Upload
independent
View
1
Download
0
Embed Size (px)
APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
MUSLIHA SALMA BT MOHD RADZI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya MUSLIHA SALMA BT MOHD RADZI ___________
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: DR. YAHYA BIN BUNTAT Blok 3B-T.01-U.09, (NAMA PENYELIA) Presint 9,62250 Putrajaya Tarikh:___________________ Tarikh: ____________________
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YAHYA BIN BUNTAT
Tarikh :
i
APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH
MUSLIHA SALMA BT MOHD RADZI
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penyelia : MUSLIHA SALMA BT MOHD RADZI
Tarikh :
iii
DEDIKASI
“Syukur kehadrat Ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan demi menperoleh kejayaan dunia dan
akhirat.”
KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA ……..
buat babah dan mama yang disanjung dan disayangi,
Mohd Radzi b. Ain dan Salbiah Bt Ibrahim
Jasa dan usaha pengorbananmu sumber kejayaanku.
buat adik beradik yang tersayang,
Kakakku Musfirah Salma
Abangku Mohd Saufi
Adik-adikku,
Musliyana Salma, Mohd Syaffiq, Mursyida Salma, Mohd Syaszuwan
Segala sokongan dan dorongan kalian adalah sumber kekuatanku.
buat teman seperjuangan yang dihormati,
Semua warga 4 SPA
Terima kasih diatas sokongan yang tidak terhingga. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua…InsyaAllah.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala
pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasullullah
s.a.w.
Alhamdullillah, berkat rahmat dan keizinan- Nya yang telah memberi
semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini
bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Kejuruteraan Awam.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga kepada PM Dr Yahya bin Buntat selaku pensyarah
pembimbing projek di atas segala bimbingan, nasihat, pandangan, tunjuk ajar dan
sokongan yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Sekalung penghargaan tidak terhingga warga 4 SPH yang telah sudi memberi
kerjasama sewaktu kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada bekas penasihat
akademik, En Kamalul Arifin bin Subari di atas pendapat dan sokongan yang tidak
terhingga.
Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
Akhir kata semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat dan rezeki ke atas
mereka di dunia dan akhirat.
v
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi
kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas
reka cipta yang diperoleh di kalangan pelajar-pelajar tahun empat Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. Seramai 73 orang pelajar yang menjalani kaedah pembelajaran
berasaskan masalah dalam subjek reka cipta dan kini berada di semester akhir
pengajian telah terlibat sebagai sampel kajian. Antara kemahiran berfikir aras tinggi
yang di kaji ialah kemahiran berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran belajar dan kemahiran membuat keputusan. Set soal selidik skala Likert
lima mata telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item
soal selidik adalah α = 0.904. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan
kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan keseluruhan
elemen kemahiran berfikir aras tinggi berada pada tahap yang tinggi. Ini
menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi diaplikasikan melalui pembelajaran
berasaskan masalah dalam subjek reka cipta. Beberapa cadangan dikemukakan bagi
memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.
vi
ABSTRACT
This descriptive study was carried out with purpose to identify the application higher-
order thinking skill through problem based learning in invention class among students in
Bachelor of Technology with Education (Living Skill) from Faculty of Education University
Technology Malaysia. The respondents for this study consisted of 73 students who have
undergone problem-based learning approach in invention class who are currently in their final
semester. This research focuses on the higher-order thinking skill in term of critical thinking
skill, problem solving skill, learning skill, and decision skill. A set of questionnaire was used
as the research instrument. The reliability value for the questionnaire items was α = 0.904.
The result of this study was analyzed using the Statistical Packages for Social Science (SPSS)
version 15.0 software to obtain the frequency, percentage and mean. Outcome of this study
showed that all of the elements in the higher-order thinking skill are at the high level.
Therefore indicates that the higher-order thinking skills were applied through problem-based
learning in invention subject. Several suggestions were forwarded to possible further studies
can be carried out.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Skop kajian 13
1.8 Batasan Kajian 14
viii
1.9 Definisi Istilah 14
1.8.1 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 14
1.8.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah 14
1.8.3 Reka cipta 15
1.8.4 Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan(Kemahiran Hidup) 15
1.9 Rumusan 16
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 17
2.1 Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(higher order thinking skill) 17
2.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam
Kemahiran Generik di UTM 23
2.3 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dari Perspektif
Majikan 24
2.4 Kemahiran Berfikir Kritikal 25
2.5 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 28
2.6 Kemahiran Belajar 29
2.7 Kemahiran Membuat Keputusan 31
2.8 Pembelajaran Berasaskan Masalah 32
2.9 Reka Cipta 38
2.10 Kajian-kajian Lepas 40
2.11 Rumusan 44
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 45
3.2 Rekabentuk Kajian 45
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 46
3.4 Instrumen Kajian 47
ix
3.5.1 Bahagian A 47
3.5.2 Bahagian B 48
3.5 Prosedur Kajian 49
3.6 Kajian Rintis 50
3.8.1 Kesahan Soal Selidik 51
3.8.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 51
3.7 Analisis Data 53
3.8 Rumusan 54
BAB 4 : ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 55
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 56
4.2.1 Jantina 57
4.2.2 Umur 57
4.2.3 Bangsa 58
4.3 Bahagian B: Analisis Data Persoalan Kajian 58
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 59
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 61
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 64
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 67
4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 70
4.5 Penutup 71
BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Perbincangan Kajian 72
5.2.1 Bahagian A - Perbincangan Latar Belakang
Responden 72
x
5.2.2 Bahagian B - Perbincangan Persoalan
Kajian 73
5.2.2.1 Aspek Kemahiran Berfikir Kritikal 73
5.2.2.2 Aspek Kemahiran Menyelesaikan Masalah 75
5.2.2.3 Aspek Kemahiran Belajar 77
5.2.2.4 Aspek Kemahiran Membuat Keputusan 79
5.3 Rumusan Kajian 80
5.4 Cadangan Kajian 81
5.4.1 Pelajar 81
5.4.2 Jabatan Teknik dan Vokasional 82
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82
5.6 Kesimpulan 83
BIBLIOGRAFI 84
LAMPIRAN A-B 94
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Kemahiran ‘employability’ menurut
Robinson
2.1 Kemahiran berfikir aras tinggi dari
2
perspektif majikan menurut Cotton 24
3.1 Taburan Item Mengikut Setiap Faktor
Demografi Responden 49
3.2 Pembahagian Item Soal Selidik Bahagian
B Mengikut Persoalan Kajian 49
3.3 Markat Skala Likert 5 Mata 50
3.4 Pekali Alpha Cronbach 53
3.5 Skala pemeringkatan 54
3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 54
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 57
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 57
4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Bangsa 58
4.4 Jadual Skala Likert 5 Peringkat ditukar menjadi
3 peringkat 59
4.5 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 59
4.6 Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran
Berfikir Kritikal 60
4.7 Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran
Menyelesaikan Masalah 63
4.8 Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran
Belajar 66
xii
4.9 Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran
Membuat Keputusan 69
4.10 Taburan Peratusan Responden Secara
Keseluruhan Persoalan Kajian 71
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
PBM - Pembelajaran Berasaskan Masalah
PBL - Problem Based Learning
KBKK - Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
BPG - Bahagian Pendidikan Guru
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
IPT - Institut Pengajian Tinggi
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
f - Kekerapan
% - Peratus
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
Lampiran A Set Soal Selidik 95
Lampiran B Nilai Alpha Cronbach 99
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Generasi muda yang berpendidikan sekarang merupakan pelapis negara pada
masa akan datang bagi meningkatkan ekonomi negara dengan kemahiran-kemahiran
yang ada. Menurut Rajendran (2001), kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada
tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Untuk mencapai
matlamat ini, pekerja yang mahir perlu mempunyai kemahiran berfikir pada aras tinggi
di samping menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi (Selva Ranee,
2007).
Dalam proses mencapai hasrat ini, sistem pendidikan di Malaysia kini lebih
menekankan aspek kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Ini jelas tertera dalam
Kurikulum Sekolah Bestari yang dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada
perkembangan keupayaan kognitif. Dalam Pengisian Kurikulum pula telah dinyatakan
secara eksplisit tentang elemen-elemen baru yang amat perlu dikuasai oleh murid.
Elemen-elemen tersebut termasuklah kemahiran berfikir, dan kemahiran belajar cara
belajar. Elemen-elemen ini amat perlu dikuasai murid untuk diaplikasikan dalam dunia
pekerjaan kelak (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003, ms. 5). Antara elemen-elemen
tersebut kemahiran berfikir dianggap sebagai elemen yang sangat penting.
2
Marlina(2006) dalam kajiannya mengatakan, untuk mencapai hasrat melahirkan
masyarakat yang saintifik, progresif, inovatif dan penyumbang ini maka Malaysia
memerlukan ramai warganegara yang mempunyai kemahiran berfikir yang kritis
terutamanya dari golongan berpendidikan tinggi. Kemahiran berfikir pada aras tinggi
merupakan salah satu elemen dalam kemahiran ‘employability’ yang amat
dititikberatkan oleh setiap majikan sebelum mereka menggaji pekerja.
Konsep kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill) menjadi
agenda utama pendidikan apabila objektif pengajaran Bloom Taxonomy (1956)
diperkenalkan. Kemahiran berfikir aras tinggi ini juga merupakan salah satu kemahiran
‘employability’ yang diperlukan oleh pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan.
Pelbagai kemahiran ‘employability’ telah dikenalpasti oleh pelbagai pengkaji mengikut
cara mereka menyusun. Walaubagaimanapun, senarai ‘employability’ yang paling kerap
disebut dan diguna pakai dikategorikan kepada tiga bahagian seperti dalam jadual 1.1.
Kemahiran asas
Jadual 1.1 : Kemahiran ‘employability’ menurut Robinson
Kemahiran berfikir tahap
tinggi
Kemahiran peribadi dan
sikap
Berkomunikasi Berfikiran kritikal Kemahiran sosial
Membaca,memahami
arahan
Belajar Sikap kerja yang baik
Asas aritmetik Menyelesaikan masalah Bekerjasama
Menulis Membuat keputusan Keyakinan diri
Bertanggungjawab
Disiplin
Boleh menyesuaikan diri
( Robinson, 2000 )
Menurut Robinson (2000), selain daripada kemahiran asas, kemahiran yang lebih
penting untuk memperoleh pekerjaan adalah memiliki kemahiran berfikir tahap tinggi
3
(higher-order thinking skills). Kemampuan untuk berfikir secara kreatif, belajar,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang baik adalah penting bagi
seseorang untuk bekerja dengan baik. Sudah tentu pekerja yang dapat berfikir secara
kreatif, bertindak logik, mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
merupakan aset yang sangat berharga. Keadaan ini menjadi lebih baik kepada mereka
yang memiliki kemahiran berfikir aras tinggi dengan mereka yang cuma mempunyai
kemahiran asas pengetahuan.
Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi ke dalam diri pelajar bukan satu
tugas yang mudah. Guru perlu merujuk kepada objektif pengajaran Bloom Taxonomy
(1956) sebagai bantuan. Bloom Taxonomy membahagikan kemahiran berfikir kepada
pengetahuan aras rendah dan aras tinggi iaitu bermula dengan pengetahuan, pemahaman
dan aplikasi. Manakala kemahiran berfikir aras tinggi pula adalah analisis, sistesis dan
penilaian.
Kemahiran berfikir aras tinggi ini dilihat sebagai satu kepentingan untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Dalam menyediakan peluang kepada pelajar untuk melatih kemahiran berfikir
aras tinggi, pelajar mestilah berada dalam kaedah pembelajaran aktif (Pawani,2002).
Pembelajaran aktif boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti ‘
problem-based
learning, project based learning, discovery learning, inquiry-based learning,
simulations, games, writing papers, debating’, dan lain-lain. Semua bentuk
pembelajaran aktif adalah berasaskan ‘learning by doing’ iaitu belajar daripada
perbuatan (learning by doing) dan pelajar terlibat secara aktif di dalam pembelajaran
mereka.
Menurut Ramsay (2006), pembelajaran berasaskan masalah (PBM) adalah satu
kaedah yang berkesan bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi. PBM dalam
kaedah pengajaran adalah berpusatkan pelajar yang mana meningkatkan kebolehan
pelajar untuk menganalisa, mengsintesis dan menilai sesuatu masalah. PBM adalah
strategi pengajaran yang menggunakan masalah sebenar sebagai kaedah pembelajaran.
4
Masalah yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran berasaskan masalah adalah
kompleks dan berasaskan situasi dunia sebenar.
Menurut Siti Norbaizura (2006), selain itu, menerusi PBM juga dilihat dapat
memberi peluang kepada para pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi
seperti kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar bagi situasi tertentu yang
mungkin rumit. Sekiranya pelajar mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, maka ini
akan melahirkan satu kelompok sumber tenaga yang professional untuk negara. Kualiti
sebegini sememangnya penting bagi menjamin kemajuan dan kemakmuran sesebuah
negara sekiranya rakyatnya produktif dan sentiasa maju ke hadapan.
1.2 Latar belakang masalah
Masalah pengangguran dikalangan graduan IPTA dan IPTS bukan lagi
merupakan sesuatu isu yang janggal dewasa ini. Terdapat banyak faktor yang telah
menyebabkan berlakunya masalah pengangguran. Menurut Hasyamuddin (2008).
Negara Malaysia kini dikenali sebagai NIC (New Industrialised Country), oleh itu dalam
era globalisasi ini negara memerlukan tenaga pekerja mahir serta separuh mahir yang
boleh memenuhi ciri-ciri k-worker seperti mana dikehendaki oleh industri bagi
menangani persaingan dari negara-negara lain.
Dalam persekitaran ekonomi global semasa, terdapat syarikat, khususnya dalam
sektor pembuatan, terpaksa memberhenti atau mengurangkan operasi. Ini dijangka
mengakibatkan kadar pengangguran bagi 2009 meningkat kepada 4.5 peratus
berbanding 3.7 peratus bagi 2008. Sejak Oktober 2008, seramai 25,000 telah kehilangan
pekerjaan. Terdapat juga 30,900 pekerja yang telah diberhentikan secara sementara dan
23,900 yang terpaksa bekerja dengan pengurangan gaji. Selain dari ini, terdapat kira-kira
100,000 pekerja yang tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa dan oleh itu,
pendapatan mereka telah berkurangan dengan agak ketara (Najib, 2009)
5
Menurut Noraishah (2004), pengajaran guru juga tidak sistematik dan tidak ada
kesinambungan dengan pengajaran yang sebelumnya menyebabkan pelajar tidak mampu
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian
dengan sempurna. Pelajar perlu mempunyai senarai kemahiran-kemahiran untuk
menyesuaikan diri dalam perubahan baru dunia dan mengendalikan tugas dengan
jayanya. Kemahiran-kemahiran ini boleh disenaraikan seperti:, penyelesaian masalah,
kemahiran berfikir dan lain-lain (Fahriye et el, 2008)
Menurut Kathryn. S (1988), pelajar yang lemah dalam menyelesaikan masalah
dan kemahiran berfikir dapat dilihat pada setiap peringkat pendidikan.
Walaubagaimanapun, subjek yang melibatkan pemikiran kritikal akan berhasil dalam
pemecahan kemahiran berfikir. Pada setiap peringkat pendidikan, kemahiran berfikir
mestilah dipraktikkan dalam setiap kandungan bidang. Ini merupakan kerja yang sukar
bagi setiap pendidik. Pendidik mudah untuk mengajar pelajar untuk mengingat fakta
dan kemudian menilai mereka melalui ujian multiple-choice tetapi sukar bagi mereka
untuk mengajar pelajar dalam menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu kandungan
pelajaran. Dalam sesuatu kursus yang menekankan pemikiran kritikal, objektif
pengajaran mestilah merangkumi aplikasi, sistesis dan analisis, pemikiran yang
mencapah dan peluang untuk menyusun idea-idea. Jika pendidik sedar akan kesilapan
mereka hari ini keadaan ini dapat diselesaikan dengan mudah.
Menurut Hasliza (2002), faktor graduan tidak mendapat tempat dipasaran adalah
disebabkan tidak mempunyai kemahiran-kemahiran soft skill atau kemahiran generik
seperti kemahiran berfikir aras tinggi yang menjadi agenda utama dalam dunia
pendidikan hari ini. Menurut Yahya dan Rashid (2006) dalam kajiannya, komponen
kemahiran berfikir aras tinggi dalam aspek penting kemahiran ‘employability’ adalah
pemikiran kritikal, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran belajar dan kemahiran
membuat keputusan merupakan kemahiran yang dititikberatkan oleh setiap majikan.
6
Kegagalan para graduan untuk berfikir aras tinggi dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti lemah dalam pemikiran kritikal, lemah dalam menyelesaikan masalah,
lemah dalam kemahiran belajar dan lemah dalam membuat sesuatu keputusan.
1.2.1 Lemah dalam pemikiran kritikal.
Menurut Siti Rahayah et al (2008). Pemikir kritikal ialah orang yang berfikir
secara reaktif. Seseorang yang mempunyai pemikiran kritikal dikatakan pandai
mengemukakan kritikan-krikan tajam dan membuat penilaian yang perseptif. Budaya
intelektual kita secara tradisional sangat mengagungkan kepintaran kritikal.
Walaupun penekanan dalam penguasaan kemahiran berfikir ini telahpun
ditekankan di dalam kurikulum, masyarakat masih mempunyai tahap intelektual yang
rendah dan lemah dalam berfikir. Kebolehan pelajar dari segi mengkritik,
mengemukakan idea dan memberi cadangan yang releven juga tidak mencapai tahap
kecemerlangan yang sepatutnya.( Noraishah, 2004)
Menurut Noraishah (2004) lagi mengatakan, bahawa pendidik kurang
menggunakan soalan dan rangsangan yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.
Selain itu, contoh-contoh yang diberikan tidak mampu mengakibatkan pelajar berfikir
aras tinggi seperti menganalisis, sintesis dan penilaian.
Mohd Ali Ibrahim (2003) menyatakan bahawa penekanan proses P&P pada masa
kini lebih tertumpu kepada kognitif aras rendah seperti hafalan, ingatan kembali dan
kefahaman. Soalan-soalan seperti mentakrif, melabel, menyenaraikan dan mengenal
pasti adalah merupakan soalan-soalan yang sering ditanya di dalam kelas berbanding
dengan soalan kognitif tahap tinggi seperti tahap aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Kesannya kebanyakan graduan yang dilahirkan tidak dapat menepati ciri-ciri yang
7
diperlukan oleh sektor kerajaan mahupun swasta dari segi pemikiran dan hasrat negara
untuk mencapai masyarakat saintifik dan progresif pada tahun 2020.
1.2.2 Lemah dalam menyelesaikan masalah
Kajian masalah pengangguran dikalangan siswazah yang dikendalikan oleh
penyelidik-penyelidik dari Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara
menunjukkan, ramai siswazah mendapat keputusan yang cemerlang, tapi gagal
mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka. Antara puncanya, mereka
lemah dalam aspek penyelesaian masalah dan penjanaan keputusan (Siti Zuliana ,2005).
Sabri (2008) menyatakan kemahiran menyelesaikan masalah membolehkan
seseorang menyelesaikan segala masalah menggunakan kaedah saintifik. Sektor
pekerjaan memerlukan pekerja yang berkemahiran ‘employability’ yang meliputi
kemahiran menyelesaikan masalah (Noriah, 2006).
Kemahiran menyelesaikan masalah yang dimaksudkan menurut Yahya dan
Rashid, (2001) ialah kemahiran menyelesaikan masalah yang timbul, mengkaji dan
menilai masalah, dan melaksanakan pendekatan yang sesuai bagi menyelesaikan
masalah. Masalah yang timbul adalah apabila pihak majikan sering mengadu bahawa
graduan yang diambil bekerja masih kurang berkemahiran dalam menyelesaikan
masalah sehingga mereka terpaksa diberi latihan semula oleh pihak syarikat (Noraishah,
2004). Kemahiran ini secara lansung dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
yang diperlukan oleh majikan.
8
1.2.3 Lemah dalam membuat keputusan
Dalam perlaksanaan KBSM satu aspek yang disarankan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) tentang proses pengajaran dan pembelajaran ialah:
“Para pelajar tidak hanya menerima pengetahuan semata-mata tetapi
mereka seharusnya dapat menyatakan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas,
objektif, kreatif dan rasional dalam semua situasi. Untuk mecapai hasrat ini,
peluang bagi meningkatkan daya intelek perlu diwujudkan supaya pemikiran
kritis dan analitis akan menjadi salah satu aspek penting dalam aktiviti
pembelajaran.”
( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)
Setiap majikan mementingkan kemahiran seseorang dalam membuat sebarang
keputusan. Graduan yang ingin memenuhi permintaan majikan dalam kebolehan
membuat keputusan mestilah berkebolehan dalam menentukan apa yang salah yang
betul serta mengemukakan cadangan-cadangan bagi memperbaiki sesuatu yang tidak
baik serta dapat membuat keputusan dengan bijak. Malangnya mereka sukar untuk
membuat keputusan dan menetukan pilihan yang tepat dan tidak menjejaskan prestasi
syarikat.
Menurut Siti Zuliana (2006), kebolehan pelajar dari segi mengkritik,
mengemukakan idea dan memberi cadangan yang relevan juga tidak mencapai tahap
yang sepatutnya dikehendaki oleh majikan. Justeru, para graduan perlu melengkapkan
diri dengan kehendak pasaran semasa iaitu mempunyai kemahiran membuat keputusan
yang baik yang sebenarnya kemahiran membuat keputusan mempunyai kaitan rapat
dengan kemahiran berfikir aras tinggi.
9
1.2.4 Kemahiran belajar.
Menurut Yahya dan Rashid(2001), kemahiran belajar ini merangkumi kemahiran
seseorang itu belajar dari seseorang melalui sesuatu pekerjaan, belajar dari seseorang
melalui latihan secara terus, belajar dari seseorang melalui pemerhatian dan diikuti
dengan melakukan sendiri , dapat mengenalpasti keperluan pembelajaran diri,
bertanggungjawab terhadap pelajaran diri sendiri dengan belajar secara sendiri,
bertanggungjawab terhadap pelajaran diri sendiri melalui pembelajaran secara berkesan,
berusaha mendapatkan maklumat melalui pertanyaan dengan orang lain.
Masalah yang timbul adalah apabila graduan yang keluar dari universiti tidak
mempunyai kemahiran belajar ini. Mereka sering mengharapkan latihan yang akan
diberikan oleh syarikat sehingga mereka mahir dalam sesuatu bidang. Malangnya
menggaji pekerja atau staf mengeluarkan kos yang tinggi termasuklah memberi latihan
kepada pekerja baru. Oleh yang demikian menurut Pamela (2004), majikan
sesungguhnya lebih cenderung memilih pekerja baru yang mempunyai kesedian bekerja
yang cukup salah satunya ialah belajar untuk belajar (learning to learn) yang juga
bermaksud kemahiran belajar untuk mempelajari sesuatu tanpa perlu disuruh.
Sabri (2008) menyatakan kemahiran belajar dan mengembangkan potensi yang
ada merupakan kunci kemahiran yang penting di alam pekerjaan. Justeru graduan
haruslah mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran belajar ini kerana ia amat
penting dalam meningkatkan aras berfikir yang tinggi yang merupakan elemen utama
dalam kemahiran ‘employability’.
10
1.3 Pernyataan masalah.
Sejak kebelakangan ini, ramai pengkaji telah menyumbangkan idea dan strategi
bagi membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi terutamanya pada peringkat
pengajian tinggi bagi memastikan pelajar yang dihasilkan mampu memenuhi keperluan
dunia profesional pada masa hadapan. Kebanyakan mereka mempunyai teras cadangan
yang sama iaitu kemahiran berfikir aras tinggi perlu ditingkatkan melalui pengajaran
yang berkesan.
Tidak dapat dinafikan, kemahiran berfikir ini telah banyak dibincangkan dalam
disiplin ilmu dan kajian ke atas industri, tempat bekerja, sekolah, dan pusat latihan.
Pihak institusi telah melakukan berbagai cara dan kaedah dalam menyampaikan
kandungan pengajaran supaya ia menepati kehendak-kehendak industri masa kini. Pihak
pendidik juga telah cuba menerapkan kemahiran berfikir aras yang tinggi ini dengan
pelbagai kaedah pembelajaran. Masalahnya sekarang, apakah kemahiran berfikir aras
tinggi ini dapat diaplikasikan oleh pelajar melalui kaedah pembelajaran yang digunakan?
Lantaran itu, kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah untuk mengenalpasti
sejauhmanakah kemahiran berfikir aras tinggi ini dapat diaplikasikan dengan
menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan masalah. Aspek-aspek yang dikaji
merangkumi kemahiran berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
belajar dan kemahiran membuat keputusan.
1.4 Objetif Kajian
i. Mengenalpasti sejauhmana kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan
melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta.
11
ii. Mengenalpasti sejauhmana kemahiran menyelesaikan masalah dapat
diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek reka
cipta.
iii. Mengenalpasti sejauhmana kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui
pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta.
iv. Mengenalpasti sejauhmana kemahiran membuat keputusan dapat
diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek
reka cipta
1.5 Persoalan kajian
i. Apakah kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan melalui pembelajaran
berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta?
ii. Apakah kemahiran menyelesaikan masalah dapat diaplikasikan melalui
pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta?
iii. Apakah kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui pembelajaran
berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta?
iv. Apakah kemahiran membuat keputusan dapat diaplikasikan melalui
pembelajaran berasaskan masalah di dalam subjek reka cipta?
12
1.5 Kepentingan kajian
Kajian yang telah dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauhmana kemahiran
berfikir aras tinggi dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah yang
digunakan di dalam subjek reka cipta. Penyelidik berharap agar hasil kajian yang akan
dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berkenaan. Antara
kepentingan kajian ini adalah kepada:
i. Universiti Teknologi Malaysia
Dapatan kajian yang dijalankan diharapkan dapat memberi maklum balas
kepada pihak UTM khususnya Fakulti Pendidikan dalam usaha melahirkan
pelajar yang berkualiti suatu hari kelak. Diharapkan pihak UTM dapat
mengenalpasti kaedah terbaik dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi yang merupakan aset penting
yang perlu ada pada setiap pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan kelak.
ii. Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan (JPTK)
Membantu JPTK membentuk satu garis panduan untuk menilai keberkesanan
sejauhmana kemahiran berfikir aras tinggi dapat ditingkatkan melalui kaedah
pembelajaran berasaskan masalah di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (kemahiran Hidup) di dalam kelas reka cipta.
Melalui dapatan hasil kajian yang telah dijalankan juga diharapkan dapat
memberi panduan dan penambahbaikan kepada pihak JPTK dalam usaha
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran berasaskan
masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi
melahirkan graduan yang berkualiti.
13
iii. Pelajar
Hasil dapatan kajian ini diharap dapat membentuk pelajar dalam memastikan
mereka menyedari kepentingan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi
amat penting dalam meningkatkan kemahiran ‘employability’ bagi
memudahkan mereka di ambil bekerja oleh pihak industri. Hasil kajian ini
juga diharap dapat membantu pelajar menguasai dan berusaha
mempertingkatkan kemahiran ini menerusi pembelajaran berasaskan
masalah.
iv. Pelajar fakulti pendidikan
Pelajar fakulti pendidikan merupakan bakal guru yang akan mengajar di
sekolah-sekolah selepas tamat belajar. Oleh itu hasil dapatan ini diharap
dapat membantu mereka mengenalpasti kaedah yang sesuai digunakan untuk
pembelajaran dalam kelas bagi meningkatkan tahap pemikiran aras tinggi
pelajar-pelajarnya.
1.6 Skop kajian
Kajian yang dijalankan hanya memfokuskan kepada sebuah institusi sahaja iaitu
Universiti Teknologi Malaysia. Pengkaji ingin mengetahui mengenai sejauhmana
kemahiran berfikir aras tinggi seperti kemahiran berfikir kritikal, kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran belajar dan kemahiran membuat keputusan dapat
diaplikasikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas reka cipta. Kajian yang dijalankan ke atas sampel
kajian iaitu pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
14
1.7 Batasan kajian
Kajian yang dijalankan hanya terbatas kepada pelajar tahun empat Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang mengambil subjek asas reka cipta,
reka cipta I. Pengkaji memilih pelajar 4 SPH kerana jumlah yang yang lebih ramai dari
kursus lain dan mengikuti dua kursus reka cipta. Kajian ini juga terbatas kepada pelajar
yang melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta
1.8 Definisi istilah
Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini yang memerlukan
definisi yang terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian
dalam kajian ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut.
1.8.1 Kemahiran berfikir aras tinggi
Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa pemikiran aras tinggi
(higherorder thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas
untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas
berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi
maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang
dikemukakan.
1.8.2 Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem Based Learning (PBL)
merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah dunia sebenar
yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran.
15
Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn,
1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang
mempunyai ciri-ciri seperti:
a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang
betul atau salah
b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti
jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian,
c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri,
d) Pensyarah sebagai pembimbing,
1.8.3 Reka cipta
Reka cipta menurut Kamus Dewan edisi ke-4 (2005) bermaksud barang yang
pertama kali dicipta ataupun sesuatu ciptaan baru.
Menurut PKK (1996). Reka cipta adalah penghasilan sesuatu projek atau
barangan baru atau pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi
kehendak pengguna masa kini dan akan datang.
1.8.4 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) ialah program
yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Objektif
program ini adalah untuk memberi peluang kepada pendidik dalam bidang
pendidikan teknikal dan vokasional untuk meningkatkan diri mereka di peringkat
ijazah di mana mereka akan didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran
berkaitan yang terkini di samping bidang pendidikan (Buku Panduan Akademik
Ijazah Sarjana Muda Sesi 2005/2006)
16
1.9 Rumusan
Secara keseluruhannya dalam bab ini, pengkaji telah menyatakan pengenalan,
latar belakang masalah dengan menyatakan secara global dan seterusnya menjurus
kepada permasalahan yang ingin dikaji. Dalam bab ini juga pengkaji menyatakan tujuan
dan matlamat kajian, pengkaji telah menggariskan objektif kajian kerana tanpa objekif
yang jelas kajian yang dijalankan akan tersasar jauh. Pengkaji juga telah menyatakan
kepentingan kajian yang membolehkan kajian ini digunapakai oleh pihak yang
dinyatakan. Batasan kajian dan definasi operasional juga telah dinyatakan dalam bab ini.
17
BAB 2
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini penulis ingin membincangkan sorotan kajian yang berkaitan
dengan kemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran berfikir aras tinggi yang
dibincangkan adalah kemahiran berfikir kritikal, kemahiran mennyelesaikan masalah,
kemahiran belajar dan kemahiran membuat keputusan
Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan satu kemahiran yang penting dan
diperlukan tidak kira di sesebuah institusi mahupun ditempat kerja. Tidak kiralah apa jua
jenis kemahiran berfikir aras tinggi sudah pasti ia satu kemahiran yang dapat membantu
seseorang pekerja yang baik dan menuju ke arah kesempurnaan. Setiap individu
memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi bagi mengekalkan prestasi mereka di alam
pekerjaan. Menurut Gergen (1999), majikan juga perlu memastikan perniagaan mereka
berjaya dengan mengekalkan pekerja yang mempunyai kepelbagaian kemahiran.
2.2 Konsep kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill)
Dalam abad dua puluhan ini, ramai tokoh telah memberi sumbangan yang besar
18
terhadap perkembangan kemahiran berfikir. Pada tahun 1956, Bloom memperkenalkan
istilah ‘aras pemikiran’ atau levels of thought processes dalam taksonominya yang
dikenali sebagai ‘Taxonomy of educational objectives : Cognitive domains’. Bloom
menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi (higher-order thought processes) hanya boleh
digembelingkan dengan penggunaan objektif pengajaran aras tinggi. Bloom juga
berpendapat kesan daripada guru menggunakan soalan dan objektif pengajaran aras
rendah telah melahirkan pelajar-pelajar yang tidak kreatif dan kritis. Ini berlaku kerana
guru tidak sedar tentang kepentingan penggunaan soalan dan objektif pengajaran aras
tinggi bagi menjana pemikiran kritis di kalangan pelajar.
Bloom Taxonomy membahagikan pemikiran kepada enam peringkat bermula
dari aras rendah iaitu pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Manakala pemikiran aras
tinggi ialah analisis, sintesis dan penilaian seperti rajah 2.1.
Rajah 2.1: Taxonomy Bloom (1956)
Sumber: Bloom Taxonomy (1956)
Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa pemikiran aras tinggi (higher
order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk
menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila
seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk
Penilaian
sintesis
analisis
aplikasi
pemahaman
pengetahuan
19
menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan
mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau
menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil.
Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, pemikiran aras tinggi merupakan perluasan
maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli.
Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi
kepada pemikiran aras tinggi.
Dengan adanya kemahiran berfikir kritis, masyarakat dapat menyuarakan
pandangan, pendapat dan kritikan untuk mempengaruhi proses membuat keputusan serta
menyelesaikan masalah ke arah membangunkan Negara (Abd. Rahim Abd. Rashid,
1999). Menurutnya lagi, kemahiran ini seterusnya dapat dijadikan asas dalam
mewujudkan ciri-ciri individu berfikiran kritikal seperti berikut (Abd. Rahim Abd.
Rashid, 1999):
(i) Reaktif
Seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka kepada perkembangan yang
berlaku di sekitarnya. Ini diikuti dengan gerak balas yang positif dan segera. Sifat reaktif
ini ditunjukkan dengan perlakuan seperti membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap
sesuatu peristiwa yang berlaku.
(ii) Menilai
Berfikir secara kritis juga menuntut supaya sentiasa membuat penilaian terhadap
sesuatu perkara. Penilaian mengambil kira dari dua sudut iaitu kebaikan dan keburukan
yang bakal diterima dari setiap tindakan yang dibuat. Proses penilaian dibuat
berdasarkan nilai yang dijadikan panduan hidup seperti nilai agama dan nilai moral.
(iii) Meneliti idea dengan fakta yang telah diketahui
20
Setiap idea yang dicetuskan lazimnya mempunyai asas, fakta dan alasan yang
munasabah. Fakta, alasan dan asas tersebut bergantung pada pengetahuan sedia ada dan
pengalaman seseorang individu. Setiap idea akan diteliti dengan fakta-fakta yang telah
diketahui sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan.
Tujuan pendidikan pada umumnya adalah untuk memberi ilmu dan kemahiran
kepada individu supaya mereka dapat menggunakan ilmu dan kemahiran tersebut untuk
menyempurnakan pelbagai tugas dalam kehidupan seharian. Namun demikian, tujuan
mendidik generasi muda telah berubah dari generasi ke generasi mengikut keperluan
semasa. Keperluan ini ditentukan oleh kemajuan yang dicapai dalam pelbagai bidang.
Bidang pendidikan dikehendaki mengajar ilmu dan kemahiran yang diperlukan selaras
dengan perkembangan yang berlaku dalam bidang-bidang tersebut.
Menurut Rajendran (2000) dalam kajiannya, sejak kira-kira dua abad yang lalu
para pendidik di seluruh dunia telah banyak berfikir tentang mengajar kemahiran
berfikir. Membantu pelajar menguasai kemahiran mencari ilmu dengan sendiri dan
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi kini sudah menjadi salah satu daripada
objektif pemantapan program pendidikan. Kemahiran berfikir aras tinggi bermaksud
terdapat ciri-ciri perluasan pemikiran semasa seseorang diperlukan untuk
mengintepretasi, menganalisis, ataupun memanipulasi maklumat. Seseorang juga
berkemampuan membuat kesimpulan, inferens dan generalisasi. Selain dari ini individu
juga mendapat peluang membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mengenalpasti
dan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Marlina (2006) menyatakan, jika ciri-ciri individu yang berfikiran kritikal di atas
dilatih di kalangan pelajar khususnya pada peringkat universiti, maka proses
pembentukan negara ke arah sebuah negara maju pada tahun 2020 dapat dicapai. Pelajar
di universiti merupakan golongan pelajar yang terpilih, golongan yang mempunyai daya
intelek yang tinggi dan mempunyai sumbangan yang besar ke atas kemajuan sesebuah
negara. Sekiranya golongan ini mempunyai masalah untuk berfikir secara kritikal, maka
21
masalah ini mungkin dapat dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
universiti di negara kita. Di antara strategi berkesan untuk membolehkan pelajar
menguasai kemahiran berfikir aras tinggi adalah dengan memberi masalah yang
mencabar, membimbing pelajar memanipulasi maklumat untuk menyelesaikan masalah
dan menyokong usaha pelajar mencuba sesuatu yang baru.(Rajendran , 2000)
Menurut Rafei (1998) dalam kajiannya, berdasarkan model yang dikemukakan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG),
Kemahiran Berfikir mengandungi komponen-komponen berikut:
(a) Pemikiran kritis
(b) Pemikiran kreatif
(c) Menyelesaikan masalah
(d) Membuat keputusan
(e) Kemahiran belajar
Kemahiran berfikir yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti
berikut:
(a) membanding dan membeza;
(b) membuat ramalan;
(c) menerangkan sebab;
(d) mengkategori;
(e) mencetuskan idea;
f) menentukan sumber yang dipercayai
(g) menghasilkan metafora;
(h) menghasilkan analogi;
(i) mengusul periksa andaian;
(j) menentukan bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan;
22
(k) membuat inferens;
(l) membuat keputusan;
(m) menyelesaikan masalah.
Menurut Suriyana (2004), kemahiran berfikir ialah kebolehan menggunakan
minda untuk mencari makna dan kefahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai idea,
membuat keputusan, menyelesaikan masalah dengan membuat pertimbangan yang wajar
dan merenung kembali proses pemikiran yang telah dialami.
2.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( dalam kemahiran generik) di UTM
Universiti Teknologi Malaysia sendiri tidak terkecuali dalam mengalami arus
perubahan ini. Perancangan dan pembangunan program penerapan kemahiran generik di
kalangan pelajar telah mula dirancang dan dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) turut memberi penekanan serta
menyokong setiap program yang berkaitan dengan penerapan kemahiran ‘employability’
di kalangan pelajar UTM. Pejabat Pengajaran dan Pembelajaran menerusi UNIPEN
khususnya telah diamanahkan oleh pihak universiti untuk melaksanakan pelbagai
program, bengkel, aktiviti dan sebagainya bagi memastikan matlamat tersebut dapat
dicapai. Program pembinaan atribut graduan UTM dan penerapan kemahiran
‘employability’ di kalangan pelajar merupakan antara program yang telah dijalankan
bagi menyahut cabaran tersebut. Berdasarkan program tersebut juga, UTM telah berjaya
menyenaraikan atribut graduan UTM yang sewajarnya dicapai seperti kemahiran
berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, fleksibel dan mampu
menyesuaikan diri dan sebagainya.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kemahiran ‘employability’ ini juga
dikenali sebagai kemahiran generik yang telah digariskan oleh Universiti Teknologi
23
Malaysia adalah berdasarkan kepada Atribut Graduan UTM. Menurut Khairi (2007)
terdapat tujuh Atribut Graduan UTM yang mana dua daripadanya merupakan komponen
dalam kemahiran berfikir aras tinggi (higher-order thinking skill). Dua atribut itu adalah
seperti berikut:
2.2.1 Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
Pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah meliputi kebolehan
berfikir secara kritikal, logikal, kreatif dan analitik. Berikut adalah elemen-
elemen yang digunakan dalam penilaian bagi aspek pemikiran kritis dan
kemahiran penyelesaian masalah:
CTPS1 kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi
kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi
CTPS2 kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti
menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.
CTPS3 kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif
CTPS4 kebolehan berfikir melangkaui batas
CTPS5 kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya
komuniti dan persekitaran kerja yang baru.
2.2.2 Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat meliputi kebolehan untuk
meneruskan pembelajaran secara kendiri dan mencapai pengetahuan dan
kemahiran baru. Berikut adalah elemen yang digunakan dalam penilaian bagi
aspek pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat.
24
LL1 kebolehan mencari dan mengurus maklumat dan releven daripada
pelbagai sumber.
LL2 kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk
pembelajaran autonomi.
LL3 kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan
ilmu.
2.3 Kemahiran berfikir aras tinggi dari perspektif majikan
Berikut disenaraikan kemahiran-kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan
oleh majikan terhadap bakal pekerjanya yang diperoleh dari beberapa sumber luar dan
dalam Negara.
Jadual 2.1: Kemahiran berfikir aras tinggi (higher-order hingking skill) dari
perspektif majikan menurut Cotton (2001)
Basic skill Higher order thinking
skills
Affective skill and traits
Oral communication Problem solving Dependability/ responsibility
Reading,
understanding
Critical and creative
thinking
Positive attitude toward work
Basic arithmetic Learning skill, strategies Conscientiousness, punctuality,
efficiency
Writing Decision making Interpersonal skill, working as
a team member
Self confidence, positive self
image
Adaptability, flexibility
Enthusiasm, motivation
25
Self discipline, self
management
Honesty, integrity
Ability to work without
supervision
Sumber: Cotton (2001)
Robinson (2000) menyatakan kemahiran berfikir aras tinggi (higher-order
thinking) merangkumi aspek berfikir, menaakul, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Menurutnya lagi, majikan memerlukan pekerja yang bertanggungjawab, dapat
menyelesaikan masalah, mempunyai kemahiran sosial yang baik dan dapat bekerja
dengan orang lain. Menurutnya lagi, pekerja yang mempunyai kemahiran ini amat
diperlukan oleh majikan dan mereka dianggap sebagai aset kepada syarikat.
Harvey and Green (1997) pula mendapati bahawa majikan industri mahukan para
lulusan institusi latihan kemahiran, mempunyai kemahiran intelek dan bersedia untuk
terus belajar. Pernyataan beliau menunjukan kemahiran berfikir aras tinggi menjadi
salah satu elemen penting yang perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar dalam proses
pendidikan mereka di sekolah. Dapat kita lihat kesemua majikan memerlukan pekerja
yang mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi dari kesemua kemahiran-kemahiran
‘employability’ yang disenaraikan.
2.4 Kemahiran berfikir kritikal.
Pemikiran kritikal yang juga merangkumi pemikiran kreatif telah mula diberi
perhatian istimewa oleh tamadun manusia semenjak zaman Socrates, 2500 tahun dahulu.
Menurut Siti Rahayah et al (2008), pemikir kritikal ialah orang yang berfikir secara
reaktif seperti berkebolehan member ulasan komen dan rasional. Seseorang yang
mempunyai pemikiran kritikal dikatakan pandai mengemukakan kritikan-krikan tajam
26
dan membuat penilaian yang perseptif. Menurutnya lagi, perkataan “critical” dalam
bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Greek ‘kritikos’yang bermaksud ‘kritik’,
yang bererti menyoal untuk mempertingkatkan pemahaman. Seseorang yang kritis
adalah seorang yang sentiasa bertanya kepada diri sendiri, memberi makna sesuatu dan
menganalisis keadaan sekeliling. Pemikiran kritikal ini merupakan satu proses pemikiran
yang logik, waras, dan reflektif yang memberi fokus kepada sesuatu tindakan yang perlu
diambil sama ada menerima atau melakukan sesuatu. Pemikiran kritikal ini, melibatkan
perlakuan (Dispositions) dan kebolehan (abilities) individu.
Kemahiran berfikir secara kritikal merupakan kemahiran yang diperlukan untuk
mengumpul data dan maklumat yang diterima. Kemahiran ini memerlukan kemahiran
menganalisis data, maklumat dan idea serta melibatkan kemahiran membanding,
kemahiran mengklasifikasi, kemahiran menilai, kemahiran memberi penerangan,
kemahiran meramal, kemahiran membuat kesimpulan dan generalisasi serta kemahiran
merumus. ( Low, 1999).
Dewey (1933) menyifatkan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif’, iaitu
memikir dengan mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu.
Beliau juga melihat pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah. Konsep Dewey
tentang pemikiran menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha
untuk menyesuaikan diri kepada persekitaan yang sukar. Menurut Mayer (1992) pula,
pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam
minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesai masalah.
Berdasarkan Taksonomi Bloom (1956), pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti
mental, iaitu analisis, sintesis dan penilaian.
Menurut Rashid dan Yahya (2003), ciri-ciri seseorang yang mempunyai
kemahiran berfikir secara kritikal adalah mereka yang mampu menggunakan peralatan
teknologi secara berkesan. Kenyatan ini disokong oleh Zahner et al. (1992) yang
mengatakan pelajar yang belajar dalam persekitaran pembelajaran yang berteraskan
27
penggunaan teknologi adalah berkeupayaan mencari, memperolehi dan menganalisa
sumber maklumat.
Kemahiran berfikir, pada umumnya, adalah suatu kemahiran memproses minda
bagi mencapai sesuatu tujuan. (Siti Zuliana 2006). Kemahiran berfikir secara kritikal
adalah kebolehan individu menggunakan minda untuk mencari makna dan kefahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah
dengan membuat pertimbangan yang wajar.
Menurut King & Kitchener (1994), sekiranya aktiviti di dalam kelas hanya
bersandarkan pengaplikasian aras rendah yang mana hanya menuntut pelajar mendengar
secara pasif dan mengingati semula maklumat, maka ini sudah semestinya menyebabkan
pemikiran kritikal tidak wujud. Keadaan seperti ini hanya menyebabkan universiti dan
kolej-kolej tidak dapat melahirkan para graduan yang mempunyai daya pemikiran yang
tinggi seperti yang diharapkan oleh mereka dan semestinya tidak dapat memenuhi
kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan yang akan mengambil mereka bekerja kelak.
Siti Norbaizura, (2006), menyatakan seandainya pemikiran kritikal memainkan
peranan penting dalam objektif pendidikan, maka sepatutnya perubahan dalam
kurikulum sepatutnya dipertimbangkan. Intitusi pengajian tinggi dan fakulti seharusnya
menawarkan kursus dengan pendekatan yang lebih sesuai kepada pelajar. Pendekatan
tersebut haruslah dimuatkan dengan asas-asas pemikiran tahap tinggi dan dapat memberi
peluang ‘memanipulasi maklumat dan idea’di kalangan pelajar. Ini bagi menggalakkan
mereka supaya dapat mencari makna dan implikasi seperti cuba mengaitkan antara fakta
dan idea dalam usaha pelajar untuk mensintesis, membuat generalisasi, menerangkan
sesuatu, membuat hipotesis atau mencapai sebahagian dari kesimpulan mahupun
mengintepretasi maklumat tersebut.
28
2.5 Kemahiran menyelesaikan masalah
Menurut Robinson (2000), majikan memerlukan pekerja yang dapat
menyelesaikan masalah dengan baik. Menurutnya lagi, pekerja yang mempunyai
kemahiran ini amat diperlukan oleh majikan dan mereka dianggap sebagai aset kepada
syarikat. Oleh itu, kemahiran menyelesaikan masalah ini perlu diterapkan kepada pelajar
supaya memperoleh pekerjaan kelak
Menurut Hafisah (2008), kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan
kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis serta kebolehan
mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru yang berlainan.
Kemahiran wajib dalam kemahiran penyelesaian masalah ialah kebolehan mengenalpasti
dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian
yang berjustifikasi, berkebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti
menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan dan berkebolehan mencari idea
secara mencari penyelesaian alternatif.
Masalah berkemungkinan merupakan apa sahaja tugasan atau projek yang
hendak dilaksanakan oleh seseorang dalam pekerjaan mereka. Pada kebiasaannya, ia
melibatkan pelbagai langkah dan tahap. Kebanyakan penyelesaian masalah memerlukan
kaedah yang sesuai dengan masalah yang hendak diselesaikan. (Newell dan Simon,
1993)
Menurut Krulik dan Rudnik (1993), menyatakan bahawa penyelesaian masalah
adalah satu proses di mana seseorang individu tersebut perlu menggunakan pengetahuan
lepas, kefahaman dan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan masalah yang dihadapi
kini.
Ini kerana menurut Som dan Mohd Dahlan (1998), kajian mengenai keperluan
pekerjaan menunjukkan bahawa tenaga kerja masa hadapan memerlukan pemikiran yang
29
tajam, iaitu kritis, inovatif, imaginatif dan kreatif berbanding masa-masa lalu. Secara
tidak langsung, ia akan mencetuskan pemikir kritis dan analitis dan mengeluarkan
pendapat bagi percambahan idea dalam menyelesaikan masalah yang diberikan.
Menurut beliau lagi, kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai
pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Idea yang kritis mengandungi ciri-ciri baru,
asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif.
2.6 Kemahiran belajar
Kemahiran belajar amat penting bagi kejayaan Negara pada masa hadapan, sama
ada dari segi pembangunan ekonomi mahupun perpaduan dan keharmonian rakyat.
Menurut Hafisah (2008) pembelajaran ini melambangkan sesuatu yang dapat membina
pengetahuan seseorang, sikap dan potensi untuk berjaya dalam kehidupan secara
berterusan.
Ini kerana menurut Raymond A. Noe (2002), persekitaran kerja yang dinamik
memerlukan pekerja yang memahami keseluruhan sistem kerja termasuk perhubungan di
antara kerja mereka, unit kerja mereka dan organisasi. Pekerja diharapkan memperoleh
kemahiran baru, menggunakan dalam kerja, dan berkongsi maklumat dengan pekerja
lain. Di antara langkah-langkah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam
kemahiran ini adalah melalui gabungan aktiviti kerja berkumpulan, tugasan projek,
kajian kendiri serta latihan industri. Kesemua aktiviti ini memerlukan pelajar berdikari
dalam mendapatkan maklumat dan pengetahuan dari pelbagai sumber.(Hafisah, 2008)
Menurut Pamela (2004), kebanyakan pekerja yang diambil bekerja, selain
mempunyai kemahiran yang diperlukan adalah pekerja yang boleh membuktikan mereka
mempunyai tanggugjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Mempelajari
bagaimana untuk belajar (learnt how to learn) dengan cara dan usaha sendiri adalah
30
amat diperlukan dalam pembangunan tenaga kerja. Ini kerana tidak semua syarikat yang
memperuntukkan kewangannya untuk memberi latihan ini kepada pekerja baru. Oleh itu
kemahiran belajar dalam diri setiap pekerja amat dititikberatkan
Kemahiran belajar merujuk kepada pembelajaran individu sepanjang hayat untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya agar ia dapat mengikuti perkembangan
dan keperluan semasa. Mereka yang mempunyai kemahiran ini mestilah mempunyai
motivasi yang tinggi untuk mempelajari perkara baru. Belajar adalah satu pekerjaan
walaupun ia tidak menggunakan tenaga tetapi ia menyumbang kepada perkembangan dan
kemajuan sesuatu benda dan perkara. (Firdaus, 2007)
Menurut Hoffman dan Richie (1997), pelajar memerlukan banyak sumber
maklumat bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan pembelajaran kendiri melalui
penggunaan pelbagai elemen bagi memperoleh maklumat yang berkaitan tugasan dan
secara tidak langsung ini dapat merangsang pemikiran kritis dan kreatif mereka untuk
menguruskan maklumat yang memberi kesedaran kepada mereka tentang konteks fizikal
dan sosial yang relevan kepada tugasnya. Guru perlu bijak menentukan pelajar belajar
daripada pelbagai sumber seperti dalam suasana yang penuh dengan maklumat seperti
internet, CD ROM, Perisian pendidikan dan sebagainya ( Zahner et al., 1992).
Cornish (2007) dalam kajiannya berpendapat, konsep belajar termasuklah
'learning how to learn'. Jika kemahiran “learning how to learn” diperlukan dalam
perubahan di tempat kerja memandangkan pembangunan teknologi yang semakin
canggih, guru di pendidikan tinggi perlulah mempertimbangkan bagaimana untuk
memasukkan kemahiran “learning how to learn” ini dalam pengajaran mereka. Sifat
ingin tahu yang mendalam menyebabkan pelajar mempunyai kemahiran belajar yang
berterusan.
Menurut Hafisah (2008), jika para pelajar masih duduk termenung serta lalai dalam
melaksanakan tugas dan tidak mengambil langkah utama dalam menggunakan minda untuk
31
menerokai sesuatu idea bagi menyelesaikan masalah maka seseorang pelajar itu akan
ketinggalan dan mungkin akan tercicir di universiti mahupun di mana-mana institusi
pengajian tinggi.
2.7 Kemahiran membuat keputusan.
Membuat keputusan adalah membuat satu pilihan untuk mencapai satu matlamat.
Membuat pilihan yang baik secara konsisten adalah kunci kejayaan untuk berjaya dalam
pekerjaan. Kadangkala membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar, oleh itu elakkan
dari mengambil keputusan secara terburu-buru tetapi menggunakan akal fikiran yang
tajam untuk membuat sesuatu keputusan. Membuat satu keputusan yang baik
memerlukan kesabaran dan pemikiran yang berhati-hati. Membuat keputusan yang baik
adalah satu penyelesaian masalah mengikut pendekatan langkah demi langkah dan
memilih satu strategi untuk bertindak dan memerlukan pemikiran yang tinggi. Proses
membuat keputusan dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri,
keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan
terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik kecil mahupun yang besar (Hasliza, 2002).
Menurut Hasliza (2002), seseorang yang mampu membuat keputusan adalah
mereka yang mampu menentukan matlamat dan kekangan sebelum membuat keputusan.
Mereka juga akan mempertimbangkan risiko dalam membuat keputusan supaya
keputusan yang dibuat adalah tepat dan tidak merugikan.
Kenyataan ini disokong oleh (Firdaus (2007), yang menyatakan membuat
keputusan ialah memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa
alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Kesemua alternatif ini perlulah dibuat perbanding dan perbezaan bagi mendapatkan
keputusan yang terbaik. Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang
32
itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang
ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.
Modenisasi dan perubahan yang pesat mendedahkan individu kepada pelbagai
pilihan dan opsyen yang memerlukan kemahiran dan kepakaran membuat keputusan
dengan berkesan. Kerap-kali individu-individu dikehendaki membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah mengenai pelbagai perkara dan isu. Ini jelas tertera di dalam
Huraian Sukatan Pelajaran Reka cipta(1996) yang menggariskan kemahiran membuat
keputusan merupakan kemahiran berfikir yang perlu dititik beratkan dalam subjek ini.
Menurut Zuliana (2006), kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini perlu
dijadikan landasan bagi proses pemerolehan ilmu dan kemahiran dalam mempelajari
sesuatu mata pelajaran. Pelajar seharusnya dilatih menggunakan kemahiran berfikir ini
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membuat keputusan sendiri dengan
bijak dan tidak bergantung kepada orang lain. Mahir berfikir adalah antara potensi
minda yang berperanan penting dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
2.8 Pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning)
PBM adalah signifikan dalam meningkatkan pemikiran kritis, pemikiran kreatif
dan kemahiran kerja berkumpulan terhadap kaedah pembelajaran konvensional.
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan salah satu pendekatan
konstruktivis, di mana kerjasama di kalangan pelajar merupakan kunci utama kejayaan
kaedah pembelajaran ini. Kerjasama ini akan mewujudkan kemahiran berfikir yang
kritikal dalam menyelesaikan sesuatu masalah supaya keputusan dapat dibuat dengan
baik dan betul.
33
Siti Norbaizura (2006), juga menyatakan perkara utama yang wujud dalam
pendekatan ini adalah menguasai penyelesaian masalah atau kes yang diberi dan bukan
hanya semata-mata menguasai fakta pembelajaran sahaja. Apa yang lebih penting para
pelajar harus bekerjasama di dalam satu kumpulan dengan menggunakan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dari situ, para
pelajar sudah pasti dengan sendirinya dapat mengenalpasti apa yang mereka perlu tahu
dan menentukan arah tuju pembelajaran mereka dengan sendirinya.
Menurut Smith.S (1997), PBM juga merupakan satu inovasi dan pendekatan
yang baru lagi terkini bagi membantu mengatasi masalah yang timbul akibat
penggunaan kurikulum tradisi di kebanyakan institusi pengajian tinggi. Menurutnya
melalui PBM beberapa objektif pembelajaran dapat direalisasikan seperti dapat
menyediakan satu pengetahuan yang lebih mudah untuk dikekalkan dalam minda pelajar
dan pengetahuan tersebut relevan digunakan apabila menceburi bidang pekerjaan kelak.
Selain itu, menerusi PBM juga dilihat dapat memberi peluang kepada para
pelajar untuk meluaskan pengetahuan dan menjadi lebih kreatif. Mereka juga akan
sentiasa prihatin terhadap sebarang perubahan situasi semasa di alam pekerjaan. PBM
juga berpotensi untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan
pelajar bagi situasi tertentu yang mungkin rumit. Sekiranya pelajar mempunyai
kemahiran-kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang positif dan emosi yang stabil,
maka ini akan melahirkan satu kelompok sumber tenaga yang professional untuk negara.
Kualiti sebegini sememangnya penting bagi menjamin kemajuan dan kemakmuran
sesebuah negara sekiranya rakyatnya produktif dan sentiasa maju ke hadapan.
Perlaksanaan pendekatan PBM adalah salah satu cara yang paling strategik di
mana melibatkan penyelesaian masalah secara berkumpulan yang boleh dikaitkan
dengan kehidupan sebenar (kes atau senario masalah sebenar). Perlaksanaan kaedah
pengajaran melalui PBM sememangnya memerlukan pelajar berfikir secara kritikal bagi
menyelesaikan masalah yang diberi. PBM yang sebenar juga adalah satu proses
34
penyelidikan, dengan itu para pelajar akan mempelajari konsep atau kandungan melalui
bekerja menerusi aktiviti, dalam kata lain kandungan pelajaran dipelajari dengan
sendirinya secara berkumpulan. PBM biasanya dilakukan dalam kumpulan yang
sederhana dan dikendalikan dengan kadar waktu yang kerap berbanding kuliah biasa.
Pengenalan terhadap masalah yang diberi akan dibincangkan untuk menerangkan
konflik situasi yang berlaku tetapi hanya melibatkan pengenalan pada peringkat asas
sahaja, tidak dengan lebih mendalam. Cara untuk menyelesaikan masalah adalah
terpulang kepada setiap kumpulan untuk mengenalpasti asas isu tersebut dan menentukan
apakah informasi tambahan yang mereka perlukan. Melalui proses perbincangan dan
penyelidikan berkumpulan sudah semestinya dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Semasa proses mencari penyelesaian itu, tanpa disedari akan munculah proses pemikiran
secara kritikal dimana ciri tersebut adalah ciri yang perlu ada dalam diri setiap individu
yang bergelar pelajar.
Siti Norbaizura (2006) dalam kajiannya telah membuat kesimpulannya bahawa
PBM diperlukan bagi memastikan graduan masa depan :
i. dapat memacukan diri dan mempunyai kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat
ii. berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran analitik
dan kritis
iii. mempunyai integrasi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai disiplin
iv. bekerja dalam pasukan dan mempunyai kemahiran antara insan
(interpersonal)
Menurut Lynda Wee (2004), PBM adalah salah satu cara terbaik bagi
menggalakkan penggunaan berfikir secara kritikal dalam semua bidang kurikulum.
Sekiranya dilakukan dan diuruskan dengan baik PBM mampu untuk menyediakan :
35
a. tugasan pembelajaran yang sebenar yang menggambarkan kehidupan
realiti.
b. integrasi aktiviti pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri semulajadi
untuk menghubungkan pengetahuan, cara berfikir dan proses kemahiran
yang lain.
c. Peluang untuk membuat penilaian berdasarkan cara persembahan
individu yang membolehkan penilaian kompetensi sebenar daripada
penilaian yang hanya berdasarkan ‘kertas dan pensel’ sahaja.
d. Satu kaedah di mana kombinasi koloboratif dan pembelajaran aktif, di
mana pelajar perlu menyelesaikan masalah menerusi sumber informasi,
analisis dan pengaplikasian.
Menurut Razihan (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu
kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan
masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar
untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul Karim, 2005).
Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk
menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:
a) Mengenalpasti Masalah
Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar
adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut
sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan
berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan
untuk memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari
36
peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.
b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data
Pada peringkat ini, pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap
maklumat yang diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai
teknik pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect),
carta pareto, carta pai, carta aliran dan lain-lain.
Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan
mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari
punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby et al, (2002), sesuatu masalah itu tidak
dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan
perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku.
Masalah dianalisis menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Pelajar perlu berfikir
melangkaui batas.
c) Membuat Keputusan
Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan
penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar
perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil.
Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi
memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003)
menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De
Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak idea untuk menyelesaikan masalah
kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan
berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan
terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah
37
ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan.
d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik
Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan
percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada
peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut
dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan
kepada jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Oleh itu,
pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih
mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu,
pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh
mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih
merupakan alternatif yang terbaik.
e) Melaksanakan Keputusan
Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas
hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan
penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga
membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan
menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.
Berdasarkan kajian di atas dapat disimpulkan melalui pembelajaran berasaskan
masalah, pelajar dapat meningkat kemahiran berfikir aras tinggi yang merangkumi
kemahiran berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat
keputusan dan kemahiran belajar.
38
2.9 Perkaitan Di Antara Pengajaran Reka Cipta Dengan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi
Menurut Nurefarehan (2008), kesan reformasi pendidikan yang berlaku dalam
Negara ini mewujudkan mata pelajaran Reka Cipta yang diperkenalkan di sekolah –
sekolah seluruh Malaysia malahan ditawarkan oleh pusat Pengajian tinggi iaitu
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada pelajar Pendidikan Teknikal dan
Vokasional. Matapelajaran Reka cipta adalah sebagai tajuk baru dalam Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah (KHSR) dan kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Bahagian
Teras Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran Rekacipta ditawarkan di tingkatan
empat sebagai matapelajaran elektif yang tergolong dalam kumpulan II (Vokasional dan
Teknologi).
Bermula dari langkah Kementerian Pendidikan mengarahkan pihak sekolah
menubuhkan kelab Reka cipta (Kementerian Pendidikan, 1998) seterusnya menjadikan
Reka cipta sebagai salah satu komponen dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan
dilihat sebagai langkah awal kementerian Pendidikan dalam menghasilkan pelajar-
pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif. Sehubungan dengan itu, Fakulti pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia yang sedang melatih bakal guru untuk program Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan telah melaksanakan matapelajaran Rekacipta sebagai
salah satu dari subjek teras.
Kurikulum ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif
,imaginatif dan produktif serta boleh merekacipta sesuatu yang dapat menyumbang
kepada pembangunan teknologi dan bukan hanya sebagai pengguna teknologi semata-
mata. Selain itu , pelajar juga diharapkan dapat mengaplikasikan konsep dan rekacipta
bagi menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian (Pusat
Perkembangan Kurikulum ,1999). Ini selari dengan kehendak Negara yang
39
menginginkan rakyat yang mampu berfikir pada aras yang tinggi. Objektif yang telah
ditetapkan adalah untuk melahirkan pelajar yang:
1. Imaginatif, Kreatif, Inovatif dan Inventif
2. Peka terhadap masalah persekitaran
3. Boleh merekacipta dan bangga dengan ciptaannya
4. Peka terhadap teknologi semasa
5. Meminati bidang keusahawanan dan mengamalkan ciri seorang usahawan
6. Bersikap sabar, tekun, berani, tabah, cekal berdaya saing dan menyedari
keagungan tuhan. (Pusat perkembangan Kurikulum,1996)
Matapelajaran Reka cipta ini merupakan satu matapelajaran yang mencabar.
Menurut Nurefarehan (2008), ia memerlukan satu daya kreativiti yang tinggi. Para
pelajar terpaksa menggunakan segala pengalaman, pemikiran dan pemerhatian serta
dibantu dengan tunjuk ajar dari pensyarah untuk mencetuskan dan merealisasikan apa
jua projek reka cipta yang merupakan projek ciptaan baru atau yang diubahsuai. Tujuan
pelaksanaan matapelajaran Rekacipta ini adalah untuk melahirkan generasi Malaysia
yang kreatif dalam penyelesaian masalah supaya mereka dapat memberikan sumbangan
ke arah merealisasikan wawasan Negara. Secara tidak langsung ia juga dapat memupuk
minat, memajukan bakat serta potensi pelajar untuk merekabentuk sesuatu yang baru
dan bermanfaat kepada Negara . Komponen reka cipta menawarkan pelbagai peluang
kepada guru untuk mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat inferens,
mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kesemua aktiviti ini mempunyai
ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi.
2.10 Kajian-kajian lepas
Kajian-kajian lepas dibahagikan kepada dua iaitu kajian luar Negara dan kajian
dalam Negara. Kajian-kajian lepas yang dirujuk adalah kajian yang dijalankan dalam
40
bidang kemahiran berfikir dan yang berkaitan dengannya bagi memperoleh fakta-fakta
yang dapat menyokong kajian ini.
Melalui kajian yang dijalankan oleh N.S.Rajendran (2000) dalam kertas kerja
yang bertajuk “Kesusasteraan sebagai Wahana Mengajar Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi” menunjukkan bahawa guru tidak menekankan kemahiran berfikir aras tinggi dan
jarang menyediakan peluang bagi pelajar menguasai kemahiran berfikir jika guru kurang
yakin dengan dari segi pengetahuan dan kemahiran mengajar kemahiran berfikir. Maka
guru perlu didedahkan dengan secukupnya dari segi pengetahuan dan kemahiran
mengajar di dalam kesusasteraan dan kemahiran berfikir. Guru yang mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam bidang kesusasteraan akan membawa pengajaran
pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi yang mendorong pelajar-pelajar
melalui proses pemikiran aras tinggi. Komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai
peluang kepada guru untuk mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat
inferens, mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kesemua aktiviti ini
mempunyai ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi.
Fatinfarahiyah(2006) dalam kajiannya yang bertajuk “Tanggapan Tenaga
Pengajar Di Institut Kemahiran Mara (IKM) , Johor Bahru Terhadap Penerapan
Kemahiran Employability Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran” yang
melibatkan seramai 103 responden terlibat mendapati bahawa elemen mengikuti arahan
yang diberikan dan berpelakuan secara jujur, ikhlas dan beretika merupakan elemen
yang paling kerap diterapkan sementara elemen yang dianggap penting oleh tenaga
pengajar adalah mengikuti arahan yang diberikan dan fleksibel. Manakala, elemen
kemahiran berfikir tidak diberi penekanan yang mendalam dalam proses pembelajaran.
Hasil kajian menunjukkan tenaga pengajar menghadapi beberapa masalah semasa
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seperti pelajar kurang mempunyai pengetahuan tentang kepentingan kemahiran
‘employability’ dalam dunia pekerjaan.. Soal selidik dan skala Likert 5 peringkat
digunakan untuk mengukur jawapan responden.
41
Marlina (2006) dalam kajian yang dijalankan bertajuk “ Tahap Penguasaan
Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Pendidikan Fizik Merentas Jantina” bertujuan untuk
menentukan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis di kalangan pelajar Pendidikan
Fizik tahun empat di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 71 orang pelajar
Pendidikan Fizik terlibat dalam kajian ini yang terdiri dari 11 orang pelajar lelaki dan 60
pelajar perempuan. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser
Critical Thinking Appraisal (WGCTA-A). Statistik deskriptif seperti min, sisihan lazim
dan peratusan serta statistik inferensi seperti Ujian-t digunakan dalam kajian ini. Hasil
kajian menunjukkan tahap kemahiran berfikir kritis pelajar Pendidikan Fizik tahun
empat merentas jantina adalah sederhana. Perbandingan keseluruhan konstruk
kemahiran berfikir kritis iaitu inferens, mengusul periksa andaian, deduksi, interpretasi,
penilaian hujah merentas jantina menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang bererti
pada aras .05. Ini menunjukkan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar lelaki
adalah sama dengan pelajar perempuan bagi setiap konstruk. Berdasarkan analisis,
didapati tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar yang lemah adalah
kemahiran membuat inferens. Walaupun terdapat dua kemahiran yang berada pada tahap
yang baik iaitu mengusul periksa andaian dan membuat penilaian hujah, namun secara
umumnya tahap kemahiran pelajar berfikir secara kritis adalah pada tahap sederhana.
Kajian yang telah dijalankan oleh Rafiei Hj Mustapha (1998), bertajuk
“Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu”
dengan sampel seramai 657 orang guru Bahasa Melayu di 185 buah sekolah menengah
dari seluruh Negara terlibat sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan
pengetahuan guru tentang KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih
rendah. Kebanyakan guru (66%) tidak jelas tentang kaedah menerapkan unsur KBKK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, walaupun ada yang telah
diberi pendedahan secara formal. Rancangan Tahunan KBKK tidak disediakan tetapi
sebilangan kecil guru (37%) ada mencatatkan objektif KBKK dalam Rancangan
Mengajar Harian. Kebanyakan guru tidak menerapkan unsur KBKK dalam kaedah
penyampaian pelajaran yang meliputi aspek permulaan (set induksi) dan penggunaan
42
bahan pengajaran. Namun 50% guru yang dikaji ada mengemukakan soalan-soalan yang
berunsurkan KBKK dan 55% guru menjalankan aktiviti yang berunsurkan KBKK yang
melibatkan pelajar. Latihan bertulis yang ada unsur KBKK diberikan kepada pelajar
oleh 52% guru yang dikaji.
Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran di negara kita ialah melalui kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah
(PBM). Di mana pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat den menyelesaikan
masalah dengan usaha sendiri. Proses ini akan menggalakan pelajar berfikir secara kritis
dan kreatif bagi menyelesaikan masalah yang diberikan dan berusaha mencapai
matlamat yang telah dipersetujui oleh ahli kumpulan. Dalam kajian yang dijalankan oleh
Nor Ratna Masrom (2005) mendapati bahawa pelajar tidak mampu untuk menyelesaikan
masalah dan menguasai isi pelajaran sekiranya pelajar tidak memahami proses dalam
pelaksanaan kaedah PBM. Maka Lynda Wee (2004) telah menggariskan tujuh langkah
dalam melaksanakan proses PBM. Langkah –langkah tersebut adalah pembahagian
kumpulan, mengenalpasti masalah, menjana idea, isu pelajaran, pembelajaran kendiri,
sintesis dan aplikasi, dan refleksi dan tindak balas. Selain itu, kajian tersebut mendapati
bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu
untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBM dengan sempurna dan cekap.
Justeru itu, Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) telah menggariskan lima
proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah mengenalpasti
masalah, menganalisis masalah dan mengumpul data, membuat keputusan,
mengenalpasti penyelesaian yang terbaik dan melaksanakan keputusan.
Melalui kajian yang dijalankan oleh N.S.Rajendran (2001) dalam kertas kerja
yang bertajuk “Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru
Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran” yang dijalankan di 22 buah sekolah
di daerah negeri Selangor yang melibatkan 93 respondan. Hasil yang diperoleh
menunjukkan bahawa guru-guru secara signifikan berbeca dalam perpepsi mereka
terhadap ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengajar kemahiran
berfikir aras tinggi melalui Bm atau BI. Sebaliknya mereka percaya bahawa mereka
43
kurang bersedia dari aspek ilmu pengetahuan, kemahirab pedagogi dan sikapuntuk
mengajar kemahiran berfikir aras tinggi. Permerhatian yang dibuat juga menunjukkan
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah masih berpusatkan guru.
Menurut Hidanah Mohd Yunus (2006) dalam kajian yang bertajuk “Kemahiran
Berfikir Kritis Dan Kreatif: Satu Tinjauan Terhadap Guru-Guru Sekolah Menengah
Teknik Di Negeri Johor” yang dijalankan ke atas guru-guru Sekolah Menengah Teknik
negeri Johor. Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah iaitu di Sekolah Menengah
Teknik Batu Pahat,Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Sekolah Menengah Teknik
ERT Azizah dan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Tinjauan dilakukan bagi
menentukan tahap pengetahuan guru-guru mengenai kemahiran berfikir kritis dan
kreatif, mengenalpasti persediaan-persediaan guru untuk mengaplikasikan KBKK di
bilik darjah, mengenalpasti strategi berfikir dan penggunaan elemen kemahiran berfikir
kritis dan kreatif yang diguna pakai oleh guru-guru Sekolah Menengah Teknik. Seramai
169 orang guru dijadikan sebagai sampel dalam kajian ini. Data yang diperolehi melalui
edaran soal selidik dianalisis dengan menggunakan kaedah skor min dan peratusan serta
kekerapan. Dapatan dari kajian jelas menunjukkan guru-guru di Sekolah Menengah
Teknik mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif, tetapi dari segi persediaan-persediaan guru untuk mengaplikasikan
KBKK masih kurang memberangsangkan dan boleh dipertingkatkan sehingga mencapai
tahap yang lebih cemerlang.
Banyak kajian yang membuktikan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan
masalah (PBM) mampu meningkatkan kemahiran generik para pelajar terutamanya
dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Kenyataan ini disokong oleh Hasyamuddin
dan Rahifa (2005) bertajuk “Kemahiran Employability (Generik) Dalam Kelas
Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) di Kalangan Pelajar Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)” mendapati bahawa PBM sangat
membantu pelajar dalam memperolehi kemahiran ‘employability’ dan penglibatan aktif
dalam kelas berbanding pelajar yang menggunakan kaedah kuliah sahaja.
44
2.11 Kesimpulan
Secara dasarnya, kebanyakan kajian oleh pengkaji yang lepas lebih menumpukan
kepada elemen perkaitan kemahiran berfikir aras tinggi dengan perestasi pembelajaran
pelajar, kehendak dan keperluan industri, keperluan asas pekerja dan juga penerapan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam bilik darjah sahaja. Kajian yang dilakukan terhadap
kaedah bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kemahiran berfikir aras tinggi
masih kurang. Dapat kita lihat juga banyak pengkaji mencadangkan PBM sebagai
kaedah meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.
Kesimpulannya, kemahiran ini adalah penting bagi melahirkan dan mendidik
bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam menyelesaikan
masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan adil. Secara amnya,
kaedah PBM boleh dijadikan salah satu pendekatan dan latihan yang berkesan untuk
melahirkan pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran berfikir yang kritikal,
kemahiran belajar, berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dengan tepat. Komponen dalam reka cipta menawarkan pelbagai peluang kepada guru
untuk mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat inferens, mencadangkan
idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kesemua aktiviti ini mempunyai ciri-ciri
kemahiran berfikir aras tinggi.
45
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi kajian merupakan aspek yang penting dalam menjalankan sesuatu
kajian. Perkara yang dibincangkan di dalam bab ini adalah kaedah atau metodologi yang
digunakan dalam pemprosesan dan penanalisisan data bagi mendapatkan hasil kajian
yang dijalankan. Antara aspek-aspek yang dibincangkan adalah reka bentuk kajian,
persampelan, instrumen kajian, kajian rintis dan prosedur pengumpulan data.
Menurut Mohamad Najib (1999), kajian secara saintifik merupakan satu kaedah
kajian yang baik dan ia perlu diberi sokongan dengan rasional atau dibuktikan melalui
langkah-langkah tertentu.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian membantu penyelidik dalam menuju ke arah mendapatkan
maklumat dan tujuan kajian itu dijalankan. Kajian ini adalah untuk mendapatkan
maklumbalas tentang pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi yang diperoleh
melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta.
46
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang berbentuk deskriptif
dengan tujuan mencari kebenaran yang berkaitan dengan persoalan kajian. Mohd Majid
(1994), menjelaskan penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat
untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku dan menerokai sesuatu
bidang yang belum atau kurang dikaji.
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Kaedah pensampelan dan juga sampel kajian merupakan aspek penting di dalam
kajian-kajian sosial seperti kajian dalam bidang pendidikan. Sampel merupakan sumber
untuk mendapatkan data. Sampel adalah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil
kira sama ada ia dapat menjadi populasi ataupun sebaliknya (Azizi et al, 2007). Melalui
persampelan, pengkaji boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi
daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut. Populasi boleh
didefinisikan sebagai satu ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran tertentu ke atas
sekumpulan individu atau objek (Mohd Majid, 1994). Populasi kajian ini adalah pelajar-
pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Mereka terdiri daripada pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan
masalah dalam subjek reka cipta yang diambil.
Kaedah persampelan bagi kajian ini adalah kaedah pensampelan jenis tidak
rawak yang bertujuan (purposive sampling). Kaedah pensampelan tidak rawak bertujuan
digunakan kerana kajian ini dijuruskan kepada mengkaji peningkatan kemahiran berfikir
aras tinggi melalui perlaksanaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas
reka cipta. Sehubungan dengan itu, adalah memadai untuk menjadikan pelajar-pelajar
yang terlibat dengan mata pelajaran berkenaan sahaja sebagai sampel kajian ini. Di
dalam kajian ini, populasi kajian adalah seramai 88 orang dan menurut jadual Krejcie, R.
V dan Morgan D.W. (1970) sampel yang perlu diambil adalah memadai 73 orang pelajar
47
tahun empat Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor yang mengikuti kursus reka cipta.
3.4 Instrumen kajian
Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data merupakan satu set soal
selidik. Menurut Mohd Najib (2003), data dan maklumat yang diperolehi melalui soal
selidik adalah lebih tepat. Kaedah ini juga dapat menjimatkan kos, masa dan senang
untuk mendapat kerjasama daripada responden serta dapat menghasilkan item-item yang
konsisten dan boleh dipercayai. Soal selidik ini direkabentuk berdasarkan objektif kajian
dan persoalan kajian.
Item-item yang terdapat dalam soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu bahagia A dan bahagian B (Rujuk Lampiran A). Bahagian A berkaitan maklumat
latar belakang responden, manakala bahagian B untuk mendapatkan maklumat tentang
persoalan kajian. Bahagian-bahagiannya adalah seperti berikut:
Bahagian A : Mengandungi 3 soalan untuk mendapatkan maklumat latar belakang
responden
Bahagian B : Bahagian ini mengandungi 34 soalan yang berkaitan kemahiran berfikir
aras tinggi yang diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah.
48
Jadual 3.1 : Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor Demografi
Responden
Nombor item Jenis soalan
1 Jantina
2 Umur
3 Bangsa
Di dalam bahagian B, penyelidik akan menumpukan soalan-soalan yang
berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi yang diperoleh oleh pelajar tahun empat
Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kemahiran Hidup) melalui kaedah pembelajaran
berasaskan masalah. Bidang yang dikaji adalah seperti yang dinyatakan di dalam
persoalan kajian.
Jadual 3.2 : Pembahagian Item Soal Selidik Bahagian B Berdasarkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi yang dapat Diaplikasikan Melalui
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Bil Persoalan kajian Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi
Nombor Item Jumlah
1. Apakah kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta?
Kemahiran berfikir kritikal
1,2,3,4,5,6,7,8,9,
9
2. Apakah kemahiran menyelesaikan masalah dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta?
Kemahiran menyelesaikan masalah
10,11,12,13,154,15,16,17,18
9
3. Apakah kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas rekacipta?
Kemahiran belajar 19,20,21,22,23,24,25,26,
8
49
4. Apakah kemahiran membuat keputusan dapat ditingkatkan melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas rekacipta?
Kemahiran membuat keputusan
27,28,29,30,31,32,33,34
8
JUMLAH 34
Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan ataupun tidak
terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Tanggapan responden dalam bahagian ini
diukur dengan menggunakan skala Likert untuk mengukur pandangan responden
terhadap sesuatu kenyataan. Skala likert ini mengandungi lima nilai jawapan dan set
maklum balas terhadap pandangan responden di antara nilai 1 hingga 5. Skala Likert
didapati berguna untuk mengukur kebolehan selain dari sikap, ia juga sesuai untuk
mengukur persepsi dan pandangan pelajar berhubung isu atau perkara (Azizi et al,
2007). Skala Likert tersebut adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.3
Jadual 3.3: Markat Skala Likert 5 Mata
Sangat
Setuju (SS)
Setuju (s) Tidak Pasti
(TP)
Tidak Setuju
(TS)
Sangat Tidak
Setuju (STS)
Skor 5 4 3 2 1
3.5 Prosedur pengumpulan data.
Dalam sesuatu kajian, prosedur pengumpulan data merupakan perkara yang
penting yang perlu dijalankan dengan teliti. Ini kerana data yang akan diperoleh
merupakan dapatan yang perlu dikumpulkan dan dianalisis. Dalam hal ini, pengkaji telah
membahagikan proses untuk menjalankan kajian kepada dua peringkat:
50
3.5.1 peringkat pertama
3.5.1.1 Perbincangan dengan pembimbing mengenai kesesuaian tajuk
mengikut kepentingan kajian
3.5.1.2 Mengumpul bahan rujukan.
3.5.1.3 Menghasilkan proposal
3.5.2 peringkat kedua
3.5.2.1 pengedaran soalan soal selidik kepada wakil kelas
3.5.2.2 membuat penganalisaan
3.5.2.3 membuat rumusan dan cadangan.
3.6 Kajian Rintis
Kajian rintis ini bertujuan memastikan ketepatan item dalam soal selidik dari
aspek kesahan kandungan dan mendapatkan indeks kebolehpercayaan item-item soal
selidik sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian rintis soal selidik pada tahap ini adalah
berguna bagi mendedahkan kekeliruan dan soalan bermasalah yang masih wujud dalam
soal selidik (Azizi et al, 2007).
Sebelum soal selidik diedarkan kepada responden untuk dijawab, satu kajian
rintis dijalankan untuk menyemak kesahan dan mendapatkan pekali indeks
kebolehpercayaan item-item soalan yang telah dibina.
51
3.6.1 Kesahan soal selidik
Kesahan isi merujuk kepada soalan-soalan yang dapat menguji perkara yang
ingin diuji oleh penyelidik dalam sesuatu kajian yang dijalankan. Tahap kesahan dapat
dipertingkatkan dengan menentukan kandungan yang sesuai dan jumlah yang
mencukupi. Soal selidik yang baik hendaklah jelas, padat dan mudah difahami oleh
responden untuk mengelakkan kekeliruan selain dapat memudahkan penyelidik
membuat analisa terhadap instrumen tersebut (Mohd Najib, 1999).
.
3.6.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi responden memberi jawapan
(Mohd Najib, 2003). Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan keputusan ujian, iaitu
sesuatu tahap yang diperoleh seseorang sememangnya melambangkan tahap kemahiran
beliau dalam ujian tersebut.
Bagi mendapatkan indeks kebolehpercayaan item-item soal selidik, pengkaji
akan mengedarkan sebanyak sepulah set soal selidik kepada sepuluh pelajar yang terdiri
daripada pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidkan (Kejuruteraan
Awam), Universiti teknologi Malaysia. Menurut Mohd Najib (1999), saiz sampel kajian
rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang
berkesan tentang ujian itu sekitar enam ke sepuluh orang.
Dalam kajian rintis, nilai indeks kebolehpercayaan item-item soal selidik,
ditentukan dengan menggunakan Model Alpha Cronbach yang terdapat dalam Statistical
Packeges for the Social Sciences (SPSS) version 15.0 dengan mengikut kriteria berikut
seperti pada jadual 3.4 di bawah.
52
Jadual 3.4: Pekali Alpha Cronbach
Nilai Alpha Kedudukan Item
0.0 – 0.20 Ubah kesemua item
0.21 - 0.80 Ubah sebahagian item
0.81 – 1.00 Item boleh diterima
Sumber: Mohd Najib (1999)
Hasil dari analisis data sepuluh responden yang terlibat dalam kajian rintis yang
dijalankan, nilai indeks kebolehpercayaan yang diperoleh adalah 0.904. ini menunjukkan
indeks kebolehpercayaan mempunyai tahap yang tinggi dan setiap item boleh diterima.
3.7 Analisis data
Menurut Mohd Majid (1998), pemprosesan data merupakan teknik untuk
pengumpulan, pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data-
data yang diperolehi daripada soal selidik diproses mengikut kaedah deskriptif untuk
mendapatkan maklumat yang berguna.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Sosial
Science version 15.0 atau singkatannya SPSS 15.0 dengan statik kekerapan (f),
peratusan (%) dan min bagi menentukan hasil kajian yang dilakukan. Menurut Mohd
Majid (1998), beliau menyatakan meskipun fakta adalah hak semua orang, tafsiran
terhadap fakta adalah hak individu penyelidikan.
Bagi memudahkan pentafsiran terhadap dapatan data yang diperolehi, maka
pengelasan skala bagi bahagian B akan diubah dari skala likert lima mata kepada skala
53
tiga mata sahaja. Kaedah ini bertujuan memudahkan pemberatan bagi setiap kategori
yang diukur. Perubahan yang dilakukan adalah seperti di dalam jadual 3.5 di bawah.
Jadual 3.5 : Skala Pemeringkatan
Skor asal Skor Skala pemeringkatan
1 dan 2 1 Tidak setuju
3 2 Kurang setuju
4 dan 5 3 Setuju
Analisis untuk bahagian B dilaksanakan untuk mendapatkan kekerapan,
peratusan, min setiap item dan min keseluruhan. Menurut Mohd Najib (2003),
menyatakan bahawa min melambangkan arah tuju respon pengiraan tertentu perlu
dilakukan bagi mendapatkan nilai min tersebut. Di dalam kajian ini terdapat 4
persoalan kajian yang mana setiap soalan kajian mengandungi 8 ke 9 item. Jadual 3.6
menunjukkan nilai min yang dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu tinggi, sederhana
dan rendah (Mohd Najib,1998). Oleh itu, pengkaji telah menggunakan jadual penetapan
min untuk membuat tafsiran terhadap fakta yang diperolehi.
Jadual 3.6: Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min
Skala Tahap
3.68 hingga 5.00 Tinggi
2.34 hingga 3.67 Sederhana
1.00 hingga 2.33 Rendah
Sumber: Mohd Majid (2000)
Setelah semua soalan soal selidik dikumpul, pengkaji akan membuat semakan
agar responden mematuhi arahan yang betul.
54
3.8 Rumusan
Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan kaedah yang digunakan oleh
pengkaji dalam menjalankan kajian yang meliputi rekabentuk instrumen kajian, proses
mendapatkan maklumat dan menganalisis data. Prosedur-prosedur yang telah dirancang
di dalam bab ini adalah bagi memudahkan proses kajian dijalankan dan memberi
panduan kepada pengkaji bagi memperoleh dapatan kajian yang bermakna dan tepat.
55
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan hasil dan dapatan kajian yang diperolehi daripada
responden. Sebanyak 73 set soal selidik yang telah diedarkan kepada tahun 4 SPH
Fakulti Pendidikan UTM, Skudai dan dikutip semula pada masa yang sama. Analisis
data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Sosial Science
(SPSS) versi 15.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min.
Proses penganalisan data dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan
B. Bahagian A membincangkan latar belakang responden manakala Bahagian B
membincangkan tentang kemahiran berfikir aras tinggi yang diaplikasikan melalui
kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta dari aspek kemahiran
berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran belajar dan kemahiran
membuat keputusan
4.2 Bahagian A : Analisis Latar Belakang Responden
56
Dalam set soal selidik Bahagian A, terdapat tiga item yang menerangkan biodata
responden dari segi jantina, umur dan bangsa Hasil analisis ditunjukkan dalam jadual
kekerapan dan peratusan seperti dalam jadual 4.1, 4.2, dan 4.3
4.2.1 Jantina
Jadual 4.1 dibawah menunjukkan taburan respoden mengikut jantina.
Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal
JANTINA F % Lelaki 22 30.1
Perempuan 51 69.9 Jumlah 73 100.0
Jadual 4.1 menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah
seramai 73 orang. Daripada 73 orang responden, seramai 22 orang iaitu 30.1 peratus
adalah lelaki dan selebihnya iaitu 51 orang dengan peratusan 69.9 peratus adalah
perempuan.
4.2.1 Umur
Jadual 4.2 dibawah menunjukkan taburan respoden mengikut umur.
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Umur
UMUR F %
20-25 tahun 54 74 26-30 tahun 19 26
Jumlah 73 100.0
57
Seramai 54 orang daripada 73 responden iaitu 74 peratus berumur dalam
lingkungan 20 hingga 25 tahun. Manakala 19 orang yang mewakili 26 peratus adalah
berumur dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun.
4.2.3. Bangsa
Jadual 4.3 dibawah menunjukkan taburan respoden mengikut bangsa.
Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Bangsa
BANGSA F % Melayu 57 78.1
Cina 7 9.6 India 4 5.5
Lain lain 5 6.8 Jumlah 73 100.0
Dapatan kajian menunjukkan peratusan responden melayu adalah tertinggi iaitu
seramai 57 orang (78.1 peratus). Ini diikuti dengan responden berbangsa Cina iaitu
seramai 7 orang (9.6 peratus) dan respondan berbangsa lain seramai 5 orang (6.8
peratus). Responden berbangsa India adalah yang paling sedikit iaitu 4 orang sahaja
dengan peratusan 5.5 peratus.
4.3 Bahagian B: Analisis Data Persoalan Kajian Analisis data bahagian B dilakukan bagi menjawab persoalan kajian seperti yang
dinyatakan dalam bab 1. Maklum balas yang diberikan oleh responden dikategorikan
kepada lima pilihan jawapan iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan
sangat tidak setuju. Keseluruhan item bagi setiap persoalan kajian pula akan
58
dikategorikan semula kepada 3 kategori sahaja iaitu sangat setuju dan setuju sebagai
setuju, tidak pasti dan sangat tidak setuju dan tidak setuju sebagai tidak setuju.
Jadual 4.4 di bawah menunjukkan jadual skala likert dari lima peringkat ditukar menjadi
tiga peringkat.
Jadual 4.4 : Jadual Skala Likert 5 Peringkat ditukar menjadi 3 peringkat
Jadual Skala Likert 5 Peringkat 3 Peringkat Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak setuju
Tidak pasti Tidak pasti Setuju Setuju Sangat setuju
Penyelidik mengambil nilai kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item persoalan
kajian. Jadual 4.5 menunjukkan taburan nilai min mengikut tahap.
Jadual 4.5: Taburan Nilai Min Mengikut Tahap
Nilai Min Tahap 1.0 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana 3.68 – 5.0 Tinggi
(Sumber: Mohd. Najib, 1999) 4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1
“ Apakah kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan melalui pembelajaran
berasaskan masalah dalam subjek reka cipta?”
59
Persoalan kajian yang pertama adalah untuk mengetahui apakah kemahiran
berfikir kritikal dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam
kelas rekacipta. Persoalan kajian ini diwakili dengan 9 item. Dapatan kajian adalah
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.6.
Jadual 4.6: Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran Berfikir Kritikal
Item
Pernyataan
STS
TP
SS
Min
f
(%) f
(%) f
(%)
1 Saya mampu mengaitkan fakta dan idea bagi menghuraikan sesuatu masalah
1
1.4
8
11.0
64
87.7
4.05
2 Saya mampu berfikir secara reaktif (memberi ulasan, komen dan rasional)
2
2.7
2
2.7
69
94.5
4.11
3 Saya mampu membandingkan idea-idea yang dikeluarkan
2
2.7
5
6.8
66
90.4
4.22
4 Saya mampu memikir dengan mendalam dan membuat pertimbangan yang sewajarnya tentang sesuatu perkara
3
4.1
3
4.1
67
91.8
4.23
5 Saya mampu menggunakan teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara berkesan
2
2.7
3
4.1
68
93.2
4.26
6 Saya mampu menilai sesuatu isu dari pelbagai sudut.
0
0
4
5.5
69
94.5
4.15
60
7 Saya mengeluarkan idea-idea yang bernas
0
0
6
8.2
67
91.8
4.22
8 Saya mampu mengemukakan pendapat bagi menghasilkan idea yang baik.
1
1.4
4
5.5
68
93.2
4.15
9 Saya mampu memberi kritikan dalam menghasilkan idea yang baik
1
1.4
4
5.5
68
93.2
4.20
Purata Min Keseluruhan
4.18
Jadual 4.5 di atas menunjukkan analisis peratusan dan min dari aspek kemahiran
berfikir kritikal. Berdasarkan dapatan yang diperoleh didapati item 5 iaitu “saya mampu
menggunakan teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara berkesan” mencapai
nilai min yang tertinggi iaitu 4.26. Seramai 69 responden (93.2 peratus) menyatakan
bahawa mereka mampu menggunakan teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara
berkesan manakala hanya 2 responden (2.7 peratus) yang menyatakan sebaliknya.
Seramai 3 responden (4.1 peratus) tidak pasti sama ada mereka mampu menggunakan
teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara berkesan atau tidak. Nilai min bagi
item tersebut berada di tahap tinggi.
Merujuk kepada item 6, didapati seramai 69 responden (94.5 peratus) yang tidak
mengatakan mereka mampu menilai sesuatu isu dari pelbagai sudut yang berbeza
manakala 4 responden (5.5 peratus) yang tidak pasti dengan jawapan mereka dan tidak
seorang pon responden (0 peratus) yang tidak bersetuju bahawa mereka mampu menilai
sesuatu isi dari pelbagai sudut berbeza. Manakala bagi item 8 pula iaitu “saya mampu
mengemukakan pendapat bagi menghasilkan idea yang baik” sebanyak 68 responden
(93.2 peratus) bersetuju dengan penyataan ini. Seramai 4 responden (5.5 peratus) tidak
pasti dengan penyataan ini dan hanya seorang (1.4 peratus) yang tidak bersetuju dengan
61
penyataan ini. Kedua-dua item 6 dan 8 ini mempunyai nilai min yang sama iaitu 4.15
yang menunjukkan bahawa item tersebut berada di tahap tinggi.
Hasil analisis bagi item 1 iaitu “ saya mampu mengaitkan fakta dan idea dalam
menghuraikan sesuatu masalah” menunjukkan nilai min ialah 4.05 dengan bilangan
seramai 64 daripada 73 responden (87.7 peratus) bersetuju bahawa mereka mampu
mengeluarkan idea yang bernas manakala 1 responden (1.4 peratus) menyatakan yang
sebaliknya. Seramai 8 responden iaitu 11.0 peratus yang tidak pasti samaada mereka
mampu mengeluarkan idea yang bernas atau tidak. Nilai min bagi item tersebut ialah
4.05 iaitu berada di tahap tinggi. Nilai min bagi item tersebut merupakan nilai min yang
terendah jika dibandingkan dengan nilai min bagi item lain dalam persoalan kajian yang
pertama ini.
Berdasarkan analisis bagi persoalan kajian satu, item 5 menunjukkan nilai min
yang paling tinggi iaitu 4.26 diikuti dengan item 4 dengan nilai min 4.23 manakala item
1 menunjukkan nilai min yang paling rendah iaitu 4.05 dan ini diikuti oleh item 2 iaitu
4.11. Secara keseluruhannya, purata min bagi kemahiran berfikir kritikal adalah
sebanyak 4.18 iaitu berada di tahap tinggi. Ini menunjukkan secara keseluruhannya,
majoriti responden dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir kritikal melalui
pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas rekacipta.
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2
“Apakah kemahiran menyelesaikan masalah dapat diaplikasikan melalui
pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta.?”
Persoalan kajian yang kedua adalah untuk mengetahui adakah terdapatnya
pengaplikasian kemahiran menyelesaikan masalah terhadap mereka melalui
62
pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta. Persoalan kajian ini
diwakili dengan 9 item. Dapatan kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual
4.7.
Jadual 4.7: Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Item
Pernyataan
STS
TP
S
Min
f
(%) f
(%) f
(%)
10 Saya mampu mengenalpasti masalah yang wujud dalam situasi kompleks dan kabur.
3
4.1
1
1.4
69
95.4
4.21
11 Saya mampu mendapatkan jalan penyelesaian alternatif kepada masalah
1
1.4
2
2.7
70
95.9
4.37
12 Saya mampu menganalisis masalah yang wujud
1
1.4
7
9.6
65
89
4.16
13 Saya mampu menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.
1
1.4
4
5.5
68
93.2
4.23
14 Saya mampu untuk menvisualkan sesuatu dan membentuk konsep daripadanya
1
1.4
3
4.1
69
94.5
4.15
15 Saya mampu menggunakan pelbagai teknik untuk
0
0
6
8.2
67
91.8
4.29
63
menyelesaikan masalah.
16 Saya mampu mengkaji dan menilai masalah yang diberikan
0
0
7
9.6
66
90.4
4.27 17 Saya memerlukan masa
yang sedikit bagi menyelesaikan masalah yang rumit.
1
1.4
4
5.5
68
93.2
4.30
18 Saya mampu menyelesaikan masalah yang timbul dengan efektif dan berhati-hati.
3
4.1
5
6.8
65
89
4.12
PURATA MIN KESELURUHAN
4.23
Hasil kajian ini mendapati bahawa item 11 iaitu “saya mampu mendapatkan jalan
penyelesaian alternatif kepada masalah” yang mempunyai min yang paling tinggi iaitu
4.37 di mana seramai 70 responden (95.9 peratus) bersetuju dengan penyataan ini
manakala seorang responden (1.4 peratus) yang tidak bersetuju dengan penyataan ini.
Seramai 2 responden (2.7 peratus) yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Nilai
min bagi item tersebut berada di tahap tinggi.
Hasil analisis bagi item 12 menunjukkan seramai daripada 65 responden (89.0
peratus) menyatakan bahawa mereka mampu menganalisis masalah yang wujud
manakala 7 responden (9.6 peratus) tidak pasti dan hanya 1 responden (1.4 responden)
yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Nilai min bagi item tersebut ialah 4.16
berada pada tahap yang tinggi dalam persoalan kajian kedua ini.
Merujuk kepada item 13, didapati seramai 68 responden (93.2 peratus)
menyatakan bahawa mereka mampu menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran
dan pengetahuan yang diperlukan berbanding hanya 1 responden (1.4 peratus) yang
64
menyatakan tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Terdapat 4 responden (5.5 peratus)
yang tidak pasti dengan penyataan ini. Nilai min sebanyak 4.23 menunjukkan bahawa
item tersebut berada di tahap tinggi.
Min yang terendah dalam persoalan kajian ini ialah item 18 iaitu “saya mampu
menelesaikan masalah yang timbul dengan efektif dan berhati-hati” dengan nilai min
4.12. Seramai 65 responden (89 peratus) bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala
5 responden (6.8 peratus) tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Hanya 3 orang
responden (4.1 peratus) yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Nilai min
sebanyak 4.12 menunjukkan bahawa item tersebut berada di tahap tinggi.
Berdasarkan analisis bagi persoalan kajian dua, item 10 menunjukkan nilai min
yang paling tinggi iaitu 4.37 dan diikuti oleh item 17 dengan nilai min 4.30. Item 18
menunjukkan nilai min yang paling rendah. Secara keseluruhannya, purata min bagi
tahap kemahiran menyelesaikan masalah adalah sebanyak 4.24 iaitu berada di tahap
tinggi. Ini menunjukkan secara keseluruhannya majoriti responden dapat
mengaplikasikan kemahiran menyelesaikan masalah melalui pembelajaran berasaskan
masalah di dalam kelas reka cipta.
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3
“Apakah kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan
masalah di dalam kelas reka cipta?”
Persoalan kajian yang ketiga adalah untuk mengetahui apakah kemahiran belajar
dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta.
Persoalan kajian ini diwakili dengan 8 item. Dapatan kajian adalah seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 4.8.
65
Jadual 4.8: Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran Belajar
Item
Pernyataan
TS
TP
S
Min
f
(%) f
(%) f
(%)
19 Saya sentiasa bertanggungjawab terhadap pembelajaran diri sendiri
2
2.7
2
2.7
69
94.5
4.19
20 Saya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat mendalam
0
0
2
2.7
71
97.3
4.32
21 Saya akan mencari dan menggunakan pengetahuan khusus dari pelbagai bidang
3
4.1
5
6.8
65
89.1
4.11
22 Saya berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja sehingga berjaya
0
0
4
5.5
69
94.5
4.12
23 Saya mempunyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari perkara baru.
1
1.4
2
2.7
70
95.9
4.12
24 Saya menggunakan pelbagai media untuk belajar (internet,buku rujukan)
1
1.4
3
4.1
69
94.5
4.23
25 Saya akan mendapatkan maklumat melalui pertanyaan dengan orang lain.
3
4.1
6
8.2
64
87.7
4.18
26 Saya akan belajar dari seseorang melalui pemerhatian diikut i
0
0
4
5.5
69
94.5
4.32
66
dengan belajar secara sendiri
PURATA MIN KESELURUHAN
4.20
Merujuk kepada item 20, seramai 71 responden (97.3 peratus) menyatakan
mereka mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam semasa melalui pembelajaran
berasaskan masalah dalam kelas rekacipta. Hanya 2 responden (2.7 peratus) yang tidak
pasti dengan kenyataan ini dan tidak ada responden (0 peratus) yang tidak mempunyai
sifat ingin tahu yang mendalam. Manakala bagi item 26 pula seramai 69 responden (94.5
peratus) bersetuju menyatakan bahawa mereka akan belajar dari seseorang melalui
pemerhatian dan diikuti dengan belajar sendiri. Responden yang selebihnya seramai 4
orang (5.5 peratus ) menyatakan mereka tidak pasti dengan kenyataan ini. Nilai min bagi
kedua-dua item tersebut merupakan nilai min yang tertinggi dalam persoalan kajian ini
dengan nilainya 4.32 iaitu berada di tahap tinggi.
Analisis item 23 menunjukkan majoriti responden menyatakan mereka
mempunyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari perkara baru iaitu seramai 70
responden (95.9 peratus) berbanding hanya seorang responden ( 1.4 peratus) yang tidak
bersetuju. Seramai 2 responden (2.7 peratus) yang tidak pasti dengan penyataan ini.
Nilai min bagi item tersebut ialah 4.12 iaitu berada di tahap yang tinggi.
Merujuk kepada item 24, didapati seramai 69 responden (94.5 peratus)
menyatakan mereka menggunakan pelbagai media untuk belajar manakala seramai 3
responden (4.1 peratus) yang tidak pasti dengan penyataan tersebut. Hanya seorang
responden (1.4 peratus) yang menyatakan bahawa mereka tidak menggunakan pelbagai
media untuk belajar. Nilai min bagi item tersebut ialah 4.23 iaitu berada di tahap yang
tinggi.
67
Hasil analisis bagi item 21 menunjukkan seramai 65 responden (89.1 peratus)
menyatakan bahawa mereka akan mencari dan menggunakan pengetahuan khusus dari
pelbagai bidang, manakala seramai 3 responden (4.1 peratus) yang menyatakan
sebaliknya. Seramai 5 responden (6.8 peratus) yang tidak pasti sama ada mereka
menggunakan pengetahuan khusus dari pelbagai bidang ataupun tidak. Nilai min
sebanyak 4.11 menunjukkan bahawa item tersebut berada di tahap tinggi tetapi nilai min
tersebut merupakan nilai min yang terendah bagi persoalan kajian ketiga ini.
Berdasarkan analisis bagi persoalan kajian tiga, item 20 dan item 26
menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu 4.32 manakala item 21 menunjukkan nilai
min yang paling rendah iaitu 4.11 diikuti dengan item 23 dan item 22 dengan nilai min
yang sama iaitu 4.12. Secara keseluruhannya, purata bagi min bagi tahap kemahiran
belajar adalah sebanyak 4.20 iaitu berada di tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa
majoriti responden dapat mengaplikasikan kemahiran belajar melalui pembelajaran
berasaskan masalah dalam subjek reka cipta.
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4
“Apakah kemahiran membuat keputusan dapat diaplikasikan melalui
pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta?”
Persoalan kajian yang keempat adalah untuk mengetahui apakah kemahiran
membuat keputusan dapat diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah di
dalam kelas reka cipta. Persoalan kajian ini diwakili dengan 8 item. Dapatan kajian
adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.9.
68
Jadual 4.9: Taburan Responden Dari Aspek Kemahiran Membuat Keputusan
Item
Pernyataan
TS
TP
S
Min
f
(%) f
(%) f
(%)
27 Saya mampu membuat keputusan menggunakan akal fikiran yang tajam
1
1.4
10
13.7
62
84.9
4.10
28 Saya membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan perbezaan
0
0
5
6.2
68
93.2
4.29
29 Saya akan menentukan matlamat dan kekangan sebelum membuat keputusan.
0
0
6
8.2
67
91.8
4.19
30 Saya mampu mempertimbangkan risiko untuk membuat keputusan
2
2.7
6
8.2
65
89
4.15
31 Saya membuat keputusan berdasarkan alasan yang dikemukakan
2
2.7
4
5.5
67
91.8
4.14
32 Saya mampu memilih penyelesaian yang paling efektif dalam membuat keputusan
23
4.1
6
8.2
64
87.7
4.08
33 Saya mampu membuat keputusan tanpa bergantung kepada orang lain
2
2.7
7
9.6
64
87.7
3.99
69
34 Saya mampu menentukan apa yang salah atau apa yang betul, serta mencadangkan bagaimana cara ia boleh dibuat secara lebih baik
2
2.7
4
5.5
67
91.8
4.26
PURATA MIN KESELURUHAN 4.15
Merujuk kepada item 28, seramai 68 responden (93.2 peratus) menyatakan
bahawa mereka membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan perbezaan. Hanya 5
responden (6.8 peratus) yang menyatakan tidak pasti dengan penyataan tersebut
manakala tidak seorang pun (0 peratus) yang meyatakan mereka tidak setuju bahawa
mereka mampu membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan perbezaan. Nilai min
bagi item tersebut ialah 4.29 iaitu berada di tahap tinggi dan merupakan nilai min yang
tertinggi bagi persoalan kajian keempat.
Hasil dapatan bagi item 27 menunjukkan seramai 62 responden daripada 73
responden (84.9 peratus) menyatakan bahawa mereka mampu membuat keputusan
menggunakan akal fikiran yang tajam berbanding hanya seorang responden (1.4 peratus)
yang menyatakan sebaliknya. Seramai 10 responden (13.7 peratus) yang tidak pasti
samaada mereka mampu membuat keputusan menggunakan akal fikiran yang tajam atau
tidak. Nilai min bagi item tersebut ialah 4.10 iaitu berada di tahap tinggi.
Analisis item 30 menunjukkan majoriti responden menyatakan bahawa mereka
mampu mempertimbangkan risiko untuk membuat keputusan iaitu seramai 65 responden
(89.0 peratus) berbanding 2 responden (2.7 peratus) yang tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Hanya 6 responden (8.2 peratus) yang tidak pasti dengan penyataan
tersebut. Nilai min sebanyak 4.15 menunjukkan item tersebut berada di tahap tinggi.
70
Hasil analisis item 33 menunjukkan seramai 64 responden (87.7 peratus)
menyatakan bahawa mereka mampu membuat keputusan tanpa bergantung pada orang
lain. Manakala 2 responden (2.7 peratus) yang menyatakan sebaliknya. Seramai 7
responden (9.6 peratus) yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut. nilai min bagi item
32 ini ialah 3.99 iaitu berada di tahap tinggi tetapi merupakan nilai min yang terendah
dalam persoalan kajian ini.
Berdasarkan analisis bagi persoalan kajian empat, item 28 menunjukkan nilai
min yang tertinggi iaitu 4.29 dan ini diikuti oleh item 34 iaitu 4.26. Item 33 merupakan
item yang mempunyai nilai min yang terendah iaitu 3.99 diikuti dengan item 32 iaitu
4.08. Kesemua item bagi persoalan kajian empat ini berada di tahap tinggi. Secara
keseluruhannya, purata min bagi aspek kemahiran membuat keputusan adalah sebanyak
4.15 iaitu berada di tahap tinggi.
4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data
Jadual 4.10: Taburan Peratusan Responden Secara Keseluruhan Persoalan Kajian
Persoalan Kajian
Purata
Min
Tahap
1 Apakah kemahiran berfikir kritikal dapat
diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan
masalah dalam subjek rekacipta?
4.18
Tinggi
2 Apakah kemahiran menyelesaikan masalah
dapat diaplikasikan melalui pembelajaran
berasaskan masalah dalam subjek reka cipta?
4.23
Tinggi
3 Apakah kemahiran belajar dapat diaplikasikan
melalui pembelajaran berasaskan masalah
dalam subjek reka cipta?
4.20
Tinggi
71
4 Apakah kemahiran membuat keputusan dapat
diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan
masalah dalam subjek reka cipta?
4.15
Tinggi
Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada kiraan purata min keseluruhan bagi
setiap kemahiran berfikir aras tinggi yang dapat diaplikasikan melalui pembelajaran
berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta, kesemuanya adalah di tahap tinggi.
Kemahiran menyelesaikan masalah mencatatkan min yang paling tinggi iaitu sebanyak
4.23. Seterusnya diikuti oleh kemahiran belajar dan kemahiran berfikir kritikal yang
masing- masing mencatatkan min 4.20 dan 4.18. Kemahiran membuat keputusan
mencatatkan nilai min yang terendah iaitu 4.15.
4.5 Penutup
Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan analisis dapatan kajian secara
terperinci. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran berfikir aras tinggi yang
diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta
menunjukkan respon yang positif. Data yang dianalisis menunjukkan bahawa kesemua
kemahiran berfikir aras tinggi yang dikaji berada di tahap tinggi. Bab seterusnya akan
membincangkan tentang rumusan dan perbincangan berkaitan kajian ini.
72
BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini merupakan inti pati kajian yang merangkumi perbincangan, rumusan dan
cadangan mengenai tajuk kajian iaitu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta. Kesimpulan yang
dibuat adalah berdasarkan kepada dapatan kajian yang dianalisis melalui maklum balas
yang diberikan oleh 73 orang responden dengan menggunakan soal selidik.
Perbincangan dan rumusan mengenai hasil dapatan yang dibuat adalah dijelaskan
dengan lebih mendalam mengikut skop persoalan kajian. Hasil dari perbincangan dan
rumusan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang berkaitan dengan hasil
kajian ini bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran berfikir aras tinggi melalui
pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta.
5.2 Perbincangan Kajian 5.2.1 Bahagian A – Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan dapatan kajian, responden perempuan adalah jauh lebih ramai
daripada responden lelaki iaitu seramai 51 orang dengan peratusan 69.9 peratus dan
73
pelajar lelaki seramai 21 orang dengan peratusan 30.1 peratus. Telah banyak statistik
menunnjukkan pelajar perempuan telah mendominasi tempat di universiti berbanding
lelaki terutamanya dalam kursus pendidikan. Kebanyakan responden berumur sekitar 20
hingga 25 tahun iaitu seramai 54 orang (74.0 peratus). Hanya 19 orang (26 peratus)
berumur dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun.
Secara keseluruhannya, bilangan responden yang berbangsa melayu mencatat
bilangan peratusan yang tertinggi iaitu 57 orang (78.1 peratus). Ini diikuti dengan
responden berbangsa Cina iaitu seramai 7 orang (9.6 peratus) dan respondan berbangsa
lain seramai 5 orang (6.8 peratus). Responden berbangsa India adalah yang paling
sedikit iaitu 4 orang sahaja dengan peratusan 5.5 peratus.
5.2.2 Bahagian B – Perbincangan Persoalan Kajian Perbincangan kajian yang dibuat oleh penyelidik adalah berdasarkan hasil
dapatan kajian yang telah dianalisis di dalam bab empat, fokus perbincangan terdiri
daripada setiap persoalan kajian pada bahagian B. Ia meliputi empat persolan kajian
yang berkaitan dengan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi sepanjang
pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta. Aspek kemahiran berfikir aras
tinggi yang dikaji adalah dari segi kemahiran berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan
masalah, kemahiran belajar dan kemahiran membuat keputusan.
5.2.2.1 “Apakah kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan melalui
pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta”
Kemahiran berfikir secara kritikal merupakan kemahiran yang diperlukan untuk
mengumpul data dan maklumat yang diterima. Kemahiran ini memerlukan kemahiran
74
menganalisis data dan maklumat serta melibatkan kemahiran membanding, kemahiran
mengklasifikasi, kemahiran menilai, kemahiran memberi penerangan, kemahiran
meramal, kemahiran membuat kesimpulan dan generalisasi serta kemahiran merumus. (
Low, 1999).
Hasil analisis item 5, “saya mampu menggunakan teknologi, peralatan dan
sistem maklumat secara berkesan” menunjukkan nilai min yang paling tinggi iaitu 4.26
dan berada pada tahap tinggi. Responden yang bersetuju adalah sebanyak 93.2 peratus.
Ini menunjukkan responden berkemahiran dalam menggunakan teknologi, peralatan dan
sistem maklumat bagi menghasilkan idea-idea dan dapat membuat keputusan yang baik
bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut Rashid dan Yahya (2003), ciri-ciri
seseorang yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal adalah mereka yang
mampu menggunakan peralatan teknologi secara berkesan. Kenyatan ini disokong oleh
Zahner et al. (1992) yang mengatakan pelajar yang belajar dalam persekitaran
pembelajaran yang berteraskan penggunaan teknologi adalah berkeupayaan mencari,
memperolehi dan menganalisa sumber maklumat.
Bagi item 1, “Saya mampu mengaitkan fakta dan idea dalam menghuraikan
sesuatu masalah”, menunjukkan nilai min yang paling rendah iaitu sebanyak 4.05 pada
tahap tinggi. Ini menunjukkan responden masih lemah dalam menagitkan idea dan fakta.
Siti Norbaizura (2006), menyatakan seandainya pemikiran kritikal memainkan peranan
penting dalam objektif pendidikan, maka sepatutnya perubahan dalam kurikulum
sepatutnya dipertimbangkan. Intitusi pengajian tinggi dan fakulti seharusnya
menawarkan pendekatan yang lebih sesuai kepada pelajar. Pendekatan tersebut haruslah
dimuatkan dengan asas-asas pemikiran tahap tinggi dan dapat memberi peluang
‘memanipulasi maklumat dan idea’di kalangan pelajar. Ini bagi menggalakkan mereka
supaya dapat mencari makna dan implikasi seperti cuba mengaitkan antara fakta dan
idea dalam usaha pelajar untuk mensintesis, membuat generalisasi, menerangkan
sesuatu, membuat hipotesis atau mencapai sebahagian dari kesimpulan mahupun
mengintepretasi maklumat tersebut.
75
Secara keseluruhannya, elemen kemahiran berfikir kritikal dapat diaplikasikan
melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas rekacipta. Ini terbukti
dengan purata min perolehan yang tinggi sebanyak 4.18. Menurut Siti Rahayah et al
(2008), pemikir kritikal ialah orang yang berfikir secara reaktif. Seseorang yang
mempunyai pemikiran kritikal dikatakan pandai mengemukakan kritikan-kritikan tajam
dan membuat penilaian yang perseptif. Kemahiran berfikir secara kritikal adalah
kebolehan individu menggunakan minda untuk mencari makna dan kefahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dengan
membuat pertimbangan yang wajar. (Siti Zuliana,2006)
5.2.2.2 “Apakah kemahiran menyelesaikan masalah dapat diaplikasikan
melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta”
Dapatan kajian dalam persoalan kajian kedua ini pula menunjukkan bahawa
tahap kemahiran menyelesaikan masalah melalui pembelajaran berasaskan masalah
dalam kelas reka cipta adalah tinggi dimana ia mencapai min keseluruhan 4.23. Pastinya
kemahiran ini adalah antara aspek yang dititikberatkan dalam apa jua organisasi
termasuklah juga dalam industri pekerjaan. Ini kerana menurut Som dan Mohd Dahlan
(1998), kajian mengenai keperluan pekerjaan menunjukkan bahawa tenaga kerja masa
hadapan memerlukan pemikiran yang tajam, iaitu kritis, inovatif, imiginatif dan kreatif
berbanding masa-masa lalu. Secara tidak langsung, ia akan mencetuskan pemikiran
kreatif dan analitis dan mengeluarkan pendapat di kalangan pelajar bagi percambahan
idea dalam menyelesaikan masalah yang diberikan dan mencapai sasaran atau objektif
sesebuah institusi.
Item 11 bagi pernyataan “saya mampu mendapatkan jalan penyelesaian alternatif
kepada masalah” mencatatkan nilai min yang tinggi iaitu 4.37 bagi persoalan kedua ini.
Kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif,
76
inovatif, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada
masalah baru yang berlainan (Nor Hafisah 2008). Menurut Som dan Mohd Dahlan,
(1998), kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai
kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan. Idea yang kreatif mengandungi ciri-ciri baru, asli,
pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif.
Manakala bagi item 18 iaitu “Saya mampu menyelesaikan masalah yang timbul
dengan efektif dan berhati-hati”, menunjukkan nilai min yang terendah bagi persoalan
kajian yang kedua ini iaitu sebanyak 4.12. Jelas daripada dapatan ini menunjukkan
bahawa kebanyakkan responden mengalami kekurangan dalam elemen penyelesaian
masalah yang perlu dilakukan secara berhati-hati kerana mereka kurang terburu-buru
dan tidak memikir sedalamnya dalam menyelesaikan masalah. Masalah berkemungkinan
merupakan apa sahaja tugasan atau projek yang hendak dilaksanakan oleh seseorang.
Pada kebiasaannya ia melibatkan pelbagai langkah dan tahap. Kebanyakan penyelesaian
masalah memerlukan kaedah yang sesuai dengan masalah yan hendak diselesaikan.
(Newell dan Simon, 1993). Menurut Krulik dan Rudnik (1993), menyatakan bahawa
penyelesaian masalah adalah satu proses di mana seseorang individu tersebut perlu
menggunakan pengetahuan lepas, kefahaman dan teknik-teknik tertentu yang sesuai
dengan masalah yang dihadapi kini.
Secara keseluruhannya, elemen kemahiran menyelesaikan masalah dapat
diaplikasikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta.
Ini terbukti dengan purata min perolehan yang tinggi sebanyak 4.23. Ini bermaksud,
pelajar dapat menganalisis keadaan, menentukan masalah sebenar, melihat setiap
kemungkinan penyelesaian, menilai setiap penyelesaian dan memilih penyelesaian yang
terbaik. Menurut Stevens (1996) dalam Zulkifli (2007) menyatakan individu yang bagus
dalam penyelesaian masalah dapat menyesuaikan diri lebih tepat semasa perubahan
mendadak berlaku, mereka menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
dengan sebaiknya serta biasanya mereka merupakan seorang berprestasi tinggi (high
77
achiever ). Oleh yang demikian, kebolehan penyelesaian masalah merupakan faktor
utama dalam menilai pencapaian seseorang.
5.2.2.3 “Apakah kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui
pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek rekacipta”
Analisis bagi item-item untuk elemen kemahiran berfikir aras tinggi melalui
pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta dari aspek kemahiran belajar
menunjukkan kesemua min adalah pada tahap yang tinggi iaitu sebanyak 4.20. Analisis
ini jelas menunjukkan bahawa aspek kemahiran belajar merupakan elemen yang amat
dititikberatkan sepanjang responden melalui pembelajaran berasaskan masalah.
Kemahiran belajar merujuk kepada pembelajaran individu sepanjang hayat untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya agar ia dapat mengikuti perkembangan
dan keperluan semasa. Belajar adalah satu pekerjaan walaupun ia tidak menggunakan
tenaga tetapi ia menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan sesuatu benda dan
perkara. (Firdaus, 2007)
Pengkaji mendapati bahawa item 20 bagi pernyataan “ saya mempunyai sifat
ingin tahu yang mendalam” mencapai nilai min yang tertinggi iaitu 4.32. Dapatan ini
menunjukkan kesungguhan responden untuk terus mempelajari sesuatu informasi yang
baru bagi meningkatkan kemahiran, pembangunan diri dan pengetahuan sepanjang
melalui proses pembelajaran. Ini kerana mengikut Raymond A. Noe (2002), persekitaran
kerja yang dinamik memerlukan pekerja memahami keseluruhan sistem kerja termasuk
perhubungan di antara kerja mereka, unit kerja mereka dan organisasi. Pelajar
diharapkan memperoleh kemahiran baru, menggunakannya dalam kerja dan berkongsi
maklumat dengan pekerja lain. Di antara langkah-langkah untuk meningkatkan
penguasaan pelajar dalam kemahiran ini adalah melalui gabungan aktiviti kerja
berkumpulan, tugasan projek, kajian kendiri serta latihan industri (Nor Hafisah, 2008).
78
Kesemua aktiviti ini memerlukan pelajar berdikari dalam mendapatkan maklumat dan
pengetahuan baru daripada pelbagai sumber.
Analisis bagi item 21 iaitu “saya mampu mencari dan menggunakan pengetahuan
khusus dari pelbagai bidang,” mencatatkan nilai min yang terendah bagi persoalan
kajian yang ketiga iaitu 4.11. Jelas menunjukkan di sini bahawa responden mengalami
kegagalan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan teori pembelajaran yang diperoleh
serta mengkonstrak segala maklumat semasa pembelajaran berasaskan masalah
dijalankan. Menurut Hoffman dan Richie (1997), pelajar memerlukan banyak sumber
maklumat bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan pembelajaran kendiri melalui
penggunaan pelbagai elemen bagi memperoleh maklumat yang berkaitan tugasan dan
secara tidak langsung ini dapat merangsang pemikiran kritis dan kreatif mereka untuk
menguruskan maklumat yang memberi kesedaran kepada mereka tentang konteks fizikal
dan sosial yang relevan kepada tugasnya. Guru perlu bijak menentukan pelajar belajar
daripada pelbagai sumber seperti dalam suasana yang penuh dengan maklumat seperti
internet, CD ROM, Perisian pendidikan dan sebagainya( Zahner et al., 1992).
Secara keseluruhannya, elemen kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui
kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta. Ini terbukti dengan
min perolehan yang tinggi sebanyak 4.20. Ini bermaksud, pelajar mampu
bertanggungjawab terhadap pembelajarannya seperti berusaha mencari maklumat,
mempunyai semangat belajar yang tinggi serta mempunyai motivasi yang tinggi untuk
belajar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
yang sangat diperlukan oleh industri sekarang. Menurut Nafisah (2008), jika para pelajar
masih duduk termenung serta lalai dalam melaksanakan tugas dan tidak mengambil langkah
utama dalam menggunakan minda untuk menerokai sesuatu idea bagi menyelesaikan
masalah maka seseorang pelajar itu akan ketinggalan dan mungkin akan tercicir di universiti
mahupun di mana-mana institusi pengajian tinggi.
79
5.2.2.4 “Apakah kemahiran membuat keputusan dapat diaplikasikan
melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas reka cipta”
Proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting untuk
kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses membuat
keputusan dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di
rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada
beribu-ribu keputusan, baik kecil mahupun yang besar (Hasliza, 2002).
Hasil analisis item 32, “Saya mampu membuat keputusan bedasarkan
perbandingan dan perbezaan”, menunjukkan nilai min 4.29 berada pada tahap tertinggi.
Responden yang bersetuju sebanyak 93.2 peratus. Ini menunjukkan bahawa pelajar
mampu berfikir pada tahap yang tinggi untuk membuat keputusan melalui pembelajaran
berasaskan masalah. Membuat keputusan ialah memilih satu alternatif penyelesaian
yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai
matlamat yang ditetapkan. Kesemua alternatif ini perlulah dibuat perbanding dan
perbezaan bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Membuat keputusan ialah satu
proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik
daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. Kemahiran
berfikir aras tinggi bermaksud terdapat ciri-ciri perluasan pemikiran semasa seseorang
diperlukan untuk membuat kesimpulan, inferens dan generalisasi. Selain dari ini
individu juga mendapat peluang membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian,
mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. (Rajendran, 2000)
Analisis item 33, “mampu membuat keputusan tanpa bergantung kepada orang
lain mempunyai nilai min yang terendah iaitu 3.99. Ini menunjukkan pelajar masih lagi
tidak pasti dalam membuat keputusan dan terpaksa bergantung kepada rakan-rakan atau
orang lain untuk membuat keputusan. Mereka tidak yakin untuk membuat keputusan.
Keputusan yang mereka lakukan sering berubah-ubah kerana mereka takut keputusan
yang di ambil tidak tepat. Menurut Zuliana (2006), pelajar seharusnya dilatih
menggunakan kemahiran berfikir ini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan
80
membuat keputusan sendiri dengan bijak dan tidak bergantung kepada orang lain. Mahir
berfikir adalah antara potensi minda yang berperanan penting dalam membuat keputusan
Secara keseluruhannya, elemen kemahiran belajar dapat diaplikasikan melalui
kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas rekacipta. Ini terbukti dengan min
perolehan yang tinggi sebanyak 4.15. Membuat keputusan adalah membuat satu pilihan
untuk mencapai satu matlamat. Membuat pilihan yang baik secara konsisten adalah
kunci kejayaan untuk berjaya dalam pekerjaan.
5.3 Rumusan Kajian Berdasarkan kepada hasil dapatan dan perbincangan di atas, perkara yang dapat
disimpulkan berdasarkan kajian ini ialah:
i. Majoriti responden adalah perempuan, berbangsa melayu dan berumur 22-25
tahun.
ii. Peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran berasaskan
masalah dalam kelas rekacipta berada pada tahap yang tinggi.
iii. Elemen kemahiran berfikir aras tinggi yang mencapai nilai min tertinggi ialah
kemahiran menyelesaikan masalah dengan nilai min 4.23. manakala elemen yang
kedua tertinggi ialah kemahiran belajar dengan nilai min 4.20 sementara itu
kemahiran berfikir kritikal mencatat nilai min ketiga tertinggi iaitu 4.18 dan
akhir sekali elemen kemahiran membuat keputusan merupakan nilai min
terendah dengan nilainya 4.15
81
5.4 Cadangan Kajian
Berdasarkan perbincangan dan rumusan yang diperolehi dalam kajian ini,
dikemukakan beberapa cadangan supaya boleh dijadikan panduan oleh pihak- pihak
tertentu bagi meningkatkan dan memantapkan lagi dari segi kemahiran berfikir aras
tinggi pelajar UTM ketika menjalani pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek
rekacipta. Adalah diharapkan ianya dapat meningkatkan lagi kualiti graduan yang bakal
berkhidmat di industri kita. Cadangan- cadangan adalah seperti berikut:-
5.4.1 Pelajar
i. Mengaplikasikan dan meningkatkan lagi kemahiran berfikir aras tinggi yang
diperoleh melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam kelas rekacipta
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di universiti
ii. Elemen kemahiran membuat keputusan mendapati nilai min yang terendah
iaitu 4.15. Sehubungan dengan itu diharapkan setiap pelajar agar lebih yakin
dalan membuat keputusan dan meningkatkan kemahiran berfikir kritikal
kerana seseorang yang mampu berfikir akan dapat membuat keputusan
dengan baik.
5.4.2 Pihak Jabatan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM
i. Pensyarah haruslah memberi penekanan kepada aspek kemahiran berfikir
aras tinggi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua
subjek yang ditawarkan supaya pelajar dapat dibiasakan dengan
penekanan ini.
82
ii. Pensyarah disarankan menekankan kaedah pembelajaran berasaskan
masalah di dalam kelas supaya kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan
pelajar dapat ditingkatkan.
iii. Pensyarah juga haruslah menilai pelajar berdasarkan kemahiran berfikir
yang telah digariskan agar pelajar bersungguh-sungguh dalam membuat
sesuatu tugasan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi di kalangan pelajar-pelajar UTM.
5.5 Cadangan Bagi Kajian Lanjutan
Berikut adalah cadangan-cadangan kajian lanjutan bagi membolehkan kajian
yang akan datang dijalankan:
i) Menggunakan skop yang lebih luas untuk mengkaji tahap kemahiran berfikir
aras tinggi di kalangan pelajar melalui pembelajaran berasaskan masalah di
beberapa institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk dibuat
perbandingan.
ii) Penyelidik boleh menggunakan kaedah temubual sebagai instrumen kajian
supaya responden dapat memberi kenyataan pendapat dengan lebih bebas dan
menyeluruh.
iii) Kajian ke atas majikan industri juga boleh dilakukan untuk melihat aspek
kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan oleh seseorang bagi
memenuhi kehendak industri.
iv) Kajian ini juga boleh dipanjangkan dengan menggunakan kaedah dan teknik
pengajaran yang lain yang dirasakan sesuai oleh pensyarah supaya
perbandingan kaedah pengajaran dapat dibuat.
v) Kajian juga boleh dipanjangkan dengan menggunakan responden dari fakulti
lain dari UTM yang lebih cenderung untuk memasuki industri.
83
5.6 Kesimpulan
Transformasi budaya P&P di institusi pengajian telah bermula sejak awal dekad
80an lagi. Gagasan pendidikan hari ini menegaskan bahawa pembelajaran tidak hanya
terbatas kepada proses pemindahan maklumat yang bersifat sehala dan pelajar sebagai
penerima yang pasif tetapi kita mahukan proses persekolahan yang kaya dengan
pengalaman dan latihan pemikiran, tidak hanya berfokus kepada proses menyekolahkan
ingatan (schooling memories) tetapi juga berfungsi menyekolahkan minda (Firdaus
,2007)
Pengajaran dan pembelajaran subjek reka cipta melalui pembelajaran berasaskan
masalah boleh dijadikan wahana yang berkesan untuk mengajar kemahiran berfikir aras
tinggi. Reka cipta menawarkan peluang untuk membimbing pelajar meramal, merumus,
menganalisis, membuat inferens, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang
merupakan kemahiran berfikir aras tinggi.
Sebagai kesimpulannya, kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada
pelajar-pelajar tentang perlunya kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri pelajar bagi
memasuki alam pekerjaan dan mengharungi kehidupan seharian. Hasil kajian
menunjukkan bahawa tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) adalah tinggi. Namun begitu tindakan
susulan perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi beberapa elemen dalam kemahiran
berfikir aras tinggi terutamanya dalam elemen membuat keputusan.
Senario hari ini melihatkan bahawa sebahagian majikan tidak hanya memandang
kepada segulung ijazah atau diploma yang diperoleh graduan tetapi kemahiran yang ada
pada graduan tersebut yang boleh memberi nilai tambah kepada organisasi. Oleh itu
graduan IPT hendaklah memainkan peranan untuk menjadi seorang insan yang unggul
dan mampu berdaya saing yang menjadi teras kemajuan dan tamadun kehidupan.
84
RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah
Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Abdul Halim Othman (1993). " Psikologi Melayu ." Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka. Ahmad Firdaus (2007). Hubungan Di Antara Kemahiran Generik dengan
Pencapaian Pelajar Tahun Empat Pendidikan Teknik Kejuruteraan.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon. Abdul Rahim
Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.
: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Baden, M.S & Major, C.H. (2004).”Foundation of Problem-Based Learning”. USA:
Mc Graw Hill Education.
Bloom, B. S. (ed.). (1956). Taxonomy of educational objectives handbook I:
Cognitive domain. New York: McKay.
Buletin Pengajaran dan Pembelajaran UNIPEN (2004). Pembinaan Atribut Graduan
dan Penerapan Kemahiran Generik di Kalangan Pelajar UTM. Universiti
Teknologi Malaysia.
85
De Janasz, Suzanne, C. et al (2002). Interpersonal Skill in Organization. USA: Mc
Graw Hill.
Edward, L., Monika, L. (1995). Creative Problem Solving: Thinking Skill for A
Changing Wold. USA: Mc Graw Hill Ennis, R. H., & Norris, S. P. (1989). Evaluating critical thinking. Pacific Grove, CA:
Midwest Fahriye Altinay Aksal, Zehra Altinay Gazi and Aytekin Isman(2008).
A ComprehensiveLook into the Learners’ Transferable Skills Related to
Constructivist Approach. World Applied Sciences Journal 4 (4): 558-567,
IDOSI Publications, 2008
Fakulti Pendidikan. Buku Panduan Akademik Ijazah Sarjana Muda (sesi 2005/2006).
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Fatin Farahiyah Bt Shaari (2006). Tanggapan Tenaga Pengajar Di Institut
Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru Terhadap Penerapan Kemahiran Employability’ Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Thesis Sarjana Muda.
Gergen, K. (1999). An Invitation To Social Construction. London: Sage.
Green, F. (2001). Market Value of Generic Skills. Research Paper 8.: United
Kingdom : University of Kent.
Hasliza Hassan (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada
Masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi: Tidak Diterbitkan.
86
Hasyamudin Othman dan Rahifa Mustafa. (2005). Kertas Kerja Perbentangan
Kemahiran Generik dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan-
Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
ONN (KUiTTHO). Tidak diterbitkan.
Hidanah binti Mohd. Yunos(mmm). Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif: Satu
Tinjauan Terhadap Guru-Guru Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Hoffman, B,. Dan Ritchie, D. (1997). Instructional Science. Using Multimedia to
Overcome the Problems with Problem-Based Learning. 25: 97-115
James Ramsay (2006).
Problem-Based Learning: A Novel Approach to Teaching
Safety,Health and Environmental Courses. Journal of SH&E Research.
Volume 3(2).
Kamus Dewan (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kathleen Cotton(2001).
Research Series. NWREL
Developing Employability Skills. School Improvement
Kearns, P. (2001). Generic Skills for The Economy. A Review of Research Relating to
Generic Skills. National Centre for Vocation Education Research: Adelaide.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.
87
Khairi Izwan Abdullah (2007). Centre for Teaching and Learning. The Revised
UTM Graduate Attributes. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 1-13.
Kirby, Gary, R. & Goodpaster, Jeffery, R. (2002). Thinking. USA: Prentice Hall.
Krulik S. and Rudnick J. A (1993). Reasoning And Problem Solving. A Handbook
For Elementary School Teacher. Massachussets : Allyn and Bacon Newton
Lankard, B.A. (1990). Employability—the fifth basic skills. Eric Digest No.104.
Columbus Ohio: ERIC Clearinghouse on Adult, Career, and Vocational
Education. ED 325659.
Linley Cornish (2007). Creative Teaching, Effective Learning in Higher Education.
Research in International Education and Sustainability School of Education
University of New England Armidale. Tidak Diterbitkan.
Low, Eng Guan (1999). Infusing Critical and Creative Thinking Skills in Teaching
and Learning. Suara Pendidik. 21. 26 – 31.
Lynda Wee (2004). Jump Start Authentic Problem Based Learning. Singapura:
Prentice Hall.
Marlina binti Ali dan Shaharom bin Noordin (2006). Tahap Penguasaan Kemahiran
Berfikir Kritis Di Kalangan Pelajar pendidikan FIzik Merentas Jantina.
Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor Jilid 15 Bil. 1
Tahun .
Mayer Committee (1992). Employment-Related Key Competencies: A Proposal for
Consultation. Melbourne: Mayer Committee.
88
M. K. Hamza Kimberly G. Griffith (2006). Fostering Problem Solving &
Creative Thinking in the Classroom: Cultivating a Creative Mind!. Natinal
Forum Of Applied Educational Reaserch Journal- Electronic v 19 (3) 2006
Mohd Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Berfikir. Bentong: PTS
Publication and Distribution Sdn Bhd
Mohd Khairuddin Abdul Karim (2005). Pencapaian Pelajar Berdasarkan Kaedah
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Berbanding Kaedah Kuliah Bagi
Matapelajaran Pengurusan dan Organisasi Tapak di Kalangan Pelajar
Kejuruteraan Awam. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana.
Mohd. Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Najib Abdul Ghafar (1998). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Dato’ Seri Najib Tun Razak (2009). Ucaptama Rang Undang-Undang Perbekalan
Tambahan(2009). Dewan Rakyat
Newell. A. and Simon. H. A. (1993). Human Problem Solving. Englewood Cliffs.
New Jersey: Prentice Hall
89
Nooraishah bt kasiran (2004). Penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif di dalam mata pelajaran sains KBSM dikalangan pelajar
tingkatan empat daerah Kuala Langat. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda
Nor Ratna Masrom. (2005) Kertas Kerja Perbentangan “Problem Solving Skill in
ICT and Multimedia Application”.
Noriah bt Rahmat (2006). Tanggapan Pelajar Terhadap Penerapan Kemahiran
‘employability’ oleh Guru Kemahiran Hidup Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda
N.S. Rajendran (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesesiaan
Guru Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Seminar Projek
KBKK: Poster ‘warisan Pendidikan-Wawasan’ anjuran Pusat Perkembangan
Kurikulum, KPM, dari 1 hingga 2 Ogos
N.S. Rajendran (2000). Kesusasteraan Sebagai Wahana Mengajar Kemahiran
Berfikir. Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pembangunan 2000 anjuran
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan, dari 3 hingga 4
Oktober.
Nurefarehan (2008). Tahap Kesediaan Bakal Guru Tahun Akhir UTM (kemahiran
hidup) Bagi Mengajar Subjek Rekacipta . Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana Muda
Oblinger, D. G. dan Vervile, A. L. (1998). What Business Wants From Higher
Education. Phoenix: The Oryx Press.
90
Phawani Vijayaratnam(2002). Developing students’ higher-order thinking skills
(HOTS) through the process genre approach. INTI International University
College,Malaysia. Tidak diterbitkan
Pusat Perkembangan Kurikulum (1995). Kemahiran Generik. Kuala Lumpur:
kementerian pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Rafiei b Hj Mustapha (1998). Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan
Kreatif(KBKK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan
Raymond A. Neo (2002). Pengurusan Sumber Manusia Memperolehi Kelebihan
Bersaing (Terjemahan). Kuala Lumpur: McGraw-Hill Companies Malaysia
Sdn. Bhd.
Robinson J.P. (2000). The Workplace. Alabana Cooperative Extension System.
Tidak Diterbitkan.
Sabri Celik (2008). Fundamental Skill Levels of the Students in Vocational and
Technical Education (higher Education) Institutions. World Applied Sciences
Journal 3 (2): 336-342, 2008. IDOSI Publications
Selva Ranee Subramaniam(2007). Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam
Pengajaran Kimia Secara Kontekstual. Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27(1)
91
Shahrom Mohd Zain, Noor Ezlin Ahmad Basri, Hassan Basri dan Fatihah
Suja’(1998). Kearah Pembelajaran Bearsaskan Masalah (PBL) Dalam
Kursus Pengenalan Kejuruteraan Sekitaran(. Seminar Pengajaran dan
Pembelajaran Berkesan 2005
Sheila R. Thompson(2001). The Five Most Important entry-Level Employability
Skills That Employers of The Chippewa Valley Seek In Entry Level Job
Applicants. A Research Paper University of Wisconsin – Stout
Siti Norbaizura bt Hj Awad (2006). Kajian Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap
Pendekatan Problem Based Learning (PBL) Suatu Tinjauan Di Universiti
Sains Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda
Siti Rahayah Ariffin, Rosadah Abd. Majid, Anisah Alias, Suzana, Linda (2008).
KemahiranPemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah: Isu Kesahan dan
Kebolehpercayaan Menggunakan Model Rasch.
Siti Rahayah Ariffin, Zolkepeli Haron, Rodiah Idris, , Nur’Ashiqin Najmuddin,
Shahrir Samsuri, Basri Hassan, Nor Azaheen Abdul Hamid (2008). Tahap
Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritikal Dan Penyelesaian Masalah
Pelajar-pelajar Sains Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak Diterbitkan.
Siti Zuliana bt Hj Abdul Hamid (2006). Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK) di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima Dalam
Mata Pelajaran Kimia Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah di Daerah
Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Thesis Sarjana Muda.
Smith, S. (1997). Solve That Problem: Readymade Tools for Continuous
Improvement. London: Kogen Page Limiten.
92
Som Hj Nor dan Mohamad Dahalan Mohd Ramli ( 1998). Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selangor. Pearson Malaysia Sdn Bhd.
S. Supramani (2006). Penyoalan Guru: Pemangki Pemikiran Aras Tinggi Murid.
Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya
Sulaiman Ngah Razali (1996). Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ward, J.D dan Lee, L.L. (2004). Teaching Strategies for FCS : Student Achievement
in problem-Based Learning Versus Lecture-Based Instruction. Journal of
Family and Consumer Sciences. 96(1). 23-32
Wilen, W. W. (1995). A rationale for developing students' critical thinking through questioning. Jurnal Pendidikan Guru, 10,33-44.
W. Smits. (2007). Labour Economics. Indusrry-specific of Generic Skills?
Conflicting Interest of Firms and Workers. 14(3): 653-663.
Yahya Buntat dan Juliana Abd Rahman (2006). Tanggapan Tenaga Pengajar Di
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, Terhadap Penerapan
Kemahiran “Employability” Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional. 9-10 Disember
2006. Tidak Diterbitkan
Yahya bin Buntat dan Muhammad Rashid bin Rajuddin (2001). Aspek-aspek Penting
Dalam Kemahiran Employability Kemahiran Employability. Bulletin Fakulti
Pendidikan 2001. bil (2)
93
Yahya bin Buntat dan Muhammad Rashid bin Rajuddin (2001). Kajian-kajian yang
Berkaitan Dengan Aspek-aspek Employability Yang Diperlukan Oleh Para
Majikan Industri. Bulletin Fakulti Pendidikan 2001. bil (3)
Yahya bin Buntat (2006). Kemahiran “Employability” (Soft Skills) dan Kepentingan
Penerapannya di Kolej-kolej Kediaman Pelajar. Universiti Teknologi
Malaysia. Tidak Diterbitkan.
Zahner, J.E., R.A., Dick, W. & Gill, B. (1992). Evaluating Instructional Software : A
Simplified Model. Educational Technology, Research and Development, 40
(3), 55-62
Zulkifli Awang (2007). Penerapan Kemahiran Employability Di Kalangan
Pensyarah Fakulti Pendidikan UTM dari Perspektif Para Pelajar Perdana
Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda
.
94
LAMPIRAN A
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN
BORANG SOAL SELIDIK
Asslammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saudara/ Saudari,
Tujuan saya mengedarkan soal selidik ini untuk mendapatkan maklum balas serta data untuk menjawab persoalan kajian ke atas kajian yang bertajuk di bawah:
APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
Panduan untuk menjawab soal selidik
1. Kerjasama anda adalah diharapkan untuk menjawab semua soalan yang terkandung dalam set ini dengan ikhlas.
2. Semua maklumat yan diberikan adalah rahsia dan bertujuan untuk kajian semata-mata.
3. Kejujuran anda memberi maklumat akan menetukan kejituan kajian ini. 4. Kajian ini hanyalah tertumpu kepada pelajar-pelajar yang telah mengikuti
kaedah pembelajaran berasaskan masalah di universiti sahaja. 5. Ribuan terima kasih diucapkan di atas kerjasama anda dalam menjayakan
penyelidikan ini.
Penyelidik: Musliha Salma bt Mohd Radzi Kursus: 4 SPA
95
BAHAGIAN A ( LATAR BELAKANG RESPONDEN )
Arahan : Sila tandakan ( / ) pada pilihan yang sesuai
1. Jantina Lelaki ( ) perempuan ( )
2. Umur 22 – 25 tahun ( ) 26 – 30 tahun ( ) 30 – 35 tahun ( ) 35 – 40 tahun ( )
3. Bangsa
Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) lain-lain ( ) Nyatakan_______________
96
BAHAGIAN B
ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada hanya petak anda fikirkan paling sesuai berdasarkan:
STS - Sangat Tidak Setuju TS - Tidak Setuju TP - Tidak Pasti S - Setuju SS - Sangat Setuju
Item
Contoh
STS TS TP S SS 0 Saya mampu mengeluarkan idea yang
bernas
/
Semua soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik ini adalah tertumpu semasa anda mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah di dalam kelas reka cipta
Bil Item STS TS TP S SS 1 Saya mampu mengaitkan fakta dan idea
bagi menghuraikan sesuatu masalah
2 Saya mampu berfikir secara reaktif (memberi alasan, komen dan rasional)
3 Saya mampu membandingkan idea-idea yang dikeluarkan
4 Saya mampu memikir dengan mendalam dan membuat pertimbangan yang sewajarnya tentang sesuatu perkara
5 Saya mampu menggunakan teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara berkesan
6 Saya mampu menilai sesuatu isu dari pelbagai sudut.
7 Saya mampu mengeluarkan idea yang bernas
8 Saya mampu mengemukakan pendapat bagi menghasilkan idea yang baik.
9 Saya mampu memberi kritikan dalam menghasilkan idea yang baik
97
10 Saya mampu mengenalpasti masalah yang wujud dalam situasi kompleks dan kabur
11 Saya mampu mendapatkan jalan penyelesaian alternatif kepada masalah
12 Saya mampu menganalisis masalah yang wujud
13 Saya mampu menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.
14 Saya mampu untuk menvisualkan sesuatu dan membentuk konsep daripadanya
15 Saya mampu menggunakan pelbagai teknik untuk menyelesaikan masalah.
16 Saya mampu mengkaji dan menilai masalah yang diberikan
17 Saya memerlukan masa yang sedikit bagi menyelesaikan masalah yang rumit.
18 Saya mampu menyelesaikan masalah yang timbul dengan efektif dan berhati-hati.
19 Saya sentiasa bertanggungjawab terhadap pembelajaran diri sendiri
20 Saya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat mendalam
21 Saya akan mencari dan menggunakan pengetahuan khusus dari pelbagai bidang
22 Saya berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja sehingga berjaya
23 Saya mempunyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari perkara baru.
24 Saya menggunakan pelbagai media untuk belajar (internet,buku rujukan)
25 Saya akan mendapatkan maklumat melalui pertanyaan dengan orang lain.
26 Saya akan belajar dari seseorang melalui pemerhatian diikuti dengan belajar secara sendiri
27 Saya mampu membuat keputusan menggunakan akal fikiran yang tajam
28 Saya membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan perbezaan
29 Saya mampu menentukan matlamat dan kekangan sebelum membuat keputusan.
98
30 Saya mampu mempertimbangkan risiko untuk membuat keputusan
31 Saya membuat keputusan berdasarkan alasan yang dikemukakan
32 Saya mampu memilih penyelesaian yang paling efektif dalam membuat keputusan
33 Saya mampu membuat keputusan tanpa bergantung kepada orang lain
34 Saya mampu menentukan apa yang salah atau apa yang betul, serta mencadangkan bagaimana cara ia boleh dibuat secara lebih baik
Sila pastikan anda menjawab semua soalan. Kerjasama dan sokongan anda berikan didahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
100
LAMPIRAN B Reliability [DataSet1] G:\analisis rintis.sav
Scale: ALL VARIABLES Case Processing Summary
a Listwise deletion based on all variables in the procedure. Reliability Statistics
Cronbach's Alpha N of Items
.904 40
N % Cases Valid 10 100.0
Excluded(a) 0 .0
Total 10 100.0
101
Item Statistics Mean Std. Deviation N item1 3.9000 .31623 10 item2 4.0000 .47140 10 item3 4.2000 .42164 10 item4 4.0000 .00000 10 item5 4.0000 .47140 10 item6 3.8000 .63246 10 item7 4.2000 .42164 10 item8 4.0000 .47140 10 item9 4.2000 .42164 10 item10 3.9000 .87560 10 item11 4.0000 .00000 10 item12 4.0000 .47140 10 item13 3.7000 .94868 10 item14 4.0000 .66667 10 item15 4.0000 .47140 10 item16 4.1000 .31623 10 item17 3.7000 .48305 10 item18 4.0000 .47140 10 item19 4.1000 .56765 10 item20 3.8000 .63246 10 item21 4.1000 .73786 10 item22 4.0000 .81650 10 item23 4.0000 .66667 10 item24 3.8000 .78881 10 item25 4.1000 .56765 10 item26 3.9000 .73786 10 item27 3.9000 .31623 10 item28 3.8000 .63246 10 item29 4.1000 .56765 10 item30 4.2000 .63246 10 item31 3.6000 .69921 10 item32 4.0000 .81650 10 item33 3.4000 .69921 10 item34 4.1000 .31623 10 item35 3.9000 .87560 10 item36 3.8000 .42164 10 item37 4.0000 .00000 10 item38 4.2000 .42164 10 item39 3.5000 .52705 10 item40 4.0000 .81650 10