Assignment PEDAGOGI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pedagogi

Citation preview

HALAMAN PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nurkilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan :

Nama Penulis : CLORA ANAK JELAPING @ NURUL AIN ABDULLAH JELAPINGTandatangan:

Nama Penulis: VALERIE BINTI THOMASTandatangan:

Nama Penulis: GORITTIE ANAK PETER LULUTTandatangan:

Nama Penulis: NORIAH LANGTandatangan:

Nama Penulis: JUNAI KAYANGTandatangan:

Nama Penulis: SITI ROHANITandatangan:

Nama Penulis: SABARIAHTarikh

: 12 FEBRUARI 2014PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya kami akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi PEDAGOGI . Jutaan terima kasih kami tujukan buat En.V.Rajasegara A/L M.Veloo selaku pensyarah PEDAGOGI yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan yang membangun dan nasihat sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Begitu banyak pengalaman serta ilmu pengetahuan yang kami dapat dalam proses menyiapkan tugasan ini dan sedikit sebanyak telah membuka minda serta fikiran kami supaya berusaha tanpa berputus asa. Oleh kerana kerjayaan itu lahirnya daripada usaha yang berterusan.

Terima kasih juga kami hadiahkan buat kedua ibu bapa kami, yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada kami selama ini. Terutama sekali banyak membantu dari segi kewangan dalam menyiapkan kerja kursus tersebut dan setia mendengar rungutan dan luahan perasaan sepanjang penyiapan kerja kursus ini. Selain itu, dari segi masa juga mereka banyak berkorban dalam menyelesaikan tugasan ini.

Disamping itu, tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan dan kakak-kakak senior yang telah banyak membantu dalam pemberian idea serta maklumat yang bernas. Terima kasih yang tidak terhingga terutama sekali kepada kawan-kawan iaitu Stacey Binti Thomas, Jessica Ijau, Caroline Ena, dan juga mana-mana nama lagi yang mungkin terlibat. Terima kasih sekalung budi dari kami semua. Terima kasih.KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan. KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR. Justeru itu, penggubalan KSSR adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berasaskan Prinsip KBSR iaitu, melalui Pendekatan Bersepadu, Pendidikan yang saksama untuk semua murid, Pendidikan seumur hidup dan Perkembangan individu secara menyeluruhSelain itu,KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab. Oleh itu, tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.Hasrat Pendidikan

Teras Pembangunan Kurikulum berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020, Rangka Rancangan Jangka Panjang, Cabaran Abad ke-21, Modal Baru Ekonomi (MBE), Teori Pembelajaran, 4 Pillars of Education (UNESCO) dan Sumber ilmu yang muktabar.

Murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, berilmu pengetahuan, berketrampilan, percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, berkeyakinan dan berdikari. Disamping itu, murid tersebut juga mempunyai sikap Global Player iaitu mestilah berdaya saing, tahan, kemahiran komunikasi yang baik dan jati diri perlu ada dalam setiap murid-murid.

Selain itu, Teras Pembangunan ini dapat memupuk nilai murni serta membentuk warga negara bertanggungjawab, berbudi, bersatu padu, patriotik, adil, penyayang, berbakti kepada negara. Hasrat Pendidikan adalah menghasilkan pekerja berilmu, inovatif dan kreatif, sering dahagakan ilmu, mesti menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, dapat mencipta teknologi dan dapat belajar sepanjang hayat.Kandungan KSSRIni kerana, terdapat perubahan berlaku pada semua mata pelajaran. Pendidikan seks diajar menerusi Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu. Menurut Datu Dr Julaihi Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, pengetahuan mengenai pendidikan seks hanya mewakili 75 peratus daripada keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan.Terdapat enam tunjang yang menjadi teras pengisian pendidikan seks mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Enam tunjang ini akan dilaksanankan secara berperingkat bermula Tahun satu sehingga Tahun enam. Menurut beliau lagi, perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Di samping itu, murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sebagai ibu bapa, manakal kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.Kesihatan dan tingkah laku seksual membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV, AIDS.Isu berkaitan seks dan perundangan pula dibincang di dalam tunjang masyarakat dan budaya. Selain daripada itu, mata pelajaran Matematik turut mengalami perubahan. Jika pada peringkat KBSR konsep 3M (membaca, menulis, mengira) ditekankan, namun pada pelaksanaan KSSR, konsep 4M ditekankan (membaca, menulis, mengira, menaakul).Oleh itu, penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan dan kapasiti pemikiran kritis. Sebagai contoh, untuk topik Pecahan Tahun satu, murid diajar tentang konsep keseluruhan bagi memastikan mereka memahami tentang konsep separuh dan suku. (Berita Harian, 30 jan 2011)PERSAMAAN KBSR DENGAN KSSRPrinsip KBSR & KSSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) digubal berlandaskan prinsip-prinsip yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara kandungan prinsip KBSR ialah pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendidikan seumur hidup. Selain itu, murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan pengalaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat. Suasana kondusif sekolah adalah untuk memberi peluang dan galakkan interaksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan murid sekolah rendah. Ini kerana, aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas selain aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel. KBSR juga memberi penekanan kepada nilai yang merentas kurikulum sedia ada. Hal demikian, pentingnya penguasaan kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira diterapkan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Akhir sekali, penilaian perlu diintergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah untuk mengukurtahap kefahaman dan penguasaan murid-murid. Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penanda arasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 disemua sekolah rendah seluruh negara. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR. KSSR mempunyai empat prinsip iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Prinsip KSSR adalah berasaskan prinsip KBSR. Disamping itu, KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P & P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBSR menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya mewujudkan suasana persekitaran yang dapat merangsang pembelajaran.Antara strategi yang boleh diambil kira ialah faktorKemudahan fizikal kelas. Jika dapat memujudkan ruang pembelajaran yang selesa serta sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif, dapatlah murid-murid menjadi bersemangat untuk belajar didalam bilik darjah. Ruang pameran hasil kerja murid-murid seperti bahan pembentangan dan nota-nota ringkas yang diberikan guru bolehlah disediakan di dalam bilik darjah untuk dijadikan bahan rujukan untuk penggunaan murid. Bahan-bahan rujukan tersebut mestilah bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran murid-murid. Aspek sosioemosi mestilah diterapkan oleh guru kepada murid-murid seperti penggunaan bahasa yang mesra, keupayaan guru memahami muridnya serta penggunaan teknik yang pelbagai dapat menjadi perangsang kepada murid-murid untuk teus belajar. Selain itu, guru hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru hendaklah melibatkan murid secara aktif dalam P&P di dalam kelas selain menjalankan penilaian yang berterusan serta mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka. Guru juga hendaklah membimbing serta melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan dan juga memberi peluang kepada murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan. Oleh itu, guru harus menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional juga merupakan prinsip-prinsip P & P yang mesti guru laksanakan dalam KBSR. Guru juga hendaklah memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya juang serta melatih murid menguasai kemahiran belajardalam kemahiran berfikir. Justeru itu, guru hendaklah mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid agar murid terrsebut dapat membuat keputusan yang tepat untuk menyelesaikan masalah mereka.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran juga antara strategi P&P dalam KBSR. Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif.Guru boleh mengelolakan secarakelas, kumpulan, berpasanganatau pun individu.Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai. Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti berkumpulan seperti simulasi, lakonan, permainan, dan projek. Aktivitiindividu sepertibercerita, sumbang saran, main peranandan berpidato sangat sesuai untuk melatih murid membentuk keyakinan diri dan mencungkil bakat yang ada.Selain itu, KSSR pula Strategi pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menekankan penggabung jalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir. Ia adalah sama dengan strategi yang digunakan dalam KBSR. Selain itu, Strategi yang digunakan juga adalah pendekatan berpusatkan murid iaitu sesuatu P&P itu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Di dalam KSSR juga proses pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar atau lebih dikenali sebagai kepelbagaian teknik. Pengajaran dan pembelajaran juga perlulah bertema ia adalah bagi membolehkan murid menyerap pelbagai ilmu dan disiplin lain. Disamping itu, perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mengcungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.Kurikulum standard menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti hands-on learning, pembelajaran melalui bermain, inkuiri, penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara konstruktivisme, dan juga pembelajaran masteri. Pendekatan yang digunakan mestilah memberi peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada murid dan juga mengambil kira kepelbagaian kecerdasan murid dari semua peringkat umur.PERBEZAAN ANTARA KBSR DENGAN KSSRPerbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ; reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.I.Reka bentuk kurikulum.KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Oleh itu, enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR. Justeru itu penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani independent learning.Reka bentuk KBSR adalah bersifat linearyang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran.KSSR di mana dibentuk secara modularyang merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.II.Bahan KurikulumJusteru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Hal ini, pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Oleh itu, KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen StandardKurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta teknik mengajar.III.Organisasi KurikulumKBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran.Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan pembelajaranyang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif danhands-on.

IV.Fokus Kurikulum.Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.V.Elemen Merentas Kurikulum (EMK)Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.VI.Kaedah Penilaian.Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah penilaian. Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaianyang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.KESIMPULAN Kesimpulannya adalah KSSR dan KBSR meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah diseluruh negara. Oleh itu, jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Hal demikian, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Ini dapat dilihat melalui kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.REFLEKSI Nama Pelatih: Nurul Ain Abdullah Jelaping

Alhamdulillah syukur pada Allah, akhirnya kerja kursus PEDAGOGI telah disiapkan dengan jayanya hasil kerjasama sesama ahli kumpulan. Tugasan yang diberikan amatlah menguji minda dan perlukan pemikiran yang bernas bagi menyiapkan tugasan tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Virajasegara A/L M.Veloo selaku pensyarah PEDAGOGI yang telah banyak memberi kami sokongan, dorongan, kata-kata nasihat, panduan dan penuh sabar dalam mendidik kami semua serta dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

Cabaran utama dalam menyiapkan kerja kursus ini adalah jarak atau tempat tinggal yang jauh antara ahli kumpulan dan menyukarkan penyaluran maklumat bagi tugasan ini. Faktor tempat tinggal ahli yang lain kebanyakannya tinggal di pendalaman dan tidak mempunyai kemudahan seperti line internet, telefon, dan sebagainya untuk berkongsi maklumat. Masalah ini juga menyebabkan ahli yang lain lambat atau mempunyai kesukaran untuk menyelesaikan tugasan masing-masing dan tertangguh.

Selain itu, kekangan dari segi masa dan rutin harian serta tugasan hakiki yang menuntut untuk disempurnakan serta diselesaikan adalah cabaran yang kedua dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Dari hari Isnin hingga Jumaat, rutin pembelajaran dan pengajaran di Tabika mesti dilaksanakan dengan tertib. Disamping itu juga, hujung minggu masa yang terluang digunakan untuk menyiapkan serta menghabiskan tugas hakiki seorang guru dan tugas dirumah. Masa yang begitu padat serta terhad hanya pada pukul 11 malam baru boleh melakukan kerja lain. Justeru itu, masa untuk menyiapkan kerja kursus adalah terhad dan keletihan serta tidak cukup masa rehat

Faktor kewangan juga salah satu masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini. Justeru itu, masalah kewangan dipengaruhi faktor tempat tinggal ahli kumpulan yang lain di pendalaman dan terpaksa memerlukan belanja yang banyak untuk turun ke pekan berhampiran. Oleh itu, pengumpulan maklumat dan proses menyiapkan tugasan tersebut sering kali tertangguh kerana ada di antara ahli kumpulan yang lain tidak dapat memberikan maklumat kepada rakan-rakan yang lain.

Faktor infrakstruktur juga menyumbang kepada masalah dalam proses pencarian maklumat dan menjadi halangan perhubungan sesama ahli kumpulan. Kekurangan dari segi kemudahan seperti pusat sumber, pusat jalur lebar, pejabat pos dan sebagainya menyebabkan banyak masalah yang timbul. Terutamanya dari segi masa banyak yang telah disia-siakan begitu sahaja serta kerja kursus ini sering kali tertangguh dan terpaksa di siapkan pada saat-saat akhir.

Walaubagaimanapun, akhirnya kerja kursus PEDAGOGI ini dapat disiapkan dengan begitu bagus walau banyak masalah yang dihadapi oleh setiap ahli kumpulan. Pengorbanan dari segi jarak tempat tinggal antara ahli kumpulan, kekangan masa dalam menjalankan tugasan sebagai seorang pendidik, tugasan hakiki di rumah serta terpaksa mencari masa untuk menyiapkan tugasan ini. Masalah kewangan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini serta faktor kemudahan pasarana bagi menyempurnakan kerja kursus ini dan penerimaan maklumat yang betul serta logik.

Namun begitu, saya dan rakan-rakan amatlah bersyukur dan berterima kasih kepada pensyarah kami iaitu En VirajaSegara A/L M.Veloo kerana melalui kerja kumpulan ini kami dapat menimba begitu banyak ilmu pengetahuan, pengalaman, menyemai semangat berpasukan dan sentiasa berusaha.serta tidak berputus asa. 18