26
ISI KANDUNGAN

Kk edu3083 sem7

  • Upload
    cikli7

  • View
    248

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kk edu3083 sem7

ISI KANDUNGAN

Page 2: Kk edu3083 sem7

PENGHARGAAN

Page 3: Kk edu3083 sem7

PENDAHULUAN

Page 4: Kk edu3083 sem7

1.0 KONSEP KEGURUAN

1.1 PROFESIAN

Dalam mencapai misi Nasional, Pendidikan adalah merupakan salah satu faktor penting

bagi tujuan tersebut. Bagi menjayakan misi dalam memertabatkan profesion keguruan, guru

adalah merupakan tunjang sebagai penjana dan pencetus bagi merealisasikan matlamat

tersebut. Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.

Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara

dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala

pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala

keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau

tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran

dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

1.2 ETIKA

1.3 AKAUNTABILITI

Definisi Akauntabiliti Melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, akuantabiliti adalah

disimpulkan adalah merupakan satu dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau

kesusilaan .Sementara kamus dewan edisi keempat pula menyatakan, akauntabiliti

bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap suatu tindakan,

keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi yang

diperlukan. Sebagai contoh, seorang guru mengutip yuran daripada pelajarnya perlu

menjelaskan butiran-butiran yang hendak dikutip dengan jelas kepada pelajar. Sebagai

Page 5: Kk edu3083 sem7

seorang guru yang berkualiti mestilah mempunyai ciri-ciri akauntabiliti yang tinggi

supaya dapat membina generasi baru yang berguna dan berwibawa. Dengan ini barulah

bidang perguruan dapat membantu atas perkembangan negara. Akauntabiliti adalah

satu proses mendatangkan keputusan maksimum. Akauntabiliti pendidikan bermakna

sistem pendidikan yang dibentuk adalah bertanggungjawab untuk mencapai objektif-

objektif pendidikan. Secara lebih luas lagi, akauntabiliti merupakan satu laporan umum

oleh satu kumpulan pemeriksa bebas tentang pencapaian pelajar yang diharapkan bagi

sesuatu perbelanjaanwang atau penggunaan sumber. Akauantabiliti bermaksud maklum

balas dan merupakan keuntungan pelajar secara berseorangan.Sekolah sepatutnya

mempunyai intensif untuk membolehkan setiap pelajar mencapai kejayaan dan pelajar

berhak menuntut ganti rugi jika pihak sekolahgagal. Tujuannya ialah mengekal dan

memajukan sistem pendidikan dan menyediakan maklumat untuk menunjukkanusaha.

Implikasinya Terhadap Akauntabilti Guru a) Akauntabiliti terhadap diri sendiri Seorang

guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas

sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan

juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu

tugasnya. Di samping itu, guru-guru juga akan mempunyai sikap yang positif terhadap

profesionnya. Guru harus mementingkan kebajikan pelajar daripada perkara lain. Guru

perlu memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah, menyediakan tugasan yang lebih

mencabar kepada pelajar yang cemerlang supaya mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran. Guru bersikap adil. Guru membantu pelajar-pelajarnya tanpa mengira

kaum, bangsa, status sosio ekonomi. Guru juga harus mempunyai sikap yang tegas

dengan memberi hukuman atau ganjaran dengan sesuai. Yang penting, guru harus

mempunyai tingkah laku yang sesuai. Antara tingkah laku yang sesuai ialah

bertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar, jujur, bersih dan menepati masa dan

sebagainya. Dengan ini, barulah guru dapat menjadi teladan baik yang dapat dipelajari

oleh pelajar-pelajarnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan

kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini

adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi

masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di

sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.

dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya

mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh

melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh

Page 6: Kk edu3083 sem7

menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Di samping itu juga, sebagai

seorang guru haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada pelajarnya. Oleh itu,

melalui kod etika, guru akan berusaha meningkatkan pengetahuan diri. Guru harus

menguasai subjek yang diajar degan mendalam dan mahir. Pengajaran tidak dapat

diasingkan daripada pembelajaran. Guru harus belajar tentang bidang pengajarannya

dengan lebih mendalam pada setiap masa. Melalui kod etika tersebut guru akan

mempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak. Guru akan mempunyai pengetahuan

psikologi tentang kanak-kanak, iaitu tingkah laku, minat, bakat, minat-minat dan

keperluan kanak-kanak. Selain daripada itu, guru juga harus mempunyai pelbagai

kemahiran yang tertentu. Antaranya ialah kemahiran unutk menyampaikan pengajaran

yang berkesan, kemahiran mengemukakan soalan, menggunakan contoh-contoh,

kemahiran menyediakan soalan-solan yang baik, kemahiran melibatkan semua pelajar

dalam pelajaran, kemahiran pengurusan bilik, kemahiran mengawal disiplin pelajar dan

sebagainya. Pelbagai kemahiran patut dimiliki oleh gurusupaya pelajar-pelajarnya dapat

mengaplikasikan kemahiran mengguna, menganalisis, membuat sintesis serta penilaian,

aktiviti pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, pelajar-pelajarnya dapat menyerap

ilmu pengetahuan dengan berkesan dan dengan cara yang menarik. Hal ini disebabkan

guru dapat memahami kebolehan dan minat setiap pelajarnya supaya guru dapat

menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi setiap pelajar mengikuti tahap yang

berbeza. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan menarik dan dapat

menikmati kejayaannya. Selain itu, melalui Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang

mata pelajaran yang diajar dan kaedah mengajar yang sesuai supaya pelajarnya boleh

mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan. Setiap matapelajaran mempunyai

kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah mengajar yang berkesan akan mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran di samping pelajar yang lemah juga mendapat

manfaatnya dan guru juga perlu mengambilkira keperluan-keperluan pelajar yang

cerdas supaya mereka tidak berasa bosan. Sebagai seorang guru yang professional

perlu memiliki kefahaman yang mendalam tentang tugasnya. Guru perlu mempunyai

kefahaman terhadap pelajar-pelajarnya, kefahaman tentang mata pelajaran yang diajar

serta kefahaman terhadap diri sendiri. Guru mempunyai kefahaman yang mendalam

tentang tugasnya supaya proses pengajaran dapat dijalan dengan lancar,berupaya

meneliti sesuatu konsep dari suatu perspektif yang lebh luas danmengawal emosi

sendiri dengan baik. b) Akauntabiliti Terhadap Pelajar Guru bertanggungjawab

melengkapi pelajar-pelajarnya dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya mereka dapat

Page 7: Kk edu3083 sem7

lulus dalam peperiksaan di samping memperkembangkan diri sendiri dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dengan sempurna. Guru juga bertanggungjawab menwujudkan

suasana emosi bilik darjah yang tenang supaya pelajarnya dapat kestabilan emosi.

Sebagai seorang guru yang professional, akauntabiliti terhadap pelajar ialah lebih

mementingkan kebajikan pelajarnya daripada hal-hal lain. Pembentukan akhlak pelajar

yang baik merupakan tanggungjawab seorang guru. Penerapan nilai-nilai murni dan

pendidikan agama dapat meninggikan taraf akhlak pelajarnya. Guru juga perlu melatih

pelajarnya dapat bersosialisasi dengan baik supaya pelajarnya dapat berkomunikasi

dengan orang lain dengan baik. Perkara ini dapat dilatih melalui aktiviti-aktiviti

kokurikulum di dalam sekolah dengan menyertai persatuan, unit-unit beruniform dan

sukan. Maka aktiviti kumpulan di dalam kelas juga dapat membantu pelajar

meningkatkan sosialisasi pelajarnya. c) Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa Sebagai ibu

bapa, mereka pasti mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik

dalam akademik. Oleh itu, mereka akan menginginkan guru-guru anak mereka dapat

meningkatkan prestasi akademi anak-anaknya. Ibubapa mengharapkan nilai-nilai murni

dapat diterapkan semasa mereka belajar didalam kelas sepanjang masa. Apabila anak-

anak mereka besar nanti akan menjadi seorang yang bertanggungjawab, berinisiatif,

proaktif serta bersedia untuk menghadapi segala cabaran hidup. Selain itu, ibu bapa

juga mengharapkan guru dapat membantu anak-anak mereka membina kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran membaca pantas serta mencari dan memilih

maklumat, patriotik, kemahiran tentang bidang teknologi maklumat serta kemahiran dari

aspek interpersonal supaya pelajar dapat membuat keputusan dengan bijak serta

intrapersonal supaya pelajar dapat mengawal emosinya dengan baik. Di samping itu, ibu

bapa mengharapkan guru dapat menjadi kaunselor anak-anaknya. Untuk itu seorang

guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk

mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Bagi pelajar yang lebih lemah, guru harus

lebih memberi tumpuan kepadanya supaya mereka dapat menguasai konsep-konsep

yang ingin disampaikan. Bagi pelajar yang cemerlang juga perlu diberi perhatian.

Merekaperlu diberi latihan yang lebih mencabar supaya tidak berasa bosan terhadap

akademik. Ibu bapa juga mengharapkan anak mereka bersopan-santun. Guru perlu

mengendalikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kepada ibu

bapanya. Misalnya masalah berbentuk akademik, sosio emosi dan sebagainya. Guru

harus membudayakan seluruh kehidupannya yang positif supaya murid memperohi

Page 8: Kk edu3083 sem7

model yang terbaik untuk dicontohi. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang

yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga

profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di

hormati lagi oleh anak muridnya. d) Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan

Setiap program yang direncanakan melalui program pendidikan adalah berasaskan

kepada kecemarlangan keseluruhan pelajar (JERI). Oleh itu, guru perlu memastikan

aktiviti program pendidikan dijalankan dengan berkesan supaya dapat mencapai

matlamat-matlamat program pendidikan. Dengan ini pelajar akan menjadi berbudi

pekerti, berpandangan progresif dan saintifik, berdisiplin serta bersedia menjunjung

aspirasi negara dapat dibentuk. Tugas guru ialah mengajar, membimbing, memberi

dorongan kepada pelajar supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu

guru haruslah sentiasa memberi sokongan yang sepenuhnya bagi memastikan setiap

program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan berjalan lancar dengan jayanya.

e) Akauntabiliti Guru Terhadap Negara Sistem pendidikan negara adalah satu institusi

yang menjalankan dasar dalam membentuk generasi bagi menghasilkan tenaga pekerja

mengikut keperluan-keperluan negara. Kurikulum yang digunakan seharus bersepadu

supaya perkembangan individu akan menjadi seimbang melalui sistem persekolahan.

Setiap guru telah diamanahkan bagi menjayakan dasar ini dan diberi imbuhan yang

setimpal dengan kerjayanya. Oleh itu, mereka bertanggungjawab untuk menjawab atau

memberi penerangan kepada atas segala kegagalan atau kelemahan kepada

negaranya. Guru perlu memberi penjelasan kepada kerajaan jika kegagalan

menyempurnakan sesuatu perkara.

1.4 PROFESIONALISME

Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep

profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang

mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu . Untuk menjadi seorang yang

profesional haruslah bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta

mempunyai outonomi bertugas dengan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh

organisasinya

2.0 GURU SEBAGAI SEORANG YANG PROFESIONAL

Kualiti Guru Yang Profesional merupakan perkerjaan yang khusus dimana ia dilaksanakan

oleh seseorang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dam latihan ikhtisas

Page 9: Kk edu3083 sem7

yang cukup bermutu. Tugas guru bukan sahaja menyebar ilmu pengetahuan. Guru juga

merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu,seorang guru yang profesional

seharusnya mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik.

Seorang guru yang bersifat baik akan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai

pendidik dan pengajar.Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti

peribadi seperti suka berjenaka, dedikasi, baik hati, tegas, toleransi dan sebagainya. Pelajar

menghabiskan tempoh hampir enam jam di bilik darjah, masa yang begitu panjang di dalam

bilik darjah akan membawa kebosanan kepada para pelajar. Jadi guru harus bijak berjenaka

pada masa yang sesuai untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang gembira agar

menghilangkan kebosanan murid-murid di bilik darjah.

Selain itu, suasana yang riang ini juga membawa kesan yang baik kepada pengajaran

dan pembelajaran.Ia akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik. Guru

merupakan pendidik atau pengasuh kanak-kanak agar mereka akan menjadi modal insan

dan memberi sumbangan kepada negara. Kelahiran generasi baru yang berkaliber ini

adalah untuk memajukan negara kita dalam setiap bidang dan menuju Wawasan 2020.

Guru juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Pendekatan individu

merupakan komponen kemahiran dan teknik personal pada seseorang guru semasa proses

interaksi berlaku antara guru dan pelajar. Kebolehan guru bagi mewujudkan persefahaman

dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar dengan mengambil kira beberapa

aspek. Ciri-ciri personal guru yang digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan

lebih mudah diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya

memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah.

Pada umumnya, pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri personal

yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting

bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajar-

pelajar. Di antara ciri-ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah mempunyai sifat sabar,

tenang, dedikasi, periang, bertimbang rasa, adil, rajin.mesra, kreatif, inovatif, kesediaan

mendengar kritikan dan teguran. Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk

personaliti seseorang guru. Guru perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian,

kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu

tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai

perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang melampau mencerminkan

keperibadian guru tersebut. Cara duduk guru turut mendapat permerhatian pelajar di

Page 10: Kk edu3083 sem7

sekolah. Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran

dan pembelajaran.Sekiranya guru berada dalam posisi duduk, pastikan tidak terlalu

menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan

bagi menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru

digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi ini akan membolehkan guru

melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh guru itu.

Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan pelajar.

Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru sama ada dalam

keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat dengannya. Biasanya

tahap tenaga akan memberi kesan pada hubungan yang dibina bersama pelajar. Guru yang

dalam keadaan bersemangat akan mengajar dengan bersemangat juga dan secara tidak

langsung akan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk

terus belajar setelah melihat kesungguhan guru semasa mengajar. Keberkesanan dalam

usaha mengajar dan mendidik pelajar mungkin mempunyai pengertian yang berbeza di

kalangan para guru. Ini adalah bergantung kepada kefahaman dan penekanan mereka

mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang mengutamakan penguasaan pelajar mengenai

isi pengajaran dan pembelajaran manakala ada juga guru yang berpendapat pengajaran

yang berkesan membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan perkembangan sosial

pelajar yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai sikap yang positif

mengenai diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru berpendapat

bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di antara

kemajuan pemikiran dan perasaan dan di antara penekanan kepada isi mata pelajaran dan

pelajar.

Personaliti guru merupakan di antara faktor-faktor guru yang memainkan peranan

penting dalam pengajaran yang berkesan atau tidak di sekolah. Besar kemungkinan

bahawa dua orang guru yang mempunyai kelulusan akademik yang sama, dan latihan

perguruan yang serupa masih berbeza dari segi kebolehan mereka, menggalakkan motivasi

pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian daripada perbezaan itu adalah disebabkan oleh

kesan atau pengaruh personaliti guru terhadap pelajar. Aspek tingkah laku guru tanpa lisan

dan aspek fizikal turut memainkan peranan dalam mewujudkan proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku dengan baik. Keadaan serta lokasi bilik perlu dipastikan sesuai dan

sekiranya komunikasi bersifat serius,ianya perlu mengambil kira beberapa keadaan seperti

keadaan dan lokasi bilik yang selesa, suasana tidak terlalu sejuk ataupun panas dan

Page 11: Kk edu3083 sem7

kondusif. Bagi membina hubungan yang berkesan adalah digalakkan supaya duduk di atas

kerusi secara berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang membolehkan guru dapat

melihat keseluruhan posture (kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar. Guru

juga perlu memastikan ruang komunikasi tidak terlalu dekat ataupun tidak terlalu jauh iaitu

kira-kira sedepa tangan guru atau antara 1 meter hingga 1.5 meter dengan pelajar bagi

mewujudkan kontek atau hubungan mata yang sesuai. Dari aspek tingkah laku tanpa lisan

pula, guru perlu membentuk ekspresi wajah, kedudukan dan pergerakan badan yang sesuai

ketika proses pengajaran. Guru perlu membentuk item-item tanpa lisan seperti ekspresi

wajah, mimik muka, sinaran ataupun pandangan mata, kedutan dahi, bentuk senyuman dan

kedudukan serta pergerakan tubuh badan seperti pergerakan tangan dan kaki serta suara

separa bahasa. Guru yang baik juga perlu mengetahui aspek-aspek komunikasi dan tingkah

laku tanpa lisan kerana mesej-mesej yang lahir daripadanya boleh memberi makna-makna

tertentu kepada guru. Ekspresi wajah guru pula menunjukkan guru dalam keadaan gembira,

marah, terperanjat, sedih dan sebagainya dengan kombinasi pergerakan mata, kening, pipi,

hidung dan mulut.

Bagi pelajar yang memahami pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh

menggambarkan marah, kurang bersedia, rasa tidak selamat dan defensive. Pergerakan

yang berjalan ke hulu dan ke hilir menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah,

gelisah dan bimbang. Manakala pergerakan yang mengangkat bahu mambawa maksud

ragu-ragu dan tidak tahu. Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi

suara seperti mengecis, menarik ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara

ataupun pic suara yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini

mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh

guru. Menurut Mel Silberman(2004) kecenderungan seseorang pelajar lupa tentang apa

yang didengarinya adalah berkaitan dengan kelajuan seseorang guru, ini menunjukkan

pelajar hanya berupaya mendengar antara 50 hingga 100 patah perkataan sahaja dalam

masa seminit atau pun separuh daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Ini menunjukkan

tahap pemahaman pelajar banyak bergantung kepada kelajuan percakapan guru ketika

mengajar. Personaliti ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan amalan yang biasa

dilakukan oleh individu dan masyarakat setempat.

Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu guru menafsir dan

membuat penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar. Ianya juga

dapat membantu guru memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar berkaitan

Page 12: Kk edu3083 sem7

maklumat yang diterimanya bagi membuat rumusan ataupun cadangan. Setiap individu

yang bergelar pendidik, perlu membina hubungan interpersonal bagi mewujudkan

persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar iaitu mengambil kira

beberapa aspek positif seperti prihatin, mengambil berat, mesra,ikhlas dan mempunyai

sikap menerima. Kebolehan-kebolehan ini juga memerlukan beberapa kemahiran tertentu

bagi memastikan hubungan yang diterima berada di tahap situasi yang diterima baik dalam

hubungan sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa untuk menyesuaikan

diri dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu menanamkan sifat ini di

hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari masa ke semasa

mengikut pengalaman guru itu berkhidmat. Personaliti guru mudah dikenali oleh masyarakat

umumnya. Personaliti guru ini tidak dididik secara formal sewaktu kita belajar di Maktab

Perguruan atau di Universiti tetapi pada hakikat sebenarnya profession sebagai pendidik

membentuk personaliti guru sebenarnya.

Guru harus mengekalkan personaliti yang diterapkan sejak dari dulu lagi. Biarlah

walaupun seseorang itu tidak memperkenalkan dirinya sebagai seorang guru, tetapi ianya

tetap dikenali sebagai seorang guru berdasarkan penampilan dan perwatakan seorang

guru. Kesemua sifat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang guru ini amat

penting dimiliki oleh guru-guru untuk melayakkan mereka menjadi pendidik yang berwibawa

dan dapat mencorakkan prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat ini akan dapat

mencorakkan kualiti personal yang berkesan untuk menangani pelbagai masalah,

perubahan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan dalam dunia profesion perguruan yang

mengalami perkembangan yang terbuka dan dinamik. Personaliti guru sentiasa mendapat

perhatian dari anak didik dan secara tidak langsung masyarakat membuat penilaian

terhadap guru. Kepercayaan masyarakat terhadap profesion pendidikan banyak dinilai dari

sikap dan tingkah laku seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen

persefahaman serta rasa mempercayai adalah mustahak bagi menjayakan hubungan

berkesan di antara guru, pelajar dan ibubapa. Ini penting ini bagi memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung

membantu pelajar minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada palajar. Di

samping itu guru memerlukan satu pengorbanan. Kepentingan individu sentiasa diketepikan

berbanding dengan kepentingan pelajar. Sifat dedikasi guru amat diperlukan. Guru yang

berdedikasi akan melaksanakan tugasnya dengan sempurna, malah akan menjalankan

pelbagai tugas di luar waktu kerjanya. Kejadian ini akan berlaku semasa pelajarnya

menghadapi masalah.

Page 13: Kk edu3083 sem7

Guru sanggup mengorbankan masanya untuk mendengar kesusahan murid itu dan

membantunya dengan mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang lebih lemah dalam

pelajaran. Guru yang berdedikasi akan meluangkan masanya untuk mengadakan aktiviti-

aktiviti yang luar kelas untuk membantu pelajar dari segi fizikal, rohani dan emosi. Di

samping itu, sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh para

pelajar. Guru yang bertimbang rasa akan memberi murid-murid belajar dalam suasana yang

tenteram, yakin dan senang hati.Sebaliknya, guru juga berperanan sebagai seorang

pendisiplin dalam bilik darjah. Di dalam kelas, guru mestilah menjamin peraturan-peraturan

dapat dipatuhi oleh pelajar. Bagi mewujudkan disiplin pelajar yang baik, guru yang tegas

tetapi adil amat diperlukan bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran guru dalam

kelas. Semasa menjalankan tugas, guru akan menghadapi pelbagai jenis masalah disiplin,

pelajar yang lemah dalam akademik dan sebagainya. Pada masa itu, sifat toleransi amat

diperlukan. Sekiranya guru kurang bertoleransi akan bertindak terburu-buru dalam

menyelesaikan masalahitu. Misalnya, semasa menghadapi masalah disiplin, guru mungkin

akan menghukum pelajar berkenaan tanpa membuat penyiasatan dalam kes terseut.

Tindakan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati atau benci terhadap guru. Guru

yang bertoleransi pula akan menghadapi setiap masalah dengan penuh sabar. Guru akan

berusaha memahami setiap masalah yang ditimbul dan berfikir sebelum mengambil sesuatu

tindakan. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan salah satu syarat bagi seorang

pendidik. Seorang guru yang profesional akan membentuk pelajar yang pintar serta

pengajaran dan pembelajarannya adalah berkesan. Guru sebagai seorang profesional

hendaklah peka terhadap kebolehan, keperluan-keperluandan minat seseorang pelajar.

Contohnya, apabila timbul situasi yang bosan, guru harus peka terhadap situasi ini dan

berusaha menghilangkan kebosanan dalam bilik darjah. Selain itu, dalam aktiviti seharian di

kelas, terdapat pelajar yang bertindak aktif, ada yang pasif atau pemalu. Guru yang peka

patut berusaha melibatkan pelajar yang malu dalam aktiviti supaya pelajar boleh

berkomunikasiantara satu sama lain. Bagi setiap profesional, sifat dedikasi juga salah satu

sifat yang penting. Guru yang berdedikasi tentu akan menjalankan tugasnya dengan

sempurna dan memainkan peranannya sebagai seorang pendidik. Tambahan pula, guru

yang berdedikasi akan mementingkan tugasnya daripada perkara-perkara

peribadinya.Seseorang guru yang profesional sedar tentang keperluan-keperluan

kebangsaan. Keperluannya seperti perpaduan negara, warganegara yang taat setia kepada

raja, semangat patriotik, mematuhi undang-undang dan sebagainya. Guru yang kerap

mengingati keperluan ini akan berusaha ke arah memenuhinya. Sebagai contoh, bagi

Page 14: Kk edu3083 sem7

memenuhi keperluan perpaduan negara, guru sentiasa memastikan aktiviti kurikulum atau

kokurikulum adalah disertai oleh pelajar daripada pelbagai kaum. Selain itu, guru yang ingin

menjadi pelajarnya warganegara yang taat setia kepada raja dan mencintai negara akan

menerapkan nilai-nilai dalam pengajarannya. Seseorang profesional hendaklah sentiasa

memperkenalkan sesuatu yang baru. Guru yang inovatif akan berusaha mencuba strategi

pengajaran yang baru atau alat-alat bantu mengajar yang baru dan inovasi. Guru juga harus

sentiasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dengan menghadiri kursus-kursus, taklimat

atau seminar yang berkaitan dengan pengajaran. Dalam zaman era globalisasi ini, guru

yang inovatif memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

seharian. Selain daripada ciri-ciri dan kualiti peribadi dan profesional, sifat dan kualiti sosial

juga sangat penting. Antaranya ialah bermoral, sifat kepimpinan,berbudi pekerti, merendah

diri dan lain-lain lagi. Guru hendaklah memainkan peranan untuk menyebarkan nilai-nilai

murni kepada pelajar. Oleh itu, guru yang bermoral tinggi mestilah menjadi contoh pelajar.

Guru dapat mempraktikkan nilai-nilai murni dalam aktiviti-aktiviti seharian dengan

mengadakan kerja kumpulandan nilai-nilai tolak ansur, bekerjasama, tolong-menolong,

bertoleransi dansebagainya. Dengan ini, semua nilai-nilai murni dapat ditekankan dengan

lebihberkesan berbanding dengan penerangan nilai-nilai tersebut. Dari segi sosial,sifat

kepimpinan harus ditonjolkan oleh guru di dalam kelas. Guru merupakan pemimpin dalam

kelas kerana guru bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti gotong-

royong, kempen-kempen dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin, guru harus

membuat rancangan secara teliti dan memastikan aktiviti dijalankan dengan lancar dan

berjaya. Setiap kegiatan yang dijalankan mempunyai tujuannya, jadi guru mestilah

menjelaskan tujuan dan cara pelaksanaannya.Sebagai seorang guru yang berjaya, guru

diharapkan dapat menonjolkan sifat budi pekerti. Ini termasuklah kelakuan guru yang

bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau pelajarnya. Sifat ini

sangat pentingbagi seorang guru kerana sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi

oleh orang ramai begitu juga dengan murid-muridnya. Selain itu, sifat merendahkan diri

akan disenangi oleh orang ramai. Tiada orang suka bergaul dengan orang yang sombong,

terutamanya guru. Guru tidak boleh mempunyai sifat sombong kerana guru merupakan

teladan bagi pelajar. Oleh itu, sifat merendah diri perlu ada pada seseorang guru.Secara

umumnya, guru yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi,profesional dan sosial akan

disanjungi dan dihormati oleh orang ramai dan pelajarnya. Guru adalah merupakan seorang

pendidik dan bertanggungjawab bagi menyebarkan ilmu pengetahuan dan peliti untuk

murid-murid. Hanya guru yang memiliki sifat ini dapat melaksanakan tugas serta

Page 15: Kk edu3083 sem7

kewajipannya dengan sempurna. Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba

tahu. Guru diharapkan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari

penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar

kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang

dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan raya dan cara-cara

memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk

menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang,

dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi

pemandu kelak. Melalui pembacaan guru dapat menambah pengetahuan mengenai isu-isu

semasa sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan , komuniti, isu semasa, ekonomi

dan juga politik. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan

dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan

dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan system pendidikan yang semakin mencabar

ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang

terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-

nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk

menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa

hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang

disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu. Sebagai

seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan

amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara

ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus

diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada

perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah sentiasa berminat untuk

berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-

kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan

Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti

Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme

Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk

mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian

mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong

usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan

paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul

Page 16: Kk edu3083 sem7

Hamid,1998) Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat

sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan

sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu

keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara

yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru

untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja

perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi

jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam

pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. Untuk itu sebagai

melengkapkan ciri-ciri kualiti guru yang profesional, guru adalah merupakan individu yang

berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta mampu berfikir secara

kritis dan kreatif dalam pelbagai perkara. Penutup Dengan memahami dan menghayati

makna sebenar guru satu profesion yang terangkum di dalamnya konsep etika perguruan

dan akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan

etika perguruan haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap

profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru

dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan

dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya

terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan

sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang

pendidik dengan berkesan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan

bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap

kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih

bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Peningkatan dalam

bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan

meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan

tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu

tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada etika perguruan akan

menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di

laksanakannya. Oleh yang demikian, etika perguruan perlulah dihayati oleh semua guru.

Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan etika perguruan , maka tanggungjawabnya tidak

dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-

citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan

yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

Page 17: Kk edu3083 sem7

KESIMPULAN

Pemimpin sekolah perlu memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional selain daripada

mengurus dan mentadbir sekolah. Tugas utama seseorang pemimpin instruksional ialah

Page 18: Kk edu3083 sem7

memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah terjamin dan dipertingkatan secara

berterusan. 

Menurut Brooke Willaims, seorang pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai ciri-ciri

berikut:

1. Menilai pengajaran guru dan memberi maklum balas yang jujur, tulus dan ikhlas kepada guru

supaya keberkesanan PDP ditingkatkan. 

2. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang PDP.

Mereka tahu apa yang diperlukan untuk pembangunan profesional guru. Mereka jiga tahu apa

yang diperlukan oleh murid-murid untuk belajar dengan berkesan. Bidang pengetahuan

pemmpin instruksional memliputi kurikulum yang dilaksanakan di sekolah, model PDP dan

pendekatan penyliana dan penilaian yang berkesan. 

3. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.

Mereka boleh memotivasikan anggota pasukan untuk berusaha ke arah yang dipimpinnya.

Kemahiran interpersonal yang baik membolehkan pemimpin sekolah memujuk, memberi

rangsangan dan mewujudkan semangat kerja sepasukan dalam semua lapisan sekolah. 

4. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai visi dan matlamat yang jelas dan mampu

berkongsikan visi itu kepada pasukan yang dipimpinnya. 

Konsep kepemimpinan instruksional dimasyurkan pada awal tahun lapan puluhan, berdasarkan

dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berkesan biasanya dipimpin oleh guru

besar atau pengetua yang peranan pemimpin instruksional yang tidak menumpukan semua

masa dan tenaga pada hal-hal pengurusan rutin dan pentadbiran sahaja (Brookover & Lezotte,

1982).  

Michael Fullan, seorang pendidik terkenal di Kanada, mengatakan bahawa penekanan pada

peranan pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional ialah faktor utama yang

meningkatkan kadar pembelajaran murid-murid sekolah (Fullan, 2002). 

Page 19: Kk edu3083 sem7

Newmann, King and Young (2000) menyatakan bahawa sekolah di mana murid-muridnya

menunjukkan prestasi yang tinggi ialah sekolah yang memberi pengajaran yang berkualiti.

Faktor kritikal yang menyumbang kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran sesebuah

sekolah ialah kapasiti sekolah.  Menurut Newmann, King and Young, pembangunan kapasiti

sekolah bergantung pada pemimpin yang memberi penekanan untuk membangunkan

kompetensi, pengetahuan dan kemahiran guru, mewujudkan komuniti profesional dalam

kalangan guru, memastikan kepaduan program (program coherence) yang dilaksanakan di

sekolah dan membangunkan sumber teknikal yang diperlukan bagi menyokong proses

pembelajaran dan pengajaan di sekolah berkaitan.   Dengan lain kata, sekolah yang berkualiti

dari segi pengajaran dan pembelajaran dipimpin oleh pemimpin instruksional yang berkesan.