Busana Hijau

  • View
    142

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Busana Hijau

Text of Busana Hijau

RANCANGAN PERNIAGAAN BUSANA HIJAU sdn. bhd.

[RANCANGAN PERNIAGAAN BUSANA HIJAU sdn. bhd.]

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIFBusana Hijau Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Mac 2013. Syarikat ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang industri tekstil dan pakaian secara ekslusif dan lebih khusus dalam memajukan teknologi industri ini. Busana Hijau ini merupakan sebuah syarikat usaha sama dimiliki 100% bumiputera Melayu dengan usahasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).Tapak syarikat ini akan dijalankan di lot bangunan kedai Taman Universiti, Tanjong malim. Busana Hijau Sdn. Bhd. akan beroperasi di lot kedai No.31A Taman Universiti bertentangan salah sebuah institusi pengajian tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Busana Hijau Sdn. Bhd. telah menyewa secara pajak untuk tempoh lima tahun dengan kadar sewa sebanyak RM 1000.00 sebulan. Sebagai permulaan, pihak kami akan mengeluarkan produk pakaian yang beraneka fabrik dan rekaan bersesuaian dengan trend peredaran fesyen masa kini.Busana Hijau Sdn. Bhd. memandang jauh potensi bidang usaha ini dalam membekalkan dan menawarkan pelbagai jenis fabrik beraneka rekaan seperti kain ela yang sesuai untuk pakaian harian dan pejabat, fabrik eksklusif seperti sutera, organza, opal, lace, linen, viscose, cotton dan lain-lain untuk pakaian ke majlis rasmi, keramaian dan perkahwinan. Syarikat Busana Hijau Sdn. Bhd. turut menyediakan konsep tawar menawar serta mesra pelanggan untuk mendapatkan kepuasan dan harga belian berpatutan kepada pelanggan. Busana Hijau Sdn. Bhd. bukan sekadar gedung tekstil tetapi menawarkan kepelbagaian perkhidmatan dan urusniaga seperti menerima tempahan menjahit pakaian persendirian, seragam, dan pakaian pengantin bagi memenuhi semua permintaan dan kehendak pelanggan. Dalam perancangan jangka panjang, pihak syarikat merancang untuk menambah cawangan syarikat pengeluaran.

2.0 PENGENALANSesuatu perniagaan yang beroperasi berasaskan perusahaan atau perkhidmatan sulaman dan jahitan terbukti dapat memberikan keuntungan yang besar kepada pengusaha-pengusaha di Malaysia dan lain-lain negara di dunia sejak dahulu sehingga kini. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan kepesatan pertambahan penduduk serta gaya hidup masyarakat pada hari ini yang mementingkan kecantikan dan keselesaan dalam penggayaan diri. Di kawasan bandar-bandar yang sedang membangun lebih kelihatan lambakan butik-butik pakaian yang pelbagai serta berkualiti tinggi. Namun, tidak dinafikan juga premis-premis tersebut terdapat di desa-desa serta pekan-pekan kecil. Hal ini demikian kerana permintaan pelanggan terhadap keperluan dan juga kehendak ini semakin meningkat tidak kira lapisan masyarakat dan tidak mengira lapisan umur serta status.Justeru, idea untuk menjalankan perusahaan jahitan telah dikeluarkan dan bermulalah perniagaan bagi syarikat usahasama milik kami seramai 11 orang peneraju yang diberi nama Busana Hijau Sdn. Bhd. Syarikat kami menawarkan pakaian-pakaian wanita yang telah direka oleh pereka kami mengikut piawaian serta mengikut fesyen terkini. Selain itu, Busana Hijau Sdn. Bhd. turut menerima tempahan pakaian dan menawarkan perkhidmatan latihan jahitan.Busana Hijau Sdn. Bhd. sentiasa menjaga kualiti pakaian-pakaian yang dikeluarkan agar dapat memuaskan hati para pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat serta dari pelbagai kaum. Busana Hijau juga sentiasa menyediakan pakaian dari harga yang berpatutan supaya golongan bawahan juga dapat merasai keselesaan pakaian dari busana kami, bukan hanya kemampuan dari golongan atasan sahaja yang dapat memiliki rekaan-rekaan eksklusif dari pereka kami.Prinsip kami berbunyi Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami yang mana berperanan untuk memuaskan hati para pelanggan dengan rekaan-rekaan yang dapat memberi keselesaan kepada pemakai serta sedap mata memandang bagi orang ramai yang melihat. Oleh itu, dengan usaha dari 11 orang dari pihak kami, Busana Hijau Sdn. Bhd bakal menjadi perusahaan terkenal di mata dunia pada suatu hari nanti.

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN/SYARIKAT3.1 MAKLUMAT SYARIKATNama Syarikat: Busana Hijau Sdn. Bhd. No. Pendaftaran:Alamat Perniagaan: 31A, Tingkat Bawah, Jalan U1/1, Taman U,35900 Tanjong Malim, PerakNo. Telefon Pejabat: 04-9672714No. Faks: 04-9672716Bidang Perniagaan: Industri Tekstil dan PakaianJenis Perniagaan: Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Modal Dibenar: RM100 000.00Modal Berbayar: RM100 000.00Taraf Syarikat: 100% BumiputeraLembaga Pengarah: Ahmad Amiruddin Bin Musa

3.2 OBJEKTIF, VISI DAN MISIObjektif Mencipta serta mengeluarkan pelbagai jenis rekaan pakaian bersesuaian pada pelbagai peringkat umur Menjana keuntungan bersih yang selesa dalam tempoh tiga tahun akan datang Mengekalkan pelanggan tetap dan menambahkan lagi pelanggan baru Busana Hijau Sdn. Bhd. Menarik minat segenap lapisan masyarakat berkunjung ke Busana Hijau Sdn. Bhd. Menyediakan peluang pekerjaan kepada bumiputera

VisiIngin menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa dalam sektor pakaian dan tekstil melalui pendekatan teknologi terkini dan seterusnya mampu membimbing pengusaha yang lain

Misi Menerajui pasaran dengan menyediakan pakaian yang terbaik serta memenuhi kepuasan pelanggan Memberi pulangan yang besar kepada syarikat dan pelanggan dengan menghasilkan produk yang berkualiti dan sistematik Mencari peluang pemasaran di luar Malaysia iaitu Asia Tenggara Ingin mencapai tahap Syarikat antarabangsa dengan mewujudkan francais di luar daripada Asia Tenggara seperti China, Eropah dan Timur Tengah.

3.3 STRATEGI PERNIAGAANSyarikat Busana Hijau Sdn. Bhd. akan mengadakan persekitaran yang lebih kompetitif dengan strategi berikut: Teknologi: Menggunakan teknologi terkini dalam sektor pakaian dan tekstil bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin peningkatan hasil pengeluaran Fokus Pelanggan: Mengambilkira keperluan pasaran semasa dan kehendak pelanggan K-Ekonomi: Memfokuskan ilmu pengetahuan melalui internet serta Research and Development3.4 LOGO SYARIKAT

4.0 CARTA ORGANISASI

PENGARAH URUSANAHMAD AMIRUDDIN BIN MUSA

EKSEKUTIF AKAUNMUHAMAD SALMI BIN MOHAMED SALLEH

EKSEKUTIF JUALANMARIANI BINTI ZAKARIA PENGURUSNURUL FATIHA BINTI MOHAMAD JIDIN

PENGELUARANSYARIFUDDIN BIN ISA PEMASARANNOOR ALIANA BINTI KHALID

PEREKA FESYENHASMIDA BINTI HAMDI NIK MUHAMMAD AMIR BIN NIK SOH PENTADBIRAN & KEWANGANNUR AINA BINTI ABDULLAH MUHAMMAD HASRIZAN BIN HASSAN

KHIDMAT PELANGGANMOHAMAD SHAHRIZOL BIN RUZUAN MOHAMAD SHAHRIZOL BIN RUZUAN

5.0 ASPEK PEMASARAN5.1 LOKASI PERNIAGAANPelan Lokasi Busana Hijau Sdn. Bhd.Dari Proton CityHotel Sahara

Dari Behrang

Dari KTM Tanjong Malim

Dari Tol Tanjong MalimBangunan Rumah KedaiUniversiti Pendidikan Sultan Idris

31A, Tingkat Bawah,Jalan U1/1, Taman U,35900 Tanjong Malim, Perak

5.2 TINJAUAN PASARANMencipta nilai dan memuaskan pelanggan merupakan teras dan kunci kejayaan sesebuah syarikat atau organisasi. Secara umumnya, matlamat pemasaran adalah untuk memuaskan pelanggan dan mencapai objektif organisasi. Sebelum memulakan perniagaan butik kami ini, kami telah melakukan beberapa tinjauan pasaran terhadap butik-butik lain yang telah bertapak bagi mengetahui kehendak dan corak keperluan pasaran. Tinjauan pasaran ini dilakukan secara online terhadap butik-butik yang menjalankan perniagaan secara online dan melalui tinjauan di kedai-kedai. Tinjauan secara Online:Butik Baju Nazlin.com

Nama kedai: Butik Baju Nazlin.comHarga biasa: RM35-RM60Harga ahli: RM30-RM55

Butik Nur Kasih

Nama butik: Butik Nur KasihHarga biasa: RM30-RM75Harga ahli: RM25-RM65

Butik Chiang Mai Elegance

Nama butik: Butik Chiang Mai EleganceHarga biasa: RM40-RM100Harga ahli: RM35-RM90

Kedai Lulu

Nama kedai: Kedai LuluHarga biasa: RM45 RM70Harga ahli: RM35 RM60

Tinjauan di Kedai-kedai:Butik Peace

Nama kedai: Butik Peace Harga biasa: RM30-RM70 Harga ahli: RM20-RM70

Butik Dsinari

Nama kedai: Butik DsinariHarga biasa: RM40-RM 80Harga ahli: RM30-RM75

House of Zaharah

Nama kedai: House of ZaharahHarga biasa: RM30 RM55Harga ahli: RM25 RM45Dayana Collections

Nama kedai: Dayana CollectionsHarga biasa: RM60 RM80Harga ahli: RM50 RM705.3 SASARAN PELANGGANSasaran pelanggan merupakan salah satu cara kami bagi mencapai objektif syarikat kami iaitu menarik minat segenap lapisan masyarakat untuk mengunjungi busana kami. Berikut merupakan sasaran pelanggan bagi Busana Hijau Sdn. Bhd. :

SWASTASASARAN PELANGGANBANDARPELAJARPEKERJAMASYRAKATKAMPUNGIPTS IPTA

KERAJAAN

5.4 STRATEGI PEMASARANBusana Hijau Sdn. Bhd. telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik dan unik bagi membantu meningkatkan prestasi butik. Antaranya ialah:5.4.1 Strategi ProdukPihak pengurusan perniagaan Busana Hijau Sdn. Bhd. amat mementingkan perkhidmatan serta hasil yang berkualiti tinggi. Pihak pengurusan telah merangka draf untuk memperluaskan lagi skop perniagaan dengan meneroka beberapa bidang sampingan yang dapat menyokong dan memajukan lagi perniagaan utama. Selain itu, pihak syarikat Busana Hijau Sdn. Bhd. akan turut merangka beberapa strategi bagi mempertingkatkan produktiviti pengeluaran.5.4.2 Strategi OperasiWaktu operasi syarikat turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan produk kami mendapat sambutan dan perniagaan kami semakin maju. Kami telah memilih waktu operasi syarikat bersesuaian dengan keadaan masyarakat sekeliling Butik Busana Hijau Sdn. Bhd. agar pelangggan dapat berkunjung ke butik kami bertepatan dengan masa terluang mereka. Seperti yang diketahui, lokasi but