangunan yang tidak diperakukan oleh agensi pusat yang dikenali sebagai projek timbal-tindih dan juga projek-projek baru yang tidak mempunyai peruntukan di bawah belanjawan RISDA. Ia bertujuan bagi meningkatkan kesejahteraan dan memenuhi keperluan semasa pembangunan masyarakat pekebun kecil. Sumber kewangan untuk tabung ini adalah sumbangan daripada perbadanan dan estet-estet RISDA.

SKIM PEMBIAYAAN PROJEK YANG DITAWARKAN TPSEPK: Skim Pinjaman AmSkim Pinjaman Koperasi

SYARAT DAN KELAYAKAN PEMBIAYAAN PROJEK:Jenis Skim : Skim Pinjaman AmSyarat-syarat : • Warganegara Malaysia• Pekebun kecil getah berdaftar dengan RISDA• Menjalani latihan dalam projek diusahakan• Pengusaha sepenuh masa• Pinjaman melebihi RM10,000 perlu ada cagaran• Pinjaman kurang RM 10,000 tanpa cagaran tetapi perlu 2 penjamin• Bayaran balik mengikut jenis projek

• Hutang lama dijelaskan dahulu jika ada

Kelayakan: • Pembiayaan maksimum RM150,000• Dalam bentuk wang tunai atau mata benda• Maksimum 80% daripada kos projek• Kos perkhidmatan 2% setahun atas baki

Jenis Skim : Skim Pinjaman KoperasiSyarat-syarat : • Koperasi Pekebun Kecil peringkat Daerah/ Negeri yang telah didaftarkan di Bawah Ordinan Koperasi Bil 33/1948• Penyata kewangan beraudit 2 tahun merekodkan keuntungan• Mendapat mandat Mesyuarat Agung Tahunan• Kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi• Kelulusan Ketua Pendaftar Koperasi• Pinjaman untuk: - Perniagaan - Pembangunan tanah - Pemilikan harta - Industri kecilKelayakan: • Pembiayaan Maksimum RM 500,000• Kadar pembiayaan sehingga 80% daripada kos projek• Kos perkhidmatan 2% setahun atas baki

22

TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN

KECIL (TPSEPK)

Jenis Projek : Batik Lukis dan MencantingJenis Skim : Skim Pinjaman AmLokasi projek : Kampung Temin Sg Siput

Jenis Projek : Ikan PekasamJenis Skim : Skim Pinjaman AmLokasi projek : Kampung Serdang, Tanah Merah, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar

Oleh: NOOR AZIZAH YUSOF

Page 23: Perusahaan Cili

23

Jenis Projek : Jahitan SulamanJenis Skim : Skim Pinjaman AmLokasi projek : Lot 396, Kg. Chat Meranti, 17010 Pasir Mas, Kelantan

Jenis Projek : Spa & Pusat KecantikanJenis Skim : Skim Pinjaman AmLokasi projek : Jerantut, Pahang

Nama : Muhammad Baiaturridwan b. DzukipliJenis Skim : Pinjaman AmLokasi Projek : Tg. Ipoh, Negeri sembilan

Nama : Hasimah binti IsmailJenis Skim : Pinjaman AmLokasi Projek: Kota Tinggi, Johor.

Nama : Muhamad Fais bin Abdul RohhimJenis Skim : Pinjaman AmLokasi Projek : Pendang, Kedah

Page 24: Perusahaan Cili

24

PENGENALANBENDI adalah sayuran jenis buah yang sesuai dimasak kari, asam pedas atau digoreng.

Terdapat dua varieti bendi yang popular iaitu MKBe 1 dan Be 2. Tinggi pokok MKBe 1 150 – 180 cm. Buahnya berwarna hijau muda, mempunyai 5 segi dan panjang buah 15 – 17 cm. Tinggi pokok Be 2 155 cm. Buahnya berwarna hijau tua, mempunyai 7 segi dan panjang buah 12 – 18 cm.

KESESUAIAN TANAH DAN IKLIMJenis tanah - Tanah mineral, gambut, bris dan tanah bekas lombong.

pH tanah - 3.5 - 4.5

Taburan hujan - 1.250 mm/tahun

Iklim - Tropika

Suhu - 22 – 30oC

PENYEDIAAN TANAHKawasan yang telah dibersih, dibajak dan digembur. Batas dibuat dengan ukuran 1.20 meter lebar dan 20 - 30 cm tinggi. Pengapuran dilakukan jika pH tanah kurang 5 iaitu tidak kurang daripada 14 hari sebelum menanam. Kadar pengapuran ialah 3 - 7.5 t/ha bagi tanah gambut, 1-3 t/ha bagi tanah baris dan 3 - 5 t/ha bagi tanah mineral.

PENANAMANBahan tanaman - Biji benih

Kuantiti - 3 kg/ ha

Jarak tanaman - 100 cm x 100 cm

Kepadatan - 6000 pokok/ha

Penjagaan - Dilakukan selepas 10 hari

Cara Menanam - Biji benih bendi yang telah dirawat dalam Thiram ditanam terus ke ladang. Kadar biji benih yang digunakan adalah di antara tiga hingga empat bagi setiap lubang sedalam 51 - 23 cm. Kemudian ditinggalkan hanya satu pokok sahaja bagi setiap lubang selepas 10 hari ia tumbuh.

Bagi tanaman di antara pokok getah boleh dibuat 4 barisan tanaman pokok bendi dengan jarak di antara pokok bendi 100 cm x 100 cm. Dalam satu hektar terdapat lebih kurang 15 lorong barisan di antara pokok getah dan ini bererti terdapat 60 barisan pokok bendi. Setiap barisan boleh ditanam 100 pokok bendi.

BENDINama saintifik: Hibiscus esculentusFamili: Malvacaeae

Oleh: SYED MUNIR WAFA

Page 25: Perusahaan Cili

25

PENGAWALAN RUMPAITerdapat tiga cara untuk mengawal rumpai:-- Merumput secara manual- Mekanikal- Kimia

Kawal rumpai sebelum menanam- Racun rumpai Paraquat (Gramaxone) pada kadar 50 – 100

ml./18 lit air.

- Lalang disembur dengan Glyphosate pada kadar 2.2 kg/ha. dalam 300 lit air. Selepas 4 – 6 minggu diulang dengan kadar 0.5 kg/ha.

Kawal rumpai selepas menanam- Racun herba sebelum cambah disembur rata di permukaan

tanah sehari atau beberapa jam selepas hujan dalam kadar 800 – 900 lit air. Contoh racun herba sebelum cambah adalah seperti Krovar, Ametryne dan Atarzine.

- Pengawalan rumpai seterusnya boleh dilakukan secara manual atau racun rumpai sentuh di barisan tanaman.

PEMBAJAAN

KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK

PENUAIANHasil sebanyak 10 – 12 t/ha diperolehi daripada varieti MKBe 1 dan 8 -10 t/ha bagi varieti Be2.

Penuaiannya 45 hari selepas menanam. Tempoh pemetikan selama 140 hari dan penuaian 2 hari sekali dengan memotong tangkai buah pada jarak 2 cm dari pangkal buah.

Bendi tidak perlu dibasuh bagi menggelakkannya daripada lebam. Ia digred mengikut saiz, kesegaran, kerapuhan dan tahap serangan penyakit atau serangga.Pembungkusan pukal menggunakan bakul pastik dan beratnya tidak melebihi 20 kg. Bagi pembungkusan secara runcit, beg plastik dan beg kertas boleh digunakan. Ia tahan disimpan selama 7 – 10 hari pada suhu 5 – 10oC dengan kelembapan relatif 90 - 95%.

ANGGARAN PENDAPATANPendapatan penanaman bendi yang ditanam di antara barisan getah bergantung kepada varieti, kualiti dan harga pasaran dan dianggarkan pendapatan adalah purata RM7,037 sehektar sepusingan.

ANGGARAN PENDAPATAN DAN KOSPENGELUARAN TANAMAN BENDI ANTARA GETAH

SEPUSINGAN SEHEKTAR

Jakarak tanaman : 11100 cm x 100 cm (1m x 1m)Kepadatan : 6,000 pokok/haMula berhasil : 45 hari selepas menanamJangka hayat : 6 bulan

PERKARA RM

Pendapatan (9,[email protected]/kg) 12,600

PerbelanjaanBahan penanaman 108Penyediaan tanah 420Penanaman 255Membaja dan mengapur 2,200Merumput 360Mengawal musuh dan penyakit 420Memungut hasil 1800 5,563Keuntungan (A-B) 7,037

*Anggaran pendapatan RM1,172.83/bulan.

Page 26: Perusahaan Cili

Oleh: MOHAMAD SUKRI HASHIM

RISDA telah melancarkan program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bermula daripada tahun 2006 lagi. Semenjak daripada

itu banyak aktiviti-aktiviti ekonomi yang diusahakan mengikut tiga bidang utama iaitu Bidang Ternakan, Bidang Ekonomi Desa dan Bidang Tanaman berjaya dilaksanakan. Mengambil kesempatan dengan aktiviti ini RISDA Daerah Sik dalam tahun 2009 telah mencuba untuk memperkenalkan projek

AET ini di bawah bidang tanaman iaitu Tanaman Cili Sistem Fertigasi. Fertigasi adalah dari perkataan Inggeris iaitu fertigation. Perkataan ini campuran dari dua perkataan iaitu ‘fertilise’ (pembajaan) dan ‘irrigation’ (pengairan). Fertigasi adalah sama kaedah mengairi dan membaja tanaman yang mana kuantiti air dan baja yang disalurkan kepada setiap

pokok adalah dikawal mengikut keperluan tanaman. Ini bagi mengelak pembaziran air dan baja. Kaedah menanam sayur fertigasi telah digunakan secara meluas di negara Belanda yang terkenal dengan pengeluaran sayuran dan buah-buahan sejak lebih 50 tahun lalu. Di Malaysia ia adalah teknologi baru. Punca utama yang melambatkan pemindahan teknologi ini kepada penanam sayur tempatan ialah kos peralatan yang tinggi dan tidak mampu dibiayai oleh mereka walaupun mereka tahu akan

kebaikan sistem ini. Projek Tanaman Cili secara Sistem Fertigasi ini dijalankan secara kumpulan di Kg. Sik Dalam, Sik Kedah dan telah mendapat bimbingan dan khidmat nasihat dari pihak RISDA Sik dan MARDI Alor Star. Tiga orang pengusaha yang dimaksudkan itu ialah:-En. Mohd.Sukri bin Md. IsaEn. Zainol bin TamEn. Burhanudin bin Mahadir Dengan cara pendekatan projek secara berkumpulan ini kita dapat

Oleh: MOHAMAD SUKRI HASHIM

RISDA telah melancarkan program

pokok adalah dikawal mengikut keperluan tanaman. Ini bagi mengelak pembaziran air dan baja. Kaedah menanam

kebaikan sistem ini.Projek Tanaman Cili secara Sistem Projek Tanaman Cili secara Sistem Projek T

Fertigasi ini dijalankan secara kumpulan

26

TANAMAN CILI SISTEM FERTIGASI MAMPU MENJANA PENDAPATAN

TAMBAHAN PEKEBUN KECIL

AET ini di bawah bidang tanaman iaitu

Fertigasi adalah dari perkataan Inggeris iaitu fertigation. Perkataan ini campuran dari dua perkataan iaitu ‘fertilise’ (pembajaan) dan ‘irrigation’ (pengairan). Fertigasi adalah sama kaedah mengairi dan membaja tanaman yang mana kuantiti air dan baja yang disalurkan kepada setiap

Page 27: Perusahaan Cili

menggemblengkan tenaga dan dapat m e n j i m a t k a n kos secara lebih ekonomik lagi. Pihak RISDA telah bantu m e n y u m b a n g k a n bantuan di bawah Program AET ini sebanyak R M 1 0 , 0 0 0 . 0 0 seorang dan jumlah keseluruhan kos bagi projek ini adalah RM30,000.00. Pihak pengusaha telah mengusahakan tanaman cili jenis Kulai King 223 & 568 di tapak tanah seluas 2 ekar beralamat di Kg. Sik Dalam, Sik, Kedah. Media tanaman adalah bahan daripada sekam bakar (yang di’stim’). Media ini diisi ke dalam beg plastik tebal (saiz 9” x 12”) yang mempunyai lubang di sekelilingnya bagi membuang air yang berlebihan dari dalam beg. Memandangkan media ini tidak dapat menyimpan air, maka sistem ini perlu diairkan 3 kali sehari (250ml) pada setiap kali termasuk baja. Keperluan air akan bertambah apabila musim kemarau dan pokok sedang berbuah. Sebanyak 1,500 pokok cili telah ditanam oleh setiap peserta di tapak yang dicadangkan berjumlah 4,500 pokok keseluruhannya. Cili adalah sejenis sayuran jenis buah. Ianya boleh dimakan mentah (ulam) ataupun dimasak sebagai penyelera makanan atau diproses menjadi makanan lain seperti sos dan cili boh. Pada hari ini bekalan cili masih berkurangan pengeluarannya di Negeri Kedah dan perlu diimport dari negeri lain termasuk Thailand. Nilai keperluan cili di Negeri Kedah adalah RM10 juta setahun dan meningkat dari masa ke semasa (maklumat dari FAMA).Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk:-1. Menyahut seruan kerajaan bahawa “Pertanian adalah

Perniagaan”.2. Tingkatkan pendapatan untuk mencapai RM 2,000.00/

sekeluarga sebulan.3. Mempelbagaikan sumber pendapatan pekebun kecil selain

daripada getah.

Sebab-sebab pemilihan projek ini dibuat adalah kerana:1. Jangkamasa tanaman yang tidak panjang ( 5 bulan)2. Pulangan hasil yang lumayan3. Permintaan yang tinggi

4. Tumpuan sepenuh masa Anggaran kos bagi setiap peserta adalah sebanyak RM10,000.00. Senarai barangan dan keperluan peralatan adalah seperti berikut:- Bagi memasarkan hasil penge luaran projek cili ini pihak pengusaha tidak terikat dengan mana-mana pemborong atau pembeli. Tujuan tidak terikat dengan pemborong atau pembeli ini kerana harga pasaran cili tidak menentu. Pernah harga cili meningkat sehingga RM13.00 sekilo dan pernah juga harga cili menurun sehingga RM1.80 sekilo. Walau bagaimanapun pemasaran tetap juga dijual kepada pemborong besar seperti di Pasar Borong Bukit Mertajam. Pihak pemborong datang sendiri ke tapak projek cili mengambilnya untuk dipasarkan di Bukit Mertajam.Pada pusingan pertama tanaman cili yang diusahakan oleh ketiga-tiga pengusaha ini agak memberangsangkan juga. Sepanjang pusingan pertama mengusahakan cili ini hasil yang diperolehi oleh ketiga-tiga pengusaha ini ialah:-En. Mohd.Sukri bin Md. Isa - 3,806 kg.En. Zainol bin Tam - 3,334 kg.En. Burhanudin bin Mahadir - 2,934 kg. Jumlah = 10,074 Kg. Purata hasil sepolybeg yang dapat dihasilkan oleh pengusaha ialah 2.3 kg/pokok.Harga purata jualan semasa pusingan pertama projek cili ini ialah RM5.00 sekilo.Oleh itu pendapatan kasar keseluruhan projek ini ialah:- 10,074 kg x RM 5.00 = RM 50,370.00

Sekarang ini pihak pengusaha telah mengusahakan Tanaman Cili Sistem Fertigasi untuk pusingan yang kedua. Modal yang diperlukan untuk mengusahakan cili bagi pusingan kedua ini adalah berjumlah RM5,000.00 bagi setiap peserta untuk 1,500 pokok. Projek Cili Fertigasi pusingan kedua ini telah pun mula mengeluarkan hasil pada 23hb. Jun 2010. Alhamdulillah harga pasaran cili pada masa sekarang ini adalah RM9.00/sekilo. Diharapkan harga ini dapat bertahan sehingga 3 bulan akan datang kerana tempoh penghasilan cili adalah selama 3 bulan. Pada keseluruhannya antara projek AET bidang tanaman yang dapat memberi pulangan yang baik kepada pekebun kecil salah satunya ialah Projek Tanaman Cili Sistem Fertigasi. Walau bagaimanapun pihak peserta perlulah mengusahakannya dengan rajin dan mengikut amalan pertanian seperti mana yang disyorkan untuk mendapatkan pulangan hasil yang lumayan.

27

menggemblengkan tenaga dan dapat m e n j i m a t k a n kos secara lebih

4. Tumpuan sepenuh masa Anggaran kos bagi setiap peserta adalah sebanyak

RM10,000.00. Senarai barangan dan keperluan peralatan adalah seperti berikut:-

Page 28: Perusahaan Cili

Kini langkah telah bermula…gabungan tiga agensi taniyang bertatih dan membesardari dua generasi pemimpin tersohorbapa dan anak yang berwawasan.

FELDA, FELCRA dan RISDAmemeta sebuah konsortium megamencanai satu perjuangandemi kebaikan warga desajuga negara tercinta.

Tanggal 23 Ogos 2009,tika kali pertama dizahirkanoleh anak sulung Almarhum Perdana Menteri keduayang kini menggalas tanggungan besarsebagai pemimpin utama negara

maka bermulalah perjalanan sebuah konsortium‘Synergy Perdana’hasil ilham pintar YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razakpemimpin 1 Malaysia yang sarat dengan iltizam.

Dan, Synergy Perdanapamacu agendaekonomi peneroka dan pekebun kecilterus sederaplebih ke hadapan, lebih bermotivasilebih berinovatif dan kreatif.

Karya:Dato’ Haji Ali Nordin bin Wahiduddin,Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan) RISDA

Synergy Perdana