Faktor Ekonomi Malaysia

  • Upload
    mat-ali

  • View
    227

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Faktor Ekonomi Malaysia

    1/3

    ARKIB : 14/12/2011

    Hadapi cabaran ekonomi global

    Oleh MOHD. AYOP ABD. RAZID

    PENULIS ialah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa),Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

    Ekonomi global masih suram dengan pemulihan perlahan. Kemelut kewangan zonEuro (negara Eropah yang mengguna mata wang Euro) dan Amerika Syarikat (AS)masih mempengaruhi pertumbuhan keseluruhan ekonomi dunia. Keluaran Dalam

    Negara Kasar (KDNK) bagi negara maju diunjurkan berkembang pada 1.5 peratustahun 2011 dan dua peratus pada tahun 2012.

    Pada suku ketiga tahun ini, pertumbuhan ekonomi AS kekal pada 1.6 peratus. ASyang turut mengalami kemerosotan daya saing mengalami kadar pengangguran yangtinggi, iaitu melebihi sembilan peratus. Demikian juga United Kingdom turutmengalami pengangguran pada kadar hampir lapan peratus.

    Ada pakar ekonomi beranggapan sekiranya krisis kewangan yang dihadapi AS danzon Euro tidak diatasi secara berkesan, ada kemungkinan ekonomi dunia dibayangi'kebekuan' global dengan ciri pertumbuhan yang lembap, iaitu kira-kira 0.5 peratusuntuk tempoh yang lama. AS dan zon Euro mungkin berhadapan risiko terjebaksemula ke dalam kemelesetan curam berganda.

    Namun, rantau Asia di anggap bernasib baik kerana beberapa negara ekonomi baru

    muncul seperti China terus menjadi peneraju kebangkitan ekonomi Asia. Chinamisalnya terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan kadarpertumbuhan 9.5 peratus.

    Bagaimana dengan kedudukan negara kita? Apakah kita terkesan teruk? Mampukahkita berhadapan dengan senario ekonomi global yang tidak menentu itu?

    Hakikatnya memang kita tidak boleh mengelak daripada terkena tempiasnya tetapikita tidaklah terlalu teruk menanggung kesan ekonomi global. Setakat ini negaramasih mempunyai daya tahan dan daya saing yang baik. Sehingga tahun depan

    pertumbuhan ekonomi negara diunjurkan kekal pada tahap sederhana.

    Pada asasnya, kajian-kajian menunjukkan bahawa negara dijangka dapatmempertahankan pertumbuhan ekonomi pada kadar sederhana lima hingga 5.5

    peratus. Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) turut menjangkakanpertumbuhan ekonomi negara pada paras 4.6 peratus hingga lima peratus. MIER pulamengunjurkan pertumbuhan negara untuk tahun ini pada kadar 4.6 peratus.

    Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan ekonomi negarauntuk suku kedua tahun ini ialah empat peratus berbanding 4.3 peratus pada suku

    pertama. Prestasi ekonomi kita terus berkembang pada kadar 5.8 peratus dalamtempoh suku ketiga tahun ini. BNM menjangkakan negara boleh mencapai

    pertumbuhan sederhana, iaitu 5.0 hingga 5.5 peratus tahun ini.

  • 7/29/2019 Faktor Ekonomi Malaysia

    2/3

    Keupayaan kita mengekalkan pertumbuhan sederhana menunjukkan ekonomi kitamasih berdaya tahan. Di antara faktor keupayaan kita ialah negara memiliki asasekonomi yang masih utuh. Sumber-sumber ekonomi kita terlalu banyak untukdimajukan serta berdaya saing seperti kelapa sawit, getah, kayu balak, gas asli cecair(LNG) dan petroleum.

    Sistem perbankan dan kewangan kita terus kukuh dengan nisbah modal berwajaranrisiko pada 14.8 peratus. Rizab antarabangsa kita sehingga 15 September berjumlahRM414.5 bilion yang membolehkan negara membiayai 9.5 bulan import tertangguh.

    Faktor lain yang membolehkan kita bertahan dalam krisis ekonomi hari ini ialahkeupayaan meningkatkan hubungan dagangan dengan China yang merupakan kuasaekonomi baru yang menyaingi AS. Namun, pada hemat saya pelaburan antaraMalaysia dan Cina perlu diseimbangkan.

    Sungguhpun China merupakan rakan dagangan terbesar kita tetapi pelaburan China ke

    negara kita masih kecil berbanding pelaburan Malaysia di China. Sehingga kinipelaburan China di negara kita hanya bernilai AS$500 juta tetapi nilai pelaburan kitadi China hampir AS$6 bilion.

    Justeru, perlu ada satu usaha untuk meningkatkan pelaburan China masuk ke negarakita. Apa pun, keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara kita memangmemberangsangkan. Ini terbukti apabila pelaburan langsung asing (FDI) pada enam

    bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 75 peratus kepada RM21.2 bilionberbanding RM12.1 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

    Demikian juga jumlah perdagangan kita dengan negara luar masihmemberangsangkan. Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), jumlah

    perdagangan dari Januari hingga Julai tahun ini meningkat sebanyak 7.7 peratuskepada RM724.09 bilion dengan lebihan dagangan sebanyak RM68.6 bilion.

    Selain itu, langkah kerajaan melaksanakan transformasi dalam sektor awam, ekonomidan politik turut memberikan kesan positif masa depan ekonomi negara. Ini diakuiForbes yang menyebut keistimewaan Malaysia ialah banyak menawarkantransformasi positif yang dapat menarik pelabur dan peniaga ke negara ini.

    Buktinya, Laporan Melakukan Perniagaan Bank Dunia 2012 meletakkan negara di

    tangga ke-18 mengatasi kedudukan Jerman, Jepun, Taiwan, Switzerland, Belgium danPerancis dalam melakukan perniagaan.

    Laporan Daya Saing Global meletakkan negara di tangga ke-21 di kalangan 142negara paling berdaya saing di peringkat global. Kita mengatasi lima negara lain yangmendahului kita tahun lalu, iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), New Zealand, Korea,Luxemborg dan Israel. Tahun lalu kita berada di tangga ke-26.

    Pertumbuhan pada tahun 2012 akan dipacu oleh pelaburan swasta (15.9 peratus) danawam (tujuh peratus). Pertumbuhan pada tahun depan juga akan disokong oleh FDIyang tinggi, pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP2) di bawah

    Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

  • 7/29/2019 Faktor Ekonomi Malaysia

    3/3

    Dalam Bajet 2012, kerajaan memperuntukkan RM232.8 bilion untuk melaksanasemula rancangan pembangunan kerajaan termasuk projek dan program RP2, NKRA.

    NKEA dan SRI.

    Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga akan diberi tumpuan yang sewajarnya.

    Dalam Bajet 2012, PKS disebut menyumbang kira-kira 31 peratus KDNK, 56 peratustenaga kerja serta menyumbang 19 peratus jumlah eksport. Justeru, dalam Bajet 2012kerajaan telah mengumumkan pembentukan dana Pembiayaan SME patuh syariah

    berjumlah RM2 bilion.

    Selain itu, kerajaan turut menyediakan SME Revitalisation Fund dengan danaberjumlah RM100 juta. Dana ini diperuntukkan untuk membantu usahawan yanggagal kerana faktor di luar kawalan mereka.

    Kesimpulan, fundamental ekonomi Malaysia masih kukuh dan berdaya saing. Apayang patut dilakukan ialah negara perlu terus bersifat responsif dengan mengambil

    setiap ruang dan peluang yang boleh menguntungkan negara. Selain itu, pemantauanyang konsisten terhadap perkembangan ekonomi global perlu supaya tindakan danrangka kerja mengurus ekonomi negara benar-benar dapat memberikan impak yang

    positif kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2JbLWJ2X4 Utusan Melayu (M) Bhd

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2JbLWJ2X4http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2JbLWJ2X4http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2JbLWJ2X4http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2JbLWJ2X4http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2JbLWJ2X4http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2JbLWJ2X4