Buletin Edisi 7

  • View
    227

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Buletin Edisi 7

Text of Buletin Edisi 7

  • PESTA SUKAN IPTIM 2011 01

    PENGHARGAAN

    EDISI 7 | 28/10/11 1 ZULHIJAH 1432 JUMAAT

    Masa terasa singkat apabila Pesta Sukan IPTIM 2011 sudah hampir pada penghujungnya. Semua yang terlibat dalam pesta sukan ini menunjukkan riak wajah yang menjelaskan rasa berat hati untuk menamatkan Pesta Sukan IPTIM 2011 ini. Namun, mereka masih bersemangat dalam memberi sokongan dan komitmen yang terakhir bagi acara-acara yang dipertandingkan dalam peringkat akhir semalam seperti perlawanan fut-sal, badminton dan bola tampar kategori lelaki dan wanita.

    Malam tadi merupakan malam penentuan bagi acara badminton. Seawal 8.30 malam, Dewan Al-Malik Faisal telah dipenuhi para penyokong. Sudah pasti perlawanan ini menjadi cabaran yang hebat buat pemain-pemain kerana mereka perlu menunjukkan prestasi yang unggul kepada penyokong-penyokong dan juga kontinjen mereka. Kontinjen dari Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya dan kontinjen dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bertemu semula pada perlawanan akhir bagi merebut pin-gat emas. Set pertama dimulakan dengan perlawanan perseorangan lelaki yang berjaya dikuasai sepenuhnya oleh KUIN dengan keputusan 2 - 0. Memang diakui bahawa perla-wanan ini sangat sengit dan mendebarkan, memandangkan kedua-dua pemain sama he-bat. Namun, dalam acara perseorangan wanita, atlit dari KUIN terpaksa menarik diri pada set kedua perlawanan kerana mengalami kecederaan. Walau bagaimanapun, KUIN berja-ya menyerlahkan diri dalam perlawanan regu lelaki dan wanita. Setiap pukulan berjaya ditepis oleh kontinjen dari KUIN dan menyebabkan kontinjen dari Pusat Asasi UIAM mula hilang fokus sekali gus membuatkan pihak lawan memenangi perlawanan tersebut dengan penuh bergaya jdengan pungutan mata 3 - 1.

    Bagi acara futsal kategori lelaki yang dipertandingkan di gelanggang futsal, UIAM, Gombak pula memperlihatkan kehebatan pasukan dari negara jiran iaitu Universiti Islam Yala (YIU), Thailand. Mereka telah layak ke peringkat akhir bersama-sama pasukan dari Pusat Asasi UIAM. Kapten pasukan YIU, Zakaria Kolae mengatakan bahawa pasukan dari Pusat Asasi UIAM merupakan saingan yang hebat dan mereka mengakui berasa agak gementar untuk menghadapi pihak lawan pada peringkat akhir. Namun begitu, mereka berjaya mengalahkan pasukan dari Pusat Asasi UIAM dengan keputusan 9 - 1 .Perlawanan bagi acara bola tampar kategori lelaki pula menunjukkan kehebatan pemain dari Pusat Asasi UIAM apabila mereka menewaskan pihak lawan dari Kolej Universiti Is-lam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan 3 - 1 dalam pertandingan pada peringkat akhir.Tiga (3) lagi acara telah pun selesai dipertandingkan dalam peringkat akhir lantas menentukan pemenang bagi acara-acara tersebut. Kita saksikan pula pertandingan bola sepak yang akan berakhir pada hari ini! Siapakah yang akan menjadi pemenang bagi acara yang terakhir ini?? Mari kita saksikan!!!

    PENGHUJUNG Pesta sukan iptim 2011

  • PESTA SUKAN IPTIM 2011 02

    Acara bola tampar, futsal, dan badminton telah menemui penghujungnya. Detik - detik ini pasti membu-atkan setiap kontinjen berasa cemas dan berdebar. Pada saat saat akhir ini, setiap atlit pasti bertekad untuk mengutip mata sebanyak yang boleh. Kesemua kontinjen yang terlibat dalam acara akhir ini, ibarat harimau menunggu mangsanya untuk diterkam.

    Pada pagi 27 Oktober, penentuan bagi tempat ketiga dan keempat acara bola tampar (lelaki) telah ber-langsung dimana Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah mengalahkan Kolej Universiti In-saniah (KUIN). Manakala perlawanan akhir bola tampar lelaki antara Pusat Asasi UIAM dengan Kolej Universi-ti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dianjak pada pukul 10 pagi kerana dijangkakan hujan pada petang tersebut. Pada awalnya, persaingan antara Pusat Asasi UIAM dan KUIS kelihatan sedikit hambar kerana hanya penyokong KUIS yang hadir bagi menyerikan suasana namun pada set ketiga telah datang segerombolan penyokong dari Pusat Asasi UIAM lalu mereka memberi sokongan padu kepada kontinjen Pusat Asasi UIAM. Kehadiran mereka telah menyemarakkan lagi semangat atlit atlit bola tampar lelaki kontinjen ini dan berjaya mengalahkan KUIS dengan keputusan 3-2.

    Setelah gagal meraih sebarang pingat dalam acara olahraga pada hari pertama Pesta Sukan IPTIM, kontinjen YIU telah bertekad untuk menjuarai acara futsal yang berlangsung di gelanggang futsal UIAM Gom-bak. Kontinjen kontinjen lain sudah meramal bahawa kemenangan akan berpihak kepada YIU, dan ini ter-bukti apabila mereka bertemu dengan kontinjen Pusat Asasi UIAM pada perlawanan akhir, mereka berjaya membolosi gol pihak lawan sebanyak 9 kali.

    Pertemuan antara KIAS dan KUIS bagi acara badminton telah berlangsung pada waktu pagi bagi menentukan kedudukan ketiga dan keempat. Kemudian, penentuan bagi kedudukan juara dan naib juara untuk acara badminton telah berlangsung pada waktu malam iaitu pertemuaan antara KUIN dan Pusat Asasi UIAM. Suasana pada malam tersebut sangat meriah namun masih ada segelintir penyokong yang masih tidak me-mahami etika sebagai seorang penyokong. Akhirnya, perlawanan telah dimenangi oleh KUIN walaupun atlit badminton perseorangan wanita mereka menarik diri kerana mengalami sedikit masalah kesihatan.

    Pasukan bola sepak Pusat Asasi UIAM dan KUIN telah bertolak ke padang bola sepak Universiti Ma-

    laya pada awal pagi dan mereka pulang dengan memberi berita gembira bagi penyokong Pusat Asasi UIAM

    kerana berjaya mengalahkan KUIN dengan keputusan 3-1. Manakala, pasukan bola sepak IIC dan KIAS juga

    bertemu di padang bola sepak UM pada waktu petang dan keputusan bagi pertemuan berpihak kepada KIAS 3

    - 0.

    Selangkah ke hari terakhir

    http://www.facebook.com/pestasukaniptim2011 http://Proiptim2011@gmail.com

  • PESTA SUKAN IPTIM 2011 03

    Adakah sepanjang 10 hari anda berada di Pesta Sukan IPTIM 2011 kali ini ber-baloi ?

    sememangnya berbaloi kerana dapat melatih diri dalam pelbagai aspek dan memberi peluang kepada saya sebagai pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.Walaubagaimanapun, penglibatan diri dalam Pesta Sukan IPTIM ini akan menjadi tidak berbaloi jika jauh dari redhaNYA.Jangan biarkan penglibatan kita ini menjadi fitnah kepada diri kita suatu hari nanti. Muhammad Mujahid Bin Mohamad Sulaiman Sukarelawan

    ...sangat berbaloi kerana saya dapat menimba pengalaman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif teknikal dan sukan dalam menyusun atur pertandingan betaraf kebangsaan.Selain itu,saya juga dapat mengenali rakan-rakan baru yang turut bekerjasama dalam menjayakan Pesta Sukan IPTIM 2011. Muhammad Yusup Albakri Bin Abdul Manap Sukarelawan

    Cara mengendalikan marah dan sakit hati :

    1. Membaca taawudz ketika marah untuk meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah.

    2. Mengubah posisi ketika marah. Jika sedang berdiri duduklah, jika sedang duduk berbaringlah.

    3. Diam atau tidak berbicara supaya tidak menghangatkan lagi keadaan.

    4. Berwudhulah kerana marah berasal dari api dan dipadam dengan air.

    KEPUTUSAN HARI KELIMA

    http://www.facebook.com/pestasukaniptim2011 http://Proiptim2011@gmail.com

    BOLA SEPAK CFS IIUM lwn KUIN [3] [1]

    IIC lwn KIAS [0 ] [3 ]

    BOLA TAMPAR (L)

    TEMPAT 3 DAN 4

    KIAS lwn KUIN [0] [3]

    AKHIR

    KUIS lwn CFS IIUM [1] [3]

    BOLA TAMPAR (W) KUIM lwn KUIS [0] [3] KIAS lwn UNITI [1] [3]

    BADMINTON (BERPASUKAN)

    SEPARUH AKHIR

    KUIN lwn KISDAR [3] [0] CFS IIUM lwn IIC [3] [1]

    TEMPAT 3 DAN 4

    KISDAR lwn IIC [3] [1]

    AKHIR

    KUIN lwn CFS IIUM [3] [1]

    FUTSAL (W) IIC lwn CFS IIUM [4] [1]

    CFS IIUM lwn KUIM [0] [3] IIC wn KUIM [1] [4]

    FUTSAL (L)

    TEMPAT 3 DAN 4

    UNITI lwn KUIS [3] [1]

    AKHIR

    YIU lwn CFS IIUM [9] [1]

    Bagi saya, ia amat berbaloi kerana saya dapat menyumbangkan tenaga dan masa sebaiknya sepanjang cuti semester ini. Walaupun secara kasarnya, sumbangan yang diberikan tidaklah begitu besar namun saya tetap gembira kerana dapat berganding bahu dengan sukarelawan-sukarelawan yang lain bagi menjayakan Pesta Sukan IPTIM 2011 ini. Nor Syazwani Bahor Sukarelawan Pesta Sukan IPTIM 2011 Unit Pengurusan Majlis

  • PESTA SUKAN IPTIM 2011 04

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka, mere-

    ka berkata, bahkan engkau sendiri ya Rasulullah? Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan

    rahmatNya. Oleh karena itu l