61
NCC 2001 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kelahiran dan Perkembangan Tamadun (Kumpulan 2) 1 Kong Xian Xiang ( Ketua) UK 30847 2 Muhammad Ammar Bin Abdul Rahman UK 32377 3 Wan Mohamad Amim Bin Mohd Nasir UK 31967 4 Muhd Asyraf Bin Mohd Yaman UK 32563 5 Noor Amirah Binti Hanafi UK 31650 6 Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini UK 32622 7 Siti Nur Syuhada Binti Tuan Halim UK 31832 8 Siti Amirah Binti Muhammad Zahid UK 32371 9 Ung Yi UK 31414 1

TITAS Assignment COMPLETE

Embed Size (px)

Citation preview

NCC 2001 Tamadun Islam dan Tamadun

Asia

Kelahiran danPerkembangan Tamadun

(Kumpulan 2)

1 Kong Xian Xiang ( Ketua) UK 308472 Muhammad Ammar Bin Abdul Rahman UK 323773 Wan Mohamad Amim Bin Mohd Nasir UK 319674 Muhd Asyraf Bin Mohd Yaman UK 325635 Noor Amirah Binti Hanafi UK 316506 Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini UK 326227 Siti Nur Syuhada Binti Tuan Halim UK 318328 Siti Amirah Binti Muhammad Zahid UK 323719 Ung Yi UK 31414

1

10

Elizabeth Dian UK 32660

11

Gan Siew Fong UK 31286

12

Norfarihah Binti Radzuan UK 31943

13

Nirmaladevi A/P M. Aravinthan UK 30726

14

Sasikala A/P Krishnan UK 32850

Kandungan

Bil

Nama Tajuk No. Matrik

Muka Surat

1 Siti Amirah BintiMuhammad Zahid

Pengenalan UK 32371 3-4

2 Muhammad Ammar Bin Abdul Rahman

Definisi Tamadun UK 32377 5-6

3 Ung Yi Ciri-ciri Tamadun UK 31414 7-94 Norfarihah Binti

RadzuanManusia Awal dan Budaya

UK 31943 10-12

5 Noor Amirah BintiHanafi

Kelahiran Tamadun Melayu

UK 31650 13-14

6 Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini

Kelahiran Tamadun India

UK 32622 15-18

7 Wan Mohamad Amim Bin Mohd Nasir

Kelahiran Tamadun Cina

UK 31967 19-20

8 Elizabeth Dian Kelahiran Tamadun Islam

UK 32660 21-22

9 Sasikala A/P Krishnan

Perkembangan Tamadun Melayu

UK 32850 23-24

10 Siti Nur Syuhada Binti Tuan Halim

Perkembangan Tamadun India

UK 31832 25-27

2

11 Gan Siew Fong Perkembangan Tamadun Cina

UK 31286 28-29

12 Muhammad Asyraf Bin Mohd Yaman

Perkembangan Tamadun Islam

UK 32563 30-31

13 Nirmaladevi A/P M. Aravinthan

Pengaruh Tamadun Awal Terhadap Malaysia

UK 30726 32-33

14 Kong Xian Xiang (Ketua)

Rumusan UK 30847 34-36

Siti Amirah Binti Muhammad Zahid (UK32371)

PENGENALAN

Tamadun merupakan istilah popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun, tamadun dalam bahasa arab, terdapat lima istilah yang boleh dihubung kaitkan dengan tamadun antaranya, ‘umran(Ibnu Khaldun,1332-1406M), hadharah, tamaddun, madinah dan madaniah(Muhammad,Syeikh,abad 20). Hanya 2 istilah sahaja yang popular dalam kalangan penulis-penulis Arab iaitu, tamadun dan hadarah. Didalam istilah barat pula tamadun disebut Civilization yang berasal daripada perkataan Latin, civitas yang bererti bandar. Didalam topik ini, hanya 4 tamadun sahaja yang akan dipelajari oleh pelajar-pelajar ,iaitu Tamadun China, Tamadun India, Tamadun Islam dan akhir sekali Tamadun Melayu. Agama merupakan asas kepada pembinaan tamadun seperti yang dipersetujui oleh D.H.Gordon(1996),Morris Justrow(1898),Geoffrey W.Concrad and Arthur

3

A.Demarest(1984) bahawa komponen penting dalam pembinaan tamadun adalah agama. Kebanyakkan tamadun akan lahir di lembah sungai atau pantai kerana air merupakan salah satusumber yang penting dalam keberlangsungan hidup. Namun, hanya tamadun islam sahaja yang lahir di padang pasir yang gersang dan kering kontang(Liana,2011). Tamadun wujud disebabkan oleh beberapa faktor,antaranya, kedudukan tempat yang strategik seperti lembah sungai,orientasi keagamaan dan kerohanian serta pencapaian bidang teknologi.

Tamadun China merupakan tamadun yang terawal muncul didunia selain tamadun Mesir dan tamadun Yunani. Tamadun ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pembinaan,zaman peralihan dan zaman moden.Antara kegemilangan tamadun China adalah dalam sistem pentadbiran, falsafah, sastera,unsur moral dan penciptaan serta sains. Tamadun China sangat popular dengan system peperiksaannya yang mengambil masa selama 3 hari 3 malam dan hukuman bunuh akan dijatuhkan kepada sesiapa yang meniru. Peperiksaan ini terbahagi kepada 3 tahap iaitu Hsiu Tai, Chun Jen, dan Chin Sih. Matlamat utama peperiksaan ini adalah untukmendapatkan jawatan dalam pentadbiran(Ahmad,2009).

Seterusnya tamadun India,tamadun ini juga merupakan tamadun terawal yang wujud di Asia Tenggara. Tamadun India terbahagi kepada dua bahagian iaitu India Utara yang rakyatnya dikenali sebagai Indo-Arya dan India Selatan yang dikenali sebagai Dravida. Bahasa yang digunakan oleh orang Indo-Arya ialah Sanskrit dan bahasa Tamil digunakan oleh golongan Dravida. Vindhya merupakan sempadan pemisah diantara India Utara dan India Selatan. Masyarakat Indo-Arya mempunyai empat buah veda,iaitu Rig, Yajur, Sama,dan Atharva. Veda merupakan karya puisi yang berbentuk mantera atau mazmur yang menjadi pegangan buat masyarakat ini. Keempat-empat veda ini memberi pengaruh yang kuat di dalam aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya. Masyrakat Dravida

4

pula mempunyai kepercayaan dan pemikiran berasaskan mazhab. Siavisme dan Vaisnavisme yang selalu dibicarakan di dalam puisi klasik Sangam. Tamadun India

Siti Amirah Binti Muhammad Zahid (UK32371)

mengamalkan sistem kasta iaitu perbezaan status masyarakat (Titastugasankumpulan, 2009).

Tamadun Islam pula bermula ketika lahirnya seorang pesuruh Allah iaitu Muhammad bin Abdullah. Sejarah perkembangan tamadun Islam bermula di padang pasir yang dimana sumber airnya sangat terhad. Rasulullah dilantik menjadi pemimpin umat akhir zaman ketika baginda berusia 40tahun. Isteri Baginda iaitu Khadijah binti Khuwaillid merupakan orang pertama yang memeluk agama Islam dan menjadi tulang belakang kepada Rasulullah dalam penyebaran agama Islam. Rasulullah berdakwah secara rahsia selama 3tahun sebelum bertindak untuk melakukannyasecara terbuka selepas berbincang strategi dengan para sahabatnya. Namun, berlaku penentangan daripada segelintir masyarakat Arab terutamanya golongan bangsawanketika itu. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, tugas penyebaran Islam diteruskan oleh para sahabat sehinggakanIslam pernah menguasai 2/3 dunia. Sehingga sekarang, Islam merupakan salah satu agama utama di dunia(Zulkifli & Noor ,2006)

Akhir sekali adalah Tamadun Melayu. Tamadun ini sangat berkait rapat dengan tamadun Islam. Tamadun Melayumerujuk kepada 3 perkara iaitu ras(genetik), kebudayaan dan bahasa. Sub-keluarga terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu Melayu, Jawa Melayu, Sunda, Madura, Acheh,Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis dan Sulu. Tamadun Melayu terkenal dengan kesenian,antar kesenian yang terdapat dalam Tamadun Melayu dalah Mak Yong dan Tarian Ulik Mayang. tamadun Melayu memiliki artifak yang masih kekal sampai ke zaman kini,iaitu kain

5

tenungan songket. Ciri-ciri pembinaan dalam Tamadun Melayu lebih menjurus kepada kesenian Islam, jelas dilihat pada pembinaan masjid dan istana. Asas kepada Tamadun Melayu adalah agama Islam itu sendiri(Irene,2012).

Konklusinya, asas kepada pembinaan sesebuah tamadun itu adalah aspek kebendaan dan kerohanian. Sehingga sekarang,kita masih lagi dapat melihat peninggalan tamadun-tamadun dahulu yang berkait rapat dengan asas pembinaan mereka semua, contohnya candi Lembah Bujang danmasjid di Melaka. Oleh itu, saranan saya kepada semua pelajar, hargailah peninggalan tamadun kita, tanpa tamadun siapalah kita di masa sekarang. Mungkin masih tercari identiti sendiri. Perpaduan sangat penting dalam sesuatu perkara dalam mencapai keseimbangan masyarakat. marilah sama-sama kita merealisasikan Visi 2020 Malaysia.

Muhammad Ammar Bin Abdul Rahman (UK32377)

DEFINISI TAMADUN

Asas sesebuah kerajaan terawal di dunia wujud dengankewujudan tamadun yang membawa kepada pecahan ciri-ciri tamadun antaranya ialah wujudnya penempatan kekal, mempunyai sistem pemerintahan, kemunculan bahasa dan tulisan, kewujudan agama dan kepercayaan,wujud pengkhususan pekerjaan dan kewujudan sistem perundangan (Harris Anuar,2010).

Penggunaan istilah bagi menerangkan pengertian tamadun dalam bahasa melayu selalu dikaitkan dengan dua

6

istilah yang selalu didengari iaitu tamadun dan peradaban(Zaki, Hamzah & Mad Aros, 2012). Walaupun kedua-duanya ialah kata pinjaman bahasa arab. Tamadun membawa maksud kebudayaan, kemajuan atau peradaban manakala peradaban yang berasal dari perkataan adab membawa maksud tutur kata yang halus , dan adab merujuk kepada kemajuan tingkat kehidupan (jasmani dan rohani). Masyarakat yang membina tamadun dan yang telah mengalami proses ketamadunan telah melalui kemajuan dalam pelbagai aspek, seperti penggunaan kulit haiwan sebagai bahan utama untuktujuan pemakaian. Dahulunya ketika zaman pra-sejarah,kulit haiwan menjadi bahan utama dalam aspek pembuatan pakaian,tetapi ketika tamadun awal dunia muncul, sutera dan kapas sudah mula digunakan sebagai bahan lain untuk membuat pakaian. Konsep ini juga dapat dilihat apabila Tamadun Melayu Melaka dikenali dengan adab sopannya yang tinggi dimana kedatangan Laksamana Cheng Ho adalah hasil lawatan pertama Laksamana Yin Chingyang pada ketika itu disambut baik oleh pemerintah kerajaan Melaka.

Pemahaman tamadun dalam bahasa Inggeris pula dikaitkan dengan perkataan civilization yang diambil daripadabahasa Latin iaitu civitas yang bermakna bandar, dimana ia selari dengan ciri tamadun dimana wujudnya bandar di dalam sesebuah tamadun (Zaki, Hamzah & Mad Aros, 2012). Lima istilah arab dijadikan pencetus fahaman tamadun, iaitu `umran, hadharah, tamaddun, madinah dan madaniyyah. Ibn Khaldun didalam bukunya Al-Muqaddimah menggunakan perkataan `umran yang membawa maksud kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap ,berkembang subur dan maju dan beliau juga menggunakan perkataan hadharah yang bermaksudsesebuah daerah,bandar atau kampung yang dimajukan (UstazAbdul Aziz,2008). Manakala tokoh sejarawan Syeikh Muhammad Abduh dan Muhamad Farid Wajdi telah mempopularkan istilah madaniyyah yang membawa maksud

7

bandar dan kehidupan bandar sebagai salah satu pengertiantamadun dari sudut istilah bahasa.

Membawa makna yang berbeza kelima-lima istilah ini menerangkan fahaman tamadun yang menjurus secara sintesisnya terhadap maksud tamadun yang bermaksud kehidupan secara menetap di sesebuah kawasan didalam bandar,wilayah atau kampung untuk didiami dan dibangunkan.

Muhammad Ammar Bin Abdul Rahman (UK32377)

Definisi tamadun dari sudut peristilahan telah merangkumi banyak aspek dan mewujudkan beberapa pengertian tamadun yang diterima di seluruh dunia. Antaranya ialah tamadun sebagai kebudayaan yang berkembang di dalam kota dan merupakan satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai bidang yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, sastera, agama dan moral.(Toynbee,1961). Fahaman tamadun ini dijelaskan oleh Toynbee(1961), secara aplikasinya, fahaman konsep tamadunini telah menerangkan kerajaan pada masa ini yang terdiridaripada barisan pemikir kerajaan seperti ahli kabinet dan para menteri yang bertanggungjawab memikirkan kemajuan dan peningkatan masyarakat untuk kemajuan sesebuah kerajaan. Secara konklusinya, tamadun yang telahdibina dan yang sedang dibina menitik beratkan bukan sahaja dari segi kebendaan malahan kerohanian. Ini kerana, dari pandangan saya pembinaan sesebuah tamadun yang memerlukan sistem pemerintahan tidak akan dapat digapai dengan mudah jika pembina atau penggerak tamadun tersebut iaitu manusia sendiri tidak mempunyai empati dansimpati serta rasa mempertuhankan jika ia tidak menitikberatkan aspek ketuhanan (rohani). Ini kerana aspek tersebut dapat menjadi garis panduan atau petunjuk untuk membina sesebuah tamadun.

8

Ung Yi (UK31414)

CIRI-CIRI TAMADUN

Tamadun merujuk kepada hidup dalam sesuatu suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju (Ibrahim Mustafa, 1989). Kemajuan sesebuah tamadun diukurdari beberapa ciri-ciri tertentu. Dalam bukunya Comparative History of Civilizations in Asia, Edward L. Farmer (1986) berpendapat sebuah tamadun mesti mempunyai 7 ciri utama iaitu, penempatan kekal, revolusi pertanian, pengkhususan kerja dan inovasi teknologi, stratifikasi sosial, urbanisasi, kehidupan beragama serta sistem tulisan.

Hadharah atau penempatan kekal merujuk kepada kehidupan sesuatu masyarakat di sesuatu tempat secara

9

menetap (Ustaz Abd Aziz bin Harjin, 1982)atas sebab-sebabyang tertentu. Lembah sungai dan pesisir pantai sering menjadi penempatan sesuatu tamadun kerana kemudahan perhubungan. Dengan itu, tanah asal Tamadun Melayu tidak lebih dari pantai dan sungai-sungai (Asmah, 1987). Tanah yang subur dan selamat juga merupakan salah satu lokasi yang baik untuk revolusi pertanian atau untuk ternakan. Contoh-contoh penempatan kekal tamadun ialah Tamadun Melayu di Pesisir Selat Melaka dan Selat Sunda, Tamadun India di Lembah Sungai Indus, Tamadun Cina di Lembah Sungai Kuning dan lain-lain(Ustaz Abd Aziz bin Harjin,2005). Penempatan kekal di tanah yang subur dan pembekal bekalan air yang mencukupi mengakibatkan revolusi pertanian dengan menjalankan pelbagai kegiatan pertanian serta penternakan dan perdagangan. Hasil atau produktiviti dari revolusi pertanian akan menjadi salah satu sumber hidup masyarakat tamadun. Seterusnya, peluangpekerjaan wujud untuk membantu menambah produktiviti industri pertanian dan melahirkan revolusi perdagangan.

Pada pendapat saya, kelahiran revolusi perdagangan menyebabkan berlakunya pengkhususan kerja. Pada tahap awal masyarakat bertamadun, bidang-bidang yang muncul danmelahirkan tenaga mahir dalam bidang-bidang tersebut adalah seperti perekonomian, pertukangan, seni bina, teknologi logam, perkapalan, pembinaan pelaburan dagang, penyediaan mata wang, penciptaan peralatan baru (cangkul), penciptaan alat pengangkutan, penggunaan teknologi (sistem pengairan) dan lain-lain lagi (Abu hasan, 2012). Oleh itu, setiap anggota masyarakat memikulperanan dan tugas mereka masing-masing sebagai petani, nelayan, penternak, pedagang, artisan dan askar. Dengan itu, kelahiran inovasi dan daya kreativiti berlaku dan mempercepatkan stratifikasi sosial serta proses urbanisasi untuk perkembangan tamadun.

Pitirim A. Sorokin mendefinisikan stratifikasi sosial sebagai pengkelasan masyarakat kepada golongan atasan dan golongan bawahan seterusnya melahirkan satusistem kelas masyarakat iaitu feudalisme (Soekanto,

10

1990) Stratifikasi sosial mengakibatkan pembahagian tugas dan tanggungjawab secara tidak langsung di antara masyarakat. Sebagai contohnya, biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas diikuti golongan bangsawan seterusnya ahli

Ung Yi (UK31414)

agama dan golongan pendeta ,rakyat biasa akhirnya golongan. Selain itu, pemilik tanah pertanian yang kuat berusaha dan berpengaruh akan melahirkan golonganpemilik atau tuan tanah sebagai golongan atasan yang akan memerintah golongan pekerja atau hamba sebagai buruh.

Menurut Wan Abdul Rahman Latif(1996), kehidupan secara sistematik berkait rapat dengan pengkhususan kerja, pengelasan masyarakat, sistem sosial dan sebagainya. Dengan itu, urbanisasi atau proses pembandaran wujud kerana kelahiran bandar sebagai pusat tamadun yang penting untuk penemuan dan kegiatan masyarakat. Ustaz Abd Aziz bin Harjin (1982) mendefinisikan bandar sebagai sesuatu kawasan yang dihunioleh penduduk yang ramai dan sebahagian besarnya boleh membaca dan menulis serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian. Oleh itu, revolusi bandar melahirkan kota dan beberapa institusi yang penting dalam pembinaan tamadun seperti institusi keagamaan, institusi pendidikan, institusi pemerintahan dan institusi ekonomi. Kota merupakan salah satu faktor penting kewujudan sesebuah tamadun. Dalam sejarah tamadun juga muncul sesetengah kerajaan yang berbentuk negara kota(city-state). Strukturdan urbanisasi masyarakat yang tersusun dapat meningkatkan taraf kehidupan masyarakat serta membantu sesuatu masyarakat untuk mencapai ketamadunan.

Organisasi politik juga penting kepada sesebuah tamadun untuk mewujudkan sistem pemerintahan yang dapat memudahkan perjalanan pentadbiran sebuah masyarakat yang

11

besar dan kompleks. Beberapa bentuk pentadbiran wujud dalam tamadun, antaranya ialah Homogenous(serba sama), satu bentuk pemerintah yang tidak boleh disoalkan oleh rakyat. Kedua, Heterogenous(pelbagai bangsa), kuasa tamadun di atas tangan beberapa pemerintah seperti Tamadun Islam yang mempunyai pelbagai bangsa, bahasa dan budaya. Seterusnya, Monarchy(beraja), raja dan pemimpin sering menggunakan unsur magis untuk menjadi ketua pemerintah seperti dakwa mereka diri sebagai anak tuhan atau wakil tuhan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Terakhir, Oliganchy(demokrasi), kuasa pemerintah dipegangoleh sekumpulan seperti sami atau cerdik pandai agama (Azhar Hj Mad Aros, 2003).Organisasi politik juga mewujudkan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan kekal aman dan makmur masyarakat.

Kehidupan beragama juga merupakan salah satu aspek asas tamadun seperti yang ditetapkan olah Ibn Khaldun (Muhammad Abdullah Enan,2013). Edward L. Farmer memasukkan aspek agama sebagai salah satu ciri masyarakatbertamadun, manakala R.A. Buchanan pula menyebut wujudnyaupacara agama yang kompleks adalah ciri-ciri kerahiban (Azhar Hj Mad Aros, 2003),. Buktinya kewujudan kehidupan agama adalah seperti wujudnya kepercayaan, pemikiran tentang kuasa ghaib yang mengawal kehidupan dan peninggalan bangunan keagamaan. Contohnya, masyarakat Tamadun Indus menyembah dewi bermuka tiga serta wujud masyarakat

Ung Yi (UK31414)

yang percaya ada kuasa ghaib kuasai alam sekeliling , amalan kepercayaan Animisme dan amalkan Politisme(sembah banyak tuhan) pada awal tamadun.

Seterusnya, tulisan juga merupakan salah satu ciri tamadun yang penting untuk merekodkan sesuatu perkara,

12

sebar ilmu pengetahuan, sebagai medium perhubungan serta menyampai, catat dan mengembangkan idea(Zulkifli bin Mohamed, 2008). Tulisan berkembang dari bentuk simbol iaitu Heiroglif, Cuneifom dan Iderogram pada peringkat awal kepada bentuk nombor dan tulisan yang masih diguna pada zaman moden ini. Sistem tulisan dapat dibuktikan melalui bangunan keagamaan, makam, lembaran kertas, wang syiling dan peringatan melalui pelajaran dari generasi kegenerasi

Konklusinya, ciri-ciri tamadun merupakan aspek penting untuk mengukur kemajuan sesebuah tamadun dalam usaha membantu masyarakatnya untuk mencapai ketamadunan yang tinggi dalam semua aspek kehidupan.

13

Norfarihah Binti Radzuan (UK31943)

MANUSIA AWAL DAN BUDAYA

Zaman Prasejarah ialah zaman dimana belum ada rekodbertulis tentang sejarah manusia dan ia juga dikenali sebagai zaman preliterate iaitu zaman sebelum penciptaan tulisan. Zaman Prasejarah ini terbahagi kepada dua iaitu,Zaman Prasejarah Awal (Paleolitik dan Mesolitik) dan Zaman Prasejarah Akhir (Neolitik).Zaman Paleolitik adalahsekitar tahun 500 000 SM hingga 10 000 SM, Mesolitik tahun 10 000 SM dan Neolitik sekitar tahun 7000 SM sehingga 35000 SM. Kemudiannya sekitar tahun 2500 SM, wujud pula satu zaman iaitu Zaman Logam,zaman yang mengakhiri zaman prasejarah. Zaman Prasejarah adalah berbeza antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lainmengikut perkembangan tamadun masing- masing.

Kewujudan manusia awal telah mencetuskan pelbagai teori. Charles Darwin telah mengeluarkan satu teori tentang asal usul kewujudan manusia dimana manusia berasal daripada mawas (Petikentropos erektus) atau turut dikenali sebagai Javaman oleh orang Jawa kerana kebanyakkan fosilnya ditemui di Jawa yang dianggap sebagai penduduk asal kawasan ini (Rosman Yunus, 2006). Teori beliau ini disokong oleh D.G.E.Hall yang menyatakan bahawa Homosapiens (manusia sebenar) muncul dengan sendirinya di Asia Tenggara dan dikatakan ia adalah hasil daripada evolusi yang dialami oleh Javaman. Javaman telah beransur-ansur berubah menjadi Homosoloensis (orang Solo) pada peringkat pertama, berubah pula kepada Homo australicus pada peringkat keduadan seterusnya kepada Homosapiens. Namun,bagi penganut agama Samawi,mereka menolak terus teori yang mengatakan manusia berasal daripada mawas kerana mereka percaya bahawa manusia telah diciptakan oleh Allah S.W.T daripada

14

tanah iaitu Adam a.s yang dicipta lengkap tanpa perlu mengalami proses evolusi untuk menjadi seperti manusia pada hari ini. Manusia berpindah randah dari tempat asal mereka iaitu dari Timur Tengah ke kawasan-kawasan lain dimuka bumi ini. Perbezaan iklim dan suasana, rupa bentuk fizikal manusia berbeza telah menyebabkan terciptanya pelbagai bahasa serta perangai yang berbeza-beza.

Zaman Prasejarah Awal terbahagi kepada dua iaitu Zaman Paliolitik dan Zaman Mesolitik di mana manusia padazaman ini mampu untuk berkomunikasi dan menurunkan ilmu yang dipelajari secara turun temurun. Menurut D.G.E.Hall,masyarakat pada zaman ini berkulit hitam,bertubuh kecil dan berasal daripada jenis Australoid-Venddoid berdasarkan rangka manusia yang dijumpai( Hilmi, 2008). Pada zaman ini,mereka menggunakan batu untuk membuat kapak dan panah sebagai alat untuk memburu dan mengumpul hasil hutan. Pada zaman Paleolitik ,aktiviti mereka adalah memburu,menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Mereka melukis

Norfarihah Binti Radzuan (UK31943)

gambar-gambar binatang di dinding gua kerana mereka percaya bahawa ianya dapat membantu mereka dalam aktivitimemburu. Masyarakat pada zaman ini hidup secara nomad atau berpindah randah. Ada diantara mereka yang tinggal di dalam gua atau berlindung dibawah ranting,kayu yang ditutupi dengan rumput dan berlindung di dalam lubang tanah yang digali contohnya di Gua Niah (Sarawak),Kota Tampan (Perak) dan Gua Tingkayu (Sabah).Masyarakat pada zaman ini mangamalkan kepercayaan kehidupan selepas mati dimana ahli arkeologi telah menemui barang-barang untuk upacara pengkebumian. Mereka juga mengamalkan kepercayaananamisme yang menganggap semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Misalnya, mereka sangat

15

takut akan kilat dan petir kerana berpendapat unsur-unsuralam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka di hari depan kelak. Lantaran itu,mereka mula menyembah dan cuba berdamai dengan unsur-unsur alam supaya mereka tidak ditimpa sebarang malapetaka.

Satu lagi zaman yang terdapat dalam Zaman PrasejarahAwal ialah Zaman Mesolitik. Zaman ini merupakan zaman peralihan antara Zaman Paleolitik kepada Zaman Neolitik dan ianya wujud sekitar tahun 10 000 SM hingga tahun 7 000SM. Masyarakat zaman ini tinggal di dalam gua,persisirpantai dan sungai bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan sumber makanan. Revolusi pertanian telah berlaku pada zaman ini dan mereka mula menggunakan hasil pertanian sebagai sumber makanan sehari-hari mereka.Tajakdan alat bajak digunakan sebagai alatan pertanian. Merekajuga menggunakan sistem terusan dan tali air seperti yangdigunakan di Mesir dan Mesopotamia. Disamping pertanian, mereka juga menjalankan aktiviti penternakan bagi mendapatkan kulit untuk dijadikan pakaian dan alat pengangkutan.

Zaman Neolitik merupakan Zaman Prasejarah Akhir. Perkembangan pertanian akibat daripada revolusi pertanianyang tercetus pada zaman Mesolitik, telah melahirkan masyarakat yang bergantung kepada sumber makanan utama dan mengubah corak hidup manusia.Lebihan hasil pertanian telah mewujudkan satu sistem pertukaran barang dalam kalangan mereka iaitu sistem barter dimana lebihan hasil pertanian diperdagangkan dengan tamadun lain. Pertambahanhasil pertanian telah mewujudkan pertambahan penduduk danpenempatan kekal. Jadi,masyarakat pada zaman ini mula hidup menetap dan tidak lagi hidup berpindah randah seperti zaman Paleolitik. Mereka juga dikatakan pandai membuat ukiran-ukiran (Hilmi, 2008 ). Von Heine-Geldern ada menyatakan bahawa mereka juga ada kemungkinan pandai membuat perahu untuk berhijrah dari satu tempat ke satu tempat . Mereka juga sudah pandai membina rumah daripada

16

tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu di pinggir-pinggir sungai dan hasil daripada penempatan kekal ini telah mewujudkan perkampungan seperti yang wujud di Gua Gomantong (Sabah) dan Jenderam Hilir (Selangor) (Abdul Hamit, 2008). Dari segi keagamaanpula,masyarakat zaman ini percaya kepada kuasa ghaib dan luar biasa serta menjalankan upacara (ritual) keagamaan bertujuan supaya dapat menghindarkan

Norfarihah Binti Radzuan (UK31943)

malapetaka yang akan menggangu aktiviti pertanian dan kehidupan seharian seperti banjir, kemarau dan wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Masyarakat zaman ini mula tahu cara untuk uruskan mayat saudara mara meraka yang telah meninggal dunia. Mayat-mayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Situasi ini telah menunjukkan bahawa masyarakat zaman ini telah mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politiesme.

Zaman Prasejarah diakhiri dengan zaman Logam (logam dan besi) yang wujud sekitar 2500 SM. Zaman ini muncul diperingkat akhir zaman Neolitik. Banyak pendapat yang berbeza tentang kewujudan gangsa.Antaranya ialah, gangsa tidak diimport dari luar tetapi ianya datang dari kepulauan melayu sendiri.Hal ini kerana, logam terlalu lembut untuk membuat alat tukang yang berkesan lalu ianyadicampur dengan timah dan tembaga untuk menjadikanya logam yang lebih keras (Adams, 2007). Namun,D.G.E.Hall telah menyanggah pendapat ini kerana tidak ada bukti yangmenunjukkan gangsa datang dari kepulauan Melayu. Menurut Duyvendak, gangsa diimport dari China dan mula dibawa masuk ke Kepulauan Melayu sekitar tahun 300 SM. Dong Song

17

merupakan tempat gali terawal yang telah dijalankan di Tongking yang mana disini merupakan tempat budaya gangsa tersohor (Soepono,1984). Ban Chiang dan Nok Nok Tha adalah tapak utama peninggalan gangsa seperti gendang-cerek (kettle-drum) yang digunakan untuk tujuan keagamaan(Adams ,2007). Pada zaman ini,stratifikasi sosial semakinjelas dimana wujudnya golongan-golongan kaya dan berkuasa.Ini jelas terlihat ketika upacara pengebumian,harta-harta seperti barangan perhiasan gangsadan manik-manik diletakkan bersama mayat tersebut sekaligus menunjukkan mereka sudah tahu bagaimana untuk menguruskan pengkebumian mayat secara sempurna.

Tuntasnya, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mengalami satu kemajuan yang pesat dalampelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat yang menggunakan alam sekitar sebagai sumber utama dalam kehidupan mereka kepada masyarakat pengeluar makanan yanglebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik dan Logam ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya sehingga menjadi ia menjadi batu asas kepada kemunculan tamadun-tamadun awalmanusia seperti di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho.

Noor Amirah bt Hanafi (UK31650)

Kelahiran Tamadun Melayu

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang tergolong secara luas iaitu sebagai kumpulan orang-orang

18

Melayu (Azam Hamzah, 1997). Melayu juga merupakan satu masyarakat peribumi rantau ini. Rantau atau wilayah dikenali sebagai Malay Archipelago, Kepulauan Melayu atau Alam Melayu. Kesatuan Melayu ini hidup dalam keadaan yang tenteram kerana adanyasikap toleransi dan bekerjasama antara satu sama lain (Abidin Borhan, 2004). Tamadun Melayu ialah tamadun yang menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsaMelayu. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai tamadun bangsa berkait rapat dengan pemahaman terhadap Islam. Sebagai contohnya, Merah Silu di Pasai, Sumatera telah menerima akidah Islam. Begitu juga Parameswara di Melaka (Mohd Taib Osman, 1998).

Islam telah membawa perubahan besar di Alam Melayu dari aspek nilai dan kebudayaan orang Melayu. Sebagai contoh, gaya berfikir, corak sosialdan interaksi muamalat di kalangan orang Melayu diungguli oleh nilai Islam. Selain itu, unsur-unsurHindu-Buddha hampir terhakis dalam corak hidup masyarakat Melayu (Ismail Hamid, 1991). Nilai-nilai asas kemelayuan terangkum dalam “Sifat dua puluh lima”. Nilai-nilai ini meresap menjadi sifat masyarakat Melayu. Ini menjadikan orang Melayu sempurna lahiriah dan Batiniah. Contohnya ialah sifat tahu membalas budi dan sifat hidup memegang amanah (Tenas Effendy, n.d). Terdapat pelbagai teori yang diutarakan oleh para sejarawan tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu. Para sejarawan berpendapat bahawa para pedagang dan mubaligh dari Semenanjung Tanah Arab yang bertanggungjawab menyebarkan Islam. Ada juga yang mengatakan saudagar-saudagar India dan China (Azam Hamzah, 1997).

Teori Islam datang dari India dipelopori oleh Snouck Hurgronje, B. Harrison, Arnold, Weirthem dan lain-lain. Antarahujah yang digunakanuntuk mengukuhkan teori ialah batu-batu nisan awal yang dijumpai di Alam

19

Melayu diimport dari Kambay, Gujerat, India serta catatan pengembaraseperti Ibnu Batutah yang pernah melawat Alam Melayu sekitar abad 13dan 14 M (Mahayudin Hj Yahaya, 1996). Catatan IbnuBatutah pulamembuktikan beliau telah melawat Pasai pada tahun 1345 M danmendapati penduduknya beragama Islam. Ini sedikit sebanyak memberibukti bahawa Islam datang dari India dalam TamadunMelayu ini(Azam Hamzah, 1997).

Seterusnya ialah teori Islam datang dari Cina dan Champa yangdipelopori oleh S.Q Fatimi dalam bukunya Islam Comes to Malaysia(Mahayudin Hj Yahaya, 1996). Berlaku penghijrahan masyarakat Arab-Islam Canton ke Kepuauan Melayu. S.M Naquib turut mempunyai pandanganyang sama. Terdapat juga sebilangan masyarakat Arab-Islam Canton yangberhijrah ke Champa, Brunei, pantai Timur Tanah Melayu dan Pulau Jawasebelah timur. Ini memberi kesan dalam penyebaran Islam di kawasan-

Noor Amirah bt Hanafi (UK31650)

kawasan tersebut (Mahayudin Hj Yahaya, 1996). Yang paling terkenal ialah Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 702 H (1303 M)yang mengandungi tulisan mengenai kewajipan mematuhihukum Allah S.W.T(Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990). Di samping itu,seni bina juga menjadibukti bahawa Islam berasal dari Cina. Contohnya ialah seni bina masjid

20

di Melaka, Kelantan dan Pulau Jawa yang mirip bentuk pagoda di Cina(Mahayudin Hj Yahaya, 1996). Perkara ini menerangkan bahawa Islamdalam kelahiran Tamadun Melayu ini mungkin juga berasal dari Cina.Ini juga member sumbangan dalam kelahiran Tamadun Melayu dariaspek seni bina.

Yang terakhir ialah teori yang menjelaskan bahawa Islam dibawadari Arab. Teori ini didokong oleh kebanyakan sarjana Alam Melayu sepertiProf. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Prof. Dr. Hamka (Azam Hamzah,1997). Teori ini menyatakan Islam dibawa ke Alam Melayu kerana wujudnyaaktiviti perdagangan dengan pedagang Arab (MahayudinHj Yahaya, 1996).Ini menunjukkan bahawa orang Arab telah mengetahui kepentingan AlamMelayu sebagai pusat perdagangan yang penting. Menurut Prof. Hamka,orang Arab telah belayar ke Alam Melayu untuk membeli rempah ratus yang tidak terdapat di tempat lain (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990).Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Alam Melayu kaya dengan hasilbumi. Terdapat catatan Cina yang menyatakan bahawa terdapat penempatanorang Arab dan Parsi di Negara Cina. Hubungan Arab-Cina telahberlaku sebelum kelahiran Islam lagi (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990).Selain itu, kepentingan Alam Melayu sebagai kawasanperdagangan teruskekal selepas kemunculan Islam pada abad 7 M. Pertapakan Islam di Alam Melayu bermula apabila orang Arab telah menerima Islam

21

(Mahayudin Hj Yahaya, 1996).

Kelahiran Tamadun Melayu berkait rapat dengan penyebaranagama Islam di Alam Melayu. Penyebaran agama Islam telah membawabanyak perubahan dalam Tamadun Melayu ke arah yang lebih baik.

Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini (UK32622)

KELAHIRAN TAMADUN INDIA

Tamadun merupakan sesuatu perubahan yang berlaku sehingga membawa kemajuan dalam kehidupan setelahmelalui satu proses yang panjang. Kepelbagaaian tamadun yang wujud di Asia sejak dahulu lagi telah menyebabkan terbinanya sebuah kelompok masyarakat yang majmuk . Tamadun India juga merupakan salah satu tamadun yang terdapat di Asia dan tamadun ini merujuk kepada orang yang berbangsa India serta dikaitkan dengan lembah SungaiIndus. Tamadun India sememangnya sudah wujud antara tahun2500-1800 S.M. Pada amnya, masyarakat India boleh dikategorikan kepada dua golongan iaitu masyarakat Indo-Arya dan Dravida. Masyarakat Indo-Arya kebiasaannya menetap di kawasan Utara India manakala masyarakat

22

Dravida pula menetap di Selatan India. Selain itu, kedua-dua golongan ini dapat dibezakan melalui bahasa dasar yang digunakan dalam pertuturan . Masyarakat Indo-Arya menggunakan bahasa Sanskrit dan masyarakat Dravida menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa dasar bagi masyarakat masing-masing. Seterusnya, kedua- dua golonganini juga mempunyai tradisi kebudayaan masing-masing yang berbeza sehingga wujudnya tamadun india yang menjadikan persamaan dalam budaya dalam kalangan mereka. Tamadun inijuga merupakan tamadun yang tertua dan memiliki keunikannya yang tersendiri yang mana dapat dilihat dari segi budaya yang tidak banyak berubah (Azharudin,2004). Oleh itu, pengkajian yang dilakukan mampu membantu kita untuk mengetahui lebih lanjut tentang tamadun ini .

Selain itu , menurut Suhaimi, Abdul Rahman,Yusof Bukhari & Rosnanaini (2010), ciri –ciri tamadun juga mempengaruhi kelahiran sesebuah tamadun . Tamadun India ini wujud sekitar 2500-1800 S.M. di Lembah Sungai Indus yang mana dikenali sebagai Tamadun Indus (Suhaimi et.al.,2010). Apabila sesuatu penempatan itu wujud di sesebuah tempat maka terdapat masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut. Petempatan kekal bagi tamadun ini ada di dua bandar terpenting iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa . Setelah penempatan kekal ini wujud, masyarakat dalam tamadun ini telah mengamalkan sistem organisasi yang mana terdapat golongan atasan dan golongan bawahan . Masyarakat ini juga telah mewujudkan pengkhususan kerja dalam kehidupan mereka . Bidang pekerjaan mereka meliputi aspek perdagangan , pertanian dan pertukangan. Masyarakat ini juga sudah boleh menulis dengan menggunakan tulisan piktograf . Setiap masyarakat juga tidak lari untuk mengamalkan kehidupan beragama dan kepercayaan masing – masing. Justeru, mereka menyembah patung Proto Shiva dan percaya kepada tuhan Ibu dalam Tamadun Indus. Seterusnya , tamadun ini telah memberi sumbangan Bandar mengikut susunan segi empat berasaskan

23

geometri, kesenian dan matematik. Sifat keterbukaan mereka menyebabkan Mesir dan Mesopotamia mempunyai hubungan dengan Tamadun Indus. Semua ciri – ciri tamadun ini telah diterangkan oleh (Suhaimi et.al.,2010).

Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini (UK32622)

Di samping itu, menurut Zaki, Hamzah & Mad Aros (2012) , rangsangan keagamaan pada Zaman Vedik merupakan salah satu faktor kelahiran tamadun India . Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya baharu terhadap masyarakat Lembah Indus sekaligus menjadikan tamadun ini berada di tahap yang baharu. Tahap ini juga dikenali sebagai Zaman Vedik iaitu zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat ini sehingga lahirnya agama Hindu . Selain itu, mereka juga menggunakan sistem kasta yang mana orang Aryan mengungguli tiga kasta teratas iaitu Brahmin, Kshatriyadan Vaisya. Brahmin ditugaskan untuk mengendalikan kuil, Kshatriya ditugaskan untuk mempertahankan negara dan Vaisya ditugaskan untuk menjana kejayaan . Masyarakat tempatan pula iaitu golongan Sudra yang mana mereka bekerja sebagai buruh dan petani mengungguli tangga di bawah sekali . Seterusnya, peradaban Indo-Arya juga berkembang menjadi peradaban Hindu (Zaki et.al.,2012). Hal ini telah menyebabkan tercetusnya Zaman Veda . Zaman Veda ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Veda Awal dan Zaman Veda Lewat yang mana kemajuan orang Arya lebih maju.Pengetahuan tentang agama orang Indo-Arya dapat dilihat di dalam kitab-kitab Veda terutamanya Rig Veda. Ayat- ayat daripada kitab suci Veda juga masih lagi dibaca dalam sembahyang pagi, petang, malam dan upacara perkahwinan seperti di India (Akmar,2001). Oleh hal yang demikian, rangsangan agama pada Zaman Vedik jugatelah membantu dalam proses kelahiran tamadun ini.

24

Penyembahan dewa dewi dan upacara pengorbanan masih lagi dilakukan oleh masyarakat dalam tamadun ini . Hal ini demikian kerana , mereka percaya bahawa setiap unsur alam semula jadi mampu mempengaruhi kehidupan seseorang manusia. Contohnya , mereka memuja unsur-unsur seperti matahari, api, angina, pokok dan sungai. Hal ini disebabkan mereka percaya unsur yang bernyawa ini mampu memberi kebaikan dan keburukan kepada manusia . Disamping itu, merka juga percaya wujudnya kuasa yang menolong manusia dalam kehidupan dan ada yang mendatangkan malapetaka . Contohnya, banjir dan taufan dipercayai datangnya daripada kuasa yang membawa malapetaka. Selain melakukan penyembahan mereka juga melakukan pengorbanan . Pengorbanan diadakan sebagai pemberian hadiah kepada dewa dan dewi untuk mendapatkan kurnia (A.B. Keith, n.d) . Selain itu, tamadun ini juga mempunyai falsafah yang tersendiri . Falsafah yang digunakan ialah falsafah Vedik yang mana mementingkan lima konsep dan setiap konsep mempunyai kaitan antara satu sama lain. Antara konsep yang digunakan dalam kehidupan mereka ialah brahman , atman , karma , moksha dan samsara. Konsep ini secara keseluruhan dapat dilihat bahawa setiap individu mempunyai roh dan setiap perbuatanserta perputuran dikira jumlahnya supaya mendapat pelepasan dalam duniawi sekaligus masalah kematian dapat diselesaikan . Masyarakat tamadun India menganggap selagidalam keadaan kejahilan yang dilakukan oleh diri sendiri maka mereka tidak akan dapat bersatu dengan Tuhan. Oleh itu, amalan tamadun ini banyak mempengaruhi kelahirannya.

Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini (UK32622)

Seterusnya, kelahiran Tamadun India juga dipengaruhioleh faktor wujudnya Doktrin Buddhisme . Apa itu doktrin?Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , doktrin membawakepada dua maksud yang berbeza . Karl Marx (n.d.)menyatakan doktrin ialah ajaran yakni bukan agama tetapi

25

sesuatu ilmu yang dianut atau dijadikan pegangan . Selainitu , Monroe & Karl Marx (n.d.) juga menyatakan bahawadoktrin ialah prinsip atau kepercayaan yang dianggapbenar dan satu-satunya yang dapat diterima. Kekukuhansesuatu agama adalah bergantung kepada dua faktor iaituagama universal dan kepercayaan komuniti . Agama Buddhamerupakan salah satu agama universal di Asia Selatan, AsiaTenggara dan Asia Timur. Agama buddha ini telah diasaskan olehSidharta Gautama yang mana beliau merupakan seorang putera raja.Hal ini demikian kerana, beliau ingin mencari kebenaran untukmengatasi pelbagai penderitaan hidup sehingga menyedari semuanyaangkara mara (syaitan). Selain itu, larangan buddha terhadappenganutnya daripada melakukan sebarang sihir telah diamalkandalam selepas pertapaan. Hal ini telah menyebabkan wujudnyamazhab-mazhab buddha yang tersendiri sehingga dapat melahirkanbeberapa orang tokoh.

Selanjutnya, ajaran agama buddha memainkanperanan penting dalam kelahiran tamadun India. Ajaran Buddhatidak mengajarkan hal-hal tentang ketuhanan dan metafiziksebaliknya ajaran ini merupakan ajaran psikologi dan etika yangberkaitan dengan kehidupan (Zaki et.al.,2012). Tahap pertamadiwujudkan kepada penganut agama buddha untuk membebaskandiri daripada pusingan kelahiran dengan mengamalkan sila ataumoral yang tinggi seperti mengawal nafsu , mengelakkan dosa besardan pengorbanan darah. Selain itu, ajaran agama buddha dalamtamadun India bukan sahaja melalui tahap pertama tetapi perludiikuti dengan renungan (samadhi), kesedaran (prajna), mencapaisambodhi (mengetahui kebenaran sepenuhnya) dan mencapainirvana (terlepas daripada pusingan kelahiran). Istilah Tri-Ratnadigunakan oleh pengikut-pengikut Buddha bagi merujuk kepadaBuddha, Buddha Damma dan Sangha. Setiap pengikut-pengikutBuddha diajar mengikut dasar-dasar Buddha. Pepatah Melayu adamengatakan buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sesekali .‘ ’Kehidupan penganut Buddha pada tamadun ini berlandaskan hukumkarma yang mana mengikut hukum ini perbuatan yang baik akanmembawa kesan yang baik manakala perbuatan yang jahat akanmembawa akan membawa padah. Oleh itu, ajaran agama buddhamenginginkan masyarakatnya sentiasa melakukan kebaikan di dalamsetiap tindakkan dan tingkah laku dalam kehidupan seharian.

Konklusinya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciritersendiri dalam melahirkan dan mengembangkan tamadun mereka.Tamadun India juga telah menunjukkan beberapa faktor yangmembantu dalam proses kelahiran tamadun ini. Usaha mereka inimasih mempunyai kesan negatif dalam memulakan perkembangantamadun walaupun banyak kesan yang positif . Aristotle jugapernah mengatakan bahawa pengiktirafan dan ganjaran kepada

26

mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.Hal ini telah menjadikan usaha yang dilakukan oleh

Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini (UK32622)

tamadun India tidak menjadi sia-sia kerana melalui faktor faktor–kelahiran mereka berjaya berkembang dengan maju. Walaubagaimanapun, hubungan tamadun dengan agama , budaya, danbangsa tidak akan pernah lari. Kemunculan sesebuah tamadunjuga dapat digambarkan berdasarkan perilaku dan budayamasyarakat yang tinggi dalam pentadbiran dan ekonomi. Olehitu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mencapai kemajuansekaligus menjadikan sesebuah masyarakat itu sentiasa inginberdaya saing.

27

Wan Mohamad Amim bin Mohd Nasir (UK31967)

Kelahiran Tamadun Cina

Tamadun Cina dipercayai telah wujud sejak milenium(jangka masa selama seribu tahun) ke enam sebelum masihi dan dipercayailahir di Lembah Hwang Ho berdekatan dengan sungai Hwang Ho. Walaupun kewujudan dinasti pertama masih belum dapat dipastikanlagi tarikhnya namun, sebelum terbentuknya pemerintahan mengikut dinasti, para pengkaji sejarah dan ahli arkeologi telah bersetuju bahawa wujudnya kebudayaan kecil di Yangshao dan Longshan. Mengikut urutan pemerintahan secara dinasti, menurut Hoe(1998), Dinasti pertama yang wujud ialah Dinasti Xia, diikuti oleh Dinasti Shang atau juga dikenali sebagai Dinasti Yin, kemudianDinasti Zhou(chou), Dinasti Qin, Dinasti Han, Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Yuan(mongol) dan Dinasti Ching(manchu). PerluasanTamadun China bermula apabila munculnya Dinasti Qin pada 221 Sebelum Masihi hingga 206 Sebelum Masihi yang diasaskan oleh Maharaja Qin Shi Huang. Perluasan kuasa ini berlaku sehingga ke selatan China. Pemerintahan berbentuk sistem feudal telah diganti dengan pemerintahanyang melahirkan empayar pada zaman Dinasti Qin. Maharaja Qin Shi Huang pada zaman itu telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China begi melahirkan sebuah empayar

Kelahiran kebanyakan tamadun selalunya dikaitkan dengankeperluan asas seperti sungai atau tempat yang strategik untuk mendapatkan keperluan tersebut. Melalui kelahiran Tamadun Cina yang telah melalui beberapa peringkat sepertimana tamadun-tamadun awal yang lain sehingga terbentuknya tamadun tersebut, dapat kita lihat sungai Hwang Ho yang menjadi sumber penting bagi tamadun ini. kawasan ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian. Sungai Hwang Ho, juga dikenali sebagai Sungai Kuning, mengikut para penyelidik, adalah sungai kedua terpanjang di China (5464km) dan terletak di bahagian utara negara China (Wayment,2012). Sungai ini telah membekalkan tamadun cina dengan keperluan asas yang amat berharga sehingga meraka dapat

28

membina sebuah penempatan yang diduduki oleh sejumlah besar manusia.

Dengan wujudnya tampok pemerintahan, mereka telah berjaya menerokai ilmu perundangan seterusnya meningkatkan lagi kualiti hidup dengan mendalami ilmu sains dan teknologi. Perkembangan tamadun islam yang padamasa itu jauh lebih maju telah mendorong Tamadun Cina untuk berinteraksi dan menambahkan ilmu mereka demi memajukan diri meraka. Ini dapat kita lihat dari sejarah tentang tokoh-tokoh islam yang menyumbang dalam perkembangan tamadun ini seperti pada tahun 651 M, Saad bin Abi Waqqas telah melawat China dan terbinanya sebuah masjid di Bandar Canton(Guangzhou) dan kisah Laksamana Cheng Ho yang Beragama Islam yang berlayar dari China ke asia (Hoe, 1998).

Wan Mohamad Amim bin Mohd Nasir (UK31967)

Thaqafah, juga bermaksud budaya iaitu antara asas ketamadunan. Dengan wujudnya kebudayaan Yangshao dan Longshan, tamadun Cina secara tidak langsung telah dibentuk. Kebudayaan Yangshao telah wujud di Yangshoa di provinsi Shaanxi pada milenium ke lima dan dimanakan sempena nama tempat tersebut, yang kemudiannya diganti kebudayaan Longshan selepas lebih-kurang 6 milenium. Kebudayaan Longshan adalah kebudayaan Neolitik akhir di Cina yang bertempat di tengah dan hilir Sungai Kuning yang wujud antara 3000 sebelum masihi hingga 2000 sebelum masihi. Kebudayaan ini dinamai semperna kota Longshan di bahagiantimur wilayah kota Jinan, Shandong, tempat penemuan arkeologi pertama pada 1928 dan ekskavasi pada 1930 dan 1931. Kebudayaan ini turut mempengaruhi Chengziya. Kewujudan dua kebudayaan ini adalah sebelum lahirnya pemerintahan berdinasti di Cina (Mohaj, 2009).

Tembok besar Cina yang menjadi simbol keteguhan tamadunCina telah dibina pada zaman Dinasti Qin dan masih teguh hingga sekarang. Pembinaan Tembok Besar China merupakan

29

sebuah simbol kerjasama dan taat setia rakyat China terhadap pemerintah mereka. Peristiwa pembinaan tembok ini diceritakan bahawa ramai rakyat yang terkorban untuk membina tembok ini, namun begitu, mayat-mayat mereka ditanam bersama didalam tembok tersebut bagi mengingati jasa mereka (Takusahrisau, 2012). Ahli kaji sejarah amat berminat untuk mengkaji peristiwa yang bermakna ini untukdijadikan tauladan bagi kita, generasi seterusnya. Pemerintah yang adil dan bijaksana adalah unsur yang amatpenting dalam menjanjikan keteguhan, kemajuan dan keamanan sesebuah tamadun.

Penemuan tulang orakel oleh ahli arkeologi pula telah membuktikan wujudnya ketamadunan di Cina dan dianggarkan tercipta pada zaman dinasti Shang (Keightley,1978). Tulang belakang bagi kejayaan, perkembangan dan kemajuan tamadun ialah penerokaan dalam ilmu pengetahuan. PenemuanTulang Orakel menunjukan bahawa masyarakat pada zaman tersebut amat mementingkan ilmu dan telah mencipta sistempenulisan yang menggunakan simbol pada zaman Dinasti Shang.

Sepertimana kewujudan ketamadunan, seseorang manusia itu juga akan menempuhi process yang sama dalam kehidupanya, terutama sekali jika dia mahu meningkatkan taraf hidupnya dan berjaya dalam kehidupanya. Sejarah lampau seperti pembangunan dan kejatuhan sesebuah tamadunharus dikaji supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka dan dapat mempelajari faktor-faktor kejayaan mereka untuk di aplikasikan kedalam hidup seseorang itu. Tamadun china pada asalnya adalah sebuah tamadun yang amat berjaya dan maju sehinggakan adanya sebuah hadis Rasullulah S.A.W yang berbunyi “tuntutlah ilmu hingga ke negara China”. Namun disebabkan kehilangan pemimpin yang adil, tamadun tersebut jatuh.

Elizabeth Dian (UK32660)

30

KELAHIRAN TAMADUN ISLAM

Seperti yang kita semua sedia maklum, tamadun Islam bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ke dunia. Sejarah perkembangan tamadun Islam bermula selepas Rasulullah mendapat wahyu pertama daripada Allah ketika baginda ‘berkhalwat’ di Gua Thur.Nama penuh baginda ialah Muhammad Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nabi Muhammad dilahirkan pada hari isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi. Tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Gajah bersempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang Kota Mekah(Sharhan,2012). Baginda merupakan seorang anak yatim sejak kecil lagi dan setelahayahanda dan bondanya meninggal dunia, baginda tinggal dan membesar bersama datuk dan bapa saudaranya. Setelah datuknya meninggal dunia, baginda kemudian dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika di usia kanak-kanak lagi, Baginda telah belajar hidup berdikari dan lasak. Sabar merupakan perkara yang senantiasa mewarnai kehidupan Baginda. Selain itu, kehidupan baginda di peringkat dewasa pula penuh dengan perjuangan. Dalam kalangan masyarakat pada zaman itu, Baginda sangat dihormati sehingga digelar sebagai al-Amin diatas sifat kejujuran baginda.

Pada awal zaman kelahiran tamadun islam, masyarakat pada masa itu digelar masyarakat jahiliah kerana kerosakan akhlak disamping kejahilian dari segi agama dankepercayaan. Menurut Akashah Ismail (2009), tamadun Islambermula di kawasan Hijaz iaitu kawasan padang pasir dan kering kontang serta gersang. Terdapat 3 buah kota di Hijaz iaitu Makkah, Taif dan Madinah. Seperti yang dinyatakan di perenggan pertama, wujudnya tamadun islam pada zaman jahiliah yang pada ketika itu dianggap zaman kegelapan kerana kehidupan masyarakat arab jahiliah pada zaman itu mengamalkan zina, merompak dan menanam anak perempuan(Abdul,2008). Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu Surah al-Alaq ayat 1

31

hingga 5. Dengan turunnya wahyu pertama itu, maka mulalah zaman baru dalam sejarah tamadun arab jahiliah. Beberapa pengajaran yang didapati melalui wahyu tersebut adalah amalan membaca sangat dipentingkan oleah ajaran Islam. Selain itu, bangsa yang berpengetahuan tentu dapatmembina tamadun yang tinggi. Setelah turun wahyu pertama,wahyu kedua telah diturunkan iaitu surah al-Muddasir ayat1-7. Perlantikan Nabi Muhammad sebagai rasul Allah telah rasmi dengan turun nya wahyu kedua tersebut. Baginda dengan rasminya bertanggungjawab menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia.

Pada mulanya, penyebaran agama Islam dilakukan secara berperingkat-peringkat, iaitu secara rahsia dan terbuka. Antara yang terawal menerima kehadiran Islam adalah isteri baginda sendiri iaitu Khadijah binti Khuwailid, sepupu baginda Ali bin Abu Talib, sahabat baginda Abu Bakar al-Siddiq dan Uthman bin Affan. Selepasdakwah dilakukan secara rahsia selama beberapa tahun,NabiMuhammad selepas berbincang dengan para sahabat memilih untuk menjalankan dakwah secara terbuka

Elizabeth Dian (UK32660)

pula(Liana,2011). Walau bagaimanapun, ada juga yang menentang dakwah dan ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun, terdapat beberapa faktor yangmenyumbang kepada penerimaan ajaran Islam pada masa itu seperti kemurnian ajaran Islam, kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan dakwah, layanan yang sama rata dan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Kemuncak penentangan berlaku setelah 15 tahun berdakwah di kota Makkah, orang Islam dan Nabi Muhammad s.a.w diperintah berhijrah ke Kota Yathrib. Peristiwa Hijrah ini berlaku pada tahun 622 masihi dan disertai ramai orang islam dari kota Makkah ke Yathrib(Cikgupoli,2011). Masyarakat Yathrib menyambut baik kedatangan orang Islam malah ramai dari mereka yang

32

telah pun menganut agama Islam. Madinah merupakan Negara islam pertama dan merupakan pusat tamadun Islam. Kegagalan masyarakat musyrikin Makkah mematuhi PerjanjianHudaibiyah yang dimeterai dengan negara Islam Madinah telah membuka ruang kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah. Melalui peristiwa penguasaan terhadap kota Makkahini, ia merupakan detik yang membawa pengislaman secara beramai-ramai di Semenanjung Tanah Arab, terutama di kalangan kabilah-kabilah Arab. Dengan penguasaan dan pengislaman ini, kota Makkah muncul sebagai salah satu pusat tamadun Islam yang terpenting selain Madinah, dan seterusnya merupakan pusat kegiatan ibadat Islam terpenting terutama mengerjakan haji dan umrah. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, negara dan penganut Islam dipimpin oleh khalifah-khalifah yang dilantik melalui undian orang ramai dan wasiat iaitu bagi menggantikan Rasulullah s.a.w untuk mentadbir syiar dan syariat Islam.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kesan dan peninggalan daripada tamadun Islam ke seluruh dunia sehingga sekarang. Menurut Abdul Hadi Awang (Haji), Islam& demokrasi, (2007), demokrasi menjadi fahaman di seluruhdunia dan Islam yang datang lebih awal daripada demokrasimempunyai pertimbangannya sendiri bagi menyelamatkan manusia dari kancah perubahan di sepanjang sejarah. Jika di lihat dari mata kasar, Malaysia yang mengamalkan demokrasi juga banyak berhubung kait dengan ajaran Islam.Peranan dan pengaruh islam sangat luas di negara ini termasuklah bidang pendidikan, kebudayaan dan perlembagaan. Contoh kebudayaan yang amat ketara adalah asas dan seni bina bangunan yang ada di seluruh negara. Selain itu, adat istiadat yang terdapat di Malaysia juga mempunyai unsur-unsur ajaran dan tamadun Islam.

33

Sasikala A/P Krishnan (UK32850)

Perkembangan Tamadun Melayu

Tamadun Melayu merupakan tamadun yang berkembang dari kebudayaan orang Melayu. Tamadun ini dimiliki oleh bangsa Melayu di rantau yang dikenali sebagai Alam Melayu, Kepulauan Melayu, Nusantara ataupun Asia Tenggara(Stone, 2010). Tamadun Melayu melalui beberapa fasa perkembangan sejarah. Iaitu, kedatangan dan pertapakan masyarakat Melayu, pengaruh agama Hindu-Buddha dalam masyarakat Melayu, orang Melayu menerima kedatangan Islam, penjajahan dan kewujudan Negara-negara merdeka (Stone, 2010).

Dua perkara penting yang mewarnai alam Melayu ialah,bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) dan kedatangan agama Islam mejadi pelengkap pembentukan tamadun Melayu (Stone, 2010). Tetapi, sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mempunyai pandangan semesta yang tersendiri dan berbeza dengan Islam. Pada masa itu, kepercayaan-kepercayaaan daripada Hinduisme, Buddhisme dan Animisme menjadi dominan dalam masyarakat. KedatanganIslam telah berubah sistem kepercayaan tersebut dan diganti dengan keyakinan berteraskan tawhid (Stone, 2010).

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu mempercayai alam nyata dan ghaib serta kehidupan (Stone, 2010). Kedatangan Islam ke alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu. Konsep tawhid rububiyyah dan uluhiyyah menjadi pegangan mendasar. Secara keseluruhan, pandangan semesta masyarakat Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, zaman pra-Islam, zaman kedatangan Hindu-Buddha dan zaman kedatangan Islam

34

(Husna Omar, Nad Rosidi, Wan Nor Afidah & Winy Zainudin, 2012).

Zaman pra-Islam ialah zaman di mana adanya masyarakat yang lebih kepada kepercayaan animisme dan kepercayaaan dinamisme (Stone, 2010). Animisme ialah kepercayaan bahawa semua benda berjiwa, memiliki roh ataupun semangat yang memiliki watak tersendiri, di mana mereka mampu memberi kesan baik atau buruk (Husna Omar etal., 2012). Mereka juga percaya bahawa setiap benda, hidup atau mati memiliki semangat yang mesti dipuja agar tidak menganggu ketenteraman masyarakat. Dalam tradisi Animisme tiada idea mengenai roh dan dunia akhir yang boleh dijadikan bahan spekulasi falsafah seumpama Islam.

Manakala, zaman kedatangan agama Hindu-Buddha telah menjadikan amalan penyembahan dan upacara keagamaan menjadi lebih tersusun (Husna Omar et al., 2012). Pengaruh agama Hindu-Buddha menyerap masuk dikalangan pemerintah dan golongan bangsawan dahulu dikuti oleh rakyat biasa (Husna Omar et al., 2012). Agama Hindu-Buddha berjaya menyerap masuk kedalam kehidupan dan kebudayaan orang Melayu. Pengaruh Hindu-Buddha berkembangdalam dua bentuk falsafah Hinduisme dan Buddhisme.

Sasikala A/P Krishnan (UK32850)

Hinduisme merupakan anutan pertama dianuti oleh penduduk Melayu. Pada masa itu, Bahasa Melayu menjadi bahasa pemerintahan kerajaan Srivijaya (Husna Omar et al., 2012). Ia mula berkembang dari sudut kosa-kata, istilah dan daya pengungkapan dengan penyerapan bahasa Sanskrit sehingga menjadi bahasa agama, budaya, sastera, seni, pentadbiran, perdagangan dan lain-lain kegiatan rasmi,

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu dipengaruhi oleh fahaman Animisme dan Hindu-Buddha (Husna

35

Omar et al., 2012). Perkembangan Islam dianggap unik kerana, tiada bukti yang menunjukkan kekerasan atau ekspedisi ketenteraan digunakan untuk meyebarkan Islam. Terdapat tiga teori kedatangan Islam ke alam Melayu. Iaitu, kedatangan Islam dari Arab, India dan China.

Teori kedatangan Islam dari Arab dikemukakan oleh oleh beberapa sejarawan. Teori Mahyuddin Haji Yahya menyatakan bahawa Islam datang ke Alam Melayu pada Abad pertama Hijrah, dan kerajaan Islam pertama ialah KerajaanPerlak di Utara Sumatera. Kerajaan ini diasaskan oleh orang Arab. Manakala, teori John Crawford, meyatakan bahawa Islam datang ke Alam Melayu pada zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah sebelum 1883M. Teori ini disokong oleh dua sejarawan tempatan iaitu, Prof. Dr. Naquib Al Attas dan Prof. Dr. Hamka kerana beberapa factor yang kukuh. Antaranya ialah, tulisan Jawi, tata bacaan al-Quran yang sama dengan tata bacaan dari Asia Barat atau Timur Tengah dan pengislaman Raja Derber II (1134M) menjadi Sultan Mezaffar Shah yang memerintah Kedah (Husna Omar et al., 2012).

Teori Thomas Arnold pula menyatakan Acheh adalah kawasan terawal terima Islam, kerana terdapat perkampungan arab di Sumatera Barat pada 674M. Terdapat tiga factor utama kenapa orang Arab datang ke alam Melayu, iaitu, kedatangan saudagar Arab untuk tujuan perniagaan, hubungan perdagangan Arab-Cina menjadikan Alam Melayu sebagai kawasan persinggahan pelabuhan, dan menduduki pusat perdagangan penting di sebelah Timur sejak abad ke 8M.

Teori Islam dari India sampai ke Nusantara pada abadke 13M dikemukakan oleh dua tokoh orientalis Barat iaitu,Snock Hurgrinje dan Brian Harisson. Moquette menyatakan bahawa Islam datang dari Gujrat kerana adanya batu nisan di Parsai yang berasal dari Gujrat. Thomas Arnold pula menyatakan Islam datang dari Bangala atau Malabar, India

36

dan asasnya ialah Mazhab Safie. Hujah ini tidak diterima oleh kebanyakkan ahli sejarah kerana Islam bertapak di Nusantara pada abad ke 7M dan 8M lagi.

Teori kedatangan Islam dari China dikemukakan oleh sarjan Sepanyol iaitu, Emanuel Godinho de Eredia berdasarkan kepada penemuan batu-batu bersurat di Champa bertarikh 1309, di Brunei bertarikh 1048M, di Laren Jawa bertarikh 1082M dan batu bersurat di Terengganu bertarikh1303M (Husna Omar et al., 2012). Ini membuktikan bahawa adanya masyarakat Islam yang dipengaruhi dipengaruhi olehpedagang China.

Siti Nur Syuhada Binti Tuan Halim (UK31832)

PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA

Sejarah masyarakat manusia telah memaparkan pelbagai perkembangan yang menarik termasuklah kewujudan tamadun-tamadun awal. Hal ini dapat dilihat dalam tamadunIndia sejak zaman prasejarah yang terus berjalan hingga ke hari ini dengan pelbagai perubahan kesan dari perkembangan zaman. Tamadun ini merupakan tamadun yang sangat berpengaruh dalam perkembangan sejarah masyarakat manusia terutama dalam perkembangan yang berlaku di Asia Tenggara dan merupakan tamadun tertua. Sehubungan dengan itu, pelbagai kajian dilakukan. Pelbagai pandangan dilontarkan bagi memahami tamadun ini. Misalnya menurut Max Muller pada tahun 1999, golongan orientalis mengatakan bahawa tamadun ini sebahagian daripada sejarahdan kebudayaan Eropah yang telah hilang terutama perkaitan antara bahasa Sanskrit serta bahasa Aryan dengan kelompok masyarakat Eropah dilakukan. Tidak kurangjuga yang memberi pandangan sebaliknya bahawa tamadun initidak berubah. Tamadun India harus dilihat dari aspek ragam pengeluarannya, dalam kata lain D.D. Kasambi pada tahun 1897 berkata,kita mesti melihat satu bentuk hubungan dari aspek sosial dan organisasi ekonomi dalam sejarah tamadun India . Setiap masyarakat mempunyai

37

pelbagai pandangan umum mengenai sesebuah tamadun. Bagi pendapat saya, Setiap tamadun berkembang seiring dengan peredaran masa yang sentiasa menginginkan kesempurnaan dalam memastikan sesebuah masyarakat itu hidup dalam kehidupan yang berorganisasi sama seperti tamadun India. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa aspek penting, seperti faktor geografi, pemerintahan dan agama.

Tamadun India mampu berdiri dan berkembang menjadi tamadun yang unggul berasaskan kekuatan yang ada dalam sistem sosial, ekonomi dan politik. Struktur masyarakat menjadi asas dalam aspek sosial yang mengandungi elemen unik seperti sistem kasta yang juga dikenali sebagai sistem pengkelasan yang berasal dari bahasa Portugis yang bermaksud pembahagian masyarakat (Shvoong, 2013). Terdapat 4 tahap sistem ini, pertama Brahma, Ksatriya, Vaishya dan Sudra. Mereka mempunyai peranan dan tugas-tugas yang tersendiri dalam memastikan organisasi dapat berjalan dengan teratur (Bhagavad Gita,2000). Brahma yang bertindak sebagai sami atau guruagama yang mempunyai tugas untuk mendidik serta menyampaiajaran mereka kepada masyarakat. Ksatriya pula adalah kelompok masyarakat yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan yang terbabit secara langsung dalam pemerintahan. Vaisya merupakan dalam kalangan saudagar dan ceti yang mempunyai ilmu dalam bidang perdagangan. Sudra merupakan petani yang merupakan golongan bawahan yang melakukan pekerjaan seperti hamba. Sistem ini mempunyai kebaikan tersendiri iaitu dari sudutpengkhususan pekerjaan di mana mereka saling melengkapi antara masyarakat sekali gus dapat mencapai masyarakat yang hidup harmoni.

Siti Nur Syuhada Binti Tuan Halim (UK31832)

Tamadun India terletak di Lembah Indus yang bermula lebih kurang 3000SM. Masyarakat Lembah Indus

38

telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi dari segipertanian dan perdagangan. Yang paling ketara adalah dari sudut pertanian. Sungai Indus merupakan anugerah kepada kehidupan masyarakat tamadun India kerana ia mempunyai tanah dan saliran yang baik untuk pertanian.Hasil-hasil pertanian membolehkan masyarakat yang tinggal menetap ini tidak lagi menghadapi masalah bekalan makanan dan mampu merancang kehidupan mereka. Pertanian telah mewujudkan sistem pengairan dari sungai bertujuan mengalirkan pengairan di tapak pertanian mereka bagi memastikan tanaman mereka hidup subur. Berlaku juga revolusi dalam alatan besi dan gangsa sehingga pelbagai alatan dicipta. Mereka juga mengeksploitasi sumber alam dengan membina kincir air.(Azhar Hj. Mad Aros et al. ,2000). Pedagangan juga berlaku di mana pedagang-pedagang berlayar ke rantau Asia Tenggara untuk mencari rempah ratus untuk masakan, kayu-kayan, damar dan emas. Buktinya penemuantapak pusat perdagangan antarabangsa di Kuala Selinsing, Perak. Terdapat juga inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa Selatan Thailand dan di Labu Tawa,Sumatera. Melalui perdangan ini juga, ada sesetengah saudagar menetap di sana dan berkahwin dengan penduduktempatan sekali gus dapat menyampaikan ajaran agama dan budaya masyarakat India.

Menurut Carl Jung, 1875 agama adalah tatacara yangdikembangkan oleh manusia untuk menjalani kehidupan disebabkan ketakutan-ketakutan dan kekecewaan yang berlaku di luar sedar . Selain itu, menurut A.C Bouquet pula, agama merupakan satu bentuk perhubungan antara manusia dan tuhan. Agama dan kepercayaan bersifat menyeluruh di mana ia berbentuk pandangan umum sesebuah masyarakat. Nilai positif merupakan elemen asas yang terkandung dalam agama. Agama menerapkan disiplin yang tinggi dalam diri individu. Ajaran Hindu buddha merupakanajaran yang mempunyai pengaruh hal ini dapat dibuktikan

39

dengan adanya Great Bath dan patung Proto-Siva serta dancing girl. Mereka juga mempercayai patung Mother Goddess atau Tuhan Ibu yang ditemui beberapa tapak di Lembah Indus.Menurut Sir John Marshall,1999 penyembahan Tuhan Ibu merupakan amalan terpenting dalam masyarakat. Penyembahan ini merupakan kepercayaan masyarakat yang paling popular. Terdapat juga tinggalan candi-candi di Asia Tenggara seperti candi Borobudur di Indonesia dan Angko Wat di Thailand. Agama Hindu Buddha ini telah dibawa oleh pedagang dan meluaskan pengaruh mereka sehingga terbinanya tempat ibadat ini.

Kesimpulannya, setiap tamadun mempunyai kepelbagaian ciri-ciri dalam memastikan sesebuah tamadun itu berkembang dan dapat diperluaskan ke serata tempat. Hal ini seiring dengan matlamat sesebuah organisasi tamadun untuk mewujudkan golongan masyarakat yang aman makmur, maju dan berorganisasi dari pelbagai sudut seperti seni bina, ekonomi, pemerintahan, kewujudan sistem agama dan ilmu sains. Sesebuah negara masih lagi mengekalkan seni bina rumah ibadat

Siti Nur Syuhada Binti Tuan Halim (UK31832)

mereka cuma diberi penambahbaikan dari segi struktur bangunan tetapi masih lagi mengekalkan bentuk asalnya. Masyarakat kini juga masih lagi mengaplikasikan beberapa kemahiran dahulu seperti dalam pemerintahan yang terdapatpengkhususan pekerjaan yang menjadi tonggak utama untuk melahirkan masyarakat yang hidup aman sejahtera tanpa pecah belah.

40

Gan Siew Fong (UK 31286)

PERKEMBANGAN TAMADUN CINA

Tamadun China bermula kira-kira pada milennium ke – 6 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu daripada tamadun yang terawal di dunia. Pekembangannya selama 4000tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan sains (Ahmad Zaki, Azam Hamzah,

41

Azhar Mad Aros,2009). Perkembangan tamadun China dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman pembinaan, zaman peralihan, dan zaman moden.

Sepanjang zaman pembinaan dalam tamadun China, setiap dinasti bertapak, berkembang dan hancur yang kemudiannya digantikan oleh suatu dinasti yang lain. Pelbagai dinasti telah muncul seperti Dinasti Shang, Dinasti Chou, Dinasti Sui dan Dinasti Han. Dinasti Shang merupakan dinasti yang terawal di negara China dan berpusat di Anyang. Menurut Ahmad Zaki et al. (2012), kewujudan dinasti ini jelas dibuktikan degan penemuan alat-alat dan tulang manusia yang banyak di kawasan utaraSungai Kuning di China . Semasa zaman Dinasti Chou, peperangan telah berlaku dan mengakibatkan kelonggaran sistem pemerintahan yang memberi kuasa kepada tuan-tuan tanah di wilayah masing-masing. Hasilnya muncul pelbagai aliran seperti Konfusius, Taoisme dan Legalisme .Dalam pada itu juga, kehadiran pengaruh Islam didapati berlakusemasa tamadun China sebagaimanana ysng direkodkan dalam “Chinese Annals” .Rekod itu mengisahkan kehidupan orang Arab dalam Dinasti Tang sekitar (618-907M.). Terdapat pelbagai bangsa yang beragama Islam mendiami negara Chinaseperti bangsa Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar,Tadjik, Uzbek, Tartar, dan Baoan. Hal ini menyebabkan munculnya masyarakat China Islam dalam tamadun China ini.

Perkembangan tamadun China kemudiannya diteruskan dengan zaman peralihan. Zaman ini bermula dengan pencerobohan orang gasar ke atas China sehingga menyebabkan negara China diperintah oleh kuasa asing (Izzudin, 2012). Dinasti Song terpaksa berpindah ke Selatan dan berakhir pada 1271 M. Di bawah pimpinan seorang petani Buddha, Dinasti Ming kembali berkuasa. Seterusnya, zaman moden bermula pada pertengahan abad ke-19 apabila Dinasti Ming merupakan keagungan negara China.Tamadun China mengalami perubahan ketara sekitar 1839-1842, apabila China dikalahkan oleh Barat dalam Perang

42

Chandu. Dalam pada itu, pengaruh Barat mula meresap dan telah mengetepikan amalan dan nilai tradisi tempatan (Izzudin, 2012). Ini menyebabkan para intelektual China mula mengkagumi sistem demokrasi ala Barat dan ideologi Komunis. Tahap ini merupakan tahap krisis tamadun yang dialami oleh masyarakat Cina bagi mempertahankan negara.

Rentetan daripada perkembangan tamadun China ini, beberapa pencapaian dan sumbangan telah dibuktikan seperti dalam bidang kesusasteraan, sains dan teknologi, kesenian dan sebagainya. Dalam bidang kesusasteraan dan kesenian, bahasa cina

Gan Siew Fong (UK 31286)

dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernahditakluki oleh kuasa asing. Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya tulisan ini berbentuk grafik yang telah ditinggalkan kesan terhadap kesusasteraancina dan penyebarannya (Izzuddin, 2012) Terdapat pelbagai jenis sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen yang telah dikumpulkan. Sastera-sastera cina ini dikumpul pada masa konfusius di kawasan Lembah Huanhe. Manakala dari segi sains dan teknologi pula, bidang astronomi, perubatan , Matematik dan sebagainya telah dikenal pasti. Semasa zaman Dinasti Zhou, peralatan astronomi telah dicipta oleh orang cina dan mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dan astronomi (Abu Hasan, 2010). Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue. Buku jiuzhang suanshu ( sembilan bab matematik) juga menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan. Seterusnya, perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan tradisional yang terdiri daripada teori kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga jing dan luo (Hasnan Ika, 2011).

43

Seterusnya dari bidang kesenian pula, lukisan dan kaligrafi merupakan antara pencapaian dalam tamadun Chinaini. Salah satu ciri lukisan Cina ialah hasil daripada perbuatan spontan dan dibuktikan dengan gerakan berus yang digunakan (Zulkanain Abd.Rahman, 2000). Tema-tema utama dalam lukisan Cina ialah pemandangan semula jadi, binatang seperti ikan, bunga dan manusia. Kaligrafi Cinaberbeza dengan kaligrafi Barat kerana peralatan dan material untuk mencipta kaligrafi Cina tidak sama dengan kaligrafi lain. Ia ditulis bukannya menerusi meja biasa tetapi meja segi empat tepat atau Chang-Tiao-Cho (SuffianMansor, 2000). Peralatan lain yang diperlukan ialah berus, dakwat hitam, kertas mudah telap,dakwat dan batu dakwat.

Kesimpulannya, negara dan bangsa China berjaya mengekalkan kelangsungan tamadunnya dalam tempoh masa yang panjang kerana mereka kuat mempertahankan nilai budaya mereka. Ketahanan yang tinggi dan semangat yang kuat untuk menghadapi pelbagai rintangan dan halangan yang disebabkan oleh pencerobohan kuasa asing telah menjadikan tamadun China sebagai salah satu tamadun yang unik. Sumbangan dan pencapainnya tamadun China ini adalahsetanding dengan tamadun dunia yang lain.

Muhammad Asyraf Bin Mohd Yaman (UK32563)

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

44

Setiap tamadun mempunyai zaman kemuncaknya yang tersendiri di era pemerintahan mereka.Pada zaman tersebutbanyak pembaharuan yag dilakukan dalam pelagai bidang seperti pentadbiran,pendidikan,ekonomi dan banyak lagi.Tamadun Islam juga tidak terkecuali.Tamadun Islam yang diwarisi oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dipimpin oleh 4 orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar,Saidina Umar,Saidina Uthman dan Saidina Ali.Selepasempayar Khulafa,lahir pular kerajaan Islam Bani Umayyah yang mengamalkan pemerintahan secara monarki.Sejurus selepas kerajaan ani Umayyah muncul pula kerajaan Bani Abbasiya.Pada zaman ini,Islam berada di kemuncak.Ramai cendekiawan yang arif dalam pelbagai lapangan ilmu memberimpak bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada semua umat manusia.

Para sahabat yang mewarisi tampuk pemerintahan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW digelar zaman KhulafaAl-Rasyidin.Setiap khalifah dipilih melalui cara berbeza-beza.Contohnya, Saidina Abu dipilih melalui musyawarah,Saidina Umar scadangan khalifah terdahulu,saidinia uthman melalui pemilihan beberapa calon dan Saidina Ali percalonan sekelompok masyarakat (Cara Pemilihan Khulafa Al-Rasyidin,2012).Ini jelas menunjukkan bahawa Islam meraikan kepelbagaian dalam mencapai kata sepakat dan persetujuan asalkan tidak menyalahi norma-norma sebagai seorang umat Islam dan tidak menyebabkan berlakunya huru-hara dan penindasan.Setiap khalifah mempunyai corak pentadbiran yang tersendiri dalam mentadbir negara.Menurut Khairul Anwar(2013), antara pembaharuan yang dilakukan oleh khalifah adalah penubuhan Majlis syura,memperkenalkan jawatan-jawatan baru dalam urusan pentadbiran dan penubuhan Al-Dewan,Al-Jund, dan Al-Kharaj.Tampuk pemerintah yang sebegini cantik dan teratur wajar dijadikan ikutan khususnya kepada pemimpin masa kini dalam mentadbir urus sesebuah negara.Kepimpinan yang baik

45

dapat memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman sekaligus tumpuan dapat diberikan oleh pemimpin untuk membangunkan negara dan membantu rakyat.

Selepas zaman Khulafa Al-Rasyidin,kerajaan Bani Umayyah diangkat sebagai kerajaan Islam baru untuk meneruskan legasi perkembagan empayar Islam.Kerajaan BaniUmayyah terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.Muawiyah B. Abu Sufyan merupakan pemimpinpertama dalam kerajaan tersebut dan seterusnya mewujudkansystem monarki pertama dalam sejarah ketamadunan Islam. (Irfan Irsyad, 2011).Antara sumbangan kerajaan bani Umayyah ketika zaman pemerintahannya adalah wujudnya sistem khalifah, sistem wazarah , sistem urus setia dan sistem hijabah. Banyak pembaharuan,kemajuan dan perkembangan perluasan daerah ketika zaman ini lebih-lebih lagi pada tampuk pemerintahan Walid B. Abdul Malik (Sistem Monarki Kerajaan Bani Umayyah, 2011).Di samping itu, Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu, bahsa Arab menjadi bahasa rasmi negara, hospital pertama untuk mengubati penyakit

Muhammad Asyraf Bin Mohd Yaman (UK32563)

kusta di Damsyi dibina dan lahirnya seorang pakar bedah terkenal di zaman itu iaitu Ibn al-Nafis.

Kemuncak Perkembangan Tamadun Islam dapat dilihat pada zaman Bani Abbasiyah.Pada zaman ini umat Islam mendahului tamadun lain dari segala segi sehingga tamadunIslam dipandang tinggi dan mulia.Pada zaman ini, kota Baghdad di Iraq telah menjadi pusat perkembangan intelektual yang sangat pesat membangun.Baitulhikmah telah diwujudkan sebagai satu institusi keilmuan.Aktivitipenterjemahan bahsa asing ke bahasa Arab seperti bahasa Yunani turut dijalankan supaya pengaliran ilmu dapat dijana oleh umat Islam.kesan daripada pemerintahan yang baik.Khalifah pertama bagi kerajaan ini ialah Khalifah Abu al-Abbas as-Saffah dan mencapai kemuncak khususnya

46

ketika pemerintahan Khalifah harun al-Rasyid dan khalifahal-Makmun (Khalifah-khalifah Bani Abbasiyah,2013).Satu hakikat yang tidak dapat dikesampingkan bahawa dalam era pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah ramai cendekiawan Islam lahir memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan ketamadunan Islam.Mereka gigih memepelajari ilmu-ilmu naqli dan aqli untuk membangunkan dan menegakkan syiar Islam.Antara bidang ilmu yang diceburi ialah ilmu hisab atau matematik, ilmu astronomi, ilmu kimia, ilmu perubatan , ilmu metafizik , ilmu fizik dan banyak lagi.Antara tokoh-tokoh yang termuka ialah Al-khawarizmi, Al-Butani,Ibnu Sina,Al-Kindhi,Ibnu Yunus dan ramai lagi.Ini membuktikan bahwasanya Ilam terlebih dahulu mendahului tamadun barat lebih-lebih lagi ketika Eropah dilanda Zaman Gelap.Kita seharusnya mengambil inspirasi daripada kebijaksannan pemimpin dalam melaksanakan dasar dan kegigihan tokoh-tokoh Islam dalam mencari dan menuntut ilmu agar kita dapat memperbaiki diri,keluarga,masyrakat dan negara.Dengan mengambil ikhtibar tersebut, kita juga tidak mudah diperkotak-katikkan oleh anasir luar dan tidak pula mengharap bantuan luar dalam mentadbir urus sesuatu perkara dek kerana kita sudah mempunyai pakar yang tersendiri (Mahmood Zuhdi,2003).

Kesimpulannya,Perkembangan Tamadun Islam mengalami satu evolusi yang amat pesat sejak pemerintahan yang berkaliber yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW yang diturunkan kepada sahabat-sahabat Baginda yang dikenali dengan zaman pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin.Bani Umayyah dan bani Abbasiyah pula meneruskan puncak kegemilangan tamadun Islam di zaman masing-masing.Pemerintahan yang bersistemaik,pengagihan bidang kuasa,kebijaksanaan dalam mentadbir urus ekonomi negara,kegigihan dalam mencari,menterjemah dan menuntut ilmu,perluasan kawasan untuk syiar Islam dan banyak merupakan antara usaha gigih yang dilakukan mereka untuk

47

memeperkembangkan Islam ke seluruh alam.Justeru itu, sebagai generasi kini kita wajar mengambil contoh tauladan untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidup dengan cara yang betul disamping tidak melupakan aspek ketuhanan atau rohani yang menyeimbangkan kehidupan kita di dunia ini.

Nirmaladevi A/P M. Aravinthan (UK30726)

PENGARUH TAMADUN AWAL TERHADAP MALAYSIA

Sejak beratus tahun dahulu, hubungan erat telah terjalin antara peradaban Alam Melayu dengan peradaban Cina dan India. Hubungan antara Alam Melayu-India telah bermula sejak abad pertama sebelum Masihi manakala jalinan hubungan Alam Melayu-Cina telah bermula sejak abad kedua sebelum Masihi. Ciri-ciri masyarakat pluralitiAlam Melayu secara semula jadi tanpa paksaan mana-mana pihak jelas dilihat melalui kehadiran mereka di Alam Melayu. Untuk mencari kehidupan dan kekayaan, mereka sanggup berdagang bersama keluarga sejauh ini secara sukarela. Hasilnya, wujud unsur akomodasi pada zaman itu kerana penghijrahan warga dari Tamadun Cina ke Alam Melayu.

Menurut Buerah Tunggak & Hussin Salamon (2011), pengaruh budaya Cina ke dalam Malaysia amat menonjol olehsebab kemunculan etnik Baba dan Nyonya yang kebanyakannyaterdapat di Melaka dan masyarakat Cina Peranakan yang berada di Terengganu dan Kelantan. Sejarah kewujudan etnik Baba dan Nyonya bermula di sini, melalui proses hubungan dan sejarah awal antara kaum Cina dan penduduk di Semenanjung Malaysia. Seramai 5000 orang Baba dan Nyonya atau tiga peratus daripada jumlah penduduk Cina diMelaka menetap di sini sehingga tahun 1977 (Buerah Tunggak & Hussin Salamon ,2011). Walau bagaimanapun, kumpulan ini masih mengekalkan identiti mereka masing-

48

masing iaitu agama mereka Buddha, Konfusianisme, Taonismedan lain-lain (Buerah Tunggak & Hussin Salamon ,2011).

Tamadun awal telah mempengaruhi bahasa dan kesusasteraan di Malaysia. Terdapat sebanyak 1046 kata pinjaman (khususnya dialek Hokkien) dalam bahasa Malaysia(termasuk bahasa Indonesia). Contohnya, amoi, beca, cat dan cuka. Terdapat 233 kata yang dipinjam dari bahasa Malaysia seperti sarung dan datuk (Buerah Tunggak & Hussin Salamon , 2011). Selain itu, A. Aziz & MK Mokhtar (2011), mengatakan bahawa melalui unsur pinjaman dan penyerapan daripada budaya dan bahasa India terutama Sanskrit dan sedikit bahasa Tamil ke dalam budaya dan bahasa Malaysia, asimilasi dan konsep baru dapat dilihat.(A. Aziz & MK Mokhtar,2011), “Hubungan Kebudayaan antara India dengan Malaysia Zaman Pramoden” dalam Ismail Hussein dkk. Tamadun Melayu, Jil.1, Asmah Hj. Omar 1975, “The Nature of Tamil Loan Words in Malay”, dalam Asmah Hj. Omar 1975, Essays on Malaysian Linguistics dalam Hashim Hj. Musa 2005: 142). Di samping itu, Siti Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak. (2012) juga menyatakanbahawa pengaruh dari masyarakat India juga dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan. Contohnya, epik dan mitos India banyak diadaptasi dalam kesusasteraan Melayu Lama, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima (Pandawa Jaya ) (berasaskan Ramayana dan Mahabrata), Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayah NakhkodaMuda, Hikayat Maharaja Pikrama Sakti (daripada Kathasaritsagara).

Nirmaladevi A/P M. Aravinthan (UK30726)

Antara pengaruh tamadun awal yang paling ketara yangdapat dilihat di Malaysia adalah dari segi seni bina. Seperti yang dikatakan oleh A. Aziz & MK Mokhtar (2011), negara kita Malaysia terkenal dengan keunikan bangunan awam seperti masjid, kuil dan sebagainya. Pengaruh dan

49

kecemerlangan sesuatu tamadun dapat dilihat melalui ukiran dan hasil seni bina. Kita dapat melihat bagaimana idea-idea kreatif sesuatu tamadun itu diubah suai untuk membina identiti sendiri oleh tamadun lain terutamanya diMalaysia. Antaranya ialah pengaruh tamadun Islam melalui seni binanya. Tamadun Islam terkenal dengan keunikan senibinanya yang mendapat perhatian pelbagai pihak. Hal ini terbukti apabila Monumen Taj Mahal yang terdapat di Indiadan Istana Alhambra di Andalusia (kini dikenali dengan Sepanyol). Di Malaysia, Masjid dan Tamadun Islam dapat dilihat sebagai contoh yang paling ketara kerana binaan kubah yang memperlihatkan ciri-ciri yang diadaptasi dari Tamadun Islam.

Selain itu, A. Aziz & MK Mokhtar (2011) turut menambah bahawa ukiran-ukiran ayat suci Al-Quran di bangunan seperti istana dan masjid juga dapat membuktikanpengaruh Tamadun Islam yang kuat di Malaysia. Malah, Buerah Tunggak & Hussin Salamon (2011), menyatakan bahawapengaruh Tamadun Islam juga dapat dilihat melalui pentadbiran di Malaysia. Pelbagai langkah telah dilakukanuntuk meningkatkan daya produktiviti negara melalui ajaran-ajaran agama seperti kejujuran, kerajinan dan ketelusan dalam menunaikan sesuatu tanggungjawab. MenurutProfesor Syed Muhamad Naquib al-Attas bahawa; “Islam membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan istana dan kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak di kalangan rakyat jelata”. (Abd Rahman, 1981) Menurut S.Q Fatimi, beliau berpendapat bahawa penyebaran Islam sehingga membawa ketamadunan di Malaysia berpunca di China. Pengaruh Islam turut dapat dilihat melalui masjid yang berbentuk seperti pagoda. Ini membuktikan bahawa Islam telah meresap ke negara kita dan mempengaruhi seni bina bangunan di negara kita.

Kesimpulannya, tamadun awal seperti Cina, Islam dan Hindu jelas mempengaruhi budaya dan cara hidup masyarakatkita terutamanya dari segi bahasa dan seni bina. Kita

50

seharusnya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana terdiri daripada etnik yang berbilang kaum dan mempunyai keunikanyang tersendiri.

Kong Xian Xiang (UK30847)

RUMUSAN

Topik kerja kursus iaitu “ Kelahiran dan Perkembangan Tamadun” merupakan topik yang sangat pentingdalam mana-mana buku sejarah kerana dengan mendalami topik ini , kita akan memperoleh pengajaran dan kesedaranmengenai manusia zaman lalu. Cara-cara manusia awal menyesuaikan diri dengan alam sekitar dari aspek kehidupan dan juga perkembangan agama dan bangsa oleh tamadun di serata dunia adalah sangat penting dan wajar untuk dikaji. “Kelahiran dan Perkembangan Tamadun” bermaksud kemunculan sesuatu tamadun yang merangkumi faktor kemunculan, ciri-ciri tamadun dan lain-lain serta peningkatan ataupun penambahbaikan tamadun dalam pelbagaiaspek. Pada pendapat saya, tajuk ini boleh disimpulkan sebagai latar belakang sesebuah tamadun. Di dalam tajuk ini , kumpulan saya telah menjelaskan tentang berbagai-bagai aspek yang relevan dengan tajuk, antaranya, maksud tamadun , ciri-ciri tamadun dan kelahiran dan perkembangan Tamadun Islam , Melayu , Cina dan India serta pengaruh tamadun tersebut ke atas Negara tercinta, Malaysia.

51

Menurut Zaki, Hamzah & Mad Aros (2012), terdapat 2 istilah yang banyak digunakan dalam Bahasa Melayu untuk membawa maksud tamadun, iaitu “ tamadun “ dan “ peradaban”. Selain itu, Zaki et. al. (2012) turut menunjukkan bahawa tamadun boleh didefinisikan dari 2 sudut berbeza, iaitu sudut bahasa dan sudut peristilahan.Maksud Tamadun mempunyai beberapa versi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh seperti Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Arnold Toynbee, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Abu al-A’la al Maududi. Namun begitu, untuk kegunaan umum, definisi tamadun oleh Kamus Dewan iaitu “ tamadun sebagai kebudayaan , kemajuan atau peradaban.” boleh digunakan sebagai rumusan.

Selain maksud tamadun , kita perlulah mengetahui tentang ciri-ciri tamadun secara umum. Hirst ( n.d.) berpendapat bahawa sesebuah tamadun haruslah mempunyai ciri-ciri berikut : stratifikasi sosial, pengkhususan kerja, kewujudan teknologi, sistem tulisan, kalendar dan kewujudan agama. Walaubagaimanapun, terdapat pandangan yang berbeza di antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti Lucien Goldmann, Darcy Roberio, Edward L. Farmers , Maududi dan Ibn Khaldun (Zaki et. al.,2012). Sebagai tambahan, Firehammer (2007) mengatakan bahawa adab masyarakat atau jenis rakyat sesuatu tamadun merupakan kunci kepada kehidupan bertamadun. Firehammer (2007) dalam artikelnya turut menekankan bahawa walaupun sistem politik dan ekonomi memainkan peranan yang penting untuk membentuk sesuatu tamadun, aspek-aspek tersebut tidak menentukan taraf ataupun perkembangan sesuatu tamadun. Pendek kata, terdapat banyak ciri yang membentuk sesebuahtamadun, ciri-ciri yang dikemukakan oleh Hirst(n.d.) merupakan ciri asas sahaja. Lantaran itu, ciri-ciri tamadun haruslah dikaji dengan lebih mendalam supaya kunci penentuan sesebuah tamadun dapat diketahui.

52

Kong Xian Xiang (UK30847)

Seperti yang telah dinyatakan di atas, kerja kursus kami merangkumi kelahiran dan perkembangan 4 tamadun penting iaitu Tamadun Islam , Tamadun Melayu, Tamadun Cina , dan Tamadun India. Keempat-empat tamadun ini penting kerana Islam merupakan agama rasmi negara kita dan negara kita terdiri daripada 3 kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh sebab itu , adalah wajib untuk pelajar-pelajar universiti mendalami ilmu sejarah berkenaan dengan tamadun-tamadun tersebut.

Tamadun Islam merupakan tamadun yang agung dan telahmemberikan sumbangan yang amat tinggi kepada masyarakat dunia. Tamadun Islam berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. Tamadun Islam ialah tamadun yang bersifat keagamaan dan bermatlamatkan keredaan Allah SWT (Zaki et.al.,2012). Tamadun Islam berjaya menghasilkan tokoh-tokohilmuan yang terkenal seperti Ibnu Haitham, Al-Mas’udi, Jabir Ibnu Hayyan dan Al-Khawarizmi (Mohammad Fuad, 2006). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu mempunyai kaitan yang rapat kerana Islam telah memberikan kurniaan Tuhan kepada Tamadun Melayu iaitu agama. Agama Islam berjaya disebarkan ke Tanah Melayu pada masa dahulu kerana penduduk setempat kagum dengan kesucian dan kebersihan agama Islam yang berpegang utuh kepada al-Quran dan Sunnah. Selain itu, agama Islam telah menjadi pedoman hidup untuk umat-umat Islam di Tamadun Melayu mencari kebenaran. Cara hidup dan kepercayaan penduduk-penduduk dipengaruhi oleh agama Islam dengan cara yang baik. Pendek kata, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu yang salingberinteraksi memainkan peranan penting dalam perkembangannegara Malaysia kita hari ini.

Tamadun India merupakan sebuah tamadun yang tertua di dunia dan mempunyai keunikannya yang tersendiri (Azharudin, 2004) .Tamadun tersebut berasal di Lembah Indus. Keunikannya dapat dilihat dari segi kebudayaan

53

tradisi Tamadun India yang tidak banyak berubah sejak dahulu lagi (Azharudin, 2004). Selain itu, Tamadun India merupakan panduan berbagai-bagai bentuk budaya sehingga berjaya melahirkan variasi dalam perkembangan tamadun ini. Tambahan pula, pengaruh agama menjadi asas penting dalam pembentukan tamadun ini terutamanya agama Hindu, Buddha dan Islam. Ini menjadikan seluruh pengkajian tantang Tamadun India sangat berbeza dan menarik (Azharudin,2004). Tamadun India juga merupakan tempat asal agama Hindu dan Buddha.

Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang tertua dan berterusan sehingga kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina mengamalkan keterbukaan semasa berinteraksi dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamikwalaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan dalam proses perkembangan yang panjang ( Hasan, 2010). Kendatipun begitu, tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai tamadun yang berkesinambungan dan berterusan sehingga kini ( Hasan, 2010). Warisan dan pengajaran masa lampau Tamadun Cina dipelihara dan diaplikasikan pada masa

Kong Xian Xiang (UK30847)

sekarang. Sebagai contoh, karya agung “Sun Tzu’s Art of War” telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dan diterapkan dalam kehidupan seharian masyarakat dunia. Menurut McNeilly (2000), prinsip strategik Sun Tzu boleh dengan jayanya diaplikasikan dalam situasi perniagaan moden masa kini. Selanjutnya, Armstrong ( n.d.) menekankan bahawa karya “Sun Tzu’s Art of War” yang ditulis 2500 tahun yang lalu masih dianggap sebagai buku strategi serta kejayaan yang paling lengkap dan banyak digunakan oleh eksekutif-eksekutif di peringkat tinggi dan diajar di institusi-institusi perniagaan di serata dunia. Selain itu, sistem tulisan dan bahasa Tamadun Cina

54

yang mula digunakan 3000 tahun dahulu telah diwarisi dan digunakan sehingga kini.

Kelahiran dan perkembangan tamadun merangkumi pelbagai aspek dalam sesebuah tamadun , dari asal usul sehingga ke perluasan ataupun perkembangan tamadun tersebut ke taraf yang lebih tinggi. Sejarah kelahiran tamadun dan perkembangannya mengandungi pengajaran dan kisah-kisah yang wajar didalami pelajar-pelajar universiti. Kesimpulannya, tajuk kerja kursus kumpulan kami berjaya menjelaskan dan menghuraikan detik-detik kelahiran serta perkembangan tamadun-tamadun yang pentingdan diharapkan melalui kerja kursus ini, ilmu-ilmu baru dapat diperoleh dan digunakan dalam kegunaan seharian, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

55

RUJUKAN

Abdul Aziz,H.(2008). Tamadun India masyarakat dan budaya.Diakses pada Oktober 19, daripada http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tamadun-india-masyarakat-dan –budaya.html

Abdul Aziz,H.(2008). Kelahiran tamadun Islam.Diakses padaOktober 12, daripada http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/kelahiran-tamadun-islam- dan.html

Abdul HadiAwang (Haji.) (2007).Islam &Demokrasi, PTS: Islamika.

Abdul Hamit,N.S.(2008). Sejarah Kertas 1 (teksdanrujukanlengkap). Arah Pendidikan.

Abu Hasan (2010). Ringkasan tamadun China.Diakses pada Oktober 10, daripada http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/5-tamadun-islam-di-china.html

Adams,S.(2007). Just the facts: Zaman prasejarah. Erlangga for Kids.

Ahmad Zaki, A.L., Hamzah, A., & Mad Aros, A.(2012). Tamadun Islam dan tamadun asia(TITAS). (2). Selangor, Malaysia: Oxford Fajar.

Akashah Ismail(2009). Focus Ace Spm 2009 Sejarah: Ciri-ciri tamadun. Pelangi Publishing.

Akmar Hisham Mokhles (2001). Utusan Malaysia :Rahsia Tamadun Lembah Indus, Diakses pada Oktober 19, daripadahttp://www.utusan.com/utusan/info.asp?y=2001&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.html

Amini Amir,A.(2011). Tamadun Melayu. Diakses pada Oktober 16, daripada

56

http://www.scribd.com/doc/49763762/Minggu-3-Bab-3-TITAS-21-Februari-2011

Anuar,H.(2010). Ciri-ciri awal tamadun.Diakses pada Oktober 17,daripada http://sejaraha.blogspot.com/2010/11/huraikan-ciri-ciri-utama-tamadun.html

Armstrong,J.(n.d.) Sun Tzu’s “Art of War” interpreted for business: Applying budo lessons to your martial arts business. Diakses pada Oktober 15, daripada http://www.fightingarts.com/reading/article.php?id=500

Azharudin(2004). Tamadun India.Diakses pada Oktober 15, daripada http://www.dawama.com/Tamadun-India/q?pid=1868&doit=order

Buerah Tunggak & Hussin Salamon (2011). Mengembalikan kegemilangan tamadun melayu-islam menerusi pemupukan budaya niaga berteraskan akhlak. Sari- International Journal Of The Malay World And Civilisation 29(2), pp 123-147.

CikguCyril.(2009). Ciri-ciri tamadun.Diakses pada Oktober 17, daripada http://cikgucyril.webs.com/13ciriciritamadun.htm

CikguPoli(2011). Perkembangan tamadun Islam. Diakses pada Oktober 12, daripada http://cikgupoli.blogspot.com/2011/05/perkembangan-tamadun-islam.html

Firehammer,R.(2007). Characteristics of civilized people.Diakses pada Oktober 15, daripada http://www.freerepublic.com/focus/fr/1835667/posts

Halimi A.J.( 2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu.Utusan Publications.

Harris Anuar (2010). Ciri-ciri awal tamadun.Diakses pada Oktober 19, daripada

57

http://sejarah.blogspot.com/2010/11/huraikan-ciri-ciri-utama-tamadun.html

Hasan,A.(2010). Tamadun Cina. Diakses pada Oktober 15 daripada http://551china.blogspot.com/

Hasnan Ika(2011), Sumbangan tamadun China terhadap Malaysia. Diakses pada Oktober 10, daripada http://tamadunmalaysia.blogspot.com/2011/08/sumbangan-tamadun-cina-terhadap-tamadun.html

Hilmi,A.J.(2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.Utusan Publications.

Hirst, K.K.,(n.d.). Characteristics of ancient civilizations.Diakses pada Oktober 15, daripada http://archaeology.about.com/od/cterms/g/civilization.htm

Hoe, L.C.(1998). TamadunCina :Falsafah, pandangan hidup dan aspek aspek kesenian.PulauPinang : USM.

Husna Omar, Nad Rosidi, Wan Nor Afidah& Winy Zainudin (2012). Tamadun Melayu. Diakses pada Oktober 10, daripada http://tamadunmalay.blogspot.com/

Irene(2012). Tamadun Melayu. Diakses pada Oktober 25, daripada http://titaswonderful.blogspot.com/2012/03/tamadun-melayu.html

Irfanirsyad (2011).Kerajaan bani Ummaiyyah.Diakses padaOktober 9, daripadahttp://irfanirsyad.wordpress.com/2011/04/29/kerajaan-bani-ummaiyyah/

Izzuddin (2010).Sejarah ringkas tamadun China.Diakses pada Oktober 10, daripada http://titas209.blogspot.com/2012/08/perkembangan-tamadun-di-asia.html

58

Kamus Dewan (2002). (3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keightley,D.N.(1978). Sources of shang history: The oracle-bone inscriptions of bronze age China. Berkeley: University of California Press.

Khairul Anwar(2013). Kepimpinan Khulafa Al-Rasyidin.Diakses padaOktober 9, daripadahttp://www.slideshare.net/realkamy/kepimpinan-khulafa-al-rasyidin

Liana Khamis(2011). Kelahiran, perkembangan dan kemorosotan tamadun Islam. Diakses pada Oktober 12, daripada http://mynameislianakhamis.blogspot.com/2011/04/titas-25-kelahiran- perkembangan-dan.html

Mahmood Zuhdi(2003).Tokoh-tokoh kesarjanaan sains Islam. DewanBahasa dan Pustaka.

McNeilly,M.(2000). Sun Tzu and the art of business: Six strategic principles for managers. USA: Oxford University Press.

Miraziz (n.d.).Sumbangan kerajaan bani Abbassiyah.Diakses pada Oktober 9, daripada http://www.scribd.com/doc/19286966/Sumbangan-Kerajaan-Bani-Abbassiyah

Mohaj,M.(2009).Tamadun Cina. Diakses pada Oktober 18, daripada http://m-mohaj.blogspot.com/2009/03/tamadun-china.html

Mohd Liki(2003),Pengajian tamadun Islam: Sosioekonomi. (2). PTS Profesional.

Muhammad Abdullah Enan(2013). Ibnu Khaldun: Sang sejarawan Multidisipliner. Penerbit Zaman.

Muhammad Fuad(2006). Tokoh-tokoh saintis Islam.Diakses pada Oktober 15, daripada tokohislam2u.tripod.com

59

Nik Hassan Suhaimi, Muhd. Yusof, Muhammad Bukhari & Rosnanain(2010). Sejarah Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosman Yunus(2006). Teori Darwin dalam pandangan sains dan Islam.Gema Insani.

Soepono,S.T.(1984). Zaman prasejarah :Mengenai peninggalan sejarahdan purbakala. Priastu Publications.

Stone, J.(n.d.). Tamadun Melayu. Diakses pada Oktober 10, daripada http://www.scribd.com/doc/25338646/Bab-3-Tamadun-Melayu

SuffianMansor & Zulkanain,A.R.(2000). Titas Kertas 2: Kesenian Tamadun China.

Takusahrisau(2012). Penutup dan permulaan tembok besar china: Sejarah tembok besar china. Diakses pada Oktober 18, daripada http://takusahrisau.wordpress.com/tag/sejarah-tembok-besar-china/

Toynbee,A.(1961). A study of history.p.282. USA: Oxford University Press.

Ustaz Abdul Aziz(2008). Definisi Tamadun Islam.Diakses pada Oktober 17, daripada http://ctu551.blogspot.com/2008/04/definisi-tamadun-islam.html

Ustaz Abdul Aziz(2008). Konsep tamadun Melayu.Diakses pada Oktober 16, daripada http://ctu551.blogspot.com/2008/04/definisi-tamadun-islam.html

Ustaz Sharhan Safie (2012). Biografi Muhammad Rasulullah: Rahmat bagi seluruh alam.Pustaka Al-Ehsan.

60

Wan Adilla (2011).Tamadun Melayu. Diakses pada Oktober 16,daripada http://learningsejarah.blogspot.com/p/bab-3.html

Wayment,W.(2012). Sejarah tingkatan4 : Bab 1 kemunculan tamadun awal manusia.Diaksespada 18 Oktober, daripada http://sejarahproka.blogspot.com/2012/08/tamadun-hwang-ho.html

Zawiyah Mat & Mashitah Sulaiman(2007) . Interaksi budaya India &Cina ke atas pengukuhan bahasa dalam Tamadun Melayu,Jurnal Pengajian Umum Bil. 8.Diakses pada Oktober 19, daripada http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%207%20-%20zawiyah%20-%20115-140.pdf

Zulkifli (2008).Tamadun awal :Ciri, amalan pengkhususan kerja dan kepentingan tulisan. Diakses pada Oktober 11, daripada http://kotasejarah.blogspot.com/2011/04/tamadun-awal-ciri-amalan-pengkhususan.html

Zulkifli Mohd Yusoff (Dato’ Paduka) & Noor Naemah (2006).Biografi Muhammad Rasulullah (Perjalanan hidup seorang nabi).PTS Islamika.

61