41
9.1 AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM EKOSISTEM Impak Aktiviti Manusia ke atas Ekosistem 1. Cabaran-cabaran hebat dunia hari ini telah membawa kepada pelbagai projek pembangunan. 2. Sekiranya aktiviti-aktiviti manusia tidak dirancang dan dilaksanakan dengan baik, akan mengganggu keseimbangan alam semula jadi dan merosakkan ekosistem. 3. Aktiviti-aktiviti manusia yang mengancam ekosistem adalah seperti: a) pembangunan dan perindustrian b) pertambahan bilangan kenderaan c) pertambahan penggunaan pestisid dan bahan kimia dalam sektor pertanian 4. Kesan-kesan dari pembanguan tidak terancang dan salah pengurusan ekosistem adalah: a) Hakisan tanah b) Banjir kilat (gambar foto 9.1) c) Tanah runtuh (gambar foto 9.2) d) Eutrofikasi (penyuburan tasik) e) Pencemaran air,udara,terma dan bunyi Foto 9.1 kejadian banjir kilat Foto 9.2 kejadian tanah runtuh

BUKU BIO.docx

Embed Size (px)

Citation preview

9.1 AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM EKOSISTEMImpak Aktiviti Manusia ke atas Ekosistem1. Cabaran-cabaran hebat dunia hari ini telah membawa kepada pelbagai projek pembangunan.2. Sekiranya aktiviti-aktiviti manusia tidak dirancang dan dilaksanakan dengan baik, akan mengganggu keseimbangan alam semula jadi dan merosakkan ekosistem.3. Aktiviti-aktiviti manusia yang mengancam ekosistem adalah seperti: a) pembangunan dan perindustrian b) pertambahan bilangan kenderaan c) pertambahan penggunaan pestisid dan bahan kimia dalam sektor pertanian4. Kesan-kesan dari pembanguan tidak terancang dan salah pengurusan ekosistem adalah: a) Hakisan tanahb) Banjir kilat (gambar foto 9.1)c) Tanah runtuh (gambar foto 9.2)d) Eutrofikasi (penyuburan tasik) e) Pencemaran air,udara,terma dan bunyi Foto 9.1 kejadian banjir kilat Foto 9.2 kejadian tanah runtuhf) Pemanasan global (fenomena kenaikan suhu bumi,juga dikenali sebagai kesan rumah hijau)g) Penyusutan atau penipisan lapisan ozonh) Perubahan iklimi) Kepupusan hidupan5. Jadual 9.1 merumuskan hubungan antara aktiviti pemangunan yang tidak terancang dan disalah disalah urus dan kesannya terhadap alam sekitar.Pembangunan yang tidak terancangKesan buruk terhadap alam sekitar

Perkembangan industri ringan dan berat yang tidak terkawal pencemaran air,udara,terma dan bunyi penipisan lapisan ozon kesan rumah hijau

Penerokaan hutan tanpa kawalan (penyahhutanan) hakisan tanah kesan rumah hijau perubahan iklam pemanasan global banjir kilat penyahhutanan

Pembinaan bangunan konkrit yang bertingkat-tingkat dan bercermin pencemaran terma kesan rumah hijau

Perlombongan berlebihan hakisan tanah banjir

Penggunaan baja yang berlebihan eutrofikasi pencemaran air

Penggunaan pestisid dan bahan kimia berlebihan pencemaran udara dan air kepupusan hidupan

Pengguaan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu kesan rumah hijau pencemaran udara

Pembakaran bahan buangan domestik pencemaran udara kesan rumah hijau

Jadual 9.1

Pencemaran 1. Pencemaran ialah perubahan sifat-sifat fizikal,kimia atau biologi yang tidak diingini pada alam sekitar dan disebabkan oleh aktiviti manusia.2. Pencemaran mempengaruhi tanah,sungai,laut dan atmosfera.Ia juga mengancam kehidupan dan habitat manusia,haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta ekosistem.3. Jenis-jenis pencemaran termasuklah:a) Pencemaran udarab) Pencemaran airc) Pencemaran termad) Pencemaran udaraPencemaran udara1. Pencemaran udara disebabkan oleh kehadiran bahan-bahan pencemar dalam udara yang berbahaya kepada hidupan dan persekitaran2. Punca pencemaran udara adalah seperti berikut:a) Pembakarani. Sampah sarapii. Hutaniii. Sisa pepejalb) Kilang perindustriani. Pembakaran bahan api fosil seperti petroleum,diesel dan gas dalam kilang dan stesen janakuasaii. Industri pertanian yang menggunakan bahan agrokimia seperti baja,pestisid,insektisit dan herbisidc) Kenderaan bermotorMembebaskan gas-gas yang berbahaya dalam asap ekzos kereta. Foto 9.3 Asap daripada kilang menyebabkan pencemaran udara3.Pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas seperti sulfur dioksida dan oksida nitrogen.Pembakaran sampah dan kepulan asap dan asap dari ekzos kereta dan serombong kilang menghasilkan karbon dioksida,karbon monoksida dan jelaga (partikel karbon yang tidak terbakar).4.Pertambahan gas karbon dioksida dalam atmosfera banyak memerangkap haba dan menyebabkan kesan rumah hijau.5.Keadaan ini menyebabkan suhu bumi maningkat.6.Oksida sulfur dan oksida nitrogen adalah gas berasid yang larut dalam wap air untuk membentuk asid seperti asid sulfurik dan asid nitrik.Asid ini turun bersama air hujan sebagai hujan asid.Apabila hujan,hujan asid menyebabkan tanah dan air sungai berasid dan ini membahayakan tumbuhan dan haiwan di dalam sungai dan di hutan.7.Kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia:a) Bahan pencemar gas-gas berasid dan asap menyebabkan penyakit sistem respirasi seperti bronkitis,sesak nafas,kanser peparu,asma dan penyakit saluran respirasi yang lain.b)Bahan pencemar itu memedihkan mata,menyebabkan penyakit kulit dan konjunktivitis.8.Kesan pencemaran udara terhadap habitat haiwan dan tumbuhan:a) Hujan asid meresap ke dalam tanah dan meningkatkan keasidan tanah yang menyebabkan nutrien penting melarutresap.Ini menyebabkan tanah menjadi tidak subur.b) Hujan asid dalam sungai dan tasik menurunkan nilai pH air dalam habitat itu dan menyebabkan pemusnahan banyak ikan dan organisma akuatik lain.c) Hujan asid menyebabkan tanah menjadi terlalu berasid,menyebabkan tumbuhan danpokok mati.Ia juga merosakkan daun dan mengurangkan fotosintesis.d)Asap,jelaga,dan debu melekat pada permukaan daun dan menutup stoma.Ini mengurangkan penyerapan cahaya matahari oleh klorofil,dan mengurangkan kadar fotosintesis tumbuhan.9.Kesan pencemaran udara terhadap bangunan:a) Hujan asid mengaratkan struktur logam dan menghakis batu kapur yang digunakan untuk membina bangunan.b) Jelaga dan debu menjadikan bangunan kotor.10.Kesan pencemaran udara terhadap iklim:a) Asap ,debu dan jelaga bergabung dengan kabus (wap air) untuk membentuk jerebu yang mengancam kesihatan.b) Penigkatan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera menyebabkan suhu Bumi meningkat (kesan rumah hijau).Akibatnya,bongkah ais kutub melebur lalu menaikkan paras air laut menyebabkan banjir dan perubahan iklim.

11.Kesan pencemaran udara terhadap pertanian:a) Jerebu menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi.Debu dan jelaga menutup stoma dan mengurangkan kadar fotosintesis.Oleh itu,ia mengurangkan pengeluaran pertanian.b) Hujan asid memusnahkan tumbuhan,maka,pengeluaran pertanian berkurang.

12.Jadual 9.2 menunjukan punca pencemaran udara,bahan pencemar dan kesannnya ke atas hidupan dan persekitaran.PuncaBahan pencemarKesan buruk

Kilang simen,kuari,Kilang papanDebu Jangkitan salur respirasi Batuk dan bersin Banggunan menjadi kotor

Kilang perindustrian Pembakaran sampah-sarap Kenderaan bermotorDebu dan jelaga Menyebabkan jerebu Mengaburkan penglihatan Menghalang cahaya daripada sampai ke Bumi dan menutup stoma.Maka, mengurangkan kadar fotosintesis dan pengeluaran tanaman Menyebabkan kanser peparu

embakaran bahan api fosil dan sampah sarap Asap dari ekzos kenderaanKarbon minoksida

Karbon dioksida

Gas toksik mudah berpadu dengan hemoglobin berbanding oksigen.Maka ia mengurangkan kecekapan darah membawa oksigen Menyebabkan kesan rumah hijau yang meninkatkan suhu atmosfera Perubahan iklim menyebabkan banjir,taufan dan kemarau Ais di kutub melebur,menyebabkan banjir

Sulfur dioksida

Oksida nitrogen

Memedihkan mata,keradangan saluran respirasi dan peparu Merosakkan tisu peparu Menyebabkan hujan asid Hujan asid mengakis struktur logam pada jambatan dan batu kapur pada banggunan Merendahkan paras pH tanah dan air Menyebabkan pengurangan pengeluaran hasil pertanian dan kematian organisma akuatik

Menyebabkan hujan asid dan kesan hujan asid Merosakkan tisu peparu dan menyebabkan bronkitis dan kenser peparu Memedihkan mata keradangan saluran respirasi

Asap dari ekzos kenderaan menggunakan petrol berplumbumPlumbum Toksik,berbahaya dan tidak terboidegradasikan.Maka,plumbum boleh berkumpul dalam badan.Bila ia mencecah paras toksik yang tinggi,ia bolah menyebabkan kerencatan otak pada kanak-kanak

Aktiiti industri pertanianBahan agrokimia Boleh disalurkan pada rantai makanan dan berkumpul dalam badan,menyebabkan kemudaratan pada organisma kerana ia tidak terbiodegradasikan Menggangu proses fisiologi Toksik kepada badan

Stesen kuasa nuklearSinaran radioaktif Menyebabkan mutasi Mengakibatkan kanser dan penyakit genetik

Industri busa dan dan earosolKloroflurokarbon (CFC) Penipisan lapisan ozon Pemanasan global (perubahan iklim) Kanser kulit

Pencemaran air1. Pencemaran air berlaku akibat pembuangan bahan buangan domestik,industri pertanian ke dalam sungai.Hakisan tanah juga menyebabkan pencemaran air.2. Punca pencemaran air:a) Pembuangan kumbahan tidak dirawat dan bahan buangan domestik ke dalam sungai (Rajah 9.3)b) Pembuangan bahan buangan industric) Pembuangan bahan buangan pertaniand) Tumpahan minyak3.Jadual 9.3 menunjukkan punca pencemaran air dan kesannya terhadap hidupan dan persekitaran.Punca pencemaran airBahan pencemarKesan buruk

Pembuangan bahan buangan domestik ke dalam sungai Kumbahan tidak dirawat (tinja manusia dan air buangan) Sampah-sarap Detergen Menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan pemyakit kolera,tifoid dan desenteri Menyebabkan bau busuk dan menjejaskan pemandangan

Pembuangan bahan buangan industri Sisa organik daripada kelapa sawit dan getah Bahan toksik daripada industri elektronik seperti arsenik, plumbum, merkuri dan zink Mencemarkan air secara fizikal. Pereputan sisa organik mengurangkan kepekatan oksigen dalam air.

Bahan buangan pertanian (melarutresap dari ladang ke sungai berdekatan Baja dan tinja haiwan mengandungi nitrat dan fosfat Nitrat dan fosfat itu menggalakkan pertumbuhan alga dengan cepat di mana alga itu kemudian akan menggunakan bekalan oksigen di dalam air,kesannya membunuh ikan dan organisma akuatik yang lain.

Bahan agrokimia seperti insektisid dan fungisid Bahan buangan kimia dalam jumlah yang ketara itu adalah beracun kepada haiwan akuatik dan boleh merosakkan organ dalam badan, menyebabkan kanser dan pencemaran bekalan air.

Tumpahan minyak Minyak yang tumpah dari kapal tangki minyak Menyebabkan kematian hidupan laut. Menyebabkan kematian burung laut dan anjing laut. Mencemarkan pantai

Jadual 9.3 Punca Pencemaran air dan kesannya Rajah 9.3 pembuangan kumbahan tidak dirawat dan bahan buangan domestik ke dalam sungai

Eutrofikasi 1. Eutrofikasi berlaku akibat pertambahan baja atau kumbahan dalam tasik,kolam atau air sungai.2. Pertambahan kandungan nitrat dan fosfat daripada baja atau kumbahan menggalakkan eutrofikasi.Ia menggalakkan pertumbuhan alga dengan cepat,dan kemudian peningkatan populasi alga yang cepat.3. Alga yang tumbuh meluas itu menutup permukaan tasik,kolam atau sungai.4. Ini menghalang cahaya matahari daripada sampai kepada tumbuhan di dasar air.5. Akibatnya,tumbuhan dalam air mati.6. Bilangan bakteria aerob yang menguraikan jisim tumbuhan yang mati juga meningkat dengan menggunakan oksigen terlarut dalam air.7. Ini mengurangkan oksigen terlarut dalam air dan menyebabkan haiwan akuatik mati.8. Pertumbuhan alga yang cepat dan proses penguraian oleh bakteria menggunakan bekalan oksigen di dalam air dan dengan itu meningkatkan keperluan oksigen biokimia (B.O.D).Keperluan Oksigen Biokimia (B.O.D)1. Keperluan oksigen biokimia (B.O.D.) adalah jumlah oksigen yang digunakan oleh mikroorganisma (bakteria dan alga) untuk penguraian sisa dalam air.2. B.O.D digunakan sebagai satu ukuran bagi jumlah jenis bahan pencemar organik tertentu dalam air.Maka,B.O.D boleh digunakan untuk mengukur paras pencemaran air.3. B.O.D yang tinggi menunjukkan kehadiran bilangan mikroorganisma yang banyak,Ini menunjukkan paras pencemaran yang tinggi.4. Semakin tinggi nilai B.O.D,semakin tercemar sampel air itu.5. Air yang tercemar mengandungi jumlah bahan buangan organik yang banyak.Maka,ia mengandungi bilangan bakteria aerob yang banyak untuk menguraikan bahan organik.Proses penguraian ini memerlukan oksigen.Akibatnya,banyak bekalan oksigen di dalam air digunakan dan nilai B.O.D. adalah tinggi.Kepekatan oksigen di dalam air adalah rendah.6. Semakin tinggi nilai B.O.D,semakin kurang kepekatan oksigen yang terlarut dalam air.7. Rajah skema berikut menunjukkan hubung kait antara nilai B.O.D dengan pencemaran air,bilangan mikroorganisma atau bakteria,kepekatan oksigen yang terlarut dan bilangan haiwan akuatik.Nilai B.O.D tinggi aras pencemaran air yang tinggi bilangan bakteria banyak kepekatan oksigen terlarut rendah bilangan haiwan akuatik berkurang

8. Air yang berkualiti baik mempunyai nilai B.O.D yang kurang daripada 0.5 mg oksigen per liter.9. Larutan metilena biru digunakan untuk menguji kehadiran oksigen dalam air.Keadaan kekurangan oksigen menyebabkan warna metilena biru dilunturkan dengan cepat.Oleh itu,air itu mempunyai nilai B.O.D tinggi.Pencemaran terma1. Pencemaran terma ialah pembebasan haba yang berlebihan ke alam sekitar.2. Punca pencemaran terma ialah:a) Pembuangan air panas dari kilang,reaktor nuklear dan stesen janakuasa elektrik.b) Bangunan yang bercermin (gambar foto 9.4)

Foto 9.4

3. Kilang elektronik,stesen janakuasa elektrik dan reaktor nuklear menggunakan air sebagai agen penyejuk.4. Air menjadi panas dan air panas yang terhasil dialirkan ke dalam sungai atau laut akan meninggikan suhu air.5. Apabila suhu air menjadi 5oC melebihi suhu air biasa,hidupan akuatik akan mati.6. Kenaikan suhu air meningkatkan proses penguraian bahan organik dan meningkatkan nilai B.O.D.Ini mengurangkan kepekatan oksigen di dalam air dan menyebabkan orgaisma akuatik mati.7. Air yang panas juga mengurangkan keterlarutan oksigen dalam air dan menyebabkan pengurangan oksigen terlarut dalam air.8. Bangunan bercermin memantulkan sinaran cahaya matahari daripada satu bangunan ke bangunan bercermin yang lain.Ini menyebabkan haba terperangkap di antara bangunan bercermin dan meningkatkan suhu udara di sekitar kawasan tersebut.

Pencemaran bunyi1. Pencemaran bunyi ialah keadaan di mana terdapat bunyi yang berlebihan di persrkitaran sehingga mengganggu keselesaan hidup.2. Kenyaringan bunyi diukur dalam unit desibel (dB).3. Telinga manusia hanya dapat menerima bunyi yang kurang daripada 80 dB.4. Punca pencemaran bunyi adalah:a) Kapal terbangb) Kereta apic) Kerja pembinaan d) Mesin dan jentera dalam kilange) Kenderaan di jalan raya5. Kesan pencemaran bunyi termasuk:a) Masalah pendengaran (pekak)b) Sakit telingac) Sakit kepalad) Gangguan emoso dan mentale) Tekanan darah tinggif) Sakit jiwa

9.2 KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZONKesan Rumah Hijau1. Kesan rumah hijau adalah fenomena peningkatan suhu atmosfera Bumi. Ini disebabkan oleh haba yang diserap dan terperangkap di dalam atmosfera Bumi oleh gas tertentu (gas rumah hijau) seperti karbon dioksida,metana,klorofluorokarbon dan oksida nitrogen.2. Gas rumah hijau ini, terutamanya karbon dioksida, terperangkap dan menyerap haba dalam atmosfera, menyebabkan kenaikan suhu atmosfera.3. Lapisan gas ini bertindak sebagai lapisan penebat yang mencegah tenaga haba daripada dipancarkan ke angkasa lepas.4. Akibatnya, suhu Bumi meningkat dan berlaku pemanasan global.5. Punca utama kesan rumah hijau adalah pertambahan kepekatan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dalam atmosfera.6. Aktiviti manusia berikut boleh meningkatkan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera yang menyebabkan kesan rumah hijau. Pembakaran bahan api dalam kilang Pembakaran hutan Penebangan dan penerokaan hutan Pembakaran sampah sarap secara terbuka Pembakaran arang batu oleh stesen janakuasa Kenderaan bermotor Penggunaan bahan klorofluorokarbon(CFC)7. Kesan rumah hijau terjadi melalui proses berikut: Sinaran matahari ke Bumi menembusi melalui atmosfera sebagai sinar suria dan sinar ultralembayung . Sebanyak 30% sinar matahari dipantul semula sebagai tenaga tinggi ke angkasa lepas oleh lapisan atmosfera manakala 70% akan menembusi atmosfera itu. Lebih kurang separuh daripada 70% sinar suria yang menembusi atmosera bertukar menjadi haba. Kebanyakan tenaga haba yang sampai ke permukaan Bumi diserap ke dalam Bumi. Sebahagian tenaga haba dipantul semula ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah. Kebanyakan sinar inframerah diserap oleh karbon dioksida. Kebanyakan haba dalam atmosfera diserap oleh karbon dioksida dan gas rumah hijau lain. Akibarnya, tenaga haba terperangkap dalam lapisan bawah atmosfera menyebabkan suhu bumi meningkat. Ini mengakibatkan satu kesan pemanasan yang menyerupai keadaan di dalam rumah hijau di mana sinar matahari dan sinar ultralembayung yang menembusi panel kaca rumah tidak semuanya dipantul semula ke atmosfera. Sebahagian sinar ini terperangkap di dalam rumah hijau sebagai tenaga haba. Fenomena ini yang meningkatkan suhu Bumi dan atmosferanya menyebabkan kesan rumah hijau.

Rajah 9.5 kejadian kesan rumah hijau8. Pengeluaran karbon dioksida akibat aktiviti manusia telah meningkat dengan cepat menyebabkan kesan rumah hijau berlaku diseluruh dunia.9. Kesan rumah hijau menyebabkan suhu atmosfera diseluruh dunia meningkat.10. Akibatnya, suhu di Bumi meningkat dan keadaan ini dikenali sebagai pemanasan global.11. Akibat kesan rumah hijau (peningkatan suhu dunia) adalah seperti berikut: Kenaikan aras laut Disebabkan oleh ais dikutub melebur Menenggelamkan kawasan rendah dan menyebabkan banjir Perubahan iklim Suhu atmosfera yang lebih tinggi menyebabkan sejatan air berlaku dengan cepat. Akibatnya, berlaku kejadian kemarau dan banjir yang tidak menentu Arah angin dan aras laut berubah menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan yang lebih kerap berlaku

Produkdiviti pertanian Pengeluaran tanaman dan haiwan ternakan berkurang akibat kemarau(kekurangan air) dan akibat suhu yang terlalu tinggi Di negara beriklim sederhana, pengeluaran tanaman akan meningkat semasa musim sejuk kerana suhu sederhana tinggi membolehkan tumbuhan menjalankan fotosintesis dengan cekap12. Kini, kandungan karbon dioksida dan gas rumah hijau yang semakin meningkat dalam atmosfera dijangka akan meningkatkan suhu atmosfera bumi sebanyak 1.5oC hingga 4.5oC menjelang tahun 2030.1. Ozon ialah sejenis gas yang terdiri tiga atom oksigen (O3).penipisan lapisan ozon

2. Lapisan ozon terdapat di lapisan atmosfera yang dikenali sebagai stratosfera, iaitu 20 50 km dari permukaan Bumi.3. Lapisan ozon menyerap sinar ultralembayung yang dan menghalangnya daripada sampai ke bumi.4. Kini, lapisan ozon semakin nipis akibat pemusnahan gas ozon.5. Telah diketahui penipisan lapisan ozon berlaku sepanjang kedua dua Artik dan Antartika, membentuk lubang ozon. Lubang ozon yang dijumpai di antartika adalah sebesar benua Amerika Syarikat.6. Penipisan lapisan ozon disebabkan oleh penngkatan penggunaan klorofluorokarbon(CFC) yang boleh mengurai dan memusnahkan molekul ozon kepada unsur lain.7. Bahan pencemar lain seperti halogen, gas klorin dan oksida nitrogen juga boleh memusnahkan ozon.8. Punca utama penipisan lapisan ozon adalah penggunaan klorofluorokarbon (CFC)9. Klorofluorokarbon digunakan dengan meluas sebagai bahan penyejuk dalam peti sejuk dan alat pendingin hawa, bahan aerosol, polistirena untuk pembungkusan makanan, getah busa untuk membuat kusyen, bantal dan tilam.10. Proses pemusnahan ozon oleh CFC. Sinar ultralembayung memutuskan ikatan atom klorin dalam CFC.CLF

SinarC

ultralembayung CL

CLatom klorinCL

Molekul CFC dibebaskan

Atom klorin yang terbebas bertindak balas dengan ozon untuk menghasilkan klorin monoksida dan molekul oksigen.CICI

Ozon klorin oksigen Monoksida Atom oksigen yang bebas dalam atmosfera akan memutuskan ikatan klorin monoksida. Akibatnya, atom klorin terbebas dan akan memusnahkan molekul ozon yang lain.AtomCI

oksigenbebasCI

klorin atom klorin molekulmonoksida bebas oksigen

11. Kesan penipisan lapisan ozon menyebabkan sinar ultralembayung yang berlebihan sampai ke bumi. Terhadap alam sekitar Peningkatan suhu persekitaran (yang menyebabkan kesan rumah hijau) Perubahan iklim dan cuaca Perubahan arah angin Terhadap tumbuhan Kadar fotosintesis menurun akibat pemusnahan stoma dan klorofil pada daun Mengancam keseimbangan ekologi dan pemusnahan organisma akuatik seperti plankton Terhadap kesihatan manusia Kanser kulit (melanoma) Kerosakan mata atau penyakit katarak Kemerosotan sistem keimunan manusia.

IMPAK PENIPISAN LAPISAN OZON DAN PEMANASAN GLOBAL KE ATAS EKOSISTEM1. Penipisan lapisan ozon membenarkan sinar ultralembayung sampai ke bumid dan memusnahkan plankton dalam rantai makanan. Keadaan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem dan seterusnya juga mengancam ekosistem lain dalam air.2. Sinar ultralembayung juga mengurangkan bilangan stoma dan klorofil pada daun. Akibatnya, tumbuhan hijau yang merupakan pengeluar dalam rantai makanan tidak dapat menjalankan fotosintesis dengan berkesan. Tumbuhan tersebut akan mati dan komponen biosis dalam ekosistem terganggu.3. Pemanasan global menyebabkan atmosfera menjadi lebih panas, menyebabkan kemarau dan perubahan iklim. Oleh itu, komponen abiosis dalam ekosistem terganggu. Keadaan ini akan mempengaruhi taburan dan populasi komponen biosis. Akibatnya, keseimbangan pelbagai ekosistem di bumi terjejas.

9.3 KEPENTINGAN PENGURUSAN AKIVITI AKTIVITI PEMBANGUNAN DAN EKOSISTEM YANG BETULKeperluan Pembangunaan1. Pembangunan diperlukan untuk meningkatkan kualiti hidup dan juga menampung keperluan pupulasi yang semakin bertambah.2. Pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan dalam pelbagai bidang untuk menampung keperluan bagi pembangunan.3. Bidang pertanian a) Penerokaan hutan dilakukan untuk menyediakan kawasan tanah baru untuk pembangunan perindustrian, perumahan, pertanian dan pembinaan lebuh raya (Gambar foto 9.5). Projek projek ini dapat meningkatkan kualiti hidup dengan cara berikut: Menyediakan tempat kediaman Menambahkan bekalan makanan Menyediakan kemudahan pengangkutan Foto 9.5 lebuh rayab) Hutan diteroka untuk sektor pertanian meningkatkan hasil tanaman dan meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat. Tanah baru juga dibuka untuk projek perumahan supaya dapat menampung pertambahan populasi(Gambar foto 9.6).

Foto 9.6 pembinaan rumahc) Teknologi moden telah digunakan dalam pertanian dengan membantu agensi kerajaan seperti Lembaga Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) untuk meningkatkan produktiviti getah.4. Bidang industria) Kerajaan sentiasa berusaha untuk menarik pelabur asing untuk melabur dalam sektor perindustrian negara. Ini akan membantu mempercepatkanperkembangan dalam sektor perindustrian di samping dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan meninggikan pendapatan per kapita negara.b) Strategi pembangunan luar bandar melalui pembinaan industri dijalankan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di luar bandar. Pembangunan ini menyediakan kemudahan infrastruktur seperti projek perumahan kos rendah, klinik, sekolah, jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air.5. Memandangkan populasi penduduk dunia bertambah dengan pesat, pembangunan perlu sentiasa dijalankan untuk menampung keperluan populasi.Kesan Pertambahan Penduduk ke atas Ekosistem1. Semua komponen biosis dan abiosis dalam suatu ekosistem wujud dalam keadaan seimbang.2. Dalam usaha untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah, banyak projek pembangunan telah dilaksanakan.3. Projek pembangunan ini terutama yang tidak terancang dan tidak terurus akan mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan mengancam ekosistem.4. Oleh kerana peningkatan populasi, projek pembangunan seperti penebangan hutan akan memberi kesan buruk pada ekosistem:a) Pemusnahan habitat semula jaditumbuhan dan haiwan yang mempengaruhi rantai makanan dan jaringan makanan. Ini akan menyebabkan ketakseimbangan alam di dalam ekosistem.b) Ketakseimbangan di dalam ekosistem boleh mengakibatkan kematian ataupun kepupusan tumbuhan dan haiwan.c) Hakisan tanah menyingkirkan lapisan atas tanah yang subur, menyusutkan kandungan garam mineral tanah, mengakibatkan tanah menjadi tidak subur dan terbiar.d) Pemanasan global dan pencemaran alam.Langkah dalam Pengurusan Aktiviti Pembangunan dan Ekosistem Untuk Memastikan Keseimbangan Alam1. Aktiviti pembangunan tanpa pengurusan yang terancang boleh mengancam kualiti alam sekitar dan ekosistem.2. Oleh itu, perlu ada satu keadaan keseimbangan antara pengurusan pembangunan dengan pemuliharaan pembangunan dengan pemuliharaan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar bagi menjamin kemandirian hidupan.3. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pengurusan aktiviti pembangunan dan pemeliharaan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam.

Penguatkuasaan undang undang 1. Kerajaan Malaysia mempunyai sistem perundangan untuk mengawal dan melindungi alam sekitar. Sebagai contoh, di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985 (pindaan), peraturan peraturan dikuatkuasakan untuk:a) mengawal dan mencegah pencemaran alam (meliputi pencemaran udara, air, terma dan bunyi)b) menyelaras segala aktiviti pembuangan sisa dan menetapkan had maksimum sisa untuk dibuang c) mengawal pengeluaran bahan buangan (jumlah, jenis, kandungan dan kesan) supaya tidak mengancam kualiti alam sekitar.d) Mendakwa dan mendenda pihak yang tidak mematuhi undangundang untuk melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar.2. Akta-akta lain yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk melindungi alam sekitar semasa pengurusan aktiviti pembangunan adalah seperti berikut:a) Akta Kilang dan Jentera 1967 / 1983 untuk melindungi pekerja daripada pendedahan bunyi yang melebihi 95 dB selama 4 jam berterusanb) Akta Racun Perosak 1974 untuk mengawal penggunaan racun perosakc) Akta Perhutanan Negara 1984 untuk melindungi dan memelihara hutan serta hidupan liar di dalamnya3. Penilaian kesan terhadap alam sekitar (EIA) memastikan semua projek pembangunan mesti mendapat kelulusan kerajaan sebelum memulakan kerja pembinaan. Ini adalah untuk memastikan wujudnya keseimbangan antara pengurusan alam sekitar dengan projek pembangunan.Penggunaan teknologiPelbagai penggunaan moden telah diperkenalkan untuk mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran:a) Menggunakan bakteria pengurai minyak untuk membersihkan tumpahan minyak di lautb) Memasang cerobong pada kilang yang mempunyai alat khas untuk menapis zarah halus dan gas toksik sebelum dibebaskan ke dalam udarac) Mengitar semula sampah sarap seperti bahan kaca, logam, kertas dan tin aluminium untuk melindungi alam sekitar dan mengekalkan sumber semula jadid) Menukarkan sampah sarap organik kepada biogas seperti metana yang digunakan sebagai bahan api melalui aktiviti pereputan bakteriae) Merawat sisa sisa toksik yang berbahaya dari kilang dengan menggunakan mikroorganisma untuk menguraikan sisa toksik kepada bahan yang tidak bertoksik f) Menghasilkan petrol tanpa plumbum untuk mengurangkan pencemaran udarag) Memasang pengubah bermangkin pada paip ekzos kenderaan untuk menyingkirkan gas toksik seperti karbon monoksida dan mengurangkan karbon dioksida dari asap ekzosPendidikan dalam pengurusan sumberPendidikan alam sekitar diberikan secara formal melalui sekolah atau secara tidak formal melalui ceramah, pameran dan media massa tentang pengurusan sunber semula jadi:a) Pembaharuan sumber Bumi seperti ikan dan kayu nalakb) Penggunaan semula sumber Bumi melalui proses kitar semula bahan buangan yang diperbuat daripada kertas, aluminium dan kacac) Mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan logam yang tidak mudah digantid) Menggunakan semula sumber bahan seperti plastik dan botolPemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem1) Pemeliharaan dan pemuliharaan tanah, air, flora dan fauna yang berhabitat di hutan dan paya bakau dijalankan melalui cara berikut:a) Penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara untuk mengawal aktiviti aktiviti perhutana seperti penerokaan hutan, penebangan pokok paya bakau, memburu hidupan liar dan aktiviti pembalakan haramb) Penanaman semula pokok, seperti rotan yang telah ditebang, untuk menghalang hakisan dan melarut resap tanahc) Mencegah pembuangan sampah sarap, bahan toksik dan air panas ke dalam sungai untuk mengelakkan pencemaran air dan mengekalkan keseimbangan ekosistem2) Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara memainkan perana penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.3) Hutan aalah habitat semula bagi tumbuhan dan haiwan. Maka sumber semula jadi ini perlu dipulihara melalui langkah langkah berikut:1. Penguatkuasaan undang undang untuk melindungi tumbuhan dan haiwan yang terancam untuk mengelakkan kepupusan2. Mencegah aktiviti pembalakan yang tidak terkawal yang memusnahkan habitat semula jadi tumbuhan dan haiwan3. Mengawal pencemaran air dan udara yang boleh mengancam kehidupan tumbuhan dan haiwanAmalan kawalan biologi1) Kawalan biologi adalah penggunaan pemangsa semula jadi untuk mengawal populasihaiwan perosak.2) Kawalan biologi dijalankan untuk mengurangkan populasi haiwan perosak dengan menggunakan organisma lain iaitu musuh semula jadi haiwan perosak tersebut. Kaedah ini tidak menggunakan bahan agrokimia seperti pestisid dan dengan itu, tidak akan mengganggu keseimbangan ekologi semula jadi atau mencemar alam sekitar. Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui1) Bahan api fosil adalah sumber tenaga yang tidak dapat diperbaharui. Ini bermakna ia akan habis apabila digunakan sepenuhnya. Maka, perlu dicari sumber tenaga alternatif.2) Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang wujud secara semula jadi dalam alam sekitar dan boleh dimanfaatkan untuk kebaikan manusia.3) Tenaga yang boleh diperbaharui tidak akan habis dan tidak mencemarkan alam sekitar. Maka ia adalah sumber tenaga alternatif yang terbaik.4) Contoh contoh sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah:a) Tenaga solar b)tenaga anginc)tenaga ombak d)tenaga geoterma e)tenaga biojisimKecekapan penggunaan tenaga 1. Kecekapan dalam penggunaan tenaga mesti ditingkatkan untuk mengelakkan pembaziran.2. Kecekapan bahan api kenderaan dan mesin perlu ditingkatkan untuk memberi prestasi yang maksimum.3. Menggunakan tenaga dengan cekap juga akan membantu menjimatkan tenaga.Pengurusan Ekosistem1. Pengurusan ekosistem ialah usaha untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar melalui pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam serta melindungi ekosistem.2. Pengurusan aktiviti pembangunan yang tidak terancang boleh mengancam ekosistem.3. Selain itu, aktiviti harian juga menyebabkan ekosistem terancam.4. Aktiviti aktiviti yang biasa dijalankan secara berleluasa dan boleh menyebabkan ekosistem terancam adalah:a) Pembuangan sampah sarap di merata tempat terutamanya longkang dan sungaib) Pembakaran sampah sarap secara terbukac) Pembuangan air kumbahan ke dalam longkang dan sungaid) Pembuangan bahan efluen dari kilang ke dalam sungaiyang menyebabkan pencemaran aire) Pelepasan gas berasid dari kilang menyebabkan hujan asid yang merencat tumbuhan dan pokok.5. Untuk memastikan aktiviti ini tidak memusnahkan ekosistem, langkah berikut dicadangkan:a) Undang-undang yang lebih ketat dan pengawasan yang lebih rapi dilaksanakan oleh pihak yang berkenaanb) Pendidikan diberikan kepada orang ramai supaya mengamalkan tabiat menjaga kebersihan kawasan sekeliling dan menjaga ekosistemc) Mengadakan kempen hari bumi atau kempen kebersihan di kawasan perumahan dan sekolahd) Mengadakan program mengitar semula bahan buangan e) Mengadakan program Hari Alam Sekitar (5 hb jun)f) Menggalakkan murid sekolah menyertai Kelab Pencinta Alam g) Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk memupuk kesedaran untuk bertanggungjawab menjaga ekosistem.